Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 20-02-2025 |
|
Isu dan Ehwal Semasa
|
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | KAHWIN MISYAR....? |
---|---|
kang_mas916 ![]() |
![]()
nampaknya isu kahwin misyar semakin hangat diperkatakan. ada yang setuju atas sebab-sebab yang tertentu dan ada pula yang sebaliknya kerana menganggap sebagai memenuhi tuntutan nafsu semata.
apa pun perkahwinan misyar dibenarkan oleh hukum syarak dan disokong pula oleh ulamak tersohor sepeti yusuf al-qaradawi. persoalannya apakah rasional yang menentang dan menyokong perkahwinan misyar ini? hmmm...apa pandangan sahabat-sahabat ukhwah? |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Bicara Kalbu: Nikah Misyar kurangkan jumlah âanak dara tuaâ
? BARU-BARU ini, ada dilaporkan dalam akhbar tempatan bahawa Perhimpunan Perundangan Islam yang berpusat di Makkah meluluskan ketetapan untuk membenarkan lelaki Islam sunnah mengamalkan perkahwinan âMisyarâ. Mengikut laporan itu, "melalui perkahwinan Misyar, lelaki dibenarkan berkahwin dengan seseorang wanita tanpa tinggal bersama atau bertanggungjawab penuh menyara hidup isterinya". Ia satu bentuk perkahwinan sementara seperti mutaah, bezanya ialah mutaah ada tarikh perceraiannya manakala âMisyarâ tidak ada tarikhnya. Saya tidak begitu faham, apakah ia menurut syariat atau adat kerana dalam laporan akhbar itu perkahwinan cara ini telah diamalkan sejak tahun 1825. Saya bimbang ia akan digunakan oleh musuh Islam dan pejuang wanita berfahaman melampau yang sentiasa hendak menunjukkan betapa Islam terlalu longgar dalam memelihara hak wanita. PEJUANG WANITA ISLAM, Kuala Lumpur. Ulama terkenal, Dr Yusuf al-Qaradawi ada menjawab persoalan nikah âMisyarâ di dalam Fatwa Muasaraah beliau jilid ketiga (belum diterjemah lagi ke dalam bahasa Melayu). Isu yang timbul di negara Asia Barat ialah wanita ramai yang berharta tetapi tidak berkahwin. Ada di antara mereka yang tidak mahu komitmen. Ada yang hanya inginkan anak, manakala ada yang hanya sekadar inginkan harta si suami dan suami hanya datang ketika musim panas (bagi wanita di Jordan, Syria dan Lubnan). Dalam persoalan ini, wanita itu sendiri bersetuju dan meletakkan syaratnya sebagai keredaannya untuk bernikah. Di sini wanita itu dengan rela tanpa paksaan, malah sedar pilihannya. Maksudnya, bukan suami yang bersikap zalim, tetapi keputusan ini adalah di atas pilihan wanita itu sendiri. Dr Yusuf Qaradawi memberikan komentar, nikah dalam bentuk sedemikian adalah sah dan tiada cacat celanya. Cuma yang mungkin timbul ialah perihal komitmen. Jika wanita itu sendiri sudah bersedia untuk melepaskan haknya, maka itu adalah hak beliau sendiri. Satu kelebihan bagi lelaki. Beberapa golongan wanita di rantau ini pernah menyokong idea seperti ini atas ânama kebebasan wanitaâ. Jadi wanita tidak terikat kepada suami dan juga bebanan rumah tangga. Mereka juga menyokong mutaah kerana ia juga akan menjamin hak wanita untuk membuat keputusan dan tidak mengongkong wanita. Saya berpandangan fatwa Dr Yusof al-Qaradawi dan ulama lain adalah berdasarkan prinsip âmengelakkan mudarat yang lebih besarâ. Mungkin cara ini satu jalan keluar bagi wanita matang yang berpangkat dan berkelulusan tinggi dalam mendapatkan suami yang lebih rendah kedudukan kewangan dan kelulusan akademiknya, tetapi mempunyai peribadi terpuji, bertakwa dan budiman. Wallahu Alam. Berita Harian Online Malaysia tak boleh halal kahwin misyar Oleh Halina Mohd Noor Perhimpunan Perundangan Islam berpusat di Makkah benar lelaki amalkan nikah âpengembaraâ PERKAHWINAN misyar yang bertujuan sekadar menghalalkan hubungan seksual tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dianggap menghina wanita dan boleh disamakan seperti âpelacuran berbentuk halalâ yang hanya mempergunakan kesucian akad nikah. Malah, ia dikatakan amalan perkahwinan terburuk pernah diluluskan dalam sejarah perundangan Islam selepas perkahwinan mutaah yang menimbulkan kontroversi. Amalan ini tidak sesuai sama sekali, terutama pada saat wanita hari ini terpaksa berdepan pelbagai dilema suami yang mengabaikan tanggungjawab dan meninggalkan anak isteri sesuka hati tanpa nafkah atau selepas berlaku perceraian. Beberapa tokoh agama yang dihubungi di negara ini turut menolak dan tidak bersetuju sama sekali perkahwinan misyar diamalkan di negara ini kerana konsepnya yang hanya menguntungkan lelaki semata-mata. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menegaskan kesucian ikatan perkahwinan tidak seharusnya dipermain-mainkan kerana ia adalah satu perjanjian yang dibuat antara wali dan si lelaki untuk mengambil seseorang wanita sebagai isteri bersama tanggungjawab ditentukan syarak. âPerkahwinan misyar tidak boleh dihalalkan, mahupun diterima masyarakat di negara ini. Sepanjang pengetahuan saya, belum pernah lagi berjumpa dengan amalan perkahwinan seumpama ini. Ia lebih teruk daripada mutaah. âMalah, dalam al-Quran sendiri tiada disebutkan amalan misyar. Mutaah diharamkan oleh kerajaan kerana ia menganiaya wanita. Jadi perkahwinan misyar tidak seharusnya dibolehkan apatah lagi matlamatnya hanya untuk menghalalkan persetubuhan. Tiada sebab ia perlu dihalalkan,â katanya. Dalam hubungan ini, sungguh pun wanita itu sendiri reda dengan perkahwinan berkenaan, soalnya di mana letak maruah wanita apabila dinikahi lelaki semata-mata untuk melepaskan nafsunya. Tidak dapat dibayangkan betapa perkahwinan seumpama itu boleh mengucar-kacirkan institusi kekeluargaan hari ini yang semakin menuju kehancuran. Jika dibenarkan, maka mudahlah wanita dikahwini dan ditinggalkan begitu saja apabila perkahwinan itu sendiri mengizinkan lelaki untuk meninggalkan isteri berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya tanpa sebarang nafkah. Sememangnya amat wajar apabila aktivis hak asasi wanita di rantau Arab membantah keras keputusan Perhimpunan Perundangan Islam yang berpusat di Makkah meluluskan ketetapan untuk membenarkan lelaki Islam sunnah mengamalkan perkahwinan misyar, 12 April lalu. Peguam Syariah dan Perunding Keluarga Islam, Prof Madya Noor Awang Hamat, berkata konsep perkahwinan misyar tiada bezanya dengan pelacuran apabila lelaki bebas menikahi mana-mana wanita yang disukainya dan menceraikannya sesuka hati selepas beberapa hari bernikah. Begitu juga sebaliknya, wanita boleh menikahi mana-mana lelaki yang disukainya. âMisyar bertentangan sama sekali dengan konsep asal perkahwinan yang bertujuan memelihara kesejahteraan wanita dan anak yang dilahirkan. Masyarakat kita tidak boleh menerima amalan ini sebab al-Quran sudah menetapkan perkahwinan itu yang berlandaskan mawaddah warrahmah (kasih sayang) yang tidak dapat diperoleh daripada misyar,â katanya. Beliau berkata, perkahwinan misyar mengetepikan hak wanita sebagai isteri tidak terlaksana yang sudah pasti melanggar hukum syarak. Walaupun isteri reda, wanita harus sedar perkahwinan berkenaan sekadar memberikan kepentingan kepada satu pihak semata-mata iaitu suami. Beliau turut berpendapat perkahwinan misyar hanya akan memburukkan lagi keadaan yang dialami wanita hari ini yang diabaikan suami dari segi pemberian nafkah dan tanggungjawab lain. âAlasan mengamalkan misyar untuk mengelakkan perzinaan tidak boleh diterima kerana Islam memberikan alternatif lebih baik untuk tujuan berkenaan seperti poligami. Poligami sudah cukup untuk membendung gejala zina, tetapi malangnya masyarakat tidak mendapat maklumat tepat mengenainya menyebabkan poligami dianggap sesuatu yang negatif semata-mata. âKita tidak boleh samakan keadaan di sini dengan lelaki di Arab Saudi kerana dari segi kewangan mereka lebih dominan dan akur dengan undang-undang syariah,â katanya. Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim turut menolak amalan perkahwinan misyar yang dianggap menzalimi wanita. âDalam keadaan perkahwinan yang mengikut hukum syarak pun masih ramai yang sanggup mengabaikan tanggungjawab, inikan pula dengan perkahwinan misyar. Ia tiada beza dengan mutaah, tetapi lebih teruk kerana menganggap wanita sekadar tempat memuaskan nafsu. Perkahwinan pada dasarnya untuk memelihara wanita dan zuriat yang dilahirkan bukan untuk dipermain-mainkan,â katanya. Beliau berkata, perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu, tetapi banyak lagi tuntutan lain yang perlu dipenuhi. Antaranya menyediakan keperluan asas seperti tempat tinggal, makan, pakai dan perbelanjaan lain. Persoalannya, apakah nasib yang bakal ditempuhi wanita selepas diceraikan melalui perkahwinan misyar? Wanita tidak seharusnya terus dibiarkan terabai dengan pemikiran radikal seperti ini yang hanya merugikan wanita. Perkahwinan yang ditetapkan oleh hukum syarak sudah sempurna di mana pasangan hidup bersama dan memikul tanggungjawab masing-masing sehingga ke akhir hayat. Ironi sekali apabila kajian Arab News ke atas 60 lelaki yang menyatakan persetujuan mengamalkan perkahwinan ini, tetapi tidak akan membenarkan ia terjadi ke atas anak atau adik perempuan mereka. Berita Harian Online ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 26-05-06 02:26 ] |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Pada 24-05-06 17:46 , kang_mas916 posting:
!!! QUOTE !!! apa pun perkahwinan misyar dibenarkan oleh hukum syarak dan disokong pula oleh ulamak tersohor sepeti yusuf al-qaradawi. apa-apa pun saya lebih setuju dengan pendapat kedua, tak berapa suka dengan cara2 sebegini, nikah misyar, nikah gantung, nikah khitbah, lebih2 lagi kalau nikah mut`ah sebab memang dah jelas tak boleh... saya lebih prefer nikah yang berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w. ![]() ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 24-05-06 19:02 ] |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Misyar Marriage â a Marvel or Misery?
Somayya Jabarti, Arab News JEDDAH, 5 June 2005 â To some, itâs an unthinkable act; for others, itâs better than loneliness, but in what is otherwise a conservative culture, misyar marriage goes against the grain. Misyar marriage is a legal alternative marital arrangement more Saudi men and women are using to offset prohibitive marriage costs and the stigma unmarried women face. In a misyar marriage the woman waives some of the rights she would enjoy in a normal marriage. Most misyar brides donât change their residences but pursue marriage on a visitation basis. Some marriage officials say seven of 10 marriage contracts they conduct are misyar, and in some cases are asked to recommend prospective misyar partners. Most of the women opting for misyar either are divorced, widowed or beyond the customary marriage age. The majority of men who take part in such marital arrangements are already married. âAll the misyar marriage contracts I conduct are between men and women remarrying,â said Abu Fawaz, whoâs been a marriage official for four years. âFor a misyar marriage all you need is witnesses, her dowry and the acceptance of both parties. Usually the woman either has her own place or lives with her family. Most of the time the womanâs family knows while the manâs family is in the dark about it, be it his first wife or any other family members.â Arab News surveyed 30 Saudi men and women aged 20-40 regarding misyar marriage. Over 60 percent of the men surveyed would consider misyar marriage for themselves with the majority of the respondents in their 20s. Those who would not consider it for themselves would not allow it for kin, be it sisters, brothers, sons or daughters. However, among the men who would consider it themselves, only two would find such a marriage acceptable for a female relative. âIf I allowed myself to marry another manâs sister or daughter âmisyaricallyâ then it would only be fair to accept the same for my own female kin,â said Mohammad H. âItâs a double standard for men to accept it for themselves and other men but not the females. After all, if we all took up the same policy then who would we marry â each other?â The reasons men gave for favoring misyar most often related to cost, with some asking âwhy not?â âI get to maintain all my rights, but I donât have to take care of her financially and donât even have to provide a house for her,â said 25-year-old Rayan Abdullah, an unmarried medical student at the city university. âItâs a great solution â isnât it? It costs less than having a girlfriend â doesnât it?â Or is it a male convenience in a male-dominated culture? âWhat are the things most of us married men complain about?â asked Ghazi Ahmad, a 38-year-old husband and father of three children. âDonât all of us constantly complain about the financial burdens, the lack of personal freedom â the routine patterns? Then this is the best marriage ever as far as Iâm concerned. Married but not married â perfect.â The opinions of women respondents about misyar marriage were a sharp contrast to the malesâ. More than 86 percent of the women 20-40 would not even consider such a marriage for themselves. Only four women â all in the over-40 category â would consider such marriages for themselves or relatives. Most of the women respondents called it âlegal prostitutionâ or objected to the lack of womenâs rights in misyar marriages. âIâm set in my ways,â said a 42-year-old bank manager who chose to call herself Muna Saad. âI live with my mother and couldnât tolerate the idea of leaving her to live alone, and Iâm comfortable financially. At the same time, Iâdi love to get married,â Muna said. âI also think it would be amusing for the roles to be reversed and sort of âownâ the man for a change and having him owe me rather than the other way around.â Despite optimistic expectations, such marriages are not always blissful. Former and current misyar spouses said it can become a nightmare if pregnancy results from the union or if there are already children from former marriages. With most misyar marriages rooted in secrecy, the husband is only a ghostly figure occasionally seen. Once a child is conceived, the luxury of secrecy disappears. âMy second misyar marriage was doing fine despite my hawk of a first wife,â said Abu Abdul Rahman. âBut that was only until my second wife got pregnant, and then the real nightmare began. She wanted to announce our relationship publicly because it put her in bad situations societally â you canât be single and pregnant. I had to tell my family and my wife, and all the devils playground broke loose. Now both marriages are on the rocks.â There can be other unforeseen consequences of secrecy. âIâdi been married misyarically for almost a year when members of the Commission for the Promotion of Virtue and the Prevention of Vice paid me a terrible visit accusing me of prostitution,â said a 35-year old divorcee and mother of two who chose to call herself Warda. âThey wanted to drag me to the police station even though I kept shoving the marriage contract in their faces. I had to call my brother â with whom I wasnât on speaking terms. It was terrible. I hated myself and hated all men â my children were 6- and 7-years-old.â A social worker who frequents the courts denounced misyar marriage. âThe courts are overflowing with problems from regular marriages regarding financial obligations that husbands ignore, custody problems and alimony,â she said. âThere is a horrible, growing problem in enforcing the law upon neglectful husbands and fathers. How can anyone legalize a procedure such as misyar marriage that will make room for more irresponsibility?â the social worker asked. âUnfortunately, misyar marriage has made it easier for irresponsible, immature individuals to enter a relationship that is supposed to be based on credibility, reliability and respect,â said Abu Zaid, an elderly marriage official. âThis isnât the case. Itâs treated as a temporary solution for lust. Thatâs not what marriage is all about. In regular polygamy all wives have exactly the same rights over the husband, be it financial, be it regarding time spent together or being public. Women think that misyar marriage is for their benefit when in fact on a long-term basis, they pay the price and not just from their pockets but from their emotions, as well.â Many parents and children of misyar wives stated that they felt the woman as being sold short in such a marriage. Parents mostly said that the only reason they accepted the situation was in recognition of their daughters as adult women with their own needs and their right to respond to such needs. âI begged my divorced daughter not to marry a suitor who proposed a misyar marriage,â said Abu Fahda. âAt the end, I gave in because I didnât want to be the reason for her having an unlawful relationship with a man. Iâm an adult, and I know she has her needs, but Iâdi be lying if I said that I have any respect for this stranger who comes to my house for intimacy with my daughter. I even have trouble looking her in the face,â he said. âMy neighborâs niece was married misyarically for a while, and then when the husband was done with her he just left her â just like that.â Abu Fahdaâs grandchildren share his sentiments â especially sadness. âI donât know who this man is â this man who comes to our house and spends time with my mother,â said the 6-year-old boy. âHeâs not my father, and he canât be her husband because fathers and husbands live with their families.â For sociologists, misyar marriage is a head-scratcher. âWhat are we telling others about our self-worth, and what are we telling our children about the significance and meaning of family?â asked Dr. Nahid L. âMarriage is about in-depth relationships â not just copulation. Why are more women willing to forgo what is theirs just to be âcalledâ or falsely feel married?â When marriage was created it was to ensure that no one gets anything for free. âEach, husband and wife, has duties and rights â and even in regular marriages women are already taken for granted. Marriage isnât just about sex. Misyar marriage is only going to make things worse as far as Iâm concerned.â Some say society msut consider other alternatives. âIf they want to really solve the issue of unmarried women instead of making it easier for men to marry repeatedly and cheaply, they should make it easier for Saudi women to marry non-Saudis,â said a school teacher. âYears ago in college, I overheard one of my sonâs friends talking about marriage and girls, and he asked âwhy buy the cow when the milk is free?â They were talking about loose girls and there not being any need for marriage with them around,â said a university professor. âWith misyar marriage, havenât we just legalized the âwhy-buy-the-milk-when-the-cow-is-freeâ syndrome? And weâre supposed to be civilized?â Arab News Newspaper ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 26-05-06 20:16 ] |
fahim ![]() |
![]()
Entah la, malas nak bagi hukum sajer2. Nanti tak pasal2 secara tak sedar dah ter'book' satu "seat" free..
Pendapat la kan, kalau nak kawin buat cara nak kawin.. Ikut saja la Muhammad bin Abdullah s.a.w. Hadith: ((Man tabi'a sunnati faqad ahabbani, waman ahabbani kaana ma'ii fil jannah)) -au kama qaal~ Hadith dalam IKIM.fm ----------------- Ingatlah, nabi s.a.w telah didatangkan untuk memandu hidupmu maka ikutilah... |
fatimahzahra ![]() ![]() |
![]()
ye mmgbenar..dr.Yusuf Al-Qardhawi dah mengesahkan hal ni..yakni dibenarkan oleh hukum syarak...wallahualam
|
lobam_shibin ![]() |
![]() |
lobam_shibin ![]() |
![]()
memang tak sesuai dilakukan di malaysia..sebabnya...perempuan di malaysia kebanyakkannya tak berapa nak kaya..kat saudi buat benda ni sebab ramai perempuan kaya tapi tak kahwin..mereka tak kisah pasal duit..asalkan dapat nafkah batin..kat melesia..sok dah terberanak perempuan itu sapo nak tnggung anak bini dia makan..hmmm...
|
nuraini ![]() ![]() |
![]()
Saya tidak menyokong 100% perkahwinan mishar niâŠkalau dah lelaki hanya perlu bagi nafkah batin sajaâŠsegala keperluan harian lain, makan minum duit belanja semua isteri yang bagiâŠ.kot2 kita bimbang nanti sang suami akan turut ikut cakap isteriâŠ.sedangkan kita semua tahu âsuami itu ialah pemimpin keluargaââŠâisteri itu penasihatââŠ.kalau kena suami ok takpelahâŠ..kalau yang jenis tak okâŠ..nak beli rokok minta duit kat isteri, tak bagi kan naik kaki tangan kat kepalaâŠâŠbahagia ke rumahtangga macam tu..kalau negara arab nak amallahâŠ..biarlahâŠ..tapi Kenapa negara lain amal hokum hududâŠ.kita tak ikut pulak tang tuâŠâŠ
Tapi kalau kata nak cegah maksiatâŠoklah âŠâŠkita Cuma takut bila perkara ini dibenarkan di Malaysia; kadar perceraianâŠâŠâŠpenderaan semakin tinggiâŠ..aduhai kesiannya kaum hawa niâŠâŠ ***sokong shahrizat*** |
ummimq ![]() ![]() |
![]()
Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah sekiranya syarat ijab kabul dalam pernikahan itu sah maka perkawinan tersebut sah. Sebab itu ibu bapa hari ini usahlah meminta hantaran mahal-mahal. Sekiranya bakal menantu sememangnya berkemampuan tidak menjadi masalah tetapi disebabkan ingin mengumpul wang hantaran yang mahal maka tertunda pernikahan yang sepatutnya wajib diberi laluan mudah dalam Islam. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Pernikahan itu sunnah bukannya hantaran belanja melampau. |
sutera_kasih85 ![]() ![]() |
![]()
Pada 26-05-06 08:57 , nuraini posting:
!!! QUOTE !!! Saya tidak menyokong 100% perkahwinan mishar niâŠkalau dah lelaki hanya perlu bagi nafkah batin sajaâŠsegala keperluan harian lain, makan minum duit belanja semua isteri yang bagiâŠ.kot2 kita bimbang nanti sang suami akan turut ikut cakap isteriâŠ.sedangkan kita semua tahu âsuami itu ialah pemimpin keluargaââŠâisteri itu penasihatââŠ.kalau kena suami ok takpelahâŠ..kalau yang jenis tak okâŠ..nak beli rokok minta duit kat isteri, tak bagi kan naik kaki tangan kat kepalaâŠâŠbahagia ke rumahtangga macam tu..kalau negara arab nak amallahâŠ..biarlahâŠ..tapi Kenapa negara lain amal hokum hududâŠ.kita tak ikut pulak tang tuâŠâŠ ye betul itu...buat apa nak khawin misyar...bukan tahap darurat lagi ----------------- SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH |
budak_melaka ![]() |
![]()
itu di mekah....Kalau nak dipraktikkan................tapi Kalau ia di praktikkan di Malysia, saya rasa ia tak sesuai................
walaupun di sokong oleh ulama tersohor, tapi kena juga tengok keadaan, budaya hidup sesuatu tempat kannnnnn allahu'alam |
nurlynn ![]() ![]() |
![]()
Pada 26-05-06 08:57 , nuraini posting:
!!! QUOTE !!! Saya tidak menyokong 100% perkahwinan mishar niâŠkalau dah lelaki hanya perlu bagi nafkah batin sajaâŠsegala keperluan harian lain, makan minum duit belanja semua isteri yang bagiâŠ.kot2 kita bimbang nanti sang suami akan turut ikut cakap isteriâŠ.sedangkan kita semua tahu âsuami itu ialah pemimpin keluargaââŠâisteri itu penasihatââŠ.kalau kena suami ok takpelahâŠ..kalau yang jenis tak okâŠ..nak beli rokok minta duit kat isteri, tak bagi kan naik kaki tangan kat kepalaâŠâŠbahagia ke rumahtangga macam tu..kalau negara arab nak amallahâŠ..biarlahâŠ..tapi Kenapa negara lain amal hokum hududâŠ.kita tak ikut pulak tang tuâŠâŠ yup..saya pun setuju dengan pendapat nuraini.. ----------------- "Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah SWT" |
shah_sobriyanie ![]() |
![]()
Pada 26-05-06 15:13 , nurlynn posting:
!!! QUOTE !!! Pada 26-05-06 08:57 , nuraini posting: assalamualaikum... shahh pun sokong... orang melayu ni kalau hukum tu dia suka so dia amalkan... takkan nak bagi nafkah batin saja.... nafkah zahir pula bagaimana? lain la kalau suami dia tu memang ada masalah.... wassalam... ----------------- cinta itu hanya kerana allah, sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita..... |
Ketotoi ![]() ![]() |
![]()
Kahwin misyar ni bukan kahwin paksa, ia mesti dipersetujui oleh kedua-dua pihak suami dan isteri. Jadi Kenapa pula tak sesuai dijalankan?
|
Ketotoi ![]() ![]() |
![]()
bagi saya kahwin misyar takkan menzalimi sesiapa kerana syarat2nya telah pun dipersetujui sebelum perkahwinan lagi. Sekiranya wanita tidak setuju kahwin secara misyar, janganlah kahwin cara ini. Kalau ada wanita yang setuju kahwin cara misyar, mereka boleh dengan cara ini. Cuba kita lihat sekeliling kita berapa ramai laki2 dan wanita yang dah meningkat usia tapi belum berkahwin. Sekiranya perkahwinan itu untuk memenuhi kehendak seks semata2 Islam tak pernah menghalang ia lagi baik berbanding mereka yang berzina.
|
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Pada 26-05-06 16:47 , Ketotoi posting:
!!! QUOTE !!! Kahwin misyar ni bukan kahwin paksa, ia mesti dipersetujui oleh kedua-dua pihak suami dan isteri. Jadi Kenapa pula tak sesuai dijalankan? kahwin misyar hampir sama dengan kahwin mut`ah, bezanya mut`ah ditetapkan tempoh bila perkahwinan akan tamat, tapi misyar tidak ditetapkan tempoh, bila2 masa perceraian boleh berlaku... malah realiti apa yang berlaku di tanah Arab sendiri adalah isteri akan diceraikan oleh suami bila2 masa yang dia kehendaki, sebab ia lebih kepada perkahwinan sementara atau juga diistilahkan sebagai kahwin pengembara sebab banyak diamalkan oleh pengembara... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 26-05-06 20:22 ] |
Ketotoi ![]() ![]() |
![]()
ibnu_musa tentu ada sebab Dr Yusof Qardhawi menyatakan kahwin secara misyar tiada cacat cela. orang yang nikah muta'ah mereka bertaklid akan bercerai 1 masa nanti sebab itu ia haram. Pernikahan bertujuan untuk penceraian memang haram dan ia bukan matlamat sebenar perkahwinan. tapi perkahwinan misyar bukan untuk perceraian, tetapi untuk menjaga maslahah masyarakat agar tidak terjerumus daripada lembah perzinaan.
Saya tetap menyokong nikah misyar dengan syarat ia dipersetujui oleh pihak laki dan wanita. Insya Allah tiada pihak yang akan tertindas. |
Islamic_prince88 ![]() ![]() |
![]()
Astaghfirullah!! baru ana terperasan
Link yang ibnu_musa berikan tu bukannya website Islam Tetapi adalah website agama kristian yang ingin merosakkan Islam. (answering-islam.orang.uk) Berhati-hati dengan link tu. Bagaimana pun, tentang kahwin misyar ini. Ana pun turut tak bersetuju sepertimana komen mufti perak . Dato' Harussaini. ----------------- www.syafiquniten.blogspot.com Soleh Wa Musleh... [ Telah diedit oleh: Islamic_prince88 pada 26-05-06 19:35 ] |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Pada 26-05-06 18:50 , Ketotoi posting:
!!! QUOTE !!! ibnu_musa tentu ada sebab Dr Yusof Qardhawi menyatakan kahwin secara misyar tiada cacat cela. saya tak kata ia haram, tiada siapa pun kata haram, cuma ia adalah satu masalah khilafiah, yang masih tidak disepakati oleh ulama'... cuma kalau katakan sekiranya ia sesuai dilaksanakan di tanah Arab pun belum tentu ia sesuai diamalkan di negara kita... satu yang pelik, daripada survey yang dilakukan di tanah Arab, rata2 lelaki setuju untuk amalkan tapi taknak kalau adik/anak perempuan mereka terlibat dengan kahwin misyar? ![]() terima kasih kepada Islamic_prince88 atas teguran, saya cuma nak dapatkan takrif yang lengkap tentang nikah misyar ni, banyak website yang jelaskan cuma nampak yang tu paling complete, tak sangka pula tersalah pilih, tapi tak apa sebab saya dah tukar dengan artikel lain, syukran sekali lagi dan minta maaf... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 26-05-06 19:55 ] |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Syor benarkan lelaki mengamalkan perkahwinan misyar
Oleh: WAN MOHD. HAFIZ WAN HAMZAH KUALA LUMPUR 24 Mei - Seorang pensyarah universiti hari ini mencadangkan supaya kaum lelaki dibenarkan mengamalkan perkahwinan misyar bagi mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin. Malah menurut Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid, perkahwinan tersebut juga mampu mengurangkan perlakuan maksiat di dalam masyarakat. Perkahwinan misyar bermaksud, suami tidak perlu memikul tanggungjawab memberi nafkah zahir seperti wang ringgit dan pakaian, tetapi cukup hanya dengan memenuhi nafkah batin terhadap isteri. Perkahwinan seumpama ini banyak berlaku di kalangan wanita yang berkedudukan tinggi dan berpendapatan lumayan di negara-negara Arab. Beberapa ulama termasuk Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fatwa Muasaraahnya berpendapat nikah misyar adalah sah. Mereka membenarkan amalan tersebut berdasarkan situasi mashalahat berlakunya ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin. Perkahwinan misyar difatwakan harus oleh beberapa ulama negara Arab dan telah pun diamalkan di Arab Saudi serta beberapa buah negara Teluk. Perbezaan antara perkahwinan misyar dengan mutaah ialah mutaah mempunyai tarikh atau tempoh tertentu bagi sesebuah perkahwinan manakala misyar tiada tempoh ditetapkan. Isu nikah misyar mula menjadi tumpuan apabila beberapa pihak menggesa supaya Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa sama ada ia boleh dilaksanakan di negara ini atau tidak. Ini kerana ada umat Islam di Malaysia yang berpendapat bahawa pernikahan tersebut merupakan salah satu cara bagi mengatasi masalah ramai wanita yang belum berkahwin. Mahmud Zuhdi berkata, amalan perkahwinan misyar boleh dilaksanakan jika mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. ``Jika pihak isteri bersetuju bahawa lelaki tidak perlu memberi nafkah zahir seperti menyediakan rumah, pakaian dan sebagainya, tetapi hanya bertanggungjawab terhadap nafkah batin saja, maka ia tidak menjadi masalah,'' tegasnya. Apa yang menjadi masalah kata beliau, apabila timbul pertikaian berhubung siapa yang bertanggungjawab memberi nafkah dalam rumahtangga. ``Sekiranya tidak timbul soal siapa yang patut memberi nafkah atau siapa yang patut menanggung siapa, maka perkahwinan seperti itu tidak ada masalah untuk diamalkan. ``Apatah lagi dalam keadaan hari ini, wujudnya masalah ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin,'' jelas beliau. Mahmud Zuhdi berkata, amalan perkahwinan misyar boleh dilaksanakan jika mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak. ``Jika pihak isteri bersetuju bahawa lelaki tidak perlu memberi nafkah zahir seperti menyediakan rumah, pakaian dan sebagainya, tetapi hanya bertanggungjawab terhadap nafkah batin saja, maka ia tidak menjadi masalah. ``Apatah lagi dalam keadaan hari ini, wujudnya masalah ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin,'' jelas beliau. Mahmud Zuhdi berpendapat, perkahwinan seumpama itu sepatutnya dibenarkan, berdasarkan permasalahan yang berlaku pada masa kini. Bagaimanapun, katanya perkahwinan ini harus dilakukan secara jujur dan tidak disalahgunakan bagi menganiaya kaum wanita. Utusan Malaysia Online ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 26-05-06 20:08 ] |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Debat kahwin misyar -- * Menteri, mufti tolak * Persatuan Ibu Tunggal, pensyarah sokong
Oleh: NORIZAN ABDUL MUHID dan WAN MOHD. HAFIZ WAN HAMZAH KUALA LUMPUR 25 Mei - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menolak cadangan supaya lelaki dibenar mengamalkan perkahwinan misyar dengan alasan tidak sesuai dengan keperluan masyarakat negara ini. Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya tidak mahu mempromosikan perkahwinan misyar kepada masyarakat negara ini kerana dikhuatiri akan mendatangkan implikasi negatif. Bagaimanapun dalam reaksi berbeza, Ketua Jabatan Dakwah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Mohd. Kamil Abdul Majid dan Persatuan Ibu Tunggal Terengganu (PITT) menyokong pelaksanaan perkahwinan itu. Ketika menegaskan pendirian kementeriannya, Shahrizat berkata, umat Islam Malaysia hari ini tidak memerlukan perkahwinan misyar. ``Kenapa perlu, jika diikutkan nisbah antara wanita dan lelaki, ia tidak ketara perbezaannya. ``Malah, isu wanita tidak berkahwin bukan satu masalah dan mereka ini tidak sepatutnya dilayan sebagai kes kebajikan, golongan ini harus dihormati. ``Jangan layan golongan ini seperti itu, sebenarnya mereka ini lebih bahagia daripada memilih untuk berkahwin,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Shahrizat mengulas cadangan Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid semalam supaya golongan lelaki dibenar mengamalkan perkahwinan misyar bagi mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin. Malah, Mahmud Zuhdi berpendapat, perkahwinan tersebut juga mampu mengurangkan perlakuan maksiat di dalam masyarakat. Perkahwinan misyar bermaksud, suami tidak perlu memikul tanggungjawab memberi nafkah zahir seperti wang ringgit dan pakaian, tetapi cukup hanya dengan memenuhi nafkah batin terhadap isteri. Perkahwinan seumpama ini banyak berlaku di kalangan wanita yang berkedudukan tinggi dan berpendapatan lumayan di negara-negara Arab. Shahrizat berkata, syarat asas perkahwinan menetapkan bahawa suami berperanan memberi nafkah zahir dan batin kepada wanita. Malah, katanya, berdasarkan kajian kementerian mendapati, kira-kira 711,000 keluarga pada 1994 menunjukkan wanita menjadi penyumbang utama kepada pendapatan keluarga. Beliau juga menegaskan walaupun perkahwinan misyar dipraktikkan di negara Islam lain, ia tidak semestinya wajib diamalkan di negara ini. ``Ini kerana, kita mempunyai cara dan budaya berbeza, tidak sama dengan negara-negara Arab terbabit,'' katanya. Sementara itu, ketika mempertahankan hujahnya mengenai kebenaran perkahwinan misyar, Mohd. Kamil berkata, amalan itu boleh menjadi satu alternatif untuk membantu golongan wanita yang berdepan dengan masalah atau situasi tertentu. Katanya, perkahwinan tersebut juga boleh dijadikan jalan keluar bagi menyelesaikan masalah ibu tunggal atau andartu yang berharta. Beliau menjelaskan amalan perkahwinan misyar ini tidak melanggar hukum syarak, asalkan ia dibuat berdasarkan persetujuan di antara pihak lelaki dan wanita. ``Namun, perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih serius serta ditetapkan beberapa peraturan atau garis panduan supaya tidak ada pihak yang teraniaya,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Mohd. Kamil berharap, semua pihak dapat memandang isu itu dari aspek positif dan tidak hanya melihat dari sudut negatif sahaja. Di samping itu, beliau turut menyentuh pemahaman umat Islam di negara ini mengenai definisi nafkah batin yang digunakan dalam bab nikah kahwin. Menurutnya, apabila disebut nafkah batin, ramai yang memikirkan ia hanya berkisar perlakuan seksual semata-mata. ``Seks hanya salah satu cabang bagi maksud nafkah batin. Selain seks, berkongsi masalah, mendengar luahan isteri, berbual dan bermesra serta mendidik ajaran agama terhadap isteri juga termasuk dalam definisi nafkah batin,''katanya. Utusan Malaysia Online ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Wanita Pas anggap tidak sesuai di negara ini
Oleh: NORIZAN ABDUL MUHID KUALA LUMPUR 25 Mei - Dewan Muslimat Pas menolak cadangan supaya perkahwinan misyar dibenarkan kerana ia tidak bersesuaian dengan masyarakat negara ini. Ketuanya, Azizah Khatib Mat (gambar) berkata, masalah wanita tidak berkahwin di negara ini masih terkawal dan tidak perlu diatasi melalui cara tersebut. ``Cara itu tidak sesuai dipratikkan di negara ini dan kita tidak perlu mengikutinya walaupun ia sudah lama dipratikkan di negara-negara Arab. ``Saya menetap lama di negara tersebut dan mendapati masalah wanita tidak berkahwin memang ketara. Kaum lelaki takut berkahwin kerana tidak mampu membayar wang hantaran,'' katanya di sini, hari ini. Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas cadangan Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid yang mendakwa perkahwinan misyar dapat mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin. Selain itu, ia juga dianggap mampu mengurangkan perlakuan maksiat dalam masyarakat. Menurut Azizah, sekiranya amalan itu dilaksanakan, ia hanya akan merendahkan maruah dan harga diri wanita kerana dianggap sebagai tempat melepaskan nafsu oleh kaum lelaki. ``Lagi pun, apa guna wanita berkenaan berkahwin jika semuanya ditanggung oleh dirinya sedangkan dia sepatutnya dilindungi dan dijaga dengan baik oleh lelaki. ``Saya juga tidak percaya melalui perkahwinan misyar ini dapat membantu wanita memperoleh jodohnya, saya rasa ia lebih tepat menambah masalah kepada dirinya sahaja,'' katanya. Utusan Malaysia Online ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Perlukah nikah misyar?
Oleh: NIK SALIDA SUHAILA NIK SALEH NIKAH misyar yang juga dikenali sebagai ânikah musafirâ adalah sebuah perkahwinan yang tidak memerlukan pasangan tinggal sebumbung. Bukan itu sahaja, suami tidak mempunyai tanggungjawab dari segi kewangan ke atas isterinya serta wujud implikasi bahawa akan berlaku perceraian. Nikah misyar diamalkan di Mesir seawal tahun 1825 dan dalam era moden ini amalan tersebut diterima secara sah di Arab Saudi. Oleh kerana pernikahan seumpama ini tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w., majoriti umat Islam menolak amalan tersebut dan menyifatkannya sebagai âbidaahâ. Bagi nikah misyar, amalan kebiasaan ialah isteri terus tinggal dengan ibu bapanya dan suami misyar bebas untuk meninggalkan isteri dan anak-anaknya selama mana yang beliau kehendaki. Isteri tidak boleh menuntut cerai atas alasan ditinggalkan oleh suaminya. Cadangan supaya kaum lelaki dibenarkan mengamalkan perkahwinan misyar bagi mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin mungkin perlu disokong. Itupun sekiranya terdapat kajian yang menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia mempunyai masalah untuk mendirikan perkahwinan biasa. Memang benar bahawa perlakuan maksiat dapat dikurangkan menerusi perkahwinan. Tetapi soal penerimaan bentuk perkahwinan yang dibenarkan dalam Islam ini perlu mendapat kerjasama bukan sahaja daripada kaum wanita, badan-badan bukan kerajaan, para ibu bapa dan masyarakat tetapi juga undang-undang. Pernikahan misyar dibenarkan di Arab Saudi oleh fatwa yang diberikan oleh Sheikh Abdul Azeez ibn Abdullaah ibn Baaz dan secara rasminya diperundangkan di Mesir oleh Imam Sheikh Muhammad Sayid Tantawy pada tahun 1999. Di sebalik fatwa tersebut nikah misyar ditentang oleh ulama-ulama dari Universiti Al-Azhar di Kaherah. Maslahah untuk membenarkan amalan tersebut adalah kerana ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin. Namun begitu realitinya di negara-negara Arab ia tidak sedemikian, kerana nikah misyar menjadi amalan di kalangan wanita-wanita yang berkedudukan tinggi dan kaya-raya. Nikah misyar juga tidak boleh mempunyai had masa tertentu kerana sekiranya terdapat tempoh masa yang dijanjikan kepada isteri untuk diceraikan, maka ia menjadi nikah mutaah yang tidak dibenarkan dalam Fiqh Sunnah. Apa yang boleh diamalkan ialah isteri boleh tinggal bersama ibu bapa dan suami boleh berkunjung ke rumah tersebut pada bila-bila masa walaupun setelah mempunyai anak. Isteri tidak boleh memohon cerai kerana suami tidak memberikan sepenuh perhatian atau dengan kata lain mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Suami juga boleh mengahwini wanita lain tanpa memberitahu apatah lagi mendapatkan kebenaran isteri, bahkan sekiranya berlaku perceraian, isteri dan anak-anak akan kehilangan segala hak yang boleh dituntut oleh isteri dan anak-anak yang diceraikan dalam pernikahan biasa. Nikah misyar diperlukan dalam konteks masyarakat hari ini sekiranya kajian menunjukkan bahawa kaum lelaki tidak mampu berkahwin dan menyara isteri serta anak-anak. Sebab itulah isteri dalam perkahwinan misyar dibenarkan terus menetap bersama ibu bapa dan suami hanya âbertandangâ sekiranya perlukan khidmat seksual. Persetujuan kedua-dua belah pihak amatlah penting kerana perkahwinan ini menuntut pengorbanan emosi dan perasaan yang tinggi. Walaupun pasangan mengetahui batasan keperluan dan had tanggungjawab yang harus diberikan dan diterima, tetapi norma sebuah perkahwinan ialah kasih sayang dan perhatian yang tidak berbelah bahagi. Para isteri juga tidak harus membandingkan perkahwinan dan komitmen suami mereka seperti perkahwinan biasa kerana ia jelas tidak sama. Malahan sekiranya berlaku perselisihan faham, ia mungkin sukar diselesaikan kerana tiada faktor-faktor lain yang boleh mendorong merapatkan hubungan tersebut melainkan sekiranya suami datang ke rumah ibu bapa isteri atau alternatif perhubungan yang lain. Tanpa menyediakan makan pakai, mengikat perut suami dengan masakan yang sedap, persekitaran rumah yang indah yang membangkitkan rasa kasih dan sebagainya agak sukar untuk isteri menunjukkan perhatian yang sewajarnya kepada suami sedangkan realiti sebuah perkahwinan adalah lebih daripada hubungan seksual. Sama ada ia menganiaya wanita atau tidak, ia persoalan yang sangat subjektif kerana sekiranya wanita atau isteri nikah misyar merasakan bahawa khidmat seksual itu adalah klimaks objektif sebuah perkahwinan, maka mereka tidak mengharap komitmen yang selainnya. Tetapi sekiranya ada isteri yang merasakan bahawa suami patut memberikan sedikit perhatian dan ia tidak berlaku, maka wanita tersebut merasakan ia teraniaya sedangkan hakikat nikah misyar adalah untuk hubungan kelamin semata. Perbezaan utama antara nikah biasa dengan nikah misyar ialah pasangan tidak tinggal serumah tetapi akan saling berhubung antara satu sama lain dan suami tidak bertanggungjawab untuk memberi nafkah zahir kepada isteri walaupun syarat ini mungkin berbentuk perjanjian sementara. Amalan nikah misyar dibimbangi sekiranya ia berlainan dengan niat asal sesebuah perkahwinan itu didirikan. Oleh itu, sekiranya nikah misyar diamalkan di Malaysia, maka undang-undang yang lebih jelas dan menjurus kepada amalan ini perlu dirangka bagi membolehkan ia dilakukan mengikut batasan syariat. Alasan untuk membenarkan kaum lelaki mengamalkan nikah misyar semata-mata bagi mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin juga harus diteliti secara mendalam. Malah setiap perkahwinan itu hakikatnya berlangsung atas nama tanggungjawab yang lebih cenderung untuk dipikul oleh suami. Tanpa tanggungjawab perkahwinan tidak akan membawa sebarang makna jauh sekali menepati objektifnya iaitu berkongsi hidup dan kasih sayang, bukannya berlandaskan seks semata-mata. Kajian juga perlu dibuat mengenai ego lelaki yang bersetuju supaya kahwin misyar dibenarkan kerana ia ternyata bertentangan dengan fitrah kejadian lelaki itu sendiri. Jika seorang lelaki itu tidak mempunyai kemampuan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami, bukankah lebih baik jika sebuah perkahwinan itu tidak dilangsungkan. Walau apa pun hikmah di sebalik nikah misyar itu, ia pasti tidak perlu dijadikan alasan untuk âmenghalalkanâ perhubungan suami isteri yang hakikatnya tidak wujud. Alasan ramai wanita tidak berkahwin untuk membenarkan lelaki mengamalkan nikah misyar juga perlu dibuktikan kebenarannya menerusi statistik bukan sekadar cakap-cakap kosong. Statistik penghuni pusat serenti yang kini dipenuhi oleh lelaki dan jumlah kaum wanita di institusi pengajian tinggi perlu menjadi sandaran jika benar nikah misyar benar-benar diperlukan. Apatah lagi apabila nikah misyar dikatakan menjadi amalan di kalangan lelaki Kuwait dan Arab yang kaya untuk melepaskan hawa nafsu mereka ketika bercuti. Nikah misyar membenarkan mereka mengadakan hubungan seks dengan wanita lain kononnya untuk mengelak daripada melakukan zina. Mereka dikatakan pergi ke negara-negara miskin dan bertemu dengan orang tengah untuk merancang pernikahan misyar. Kepada lelaki dan wanita Malaysia, fikirlah sejauh mana perlunya nikah misyar dibenarkan. * NIK SALIDA SUHAILA NIK SALLEH ialah pensyarah di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Utusan Malaysia Online ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 26-05-06 20:13 ] |
tasbih_30 ![]() |
![]()
aku rasa kahwin misyar ni ok... kalau dibenarkan islam tu makna nya tentu ada kebaikannya... aku rasa elok dibenarkan... Kenapa nak halang pula.. kalau kedua-duanya pihak setuju tak jadi hal rasanya...
-aku rasa kat malaysia ni banyak tokok tambah dalam hal ehwal perkahwinan cuma aku tak berani nak kata benda tu buruk sebab aku tak ada buat kajian yang mendalam... tapi aku rasa banyak aspek perlu di kaji semula.. contohnya ijab dan kabul ..Kenapa perlu di ulang sebut perkataan yang kadi dah lafaz Kenapa tak katakan setuju saja... kan senang.. tak ada la sampai 3 -4 kali ulang2 lafaz akad nikah tu... -sekadar pandangan.. mana-mana yang salah tu tolong la betulkan... |
tasbih_30 ![]() |
![]()
aku tengok ramai yang tak kahwin sebab budget tak cukup... lepas itu bila tak dapat tahan diri buat la perkara yang bukan2... jadi rasa aku la perkahwinan misyar ni salah satu alternatif bagi kurangkan maksiat ...
|
tasbih_30 ![]() |
![]()
Pada 26-05-06 18:13 , ibnu_musa posting:
!!! QUOTE !!! Pada 26-05-06 16:47 , Ketotoi posting: Kenapa mesti bercerai pula.... memang ada implikasi negatif tapi lebih baik dari jatuh kekancah kemaksiatan... |
tasbih_30 ![]() |
![]() |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
âNikah misyar dibenar agamaâ
Oleh Nasir Hassan KOTA BHARU: Perkahwinan misyar dibenarkan agama dan tidak bercanggah dengan hukum Islam, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Malah, Mursyidul Am Pas itu berkata, ia terletak pada persetujuan seseorang wanita yang hendak dikahwinkan mengikut cara berkenaan. âYang penting, Islam tidak menghalang umatnya berkahwin mengikut kaedah misyar. Jika perempuan yang dikahwinkan itu bersetuju suaminya tidak perlu memberi nafkah zahir kerana cukup dengan apa yang ada padanya, maka tiada masalah nak kahwin cara misyar itu,â katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, semalam. Nik Abdul Aziz diminta mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil bahawa perkahwinan misyar tidak sesuai dilaksanakan di negara ini. Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz menasihatkan pasangan yang ingin berkahwin misyar supaya membuat perjanjian bertulis mengenai kesediaan wanita yang ingin dikahwini bagi mengelak timbul kesan pada masa depan. âWanita perlu membuat pengakuan bertulis bahawa dia sanggup tidak diberi nafkah zahir atau melakukan giliran kerana bersedia menanggung risiko cukup apa yang ada padanya,â katanya. Pokok pangkalnya, katanya, ia terletak pada kesediaan seseorang perempuan yang hendak dikahwinkan itu sendiri. Ditanya perkahwinan cara demikian memberi gambaran menghina wanita kerana cara itu dilihat sebagai lebih mementingkan kepuasan seks semata-mata, Nik Abdul berkata: âPerkara itu tidak berbangkit kerana wanita itu sendiri yang bersetuju berkahwin cara begitu. Ia tidak salah dari segi hukum. âHina macam mana kalau perempuan sendiri izin. Itu hak perempuan. Kalau perempuan itu nak bagi duit, nak bagi rumah (kepada suaminya) kerana dia kaya... tak jadi masalah. Itu hak dia,â katanya. Berita Harian Online ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 27-05-06 17:16 ] |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Jakim `keliru'
KUALA LUMPUR 26 Mei - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengakui tidak dapat menentukan status perkahwinan misyar dari segi hukum syarak. Sehubungan itu Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, beliau akan merujuk perkara itu ke panel syarak jabatan itu bagi menentukan kedudukan sebenar perkahwinan tersebut. Beliau sendiri tidak dapat menentukan hukuman sebenar perkahwinan tersebut dan oleh itu isu itu amat memerlukan pandangan daripada mereka yang arif mengenainya. ``Kita memerlukan pandangan daripada para ulama yang menganggotai panel syarak Jakim memandangkan perkahwinan misyar ini melibatkan soal hukum. ``Yang pasti dalam isu ini, wanita sudah pasti menentang manakala golongan lelaki sudah tentu menyokong,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Ketika ditanya sama ada isu terlibat akan dirujuk ke Majlis Fatwa Kebangsaan Mustafa berkata: ``Tengok keadaan.'' Utusan Malaysia Online ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Pada 27-05-06 14:48 , tasbih_30 posting:
!!! QUOTE !!! aku rasa kahwin misyar ni ok... kalau dibenarkan islam tu makna nya tentu ada kebaikannya... aku rasa elok dibenarkan... Kenapa nak halang pula.. kalau kedua-duanya pihak setuju tak jadi hal rasanya... saya sendiri, saya tak berapa setuju dengan perkahwinan misyar ni, apalagi kalau melibatkan adik/anak perempuan... tasbih_30 setuju untuk diri sendiri, macam mana kalau adik/anak perempuan anda dilamar untuk kahwin misyar, boleh terima? p/s: wah, soalan cepu mas ni ![]() ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
akwa ![]() ![]() |
![]() |
tasbih_30 ![]() |
![]()
Pada 26-05-06 19:08 , Islamic_prince88 posting:
!!! QUOTE !!! Astaghfirullah!! baru ana terperasan link yang mana satu ni... hati-hati... |
tasbih_30 ![]() |
![]()
Pada 27-05-06 17:21 , ibnu_musa posting:
!!! QUOTE !!! Pada 27-05-06 14:48 , tasbih_30 posting: apa yang kelakar sangat... anda ni paham sikit maksud aku.. aku setuju sebab islam benarkan... aku setuju sebab bagi aku dari jatuh kekancah maksiat lagi baik ada perkahwinan misyar... kalau perempuan tu kaya dan sanggup apa salahnya... aku bukan suruh semua orang kahwin misyar.. tak kisah la siapa...adik aku ke kakak anda ke ..anak perempuan anda ke ... jangan sempitkan minda... islam itu indah dan banyak jalan keluar yang islam sediakan..tak kan kerana anda tak sanggup adik anda or anak anda kahwin misyar anda nak halang orang lain berbuat demikian... -yang halal tetap halal yang haram tetap haram.. -when u roll da dice u must pay da price! |
Farishah ![]() |
![]()
pada saya kalau hukum nya sah...saya akan ikut apa kata fatwa...tapi BUKAN semua yang dibolehkan untuk nikah misyar...mesti diadekan syarat yang tinggi...seperti kedue2 ye suami dan istri bekerja...istri boleh tanggung hidup sendri dan suami boleh tanggung hidup sendri...
tapi..kalau hanya istri yang boleh tanggung hidup sendri tapi suami tak boleh...itu sudah seperti membenarkan lelaki mempunyai sifat malas.....huhu |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Pada 27-05-06 21:43 , tasbih_30 posting:
!!! QUOTE !!! apa yang kelakar sangat... anda ni paham sikit maksud aku.. aku setuju sebab islam benarkan... aku setuju sebab bagi aku dari jatuh kekancah maksiat lagi baik ada perkahwinan misyar... kalau perempuan tu kaya dan sanggup apa salahnya... aku bukan suruh semua orang kahwin misyar.. tak kisah la siapa...adik aku ke kakak anda ke ..anak perempuan anda ke ... jangan sempitkan minda... islam itu indah dan banyak jalan keluar yang islam sediakan..tak kan kerana anda tak sanggup adik anda or anak anda kahwin misyar anda nak halang orang lain berbuat demikian... cumanya daripada kata-kata anda dah menjawab soalan tu, sama juga macam lelaki2 yang dilakukan survey oleh arabnews, mereka akan kata setuju diamalkan misyar, tetapi tidak setuju jika dilakukan ke atas keluarga mereka (perempuan) tak siapa pun yang kata haram, mufti perak pun tak kata haram, yang disebut hanya ia tidak sesuai diamalkan di Malaysia... kita tunggu apa keputusan JAKIM, mereka sendiri pun tengah konfius tu ![]() ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
Vitamin_Hati ![]() |
![]() |
Vitamin_Hati ![]() |
![]()
Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid kelmarin supaya perkahwinan itu dibenarkan kerana membawa pelbagai kebaikan termasuk mengurangkan perlakuan maksiat dalam masyarakat.
|
Vitamin_Hati ![]() |
![]()
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan cadangan supaya kaum lelaki dibenar mengamalkan perkahwinan misyar bagi mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin.
Beliau berkata, Islam membenarkan perkahwinan seumpama itu tetapi dengan syarat mendapat keizinan wanita yang akan dikahwini dan diadakan perjanjian bertulis antara kedua-dua belah pihak. (petikan Akhbar utusan 26 mei) harap isu ini tak jadi perbalahan..kena faham dan penghayatan betul apabila mengusulkan sesuatu pendapat atau sama waktu dengannya..huhuhuuuhuh |
tasbih_30 ![]() |
![]()
Pada 27-05-06 22:34 , ibnu_musa posting:
!!! QUOTE !!! Pada 27-05-06 21:43 , tasbih_30 posting: kalau adik aku tu kaya dan dia sanggup aku tak kisah.. aku rasa aku tak berhak halang kalau itu pilihan dia... |
tasbih_30 ![]() |
![]() |
tasbih_30 ![]() |
![]()
aku rasa kat malaysia pun dah sesuai.. kalau kita ambil jkira dari aspek pelajaran banyak perempuan dr laki kat ipta..dan dr segi logiknya bila pelajaran tinggi pendapatan pun sama naik juga so memang ramai perempuan yang berjawatan tinggi dan hidup mewah tapi kosong tanpa teman so apasalahnya kalau mereka ni kahwin misyar...dr terjebak kekancah maksiat...
|
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Pada 28-05-06 01:29 , tasbih_30 posting:
!!! QUOTE !!! tok guru hang dah setuju,,,takkan hang tak setuju,,, lawan sifu nampak... ![]() kan dah kata ni masalah khilafiah, tak payah nak cakap lebih2, kita tunggu apa keputusan Jakim, mereka pun masih keliru nak keluarkan keputusan, anda pulak yang terlebih yakin lagi bersemangat ![]() ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 28-05-06 01:39 ] |
lobam_shibin ![]() |
![]()
macam nilah..kahwin misyar ni sebenarnya memang dah lama ada..di malaysia ni ia timbul setelah disebut oleh prof mahmud zuhdi sebab itu tiba-tiba kes ni kecoh..lamo dah ado bondo ni..
sebenarnya kahwin misyar ni seumpama kahwin mut'ah..cuma kahwin mut'ah diharamkan sebab kahwin itu mengikut masa ditentukan..berbeza dengan kahwin misyar..ia tetap kontrak tapi tidak ada masa ditentukan..lelaki dan wanita akan menandatangani kontrak untuk kahwin misyar..kita jangan salah faham..perkahwinan misyar ni sebenarnya di dahului oleh perempuan..bukan lelaki yang carik..kalau lelaki yang carik memang lah tak jumpa perempuan yang nak.. mana ada perempuan sanggup kahwin misyar betul tak? sebagai contoh seorang perempuan mengajak saya kahwin misyar..kalau saya setuju dan perempuan tu setuju saya boleh berkahwin tanpa ada mas kahwin.. Kenapa ia di pakai di semenanjung arab? kerana mas kahwin atau hantaran di negara arab terutama di mesir adalah tinggi..seorang lelaki kalau nak kahwin mesti ada 10,000 pound ada rumah dsb..jadi kalau nak tunggu laki kumpul duit sampai tualah baru boleh kahwin..sebab itu di bolehkan kahwin misyar..kira perempuan ni kahwin tanpa meminta apa-apa..hatta sampai mas kahwin pun percuma..sebabtuh ia di dahului oleh perempuan..kalau kita lihat di mesir contohnya ramai yang kahwin tua-tua belaka..payah nak carik muda kecuali orang kaya..kadang-kadang yang kahwin itu kepala dah botak dan nampak berumur..sebab nak tunggu sampai ada duit itu memang lama.. di malaysia pulak keadaannya tidak seperti di negara arab..sama ada saya setuju atau tidak itu bukan hak saya..kerana benda ni dah jadi hukum harus..tak payah kerajaan nak adakan undang2 kahwin misyar atau sebagainya..sebab benda ni tak ada hukum..kalau siapa yang nak dipersilakan..tak nak pun tak apa..benda ni harus.. Kenapa tuan guru nik aziz sokong? kerana memang benda ni dah lama ada..memang dah dipraktikkan sebab tu dia sokong..Islam memang dah benarkan.. syahrizat kata perkahwinan misyar akan merendah dan menghina kaum wanita.. sebenarnya tidak menghina atau merendahkan kaum wanita..cuma perkahwinan ini mestilah dipersetujui oleh kedua2 pihak..jadi di sini tidak ada istilah menghina kaum wanita.. begitulah mengikut ilmu yang saya ada..setelah perbincangan di buat dan dirujuk kepada fatwa muasiroh dr. yusuf qardawi..wassalam..kalau salah tolong tegur.. |
lobam_shibin ![]() |
![]()
macam nilah..tuan guru menyokong perkahwinan misyar kerana memang Islam benarkan perkahwinan ni..sebab itu dia sokong..hukumnya harus..ITU SAHAJA..
sama ada sesuai atau tidak di gunakan di malaysia terpulang pada hak individu..benda ni dah hukum..takkan nak kena gezetkan jugak..siapa nak buat,buatlah..tak ada masalah..kalau perempuan itu rasa mampu untuk menyara diri sendiri dan menyara bakal anak2nya tak ada masalah..tak payah nak tunggu digazetkan.. contoh amar makruf nahi mungkar..benda itu memang dah wajib kena buat..takkan nak kena gezetkan dulu baru buat.. |
ummimq ![]() ![]() |
![]()
Penjelasan:
Nikah al-Misyar (المسيار ![]() Dalam bahasa Arab bermaksud Nikah Jalanan atau Nikah perantauan. Ia sudah lama di amalkan di Arab Saudi, masyarakat Pathani dan Kelantan yang selalu merantau. Ini kerana Arab Saudi, Pathani dan kelantan agak longgar budaya mereka terhadap poligami dan dominan kaum lelaki ke atas wanitanya agak ketara. Ia diamalkan oleh kaum lelaki yang selalu merantau kerana urusan bisnes atau menuntut ilmu, lalu ia berkahwin di perantauan tanpa idzin isteri pertamanya dan hanya menziarahi isteri kedua atau ketiga semasa ia berkunjung ke tempat itu. Contoh: Seorang ahli perniagaan Malaysia, ada bisnes di Jakarta dan Medan dan selalu berkunjung ke sana untuk menguruskan bisnesnya, maka ia berkahwin dengan wanita tempatan di Jakarta dan Medan. isteri di Jakarta dan Medan itu adalah contoh pernikahan Misyar. Ia dilakukan secara sah. Begitu juga di Saudi. Jika dia ada bisnes di Madinah, ada bisnes di Qatar atau Riyadh, maka di setiap bandar tersebut dia menikahi seorang wanita secara sah. Setakat ini belum ada fatwa resmi oleh ahli Fatwa Malaysia. Manakala di Mesir sedang diperdebatkan. a. Mufti Mesir, Dr nasyr Farid Washil mengatakan nikah ini sah di sisi syara' tapi Mesir belum bersedia meluluskannya sebelum mengkaji implikasi dari sudut tujuan2 kekeluargaan seperti membina keluarga yang bahagia dan anak-anak yang mengenali dan mengasihi siapakah bapanya b. Syaikh Muhammad Sayyid alTanthawi, Syaikh al-Azhar pula berkata. Aku belum pernah mendengar nikah misyar ini, cuma jika ia menikah menepati lunas-lunas peraturan, maka akadnikahnya sah walaupun pihak isteri kehilangan beberapa hak. (Majalah Akhir Sa'ah, Cairo edisi 29/10/1997) Pendapat thtl: kita bimbang kaum syi'ah akhirnya akan memulang paku buah keras kepada kita (ASWJ) yang selama ini menghentam keras perkahwinan mut'ah yang juga pernikahan jalanan, lalu meluluskan pula perkahwinan misyar. (posted by ![]() http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=30105 Tapi tuan thtl bagi ana yang jahil, rasanya nikah mut'ah ni lebih ber dignity sebab wanita tu tahu tempoh dia bersama suami dan tahu bila dia di ceraikan. Berbanding dengan nikah misyar kelihatan menzalimi wanita dan kelihatan tiada taklik seperti yang di amalkan oleh malaysia. boleh tuan thtl jelaskan apakah nas dan dalil yang di guna pakai oleh ulamak arab saudi?? saya terkejut dengan nikah misyar boleh di benarkan di tanah arab saudi.bukankah ulamak di sana cukup berhati- hati dan syadid?? dan saya bersetuju dengan tuan thtl mengenai pendapat nya yang syiah akan menyerang kita apabila menggunapakai nikah misyar ni sebab kita menyerang syiah menggunakan isu mut'ah. (posted by Islamuntuksemua) sdr Islam 4 All, sebenarnya enta tidak mengerti takrifan Nikah Jalanan ini. Nikah Jalanan ni adalah legal kerana ia bernikah secara sah di sisi undang-undang kekeluargaan, serta diizinkan oleh Wali perempuan. Ia dinamakan nikah misyar kerana isteri jalanan itu merelakan sebahagian hak-haknya digugurkan seperti nafkah, giliran, dsbnya. Dalilnya: " Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji." Dan dalil hadith: " orang Islam bergantung kepada syarat mereka sendiri." Yang kedua: isu arab saudi. Di Saudi, poligami adalah perkara lumrah di sana, berbanding dengan Malaysia atau negara2 seperti Mesir yang amat keras menentang poligami. Bahkan Morocco dan Tunisia telah meluluskan enakmen baru yang menegah poligami. Maksud wanita itu redha ialah dia tak kisah jika suaminya datang sebulan sekali atau tidak menyediakan rumah. Pernikahan misyar ni memang dilakukan sudah lama di negara kita secara senyap-senyap. Oleh kerana ia tidak terbuka, maka hukumnya juga samar-samar. Kalau SIS dapat tahu, habislah... ~~~~~~~~ syukran ala kulli hal tuan thtl. afwan boleh ana tanya adakah nikah misyar selari dengan mazhab 4??? ~~~~~~~~ alJawab: Ia cuma lulus pada madzhab Hanbali di Saudi. Madzhab-madzhab lain belum putus, Mufti Mesir (madzhab Hanafi) dan Syaikhul al-Azhar tak bagi green light. Syafi'iyah Malaysia pun belum pernah bincang...tapi ana rasa ia sesuai dijalankan di Malaysia kerana wanitanya berkerjaya dan pergerakan rakyatnya dari satu negeri ke negeri yang lain adalah suatu kelaziman. Ini dapat mengurangkan bilangan andartu yang gaji besar dan janda yang semakin meningkat. Jika Saudi boleh, Kenapa Malaysia tak BOLEH? Cuma yang perlu dipinda ialah syarat2 poligami yang agak ketat di Malaysia berbanding Saudi. Setakat ni Perlis dan Terengganu yang melonggarkan syarat2 tsb. |
tasbih_30 ![]() |
![]()
Pada 28-05-06 04:00 , lobam_shibin posting:
!!! QUOTE !!! macam nilah..tuan guru menyokong perkahwinan misyar kerana memang Islam benarkan perkahwinan ni..sebab itu dia sokong..hukumnya harus..ITU SAHAJA.. agree with u men.... apa yang hang bagi tahu tu memang tepat sekali... kalau dah islam benarkan Kenapa kita nak halang... macam kat malaysia ni banyak perkara disusahkan.. nak kahwin 2 pun macam-macam syarat.. sampai vip nak kahwin 2 pun pergi siam ...apa cerita... halal tetap halal... kita mana tahu masalah orang so ada baiknya kita jangan sekat benda yang dah ditetapkan sebagai HALAL... p/s - lansung tak paham dengan pendirian DR SYED ALI TAWFIK ALATTAS.. cakap biar terang prof. [ Telah diedit oleh: tasbih_30 pada 28-05-06 11:36 ] |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Misyar bukan penyelesaian
Oleh MOHD. SHAUKI BIN ABD. MAJID (Penolong Pengarah YADIM) PERKAHWINAN merupakan proses transformasi yang paling besar dalam kehidupan seseorang insan. Allah s.w.t membicarakan perkara ini di dalam al-Quran dengan menyatakan perkahwinan itu adalah mitsaqan ghaliza (ikatan paling kukuh). Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Dan kamu hanya dapat berhubungan biologi dengan mereka secara halal melalui kalimat-kalimat Allah. (hari. Muslim). Oleh hal yang demikian, alam perkahwinan itu sangat mulia sifatnya dan mempunyai nilai ibadah di sisi Allah. Manusia harus sedar bahawa perjalanan seseorang insan hidup di muka bumi ini bukan sekadar memenuhi nafsu syahwat. Begitu juga alam perkahwinan yang mempunyai maksud dan tujuan amat besar. Perkahwinan disifatkan amalan mulia kerana tujuan sebenar menurut Islam adalah membentuk keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah yang menjadi generasi pewaris kepada perjuangan menyebarkan syiar Islam. Mutakhir ini, beberapa negara Islam dilanda fenomena perkahwinan misyar yang agak serius. Hal ini disebabkan perubahan budaya dan pemikiran dalam kehidupan. Perkahwinan jenis ini bukanlah perkara baru tetapi wujud sejak zaman dahulu dan menamakan perkahwinan ini sebagai âmisyarâ. Perkahwinan misyar terjadi akibat pengaruh asimilasi budaya antara negara dan daerah-daerah di dunia. Hakikatnya, perkahwinan misyar dilaksanakan oleh seorang lelaki melalui akad nikah yang sebenar, cukup rukun dan syarat sah nikah Namun, isteri perlu mengalah daripada menuntut haknya seperti mendapat tempat tinggal yang disiapkan suami. Sekiranya si suami berpoligami, hak mendapat nafkah yang adil tidak diterima sepenuhnya di antara si isteri dengan isteri-isteri yang lain. Oleh hal yang demikian, si isteri harus dengan rela hati tinggal di rumah bersama keluarganya. Zuriat Benarkah seorang lelaki yang berkahwin boleh berada di sisi isteri dalam tempoh tertentu sahaja seperti sehari dalam seminggu atau sebulan dua dalam setahun? Kemudian si suami akan meninggalkan isterinya dan mencari kenikmatan dunia yang lain? Adakah wanita atau isteri itu dikahwini sekadar untuk mendapatkan zuriat sehingga diabaikan tanggungjawab dan hak-hak yang lain? Sekiranya perkahwinan seperti ini terjadi, jelas berlaku penyimpangan terhadap maksud sebenar Allah mensyariatkan perkahwinan kepada umat Muslim. Dan, hal yang demikian ini jelas melanggar perintah Rasulullah kepada umatnya dalam sabda baginda: Bernikahlah kamu, berketurunanlah kamu, sesungguhnya aku (berbangga) banyak umatku keranamu (atas umat yang lain). (hari. Abu Daud, an- Nasai, dan al-Baihaqi). Menurut mufti Mesir, Dr. Nashir Farid Washil, ketika diwawancara dalam majalah Akhir Saâah (Detik Terakhir), perkahwinan jenis ini tidak ada dasarnya dalam ilmu fikah. Ia diambil daripada realiti kehidupan yang mementingkan kebendaan. Oleh kerana kehidupan sesetengah manusia yang sering berjalan dan berpindah-randah, maka ada di kalangan ahli syariat dalam negara tertentu memikirkannya, apakah seseorang perempuan lebih baik hidup selamanya tanpa suami atau dia terpaksa mengalah dari sebahagian hak-haknya untuk berkahwin? Mungkin ada sesetengah pendapat terutamanya para wali dan ibu bapa yang bersetuju kerana lebih baik seseorang wanita itu berkahwin. Justeru, dalam fikah perkahwinan misyar ini tidak ada asal usulnya tetapi menurut syariat, perkahwinan ini adalah sah. Perkahwinan ini hanya membentuk kedudukan yang paling rendah dari segi hubungan suami isteri. Ia jelas lari dari tujuan sebenar perkahwinan iaitu untuk mewujudkan keluarga bahagia, menghasilkan keturunan serta membangunkan generasi yang baik. Dalam perkahwinan misyar, harga diri seorang suami adalah rendah kerana semua tanggungjawab dan kewajipan suami terhadap isteri tidak terletak pada dirinya. Sebaliknya, seorang suami itu menjadi tanggungan isteri. Perkahwinan misyar tidak memenuhi prinsip adil kepada mereka yang berpoligami kerana seseorang suami boleh tinggal dengan salah seorang isteri selama beberapa hari, sedangkan di tempat lain untuk tempoh yang lama. Perkahwinan misyar boleh memberi impak besar ke atas emosi isteri kerana ditinggalkan terlalu lama. Bahkan, ini dikhuatiri mengundang gejala negatif kerana tidak semua wanita boleh bersabar. Keperluan nafkah batin di antara wanita dengan wanita lain adalah berbeza-beza. Secara tidak langsung, institusi rumah tangga turut menerima implikasi khususnya terhadap jiwa anak-anak. Oleh itu, perkahwinan ini hanya menambahkan permasalahan boleh menghancurkan institusi kekeluargaan serta tidak bertepatan dengan hukum syariah. Kecenderungan seksual adalah kecenderungan yang menyebabkan timbulnya âal-misyarâ, justeru berasaskan kecenderungan ini maka Allah mensyariatkan perkahwinan dengan hukum-hukum dan ketentuan-ketentuannya. Tapi kita harus memudahkan bukan merumitkan, pada saat kita memudahkan pintu-pintu yang halal maka pintu-pintu yang haram akan tertutup, tetapi apabila kita menyulitkan pintu-pintu halal, maka pintu-pintu yang haram akan terbuka. Tidak ada penyelesaian dari krisis ini kecuali kembali kepada apa yang diperintah oleh Allah dan rasulâNya. Nabi bersabda yang bermaksud: Carilah mahar walau cincin daripada besi. Inilah Islam, akan tetapi kita sering mencari jalan yang aneh dan cacat seperti perkahwinan misyar. Berdasarkan kepada tujuan-tujuan perkahwinan yang dinyatakan tadi, seharusnya umat Islam bersama-sama menyelesaikan permasalahan ini. Perkahwinan misyar bukan jalan penyelesaian terbaik kepada masalah ramai wanita yang tidak berkahwin dan juga masalah maksiat dalam masyarakat. Utusan Malaysia Online ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
âKahwin misyar isu remeh-temehâ
Mukadimah KETUA Pengarah Institut Kefahaman Islam (IKIM), Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas cukup hairan melihat perbahasan yang hangat mengenai cadangan perkahwinan misyar yang berbangkit dalam Utusan Malaysia sejak Khamis lalu. Sepanjang wawancara dengan wartawan NOOR AZAM SHAIRI di pejabatnya petang Jumaat lalu, beliau berulang-ulang kali bertanya apa mustahaknya ia dibahaskan sekarang ketika masyarakat Islam berhadapan dengan banyak isu lain yang penting. Ketika tokoh-tokoh pembentuk pandangan umum terbelah dua antara menyokong dan membantah cadangan itu, Dr. Syed Ali Tawfik, 42, memberikan satu pandangan yang lain. Beliau merenung kepada punca cadangan dan bertanya apakah masalah-masalah itu dapat diselesaikan dengan perkahwinan misyar? âKita tidak tahu cara berfikir dengan betul. Kita hanya memikirkan soal nafsu,â katanya, yang bakal genap setahun menerajui pusat keintelektualan Islam itu, 1 Jun ini. Syor perkahwinan misyar itu dilontarkan oleh pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid sebagai jalan keluar mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan perlakuan maksiat dalam masyarakat. Dalam perkahwinan yang banyak diamalkan di kalangan wanita berkedudukan tinggi negara-negara Arab itu, suami tidak lagi perlu memikul tanggungjawab memberi nafkah zahir tetapi cukup hanya memenuhi nafkah batin isteri. Presiden Persatuan Ibu Tunggal Malaysia, Maimunah Omar kuat menyokong cadangan itu. Beliau memberikan hujah berdasarkan kepada pengamatannya bergaul dengan wanita-wanita yang tidak kisah bersuamikan lelaki berpendapatan rendah. âKalau ini salah satu cara mengatasi masalah kesukaran wanita mendapatkan jodoh, Kenapa kita perlu halang,â katanya dalam satu interviu bersama MARZUKI YUSOFF di Kuala Terengganu. MINGGUAN: Apakah pandangan pertama Dr. mengenai cadangan itu? DR. SYED ALI TAWFIK: Saya tertanya Kenapa perkara ini dibesarkan sekarang, apa tujuan dan matlamatnya? Inilah yang mesti ditanya sebelum perkara sebegini dibawa ke persada masyarakat. Adakah isu ini patut dibahaskan sekarang? Ini hanya menunjukkan kekeliruan orang Muslim sekarang yang tidak tahu apakah perkara-perkara yang sewajarnya dibahaskan. Cadangan ini dikatakan boleh mengatasi masalah wanita tidak berkahwin. DR. SYED ALI TAWFIK: Kita harus bertanya adakah itu satu masalah atau sememangnya mereka memilih untuk tidak berkahwin? Hanya selepas kita tahu puncanya, barulah kita boleh cari penyelesaiannya. Wanita yang tidak berkahwin itu bukan hanya dalam lingkungan umur antara 18 hingga 35 tetapi juga kumpulan 35 tahun ke atas. Secara amnya wanita 35 tahun ke atas itu sudah ada kerjaya sendiri, sudah mewah dan tidak memerlukan sebarang pertolongan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat barubaru ini ada membuat kajian tentang hal ini. Menurut faham saya daripada membaca laporan tersebut, mereka ini tidak dapat mencari lelaki yang sesuai. Mereka mencari lelaki yang boleh menjaga mereka dengan cara yang mereka mahu. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan perlakuan maksiat dalam masyarakat. DR. SYED ALI TAWFIK: Ini seolah-olah mahu mengatakan bahawa hanya perkahwinan misyar mampu menyelesaikan masalah maksiat dalam masyarakat tetapi bukan perkahwinan biasa. Ini seolah-olah menunjukkan kita menghalalkan perbuatan keji hawa nafsu kita, dan menggunakan Islam untuk menghalalkannya. Adakah wajar kita mempermainkan Islam begitu? Ini hanya melibatkan soal seks, soal nafsu. Kenapa Dr. kata begitu? DR. SYED ALI TAWFIK: Sebagai manusia, kita ada dua sifat dalam diri, haiwaniah dan rohaniah. Sifat haiwan itu perlu dalam diri manusia untuk mengekalkan kehidupan kita, makan, tidur, membuang air dan sebagainya. Dari segi rohaniah pula, dalam diri manusia itu ada tiga tingkat nafsu. Tingkat yang terendah ialah nafsu amarah iaitu dorongan jasmani yang juga dimiliki oleh haiwan. Isu ini memberi faham bahawa nafsu amarah itu telah menguasai kita. Kita telah membiarkan aspek haiwaniah dan nafsu syahwat mengawal hidup kita. Tingkat nafsu yang lebih tinggi daripada itu ialah nafsu lawammah. Ia menunjukkan kita masih berusaha untuk mengawal aspek haiwaniah tetapi kita sudah boleh mengatasinya. Tingkat yang teratas ialah nafsu mutmainnah iaitu apabila kita sudah berjaya mengawal nafsu haiwaniah itu secara keseluruhan. Kita tiada lagi perasaan hendak berbuat maksiat. Inilah yang dikatakan jihad melawan nafsu. Dalam faham Islam, inilah kefahaman benar tentang jihad. Inilah jihad yang tertinggi, yang paling sukar untuk diatasi â lebih sukar daripada pergi berperang dan menuntut ilmu. Jadi dalam hal ini, apakah yang telah kita lakukan? Kalau kita menggunakan alasan untuk membanteras maksiat, seolah-olahnya kita hanya mahu melepaskan nafsu. Orang akan berkahwin untuk menghalalkan perasaan mahu melepaskan nafsu. Apakah sebagai insan kita sudah lagi tidak boleh mengawal diri sendiri? Kita boleh mengawal diri, dan itulah yang membezakan insan dengan haiwan. Martabat kita lebih tinggi daripada haiwan tetapi kita melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh haiwan tanpa rasa bersalah sebaliknya, dengan akal fikiran kononnya kita cuba menghalalkan perbuatanperbuatan yang kita tahu hanya untuk melepaskan nafsu. Lagi pula adakah dalam hukum-hukum hendak berkahwin yang mengatakan perkahwinan itu adalah untuk melepaskan nafsu? Tidak, ia bukan satu daripadanya. Itu tidak termasuk dalam matlamat perkahwinan. Apakah tuntutan perkahwinan? DR. SYED ALI TAWFIK: Islam menuntut keadilan. Kalau hendak berkahwin, seseorang itu harus ada tanggungjawab. Ada tanggungjawab, baru berkahwin. Perkahwinan misyar ini sebaliknya mahu melepaskan tanggungjawab. Apa gunanya? Sebagai contoh, kalau seseorang itu mahu membeli kereta dan memandu di jalan raya, dia mesti terlebih dahulu belajar memandu dan mendapatkan lesen; bukannya beli kereta dahulu, bawa kereta dan selepas itu ambil ujian memandu. Ini samalah juga dengan soal kahwin; harus minta izin daripada wali yang akan memastikan sama ada lelaki itu beramanah, bertanggungjawab, mampu berlaku adil kepada isteri dan keluarga atau tidak. Apakah matlamat perkahwinan? DR. SYED ALI TAWFIK: Untuk melengkapkan kehidupan manusia. Ada hadis yang mengatakan bahawa wanita itu adalah kembar kepada lelaki. Kalau begitu, apabila wanita dan lelaki itu bersama mereka menjadi satu. Perkahwinan juga digalakkan untuk melengkapkan Islam seseorang itu. Ini bukan bermakna seseorang yang tidak berkahwin, Islamnya tidak lengkap. Perkahwinan bukan sesuatu yang diwajibkan tetapi hanya digalakkan. Sebelum ini, orang membangkitkan soal poligami. Itu pun satu lagi. Kenapa kita membahaskannya sekarang? Adakah sampai majoriti daripada masyarakat kita berpoligami? Saya membaca dalam akhbar tentang seorang lelaki yang berkahwin tiga kerana katanya, nafsunya tinggi sangat dan dia mahu mengelak daripada zina. Adakah itu tujuan perkahwinan, untuk melepaskan hawa nafsu? Perkahwinan bukan hanya untuk seks. Perkahwinan adalah untuk menyambung zuriat, menjadi bertanggungjawab dan menyambungkan ilmu kepada generasi yang akan datang. Saya tidak faham Kenapa orang Islam sekarang membangkitkan perkara-perkara yang tiada kaitan langsung dengan hal-hal ini, yang remeh-temeh, yang mengundang kebimbangan dan kekeliruan kepada masyarakat. Ini sangat tidak baik. Ini bukan peranan ulama. Ulama diangkat menjadi ulama kerana dia mampu membawa masyarakat kepada jalan atau faham yang bermakna. Jika masyarakat itu dibawa kepada kekeliruan, itu bukan ulama namanya. Tetapi dalam laporan itu Prof. Dr. Mahmud Zuhdi ada mengatakan jika perkahwinan misyar ini diamalkan hendaklah dibuat dengan jujur dan tidak disalahgunakan untuk menganiaya kaum wanita. Hal ini mesti ditekankan kerana saya khuatir ramai orang tidak membaca hal itu, hanya baca separuh saja. Perlukah perkahwinan misyar ini dibenarkan? DR. SYED ALI TAWFIK: Tidak perlu langsung. Apa yang mesti dititikberatkan ialah penyelesaian kepada isu sebenar yang kita hadapi. Mereka yang menyokong hujah itu mengatakan kaum wanita muda sukar mencari lelaki bujang yang berkualiti kerana banyak lelaki Melayu terlibat dalam penagihan dadah atau gejala sosial lain. Kalau itu masalahnya, kita selesaikanlah masalah itu dahulu. Salah satu sebab lain Kenapa wanita tidak mahu berkahwin ialah kerana tidak ada calon yang sesuai. Dalam perkahwinan mesti ada kufu (dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan). Itulah sunnah Nabi. Tidak bolehlah kalau lelaki itu seorang jaga tetapi wanita itu puteri raja; tidak sekufu dan hanya akan mendatangkan masalah. Tetapi orang kata cinta itu buta? DR. SYED ALI TAWFIK: Bagaimana cinta boleh buta? Itu pemikiran Barat yang keliru antara cinta dengan nafsu dan berahi. Dalam Islam, apabila kita bercakap tentang cinta ia tidak semestinya bermaksud habb (cinta sesama manusia). Ada kalanya ia bermakna asyq (cinta kepada Allah). Itu tingkat cinta yang sangat tinggi, keasyikan. Kalau cinta itu buta, bagaimanakah kita merasakan cinta? Kalau asyq itu buta, adakah kita mahu mengatakan Tuhan itu buta? Bukankah sifat-sifat Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetahui dan sebagainya? Apakah yang Dr. rasa melihat perbahasan hal ini? DR. SYED ALI TAWFIK: Saya sangat sedih dengan nasib orang Islam kerana inilah perkara yang suka mereka bahaskan. Ini isu yang tidak berbaloi untuk dibahaskan. Kalau cadangan ini benar-benar wujud, kita mesti lihat apakah keadaan zaman yang membenarkannya dan apakah ia boleh dipakai dalam keadaan sekarang? Hal ini tidak ada pada zaman Rasulullah, ia datang kemudian. Sebagai contoh, pada akhir kurun ke-19 misalnya, mufti di Mesir mengharamkan kopi kerana remaja di Mesir suka membuang masa siang malam bermain backgammon, sambil merokok dan minum kopi sehingga mengabaikan solat. Pengabaian kepada solat itu yang membuatkan mufti mengharamkan kopi untuk menakutkan mereka, bukan kerana kopi itu sendiri. Dalam hal ini, kalau kita tidak tahu keadaan yang menyebabkan perkahwinan misyar itu dibenarkan dahulu, Kenapa kita harus membahaskannya? Adakah kita betul-betul memerlukannya? Saya tidak fikir begitu. Ia seolah-olah mahu mengatakan bahawa perkahwinan biasa tidak mencukupi dan kita memerlukan misyar kerana ia melepaskan tanggungjawab. Mufti Johor, Datuk Noh Gadot baru-baru ini ketika mengulas isu suami tidak bekerja juga menekankan tentang tanggungjawab suami sebagai penyara keluarga. Beliau bukannya mengatakan wanita dilarang keluar bekerja. Adakah isu ini juga telah disalah tafsir? DR. SYED ALI TAWFIK: Ini bukan soal salah tafsir. Isu ini tidak sepatutnya dibangkitkan pun. Ada banyak lagi isu lain menyentuh orang Islam. Kadar perceraian di kalangan orang Islam meningkat. Kes perceraian di mahkamah juga banyak yang belum diselesaikan; ada kes sampai 15 tahun tidak selesai-selesai. Remaja Muslim banyak yang ponteng sekolah dan di universiti, wanita lebih ramai daripada lelaki. Wanita lebih berminat mencari ilmu berbanding lelaki. Inilah isu-isu yang sepatutnya kita lihat. Ini tidak, kita tidak cuba menyelesaikan masalah sebaliknya mencetuskan lebih banyak masalah. Apakah yang ditunjukkan oleh isu ini tentang keadaan kita? DR. SYED ALI TAWFIK: Ia menunjukkan kita sangat jahil. Laporan seperti ini hanya membesarkan ketandusan pemikiran kita. Kita terkebelakang, tidak tahu isu sebenar dalam masyarakat Islam pada hari ini. Kita ada krisis dalam hal ini. Kami di IKIM selalu menyuarakan bahawa masalah umat Islam pada hari ini ialah kekurangan ilmu. Isu perkahwinan misyar ini, kepada saya, perkara remeh-temeh. Kalau kita selalu menyempitkan faham Islam hanya kepada hukum, halal dan haram, kita akan jadi seolah-olah macam orang Yahudi Talmud yang menginstitusikan hukum; semuanya hukum, hukum dan hukum sehingga tiada ijtihad. Ini yang orang Islam sudah buat sejak sekian lama iaitu menutup pintu ijmak dan ijtihad. Kita bukan saja tutup tetapi kita kunci. Kalau orang melihat ini proses untuk ijtihad? DR. SYED ALI TAWFIK: Ijtihad hanya untuk perkara-perkara yang ada keperluannya dan kalau ada matlamat yang jelas. Kalau tidak ada matlamat, bagaimana hendak berijtihad. Dalam hal ini, apa niatnya? Kalau niatnya mahu mengurangkan masalah wanita tidak berkahwin, kita cari dulu puncanya Kenapa mereka tidak berkahwin. Bagi wanita yang berumur 18 hingga 35 tahun, hujahnya ialah banyak lelaki terlibat dengan penagihan dadah dan tidak sekufu kerana wanita lebih tinggi kedudukannya daripada lelaki. Jadi, ini masalah remaja lelaki, bukan wanita. Kenapa lelaki melepaskan tanggungjawabnya, tidak mahu meningkatkan diri sendiri? Ini menunjukkan ada kehampaan dalam diri mereka. Apakah kita patut hentikan perbahasan ini? DR. SYED ALI TAWFIK: Ya. Kita harus berbincang isu-isu yang sebenar. Isu ini langsung tidak membantu perkembangan ummah. Bahawa dengan membangkitkannya saja, akhbar saudara sudah menyebabkan orang keliru. Ada yang mengatakan perkahwinan misyar itu boleh dijadikan jalan keluar kepada masalah ibu tunggal. Apakah masalah mereka? Kalau tidak ada pendapatan dan tidak ada kerja, kita perlu bertanya apakah yang dilakukan oleh badan-badan kebajikan Islam untuk membantu ibu-ibu tunggal? Maksud Dr. masalah yang menjadi punca kepada cadangan itu ada jalan penyelesaian lain, dan bukan perkahwinan misyar? DR. SYED ALI TAWFIK: Ya, itu maksud saya. Apabila kita mengatakan sesuatu itu sebagai puncanya, kita mesti membahaskannya dengan hujah yang sah dan kukuh. Mereka mungkin ada hujah yang sah tetapi tidak kukuh. Hujah yang sah tetapi tidak kukuh tidak boleh dijadikan hujah. Apa-apa saja hujah boleh menjadi hujah yang sah tetapi ia tidak semestinya kukuh. Itu sebabnya kalau isu ini mahu dibangkitkan, kita harus bertanya apakah kita memang ada masalah sehingga memerlukan kepada penyelesaian ini? Saya pun mahu tahu berapakah jumlah wanita yang tidak berkahwin, dan adakah mereka mahu kepada perkahwinan misyar? Adakah mereka meminta ia dibenarkan? Adakah mereka mahu berkahwin dengan lelaki yang tidak perlu ada tanggungjawab, yang tidak payah membayar nafkah? Nafkah itu wajib, bukan sesuatu yang harus. Bolehkah lelaki mengelak daripada bertanggungjawab? Utusan Malaysia Online ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
lobam_shibin ![]() |
![]()
lah nak panjang apa lagi isu ni..islam dah benarkan..nak buat,buatlah tak nak sudah..kalau tak nak jangan benci..
contoh macam hudud..(sebagai contoh) memang wajib..tapi ada yang tak nak buat..xpala dia tak nak buat dialah yang tanggung dosa tapi jangan kutuk atau benci hudud.. contoh lagi..makan dhob..Rasul xlarang xpulak baginda membenarkan..nak makan,makan saja lah...tak nak makan sudah.. contoh lagi..aurat sesama wanita islam diantara pusat hingga ke lutut..jadi memana perempuan yang nak duduk rumah tapi tak nak pakai baju teprulang..asalkan dia tutup auratnya diantara pusat dan lutut..(kalau ada muhrim)..tapi sanggup ke..kalau nak buat,buatlah tak salah..hukumnya tetap sama..aurat antara pusat dan lutut..nak buat,buat saja..tak nak buat sudah.. tulah antara contoh yang boleh aku bagi..macam itu jugak kahwin misyar..nak buat,buat saja..tak nak buat sudah.. |
tasbih_30 ![]() |
![]() |
salleh_y ![]() |
![]()
ada tak anak murid prof mahmood zuhdi kat sini..boleh cerita sikit macam mana watak orang yang bawak idea ni..adakah dia seorang yang suka-suka bagi pandangan?
![]() ![]() ----------------- Senaraikan Laman Web Islam Disini ![]() |
irhanan ![]() ![]() |
![]() |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Pada 29-05-06 09:24 , salleh_y posting:
!!! QUOTE !!! ada tak anak murid prof mahmood zuhdi kat sini..boleh cerita sikit macam mana watak orang yang bawak idea ni..adakah dia seorang yang suka-suka bagi pandangan? walau apa pun memang tak dinafikan bahawa pendapat2 yang dikeluarkan oleh beliau sering menimbulkan kontroversi, seperti juga dalam isu ini... perkara ini masih dalam perbincangan, ia termasuk dalam masalah khilafiah, kita tunggu apa keputusan jakim dan panel majlis fatwa nanti... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
ummimq ![]() ![]() |
![]()
Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah Prof adalah seorang insan yang tidak mudah difahami. Pandangannya memanglah sering menimbulkan kontroversi. Dan ramai anak muridnya yang tidak berapa berkenan cara beliau menanda kertas. Sering ramai yang tidak diluluskan. Kenapa? Tanyalah sendiri pada beliau tetapi hendaklah bersedia untuk mengadapnya ![]() Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - "...sesungguhnya yang paling mulia (di antara) kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa (di antara) kamu..." "Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kalian adalah satu dan bapa kalian pun satu. Tidak ada keutamaan orang Arab atas orang a'jam (bukan Arab) dan tidak ada keutamaan orang a'jam atas orang Arab, tidak ada keutamaan orang berkulit hitam atas yang merah dan tidak ada keutamaan orang berkulit merah atas yang hitam, kecuali dengan taqwa" |
tasbih_30 ![]() |
![]() |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]() !!! QUOTE !!! kalau pasni sesiapa nak kahwin dua kahwin misyar saja senang... kalau tak bukan senang nak adil... !!! QUOTE !!! Alhamdulillah Prof adalah seorang insan yang tidak mudah difahami. Pandangannya memanglah sering menimbulkan kontroversi. Dan ramai anak muridnya yang tidak berapa berkenan cara beliau menanda kertas. Sering ramai yang tidak diluluskan. Kenapa? Tanyalah sendiri pada beliau tetapi hendaklah bersedia untuk mengadapnya berdasarkan penilaian saya daripada pendapat para ulama', hukum asal nikah misyar adalah sah, tapi seperti kata Dr Wahbah al-Zuhayli yang saya baca dalam IslamOnline, akadnya sah tetapi ia dibenci oleh Islam (makruh), hanya dalam keadaan mudharat ia sesuai dilaksanakan... sebab itulah ia masih dalam perbincangan dan belum diluluskan di negara kita & juga di negara2 lain seperti di Mesir sendiri... selagi boleh kahwin secara biasa, buatlah macam apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w., dalam Islam dah pun ada poligami untuk mengatasi masalah ini... bila keadaan memaksa, contohnya ketika merantau, atau umur dah lanjut tapi masih belum ada jodoh, dan sebagainya, barulah sesuai buat nikah misyar (kahwin perantau)... sekadar pendapat dari saya, wassalam... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 30-05-06 09:09 ] |
sirna_bintang ![]() ![]() |
![]()
hum...harap-harap saya tak kena dengan perkahwinan misyar tu...takut...
tapi yelah..semua tu Allh yang tetpkn...takut nak berhadapan kalau da madu...huhu |
kpiah_hitam ![]() ![]() |
![]() |
ummimq ![]() ![]() |
![]()
Petikan: Siti Nurhaliza misalnya sudah pun menjangkau usia 27 tahun sekalipun begitu beliau masih kelihatan cantik dan menawan tetapi siapalah ustaz emran yang jauh lebih muda hendak menaruh hati pada Siti yang cantik rupawan dan pastinya Siti Nurhaliza tidak akan terjatuh hati pada ustaz emran yang tidak ada apa-apa gelaran atau kekayaan dan kekacakkan.
Kepada muslimin yang merupakan saudara ana, moga dapat mengambil manfaat dr tulisan di bawah : Perbezaan Umur Dalam Perkahwinan â Menurut Agama Menjawab sebuah persoalan menarik dari beberapa orang penyoal tentang apakah pandangan Islam terhadap seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari dirinya. â Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..â (Ar-Rum : 21). Mereka beralasan bahawa Khadijah ra bernikah dengan rasulullah sewaktu umurnya 40 tahun dan rasulullah pula ketika itu baru berusia 25 tahun. Malangnya riwayat ini dhaif (lemah) dan sanadnya tidak ada bukti jelas dan sebaliknya yang diberitahu kepada kita oleh Imam Baihaqi dari riwayat Hakim bahawa rasulullah sewaktu bernikah dengan Khadijah berumur 25 tahun dan Khadijah pula berumur 35 atau 25 tahun dan umur 25 ini lebih tepat memandangkan umur kematian Khadijah pada riwayat yang paling benar menyebutkan ialah pada usia 50 tahun. Jadi kematian Khadijah pada tahun 9 atau ke sepuluh kenabian (tahun kesedihan) sebelum Isra Mikraj menandakan umur Nabi salallahualahiwasalam berumur 49- 50 tahun lalu jika wafatnya Khadijah pada usia 50 tahun menurut riwayat yang lebih tepat pada Imam Ibn Katsir maka sudah pasti hampir sama sahaja umurnya dengan rasulullah pada ketika itu. (lihat dalam Kitab Dalail Nubuwah oleh Imam Al-Baihaqi dan juga Al-Bidayah Wan Nihayah oleh Imam Ibn Katsir). Kesimpulannya riwayat yang jelas ialah rasulullah bernikah dengan Khadijah pada usia yang hampir sama dengan tidak ada perbezaan umur yang jauh. Kembali kepada persoalan utama, apakah pandangan agama kepada perkahwinan umur yang jauh berbeza khasnya bagi wanita yang lebih berusia dari pasangan lelaki ? â Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnyaâ (Surah Thalaq : 2-3). Persoalan ini sangat menarik dibincangkan memandangkan ramai wanita yang sudah meningkat umur dewasa masih belum berumah tangga dan kebanyakkan lelaki sebaya sudah pun mempunyai keluarga. Siti Nurhaliza misalnya sudah pun menjangkau usia 27 tahun sekalipun begitu beliau masih kelihatan cantik dan menawan tetapi siapalah ustaz emran yang jauh lebih muda hendak menaruh hati pada Siti yang cantik rupawan dan pastinya Siti Nurhaliza tidak akan terjatuh hati pada ustaz emran yang tidak ada apa-apa gelaran atau kekayaan dan kekacakkan. Kebanyakkan wanita yang sudah berusia mengalami tekanan apabila mereka sudah kehilangan calon sebaya atau lebih tua memandangkan dalam usia yang meningkat kebanyakkan lelaki sudah pun siap memasang isteri dua dan tiga. Pilihan mereka hanyalah lelaki yang lebih muda dan itu pun mereka terpaksa bersaing dengan gadis-gadis muda yang jauh lebih menarik dan cantik. "Belum tahukah kamu, bahawa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Dia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmat-Nya yang terlihat mahupun yang tidak kelihatan." (Luqman: 20). Pandangan Islam terhadap Hal Ini Islam menetapkan bahawa perkahwinan dan pemilihan calon isteri dan suami itu hendaklah pada agama dan akhlak. âMaka kahwinilah akan kamu dari perempuan itu yang baik bagi kamuâ (An-Nisa : 3). Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : â Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakanâ (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084). Islam tidak menetapkan persoalan umur sebagai ukuran dalam pernikahan dan sepatutnya hal ini jelas bagi lelaki dan perempuan bahawa yang dipentingkan ialah agama. â Allah mengehendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamuâ (Al-Baqarah : 185). Bagi seorang muslim dalam mencari pasangan maka hendaklah melihat kepada agama sebagaimana pesan baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : âWanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntungâ (hadith sahih riwayat bukhari dan muslim). Di dalam hadith riwayat Abu Daud dari hadith Maâqil ibn Yasar ra mengenai pertanyaan seorang lelaki kepada rasulullah meminta pandangan untuk menikahi seorang perempuan yang cantik, dan berkedudukan tetapi tidak mampu beranak maka dilarang oleh baginda dan disuruh supaya menikahi wanita yang dapat beranak dan melahirkan. Demikian juga baginda bersabda : âDunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehahâ (hadith sahih, riwayat Muslim no. 362 ![]() Perempuan yang berusia selama dia masih dara maka dia masih mempunyai kelebihan dan selagi usianya belum sampai waktu putus haid (menopause) dan dapat beranak maka tiada salahnya dalam agama untuk menikahi mereka. â Allah mengehendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamuâ (Al-Baqarah : 185). Sebaliknya banyak kelebihan lelaki muda khasnya yang masih belajar dan belum kukuh kehidupan mereka untuk memilih wanita yang berusia dan sudah matang dan kukuh kedudukan kewangan dan kebendaan kerana dapat membantu mereka dalam kehidupan. âDan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwaâ (Al-maidah : 2). Cadangan dan Nasihat Adalah digalakkan bagi lelaki muda sekiranya mereka bertemu dengan wanita yang berusia tetapi beragama dan berakhlak supaya menikahi wanita tersebut demi menyelamatkan agama dan menunaikan keperluan fitrah manusia di samping mendapat faedah keduniaan. âDan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikanâ (Al-Maidah : 4 ![]() Bagi wanita yang sudah berusia dan berumur serta bekerjaya tidak ada masalah dan tidak ada aibnya bagi mereka menikahi lelaki muda khasnya yang masih belajar disamping dapat memenuhi keperluan fitrah masing-masing mereka juga dapat membantu para pemuda yang baru hendak membina kehidupan atau sedang melanjutkan pengajian. â Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkanâ (Al-hajj : 7 ![]() Pelajar lelaki di universiti, maktab dan sekolah sekalipun sudah sangat ramai dan sudah besar-besar untuk menjadi calon suami. Hari ini kita melihat rata-rata pelajar lelaki di sekolah menengah sudah tahu apa itu seks dan bukan sedikit yang sudah melakukannya dengan rakan pelajar perempuan dan mengandungkan anak luar nikah. âJanganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)â (Al-isra : 32). Mengapa tidak dibiarkan mereka ini berkahwin sahaja ? Apa salahnya seorang muslimah yang berusia dan sudah bekerja berkahwin dengan pelajar lelaki sekolah menengah ? Selain muslimah ini dapat menjadi isteri yang baik bahkan sebaliknya muslimah ini dapat membimbing pelajar lelaki itu menjadi pelajar yang cemerlang, membantu dalam pelajaran baik dari sudut bimbingan akademik, kehidupan dan juga membantu dalam aspek kewangan. "Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun" (An-Nisa':124). Cukuplah kita pada pertunjuk dari sabda baginda rasulullah : âPerkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Qurâan) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalianâ (hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim). Pelajar lelaki yang akan mengambil SPM misalnya jika memiliki isteri yang sudah bekerja sebagai pegawai bank selain isterinya dapat membantu dalam pelajaran, membantu dalam kehidupan, masa pelajar ini juga terselamat dari lepak, dan gejala-gejala negatif. âAllah mengehendaki kemudahan bagi kamu dan sesungguhnya diciptakan manusia itu dalam keadaan yang dhaif (lemah)â (Surah An-Nisa : 27). Lebih menarik pada waktu usia remaja ketika kelenjar naluri syahwat sedang memuncak pelajar lelaki ini dapat pula menikmati seks halal dan berkah dan si isteri pun bukankah dapat menikmati pucuk muda ? Kemudian dengan akal yang sihat dan fitrah yang terpenuhi serta memiliki guru dan penasihat peribadi yang juga bergelar isteri bukankah pelajar ini akan lebih mudah mencapai kecemerlangan ? Bahkan disebut oleh baginda rasulullah : â Sesungguhnya pada persetubuhan kamu dengan isteri kamu itu sedekahâ Maka ditanya oleh sahabat apakah pada persetubuhan yang memuaskan syahwat itu sedekah ? maka dijawab oleh baginda : âApakah kamu tidak melihat bahawa apabila seseorang meletakkan zakarnya pada yang haram itu termasuk satu dosa ? maka demikianlah jika diletakkan pada yang halal maka itu baginya pahalaâ (hadith sahih riwayat Muslim). Demikianlah juga bagi pelajar-pelajar di universiti yang sedang belajar seandainya mereka bernikah dengan wanita yang lebih berusia dan sudah bekerjaya maka disamping mereka dapat memenuhi keperluan fitrah bahkan mereka dapat dibantu dari aspek kewangan, kehidupan dan bimbingan nasihat dari seorang yang lebih berpengalaman. "Barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepada mereka kehidupan yang baik" (An-Nahl:97). Mengubah Pemikiran Lapuk dan Jahiliyah Pemikiran masyarakat yang menyalahi kitab dan sunnah hendaklah diabaikan dan sewajarnya dalam ketenatan umat Islam berdepan pelbagai masalah sosial umat Islam wajar kembali kepada Al-Qurâan dan sunnah dan melemparkan adat-adat jahiliyah ke dalam bakul sampah lalu kemudian dibakar dan debunya di tanam lalu dilupakan. âDan jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allahâ (Al-Anâam : 116). Sabda baginda : â Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkanâ (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim). Apa salahnya wanita meminang lelaki ? Dalam artikel yang sebelum ini kita sudah membincangkan tentang tiada salahnya wanita meminang lelaki dan hal ini sabit dalam syarak dan juga dilakukan sendiri oleh wanita pertama Islam iaitu Khadijah ra. Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan khadijah ra : âWahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamuâŠ.â (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1). Bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikanâ (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah). Apa Salahnya Wanita Menanggung dan Menyara Lelaki ? Di dalam Islam melakukan kebaikan dan kebajikan tiada bezanya untuk lelaki dan perempuan dan masing-masing akan menerima ganjaran kebaikan dan pahala. Berkenaan seorang wanita yang berusia dan sudah bekerjaya misalnya sekiranya berkahwin dengan lelaki yang masih muda dan masih belajar maka apakah aibnya dan apakah masalahnya jika dia yang menyara suaminya ? Sabda baginda rasulullah : " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63). " Sungguh sangkaan mereka langsung tidak membawa manfaat pada mereka (dalam membawa mereka) kepada kebenaran sedikitpun" (Surah Yunus : 36). Di samping wanita yang sudah bekerjaya dan berkemampuan itu dapat membantu suami yang masih belajar maka dia juga mendapat pahala berlipat kali ganda dari biasa apabila menyara dan menanggung suami yang masih muda dan masih belajar. âDan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwaâ (Al-maidah : 2). Ini disebabkan dia bukan sahaja mendapat pahala berkhidmat kepada suaminya bahkan mendapat pahala sedekah dan juga pahala kerana menyumbang bakti di jalan agama khasnya menyumbang kepada pelajar ilmu. "Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun" (An-Nisa':124). Malangnya masyarakat akan memandang serong kepada perihal lelaki yang hidup dan makan di atas titik peluh isteri dengan ditambah para wanita hari ini kebanyakkannya suka mengungkit dan cepat mengeluh. âDan jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allahâ (Al-Anâam : 116). âSesungguhnya tidaklah mereka itu buta mata mereka tetapi sebaliknya yang buta itu ialah hati merekaâ (Al-Hajj : 46). Nasihat kepada para wanita yang inginkan syurga dan menyelamatkan diri dari azab Allah swt maka hendaklah mereka menjadi wanita yang solehah dan sebagai jalan keluar bagi tekanan fitrah maka nikahilah para lelaki muda yang mudah dan dapat dibantu oleh kalian. âDan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwaâ (Al-maidah : 2). Nikahilah para pelajar agama, bantulah mereka di jalan dakwah dan jadilah isteri yang solehah kepada mereka dan jadilah kalian seperti Khadijah yang membantu dakwah dan perjuangan dengan harta dan jiwa raga. Apa salahnya Wanita dimadukan dan dipoligami ? Wanita yang berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari mereka perlulah bekorban dan menyedari bahawa usia mereka yang lanjut pastinya akan mengurangkan rasa kurang selesa dan senang di sisi suami apabila mereka telah hilang kecantikan dan kesegaran sebagai wanita. Apa salahnya mereka dimadukan ? Mengapa mesti bencikan poligami dan menghalang suami bernikah lagi ? âWahai manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu dari berbangsa-bangsa serta bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang mulia di sisi kamu ialah yang paling bertaqwaâ (Al-hujurat : 13). Seandainya suami tidak mampu dari sudut kewangan untuk bernikah lagi maka mengapa tidak dibantu sahaja si suami yang masih muda dan gagah untuk berkahwin lagi ? Apakah sukar mengeluarkan wang simpanan milik peribadi untuk diberi kepada suami supaya dapat berkahwin lagi ? âDan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwaâ (Al-maidah : 2). âDan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamuâ (surah : at-taghabun :16). Hal ini tentu sahaja sukar bagi wanita yang hatinya dibelit dunia dan kecintaan kepada akhiratnya sangat sedikit dan keimanannya pula tipis. Sama sahaja perihalnya dengan Allah menyifatkan solat itu sangatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk. â Mohonlahlah kamu kepada Allah dengan sabar dan solat dan sesungguhnya yang demikian itu sangatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyukâ (Al-baqarah : 45). Adapun bagi wanita yang beriman dan solehah, mereka tanpa segan silu mengeluarkan wang simpanan kerja (KWSP) untuk diberi kepada suami sebagai modal untuk bernikah lagi supaya suaminya dapat bergembira dengan umur yang masih muda dan gagah moga dengan perkahwinan baru dapat menambah zuriat dan anak-anak generasi Islam yang dia tidak mampu lagi berikan kerana usia yang sudah meningkat. âSesungguhnya orang-orang yang beriman yang mengerjakan amalan soleh serta mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan bagi mereka itu pahala di sisi tuhan mereka dan tidaklah ada ketakutan ke atas mereka dan tidaklah mereka berdukacitaâ (Al-Baqarah : 277). Atau dengan pengorbanan itu si suami mampu dapat lebih semangat dan gigih berusaha untuk dakwah dan mentaati Allah dan rasul dan lebih kukuh berpegang kepada agama. âJika mereka itu fuqara (miskin) maka akan dikayakan oleh Allah dari rezeki-Nya..â (An-Nur : 24). Wanita yang beriman sedar bahawa di akhirat tidak akan ada cemburu dan hasad, bahkan di akhirat sekiranya berjaya ke syurga yang abadi manusia di sana tidak punyai sedikit keluh kesah dan si suami akan bersama puluhan bidadari dan dia sendiri akan dimadukan oleh Allah dan yang paling penting ialah mendapat redha ilahi dan berbakti kepada suami termasuklah salah satu jalan mutlak kepada ilahi. âDi antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini akhiratâ (Ali-Imran : 152). Dapatlah difahami bahawa wanita yang berusia dan berkahwin dengan lelaki muda perlu melakukan beberapa pengorbanan dan sebagai hasilnya mereka akan mendapat pelbagai kehormatan dan kemuliaan di dunia dan di akhirat. â Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri.â (Surah Al-Isra : 15). Kesimpulannya perkahwinan berbeza usia khususnya bagi wanita tidaklah mempunyai apa-apa mudharat dan sebaliknya jika wujud kelebihan dan kebaikan maka ianya sangat digalakkan dan dianjurkan supaya fitrah manusia terpenuhi. â Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).â (Surah Ar-Rum :30). Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : âSesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila keluar, syaitan akan menghiasinya.â (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan disahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I). Apa salahnya seorang lelaki yang masih muda bernikah dengan wanita yang lebih berusia ? Seterusnya jika wanita itu sudah hilang kecantikan dan kemanisan wanita maka dia lelaki muda itu masih dapat berkahwin lagi sehingga dia merasa cukup dan puas dengan Islam memberi had sehingga 4 orang isteri selama dia dapat berlaku adil. Diriwayatkan oleh Fadholah ibn Ubaid ra yang menyebut beliau mendengar baginda rasulullah bersabda : âBerbahagialah mereka yang diberi hidayah Islam dan hidup dengan bercukupan dan bersederhanaâ (hadith sahih riwayat tirmidzi ). Isteri yang solehah pastinya dapat membantu suaminya dan membimbing suaminya dalam hak keadilan dan menolong suaminya mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Mereka sentiasa bekorban kepentingan diri demi kebahagiaan suami dan tidak terlalu berkira , tidak cerewet dan tidak tamak akan dunia dan kebendaan. â Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanyaâ (Surah Al-Anâam : 3 ![]() Islam telah memberi pelbagai jalan penyelesaian malangnya manusia itu sentiasa degil dan mengikut jalan kesesatan dan hawa nafsu yang menyesatkan. â Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepada-Nya aku bertawakkal dan kepada-Nya aku kembaliâ (Surah Hud :8 ![]() posted by: emran_ahmad sumber dari : http://ustaz.blogspot.com/2006/03/perbezaan-umur-dalam-perkahwinan.html |
iza79 ![]() ![]() |
![]()
Apa pun terpulang pada orang perempuan. kalau perempuan setuju rasanya tak ada masalah.
yang ada masalahnya, kalau perempuan tak nak kawin misyar, tapi lelaki anggap tu sebagai kawin misyar, dan gunakan fatwa yang diluluskan ni sebagai pelindung sikap mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap isteri. so...kalau nak luluskan, ...rasanya banyak masalah. nak ikutkan halal, memangla halal. macam cerai juga, halal, tapi banyak keburukan dari kebaikan. |
taufiq111 ![]() ![]() |
![]()
Sesuatu yang dibenarkan oleh agama, pastinya mempunyai implikasi positif kepada penganutnya... dalam bab kahwin misyar ini, ianya dibenarkan oleh agama... di sana ada hikmah berhubung kebenarannya...
Cuma persoalannya di sini, jika agama membenarkannya, tapi Majlis Fatwa Kebangsaan pula tak membenarkan ( keputusan belum dapat ), yang mana satu kita nak ikut ye??? |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
memang akad nikah misyar adalah sah sebagaimana pendapat dari Dr. Yusuf al-Qaradhawi, tetapi itu adalah hukum misyar secara umum...
dalam website IslamOnline, Dr. Wahbah al-Zuhayli ada menerangkan bahawa walaupun akad perkahwinan misyar adalah sah, tetapi ia adalah makruh untuk dilakukan, kerana tidak bertepatan dengan matlamat sebenar perkahwinan yang mementingkan kasih sayang sesama isteri, keadilan, nafkah zahir dan batin, perlindungan dan sebagainya... (sila rujuk Islam Online --> bank fatwa: taip misyar (bahasa Arab)) nikah misyar lebih kepada kepuasan seks semata2 yang mana suami hanya perlu untuk menunaikan nafkah batin, sebaliknya mengabaikan tanggungjawab yang seharusnya ditunaikan oleh lelaki dari segi nafkah zahir... kita kena ingat, bukan semua benda yang sah atau halal itu baik, cerai (talaq) pun sah tetapi ia dibenci oleh Allah, cerai ketika isteri sedang haidh sah tetapi hukumnya haram, kahwin atas pinangan orang lain sah tetapi juga haram dilakukan dan berdosa... sebagaimana isu mengenai warga emas yang berkahwin 30 kali, walaupun ia dilakukan secara yang sah di sisi syarak, tetapi Mufti Perak membidas bahawa ia adalah satu perbuatan yang tidak bertepatan dengan ajaran Islam... walaupun akad nikah misyar sah, tetapi Dr. Wahbah al-Zuhayli meletakkan hukumnya sebagai makruh, ia sepatutnya dielakkan selagi kita boleh laksanakan perkahwinan sebagaimana sunnah Nabi s.a.w... ini menjawab persoalan mengapa Majlis Fatwa belum memutuskan keputusan mengenainya, dan mengapa banyak pihak yang tidak setuju untuk ia diamalkan di Malaysia termasuk Mufti Perak sendiri... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 30-05-06 10:23 ] |
tasbih_30 ![]() |
![]() |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Pada 30-05-06 13:51 , tasbih_30 posting:
!!! QUOTE !!! nafkah batin bukan seks sahaja... ![]() ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
tasbih_30 ![]() |
![]()
tak ada apa-apa saja saja nak bagitahu kahwin misyar bukan hanya untuk sex semata-mata... ada tanggung jawab batiniah yang lain selain seks... itu sahaja...
|
tasbih_30 ![]() |
![]()
saya rasa setiap perkara yang dibenarkan syarak ada hikmahnya.. termasuk la talak walaupun dibenci tapi Allah s.w.t tetap benarkan sebab ada masanya perlu juga...
|
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]() !!! QUOTE !!! tak ada apa-apa saja saja nak bagitahu kahwin misyar bukan hanya untuk sex semata-mata... ada tanggung jawab batiniah yang lain selain seks... itu sahaja... ![]() mungkin ada yang anggap nafkah batin bukan seks semata2, tapi secara urufnya kalau kita sebut nafkah batin maka itulah yang dimaksudkan, lebih2 lagi dalam hal ini... Dr. Wahbah al-Zuhayli sendiri menggunakan perkataan al-istimta` (hubungan seks) bukannya nafkah batin, kalau kurang jelas boleh lawat website sebagaimana yang saya bagi kat atas, baca dulu baru faham apa maksud beliau... memang disebalik Allah halalkan talak, ada hikmahnya, tapi bukan bermaksud kita suka-suka boleh lakukannya, mestilah bila keadaan memaksa baru dibuat, dah tiada jalan penyelesaian lain, nama pun abghadul-halal (perkara halal yang paling dimurkai) ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 30-05-06 14:29 ] |
qardhawi_jr ![]() ![]() |
![]()
sama-sama kita mendalami ilmu...apa itu kahwin misyar?....kerat petikan akhbar berkenaan isu ini.....tanya alim ulama.....baca pendapat ulama2 besar.....buka internet...baca majalah......kaji....selidik......ilmu!!!!
sebab ramai yang cakap brknaan kahwin misyar ini tanpa ilmu.....mereka tak tahu apapun,,...tapi cakap seolah-olah mereka mengetahui segala-galanya....ok..... JOm!!!!!!! |
irhanan ![]() ![]() |
![]()
ada ulasan mengatakan nafkah batin merujuk kepada berkongsi masalah, luahan hati, mmberi didikan agama dll yang berkaitan dengan keperluan batin..bukan hanya fokus kepada hubungan seks semata-mata.
tapi mslhnya di Malaysia ni msayakat sempitkan pengertian nafkah batin tu sebagai hbgan seks sahaja. p/s mnt maaf kalau tersilap. |
tasbih_30 ![]() |
![]()
Pada 30-05-06 17:21 , irhanan posting:
!!! QUOTE !!! ada ulasan mengatakan nafkah batin merujuk kepada berkongsi masalah, luahan hati, mmberi didikan agama dll yang berkaitan dengan keperluan batin..bukan hanya fokus kepada hubungan seks semata-mata. -benar kata-kata irhanan tu... saya setuju... |
tasbih_30 ![]() |
![]()
Pada 30-05-06 16:29 , qardhawi_jr posting:
!!! QUOTE !!! sama-sama kita mendalami ilmu...apa itu kahwin misyar?....kerat petikan akhbar berkenaan isu ini.....tanya alim ulama.....baca pendapat ulama2 besar.....buka internet...baca majalah......kaji....selidik......ilmu!!!! betul tu wahai saudara qardhawi bukan semua ilmu kita boleh dapat di university... sama-sama lah kita baiki diri ..ikat nafsu... |
ummimq ![]() ![]() |
![]()
Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah wahai anak-anak umi yang remaja di sini .... zaman sekarang adalah zaman intelek dan manfaatkanlah keilmuan yang ada. Nikah misyar itu sah di sisi Islam. Jadi bagi mereka yang ingin untuk melalui nikah misyar maka ambillah peguam syariah yang ramai hari ini dan duduk berdepan untuk buat satu dokumen perjanjian. Selesai masalah hukum. Cuma bila dah duduk begitu mudahlah untuk berbincang habis-habisan sebelum melakukan nikah tersebut. Bagi setiap pasangan lantik seorang kaunselor bertauliah agar dapat membantu kes nikah misyar sekiranya berlaku sesuatu. InsyaAllah yang penting redha Allah dan juga meramaikan umat Muhammad tak begitu. Hari ini ramai pelajar aliran agama terutama lelaki tidak dapat kerja bergaji besar sedangkan ramai wanita pula yang profesional. Jadi buatlah perjanjian bila sudah sanggup untuk melalui pernikahan tersebut. Minta para ustaz itu untuk mendidik isteri yang bergaji besar mengaji Al Quran, belajar bahasa Arab dan juga segala yang berkaitan. InsyaAllah selesai masalah bukan mahram sebab suami yang mendidik. Dan bila sebuah keluarga telah terdidik Islamnya maka baiti jannati tak begitu. Kemudian si isteri pula sering outstation kerana kedudukan mereka jadi suami yang menjadi bodyguard kan mudah - selesai lagi masalah bukan mahram. Dan suami walau setakat mengajar mengaji atau kelas fardhu ain kerana competition hebat untuk cari pekerjaan maka teruskan didik isteri dan anak-anak selain mengajar di madrasah, surau dan masjid. Selain itu dapat menimba ilmu lagi. Siapa yang untung .... isteri juga kan kerana dapat suami soleh dan didik keluarga jadi soleh - selamat dari api neraka. Fikir-fikirkanlah ya ... Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - 'Lihatlah ke dalam tanah liat kamu sendiri untuk mendapatkan api yang dikehendaki. Cahaya seorang lain tidak berharga untuk diusahakan'. 'Jangan mencari kekayaan peniup-peniup kaca dari Barat. Binalah alam kamu sendiri dari tanah liat India'. 'Berapa lamakah kamu akan menetap di bawah kepak orang lain? Belajarlah memandu penerbanganmu sendiri dengan kebebasan dalam bayu taman'. Iqbal turut mengkritik generasi yang diasuh di bawah pengaruh pendidikan asing - pendidikan yang bertentangan dengan kebudayaan kita, pahit kepada peradaban kita, menghina tradisi kita dan mencerca sejarah kita. Menurut Iqbal: "Kamu sudah mempelajari dan mengumpulkan pengetahuan orang lain dan menyinarkan mukamu dengan gincu yang dipinjam dari orang lain. Kamu mencari penghormatan dengan meniru kelakuan orang lain. Aku tidak tahu sama ada kamu itu "kamu sendiri" ataupun "diri yang lain". 'Akalmu terantai dalam pemikiran orang lain. Nafas dalam kerongkongmu itu pun muncul dari tiupan orang lain. "Pada lidahmu percakapan pinjaman Dalam qalbumu hasrat pinjaman Burung kenarimu mendendangkan lagu-lagu pinjaman Pohon kayumu dibaluti dengan baju jubah pinjaman Air anggur dalam gelasmu - kamu perolehi dari orang lain. Gelas itu juga kamu pinjam dari orang lain. Kamu adalah matahari, lihatlah untuk pertama kalinya ke dalam dirimu sendiri. Jangan cari cahayamu dari bintang-bintang orang lain. Berapa lamakah kamu akan menari di sekeliling lilin dalam perhimpunan? Pasanglah cahaya kamu sendiri, sekiranya kamu mempunyai Hati". |
tasbih_30 ![]() |
![]() |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
kalau ada yang tak berpuas hati dengan kenyataan saya kat atas, boleh refer terus kenyataan dari Dr. Wahbah al-Zuhayli di bawah:
بسم الله ،والحمد لله ،والصلاة والسلام على رسول الله ،وبعد: يقول الأستاذ الدكتور وهبة الزحيلي رئيس قسم الفقه الإسلامي ومذاهبه بكلية الشريعة / جامعة دمشق : زواج المسيار زواج مكتمل الأركان حيث يوجد الإيجاب والقبول من الطرفين مع حضور الولي العدل وشاهدي عدل ثقات، ذكور مسلمين بالغين عاقلين، ولكن تتنازل المرأة عن شيئيين: حقها في القَسْم (المبيت عندها دورياً بما يعادل زمن المبيت عند امرأة أخرى ![]() هذا الزواج وإن كان صحيحاً مشروعاً في الظاهر إلا أنه لا يحقق مقاصد الزواج الثابتة، والسكن والاطمئنان والإشراف على المنزل ونحو ذلك، فهو في رأيي مكروه. أما التشجيع أو المعارضة فيكون بحسب الظروف، وبحسب كل حالة على حدة، فقد يكون مرغوباً لتحقيق عفة المرأة وصونها إذا غلب على ظنها الوقوع في الحرام من غير ذلك. وأعارضه إذا كانت المرأة في حال اعتدال ولا يوجد شبق أو رغبة ملحِّة، وأطالب الرجل المتزوج بهذه الصفة أن يكثر التردد على هذه الزوجة، ويشعرها بأنه زوج بالمعنى الصحيح .انتهى كلام الشيخ Portal IslamOnline.net بسم الله ،والحمد لله،والصلاة والسلام على رسول الله ،وبعد: زواج المسيار تتنازل فيه المرأة عن بعض حقوقها، وهذا الزواج وإن لم يحقق كثيرا من مقصود الزواج ،لكنه مباح مع الكراهة ،ولا يلجئ إليه إلا في بعض الحالات الخاصة. يقول الدكتور وهبة الزحيلي أستاذ الشريعة بالجامعات السورية : شرع الله الزواج لأهداف متعددة، منها تكاثر النسل والحفاظ على النوع الإنساني وإنجاب الذرية، ومنها تحقيق العفاف وصون الإنسان عن التورط في الفواحش والمحرّمات، ومنها التعاون بين الرجل ولامرأة على شؤون العيش وظروف الحياة والمؤانسة، ومنها إيجاد الود والسكينة والطمأنينة بين الزوجين، ومنها تربية الأولاد تربية قويمة في مظلة من الحنان والعطف. وزواج المسيار يحقق بعض هذه الأهداف لا كلها، فالزوجة تتنازل عن حقها في النفقة وفي المبيت إن كان للزوج امرأة أخرى، والغرض الظاهر منه هو الاستمتاع إما بسبب واضح من الرجل لزيادة رغبته في المتعة، وإما من المرأة التي فاتها قطار الزواج لأسباب عديدة. وحكم هذا الزواج في تقديري أنه صحيح لاستكمال أركانه وشرائطه المطلوبة شرعاً من رضا الولي والشهادة والإعلان. فإن فقد أحد هذه الشروط لم يصح عند جماعة من الفقهاء. ولكن ضماناً لمصلحة الزوجة وحقوقها على المدى البعيد ينبغي أن تحرص المرأة على تسجيله في سجلات الدولة الرسمية. إذ أنه قد يموت الزوج فيطلب منها العدّة، وتستحق الميراث. وقد تغيِّر رأيها فتطالب بحقها في النفقة أو القَسْم الواجب. ومادام كون هذا الزواج لايحقق جميع مقاصد الزواج الشرعية والإنسانية والاجتماعية على النحو الصحيح أو الأفضل، فإني أحذِّر منه ولا أرغِّب فيه، وأكرهه، فإن التزام أهداف الزواج الذي هو ميثاق غليظ، أي شديد الحرمة ومؤكد التعظيم والمبرة، لاتظهر فيه بنحو واضح. فإن أصرّ الزوجان عليه جاز وتحملا آثاره، وربما وقع أحد الزوجين بظلم في رعاية الحقوق والقيام بالواجبات وأخصها العشرة الزوجية التي قد تحتجب أو تغيب فترة بعيدة، فيصبح ذلك حراماً وإن كان العقد صحيحاً. والله أعلم Portal IslamOnline.net saya bukannya nak pandai2 keluarkan pendapat sendiri, walaupun pengkhususan saya dalam bidang fiqh tapi masih bukan tahap saya untuk keluarkan fatwa sendiri, saya masih kena refer pendapat2 dari para ulama', melainkan kalau dah sampai ke tahap macam Dato' Mahmood Zuhdi tu lainla... memang betul kata saudara tasbih_30, bukan semua ilmu kita boleh dapat di universiti, tapi apa gunanya ilmu yang kita dapat kalau kita tak guna? dapat ilmu kat universiti lebih baik daripada tak ada langsung tapi pandai pula bercakap tentang nafkah batin tu memang betul, bukan setakat seks semata2, cuma saya highlight apa yang disebut oleh Dr. Wahbah al-Zuhayli di atas bukanlah nafkah batin secara umum, tetapi beliau menyebut tentang istimta` iaitu bersedap2 dengan suami/isteri, itu yang beliau nyatakan sebagai tujuan utama misyar bagi lelaki dan juga perempuan... tak ada bezanya pendapat beliau dengan pendapat ulama' lain, beliau pun kata nikah misyar itu sah, cuma beliau detailkan lagi bahawa ia tidak menepati/mencapai matlamat sebenar perkahwinan, lalu menjadikan hukumnya makruh... saya bawa ini untuk menjawab soalan saudara kita di atas: Kenapa nikah yang sah tapi masih belum diputuskan statusnya di negara kita, saya rasa ini menjawab soalan tersebut... juga untuk menjawab saranan dari seorang sahabat kita supaya: "kalau pasni sesiapa nak kahwin dua kahwin misyar saja senang... kalau tak bukan senang nak adil..." seolah-olah misyar jalan keluar untuk kita boleh tidak berlaku adil kepada isteri, senang-senang saja boleh lepas tanggungjawab, awal2 niat tu dah salah... Allah mengajar kita bahawa boleh berkahwin 2, 3, atau 4 orang, tetapi jika takut tak mampu berlaku adil, maka kahwinilah satu sahaja, bukannya kahwinlah secara misyar! misyar tidak sepatutnya dijadikan platform untuk melepaskan tanggungjawab dari segi keadilan... itulah cara nikah yang mengikut sunnah Allah dan RasulNya, Kenapa nak jadikan nikah yang makruh (misyar) sebagai ganti kepada nikah yang secara sunnah (poligami), melainkan dalam keadaan tertentu atau tiada pilihan tu tak boleh kata apa lah, sebagaimana kata al-Zuhayli di atas, ia tidak diperlukan melainkan dalam keadaan yang tertentu... misyar memang sah dan boleh diamalkan di Malaysia, itu tidak dinafikan, tetapi terpulanglah kepada majlis fatwa dan Jakim untuk menentukannya, mereka juga kena fikir maslahah dan mafsadahnya sebelum meluluskan nikah misyar ni... WaLlahu Ta`ala A`lam... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 31-05-06 13:07 ] |
MARIAH_SMILE ![]() ![]() |
![]() |
tasbih_30 ![]() |
![]()
sesiapa nak kahwin dua kahwin misyar saja - ana gurau saja tu... tapi tak salah pun kalau sesiapa nak buat.. ala benda ni halal tak payah la nak perbesar-besarkan ...halal sapa nak buat dia buat la.. ikut kesesuaian... bab ilmu tu betul la saudara.. tapi kalau ilmu sikit cakap banyak akan hal2 yang tahu tak apa.. tapi kalau nak pertikaikan hukum hakam ni kena ada ilmu yang banyak.. kalau ilmu ciput2 macam ana ni ana tak berani nak pertikai..
|
tasbih_30 ![]() |
![]()
Perkahwinan misyar tidak aniaya wanita
Kena ada persetujuan tak perlu nafkah zahir: Sheikh al-Azhar KUALA LUMPUR: Sheikh al-Azhar, Mesir, Prof Dr Muhammad Sayyed Tantawi berkata perkahwinan misyar mengikut syarak adalah sah. Katanya, semua syarat syarak seperti ijab dan kabul, mas kahwin dan pengisytiharan kepada umum terdapat dalam perkahwinan ini dan tidak ada paksaan oleh mana-mana pihak. âKalau kedua-dua pihak bersetuju untuk menolak haknya jadi kedua-dua pihak dapat hidup dengan aman dan sempurna,â katanya melalui terjemahan oleh Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman. Prof Muhammad Sayyid Tantawi yang kini dalam rangka lawatan ke negara rumpun Islam di rantau ini semalam menyampaikan syarahan perdananya di Masjid Wilayah Persekutuan di sini. Beliau berkata, tidak timbul soal penganiayaan kepada wanita kerana ia dibuat dengan persetujuan bersama tetapi dari segi lain. âMereka yang berkahwin misyar ini sebabnya ada wanita yang mungkin sudah bercerai atau meninggal dunia tetapi wanita itu ingin hidup dalam keadaan bersih (terpelihara daripada maksiat) dan kebahagiaan (mendapat kasih sayang dan nafkah batin dari suami),â katanya. Lelaki yang mengamalkan perkahwinan misyar ini pula kebanyakannya sudah berumahtangga dan memang menjadi amalan di kebanyakan negara di Asia Barat, katanya. Wanita akan bersetuju untuk tidak mendapat nafkah zahir kerana wanita itu sendiri mungkin mampu menyara hidupnya tetapi menuntut supaya suami menjenguk sekurang-kurangnya seminggu sekali, katanya. Suami pula tidak boleh memaksa wanita itu pindah ke rumah isteri pertama malah terpaksa membenarkan isteri yang dikahwini secara misyar itu duduk bersama keluarga atau di rumah milik beliau sendiri, katanya. âSebenarnya perkahwinan misyar ini amat sesuai untuk wanita yang suka hidup di dalam rumah dan wanita yang suka dikelilingi oleh anak-anak mereka,â katanya. Ketika ditanya jika ia boleh diamalkan di Malaysia, Muhammad menjawab: âKalau berlaku demikian apa salahnya, kerjasama di antara suami isteri amat digalakkan.â Kahwin misyar dicetuskan baru-baru ini dalam akhbar tempatan oleh Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Prof Datuk Dr Mahmud Zuhdi Abdul Majid yang dikatakan sesuai untuk mengatasi masalah wanita tidak berkahwin. Bagaimanapun, ia menimbulkan banyak reaksi dan tentangan daripada kaum wanita sendiri yang khuatir akan timbul penganiayaan dan pelepasan tanggungjawab oleh lelaki. Sementara itu, Tantawi berkata umat Islam dituntut supaya bersikap sederhana dan pendekatan pemerintahan Islam Hadhari yang diguna pakai Malaysia sekarang amat menepati ciri-ciri itu. â Bernama |
tasbih_30 ![]() |
![]() !!! QUOTE !!! Sementara itu, Tantawi berkata umat Islam dituntut supaya bersikap sederhana dan pendekatan pemerintahan Islam Hadhari yang diguna pakai Malaysia sekarang amat menepati ciri-ciri itu. â Bernama yang hadhari ni tak setuju.. ![]() |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
beliau pun sokong Islam Hadhari ye...
memang prinsip yang agak baik, terutamanya yang pertama: Ketaatan kepada Allah dan Rasul, cuma pelaksanaannya yang tak berapa nampak... ![]() mungkin seorang-seorang dah kena start berhenti dari pertikaikan tentang masalah istilahnya, walaupun ia memang boleh dipertikaikan, sebaliknya cuba push kerajaan untuk melaksanakannya dengan sedaya upaya, terutamanya prinsip yang pertama iaitu: ketaatan kepada Allah dan Rasul, yang juga bermaksud: penerimaan terhadap Al-Quran dan Al-Hadith secara menyeluruh... p/s: nikah misyar memang sah, kalau saudara tasbih_30 nak buat dipersilakan... ![]() ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 31-05-06 12:52 ] |
Ibnu_muaz ![]() |
![]()
kesimpulannya..
nikah misyar sah! kalau kedua-duanya dah setuju.. apa ke jadah nak difikirkannya lagi.. wassalam. |
syauqina ![]() ![]() |
![]()
my opinion same dengan Ibnu_muaz, kalau kedua-duanya dah setuju rsnye tak ada apa nak dfkrkan lagi,..
|
tasbih_30 ![]() |
![]()
Pada 31-05-06 14:45 , Ibnu_muaz posting:
!!! QUOTE !!! kesimpulannya.. ![]() |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
tentu ada sebab Kenapa Jakim dan Majlis Fatwa belum putuskan tentang status kahwin misyar sama ada boleh dilaksanakan atau tidak di negara kita, kita serahkan saja kepada mereka sebab mereka lebih pakar.
walaupun sesuatu itu sah tetapi banyak yang perlu dinilai sebelum ia dilaksanakan, seperti juga peraturan2 lain berhubung dengan perkahwinan, contohnya perkahwinan dan perceraian yang wajib didaftarkan, poligami hanya selepas minta izin isteri, perceraian mesti dilakukan di mahkamah dan sebagainya, walaupun kalau tak ikut pun tetap sah tetapi mereka terpaksa tetapkan peraturan tersebut untuk maslahah umum (konsep al-siasah al-syar`iyyah). sesetengah orang anggap ia menyusahkan, tetapi mereka terpaksa buat begitu sebab masyarakat yang terlalu ambil mudah dengan hanya melihat kepada sah atau tidak sesuatu itu tanpa melihat kepada implikasinya, contohnya dari segi perasaan pasangan, nasib anak2 dan sebagainya. perceraian dan poligami yang tidak terkawal amat membawa kepada implikasi2 yang negatif terhadap isteri dan anak2. dalam Islam ada konsep siasah syariah, jadi kita tidak seharusnya menganggap ia sebagai sesuatu yang menyusahkan. sebagaimana juga dengan lesen memandu, tiada pun mana-mana nas yang mewajibkannya, tetapi demi menjaga maslahah umum ia diwajibkan oleh kerajaan ke atas setiap penunggang kenderaan bermotor. ia bertepatan dengan kehendak Islam. alangkah cantiknya agama Islam itu, ia sangat menjaga maslahah umatnya... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 31-05-06 20:31 ] |
tasbih_30 ![]() |
![]()
betul juga cakap tuan ibnu musa... tapi masalhnya kat negara kita ni dah ada lesen lepas itu kena renew tiap2 tahun... buat duit tu...
|
ABg_IMaM ![]() |
![]() |
ummimq ![]() ![]() |
![]()
Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah setiap masalah ada penyelesaiannya dalam Islam. Kita lihatlah di pejabat-pejabat kerajaan ramai wanita yang sudah berumur belum kawin lagi. Ramai pula yang berpangkat dan bergaji besar. Kekadang ada di antara mereka itu sedara mara kita atau adik beradik kita sendiri. Apakah perasaan anda bila mereka itu orang yang kita sayangi belum lagi berkawin walau umur dah menjangkau 40 tahun? Fikir-fikirkanlah demi maslahah umat Islam. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - dunia ni fana dan yang kekal akhirat jua. |
tasbih_30 ![]() |
![]()
saya setuju saja benda ni.. saya tengok dari sudut positif.. nampak bagus juga kahwin misyar ni ..dalam keadaan tertentu ianya baik dan perlu dilaksanakan.
|
ridwan_daie ![]() ![]() |
![]()
Pada 26-05-06 10:25 , ummimq posting:
!!! QUOTE !!! Wa'alaikumussalam wrt wbt betul cakap ummi....dalah hadith pun nabi saw ada bersabda yang antara mafhumnya "wanita yang terbaik untuk dinikahi ialah yang paling rendah maharnya"...... tapi orang melesia hari ni pandai....dia letak kawin rendah (hanya beberapa ringgot-ikut negeri) tapi dibuatnya hantaran yang mahal2....entahlah ----------------- Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",) |
tasbih_30 ![]() |
![]()
mak bapak perempuan ni selalu nampak duit saja.. nak buat kenduri grand2 lepas itu nyusahkan bakal menantu... pas kahwin anak menantu juga susah..silap2 tanggung hutang pula... kena sekolahkan sikit orang2 lama ni...hehehehe...
|
shah_sobriyanie ![]() |
![]()
Pada 01-06-06 18:00 , tasbih_30 posting:
!!! QUOTE !!! mak bapak perempuan ni selalu nampak duit saja.. nak buat kenduri grand2 lepas itu nyusahkan bakal menantu... pas kahwin anak menantu juga susah..silap2 tanggung hutang pula... kena sekolahkan sikit orang2 lama ni...hehehehe... assalamualaikum.... tak semua orang tua pandang pada harta... kekadang ada juga perempuan yang kata nak iman saja.. tapi bila dah yang berharta kat depan mata.. suami pun dia tinggal... shah pun nak cari yang dapat bagi harta pada shah... bukan senang nak cari perempuan ----------------- cinta itu hanya kerana allah, sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita..... |
tasbih_30 ![]() |
![]() |
fizah_862000 ![]() |
![]()
mmm, tak habis lagi rupanya kahwin mihsyar nii?
![]() ----------------- "Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129 |
ridwan_daie ![]() ![]() |
![]()
Pada 01-06-06 21:17 , shah_sobriyanie posting:
!!! QUOTE !!! Pada 01-06-06 18:00 , tasbih_30 posting: astagfirullah....taubatlah kawan ku sayang.... ----------------- Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",) |
nurlynn ![]() ![]() |
![]()
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Agama/20060604093538/Article/
Ulul Albab: Syarat kahwin misyar cetus kekeliruan Perkahwinan tanpa tanggungjawab jejas kestabilan institusi keluarga, masyarakat LA'ANALLAHU kulla zawwaq mitlaq, sabda Rasulullah bermaksud âSungguh, Allah melaknat setiap orang yang sering berkahwin dan bercerai.â Di samping makna keagamaan yang suci dalam hadis ini, saya ingin mengambil perhatian kepada perkataan zawwaq dan mitlaq. Kedua-dua perkataan ini dalam bahasa Arab berbentuk shighah mubalaghah nothing'al dan mif'al atau bentuk berlebihan dengan pengertian sesuatu itu sering, lebih atau banyak dilakukan dan sebagainya. Ada sepuluh bentuk mubalaghah dalam bahasa Arab dan dua di antaranya adalah dua perkataan ini. (Lihat, al-Jurnani, Shaza al-'Arf fi fan al-Sarf). Kata zawwaq yang berasal dari zauq atau rasa, mempunyai erti banyak atau sering âmerasakanâ dengan pengertian selalu berkahwin manakala mitlaq yang berasal dari talaq mempunyai erti banyak atau selalu melakukan perceraian. Berkaitan kata mitlaq di atas adalah kata misyar yang hangat diperkatakan sekarang. Kedua-duanya dalam satu bentuk mubalaghah yang sama iaitu mif'al. Misyar dibaca mis-yaar berasal daripada kata sayr yang bererti berjalan atau mengembara dan mempunyai erti banyak atau selalu berjalan, mengembara dan akhirnya kita boleh sebut sebagai pengembara. Jadi kahwin misyar adalah kahwin pengembara. Daripada namanya saja sudah nampak pelik apatah lagi jika kita mendalami hukumnya, bukan pelik yang ada tapi kita yang beriman akan tercengang dan berucap astaghfirullah. Mengapa tidak? Kerana antara hukum hakamnya yang terselindung dan diamalkan pengamalnya secara nyata adalah kerahsiaan, tidak ada wali, tidak perlu memberi nafkah zahir, tidak perlu tinggal bersama dalam satu bumbung dan si lelaki mempunyai niat menceraikan si perempuan bila-bila masa tanpa diketahui oleh yang terakhir disebut. Ketika Islam datang ke Makkah, di sana banyak bentuk perkahwinan yang diamalkan orang jahiliyyah. Ada kahwin al-maqt iaitu anak tertua mengahwini isteri bapa yang meninggal dunia; kahwin al-khidn iaitu seorang isteri mempunyai lelaki lain selain suaminya; kahwin al-istibda' iaitu si suami menyuruh isterinya untuk tidur dengan lelaki lain demi mendapatkan zuriat; kahwin al-rahth iaitu seorang wanita mempunyai kurang daripada sepuluh lelaki saling mengenal dan menggaulinya di mana akhirnya si wanita itu akan menentukan siapa bapa anak yang dikandungnya, kahwin al-baghaya atau pelacur. Semua bentuk perkahwinan ini dilarang dan diharamkan Islam secara kekal dan yang dibenarkan adalah perkahwinan yang wujud sekarang. Sebagai tanda kekalahan umat Islam terhadap penjajahan budaya Barat adalah wujudnya dalam sesetengah masyarakat Islam apa yang disebut nikah al-ahibba atau âkahwin kekasihâ iaitu suami isteri mengambil maklum masing-masing mempunyai pasangan lain. (al-Ghandur, al-Ahwal..., 31) Sebaliknya, sebagai satu inovasi dalam mencipta satu cara perkahwinan yang dibuat umat Islam sendiri tanpa paksaan, penjajah demi menghalalkan perbuatan âyang satuâ itu (baca: bersetubuh) adalah kahwin misyar demi memenuhi keinginan segelintir orang dalam umat Islam yakni pengembara. Padahal, hukum Islam mestilah diasaskan kepada kepentingan ramai bukan hanya kelompok tertentu. Apatah lagi, perkahwinan bukanlah hanya hubungan individu seorang lelaki dan wanita saja tetapi ia berkaitan keluarga, masyarakat dan negara. Ia bukan hanya bertujuan menghalalkan tubuh saja tapi juga berkaitan maruah individu, keluarga, masyarakat dan negara bahkan kemuliaan makhluk bernama manusia. Sebenarnya, ada perkahwinan lain yang serupa tapi tak sama dengan kahwin misyar ini dalam fekah Islam klasik dan moden antaranya nikah al-sirr atau kahwin rahsia atau di bawah tangan dan nikah al-nahariyyat atau kahwin siang hari saja serta nikah al-lailiyat atau kahwin malam hari saja di mana Imam Ahmad menyatakan ini bukanlah perkahwinan yang dibenarkan Islam. (Lihat Ibn Qudama, al-Mughni, VI/551) Bagaimana kahwin nak dirahsiakan sedangkan Nabi memerintahkan kita mengisytiharkannya seperti dinaskan dalam beberapa hadis termasuk hadis Ibn Majah yang bermaksud âIsytiharkan perkahwinan ini dan raikannya dengan bunyian.â Bukankah ini satu pelanggaran hukum Islam? Bagaimana perkahwinan dilaksanakan tanpa wali sedangkan Rasulullah bersabda maksudnya âTidaklah sah sesuatu perkahwinan itu apabila dilaksanakan tanpa wali.â (hari Ahmad dll.). Bukankah ini satu pelanggaran hukum Islam? Bagaimana perkahwinan suami tidak perlu memberi nafkah zahir dan tempat tinggal sedangkan dalam perkahwinan Allah mewajibkan suami memberi nafkah dalam bentuk makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya kepada isteri dan anak-anaknya seperti ditegaskan ayat al-Quran termasuk ayat yang bermaksud â...dan juga orang lelaki sudah memberi nafkah dari harta mereka.â (Surah al-Nisa:34). Bukankah ini satu pelanggaran hukum Islam? Dan bagaimana si lelaki mempunyai niat menceraikan si perempuan bila-bila masa tanpa diketahui olehnya sedangkan pada dasarnya perkahwinan itu mestilah dengan tujuan yang kekal dan talak hanyalah jalan terakhir penyelesaian persengketaan keluarga dan talak adalah perbuatan halal paling dibenci Allah. Bukankah ini satu pelanggaran hukum Islam? Kita tidak boleh membayangkan bagaimana dalam perkahwinan sudah dipersetujui bahawa tidak ada kewajipan dan tanggungjawab di antara suami dan isteri di dalamnya padahal ia bulat-bulat bercanggah dengan firman Allah yang maksudnya âDan isteri-isteri mempunyai hak yang sama seperti yang ditanggung oleh mereka terhadap suami dengan cara yang sepatutnya.â (Surah al-Baqarah: 22 ![]() Di dalam Islam keluarga itu adalah suatu ikatan yang suci dan murni lagi dihormati dan dihargai. Adalah diakui keluarga itu adalah suatu unit asas dalam masyarakat. Keluarga boleh memberi sumbangan dalam menjamin kesejahteraan dan kesihatan masyarakat itu. Masyarakat yang teguh sudah tentu mempunyai unit asas yang kukuh dan bahagia. Pecah belah dalam keluarga atau unit asas itu akan mengakibatkan keruntuhan kestabilan sesebuah masyarakat. Tidakkah kahwin misyar akan memudahkan runtuhnya kestabilan masyarakat ini? Perkahwinan yang diinginkan Islam adalah perkahwinan yang memenuhi rukun dan syaratnya dengan tujuan memakmurkan alam dunia menerusi pembangunan mahligai rumah tangga yang kekal, penuh kasih sayang, saling menghormati, saling menghargai, saling memikul tanggungjawab berasaskan lunas agama yang suci, bukan diasaskan kepada hawa nafsu dan keinginan sesetengah orang. Allah berfirman maksudnya âDan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekeluargaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia mencipta untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.â (Surah al-Rum: 21) âDialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari yang satu dan Dia menjadikan dari diri itu pasangan (suami isteri) untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain.â (Surah al-A'raf: 189) Sebagai umat Islam yang benar-benar dan ikhlas melaksanakan hukum Allah, kita akan berasa khuatir dan takut jika kita tak mengendahkan aturan Allah yang ditetapkan dalam perkahwinan, kita akan menerima padah. Allah berfirman maksudnya âDan itulah aturan hukum Allah dan janganlah kamu melanggarnya dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya dia berlaku zalim kepada dirinya. Patuhilah hukum-hukum itu kerana kamu tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara yang lain.â (Surah al-Talaq: 2) Bagaimanapun sesiapa boleh cakap apa saja dan berhujah dengan apa saja serta memberikan alasan apa saja untuk mengharuskan dan membenarkan kahwin misyar akan tetapi saya tidak tahu apakah kahwin misyar sebagai bidaâah alaf baru juga akan termasuk dalam pengertian hadis di permulaan tulisan ini yakni akan terkena laknat Allah Ta'ala? Wallahu a'lam. INTI PATI: Bagaimana kahwin nak dirahsiakan sedangkan Nabi memerintahkan kita mengisytiharkannya? Bagaimana perkahwinan dilaksanakan tanpa wali sedangkan tidak sah sesuatu perkahwinan itu apabila dilaksanakan tanpa wali? Bagaimana perkahwinan suami tidak perlu memberi nafkah zahir dan tempat tinggal sedangkan dalam perkahwinan Allah mewajibkan suami memberi nafkah kepada isteri dan anak? Bagaimana si lelaki mempunyai niat menceraikan si perempuan bila-bila masa tanpa diketahui sedangkan perkahwinan itu mestilah dengan tujuan yang kekal dan talak hanyalah jalan terakhir dan talak adalah perbuatan halal yang paling dibenci Allah? Bagaimana dalam perkahwinan sudah dipersetujui bahawa tidak ada kewajipan dan tanggungjawab di antara suami dan isteri di dalamnya padahal ia bulat-bulat bercanggah dengan firman Allah yang maksudnya âDan isteri-isteri mempunyai hak yang sama seperti yang ditanggung oleh mereka terhadap suami dengan cara yang sepatutnya.â (Surah al-Baqarah: 22 ![]() |
nick_sieq ![]() |
![]()
Salam...
pada pendapat saya, kahwin misyar ini tak salh malah memberi kelebihan pulak kat perempuan itu.... apa tak nya, kalau kahwin secara biasa, perempuan akan menanggung tugas seprti basuh baju, masak kat suami dan etc.... tapi dengan kahwin misyar ini, suami tak perlu kasi duit dan isteri tak perlu lagi buat kerja2 itu semua..... namun, itu kalau kita tengok dari segi dunia nya.... dari segi akhiratnye, dua-dua rugi.... 1st, suami tak dapat pahala yang banyak dari nafkah zahir yang diberikannye dan kedua, isteri tak dapat pahala dari tanggungjawabnye ke atas suami... itu saja, wassalam... |
salleh_y ![]() |
![]()
apakah nafkah batin ialah seks sahaja?
ia adalah salah satu..tgungjawab nak didik agama..nak share masalah..erk..orang dah kahwin saja tau.. |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |