Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-02-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: atbar1981
Hari Ini: 1
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43128

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 32
Ahli: 0
Jumlah: 32




  Yang Masuk Ke Sini
atbar1981: 2 jam, 20 minit yang lalu
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 42 minit yang lalu
z_tornado: 1 hari, 21 jam, 49 minit yang lalu
sarashanee: 8 hari yang lalu
CikIzzah1992: 10 hari yang lalu
Qiamulail: 26 hari yang lalu


Lirik Nasyid
Topik: LiRiK...LiRiK JuGaK....


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lirik Nasyid
    »» LiRiK...LiRiK JuGaK....

Please Mendaftar To Post


Oleh LiRiK...LiRiK JuGaK....

amna_liana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2005
Ahli No: 18062
Posting: 155
Dari: ipoh

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-03-06 22:35


salam semua, lirik tanpa penghayatan tak guna kan....inilah kelebihan lirik2 nasyid dan lirik2 bukan nasyid......lirik perlukan penghayatan, kalau xdihayati ia xmemberi apa-apa makna......

Cubalah hayati bait2 lagu ini, penghayatan dr kisahnya akan saya ungkapkan bersama. Mari kita singkap sejarah Zainab bintun Rasulullah~{!-~}



DEMI CINTA ZAINAB-MESTICA (alil, epul, kelul dan razin)

Di kiri kekufuran di kanannya iman
Di sisi suami di hati seorang ayah
Di antara hukum dan di antara cinta
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya

Bukan mudah menjadi putri Rasulullah
Ketika suamimu masih jahiliyyah




SUAMI DAN AYAH VS KUFUR DAN ISLAM
Apa yang dapat saya ceritakan di sini adalah, semasa mula2 Rasulullah menerima wahyu dari Allah buat pertama kalinya membawa agama Islam di bumi Mekah, Zainab sudahpun mendirikan rumahtangga dengan Abul Asy iaitu sepupu beliau, anak kepada kakak Khadijah (ibu Zainab) yang bernama Halah ibnu Khuwailid. Abul Asy pada ketika itu sedang berdagang di luar Mekah. Zainab merasa ketenangan apabila menganut agama Islam yang dianutinya dan beliau amat tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan itu bersama suaminya. Apabila suaminya pulang, beliau cukup berdukacita apabila suaminya enggan memeluk Islam bersama. Oleh sebab enggan bertengkar, Abul Asy ke Bandar Mekah untuk melihat sendiri apa yang telah berlaku dan bertemu dengan bapa mertuanya iaitu Rasulullah. Namun, Abul Asy masih lagi enggan menerima Islam sebagai agama barunya.



Hijrah kau tertahan
Engkau keseorangan
Memelihara iman
Di tengah kekufuran
Takdir menentukannya suamimu tertawan
Di medan Badar yang sangat menggetirkan
(Zainab kau sungguh tabah dipenuhi kesabaran)




HIJRAH RASULULLAH MENDUKACITAKAN ZAINAB
Di Mekah, ramai penduduk yang tidak menerima malah memusuhi Rasulullah. Selepas Rasul berdukacita disebabkan kematian bapa saudaranya Abu Talib (yang tidak sempat memeluk Islam) dan kemudiannya kematian isterinya Khadijah menyebabkan baginda bertekad untuk berhijrah ke Madinah. Zainab ditinggalkan bersama suaminya. Zainab cukup sedih dengan pemergian bapanya dan adik-beradiknya yang lain. Zainab berasa seperti hilang tempat bergantung. Terasa juga serba salahnya apabila melihat ramai orang Islam yang menyusul berhijrah. Dia masih lagi bersama suaminya yang masih kufur. Perit sekali hati Zainab ketika itu.



2 tahun selepas itu, Abu Sufyan mengumpulkan 1000 tenteranya untuk menyerang orang Islam di Madinah. Suaminya juga turut serta. Sedih dan berdebar kerana memikirkan bapanya di Madinah dan suaminya yang mahu menyerang. Namun, peperangan pertama yang dipanggil Perang Badar memberi kemenangan kepada tentera islam yang hanya 303 orang menewaskan 1000 orang kafir. Abul Asy telah ditawan di dalam perang itu. Lega di hati Zainab kerana bapanya terselamat, tetapi sebak apabila mengetahui suaminya adalah di antara tentera kafir yang menjadi tawanan.



Lalu kau hulurkan kalungan kenangan
Sebagai penebus suami tersayang
Menitis airmata rasul melihatnya
Melihat si khadijah seolah berbicara
Ya, binta Rasulullah




KALUNG ZAINAB DAN AIRMATA RASULULLAH
Lalu, Zainab menghantar seutas kalung pusaka yang pernah diberi oleh ibunya untuk dijadikan penebus suaminya. Terkedu baginda Rasulullah menerimanya, kerana baginda memang kenal dengan kalung pemberian allahyarhamah isterinya kepada Zainab sempena walimahnya dengan Abul Asy.



Tika sampailah waktu dibebaskan suaminya
Namun perintah allah memisahkan keduanya
Bahang panasnya gurun manusuk hingga ke sukma
Zainab mulakan hijrah yang disambut demi cinta
Tika perjalanannya unta dibunuh
Dan berguguran kandungan




HIJRAH ZAINAB DAN WAHYU
Maka, Abul Asy pun dilepaskan dengan disuruh membawa kalung tersebut kepada Zainab semula. Namun, Abul Asy dikehendaki untuk melepaskan Zainab dan membawanya pada Rasulullah ke Madinah. Pada masa itu, baru turun ayat mengharamkan suami isteri berlainan agama tinggal bersama.



Abul Asy menerima arahan tersebut dan mengarahkan adiknya untuk membawa Zainab pulang kepada bapanya di madinah. Beliau sebenarnya tidak tergamak untuk membawa Zainab pulang tetapi oleh kerana sudah berjanji dengan Rasulullah, beliau terpaksa melakukannya jua. Maka, Kinanah (adik Abul Asy) mengiringi Zainab keluar dari Mekah dan Abul Asy berpesan agar dapat menjaganya bagaikan menjaga nyawa Kinanah sendiri. Kebetulan Zainab ketika itu sedang hamil 4 bulan.



Dalam perjalanan, Abu Sufyan telah menghalang perjalanan Zainab sehinggakan unta yang ditunggangi Zainab ditombak. Maka, jatuhlah Zainab sehinggakan gugur kandungannya. Jadi, Zainab terpaksa dibawa semula ke mekah untuk dirawat. Setelah itu, barulah diserahkan kepada Rasulullah melalui Zaid bin Harithah. Kedatangannya disambut dengan kegembiraan sanak saudara dan Rasulullah sendiri. Namun jauh disudut hatinya, beliau masih rindukan Abul Asy.



Zainab kau sungguh tabah dipenuhi kesabaran
Tidak rasa keliru antara dua persimpangan
Antara dua kasih suami dan juga ayah
Juga antara cinta dan taat pada tuhan
Berjaya kau menempuhi segala rintangan
Demi cinta....




BERPISAH DAN BERTEMU KERANA ISLAM
Sehinggalah pada satu ketika, mereka disatukan semula apabila Abul Asy menerima Islam sebagai agama anutannya. Zainab gembira tidak terhingga, kesabaran beliau membuahkan hasil. Namun mereka hanya sempat bersama sebagai suami isteri selama 1 tahun dan dalam 1 tahun itu Zainab dikatakan sering sakit-sakit kesan dari keguguran yang pernah dialaminya dulu. Dan selepas 2 tahun pemergian Zainab, Abul Asy pula menyusul mengikut jejak langkahnya. Begitulah berakhirnya kisah cinta Zainab. Cinta seorang isteri pada suaminya dan juga agamanya. Zainab dan Abul Asy berpisah kerana Islam dan bertemu juga kerana Islam.



Bookmark and Share

    


  Member Information For amna_lianaProfil   Hantar PM kepada amna_liana   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 28-03-06 23:09


entah la....

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

segerak_searah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23281
Posting: 127
Dari: Kem Sg Besi

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 28-03-06 23:50


Kesal lagu nasyid sekarang banyak yang menjurus kepada cinta duniawi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For segerak_searahProfil   Hantar PM kepada segerak_searah   Quote dan BalasQuote

segerak_searah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23281
Posting: 127
Dari: Kem Sg Besi

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 28-03-06 23:50


Lebih minat kumpulan seperti Rabbani, Raihan dan Hijjaz kerana banyak mesej bermakna diselitkan dalam lagu mereka.


-----------------
"Bersamalah kita meneruskan perjuangan
membasmi ilmu tahyul dan khurafat dalam alam persilatan"
[ Telah diedit oleh: segerak_searah pada 28-03-06 23:52 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For segerak_searahProfil   Hantar PM kepada segerak_searah   Quote dan BalasQuote

segerak_searah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23281
Posting: 127
Dari: Kem Sg Besi

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 28-03-06 23:50


UNIC? kurang sikit..hehehe


-----------------
"Bersamalah kita meneruskan perjuangan
membasmi ilmu tahyul dan khurafat dalam alam persilatan"
[ Telah diedit oleh: segerak_searah pada 28-03-06 23:54 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For segerak_searahProfil   Hantar PM kepada segerak_searah   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-03-06 23:54


banyak ana belajar dari lagu ni,
antaranya sejarah yang ana tak berapa tahu sbelom ni,
iaitu kisah suka duka cinta puteri Rasulullah bernama Zainab,

yang tersepit antara cinta dan agama...
antara emosi dan aqidah...
suami dan ayah...

Allah menunjukkan jalan kepadanya,
menguji cinta mereka....
akhirnya cinta mereka ini tetap bertaut teguh kerana Islam,
agama yang suci.

jelaslah tiada bahgia tanpa sinaran Iman ....
dengan Iman hidup sempurna tanpa resah di jiwa...

iman di dada men"taqarrub"kan , mendekatkan kita pada Allah,
Allah tautkan hati sesama insan dengan cinta, atas kedhaanNya.

Alhamdulillah,
Maha Sempurna perancanganMu YaAllah,
telah Kau tunjukkan teladan melalui kisah puteri Rasulullah,
agar kami di zaman ini mengambil iktibar...
InsyaAllah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

amna_liana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2005
Ahli No: 18062
Posting: 155
Dari: ipoh

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-04-06 22:52


sebab tu nasyid tak sama dengan lagu2 lain...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amna_lianaProfil   Hantar PM kepada amna_liana   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 01-04-06 23:18


Hijjaz : aduhai puteriku sayang

aduhai puteriku sayang
puteriku sayang

lembutmu tak bererti
kau mudah dijual beli
kau mampu menyaingi, lelaki dalam berbakti
lembut bukan hiasan
bukan jua kebanggaan
tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
disebalik tabir dirimu
disebalik bersih wajahmu
ada rahsia agung yang tersembunyi dalam diri
itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
berpegang pada janji mengabdikan diri

malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
tiada siapa yang akan boleh merampasnya
melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
wahai puteriku sayang, kau bunga terpelihara
mahligai syurga itulah tempatnya

aduhai puteriku sayang
kau bunga kebanggaan
aduhai puteriku sayang
kau bunga idaman

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-04-06 18:24


bagus huraian tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 18-08-06 17:02


rasanya saudari amna liyana boleh bukak kelas penghayan lirik lagu ni...memang patut ada penghayatan bila nyanyi..nyanyi bukan sekadar nyanyi..tak ada sesaja2...bagus lah syarah tu...nway..teruskan lah yang lain plka...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

umaira_sutera
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25832
Posting: 62
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-08-06 10:28


ana memang meminati nasyid tapi banyak juga lirik nasyid sekarang yang dah melencong dari sasaran..bukan setakat lirik ,iramanya juga dah tak mengikut lunas-lunas islam.
bagi ana raihan tetap unggul sebagai sebuah kumpulan nasyid yang benar-benar menghibur mengikut cara yang disyariatkan dalam islam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For umaira_suteraProfil   Hantar PM kepada umaira_sutera   Quote dan BalasQuote

wihdatul_asrar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.02.2006
Ahli No: 22976
Posting: 121
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-08-06 10:44


banyak saya belajar dr lirik lagu ni.. tak pernah tau pun sejarah puteri rasullah sebelum ini... syukran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wihdatul_asrarProfil   Hantar PM kepada wihdatul_asrar   Quote dan BalasQuote

hairiey
Warga Rasmi
Menyertai: 07.08.2006
Ahli No: 25683
Posting: 12
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-08-06 12:16


bagus huraian ni..tapi..kebanyakan lagi sekarang
lebih menjurus kepada cinta duniawi
saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hairieyProfil   Hantar PM kepada hairiey   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107353 saat. Lajunya....