Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Agama
Topik: Ikhtilat Lelaki dan Perempuan...


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Ikhtilat Lelaki dan Perempuan...

Please Mendaftar To Post


Oleh Ikhtilat Lelaki dan Perempuan...

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-08-03 16:17


"Ikhtilat merupakan satu masalah yang sering ditimbulkan tanpa ada penghujungnya, secara umumnya ia di ta’rifkan sebagai percampuran antara lelaki dan wanita walaupun mereka adalah bersaudara.

Dalam menjelaskan ikhtilat ulamak menjelaskan bahawa ianya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan ajnabi. Ianya boleh berlaku samada di tempat sunyi atau terbuka yang mana kesannya boleh membuka ruang untuk benih-benih penzinaan bercambah di dalam masyarakat.

Namun pada hari ini ikhtilat tidak dirasakan sebagai punca yang boleh mencacatkan seorang agamawan, ia seolah-oleh sudahpun menjadi satu perkara yang biasa dalam kehidupan seharian, tidak dinafikan hidup berpasang-pasangan merupakan satu fitrah kehidupan yang telah dianugerahkan oleh Allah Taala kepada seluruh alam ini, bukan sahaja kepada manusia bahkan haiwan juga dijadikan secara berpasang-pasangan. Namun begitu ianya dipagari syariat untuk membezakan antara manusia dan haiwan.

Dalam permasalahan ini bukanlah bermaksud lelaki dan wanita itu tidak boleh bercampur antara satu sama lain bahkan ianya hendaklah berlandaskan syariat kerana muamalah di antara kedua-duanya merupakan tuntutan kehidupan.

Suasana dan biah kita di sini juga nampaknya tidak dapat lari daripada ikhtilat di antara ikhwah dan akhawat terutamanya bagi mereka yang bergiat aktif dalam persatuan. Bagaimanakah cara penyelesaian terbaik untuk mengatasinya? Adakah kita perlu menghalang percampuran tersebut seterusnya membubarkan persatuan yang ada kerana ia adalah punca kepada ikhtilat atau bagaimana?. Tidak dinafikan, tugas dalam persatuan menuntut kita untuk berhubung antara satu sama lain, namun begitu batasan syarak wajib dijaga dengan sempurna agar tidak tertewas dengan pujukan syaitan dan runtunan hawa nafsu.

Islam melalui sunnah Rasulullah S.A.W telah menetapkan adab-adab yang baik yang perlu diamalkan oleh lelaki dan wanita ketika berlakunya percampuran antara mereka, antaranya wanita mestilah mempunyai mahram ketika bercakap dengan lelaki ajnabi dan mereka juga hendaklah menjaga batasan aurat sebagaimana firman Allah Taala:



Yang bermaksud : “Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu”.

Wanita juga seharusnya menjaga aurat mereka dengan berhijab iaitu melabuhkan pakaian sehingga melepasi paras dada, tidak berwangi-wangian dan tidak menghiasi pakaian mereka dengan warna-warna yang menarik perhatian lelaki.

Firmah Allah Taala:



Yang bermaksud: “Wahai nabi, suruhlah isteri-ister mu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan perempuan yang beriman supaya mebelabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka, cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal, maka dengan itu mereka tidak di ganggu. Dan ingatlah Allah maha pengampun lagi maha mengasihani”.

Penjagaan dan akhlak-akhlak Islam tidak semestinya diamalkan dan dijaga oleh wanita sahaja bahkan kedua-dua belah pihak seharusnya memainkan peranan untuk merealisasikan biah solehah yang menjadi tuntutan syariat Islam, adalah tidak adil sekiranya bebanan ini diletakkan pada sebelah pihak sahaja. Ini kerana tidak mungkin berlakunya ikhtilat sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang terlibat.

Tambahan pula, keadaan sekarang yang membolehkan ikhtilat berlaku di mana-mana sahaja, tidak cukup di cyber-cyber café dengan berchating sehingga ke dalam rumah, juga perbualan melalui handset dan sms. Perkara sebegini seharusnya diambil berat oleh kita selaku pelajar agama lebih-lebih lagi pelajar Al-Azhar.

Jalan penyelesaian telah jelas di hadapan mata, kerana kita semua adalah orang berakal, jangan mencari helah dan alasan untuk meninggalkan arahan syariat yang telah nyata. Teruskanlah beramal dengan tuntutan tersebut dan juga iringi amalan dengan landasan sebenar dan mengikut biah yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W dan syariat Islam. Wahai sahabat-sahabat, insafilah diri, tepuk dada tanya iman, bukannya tepuk dada tanya selera kerana selera sememangnya sinonim dengan hawa nafsu. Justeru itu, bersamalah kita mengorak langkah mencari kebenaran berlandaskan syariat dan menghidupkan semula tuntutan sunnah bukannya beriringan menuju tuntutan kemodenan dunia yang jauh melencong dari jalan yang benar."

p/s: muhasabah diri ... pergaulan seharian diri sendiri... moga x menyimpang dan melebih batas dan sempadan agama suci...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

khairulmukminah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2007
Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-11-07 21:49


mmm...terasa hina diri ini...moga Allah mengurniakan maghfirahNya kepada kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairulmukminahProfil   Hantar PM kepada khairulmukminah   Pergi ke khairulmukminah's Website   Quote dan BalasQuote

farah_humaira
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.11.2007
Ahli No: 31651
Posting: 55
Dari: kedah

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-11-07 21:58


Pada 11-11-07 21:49 , khairulmukminah posting:

!!! QUOTE !!!

mmm...terasa hina diri ini...moga Allah mengurniakan maghfirahNya kepada kita...


insyaAllah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_humairaProfil   Hantar PM kepada farah_humaira   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-11-07 03:50


ikhtilat...
batasan hubungan...
teringat cerita ustazah tentang palajar2 kipsas zamannya dedolu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

ubai
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.10.2006
Ahli No: 26903
Posting: 35
Dari: Serdang

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-11-07 04:04


ana nak tanya satu soalan, bagaimana cara terbaik untuk jaga hubungan antara dua hati yang menanti hari yang indah? Dengan kata lain, sedang menanti hari perkahwinan. Walaupun kedua-dua belah pihak telah bersetuju, namun hubungan itu tetap belum halal.

Jadi, saya minta kongsi dari sahabat-sahabat kaifiat untuk menjaga hubungan ini. Syukran. :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For ubaiProfil   Hantar PM kepada ubai   Pergi ke ubai's Website   Quote dan BalasQuote

Hibatullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.04.2007
Ahli No: 29793
Posting: 305
Dari: bumi Allah-sumut

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 12-11-07 05:44


Pada 11-11-07 21:58 , farah_humaira posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 11-11-07 21:49 , khairulmukminah posting:

!!! QUOTE !!!

mmm...terasa hina diri ini...moga Allah mengurniakan maghfirahNya kepada kita...


insyaAllah....

amin.........


-----------------
saya percaya tiada yang sia-sia,semua akan ada hikmahnya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For HibatullahProfil   Hantar PM kepada Hibatullah   Quote dan BalasQuote

nafas
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29298
Posting: 355
Dari: kl

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 12-11-07 07:26


Pada 12-11-07 03:50 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

ikhtilat...
batasan hubungan...
teringat cerita ustazah tentang palajar2 kipsas zamannya dedolu...


kongsi lah cerita tu cik ismi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nafasProfil   Hantar PM kepada nafas   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-11-07 13:37


Pada 12-11-07 03:50 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

ikhtilat...
batasan hubungan...
teringat cerita ustazah tentang palajar2 kipsas zamannya dedolu...


hem...banyaknya yang kena jaga dan perbaiki lagi....moga dikurniakan ketabahan dan kekuatan jiwa.... :bimbang:


-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

kahfi8
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2007
Ahli No: 31129
Posting: 517
Dari: Damansara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-11-07 05:51


Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.


Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka.Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.


Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kahfi8Profil   Hantar PM kepada kahfi8   Pergi ke kahfi8's Website   Quote dan BalasQuote

kahfi8
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2007
Ahli No: 31129
Posting: 517
Dari: Damansara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-11-07 05:53


Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah:42)

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka.Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Ankabut:29)

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah Al-Baqarah:216)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kahfi8Profil   Hantar PM kepada kahfi8   Pergi ke kahfi8's Website   Quote dan BalasQuote

kahfi8
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2007
Ahli No: 31129
Posting: 517
Dari: Damansara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-11-07 05:54


renung2kanlah rangkaian2 ayat al-qur'an ini ya.. ana tak reti nak cakap sangat.. tapi ana sokong dengan pembuka topik ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kahfi8Profil   Hantar PM kepada kahfi8   Pergi ke kahfi8's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117984 saat. Lajunya....