Oleh: Dr Mohd Hafez Iftiqar Termizi, Pelajar Perubatan, Australia.
Dalam banyak insiden dalam hidup saya, satu perkara penting yang saya belajar ialah selidik dahulu sebelum percaya. Malah ini dinyatakan dalam ayat Quran: Hai orang-orang yang beriman jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka selidikilah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan itu (AlHujurat, 6). Dengan itu anda akan menjadi seorang yang berprinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang. Sebenarnya saya nak sembang mengenai Raja Shahirah, anak kepada Raja Bahrin dan Jaqueline Pascarl-Gillespie dan betapa media boleh membelit orang seperti ular sawa batik membelit khinzir hutan atau nama yang kurang indah, bab* hutan. Berikut adalah tajuk-tajuk sensasi di akhbar-akhbar tempatan (sekitar Victoria) seperti The Herald Sun, The Age dan The Australian: MOTHER MEETS KIDNAPPED DAUGHTER, KIDNAPPED GIRL RETURNS HOME, MUM AND STOLEN CHILD REUNITED, STOLEN DAUGHTER RETURNS TO MUM, STOLEN DAUGHTER TRACKED DOWN MOTHER. Dengan tajuk-tajuk sedemikian, apakah yang akan tergambar dalam fikiran anda?
Pada saya:
1) Bapa yang jahat yang telah menculik anaknya.
2) Anak yang terseksa di bawah jagaan bapa.
3) Berjaya mencari ibu dan terselamat daripada derita di bawah jagaan bapanya.
4) Tidak mahu lagi bertemu dengan bapa yang teruk.
Media Australia cuba memberi gambaran negatif bahawa Raja Bahrin adalah seorang putera raja Malaysia yang mengamalkan undang-undang Islam yang zalim. Perhatikan kenyataan ini: âHer ex-husband, Malaysian Prince Raja Bahrin, who snatched Shahirah and her brother Iddin from their mother in 1992âŠâ (Kenyataan ini menggambarkan betapa penulis berita ini kurang maklum bahawa Malaysia mempunyai sistem Agong dan Sultan, saya tertanya-tanya, adakah penulis itu tahu bahawa Malaysia mempunyai 14 buah negeri, dan Terengganu hanya satu daripada 14 negeri tersebut? Kenyataan ini sangat mudah disalah tafsir oleh rakyat Australia kerana pengetahuan am mereka lemah. Apabila saya memperkenalkan diri saya kepada ramai pesakit, mereka bertanya: Malaysia itu di mana? Ada yang kata telah sampai ke Singapura, tapi tidak pernah mendengar nama Malaysia. Apa punya jahil...). Perhatikan juga kenyataan ini: âShe returned to Australia with the children after the prince took a second wife under Islamic law, but in 1992 he smuggled the children out of Australia during an access visitâ.. Perhatikan kenyataan ini pula: The stolen daughter of Jacqueline Pascarl-Gillespie, whose son was also sensationally spirited away by the children's Malaysian prince father, has returned to Australia (sekali lagi, yang bersalah ialah Malaysian prince (Putera Raja Malaysia) yang mencuri anaknya, tidak Jacqueline Pascarl-Gillespie yang menipu suaminya dan kemudian memfailkan cerai di mahkamah Australia). Perhatikan ayat berikut: Prince Raja Bahrin has harboured Shahirah, now 20, and her 23-year-old brother Iddin - both Australian citizens - since snatching them in 1992.. Perhatikan pula kenyataan ini: âmasa Pascarl fled Malaysia after her marriage to the prince allegedly became violent in 1985 dan juga âas his marriage to masa Gillespie allegedly grew violent, she decided to escape and flew back to Australia with the children to visit her sick grandmother.â (membaca kenyataan ini memberi gambaran kepada saya seolah-olah Pascarl didera oleh suaminya, seperti dicop dengan seterika panas seperti kes dera pembantu rumah di Malaysia dahulu, atau dihentam dengan kayu beroti, atau disuruh makan tahi lembu, sedangkan bagi saya isu sebenar disebabkan rasa cemburu atau kurang senang dengan tindakan Raja Bahrin untuk beristeri dua, InsyaAllah dalam weblog yang lain kita sembang sedikit mengenai poligami, tentu ramai yang ingin mengetahui pandangan bujangan tampan seperti saya mengenai poligami :p]. Perhatikan kenyataan yang lebih lucu: âmasa Pascarl, a former ballet dancer, wrote a book about her experiences, Once I Was a Princess, which was published in 1995. In the book she portrays her ex-husband as a cruel and sexually violent man, who once had her pet goat slaughtered in front of her and forced her to eat the stewed fleshâ. (Saya tersenyum beberapa minit membaca kenyataan ini, soalan pertama yang ingin saya tanya: Kenapa tiba-tiba kenyataan ini keluar dalam laporan akhbar bertajuk MOTHER MEETS KIDNAPPED DAUGHTER dalam akhbar The Age? Bagi saya tujuannya adalah untuk memburukkan Raja Bahrin dan memberi gambaran bahawa Pascarl, Iddin atau Shahirah tersangatlah derita hidup bersama Raja Bahrin. Dan kenyataan: âonce had her pet goat slaughtered in front of herâ, apa kejadahkah ini semua? (meminjam dari Edisi Siasat NTV7). Perbuatan sedemikian persis Ulagu Khan, dan saya percaya Raja Bahrin hanya melakukan sedemikian jika dia sakit jiwa. Apakah maksud her pet goat slaughtered? Adakah kambing yang dibela di dalam istana dan tidur di katil bersama-sama Pascarl seperti seekor kucing parsi? Ada jugakah kerabat raja yang membela kambing di dalam istana/rumah? Tidak tahukah mereka bahawa kambing seekor binatang yang busuk serta berak (ingatkah kalian lagu ini: tahi kambing bulat-bulat, boleh dibuat ubatâŠ) dan kencing dalam kuantiti yang banyak? Slaughtered itu adakah dimaksudkan dengan upacara seperti aqeqah atau korban? Apakah Pascarl dipaksa melihat kambing disembelih oleh seorang keturunan raja yang juga seorang arkitek terkenal? Tidak masuk akal dan hanya boleh diterima jika Raja Bahrin gila ketika itu! Juga kenyataan ini: âJacqueline Gillespie and her daughter Shahirah first made secret contact on the internet after 11 years apartâ dan kenyataan akhbar kedua yang saya perolehi: masa Pascarl said since initial contact three years ago she had secretly rekindled her relationship with Shahirah and Iddin, 23, via emails and telephone calls. (Kenyataan akhbar pertama dengan kata firstly memberi gambaran bahawa perhubungan ibu-anak itu dipersetujui oleh Raja Bahrin selepas beliau maklum tentang perkara tersebut sementara kenyataan akhbar yang kedua ini tidak langsung menyatakan bahawa Raja Bahrin kemudiannya maklum bahawa anak-anaknya berhubungan dengan Pascarl dan menerima tindakan mereka dengan baik, hanya dengan kenyataan ini apakah gambaran yang akan ada di dalam kepala anda: Shahirah dan Iddin akan dikurung di dalam jamban jika tindakannya itu terbongkar? Shahirah dan Iddin akan disuruh tidur di luar rumah jika perbuatan mereka terbongkar? Shahirah dan Iddin akan disebat dengan batang paip PVC? Shahirah dan Iddin akan dipaksa tidur dengan kambing?)
Apa yang gagal disertakan oleh media Australia ialah:
1. Jacqueline Gillespie (Pascarl) selepas berkahwin dengan Raja Bahrin pada tahun 1981 telah tinggal di Malaysia sehingga tahun 1985 (sehingga beliau membawa lari anaknya ke Melbourne dan memfailkan permohonan cerai di sini).
2. Pascarl maklum bahawa hak penjagaan anak akan diperolehinya di Australia berikutan sistem perundangan disini (rakyat Australia sendiri ramai yang mengeluh bahawa golongan bapa telah ditindas oleh undang-undang hak penjagaan itu). Juri yang memutuskan hak penjagaan itu tidak seorang pun beragama Islam, agama Pascarl sewaktu melahirkan Shahirah dan Iddin, 3 daripada juri adalah Yahudi (kalau tak silap saya).
3. Pascarl telah memberi alasan kapada Raja Bahrin (baca: memperdaya) untuk melawat neneknya yang tenat kemudian tidak lagi mahu kembali ke Malaysia dengan memfail permohonan cerai.
4. Raja Bahrin telah mengizinkan Pascarl untuk kembali ke Melbourne bagi tujuan tersebut dengan kepercayaan Pascarl akan kembali ke Malaysia yang kemudiaannya telah Pascarl mungkiri malah memfailkan permohonan cerai.
5. Raja Bahrin telah dilarang untuk masuk ke Australia selepas kejadian beliau melarikan Shahirah dan Iddin ke Malaysia. Jadi bagaimana beliau hendak bawa anak-anaknya yang masih kecil melawat ibunya?
6. Hanya satu akhbar yang saya baca menyatakan Pascarl telah ditinggalkan oleh seorang ahli perniagaan Sydney sewaktu Pascarl mengandung 8 bulan pada tahun 2001. Sudah tentu tindakan tersebut lebih buruk dan tidak sepadan langsung untuk dibandingkan dengan usaha Raja Bahrin memelihara aqidah anak-anaknya, malah menjaga kebajikan anak-anaknya sampai mereka berjaya ke menara gading.
Mari kita menilai dari segi perbezaan agama dan budaya pula. Dari satu segi saya memuji tindakan berani Raja Bahrin dalam usaha memelihara aqidah anak-anak beliau disebalik kegagalan beliau mendidik Pascarl dengan sempurna sehingga Pascarl kembali kepada agama asal. Bukan mudah mengambil anak sendiri di negara orang dan meredah laut bersama 2 orang anak yang masih kecil. Namun begitu tidaklah saya bermaksud menyokong tindakannya untuk berkahwin dua sehingga menyebabkan bekas isterinya murtad. Itu soal prioriti, antara kahwin dua atau menjaga isteri pertama daripada murtad, mana lebih utama?
Tindakan Raja Bahrin bagi saya adalah lebih baik daripada membiarkan Shahirah dan Iddin tinggal dengan Pascarl yang hidup tanpa mementingkan lagi konsep kekeluargaan. Dalam budaya barat ini, ibu bapa berhak mengubah nama keluarga (surname) anak sesuka hati mengikut nama dan agama suami baru walau pun suami lama tidak pernah mengabaikan tanggungjawab iaitu memberi nafkah kepada anak-anak selepas perceraian. Jika Pascarl telah mengubah nama anaknya, tidak lagi berbinti atau bin Raja Bahrin, sudah tentulah tindakan tersebut memisahkan terus mereka daripada bapa kandung mereka. Apakah mereka tidak akan merindui Raja Bahrin sebagaimana mereka merindui Pascarl? Saya teringat rakan-rakan setutorial saya yang pernah mengeluh apabila tutor saya membuat kenyataan lebih daripada 10% daripada kanak-kanak Australia tidak tahu siapakan bapa sebenar mereka! Dalam Islam, kalau bercerai, nama masih perlu dinisbahkan kepada bapa kandung, sama juga dengan konsep anak angkat, tidak boleh dinisbahkan kepada bapa angkat atau bapa tiri. Sudah tentulah konsep ini sangat baik, lebih-lebih lagi anak-anak wajib mentaati ibu bapa walau pun mereka bukan Islam selagi mana tidak disuruh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat. Malah undang-undang sama patut dipatuhi mereka seperti tidak meninggikan suara ketika bercakap.
Saya teringat dialog saya dengan seorang pemandu teksi Muslim yang berasal dari Pakistan sewaktu saya dalam perjalanan ke seminar berkenaan masalah mental di Australia. Katanya, âya..ya, this country full of mental problem, they donât have strong family bonding, everywhere is f**k off, f**k off, f**k off.â Cubaan Pascarl untuk membaptis anak-anaknya yang masih belum boleh membuat keputusan sendiri sewaktu dibawa lari juga tidak dapat saya terima kerana anak tersebut Islam sewaktu dilahirkan (agama Pascarl sewaktu itu). Sepatutnya dia perlu membiarkan anak tersebut Islam dengan menghantar mereka ke sekolah Islam di sini, dan kalau pun mereka ingin membuat keputusan berkenaan dengan agama mereka, tunggu sehingga umur 16 tahun. . Selagi belum berumur 16 tahun, kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa itu secara warasnya perlu dipelihara agama asal ibu mereka sewaktu melahirkan mereka yakni Islam. Dan sepatutnya Pascarl dan media Australia merasa malu dengan hakikat bahawa kebiasaannya hak penjagaan anak-anak di Malaysia akan diberi kepada wanita (kecuali jika mahkamah mendapati tidak layak), malah pembiayaan anak-anak itu perlu diuruskan oleh bekas suami. Seperti biasa, ini tidak dimasukkan oleh media Australia dalam laporan mereka sebaliknya mereka cuba memberi gambaran bahawa Raja Bahrin adalah seorang Muslim yang teruk dan dengan sikap prejudis yang bercambah dalam masyarakat di sini sudah tentu Raja Bahrin akan divonis sebagai bersalah.
Jika kita menilai kes ini sebagai kes seorang bapa yang dibawa lari anaknya, jauh daripada tanah kelahiran mereka (anak-anaknya), dan ibu kepada anak tersebut mahu memutuskan langsung perhubungan anak-anak itu dengan bapa kandung mereka dengan mengubah nama keluarga (surname) kepada nama suami baru perempuan itu, dan mahu menukar agama anak-anak tersebut ketika lahir (iaitu agama ayah mereka dan ibu mereka ketika itu), semuanya tanpa persetujuan bapa, maka siapakah yang bersalah? Dan sudah tentu, kita sangat menyanjung kedudukan ibu dalam agama dan adat kita walau pun mereka bukan seagama dengan kita.
Begitulah liciknya media Australia menipu mereka yang malas menyelidik dan bertaklid secara membuta tuli. Yang lucunya, kata Shahirah: â"And yeah, it's been great. The first three days we had free of media, yeah, those were beautiful days." Apakah media ini membela ânasib malangâ dua adik beradik ini atau memberi malang?
Jika ada antara teman-teman yang mengenali Shahirah atau Iddin, sampaikan salam kepada mereka dan kirimkan pesan saya: âKalian sewajarnya bersyukur atas pengorbanan besar bapa kalian walau pun beliau mempunyai kekurangan sebagai manusia biasa.â Sebenarnya rumah Pascarl tidak jauh dari Monash University, tapi tidaklah mahu saya pergi ke sana bimbang dikata orang saya hendak mengorat Shahirah. Nanti tak pasal-pasal muka saya yang bebas jerawat terpampang di muka depan akhbar sebagai teman lelaki Shahirah :p
14/4/2006, Australia
-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di
http://naimisa.esasterawan.net/[ Telah diedit oleh: MohdHanafi pada 17-04-06 09:55 ]