Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perkataan yang baik tidak akan muncul dari jiwa yang kotor sebagaimana biji benih takkan tumbuh pada tanah yang gersang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 165
Ahli: 0
Jumlah: 165




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 47 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Siapa wanita


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Siapa wanita

Please Mendaftar To Post


Oleh Siapa wanita

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 16-04-06 12:47


Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki. Jika tidak Allah swt tidak akan menjadikan Siti Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorang di dalam syurga.

Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan :
1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.
2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi.
3. tidak akan bergelar seorang suami.
4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga.
5. tidak teman untuk bergurau senda.

Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan.

Perempuan tidak boleh :
1. menjadi wali
2. menjadi rasul atau nabi
3. memberi talak

Tetapi dua apa tiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka.

Keadilan Allah kepada perempuan :
1. kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan nifas.
2. tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau.
3. tidak wajib menunaikan solat Jumaat.
4. tidak disentuh api neraka,jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya.

Banyak lagi kebaikan dan keistimewaan yang Allah beri kepada perempuan yang tidak diberi kepada lelaki?..membuktikan betapa kasihnya Allah swt kepada hambanya yang bergelar perempuan, wanita, gadis, isteri, ibu atau nenek ini.

KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN PEREMPUAN

Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki sebagaimana firmanNya dalam surah an-Nisaa', ayat 34 yang bermaksud :
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihar diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan."

Namun tidak bermakna perempuan hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain. Jauh tersembunyi, perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya.

Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya, surah Aali-Imran, ayat 14 yang bermaksud :
"Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada perempuan".

Sabda Rasulullah saw tentang besarnya peranan perempuan ini ialah :
"Perempuan itu tiang negara, jika baik perempuan di sesuatu negara itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya."

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN

Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw :
"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya :"Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAKWA PEREMPUAN

Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertakwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa takwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan keranalelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian menatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:
"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya(serta menjaga solat dan puasanya)."

KEKALKAN KEMULIAAN PEREMPUAN

Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan perempuan, wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu, perempuan akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih berhak baginya kecuali neraka.

PANDUAN UMUM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TERHADAP KEDUDUKAN WANITA

Wanita dan lelaki adalah sama dari segi kemanusiaan. Mempunyai hak dan kewajiban yang sama dalam melaksanakan tugas-tugas agama.

Islam menghapuskan tuduhan yang dilemparkan oleh ahli-ahli agama sebelum Islam yang merendahkankedudukan wanita.

Islam memerintahkan manusia supaya memuliakan wanita sebagai anak kecil, isteri dan ibu.

KEDUDUKAN WANITA DALAM SYARIAT ISLAM

Islam menganjurkan supaya wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan/pelajaran yang sama dengan kaum lelaki.

Islam menetapkan asas-asas institusi keluarga yang menjamin kepentingan wanita.

TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIBAN WANITA MENURUT SYARIAT ISLAM

Tanggungjawab sebagai hamba Allah
Tanggungjawab sebagai isteri
Tanggungjawab sebagai pemimpin yang membantu suami dalam urusan rumahtangga
Tanggungjawab sebagai pendidik generasi akan datang

Buat semua kaum2 Adam, hormatilah kaum2 Hawa sewajarnya.Jika mereka tiada,kita tidak akan lahir di dunia........ wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Masyira
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.10.2005
Ahli No: 20190
Posting: 66
Dari: IIUM

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 16-04-06 13:21


ya saya wanita kaum hawa...:di dan buat kaum adam sekalian seperti yang Daeng_Jati katakn tadi hormatilah kaum hawa ini...:) jadilah kaum adam yang sejati dunia dan akhirat...;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For MasyiraProfil   Hantar PM kepada Masyira   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-04-06 13:32


istimewanya wanita.....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 16-04-06 14:11


saya petik kata-kata jutawanmuslimah...tiada wanita yang hodoh,cuma kecantikannya yang berbeza...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

nurkasih87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.09.2003
Ahli No: 3434
Posting: 133
Dari: Kemaman!..

Terengganu  


posticon Posting pada: 16-04-06 14:46


betapa mulianya kaum wanita.. dalam Islam.. dhormati..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkasih87Profil   Hantar PM kepada nurkasih87   Pergi ke nurkasih87's Website   Quote dan BalasQuote

arinie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.07.2005
Ahli No: 17125
Posting: 56
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-04-06 16:22


saya pun awak Kenapa nya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For arinieProfil   Hantar PM kepada arinie   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 16-04-06 16:39


Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam
Bukan dari kepala untuk dijadikan atasannya
Bukan dari kaki untuk dijadikan alasannya
Melainkan dari sisi untuk
Dijadikan teman hidupnya
Dekat pada lengan untuk dilindungi
Dan dekat dihati untuk dicintainya

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

ubaidillah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.11.2004
Ahli No: 12489
Posting: 361
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-04-06 17:51


Pada 16-04-06 16:39 , jutawanmuslimah posting:

!!! QUOTE !!!

Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam
Bukan dari kepala untuk dijadikan atasannya
Bukan dari kaki untuk dijadikan alasannya
Melainkan dari sisi untuk
Dijadikan teman hidupnya
Dekat pada lengan untuk dilindungi
Dan dekat dihati untuk dicintainya


PANDAI juga JUTAWAN NI BERMADAH..
APA PUN..SEMUA KITA WAJIB BERSYUKUR WALAU DALAM BENTUK MANA PUN KEJADIAN KITA..LELAKI ADA KELEBIHAN TERSENDIRI..WANITA JUGA ADA KELEBIHAN..SO BERSYUKURLAH KERANA MASING2 ADA KELEBIHAN

p/s tapi lelaki lebih banyak kelebihan :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For ubaidillahProfil   Hantar PM kepada ubaidillah   Pergi ke ubaidillah's Website   Quote dan BalasQuote

annafira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.06.2004
Ahli No: 9407
Posting: 204
Dari: Indera Kayangan

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 16-04-06 18:54


Pada 16-04-06 16:39 , jutawanmuslimah posting:

!!! QUOTE !!!

Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam
Bukan dari kepala untuk dijadikan atasannya
Bukan dari kaki untuk dijadikan alasannya
Melainkan dari sisi untuk
Dijadikan teman hidupnya
Dekat pada lengan untuk dilindungi
Dan dekat dihati untuk dicintainya


ehehe..saya pernah terbaca madah ni pada kad kahwin seseorang..hiurm..mengusik kenangan la pulak..tapi memang indah dan benar pun madah ni, kan? ;-)


-----------------
~*Jika kau mengejar dunia, akhirat akan lari darimu.Tetapi jika kau mengejar akhirat, dunia akan mengejarmu*~


Bookmark and Share

    


  Member Information For annafiraProfil   Hantar PM kepada annafira   Pergi ke annafira's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.436651 saat. Lajunya....