Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya.
-- Ilham Pujangga

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 219
Ahli: 0
Jumlah: 219




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Remaja
Topik: Imej pemakaian wanita remaja zaman kini???????


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Remaja
    »» Imej pemakaian wanita remaja zaman kini???????

Please Mendaftar To Post


Oleh Imej pemakaian wanita remaja zaman kini???????

putera_88
Warga Rasmi
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22031
Posting: 16
Dari: Johor Bahru

singapore  


posticon Posting pada: 29-03-06 14:19


Ini penadapat saya lah kan...saya lihat zaman kini remaja wanita yang berpakaian tudng sering sahaja mengikut trend dan fesyen..malahan aurat mereka tetap nampak....walaupun mereka memakai tudung tapi cara pemakaian yang menampak kan bentuk badan mereka....

Adakah golongan tersebut hanya memakai tudung hanya untuk menutup rambut dan bukannya ikhlas memakainnya kerana Allah....????????...

Sebab tu kadang-kadang kita lihat diluar sana ...setiap perbuatan maksiat kebanyakan dilakukan oleh wanita yang bertudung...

Adakah ini bukan mencemarkan imej k sebagai seorang muslimah dalam islam????
:-?



Bookmark and Share

    


  Member Information For putera_88Profil   Hantar PM kepada putera_88   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-03-06 14:24


la.. kan Nabi dah kata PEREMPUAN RAMAI MASUK NERAKA... itu saja jawapan yang tepat.. dah sakit kepala fikir pasal perempuan ini.. pakai macam tu... baik tak sah pakai baju.. sian budak laki.. yang soleh dan nak jaga iman pun tak dapat nak maintain iman..
[ Telah diedit oleh: Ibnu_muaz pada 29-03-06 14:25 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

blueberry_strawberry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.02.2006
Ahli No: 22980
Posting: 119
Dari: bangi

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-03-06 19:07


assalamualaikum
kejahilan, dan hidayah yang tak sampai lagi.harap, lepas ni sama-sama lah kita sampaikan risalah islam. sampaikan dakwah pada muslimat2 macamtu di luar sana. kitalah yang berperananan sebagai daie. sesungguhnya mereka sangat memerlukan kita untuk mengingatkan mereka.ayuh..pemuda pemudi Islam. gerakkan tenagamu! Gerkkan usahamu
wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For blueberry_strawberryProfil   Hantar PM kepada blueberry_strawberry   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 11:05


Assalamualaikum...
Betul kata Ibnu_muaz tu..Susah la lelaki nak jaga pandangan mata dia sebab perempuan adalah kaum majoriti di kebanyakkan tempat. Cuba bayangkan Kalau ramai yang pakai seluar ketat lepas itu pakai baju singkat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 15:14


Pandangan biasa di KLCC: Tudung Hadhari atau tudung Mashitah, pakai kemeja T lengan pendek ketat, pakai seluar jean ketat dan terlondeh mempamerkan sebahagian seluar dalam.

Malaysiaku...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 30-03-06 17:12


macam mana nak atasi masalah tu???nak buat kempen "tutupla aurat anda sebelum anda dikapankan" ke??

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 30-03-06 18:15


bagi saya.hanya HIDAYAH Nya sahaja yang boleh selamatkan kaum saya.............dan pendedahan azabnya balasan Nya..........

sedangkan bapa saudara Nabi Muhamaad pun nabi tak lehh nak masukkan ISLAM...........( ini menunjukkan hanya Allah yang boleh bagi HIDAYAH)...............................apatah lagi kita yang DIGELAR UMAT nabi akhir zamnn..........................

bagi saya semua ni berlaku......kerna Nabi dah kata akhir zaman kaum saya telanjang walau berpakaian......


.........keduanya............jauhnya berita2 dan golongan yang boleh dekatkan kaum saya dengan Pencipta....


..........ketiga, beranggapan kami masih muda untuk mati.....................keempat kurangnya ilmu......................dan ARUS PEMBANGUNAN dan ANASIR LUAR bisa sahaja menghanyutkan kami...yang lemahh nii...................

kelima, ..........tidak merasakan mengikuti ajaran ISLAM dapat 'meletakkan' kaum saya di landasan 'JALAN DUNIA TERKINI'............(bagi saya ia sungguh bodoh)


dan paling penting.................saya dapat merasakan kaum saya tak lagi sempurna 'solat' dan tak mengamalkan ilmu agama yang dipelajari..........(itu terkena kat saya)...............tapi Kalau kita ada kesedaran...dan sedikit sebanyak ilmu kita amalkan...............di samping kita masih mencari ilmuNya...........dan cuba khusyuk dalam solat..................kita akan terpelihara......................................

INGATLAH KAUM KU..........SESUNGGUHNYA AZAB ALLAH ADALAH PEDIH...............dan ingatlah jika selangkah kita dekat padaNya.......sepuluh langkah Dia akan dekat pada kita.............................
[ Telah diedit oleh: budak_melaka pada 30-03-06 18:19 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

nurirshad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23047
Posting: 214
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 21:08


"tidak ada suatu fitnah yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum leleki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita" hadith riwayat Tirmidzi dan ibnu majah

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurirshadProfil   Hantar PM kepada nurirshad   Quote dan BalasQuote

segerak_searah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23281
Posting: 127
Dari: Kem Sg Besi

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 30-03-06 21:11


Baju T-Shirt ketat...
Seluar Jeans ketat...
Tapi Tudung tak ketat..
Hmmmm............

Bookmark and Share

    


  Member Information For segerak_searahProfil   Hantar PM kepada segerak_searah   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 21:57


Pada 30-03-06 21:11 , segerak_searah posting:

!!! QUOTE !!!

Baju T-Shirt ketat...
Seluar Jeans ketat...
Tapi Tudung tak ketat..
Hmmmm............


mungkin mereka bangga dengan berpakaian sedemikian. kononnya mengikut arus dunia fesyen dan mereka tu 'moden'. kalau reemaja perempuan dengan baju ketat dan sendat, terbelah sana, terdedah sini, remaja lelaki pun apa kurangnya. rambut sekali tengok macam duri landak, dua kali tengok macam duri durian. kalau kita perasan, kebanyakan daripada mereka saling berpasangan antara satu sama lain. lebih kurang 'satu citarasa dan satu dunia'.
dan bagi remaja perempuan, betapa mereka berbangga dengan berpakaian sedemikian. tanpa mereka sedari mereka telah meletakkan diri dan maruah mereka pada tempat yang terendah. serendah-rendahnya. namun mereka masih dengan cara dan fesyen sebegitu.


-----------------
Jangan pandang remeh terhadap benda-benda yang remeh.
[ Telah diedit oleh: houri pada 03-04-06 23:13 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

pak_ali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18734
Posting: 256
Dari: Hollywood Records, 500 S. Buena Vista Saints Burbank, Los Angeles, California 91521.....

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 22:03


disana nanti taulah mereka................
tak takut neraka agaknya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For pak_aliProfil   Hantar PM kepada pak_ali   Quote dan BalasQuote

daLL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.04.2005
Ahli No: 15609
Posting: 148
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 23:28


assalamualikum....
hem takut jugak..pakai tudung tapi baju ketat..ada kes tu pulak..memula masuk U pakai tudung..pasti join tarian terpaksa bukak tudung..ingatkan time menari saja..lepas itu meleret pulak sampai pergi kuliah pun dah tak pakai tudung..Nauzubillahimnzalik..moga ditetapkan iman kita yang senipis kulit bawang ni..tengok2 diri kita sama dan adik beradik kita....

Bookmark and Share

    


  Member Information For daLLProfil   Hantar PM kepada daLL   Quote dan BalasQuote

cahaya_imani
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.03.2006
Ahli No: 23668
Posting: 70
Dari: AloQ sTaQ

Kedah  


posticon Posting pada: 30-03-06 23:30


nak tanya sikit.............kalau kita berhadapan dengan kawan2 yang berpakaian macam ini..............kita tak tegur..........tapi kita benci dengan hati......kan ada hadis kata cara nak cegah kemungkaran dan mencegah dengan hati adalah selemah2 iman.........sebab kadang-kadang rasa nak tegur..........tapi apa yang nak dicakpkan tu tak keluar........mungkin sebab tak gamak agaknya..........apa pandangan rakan2??

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_imaniProfil   Hantar PM kepada cahaya_imani   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 31-03-06 03:54


“Wanita itu Indah. Keindahan sebenar akan terpancar apabila arahan Allah ditaati dan laranganNya dijauhi. Sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah”



Bulu kening

Menurut Bukhari “Rasulullah melaknat perempuan yang bercukur: (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)” (Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

Kaki (tumit kaki)

“Dan jangan lah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” (An-Nur :31)

a)menampakkan kaki
b)menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki

Wangian

“Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati sesuatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

Dada

“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka” (An-Nur :31)

Gigi

“Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikir giginya” (Riwayat At-Thabrani)

“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Muka dan Leher

“Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan jangan lah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliyah yang dulu”

a)bersolek (make-up)
b)menurut Maqatil:Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahilliyah.

Muka dan Tangan

“Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasulullah : Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah baligh tidak boleh baginya menampakkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari)

Tangan

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Mata

“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya” (An Nur: 31)

“Jangan sampai pandangan satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan pertama, ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

Mulut (suara)

“Janganlah perempuan-perempuan itu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” (Al-Ahzab:32)

“Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi” (Riwayat Ibn Majah)

Kemaluan

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)”
(An-Nur:31)

“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan maruah dirinya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya” (Riwayat Al Bazzar)

“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Pakaian

“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibnu Majah)

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

a)Berpakaian tipis/jarang
b)Berpakaian ketat/membentuk
c)Berpakaian berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu

“Hai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak perempuan kamu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab:59)

Rambut

“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya”

PEREMPUAN sekarang BANYAK IKUT IMEJ orang YANG MENJADI IDOLA MERE,CNTHNYA ARTIS...tapi jangan LA NAMPAK CANTIK DIDUNIA,tapi DI AKHIRAT,WALLAHUALAM...FIKIR2KAN LAH WAHAI MUSLIMAH SEJATI

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

putera_88
Warga Rasmi
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22031
Posting: 16
Dari: Johor Bahru

singapore  


posticon Posting pada: 01-04-06 18:43


:-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For putera_88Profil   Hantar PM kepada putera_88   Quote dan BalasQuote

nur_islam88
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.01.2006
Ahli No: 22181
Posting: 65
Dari: pasir puteh,kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-04-06 22:45


zaman sekarang ni,memang diakui,remaja berpakaian ikut trend...especiallynya girl la...memang tak dinafikan tu...
tapi,tak salah ikut trend cuma biarlah kena caranya...
bagi saya,saya tak suka ikut trend...bukan bererti saya ni kuno tapi masing2 ada gaya dan personaliti tersendiri...
dalam hadith pun dah jelas,kaum wanita lah sebesar2 fitnah...so?ambil la iktibar...
jauhi fitnah...bagaimana?
senang saja...amal makruf,nahi mungkar...
tepuk dada,tanya iman...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islam88Profil   Hantar PM kepada nur_islam88   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 02-04-06 23:02


sbb2 berlakunye keadaan kat atas:

1- kat shopping2 complex and pasar2 mlm...banyak dijual baju2 perempuan yang tak cukup kain....baju ala2 spegati...jeans ketat and sendat....baju kurung kain terbelah....baju yang singkat yang boleh menampakkan perut and pusat...ini adalah fesyen atau trend baju perempuan zaman sekarang.

2- mak bapak sendiri tak ada rasa berdosa memberi duit atau mebelikan kepada anak perempuan baju2 yang tak cukup kain ini.

3- baju2 itu pulak dipromote oleh artis2 wanita malaysia....promotion tersebut turut disokong oleh majalah2 hiburan and fesyen kat malaysia.

4- promotion tentang fesyen and baju2 tersebut turut dibuat melalui movie2 melayu and dalam drama2 melayu yang ditayangkan dalam tv.

5- tv pulak....huuu...memang sanagt2 main peranan dalam hal ini....segala selebriti2 yang mengacarakan rancangan dalam tv....memang pakai ikut rend zaman sekarang....semua baju mereka pakai....skirt (wanita melayu Islam sendiri yang pakai skirt)....baju spegati....baju kurung sendat...jeans sendat....semua sendatlah.

6- turut menyokong fenomena ini....adalah butik2 kat malaysia yang membawa masuk segala fesyen2 yang mengarut ini...ditambah dengan pereka2 pesyen yang tak ada rasa bersalah atau berdosa memperkenalkan fesyen2 yang tak menutup aurat ini.

7- akhir sekali...seperti biasa....pihak yang jarang2 rakyat persalahkan dalam semua perkara....rakyat dibrain wash bahawa pihak ini memang maksum and tak pernah buat salah...pihak tersebut ialah kerajaan sendiri (betul tak??...berapa ramai rakyat yang tak berani kata kerajaan yang bersalah??....semua penakut nak kata kerajaan bersalah...apa boleh buat....biro tata negara lebih aktif dalam membrain wash rakyat2 malaysia....yang selalu dipersalahkan ialah mak bapak, pembangkang, cikgu2....pemimpin2 kerajaan semua baik2 belaka)

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

mieIKIM
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.04.2006
Ahli No: 23916
Posting: 318
Dari: Anyway UnAvailable

italy   avatar


posticon Posting pada: 03-04-06 00:05


Tanya Malaysia juga.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mieIKIMProfil   Hantar PM kepada mieIKIM   Pergi ke mieIKIM's Website   Quote dan BalasQuote

putera_88
Warga Rasmi
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22031
Posting: 16
Dari: Johor Bahru

singapore  


posticon Posting pada: 03-04-06 22:46


:-? ?????????????? :-?



Bookmark and Share

    


  Member Information For putera_88Profil   Hantar PM kepada putera_88   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-04-06 23:10


Pada 30-03-06 15:14 , Kang posting:

!!! QUOTE !!!

Pandangan biasa di KLCC: Tudung Hadhari atau tudung Mashitah, pakai kemeja T lengan pendek ketat, pakai seluar jean ketat dan terlondeh mempamerkan sebahagian seluar dalam.

Malaysiaku...

saudara Kang tertinggal satu point: tudung Mawi :lol:

saya suka wanita yang pakai tudung labuh especially tudung bulat, berbaju kurung atau jubah dengan kain, berstokin, lengan berbutang atau pakai "maksum", menjaga pandangan ketika di luar...

tapi kalau nak tengok wanita yang jenis macam ni kat KL, seminggu sekali jumpa pun dah kira bernasib baik... :-?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 03-04-06 23:11 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

mieIKIM
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.04.2006
Ahli No: 23916
Posting: 318
Dari: Anyway UnAvailable

italy   avatar


posticon Posting pada: 03-04-06 23:14


ah,ada satu lagi.
tudung felix.:-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For mieIKIMProfil   Hantar PM kepada mieIKIM   Pergi ke mieIKIM's Website   Quote dan BalasQuote

putera_88
Warga Rasmi
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22031
Posting: 16
Dari: Johor Bahru

singapore  


posticon Posting pada: 05-04-06 13:04


:-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For putera_88Profil   Hantar PM kepada putera_88   Quote dan BalasQuote

nurul09
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.03.2006
Ahli No: 23223
Posting: 91
Dari: shah alam

PulauPinang  


posticon Posting pada: 05-04-06 13:19


!!! QUOTE !!!



mungkin mereka bangga dengan berpakaian sedemikian. kononnya mengikut arus dunia fesyen dan mereka tu 'moden'. kalau reemaja perempuan dengan baju ketat dan sendat, terbelah sana, terdedah sini, remaja lelaki pun apa kurangnya. rambut sekali tengok macam duri landak, dua kali tengok macam duri durian. kalau kita perasan, kebanyakan daripada mereka saling berpasangan antara satu sama lain. lebih kurang 'satu citarasa dan satu dunia'.
dan bagi remaja perempuan, betapa mereka berbangga dengan berpakaian sedemikian. tanpa mereka sedari mereka telah meletakkan diri dan maruah mereka pada tempat yang terendah. serendah-rendahnya. namun mereka masih dengan cara dan fesyen sebegitu.



betul apa yang dikatakan oleh sahabat2 sekalian...puncanya dr diri sendiri..kerana dia tuan punya badan.. :lol: ..yang dah dapat fikir yang mana betul yang mana salah..ibubapa pun patut la tegur anaknya..jangan pula fikir..."biar la dah besar"..si suami pun(andai dah berkahwin) patut memimpin isterinya...secara perlahan dan berhikmah la...insyaAllah Kalau ada kesedaran dan hidayah dariNya,akan berubah jugak...

p/s:maaf andai saya salah.. :-)
[ Telah diedit oleh: nurul09 pada 05-04-06 13:20 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul09Profil   Hantar PM kepada nurul09   Quote dan BalasQuote

amira_najihah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.02.2006
Ahli No: 22568
Posting: 107
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-04-06 14:03


erm....
susah nak cakap...
trend, trend la juga. tapi jangan la sampai maruah tergadai...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_najihahProfil   Hantar PM kepada amira_najihah   Quote dan BalasQuote

sharini
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.09.2004
Ahli No: 11466
Posting: 47

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 05-04-06 14:11


m.. pakai bau kurung lagi senang
tak pun jubah seluar
tak lapok dek zaman

baju kurung tu dah berpuluh tahun pakai
tak pernah lagi dengar orang komen tak ikut trend

he..he.......

sebaik2 pakaian seorang wanita itu, yang longgar dan tidak jarang

Bookmark and Share

    


  Member Information For shariniProfil   Hantar PM kepada sharini   Quote dan BalasQuote

sinarshams
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.09.2003
Ahli No: 3491
Posting: 200
Dari: kmns

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-04-06 21:04


bagi ana laa kan..ikut trend tak salah tapi...pandai2laa sesuaikn ikut syariat dan landasan yang ditetapkan....oleh islam...

satu lagi...islam memang suka sesuatu yang indah dan lawa..tapi depends on diri kita sendiri...

memang....ramai yang berpakaian tapi macam tak berpakaian...ana tak tahu laa...kenapa mereka pakai macam itu...bukan pun lawa sangat pun...lagi 'hodoh..ada laa.....macam kena bungkus saja...ketat sangat..satu lagi tak bagus untuk kesihatan......

apa-pun tepuk dada tanya iman..masing2....

p/s:hiasan kaum adam pula bagaimana???

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinarshamsProfil   Hantar PM kepada sinarshams   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 13-04-06 17:58


Kita boleh bawa kuda ke tepi sungai tapi kita tak boleh paksa kuda tu minum air...

Yang penting kita kena ubah hati seseorang tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

sutera_puteh
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.04.2006
Ahli No: 23993
Posting: 61
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 13-04-06 18:17


betul 2...
dalam fmly pun kita tak boleh paksa..
so cakap-cakap baik dan tunjuk teladan yang baik..
insyaallah akan menjadi ikutan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_putehProfil   Hantar PM kepada sutera_puteh   Quote dan BalasQuote

bviolet84
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.09.2005
Ahli No: 19281
Posting: 50
Dari: putrajaya

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-04-06 18:17


hmmm...sebenarnya ramai lagi yang tak faham konsep menutup aurat yang sebenar2nye dalam Islam...even ada yang kejap pakai,kejap bukak macam main2 kan agama pulak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For bviolet84Profil   Hantar PM kepada bviolet84   Quote dan BalasQuote

zilzal
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-04-06 18:18


dah rasa api neraka nanti,taulah nak tutup aurat macam ahli2 ukhwah ni agaknya..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilzalProfil   Hantar PM kepada zilzal   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 13-04-06 18:32


Tuntutan aurat itu sendiri tidak difahami...ramai remaja dan re"tua" antaranya faham bahawa tutup aurat itu budaya melayu!APabila dilagakan budaya melayu dan barat,maka timbul rasa xbersalah walaupun ke jurang mana imejnya dicalar...Tuntutan yang sebenar ialah menutup AURAT dan bukan KULIT...yang sedihnya ada yang tak faham...itu satu,yang free hair idup2 pun satu hal jugak...ada beberapa sebab yang boleh difikir.
            Antaranya pengaruh rakan2...saya beberapa kali menegur mereka2 yang pernah memakai tudung kemudian membukanya kerana ikut member...saya kata,kita sebagai kita dan hanya kita perlu ada keterampilan tersendiri..usah dilihat orang lain itu hebat hanya kerana mereka free hair...kedua,ibu bapa yang tak kontrol betul-betul anak2 mereka...tapi kadang-kadang walaupun ibu bapa tegas terhadap anak,tapi poengaruh rakan amatlah kuat.lebih2 lagi golongan hawa ini....entah,tak faham.....ketiga,pengaruh media cetak dan elektronik...yang ni lagi satu punya cibaii...entah apa rasionalnya mengambarkan yang free hair atau baju ketat itu macho+ayu+menawan+mempersona+etc..etc..pun saya tak tau... sepatutnya media diguna untuk memberi imput pemahaman tentang budaya islam,ajarannya..barulah ngam dengan "negara islam hadhari"...ni tak bila orang tentang islam hadhari marah,sedangkan nama islam itu mereka gunakan untuk mencantikkan kapal usang mereka yang bocor dan tak boleh pakai itu...
         mengeluh dan mengutuk sahaja xkanselesai masalah,so sebagai manifestasi dr keluhan dan kekecewaan kita terhadap mereka,jom pergi dakwah mereka...Allah bagi akal,ruang waktu dan kesempatan...hanya malu(yang tak sepatutnya ada)+takut+malas sahaja yang memisahkan kita dengan kejayaan merubah mereka...andainya mereka xberubah sekalipun,at least kita mencuba....biar gagal dalam mencuba...
wassalam


-----------------
Image Hosted by ImageShack.us


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.126187 saat. Lajunya....