Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada sahabat yang setia melainkan kepentingan yang berpanjangan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 10 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 11 hari yang lalu
nur_tinta: 17 hari yang lalu
kasih_kekasih: 33 hari yang lalu


Kelakar
Topik: Kucing oh Kucing


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kelakar
    »» Kucing oh Kucing

Please Mendaftar To Post


Oleh Kucing oh Kucing

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-04-06 19:33


Hari ini kita berbicara tentang kucing. Kucing digelar kucing, anak-anak kecil yang tidak pandai bercakap menyebut "meow" sebagai mengajuk bunyi kucing yang tipikal. Orang putih kata kucing itu cat. Dan Pak Arab kata Hurairah. Gelarkan apa sahaja asal anda tahu apa yang dimaksudkan kucing itu, seekor haiwan ternakan yang begitu manja. Suka dibelai-belai, rupanya seperti harimau tetapi kecil sedikit.

Cerita 1.

Kucing yang menumpang di luar bilikku sekitar 'mahligai' tempat penginapanku semuanya tiga ekor. Sepasang laki bini dan seekor anak. Jika ada dibuat aktviti makan-makan di mahligaiku, maka mereka mendapat habuan. Jika tidak, mereka juga akan mendapat makanan hasil sisa buangan nasi bungkus yang dibeliku. Ini kucing terdidik. Pandai sahaja diaturnya najis-najis di hujung mangkuk tandas cangkung di sebelah bilik air tempat aku mandi. Inilah akan terjadi jika kucing duduk dan 'berkawan' dengan orang di universiti. Tapi kan lebih elok dan bersopan kucing ini kerana tidak melepas najis di hadapan pintu bilikku atau pejabat am.

Cerita 2.

Beberapa malam lepas. Aku makan di kedai milik seorang pengusaha restoran yang warak. Taukenya berkopiah dan baik hati. Kami gelarkan kedainya dengan nama Restoran Sarang Burung. Hiasan dalaman restoran beliau berkonsepkan sarang burung tempua yang digantung di bahagian tepi. Sedang makan, sahabatku terpandang seekor kucing betina terkurung. Sengaja dikurung oleh tauke tersebut.

Sahabatku bertanya, "apa kesalahannya?"

Tauke itu menjawab, "berkhalwat di khalayak."

Tauke itu menjelaskan lagi perihal kucing betina yang miang itu. Sungguh ghairah mengejar kucing jantan dan bercengkerama di bahagian tengah-tengah restorannya. Selepas puas dengan seekor, dicari pula kucing jantan yang lain. Orang yang makan hanya melihat sahaja. Dek dirinya yang warak, dia pula rasa malu dan jijik dengan karenah kucing betina yang miang itu. Lalu ketika asyik bermesra-mesraan, ditangkapnya kucing betina miang itu dan dikurung dalam sangkar. Tapi terfikir juga, takkan jadi bertambah-tambah kemiangan kucing betina jika kucing jantan buat dek sahaja, tidak melayan nafsu buas kucing betina itu. Kedua-dua ekor kucing yang melakukan kerja itu salah.

Itulah darihal kucing baik dan jahat yang pernah aku jumpa. Anda mahu mencontohi sikap kucing yang mana? Saya pun lihat ada di kalangan kita yang mempunyai sikap-sikap yang baik dan buruk seperti kucing-kucing ini. Cuma yang membezakan kita daripada kucing ialah kita mempunyai akal. Maknanya apabila akal tidak digunakan sebaik mungkin setaraf dengan kemuliaan manusia, jadilah kita lebih hina daripada kucing yang diceritakan dalam cerita 2 di atas!

PS: Saya suka letak di sini kerana orang suka baja posting kelakar. Kononnya dapat rileks minda. Mungkin anda kata saya KELAKAR sebab berjaya mempengaruhi anda membaca cerita kucing ini sampai habis. thank you.

Weblog saya bertarikh 6 Apr 2006. di
http://www.e-komuniti.com/esasterawan/1.asp?uid=69


-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/


Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

nurulXzinnirah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.04.2006
Ahli No: 23894
Posting: 25

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-04-06 20:07


kucing...adalah haiwan yang peling kita suka...jadi...sayangilah haiwan...OK..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurulXzinnirahProfil   Hantar PM kepada nurulXzinnirah   Quote dan BalasQuote

fahim
WARGA SETIA
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun

japan  


posticon Posting pada: 07-04-06 02:41


Janji kita bahagia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fahimProfil   Hantar PM kepada fahim   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-04-06 14:05


kasihan2.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 11-04-06 14:21


dalam cerita kucing kat atas ni, ada maksud tersirat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 11-04-06 16:22


harap jangan lah ada selsema kucing...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-04-06 18:14


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.080462 saat. Lajunya....