Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 6 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 16 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 16 hari yang lalu
eme86: 17 hari yang lalu
sunan-faqih: 22 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: pertunangan yang sebenar2nya??


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» pertunangan yang sebenar2nya??

Please Mendaftar To Post


Oleh pertunangan yang sebenar2nya??

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-05-06 11:45


PERTUNANGAN YANG MENGIKUT SYARIAT

Assalammualaikum…..

Sebelum seorang lelaki ingin menghantar pinangan,
utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang
peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga
sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam
membuat keputusan untuk menerima bakal
menantunya.

Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang
hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya
dan soal-soal hubungan dengan Tuhan sebagai pokok
utama.

Pertama; adakah fardhu ain si lelaki benar-benar
beres sebab suamilah tunjang yang bakal untuk
mengajar anak-anak dan isteri bila telah
mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan
perlaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu
seperti sembahyang secara individu dan
secara berjemaah. Memerhati matlamat perniagaan
dan perusahaan atau matlamat dalam pekerjaan
lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal
hubungan dengan Allah sebagai pokok utama
sejahteranya rumahtangga. Setiap kali
berlangsungnya majlis merisik perkara utama yang
akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan
saja syarat yang akan mensejahterakan dan
mengukuhkan rumahtangga.

Tidak hairanlah bila lepas kahwin kehidupan anak-
anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan
tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya anak-anak
tidak taat kepada ibubapa dan isteri jadi `Queen
Control' kepada suami. Akhirnya, suami hilang
hemahnya di dalam mentadbir
rumahtangga menurut hukum Islam.

Ibubapa tidak boleh menolak pinangan seseorang
lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah.
Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang
lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki
berkenaan berakhlak buruk seperti tidak
sembahyang atau suka berfoya-foya,
berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai
harta.

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya
dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia
telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya."

Rasulullah saw bersabda lagi:

"Jika datang kepada kamu pinangan daripada
seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya
agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau
kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan
kerosakan di muka bumi."

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak
menentukan sama ada mahu menerimanya atau tidak,
cuma secara beradapnya eloklah ditanya kepada
empunya diri terlebih dahulu.

Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat
keputusan, eloklah memberi keputusan kepada
walinya dalam membuat keputusan. Sebab pilihan
walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak
akan sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik
akan memilih lelaki yang beragama dan
berakhlak mulia.

Akan tetapi kalau si anak itu mempunyai pilihan
sendiri yang agak lebih baik agamanya dari
pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati
hasrat anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis
peminangan lagi kita mesti jaga iaitu tidak
berlakunya percampuran di antara lelaki
perempuan. Keberkatan Allah ini tidak dapat
hendak kita gambarkan sebab hati yang akan terasa
ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua
tetapi sampai ke hari tua.

Contohnya, orang di zaman salafusaleh,
rumahtangga mereka berkat sebab dari awal
peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.

Tetapi kalau dalam majlis peminangan itu, awal-
awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan
peradapan menurut Islam. Sampai akhir hayat pun
mungkin rumahtangga itu nampak tak cantik, tak
bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-
kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan
inilah yang banyak berlaku hari ini.

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis
ini. Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan
syariat Allah dapat kita jaga dengan baik.

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan
peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang
mahal-mahal. Contohnya pakaian, makanan, buah-
buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin
bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah.
Memadai dngan sebentuk cincin saja sudahlah.

Malah ajaran Islam tidak pernah menyusahkan umat
Islam dengan cara demikian. Bila hantaran terlalu
tinggi hilang keberkatan rumahtangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan
mas kahwin ini ialah diri wanita itu sendiri,
kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau
bagaimanapun sekarang ini semua negeri sudah
menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita
tersebut bila berkahwin, boleh kita terima,
tetapi sekiranya diri wanita tersebut hendak
menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu
hormati.
Begitulah kehendak syariat.

Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah
memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin
yang paling baik yang terendah. Sabda Rasulullah
saw:

"Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang
terlebih murah mas kahwinnya."

Sabda Rasulullah saw lagi:

"Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang
paling sediki mas kahwinnya."

Bersabda Baginda lagi:

"Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu
segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu
kepada beranak dan murah mas kahwinnya."

Kita patut mengetahui setengah daripada mas
kahwin isteri Rasulullah saw itu hanya sepuluh
dirham saja; sama nilainya dengan harga batu
pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji
bantal di rumahnya.

Setengah daripada para sahabat berkahwin dengan
mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih
kurang lima dirham)

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak
perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas
kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Sayidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali
perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis
mereka. Katanya:

"Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada
mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi
kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham."

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang
atau emas permata, ayat-ayat Al Quran juga boleh
dijadikan mas kahwin. Contohnya ayat dalam surah
Al Fatihah atau Al Ikhlas, tidak kiralah seberapa
banyak yang dikehendaki.

Akan tetapi apa yang dinamakan sebagai hantaran
tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan
adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini
adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan
digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk
persiapan majlis perkahwinan.
Kalau begitu halnya, hantaran tidak patutlah
diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal
menantu hendak memberi hantaran, boleh kita
terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada
hikmahnya.

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan
tunangnya agar memperluatkan agamanya dan
bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati
tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-
sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu
qanaah, memadai dengan apa yang
telah ada tanpa rasa tamak.

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu
tempuh yang agak lama jaraknya dengan penikahan.
Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu
secepat mungkin agar terhindar dari berbagai
fitnah manusia.

Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam
pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan
bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah
wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang
dibuat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan
seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-
duaan dengan bakal isterinya.

Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti
wanita itu dalam ruang yang aman daripada fitnah
sosial dan kerosakan maruah. Walau bagaimanapun,
pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya
mengikut syariat.

Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan
kedua pergelangan tangannya sahaja dan tidak
melihat bahagian aurat tunang.

Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi
maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat.
Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih,
berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya
sangat dilarang atau haram hukumnya.

Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu
melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya.
Di larang melihat tunang secara bersendiri.
Rasulullah saw telah mengingatkan kita di dalam
sabdanya:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari
Kemudian maka jangnlah sekali-kali menyendiri
dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh
mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya
adalah syaitan"

Rasulullah saw bersabda lagi yang maksudnya:

"Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki
menyendiri dengan perempuan yang tidak halal
baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah
syaitan, kecuali kalau ada muhramnya."


-----------------
kesenangan kan datang setelah kesulitan kau tempuhi..hiasilah hatimu dengan nilai-nilai wanita solehah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

cintamadinah_82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-05-06 12:46


syukran tulipsolehah.. :-) semoga menjadi lebih berkat apabila menjaga hubungan itu dari awal.. dan mengharapkan keredhaan dari ALLAH S.W.T. :-) nasihat yang berguna untuk bakal 'tunangan orang' :-)


-----------------
'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'


Bookmark and Share

    


  Member Information For cintamadinah_82Profil   Hantar PM kepada cintamadinah_82   Pergi ke cintamadinah_82's Website   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 22-05-06 12:49


alhamdulillah...syukran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-05-06 14:04


syukran sahabat cintamadinah_82 dan shinobi..kerana beri pendapat...moga ukhwah ini berkekalan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

fatimahzahra
Warga 5 Bintang
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23022
Posting: 363
Dari: blue universe

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-05-06 09:21


syukran.tapi adakah cara ni betul-betul dipraktikkan oleh m,ereka yang ingin mendirikan masjid..??

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimahzahraProfil   Hantar PM kepada fatimahzahra   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-05-06 09:34


>>terpulanglah pada iman mereka..Kalau mereka inginkan zuriat soleh wa solehah..

>>tahanlah nafsu itu seketika..kelakbarakah berpanjangn akan menanti..feel it!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

fatimahzahra
Warga 5 Bintang
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23022
Posting: 363
Dari: blue universe

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-05-06 09:47


erm brtul tu..tepuk dada tanya lah iman...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimahzahraProfil   Hantar PM kepada fatimahzahra   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,[email protected]

Sabah  


posticon Posting pada: 24-05-06 12:37


Pada 22-05-06 11:45 , tulipsolehah posting:

!!! QUOTE !!!

PERTUNANGAN YANG MENGIKUT SYARIAT


Rasulullah saw bersabda lagi:

"Jika datang kepada kamu pinangan daripada
seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya
agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau
kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan
kerosakan di muka bumi."

Rasulullah saw bersabda lagi yang maksudnya:

"Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki
menyendiri dengan perempuan yang tidak halal
baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah
syaitan, kecuali kalau ada muhramnya."



kata-kata penuh HIKMAH ;-)


-----------------
The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

khuwailid
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5241
Posting: 139
Dari: marakka, mareisha

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 24-05-06 13:13


buat diri peringatan diri ku yang alpa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khuwailidProfil   Hantar PM kepada khuwailid   Pergi ke khuwailid's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116451 saat. Lajunya....