Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
More care, less hate
-- Dari Filem Reading Room

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 192
Ahli: 0
Jumlah: 192




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 59 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Penghulu Wanita


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Penghulu Wanita

Please Mendaftar To Post


Oleh Penghulu Wanita

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 04-08-03 00:05


Menelusuri Keperibadian Fatimah Az-Zahra
(Artikel ini dihasilkan sempena sambutan ulangtahun kesyahidan Fatimah Az- Zahra - pada 2 Ogos 2003)

Hari ini adalah hari kesyahidan wanita termulia dan agung iaitu Fatimah Az Zahra. Dialah wanita yang terhindar dari segala noda dan dosa. Dia membawa pesan-pesan luhur, nilai-nilai cinta, belas kasih, dan kedermawan. Hatinya berdetik hanya demi kebahagian dan kesejahteraan umat manusia.

Lahirnya Fatimah Az Zahra adalah berkat dan rahmat Ilahi. Kerana wujudnya yang agung dan mulia telah mengakhiri mitos tentang rendahnya martabat kaum wanita, dan sebaliknya mengangkat darjat kaum hawa.

Fatimah adalah puteri tercinta Baginda Nabi Muhammad SAW. Kalau Rasulullah SAW adalah lelaki yang mulia, maka Fatimah adalah wanita yang paling mulia. Dialah yang mendapat gelar Sayyidati Nisa’il Alamin, penghulu wanita semesta alam. Senyum Fatimah adalah senyum yang menghilangkan duka lara Rasul. Pengabdian Fatimah adalah pengabdian untuk Rasul. Fatimah adalah Ummu Abiha, ibu dari ayahnya, demikian kata-kata suci Rasul menyebut Fatimah dengan penuh rasa bangga.

Fatimah adalah pewaris seluruh keutamaan ayahnya. Bersama semua Ahlul Bait atau keluarga suci Rasul, Fatimah Az Zahra dijauhkan dari segala noda dan dosa. Keagungan Fatimah dan semua Ahlul Bait Rasul diabadikan dalam ayat At Tathir dalam Al Quran pada surah Al Ahzab ayat 33 yang ertinya:

“Sesungguhnya Allah berkehendak menghilangkan dosa dari kalian, hai Ahlul bait, dan mensucikan kamu sesuci-sucinya.”

Kelahiran Fatimah adalah anugerah dan nikmat Ilahi kepada Rasul sehingga Allah menyeru Rasul supaya mensyukurinya, sebagaimana yang tertera dalam firman Ilahi yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak, maka dirikanlah solat demi Tuhanmu, dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang mencela kamu, dialah yang terputus (keturunannya).”

Adalah kebanggan tersendiri bagi wanita muslim supaya dapat mengikuti jejak langkah Fatimah yang sempurna dalam ketaqwaan, akhlak, dan ilmu. Di mata Imam Khomeini, Fatimah adalah mukjizat dalam sejarah manusia dan merupakan kebanggaan bagi alam semesta. Puteri Rasul adalah wanita mulia yang hidup secara sederhana. Beliau tinggal di sebuah rumah kecil, tempat dia mendidik tunas-tunas insan kamil yang menampung pancaran cahaya Fatimah, cahaya yang menerangi segala wujud, dari butir-butir pasir sahara hingga bintang-bintang di langit dan alam malaikat. Rumah Fatimah adalah tempatnya singgahnya pancaran cahaya Ilahi serta tempat tumbuh dan besarnya manusia-manusia pilihan.

Untuk memahami kebesaran peribadi Fatimah, tentu kita harus terlebih dahulu mengenali ciri-ciri kebesaran peribadi wanita dalam Islam. Islam menyebut lelaki dan wanita sebagai makhluk yang saling melengkapi. Perbezaan jantina tidak ada hubungannya dengan martabat manusia, kerana kemuliaan manusia hanya terletak pada amal perbuatannya. Hanya ketaqwaan yang mampu mengangkat darjat seseorang dari yang lain. Dengan demikian, tak ubahnya dengan lelaki, wanita juga mempunyai tanggungjawab bagi menggapai ketinggian iman dan berada di sisi Tuhannya. Dan wanita yang mampu menunaikan tanggungjawab ini dipandang Islam sebagai wanita yang mulia daripada lelaki yang kurang mampu menunaikan tanggungjawabnya, apalagi lelaki yang tidak mampu menunaikannya.

Rahbar atau Pemimpin Rohani Republik Islam Iran Ayatullah Sayyid Ali Khamenei menuturkan, “Berbagai masalah yang ada sekarang ini mesti diselesaikan dengan cara-cara bijaksana dan Islamik. Wahyu tidak hanya menyajikan nasihat, tetapi juga menampilkan teladan yang salah satunya ialah Fatimah Azzahra. Fatimah adalah peribadi besar dan istimewa termasuk dalam bidang politik, sosial, dan jihad. Seluruh wanita dunia dapat mengambil iktibar darinya. Kehidupannya adalah samudera yang diwarnai dengan perjuangan, kerja keras, dan yang terpenting ialah syahadah.

Kepada Salman Al Farisi, Rasulullah SAW pernah bercerita tentang darjat iman dan kearifan yang dicapai Fatimah. Beliau bersabda, “Hai Salman, ketahuilah bahawa Allah SWT telah memenuhi kalbu dan seluruh jiwa dan raga puteriku dengan keimanan.”

Sebagai pendamping hidup Syaidina Ali r.a, Fatimah juga tampil sebagai isteri yang ideal dan menjadi suri rumah yang penuh tanggungjawab serta wanita yang juga aktif di di dalam menangani pelbagai gejala sosial. Sedemikian besar peribadi Fatimah sehingga tokoh Islam dan insan sehebat Syaidina Ali merasa tenang dan damai di sisinya. “Saat aku melihat Fatimah.” Kata Syaidina Ali, “hilanglah seluruh duka dan laraku.”

Sementara itu, berkenaan dengan keharusan tokoh besar wanita ini dijadikan sebagai teladan, Pemimpin Rohani Republik Islam Iran Ayatullah Sayyid Ali Khamenei mengatakan: “Anda yang berkerja di luar rumah, baik anda sebagai doktor, pensyarah di institusi pengajian tinggi, atau ahli-ahli akademik lainnya yang pada tempatnya tentu relevan, namun harus memberikan keutamaannya di dalam rumah. Masalah keibuan, status sebagai isteri di dalam rumah tangga, semuanya merupakan hal amat fundamental dan penting. Namun, anda bukanlah wanita yang sempurna jika anda tidak dapat menangani urusan di dalam rumah. Rasa kasih sayang dalam rumah tangga memerlukan satu pengerak utama dan itu ialah wanita yang menjadi ibu kepada rumah tangga. Tanpa kehadiran wanita atau ibu rumah tangga, maka rumah tangga akan kering tanpa makna.” Hilang serinya.


-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

Maryam
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 520
Posting: 552
Dari: KENMS, IIUG

usa  


posticon Posting pada: 05-08-03 00:29


Ada 4 the greatest women in Islam, Asiah Muzahim isteri Fir'aun, Maryam puteri 'Imran, Khadijah dan Fatimah...

contohilah mereka...

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For MaryamProfil   Hantar PM kepada Maryam   Pergi ke Maryam's Website   Quote dan BalasQuote

PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia

australia  


posticon Posting pada: 28-09-03 21:46


wanita adalah segalanya. tanpa wanita kaum adam tak boleh hidup. wanita mampu lakukan apa saja. wanita mampu melembutkan sesuatu yang keras seperti hati.

Bookmark and Share

    


  Member Information For PUTERI_FUZAProfil   Hantar PM kepada PUTERI_FUZA   Quote dan BalasQuote

kamal_82
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.08.2003
Ahli No: 3201
Posting: 462
Dari: KUALA LUMPUR

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-09-03 22:53


kaum wanita ni begitu penting sbb mereka lah org yang berada dibelakan lelaki
emmmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamal_82Profil   Hantar PM kepada kamal_82   Pergi ke kamal_82's Website   Quote dan BalasQuote

jilul_QURAN
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 112
Posting: 213
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-10-03 16:04


IMG]http://www.rabbani.com.my/img/dur_banner2.jpg[/IMG]

wanita adalah sayap kiri bagi lelaki.Tanpanya sapelah lelaki.

Bookmark and Share

    


  Member Information For jilul_QURANProfil   Hantar PM kepada jilul_QURAN   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.273559 saat. Lajunya....