Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita bergerak ke arah apa yang difokus
-- Dari filem Kung Fu Panda

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 1 hari, 20 jam, 10 minit yang lalu
lidah-penghunus: 5 hari yang lalu
muslimiman: 20 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 21 hari yang lalu
nur_tinta: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: kita tak kisah


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» kita tak kisah

Please Mendaftar To Post


Oleh kita tak kisah

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-04-06 00:23


KITA TAK KISAH….SEDANGKAN…


Kita tak kisah…kalau kita melakukan sesuatu yang menyalahi perintah Allah atau menyanggahi perintah Rasulullah.

Apa yang penting. Aku boleh buat apa yang aku suka.

Sedangkan kita tahu Allah SWT telah berfirman: ‘tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan bertujuan untuk mereka beribadah kepadaKu’.


Kita tak kisah.. kalau kita dahulunya pernah melakukan banyak dosa. Hasilnya, kita tidak bertaubat dan tidak pernah menyesal.

Sedangkan dosa yang banyak ditambah dengan hati yang tidak pernah menyesal akan menjadi sebab kita disiksa di hari pengadilan nanti.


Kita tak kisah…kalau kita mempunyai ahli keluarga yang tidak mentaati Allah, meninggalkan perkara wajib dan melakukan perkara yang haram. Apa yang penting, diri kita baik walaupun keluarga kita tidak sebaik kita, kita tak kisah.

Sedangkan Allah memerintahkan kita menjaga diri dan juga keluarga daripada api neraka.


Kita tak kisah…kalau kita mencari rezeki sama ada harta yang kita perolehi itu halal atau haram.

Sedangkan persoalan rezeki yang halal atau haram adalah di antara perkara yang akan dikira pada hari kiamat.


Kita tak kisah….pada jalan apakah kita membelanjakan harta yang kita perolehi.

Sedangkan harta yang halal mestilah dibelanjakan pada jalan yang halal..


Kita tak kisah…kalau kita melihat saudara seagama kita ditindas, disiksa, hidup melarat, miskin, kurang makanan, ditimpa musibah…asalkan kita selamat, kita tak kisah apa saja yang berlaku pada orang lain walaupun mereka itu orang Islam.

Sedangkan Rasulullah berulang kali mengajarkan kita tentang kesatuan hati umat Islam walaupun berlainan bangsa, tempat asal atau warna kulit. Rasulullah sentiasa memastikan umat Islam yang berkemampuan membantu umat Islam yang kekurangan.


Kita tak kisah…kalau kita mengata, mengumpat, mengutuk, mencaci, memaki hamun sesiapa sahaja.

Sedangkan Rasulullah tidak pernah mengajar kita bersifat begitu. Sedangkan kita tahu setiap percakapan itu boleh menjadi beban di akhirat nanti.


Kita tak kisah….kalau kita atau anak-anak kita tidak tahu membaca Al Quran, asalkan mereka tahu membaca a b c, boleh berbahasa dengan bahasa asing, pandai menggunakan komputer atau telefon bimbit. Kita tak kisah kalau mereka yang bijak ini tak pandai membaca Al Quran apatah lagi memahaminya.

Sedangkan Rasulullah bersungguh-sungguh menekankan tentang kepentingan belajar dan mempelajari Al Quran. Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya.


Kita tak kisah….ketika memandu, kita tidak menghormati orang lain, tidak mengikut undang-undang, membahayakan nyawa pemandu lain….asalkan kita selamat, kita tak kisah kalau ada orang yang nak marah.

Sedangkan kita tahu bahawa setiap perbuatan kita yang menyusahkan dan membahayakan orang lain dikira sebagai dosa.

Kita tak kisah….adakah pahala kita bertambah atau tidak…adakah dosa kita berkurang atau makin banyak..yang penting, kita sihat, berharta, bahagia bersama keluarga dan kawan-kawan. Kita boleh buat apa sahaja yang kita suka…maka kita tak kisah kalau pahala tak dapat, dosa pulak bertimbun.

Sedangkan dosa dan pahala adalah nilai ‘mata wang’ yang akan digunakan di akhirat, bukan ringgit, dollar, pesos atau harta dan kawan-kawan.


Kita tak kisah…kalau ada pendapat orang lain yang betul …apa yang penting ialah pendapat kita sahaja yang betul…apa orang lain nak kata, itu kita tak peduli, semuanya tak betul....kita tak kisah.

Sedangkan kita diajar bahawa setiap orang itu tidak tahu semua perkara. Mungkin kita tersilap, maka kita perbetulkan kesilapan yang telah lama berlaku.


Kita tak kisah…kalau makin ramai orang yang mengerjakan kemungkaran dan maksiat, kita tak pernah terfikir bagaimana kita ingin mengubah mereka kembali ke jalan yang benar..kita tak kisah..asalkan aku baik., aku tak kisah apa yang berlaku kepada orang lain.

Sedangkan Rasulullah pernah memerintahkan kita mencegah kemungkaran sekadar termampu mengikut keadaan masing-masing.


Kita tak kisah…kalau ada sesiapa yang menjatuhkan agama kita…atau menghina Rasulullah..atau memperlekehkan peraturan Islam, apa yang penting, jangan ada sesiapa yang memperlekehkan atau menghina kita dan keluarga kita.

Sedangkan di dalam Islam, tanda keimanan adalah kita memelihara Islam, Al Quran dan Rasulullah daripada dihina atau diperlekehkan.


Tapi…. adakah kita juga tak kisah apakah balasan Allah SWT yang menanti kita pada hari akhirat nanti? Baik atau buruk…syurga atau neraka…atau….mungkinkah kita akan berkata: ‘Ya Allah, hidupkanlah kami ke dunia kembali agar kami dapat beramal salih’? Semoga Allah SWT menerima amalan kita di dunia ini dan mengampunkan segala kesalahan kita. Amin.


[email protected]



http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=14790


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 11-04-06 01:08


Tapi…. adakah kita juga tak kisah apakah balasan Allah SWT yang menanti kita pada hari akhirat nanti? Baik atau buruk…syurga atau neraka…atau….mungkinkah kita akan berkata: ‘Ya Allah, hidupkanlah kami ke dunia kembali agar kami dapat beramal salih’? Semoga Allah SWT menerima amalan kita di dunia ini dan mengampunkan segala kesalahan kita. Amin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

zilzal
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-04-06 13:14


kalau dah tak kisah,carilah tempat berteduh selain daripada yang Allah jadikan,hirup oksigen selain yang daripada Allah jadikan...cari ruh selain yang daripada Allah jadikan...

p/s:aiman tak keshaa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilzalProfil   Hantar PM kepada zilzal   Quote dan BalasQuote

nurulXzinnirah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.04.2006
Ahli No: 23894
Posting: 25

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-04-06 13:20


ana lagi tak kisahhhh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurulXzinnirahProfil   Hantar PM kepada nurulXzinnirah   Quote dan BalasQuote

warisan_lading
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.02.2006
Ahli No: 22434
Posting: 57
Dari: melaka

Kedah  


posticon Posting pada: 11-04-06 15:03


:roll: :roll: :roll: :roll: :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For warisan_ladingProfil   Hantar PM kepada warisan_lading   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 11-04-06 16:45


Ummimq,saya kagum....rasa macam nak tahu latarbelakang dan biodata

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 14:09


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah = Segala puji bagi Allah. Umi ni orang tua yang ingin melihat anak-anak cemerlang di dunia dan akhirat. Allahumma Ameen!

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - It is not the mountain that we conquer, but ourselves.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085241 saat. Lajunya....