Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang berada di puncak gunung itu tidak diletakkan di situ, sebaliknya mendaki dari bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 187
Ahli: 0
Jumlah: 187




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: ---Seredup Kasihmu---


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» ---Seredup Kasihmu---

Please Mendaftar To Post


Oleh ---Seredup Kasihmu---

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-03-06 19:19


1
*****************

    Aku memandang Faris, wajahnya yang muram membuatkan hatiku tertanya-tanya apa yang terjadi padanya. Satu dengusan kuat dari Faris membuatkan aku tersentak. Aku memandangnya lagi, dia seolah-olah hanyut dengan dunianya sendiri.
“Eh, Faris. Apa kena dengan kau ni? Ada masalah ke?” Aku cuba memancing dia dari lamunan. Dia masih membisu menjadikan aku pelik melihat dia berkeadaan begitu. Apa kena dengan mamat ni, dengus aku.
“Bosanla kau ni. Aku ada kat sebelah pun kau tak nak cakap. Apa kau ingat aku ni tunggul ke, hah?” bebel aku padanya, namun dia masih menyepikan diri di sudut dunianya sendiri.

Nasi goreng di hadapan Faris masih lagi bersisa. Jus orennya juga masih lagi tinggal separuh. Aku makin bingung dengan gelagat Faris. Apa yang di fikirkannya aku pun tidak tahu. Hampir lapan tahun aku berkawan dengan dia tak pernah aku lihat dia sebegini. Apa yang mengganggu fikiran dia ni. Aku pula yang berserabut otak memikirkan pasalnya.
“Allo kawan, kau nak makan ke tak ni? Time lunch dah nak over, kau nak kelaparan ke nanti?” Aku melambai-lambaikan tangan dihadapan mukanya. Dia terkesima seperti baru terjaga dari mimpi yang panjang.
“Erkk….” Faris memandang aku dengan wajah berkerut.
“Apa kena kau ni?” dia menggelengkan kepala. Aku tahu dia cuba berahsia dengan aku. Selama ini dia tak pernah berahsia. Segala masalah seboleh-bolehnya dia akan beritahuku juga akhirnya. Biarlah, mungkin satu hari nanti Faris akan memberitahu aku.
“Jomlah balik office.” Faris terus bangun tanpa menunggu aku. Lantas aku terus mengekori Faris dari belakang.

“Ris…” sapaku lembut. Faris terus memandu kereta melalui jalan raya dengan tenang. Nasib baik juga hari ini kereta tidak banyak.
“Apa dia?” Faris mengerling ke arahku.
“Aku tanya kau ni.”
“Urmm…tanya apa.” Faris memandu tenang.
“Kau tak apa-apa ke?”
“Huh..? Itu saja ke yang kau nak tanya?”
“Yela. Aku tengok kau lain macam saja tadi. Saja aku tanya kau.”
“ Sayang jugak kau kat aku ye…” gelak Faris dengan senyuman terukir di bibir.
“ Eeee….apa la kau ni. Sayang pula…mana ada aku sayang kat kau…uweekk.” Aku berseloroh. Lain yang aku tanya lain pula yang dijawabnya dan makin galak pula dia ketawa. Lega hatiku melihat dia berkeadaan begitu.
“Aku sayang kat kau..” katanya sebaik sahaja gelak tawanya reda.
“Eleh….kalau kau sayang aku pun tak hairanlah. Dah penat aku dengar kau kata kau sayang kat aku….eee..geli aku…” Faris makin galak ketawa dengan lawakku yang tak seberapa.
“Kau ni… kau buat macam tu makin aku sayang….” Usik Faris lagi.
“Sudah-sudah…karang aku tarik telinga baru tau….”
“Yela cik Nurul…” Aku tersengih memandangnya.
“Eee…geli aku la. Kan aku dah cakap jangan panggil aku cik.”
“Ala, sekali sekala takkan tak boleh?”
“Nak kena lempang tak?” geram aku dibuatnya.
“Apa la Nurul ni, kasar macam budak laki…karang aku tak sayang kau baru tau. ”
“Eee….” Aku terus mencubit lengan bajunya.


Aku memang menyenangi Faris. Kami sama-sama menuntut di asrama penuh satu ketika dulu. Faris lebih tua dari aku setahun. Tetapi aku dengan Faris memang akrab. Faris lelaki yang berjaya mencuit hatiku di zaman remajaku. Entah macam mana Faris boleh menjerat hatiku sedangkan aku bersifat agak kasar ala-ala tomboy. Namun aku tidak lekas hanyut dalam dunia remaja. Aku menganggap Faris sebagai teman rapat, yang banyak membantu aku dalam pelajaran dan masalah yang aku hadapi. Boleh dikatakan Farislah menjadi pendorong semangat aku untuk terus belajar. Pernah juga Faris menasihati aku supaya berubah, namun aku masih dengan cara aku. Jiwaku sudah sebati dengan hidup sebagai gadis tomboy. Aku tidak tahu bila aku akan berubah.

Aku tahu sejak dulu lagi Faris menyimpan hatinya padaku. Pernah juga berkali-kali Faris meluahkan perasaannya namun aku mengambil tidak kisah dan menganggap semua itu hanya mainan. Aku tidak ambil kisah sangat dengan perasaannya. Mujurlah Faris seorang yang berfikiran terbuka, dia tidak pernah memaksa aku. Sehingga kini aku dan Faris masih lagi berkawan malah lebih akrab. Walaupun Faris adalah majikanku sendiri, kami tetap berkawan. Pangkat dan darjat tidak akan dapat memisahkan aku dan dia. Tanpa Faris siapalah aku. Walaupun kadang-kadang hati ini terusik dengan sikapnya yang sering mengambil berat akanku, namun ku tepis semua itu kerana aku tahu perbezaan antara kami berdua. Terimbau semula kenangan aku dengan Faris dimana dia meminta aku memohon menjawat satu jawatan di syarikat Astero Enterprise.

“Erm…Nurul Huda binti Mohd Abidin.” Sebaik sahaja aku duduk dikerusi di hadapan meja pengurus syarikat tersebut, suara garau kedengaran di sebalik fail yang telah aku berikan kepada setiausahanya sebelum itu. Wajahnya terlindung dengan fail yang ditatapnya.
“Ye tuan.” Gementar suara kurasakan, tersekat-sekat di celah kerongkong. Aku mengamati sekitar bilik itu seketika.
“Awak tahukan polisi-polisi dan peraturan-peraturan di syarikat ni?”
“Tahu tuan.”
“Bagus. Ingat, pakaian formal syarikat ini ialah baju kurung, baju kebangsaan sahaja. Baju lain tidak dibenarkan. Faham? Jika tidak tindakan keras akan diambil.” tegasnya.
“Ermm..faham tuan.”
Susahlah macam ni, terpaksala aku minta mak jahitkan nanti, bisik hatiku.
“Siapa suruh cik Nurul datang interview jawatan ni?” berderau darahku bila mendengar suara garau itu bertanya lagi. Tegas sekali pertanyaannya. Fail ditangannya masih di teliti. Aku cuba juga menjenguk siapakah gerangan milik suara itu. Macam pernah dengar suara ni, tapi kat mana ye..gumam hatiku.
“ Kenapa tak jawab soalan saya?” sergah suara itu membuatkan aku terkejut.
“urmm…kawan saya tuan. Dia yang suruh saya datang.” Terang aku dengan terketar-ketar.
“Lelaki atau perempuan?”
“Err…lelaki, tuan.” Aku agak pelik dengan soalan yang diutarakannya.
“Ermm, kekasih?” Agak lama barulah dia bersuara semula.
“Hah..apa pulak kekasih, kawan la tuan.” Tercengang aku seketika. Nada suaraku mula berubah.
“Betul ke?”
“Yelah..” Bahang amarahku semakin terasa. Aku mula tidak sedap hati dengan pertanyaannya.
“Ermm…Kalau saya jadi kekasih awak, boleh cik Nurul?” Aku makin tak keruan. Terasa suasana dalam bilik itu panas walaupun aircond terpasang. Tangan ku kepal-kepalkan tanda sedia untuk bertindak jika berlaku apa-apa diluar dugaan.
“Diam tandanya setuju la ye…”
Aku terus diam. Hatiku semakin mendidih. Lantas aku bangun bertindak mengambil fail di tangannya. Dia terkejut.
“Hah…” Terkejut aku bukan kepalang. Rupa-rupanya Faris. Tersengih dia macam kerang busuk di situ.
“Kan manis pakai baju kurung…hehe” Senyuman terukir dibibirnya. Naik angin satu badan aku dibuatnya hari itu. Terus aku membebel di depannya dan berkali-kali juga dia memujuk aku.


    Aku tersenyum bila terkenangkan peristiwa setahun yang lalu. Cepat betul masa berlalu.
“lah, apa hal kau sengih seorang-seorang macam orang….” Belum sempat Faris menghabiskan ayatnya, dengan pantas aku menghempukkan akhbar yang berada di ribaku ke bahunya.
“Macam apa? Ha…jangan nak cakap yang bukan-bukan…” Sekali lagi aku menepuk bahunya dengan akhbar sebelum dia masuk memarkirkan keretanya di perkarangan pejabat,
“Ala…gurau saja la..tula siapa suruh sengih seorang-seorang. Lain kali ajak la aku sama.”
“Nak sengih ye, ha sengih la. Aku nak tengok kau sengih sekarang.” Sebaik aku habis bercakap Faris tersengih menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi. Nak tergelak juga aku dibuatnya. Inilah Faris, suka menyakat dan mengusik aku sejak dulu lagi.
“Dah dah, pergi sambung kerja. Office time sekarang ni.” Ujarku meredakan keadaan. Macam aku pulak majikannya.
“Baik Puan.” Akhirnya sekali lagi aku tergelak di situ jugak melihat tabikan darinya.


-----------------
"Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah SWT"


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-03-06 20:35


mesti panjang cita ni kan nurlynn..
tapi tak pa..ana akan jadi pembaca setia..ok


-----------------
..~ukhwah~..ibarat sebuah rumah,tak perlu cantik,tak perlu mewah,yang penting kita bahagia di dalamnya..friends 4eva..


Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-03-06 21:08


Ermm..finas pandai mengagak..:)
terima kasih kerana sudi jadi pembaca setia..:)
nanti saya akan post sambungannya..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 17:42


2
*****************


    Sejak beberapa hari ini, Faris kelihatan berbeza sekali tidak ceria seperti dulu. Bila Faris bersamaku, seakan-akan fikirannya melayang entah kemana. Lain yang aku soal, lain pula yang dia jawab. Sudah berkali-kali aku bertanyakan masalah Faris, tapi dia hanya membisu. Aku semakin bingung. Biarkanlah dia, lambat laun aku juga tempat dia mengadu nanti.

Aku mengiringkan badanku menghadap dinding di atas perbaringan. Jiwaku gelisah, tidak lagi setenang dahulu. Kenapa dengan Faris, itu yang bermain di benakku. Puas ku mengiring kekanan. Aku mengiring pula ke kiri. Faris, dia juga yang aku ingat. Makin aku berfikir pasal dia, makin rindu aku dibuatnya. Hatiku akui, memang aku menyayanginya. Aku tersenyum sendirian bila kenangan silam berputar ligat di ingatan. Hurm, Mohd Faris Iskandar. Aku tidak sesuai untukmu, gumamku dalam nada kesayuan.

    Aku menatap kertas-kertas di atas meja, nampaknya tender ini belum ditanda tangan oleh Faris, padahal aku sudah kepilkan tender itu dengan minit mesyuarat yang lalu. Terus aku bergegas ke bilik Faris dengan membawa tender dari Mimus Coorperation.
“Masuk.” Sebaik mendengar arahan dari Faris. Aku terus memulas tombol pintu.
“Tuan, tender ni perlukan tandatangan tuan.” Begitulah komunikasi antara aku dengan Faris bila berada dalam suasana pejabat. Dia begitu tegas dengan pekerja-pekerjanya namun di sebalik ketegasan yang di pamer, kemesraannya masih terserlah.
“Tender yang mana?” Faris masih lagi meneliti beberapa surat dengan kusyuk.
“Tender dari Mimus Coorperation, tuan.”
“Hurm..” Faris memandang aku. Mata kami bertembung. Aku hanya tersenyum.
“Nurul…” nadanya lembut menyebut namaku. Dari matanya aku tahu fikirannya sarat dengan masalah. Mungkin masalah syarikat mungkin juga masalah peribadi.
“Ya tuan.” Aku mengangkat kening kanan. Dia kembali menundukkan kepala seraya menandatangi tender tersebut.
“Ermm…ok, dah tandatangan.” Aku mengambil tender tersebut.
“Terima kasih tuan.”
“Nurul..” Aku melepaskan tombol pintu, lalu berpusing ke arahnya.
“Ya tuan, ada apa-apa lagi tuan?” Faris hanya membisu kemudian menggelengkan kepala. Kebingungan aku dibuatnya. Lantas aku kembali ke tempat dudukku.
    
Petang itu selesai menyusun kertas-kertas dan fail di atas rak dan meja, Kak Ida datang ke mejaku.
“Erm, Nurul.” Sapa Kak Ida.
“Kak Ida, ada apa kak? Kak nak balik sama dengan Nurul ke?”
“Bukan..”
“Habis tu?”
“Saja-saja saja..” kata Kak Ida sambil tersengih sambil memerhatikan aku mengemas fail-fail. Mesti ada apa-apa ni, bisik hatiku. Bukan aku tidak tahu, Kak Ida ada menaruh hati pada Faris. Selalu sahaja dia bertanya pasal Faris dengan aku, sebab sejak aku mula-mula berkerja di sini Faris memperkenalkan aku ini teman karibnya waktu sekolah dulu pada pekerja-pekerjanya. Nasib baik mereka dapat menerima aku dengan baik. Sejak aku berkerja di sini pun mujurlah tidak ada pula gosip-gosip liar yang di bawa oleh pekerja-pekerja di sini tentang aku dengan Faris.
“Ni mesti ada apa-apa ni..” bisikku dekat telinga Kak Ida.
“Mesti pasal Encik Faris, kan?” dugaku lagi.
“Mana Nurul tau?”
“Ha, kan dah kata. Mesti pasal Encik Faris punya.” Lantang suara ku sehingga jari telunjuk Kak Ida mengenai bibirku.
“Opss, hehe..” Walau hati bergolak dengan perasaan, namun aku tetap bersahaja.
“Apa ni kak? Ha, Kenapa dengan Encik Faris? Nak tau pasal apa?” bertubi-tubi aku lontarkan soalan pada Kak Ida.
“Ala, Nurul takkan tak tau?”
“Tau apa?”
“Yela, tengok dia sekarang ni lain macam saja. Kenapa dengan dia?” aku hanya mengangkat bahu tanda aku tidak tahu.
“Takkan Nurul tak tahu?”
“Eh, cik kak. Ingat Nurul ni bodyguard dia ke?” aku mencebikkan bibirku.
“Hehe, jangan la marah. Akak tanya saja. Kalau Nurul tak tahu tak apa la.” Kak Ida terus berlalu. Kadang-kadang aku pun bosan dengan Kak Ida. Kalau dia beria-ria hendak pulang bersama aku pasti ada udang disebalik batu. Pastinya Faris yang menjadi perbualan utama. Boring betul. Kadang-kadang hatiku ini cemburu bila Kak Ida mengambil perhatian pada Faris. Faris tahu Kak Ida ada perasaan dengannya. Dia yang bercerita dengan aku semua al kisah pejabatnya. Boleh dikatakan semua fiil pekerja-pekerjanya aku tahu. Itulah Faris, segala benda dia berkongsi cerita dengan aku. Yang menjadi tanda tanya aku sekarang Kenapa dia berubah laku. Itu yang membuatkan hatiku pelik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 17:44


3
*****************


“Nurul, jumpa saya.” Suara Faris di interkom pagi itu mengejutkan aku yang ketika itu sedang asyik meneliti kandungan temujanji antara Astero Enterprise dengan Mimus Coorperation.
“Baik tuan.” Sambutku.
Sebaik pintu dikuak. Aku lihat Faris sedang menghadap jendela membelakangi aku, mungkin memerhati bangunan-bangunan yang gah berdiri di luar sana.
“Tuan.” Sapaku. Faris membisu seakan mengelamun.
“Tuan.” Sapaku sekali lagi dengan kuat. Faris tersentak. Seketika dia memandang ku dengan wajah yang kusut, seolah-olah memikirkan masalah yang terlalu berat.
“Nurul. Aku mahu minta tolong kau.” Suaranya seperti tersekat di kerongkong. Aku mengangkat kening tanda kurang memahami.
“Please Nurul. Aku berharap sangat agar kau sudi tolong aku.” Pintanya lagi. Dahi ku kerutkan.
“Kau Kenapa? Masalah apa yang kau hadapi ni?” tiada lagi komunikasi formal antara aku dengan dia.
“Boleh ke tidak ni kau tolong aku?”
“Macam mana aku nak tolong kalau kau tak bagitahu apa masalah kau.”
“Hurm…” keluhnya.
“Cakap saja lah, apa dia. Jangan la kau diam saja. Eee, kau ni Faris..” Mulalah aku membebel bila dia hanya menyepikan diri.
“Aku cakap kau jangan gelak pulak.”
“Yela. Aku tak gelak.”
“Aku nak kau berlakon jadi awek aku.” Terpana aku dengan permintaannya. Tiba-tiba terasa geli hatiku, walau pun di sudut hatiku rasa debaran. Akhirnya aku tergelak terbahak-bahak.
“Hoi minah, kan aku dah kata jangan gelak.”
“Geli tali perut aku, kau tau tak…hahaahahaha….”
“Ish, kau ni. Perlahan la sikit. Nanti yang lain dengar pulak..”
“Hahaha….yela…”Aku mengawal ketawaku supaya tidak di dengari pekerja-pekerja di luar bilik Faris. Memang sakit perut aku dibuat Faris. Ada ke minta tolong aku berlakon jadi awek dia. Lawak betul.
“Apa hal kau suruh aku berlakon jadi awek kau ni?” tanyaku bila keadaan reda.
“Adalah, nanti aku cerita.”



    Malam itu selepas Isyak Faris datang menjemput aku di rumah untuk makan malam. Sebenarnya berkali-kali aku tolak jemputannya, namun termakan juga aku pujukannya. Aku mengenakan jeans dan tshirt. Rambutku biarkan terurai. Sedikit bedak ku sapukan ke muka. Tiba-tiba telefonku berbunyi. Mesej, bisik hatiku. Mesti Faris sudah sampai.

Aku kat depan pagar rumah kau. Cepat sikit, lambat aku tinggal, padan muka!
-Faris

Eh, mamat ni. Aku tak pergi baru dia tau, bebel aku sendirian.
“Nurul, pakwe kau dah sampai tu.” Laung Anis di ruang tamu. Anis kawan serumahku. Dia menyewa bersama aku di rumah pangsa sekitar ibu kota tetapi bekerja di syarikat lain.
“Aku tau la.” Bergegas aku keluar bilik menuju ke ruang tamu.
“Nis, kau jangan suka-suka panggil dia pakwe aku tau.” Jeling aku padanya.
“Kau tak nak, bagi kat aku la Nurul.” Tersengih dia memandang aku.
“Ewah-ewah, berapa banyak pakwe kau ada ha..?” sekali lagi aku menjeling sambil menjelirkan lidah. Bunyi hon kereta kedengaran berkali-kali.
“Ha, tu pakwe kau dah marah. Cepatla pergi, tak sabar dah pakwe kau nak jumpa kau tu.”
Aku mengambil kusyen yang berada berdekatan dan membaling ke arahnya. Anis menjerit. Padan muka. Aku tersengih padanya. Cepat-cepat aku sarungkan kasut sport lalu menuju ke pintu rumah. Sebaik aku keluar, Anis berteriak, “Minah, balik awal. Jangan lewat.”
“Baik, mak cik.” Laungku.

    Selesai makan. Aku dan Faris berbual-bual di gerai mak Piah. Aku dengan mak Piah boleh dikatakan rapat, sebab gerai mak Piahlah tempat aku mengisi perut setiap kali kelaparan. Aku pun dah anggap mak Piah macam mak aku sendiri. Kalau aku rindukan mak aku kat kampung selalu juga aku ke gerai mak Piah untuk lepaskan rindu.
“Nurul, kau tolong aku ok.” Pujuk Faris.
“Aku tak mahu la terlibat dalam pakatan kau ni.” Sengihku.
“Ala, sementara saja. Please.” Sayu mata Faris memandangku. Aku ketuk jariku ke atas meja. Aku mendengus kecil.
“Apa kata aku cadangkan kau Kak Ida berlakon jadi awek kau, ok tak?”
“Hish, gila ke? Ida tu kan ada hati dengan aku. Tak nak la aku. Nanti dia lagilah syok kat aku ni.”
“Habis…senang-senang kau bagitau la mama kau yang kau belum sedia nak kawin lagi. Apa susah.”
“Tu yang susah tu. Aku dah bagitahu mama aku yang aku ada calon sendiri. So mama. Aku nak jumpa.”
“What?..” ternganga aku dibuatnya.
“Kau biar betul Ris. Eh, betul ke kau dah ada buah hati? Tak bagitau aku pun?” Aku mencebikkan bibir tanda merajuk marah. Dalam hatiku rasa cemburu.
“Eh, siapa kata aku ada awek?”
“Kan kau yang cakap tadi?”
“Hahaha….apalah kau ni Nurul. Itu aku saja saja bagitau mama aku. Aku mana ada awek, kau seorang saja awek yang aku ada….” Gelak Faris bersungguh-sungguh.
“Eh…eh…sejak bila pula aku jadi awek kau?” Aku memukul bahunya. Makin galak pula dia ketawa.
“Hoi…sudah-sudah la tu, karang masuk lalat dalam mulut tu.” Usikku. Terus dia menutup mulutnya dengan tangan. Mana tidaknya sewaktu kami berehat di kantin sekolah masa remaja dulu, mulutnya pernah dimasuki lalat sebab ketawa dengan mulut yang ternganga luas. Sampai sekarang bila aku sebut lalat terus dia menekup mulut dia serapat-rapatnya. Sudah fobia dengan lalat agaknya si Faris ni.
“Nurul, boleh la ek..” pujuknya lagi.
“Aku tak faham la dengan kau ni? Kenapa tak bagitahu saja dengan mama kau. Kan senang. Boleh la dia carikan untuk kau.”
“Itulah masalahnya. Dia dah ada pilihan untuk aku.”
“Ha, elok la tu. Tak payah kau susah-susah cari lagi.” Sedap mulut saja aku cakap sedangkan hatiku terasa pedih.
“Habis kau macam mana?” sengih Faris.
“Weh, kau ni kan. Serius la sikit.” Bengang juga aku dengan Faris. Dia sengaja buat aku macam itu.
“Ermm…yelah. Aku sebenarnya tak berapa suka dengan pilihan mama aku.”
“Siapa dia?”
“Anak kawan dia, Melisa. Your exclassmate.” Melisa, bisik hatiku. Tergamam seketika bila Faris menyebut nama pilihan ibunya.

    Aku asyik memerhatikan beberapa budak yang berebut-rebut menaiki bas sekolah. Aku menggeleng-gelengkan kepala memerhatikan mereka. Jam di tangan ku pandang, 2.30 petang. Bas awam masih belum tiba. Cuaca panas terik, tekakku mula kehausan. Ku pandang gerai abang Din di sebelah perhentian bas. Ramainya budak-budak, sampai rumahla jawabnya baru boleh aku minum. Sabar sajalah, hatiku berbisik.
“Cik Tomboy belum balik lagi rupanya. Faris tak datang ambil ke?” sepintas ku menjenguk suara siapa yang kurang ajar denganku. Terpandang Melisa bersama dengan kawan-kawannya sambil menggelakkan aku. Malas aku layan mereka. Aku sengaja buat-buat tidak dengar. Makin aku layan nanti lain pula jadinya. Nanti jadi macam kes hari itu, terpaksa aku berada dalam kawalan pihak disiplin sekolah selama seminggu semata-mata pertahankan nama baik aku dari fitnah Melisa. Oleh kerana Melisa berjawatan pengawas sekolah. Aku tidak mampu berbuat apa-apa.
“Hurm, nampaknya dah tak berani melawan kita lagi tomboy ni.” Ujarnya lagi kepada kawan-kawannya untuk menyakitkan hatiku. Terasa bahang panas bergelodak di hatiku. Bila-bila saja larvanya akan meletup.
“Hei tomboy. Aku cakap dengan kau ni.” Bahuku ditujahnya dengan kasar. Aku masih lagi bersabar.
“Kau tak ada telinga ke, tomboy?” tengking Melisa di telingaku.
“Hei, apa tomboy-tomboy. Aku ada nama la.” Langsung aku tengking dia semula. Melisa terkejut, dan terus senyum mengejek.
“Dah perangai kau macam tomboy. Aku panggil tomboy la.” Ejeknya lagi. Sakit hati aku mendengarnya. Matanya aku pandang tanpa berkelip. Hatiku benar-benar mendidih. Apa salah aku agaknya pada dia aku pun tidak tahu.
“Dengar sini cik tomboy. Walau serapat mana hubungan kau dengan Faris, dia takkan jatuh hati dengan kau. Lelaki lain pun takkan jatuh hati dengan kau. Lainla macam aku ni. Kau jangan cemburu sebab satu hari nanti Faris akan jadi milik aku. Dan kau akan tetap macam ni sampai bila-bila.” Melisa terus berlalu bersama kawan-kawannya. Hatiku terasa pedih bagai dihiris-hiris. Melisa ada hati dengan Faris rupanya. Patutlah dia anti dengan aku. Mungkin cemburu kerana aku begitu rapat dengan Faris. Namun kata-katanya tadi ibarat satu sumpahan padaku.


    Aku kembali semula dari kenangan yang telah lalu setelah terdengar telefon bimbitku berbunyi. Faris pula sibuk menghabiskan air minumannya. Mak, getus hatiku bila nombor telefon rumah terpampang di skrin telefon. Lantas terus ku tekan butang hijau.
“Assalamualaikum Mak..” Aku cuba menceriakan suaraku.
“Waalaikumsalam Nurul..” sayup kedengaran suara mak ditalian. Rindu pula bertandang di hati.
“Mak apa khabar? Sihat? Pae macam mana?” Pae, adik bongsuku berusia lima belas tahun dan akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini. Hanya aku dan Pae lah, racun dan juga penawar hati mak. Abah sudah lima tahun meninggal dunia akibat kemalangan di dusun durian.
“Mak sihat, Pae pun sihat. Nurul pulak sihat ke?”
“Nurul sihat mak.” Ujarku. Faris hanya membiarkan aku meneruskan perbualan.
“Nurul kat mana ni? Bising saja mak dengar.”
“Nurul kat kedai makan. Dengan kawan.”
“Hish, malam-malam pun keluar lagi? Sekarang dah pukul 10 lebih. Bila Nurul nak balik ni? Ha, kawan Nurul tu siapa? Laki ke perempuan?” Aku tahu sangat perangai mak. Bimbang betul kalau aku keluar malam-malam, takut terjadi apa-apa. Ibu mana yang tidak risau bila anaknya berjauhan dari dia.
“Relaks la mak. Nurul keluar dengan Faris la. Apa la mak ni gelabah semacam saja. Hehe..”gelakku.
Emak dah lama kenal dengan Faris. Maklumlah sekolah dulu-dulu aku selalu bercerita pasal Faris pada mak. Faris pun pernah juga berjumpa dengan mak.
“Tak habis-habis dengan Faris. Kahwin saja dengan Faris, kan senang hati mak. Perangai tu biar ubah sikit. Barula Faris suka.”
“Ishh, mak ni ke situ pulak. Apa la.” Tergelak aku dengar bila mak cakap macam itu.
“Hehe. Yela, dah ke hulu ke hilir Nurul asyik dengan dia saja, masakan tak ada apa-apa. Suruh saja Faris tu masuk meminang cepat.” Ketawa mak kedengaran.
“Mak ni, dah la. Suka sangat dengan dia. Mak la kahwin dengan dia.”
“Apa pula mak. Ish..dah, dah..merepek la kamu ni Nurul.”
“Habis tu mak yang start dulu..hahaha..” Faris memandang aku kehairanan.
“Nurul, mak nak duit sikit. Pae nak bayar yuran kelas tambahan dia. Mak dah tak ada duit sekarang ni. Ada pun berapa la sangat. Duit yang kamu bagi minggu lepas pun dah habis. Mak malu sebenarnya nak minta dengan kamu lagi. Tak tergamak rasanya nak minta dari Nurul, tapi kamu tahulah kan macam mana mak dengan Pae kat sini. Kamu saja yang boleh mak harapkan. Aku terdiam, sayu pula rasanya hati bila mak cakap macam itu.
“Mak, jangan la cakap begitu. Nurul kan anak mak, satu-satunya anak perempuan yang mak ada. nanti Nurul poskan duit tu, ye mak.”
“Ermm, yerlah. Kamu berdualah anak-anak yang mak ada.”
“Sudahla mak, jangan sedih-sedih.”
“Ermm, kirimkan salam mak pada Faisal.”
“InsyaAllah, mak. Nanti bila Nurul dah poskan duit tu, Nurul telefon mak.” Pujukku lagi.
“Ya, Nurul. Eh, bila kamu nak balik?”
“Tak tahu lagi la, bos tak bagi cuti banyak-banyak. Takut bankrupt syarikat dia.” Faris menjeling padaku. Aku tersengih.
“Ada masa tu balik la Nurul, rindu mak nak jumpa.”
“InsyaAllah mak.”
“Hah, tak pelah. Lainkali pula mak telefon. Cepat balik. Suruh Faris hantar, jangan balik seorang-seorang.”
“ye mak sayang, oklah. Kirim salam kat Pae sekali, mak.”
“InsyaAllah, assalamualaikum”
“Waalaikumsalam.” Terus ku tekan butang merah. Faris memandang aku sambil tersenyum.
“Hah, apa dia?”
“Tak ada apa-apa.” Ujarnya. Namun aku lihat raut mukanya sedang menahan ketawa.
“Eh, apa hal kau ni? Baik kau cakap.” Jari telunjuk ku tujukan ke hidungnya. Akhirnya pecah juga ketawa yang ingin dia tahan.
“Weh, Kenapa kau ni?” kebingungan aku dibuatnya.
“Tak ada la. Kau beritahu mak kau yang kau satu-satunya anak perempuan mak kau kan..?” katanya dalam ketawa.
“A’ah…Kenapa?”
“Tapi kau tak macam perempuan pun..” lagi galak dia ketawakan aku dengan mulut ternganga luas. Bengang rasanya, ada yang nak kena lempang ni, getusku.
“Gelak, gelak, tak apa. Lalat masuk karang…” Terus Faris diam. Hilang gelak ketawanya sambil tangan menekup mulut serapat-rapatnya. Nak tergelak juga aku dengan telatahnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

puteri_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 478
Posting: 212
Dari: Pulau Melaka

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-03-06 18:03


nurlynn....dah tamt ke cerita ini??

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_islamProfil   Hantar PM kepada puteri_islam   Quote dan BalasQuote

eNira
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2005
Ahli No: 17047
Posting: 102
Dari: somewhere in Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 20:08


mana smbgnnye...lambat lagi ke..cerita dah best ni..cepat la sambung..hehehehe..=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For eNiraProfil   Hantar PM kepada eNira   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 21:13


ye....ye.....betul..cerita dah best cepatlah sambung ye....ana kan sentiasa sokong!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

oliver_twist
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20817
Posting: 84
Dari: perak

uk  


posticon Posting pada: 15-03-06 21:54


sambung la..minat cerpen awak ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For oliver_twistProfil   Hantar PM kepada oliver_twist   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 22:06


hehehe...:di

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 22:06


4
*****************

    Pagi itu. Aku sibuk dengan kertas cadangan yang perlu aku siapkan untuk Faris bertemu kliennya tengahari nanti. Ketika asyik aku membetulkan susunan ayat dalam kertas kerja itu, kedengaran suara perempuan sedang memarahi pekerja dipintu masuk pejabat. Aku menjenguk dari dinding pemisah antara aku dengan pekerja-pekerja yang lain. Aku lihat seorang perempuan berpakaian elegance cuba masuk ke bilik Faris tapi di halang oleh secretary Faris. Perempuan itu seperti pernah aku bertemu. Dari gaya, suaranya mirip Melisa. Kemudian dia berpaling ke arahku. Memang benar dia Melisa. Penampilannya cukup vogue. Nasib baik aku terlindung dengan dinding. Kalau tidak pasti dia akan ternampak aku.

    Baru aku teringat, semalam Faris ada beritahu aku yang Melisa akan sampai hari ini dari United Kingdom. Rupanya sudah tujuh tahun dia di sana menyambung pengajian. Patutlah aku tidak pernah jumpa dia di sini selepas keputusan SPM keluar dulu. Biasalah, anak orang berada mementingkan kedudukan. Apa standard belajar di negara sendiri.
“ Cik, maaf. Encik Faris ada meeting. Cik tunggulah sebentar.” Pujuk Rosma selaku secretary Faris.
“Huh, tak pelah. Just tell him, Melisa want to see him this afternoon. Suruh dia telefon I.” kata Melisa dengan nada yang berbaur marah. Meluat aku tengok perangai dia. Baru padan muka dia. Tentu dia marah-marah, sepatutnya Faris ambil dia di KLIA. Tapi disebabkan Faris ada emergency meeting terpaksalah dia tidak pergi mengambil Melisa.

    Kak Ida pula tidak lepas-lepas memandang Melisa. Mungkin dia tertanya-tanya siapa Melisa sebenarnya. Nampak gayanya seolah-olah cemburu. Biarkanlah dia.

    Setengah jam kemudian Faris keluar dari bilik mesyuarat. Rosma tergesa-gesa mendapatkan Faris dalam pejabatnya. Aku terus mencapai kertas cadangan yang telah siap lalu membuntuti langkah Rosma dari belakang.
“Ye, Ros. Ada siapa-siapa call? Ada pesanan?” soal Faris sebaik dia duduk di kerusinya.
“Ada tuan, Encik Nasrul dari Mimus Cooperation call tadi. Dia batalkan appointment dengan tuan hari ini. Katanya ada emergency.”
“Ok.” Faris hanya mengangguk.
“Erm..tuan. Tadi ada seorang wanita datang mahu jumpa tuan. Tapi dia tidak ada appointment dengan tuan.” Aku hanya memerhati sahaja membiarkan Rosma berbicara dahulu.
“Siapa?” berkerut dahi Faisal ku tengok.
“Katanya nama dia Melisa. Dia suruh tuan call.”
“Ermm..” Faris memandang aku. Namun aku hanya mampu tersenyum tawar.
“Ada apa-apa lagi?”
“Tak ada, tuan.”
“Ok, terima kasih Ros.” Lalu Rosma pun berlalu. Aku memandang Faris lantas ku hulurkan kertas cadangan itu kepadanya. Faris meneliti kertas cadangan tersebut sambil menganggukkan kepala. Helaian demi helaian di beleknya. Akhirnya Faris tersenyum simpul padaku. Sunyi seketika keadaan di bilik pejabatnya.
“Ermm, tuan ada apa-apa yang perlu saya buat lagi.” Tanyaku. Faris memandangku, mata kami bertaut.
“Ya, ada.”
“Apa dia tuan?”
“Ermm..berlakon jadi awek saya.” Faris tersengih. Aku pula buntu.
“Ishh..apa tuan ni?”
“Ala please Nurul..Kali ni saja aku minta tolong kau. Selama ni aku tak pernah minta apa-apa pun. Please!”
“Apala kau ni, Kalau budak-budak office tahu, macam mana?”
“Diaorang mana tahu. Kan budak-budak tu..hehe..”
“Eeee….aku serius kau main-main pulak.”
“Kau tak sayang aku ek?” soalnya hiba. Susah betullah mamat ni seorang. Buat hatiku serba salah pula.
“Ishh..susahnya…”
“Please…” Nampak benar Faris mengharapkan aku. Tak sampai hati pula aku. Nampaknya terpaksa la aku berlakon sebagai awek merangkap kekasihnya.
“Yelah-yelah.” Bisikku padanya.
“Yessss….”
“Tapi dengan satu syarat.”
“eh..kau yang minta tolong dari aku, Kenapa pula kau yang kena bagi syarat.” Ini yang buat aku tidak sedap hati. Syarat apalah yang ingin dikenakannya.
“Suka hati aku la…”
“Kali ni saja aku tolong. Lepas ni ada apa-apa aku tak mahu tolong dah. Ada faham, ka…ha, apa syaratnya?” Ugutku dengan pandangan yang tajam.
“Nanti aku bagitahu kau apa syaratnya.”
    
    Lewat petang itu, Faris meminta aku menunggu dia di ruang legar selepas tamat waktu kerja. Sudah lebih lima belas minit aku tunggu dia, masih lagi tidak nampak batang hidungnya. Aku bercadang nak tunggu Faris di luar bangunan memandangkan Anis dalam perjalanan mengambil aku. Sebaik aku berjalan, kedengaran suara Faris memanggil namaku.
“Nurul…Nurul…” termengah-mengah dia berlari mendapatkan aku.
“Sorry la weh, my mum call tadi.”
“Ermm…”
“Nah, ni syarat yang aku janjikan untuk kau.” Faris menghulurkan satu beg plastik padaku. Terpinga-pinga aku sekejap.
“Syarat apa ini?” aku menaikkan kening kiri tanda tidak memahami.
“Bukak la.”
Aku membuka beg plastik itu, terkejut aku bila melihat isi di dalamnya. Beberapa helai tudung berwarna merah jambu, biru muda, putih dan hijau berada di dalamnya. Aku tidak memahami apa maksud sebenar Faris.
“Aku nak kau bertudung mulai esok.” Pintanya.
“Haaa….syarat apa ni? Eh. Aku..aku.. tak boleh buat semua ni la” Kata-kataku mula dipenuhi amarah. Aku unjukkan semula beg plastik tu padanya.
“Nurul..”
“Aku hanya boleh berlakon jadi awek kau saja, yang ini aku tak boleh. Bukan jiwa aku, kau tau semua tu kan?” tengking aku pada Faris. Faris tergamam. Dia mengambil semula beg plastik dari tanganku.
“Maafkan aku. Aku tak berniat nak perli atau buat kau marah. Aku hanya nak mama aku tahu yang aku boleh cari pilihan hati aku sendiri, yang lebih baik dari Melisa. Itu saja.” Tersentuh hatiku mendengar kata-katanya yang penuh ikhlas.
“Habis, kau ingat aku ni baik sangat ke?” Faris diam. Dia merenung mataku sedalam-dalamnya. Dadaku berdebar-debar. Tiba-tiba dia berlalu meninggalkan aku tercengang-cengang di situ. Menyesal pula rasanya buat Faris macam tu tadi. Ishh..ni yang susahnya ni. Nak kena pujuk pulak, jeritku dalam hati.


“Ris…Ris…”
Faris menoleh ke arahku. Sayu wajahnya meraih simpatiku.
“Bak sini.” Terus aku mengambil beg plastik yang berisi tudung setelah aku mendapatkannya di luar bangunan.
“Aku buat semua ni sebab nak tolong kau, tau.” Ujarku seikhlas yang mungkin. Sedaya upaya aku cuba senyum, agak tawar senyuman ku hulurkan padanya.
“Kalau kau rasa terpaksa, tak usah. Aku tak nak paksa kau. Aku cuba cari jalan lain.”
“Eh, kau kawan aku kan, dah tentu aku kena tolong.” Aku memujuk Faris. Aku pasti dia berkecil hati dengan kata-kataku tadi.
“Jadi, kau sayang aku la.” Dia tersenyum nakal.
“Ewah..ewah..bila masa pula aku cakap aku sayang kat kau..perasan…”
“Kan, kan…kau sayang aku kan….?”
“Eee…..” aku menghempukkan beg plastik di bahunya.
“Aduh…sakit la sayang..” rintihnya.
“Mengada..”
“Apa pulak mengada, kaukan dah jadi awek aku. Esok panggil aku….” Tiba-tiba hon kereta berbunyi di seberang jalan. Kelibat Anis melambai-lambaikan tangan di dalam kereta.
“Aku balik dulu. Jumpa lagi besok, ok.”
“Ok, jangan lupa bertudung esok.” Aku memandang beg plastik di tanganku. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Aku terus mendapatkan kereta Anis, lalu berlalu pergi.



Selesai solat Isyak. Aku memanjatkan doa semoga Allah mempermudahkan segala urusanku, meluaskan rezekiku. Tidak lupa aku mendoakan kesejahteraan keluargaku, ayahku di sana. Aku melipatkan kain sembahyang dan sejadah. Ku biarkan rambut terurai. Rambutku yang mulai panjang merimaskan aku. Aku suka berambut pendek, terasa ringan kepala. Sudah lama aku tidak memotong rambut, sekarang sudah melepasi bahu. Balik kampung nanti suruh Pae potong, save budget aku. Kepala ku berputar ligat membuat perancangan. Tiba-tiba aku terpandang beg plastik yang Faris bagi petang tadi di atas katil. Hatiku berdebar-debar, terasa aneh seketika. Beg plastik itu ku capai, isi kandungannya ku curahkan atas tilam. Tudung berwarna merah jambu, biru muda, putih dan hijau itu aku tatap. Cantik, desis hati ini. Lembut buatan kainnya. Mengapa aku mesti buat semua ini, sedangkan ini bukan kehendakku.
“Nurul. Aku nak…..” Anis telah menyeludup masuk dalam bilikku. Kelam kabut aku di buatnya.
“Nurul, apa ni..?” Dia meluru ke katil, memegang tudung-tudung yang aku keluarkan tadi. Tercengang-cengang melihat aku.
“Ermm..siapa yang bagi kat kau ni? Cantikla. Boleh la aku pinjam. Hehe…”
“Banyak cantik muka kau. Ni pakwe aku bagi tau…opss..” Alamak terlepas cakap la pula.
“Pakwe? Siapa? Bagitau la aku” Anis memegang lenganku.
“Hehe…jangan ingat aku macam ni tak ada pakwe..”
“Bagitau la aku…Faris ek..?”
“Ishh, mana ada.”
“Habis tu siapa?”
“Rahsia.”
“Dengan aku pun nak rahsia. Aku tau mesti Faris.”
“Kau mesti tolong aku baru aku bagitau kau.” Anis teruja dengan kata-kata aku.
“Boleh, boleh. Tolong apa? Nanti kau cerita kat aku..ok?”
“Emm, tolong mandikan aku.” Sengihku pada Anis. Satu cubitan hinggap di pahaku.
“Adeh…sakit la mak cik.”
“Baik kau cakap betul-betul.” Ugut Anis.
“ye, tolong ajarkan aku pakai tudung-tudung ni.”
“Oh, boleh sangat. Nanti aku ajar kau.” Dia terus memeluk aku. Pelukan Anis melemaskan seketika, lalu aku leraikan pelukannya. Aku mana boleh tahan aksi-aksi macam tu, merimaskan.


-----------------
"Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah SWT"
[ Telah diedit oleh: nurlynn pada 16-03-06 12:30 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 22:12


5
*****************

    Mata-mata yang memandang membuatkan aku merasa pelik. Ada yang berbisik- bisik, ada pula yang buat tidak tahu, ada yang mengejek, ada yang tersenyum. Namun semua itu aku tidak endah. Biarlah apa yang mereka fikir, biarlah apa yang mereka sangka kerana aku tetap aku.
“Hai, Nurul. Sejak bila pulak jadi ustazah ni?” tegur Kak Ida. Aku membetulkan tudung, terasa rimas dan panas.
“Erkk..tak tahu.”
“ Alamak si tomboy dah jadi si ayu pulak.” Terdengar bisikan dari pekerja-pekerja yang lain.
“Hurm.. Kenapa ye Nurul bertudung?” Ujar Kak Ida. Terpana aku dengan kata-kata Kak Ida.
“Saja-saja saja. Nak mencuba.” dia tersenyum padaku. Namun aku tahu senyuman yang Kak Ida hulurkan tidak ikhlas.
“Ye ke..atau ?”
“Tak ada apa-apa la kak, yang akak menyibuk ni Kenapa. Suka hati aku la.” Tegasku dengan kesat. Semua pekerja yang lain memandang kami berdua. Pipi Kak Ida kemerahan, mungkin menahan marah, mungkin juga malu apabila diperhatikan oleh budak-budak di situ. Aku mengambil tidak peduli pada Kak Ida. Semua ni gara-gara Faris. Aku yang menjadi ejekan pekerja-pekerja lain pula.
    
    Aku memandang jam, sudah hampir pukul 11.30 pagi. Kelibat Faris di pejabat masih lagi tidak kelihatan. Sudah beberapa kali aku menelefon telefon bimbitnya, tapi tidak berjawab. Aku juga sudah bertanya beberapa kali pada secretary Faris, samaada Faris bercuti ataupun ada kecemasan. Namun dia menafikan menerima apa-apa pesanan dari Faris. Selalunya dia akan tinggalkan pesanan kepada Rosma, ataupun memberitahu aku yang dia datang lewat dan sebagainya. Tapi hari ini langsung tiada khabar dari Faris.
Aku menjadi bingung. Menyesal rasanya memakai tudung hari ini. Ingatkan Faris. Aku pakai juga tudung berwarna putih pemberiannya yang aku padankan dengan baju kurung biru berbunga putih. Aku cuba menelefon lagi telefon bimbitnya. Tapi kali ini, tiada ton yang kedengaran. Terus talian dimatikan begitu sahaja. Risau dengan Faris. Aku cuba pula mendail telefon rumahnya. Dua kali aku dail, tiada seorang pun menjawab. Kemana pergi seisi keluarga Faris agaknya.
Kemudian, telefonku berbunyi. Mesej dari Faris,

Hi sayang, maaf abang datang lewat ke pejabat hari ni. Ada hal sikit. Jumpa petang nanti ek…bye bye sayang…mmuah..! –Faris.

    Debaran di dada berombak kencang bila ku baca mesej tersebut. Pipiku merona kemerahan. Tersentuh rasa di hati, satu perasaan. Aku mengeluh perlahan. Ku tatap lagi mesej itu. Merepek saja orang tua ini, bisik hatiku. Akhirnya senyuman terpahat dibibirku.

    Selesai menjamu selera di waktu tengahari itu. Aku terus meminta izin dari rakan-rakan sepejabatku untuk terus balik ke pejabat semula walaupun masih ada dua puluh minit untuk berborak-borak dengan mereka. Bukan aku tidak sudi bersembang dengan mereka, tetapi aku bukan sekepala dengan mereka. Ayik-asyik alat make-up, fesyen, bunga, kekasih, bosan kadang-kadang aku dengar. Aku lebih suka keluar dengan Faris, dia seorang yang berfikiran terbuka. Aku boleh berkongsi cerita apa-apa sahaja dengannya.

    Tiba di mejaku. Aku lihat sekuntum bunga ros merah berada di atas mejaku. Masih segar lagi bunga ros itu. Aku tertanya-tanya siapa pemberi ros merah ini. Dalam mataku melilau-lilau mencari seseorang, tiba-tiba aku terpandang seorang wanita berpakaian jeans biru ketat dengan blouse tanpa lengan berwarna putih dengan rambut yang mengerbang melangkah laju ke arahku.
“Is Faris here?” soal wanita itu apabila dia betul-betul berada dihadapanku.
“Err, maaf cik. Saya tak pasti dia ada ke tidak dalam pejabatnya. Sebab sekarang ni waktu lunch.” Terangku padahal aku tahu, Faris tentu tidak datang lagi ketika ini.
“Hurmm..Tadikan dia ada naik ke sini.”
“Saya tak perasan cik, sebab saya baru saja masuk.” Aku menundukkan pandangan bila wanita tersebut memandang tajam padaku. Lama dia memandangku. Aku makin gelisah.
“You’re Nurul, right?” jarinya ditudingkan ke dadaku. Aku mendiamkan diri.
“Hahahaha…well, well , well… Here you are. I thought you have gone.” Sinisnya. Aku tidak tahu apa maksud yang dinyatakannya. Namun aku pasti dia menyindirku.
“Tak sangka I jumpa you kat sini. Memang I tak sangka. You dah berapa lama kerja kat sini?” ujarnya lagi.
“Ermm..”
“Oh ya, bila pula you’re wearing this tudung? Setahu I tomboy tak bertudung.” Kedengaran dia ketawakan aku sambil memegang tudung yang aku pakai. Aku hanya bersabar, sedangkan dalam hatiku ini sudah membahang bara.
“Dari tomboy menjadi gadis ayu.” Sindirnya lagi.
“Well, you kena ingat. Walaupun you kerja disini, Faris tetap akan menjadi milik I. He’s mine.” Suaranya ditekankan di situ.

“Melisa..” Tiba-tiba Faris menjengul di balik pintu bilik pejabatnya.
“Darling, you kata sekejap saja you naik ke office you. Puas I tunggu tau.” Kata Melisa dengan lenggok badan yang penuh manja.
“Ermm, I ada kerja la. I suruh Pak Mat hantarkan you, ok.”
“You ni.” Melisa memegang kolar baju Faris tapi ditepis dengan lambat.
“Dah, you balik la. I ada kerja. Nurul, masuk kejap.” Kata Faris acuh tak acuh.
Aku menjeling pada mereka, Melisa masih lagi merengek-rengek di depan Faris. Meluat aku lihat gelagat Melisa begitu. Sejurus kemudian, Melisa pun keluar dengan terpaksa sambil memandangku dengan tajam.

“Erm..” Aku diam membisu memandang Faris di dalam pejabatnya. Beberapa pekerja sudah mula memulakan kerja masing-masing. Faris diam di mejanya. Masing-masing diam tidak tahu apa yang ingin di ucapkan. Dalam hatiku bergelodak dengan perasaan marah.
“Kau kata ada hal tadi ye, rupanya hal dengan Melisa.” Perliku memulakan bicara tidak formal.
“Maafkan aku. Eh, abang lah..” katanya seakan memujuk.
“Eee…apa la kau ni, abang pula. Geli telinga aku dengar, tau.”
“Kau kan dah jadi awek aku. Janganla macam ni Nurul. Panggilla aku abang..hehe..”
“Sudahla Ris, nak jiwang pula dengan aku.” Faris tersenyum.
“Ala, kau panggil aku abang barula nampak real.” Aku menjelirkan lidah.
“Malas layan kau…kau ada hal apa dengan Melisa tadi. Sampai aku call pun kau terus matikan telefon.”
“Bunyi macam marah saja ni, kau jeleous ke sayang..”
“Eee..Sorry la nak jelous-jelous ni. Mana ada aku jelous. Ada aku beritahu kau?”
“Ha, tengok…kan kau tengah marahkan aku. Marah-marah tandanya cemburu. Cemburu tandanya sayang.” Aku memandang Faris dengan mata yang tajam. Marah betul aku dengan dia. Lain di tanya lain di jawabnya. Ingin sahaja aku katakan aku cemburu sangat, tapi egoku terlalu tinggi. Aku diam tidak berkata apa-apa.
“Sayang, abang terpaksa temankan dia pergi beli pakaian dia. Dia yang memaksa abang suruh temankan. Maaf ek, lain kali abang bagitahu sayang, ok.?” Terpujuk hati dengan kata-katanya yang penuh dengan nada memujuk. Faris memang pandai memujuk. Aku akui. Aku selalu lemah dengan pujukan dia.
“Ermm..”gumamku.
“Nurul….” Serunya lembut memanggil namaku.
“Kau makin cantik bila pakai tudung lebih-lebih lagi tudung yang aku belikan. Makin berseri wajah kau membuatkan aku makin sayang..”
“Hello... sudah-sudah la tu. Geli tau aku dengar…” dia tersenyum.
“Satu saja lagi, kan lebih baik kau bersikap macam perempuan yang penuh kelembutan.”
Aku tergamam dengan kata-katanya. Begitu lembut dia berbicara dengan ku.
“Ris. Aku keluar dulu. Ada kerja yang aku kena buat.” Lalu aku berlalu tergesa-gesa, tidak mahu dia meneka apa yang bergelodak di jiwaku.
    
Aku duduk di kerusiku, menatap dokumen-dokumen di atas meja.
“Kan lebih baik kau bersikap macam perempuan yang penuh kelembutan.” Kata-kata Faris terngiang-ngiang di telinga. Aku mengeluh. Faris, usahlah kau melentur buluh dalam diriku, bisikku.
“Faris tetap akan menjadi milik I. He’s mine” kata-kata Melisa pula kedengaran dicuping telinga. Aku memejamkan mata, merasai sesuatu di dalam dada. Terasa aneh perasaan ini. Tiba-tiba aku terpandang ros merah, masih segar kelopaknya. Lantas aku letakkan di dalam laci meja. Biarlah ros merah itu bersemadi didalam laci, ku tak ingin tahu siapa pemberinya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-03-06 12:31


6
*****************


    Telefon bimbitku berdering beberapa kali, namun aku hanya memekakkan telinga. Melayan tidurku lagi enak pada waktu itu. Senyap, tiada lagi bunyi telefon. Aku menarik selimut sehingga menutupi keseluruhan tubuh kecuali kepala. Dingin embun pagi itu menyejukkan. Sebentar kemudian telefon berbunyi lagi, kali ini lebih lama. Lantas aku menjawab panggilan tersebut dalam keadaan separuh sedar.
“Hello..”
“Assalamualaikum sayang. Selamat pagi!”ujar suara di sebalik talian. Aku bingkas bangun mendengar suara si pemanggil.
“Hei, siapa ni?” soalku dengan nada marah.
“Hurm, tak jawab salam berdosa.”
“Waalaikumsalam…..siapa ni?”
“Ni mesti belum bangun lagi. Cepat bangun, dah pukul 6.30 cik adik oii. Dah solat Subuh belum?”
“Hei…siapa ni?” lantang suara ku bertanya lagi.
“Ni Kenapa marah-marah. Abang la ni.” Aku melihat di skrin telefon, tertera nama si pemanggil.
“Hurm... Ni Kenapa pagi-pagi buta telefon aku ni? Hari ni kan cuti.” Suara yang bercampur marah aku redakan sedikit bila mengetahui pemanggil itu adalah Faris.
“Aku nak jumpa kau. Rindu.” Bisik Faris di hujung talian. Terusik hatiku dikala itu.
“Eh, apa yang kau merepek pepagi buta ni Ris.”
“Hahahaha… Dahla, bangunla mek. Waktu Subuh dah nak habis. Pukul 10 aku datang jemput kau. Ok. bye bye sayang…”
“Eh, buat a….” aku terdiam. Talian telah terputus. Terpinga-pinga aku di atas katil. Sebentar kemudian mesej Faris aku terima.

Jangan lupa pakai tudung, nampak manis. Hehehe.. – Faris

    Bau aroma nasi goreng ikan masin menggamit seleraku. Anis kelihatan sibuk di dapur. Selalunya di pagi cuti umum Anis akan memasak sarapan pagi untuk kami berdua, sebab aku tidak pandai sangat memasak. Anislah yang menjadi tukang masak di rumah sewa kami. Masakan Anis sedap. Aku paling suka nasi goreng kampung yang dia masak. Kalah restoren tiga bintang.
“Humm, sedapnya bau. Dah lama aku nak merasa nasi goreng ikan masin masakan kau. Hehe..” kataku sebaik aku melabuhkan punggung dikerusi meja makan. Terus aku menceduk beberapa senduk nasi ke dalam pinggan yang di sediakan Anis.
“Yerla, kau memang makan saja reti. Belajarla memasak, kan senang Faris nanti.”
“Eh, kau ni. Ke situ pulak. Pepagi lagi dah nak buat lawak dengan aku ye..”
“Kalau kau betul-betul kekasih Faris, kan elok. Faris pun baik orangnya. Takkan kau tak ada apa-apa perasaan agaknya kat dia?” Anis cuba mencungkil rahsia aku.
“Aku mana ada perasaan kat dia. Kita orang kawan saja la. Tak main la cinta-cinta ni. Tak syok. Hehe.”
“Kenapa kau tolong dia kalau kau tak ada perasaan sayang pada dia?” dia mengerling memandang aku. Terdiam aku dengan kata-katanya.
“Eh, sedapla nasi goreng kau hari ni.”
“Nak tukar topik la tu. Macam la aku tak tahu.”
“Tahu apa?” Anis tersenyum memandang aku. Dia terus menyuapkan nasi goreng ikan masin ke dalam mulutnya.



    Hon kereta berbunyi beberapa kali diluar pagar rumahku. Aku melihat jam di tangan. Eh, awalnya mamat ni datang. Kata pukul sepuluh. Baru pukul sembilan setengah. Nasi yang masih ada terus aku suap tanpa pedulikan hon kereta yang berbunyi.
“Hah, ni mesti dah janji dengan Faris.”
“Tak derla. Aku mana ada janji dengan dia. Tapi tiba-tiba saja pagi tadi suruh aku bersiap. Mana la aku tahu.”
“Pergi saja la, bingit telinga aku ni dengar bunyi hon keretanya pagi-pagi. Aku malas nak keluar ni, tudung aku kat dalam bilik.”
“Ala..sat. Aku nak minum. Aku tinggalkan pinggan kat dalam sink, nanti kau tolong basuh. Hehehe..”
“Amboi-amboi, sedapnya dia.”
“Maaf, mak cik.” Terkekeh-kekeh aku gelak dan terus berlalu meninggalkan Anis di dapur menyudahkan sarapannya.

    Bergegas aku membuka pintu pagar lalu aku meluru ke kereta Faris. Aku terpandang seorang wanita di sebelah kanan Faris. Wajahnya lembut berseri. Bertudung litup, dia tersenyum memandang aku. Salam di hulurkan dan pantas aku menyambutnya dengan serba salah. Aku tertanya-tanya siapa wanita ini.
“Nurul, cepatlah. Oh ya, kenalkan ni kakak abang, Laila. Cepatlah siap.”
“Erk..” Tiada sepatah kata yang keluar dari mulutku. Hanya senyuman sebagai pengganti.
“Aku pergi siap dulu. Sekejap ye Kak Laila.” Laila hanya mengangguk sambil tersenyum.

Pakai tudung la sayang…-Faris

Sebaik aku masuk ke dalam bilik, Faris mengingatkan aku memakai tudung. Malasnya, jerit batinku. Dan terpaksalah aku memohon belas kasihan dari Anis untuk memakaikan tudung padaku.

    Faris memandu laju, tumpuannya hanya pada perjalanannya. Lagu dari album Everlasting Love berkumandang di radio. Setelah menghantar pulang kakak Faris ke rumahnya, Faris bercadang untuk membawa aku pergi bersiar-siar.

Ketika aku bersama-sama dengan kakak Faris, dia banyak memberi nasihat padaku. Banyak nasihat yang aku perolehi darinya. Banyak kata-katanya yang penuh hikmah dia beri. Aku tertarik dengan penampilannya sebagai guru kaunseling di sebuah sekolah. Sifatnya yang suka memujuk, tingkahlakunya penuh sopan dan lembut tutur katanya sesuai sangat dengan karier yang dia ceburi. Sedikit sebanyak Faris juga memiliki sifat demikian. Aku mula terfikir, mungkinkah ibubapa Faris juga begitu. Faris mempunyai seorang kakak dan seorang adik perempuan. Julia, adik perempuannya pernah bersekolah di sekolah yang sama denganku. Sempat jugalah aku mengenali Julia walaupun sekejap. Dan sekarang Julia kini berada di Australia melanjutkan pelajarannya di sana. Patutlah Faris manja sikit sikapnya kerana dia merupakan anak tunggal lelaki dalam keluarganya. Kelakar juga bila di fikirkan selama aku berkawan dengannya tidak pernah aku mengambil tahu tentang keluarganya. Yang aku tahu Faris anak orang berada. Sedangkan dia amat mengenali keluargaku yang tidak seberapa ini.

“Ermm, senyap saja.”
“Erm….” Aku menyepikan diri. Tudung yang jatuh aku simpangkan kebelakang semula.
“Kenapa ni?” soal Faris tidak puas hati.
“Ha..? Tak ada apa-apala.” Ujarku. Aku melarikan pandangan dari mata Faris. Saat-saat begini hatiku tidak tenang.
“Kita pergi makan ye. Aku laparla..”
“Hurmm..” gumamku tanda mengiakan tujuannya.

    Lewat petang itu, Faris menghantar aku pulang ke rumah. Anis yang sedia menantiku tersenyum di muka pintu memandang aku yang keletihan menemani Faris membeli belah selepas mengisi perutnya. Arghh…aku mengeluh di sofa, meletakkan beg plastik di sebelahku. Anis tersipu-sipu memandangku.
“Apa benda kat dalam tu?” tanya Anis sambil menudingkan jari ke arah beg plastik di sebelahku.
“Tudung dan sepasang baju kurung.” Aku menutupkan mataku, melepaskan penat.
“Tengok..”
“Kau ni, semua benda nak tengok.”
“Kedekutla kau ni. Aku tengok bukannya luak pun.”
“Yerla, makcik. Bukalah, tapi jangan banyak tanya.”
Anis segera membuka isi di dalam beg plastik tersebut. Di keluarkannya sepasang baju sutera kurung berwarna kekuningan berbunga merah jambu dan berdaun hijau, dan selendang berwarna hijau muda lembut.
“Mahal ni, siapa yang bayar?”
“Kan aku cakap jangan banyak tanya..” perliku.
“Hehe. Aku tau. Aku tau.” Ujarnya dengan senyuman yang lebar.
“Ermm..”
“Kenapa ni? Kau nak bagi tahu apa-apa ke?” Aku menyepikan diri. Aku memang ingin memberitahu Anis sesuatu tetapi tidak mampu aku luahkan.
“Cakaplah. Aku dengar.” Pintanya lagi. Aku tersenyum, Anis memang kawan yang mengambil berat tentang aku. Beruntung aku memiliki kawan sepertinya.
“Hari ni aku kenal dengan kakak dia.” Kataku dengan suara perlahan.
“Baguslah tu. Mula-mula kakak dia, lepas ni mak mertua pulak…”
“Eh, ke situ pulak minah ni. Kan aku cakap aku hanya kawan dengan dia.”
“Yeke, atau lain di mulut, lain di hati.” Bidas Anis. Tersentak aku di kala itu. Hilang kata-kataku dan terus aku terdiam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

oliver_twist
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20817
Posting: 84
Dari: perak

uk  


posticon Posting pada: 16-03-06 19:14


best lah cerita ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For oliver_twistProfil   Hantar PM kepada oliver_twist   Quote dan BalasQuote

wanie85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2006
Ahli No: 23417
Posting: 190
Dari: uk

Selangor  


posticon Posting pada: 16-03-06 20:36


best sangat!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For wanie85Profil   Hantar PM kepada wanie85   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-03-06 18:20


7
*****************

    Beberapa hari selepas itu. Aku menjadi semakin rapat dengan Kak Laila. Dia pernah menelefonku dari sekolahnya semata-mata bertanya khabar, mengajak aku makan tengahari bersama-sama dan bersembang dengannya. Kak Laila mudah mesra dengan sesiapa malah aku menganggap dia umpama kakakku sendiri. Mungkin juga dia seorang kaunselor sikapnya ramah dan selalu memberi perhatian padaku membuatkan aku menyenanginya sepertimana aku menyenangi Faris.

“Nurul, Kenapa tak ubah sikit cara Nurul.” Tanya Kak Laila suatu hari sewaktu menikmati makan tengahari. Terhenti seketika suapan aku. Termangu-mangu aku rasanya macam mana mahu menjawab soalannya. Kak Laila cepat benar mengenaliku walaupun dalam beberapa hari saja atau mungkinkah Faris yang menjadi rujukannya.
“Hurm, macammana kak? Nurul memang dilahirkan macam ni. Macam mana nak ubah, dah azali lagi Nurul begini, memang la dah sebati dengan diri Nurul. Nak berubah pun susahla…” Bukan aku tidak mahu berubah. Aku ingin sekali berubah tetapi tiada siapa yang mampu mengubah sifat-sifat yang sedia ada dalam diriku.
“Kalau akak tolong, mahu tak Nurul berubah?” aku tersenyum.
“Hehe..boleh ke akak?”
“InsyaAllah, akak boleh tolong Nurul. Akak akan bimbing Nurul sehingga Nurul menjadi seorang wanita.”
“Nurul…Nurul, ermm..Nurul tak tau la nak cakap apa. Kalau akak sudi, Nurul tak kisah. Terima kasih akak kerana sudi menolong Nurul ni.” Ujarku sayu. Aku menundukkan pandanganku dari kaca mata Kak Laila. Terasa sebak dihati. Lengan ku dipegangnya.
“Akak ingin sangat membantu Nurul. Hurm..Faris kata Nurul baru saja pakai tudung. Ye ke?” terpalit senyuman di wajah Kak Laila. Faris ni memangla, bukan aku yang nak pakai, padahal dia yang suruh itupun syarat yang perlu aku lakukan, gumamku.
“Baru saja kak, mencuba-cuba..” tawar aku berkata. Dalam hati aku menyumpah seranah si Faris.
“Baguslah, sekurang-kurangnya Nurul ada inisiatif sendiri. Akak akan sokong Nurul dari belakang.” Ujarnya lagi.

    Sejak akhir-akhir ini, Faris kelihatan sibuk dengan kerjanya lebih-lebih lagi kerjasama antara syarikat Faris dengan syarikat Mimus Coorperation. Terasa diri aku terpinggir, tak pernah aku merasai sebegini. Kak Ida pula tak lama lagi akan berhenti. Katanya akan mengikut bakal suaminya ke luar negara menguruskan syarikatnya di sana. Tak sangka dalam diam, Kak Ida rupanya mempunyai kekasih. Bila ku tanya, dia kata pilihan keluarganya. Mungkin jodoh dia dengan orang lain.

Sudah lama juga aku tidak keluar bersama Faris, kak Laila pula menjadi rapat denganku. Seakan-akan pertemuan kami kali pertama dirancang Faris. Mungkin juga dia tahu selepas itu dia akan sibuk, jadi untuk menjadi temanku dia memperkenalkan aku dengan kakaknya. Sedikit sebanyak bila aku bersama Kak Laila. Aku mula berubah. Walau pun tidak ketara namun aku dapat merasai perubahannya.

Aku merenung jam di dinding. Sudah pukul sebelas malam. Aku agak Anis belum tidur. Aku menuju ke bilik Anis, ingin berbual dengannya. Sekurang-kurangnya terisi kekosongan hatiku bila adanya Anis. Ku ketuk pintu biliknya, senyap. Ku pulas tombol pintu bilik, tidak berkunci, terus ku buka. Anis sudah terlena berbungkus dengan selimut. Mungkin sudah lama dia tidur, ingin sahaja aku kejutkan dia. Namun aku batalkan niatku melihatkan dia seakan keletihan dan tidurnya lena. Mungkin juga kerjanya terlalu banyak pada hari ini. Aku tutup semula pintu bilik perlahan-lahan lantas aku menuju ke bilikku. Ingin menonton televisyen rasanya tiada mood. Aku berbaring-baring di atas katil, melihat siling. Ruang mindaku kosong. Faris, namanya juga yang terlintas di hati.
    
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi menandakan mesej diterima. Aku mencapai telefon di meja.

Assalamualaikum sayang, tak tidur lagi ke? Abang rindu…-Faris

Aku tersenyum membaca mesej dari Faris. Geli hatiku apabila dia membahasakan dirinya abang. Terlintas di hatiku, benarkah dia menyayangiku. Hatiku berbelah bahagi sebenarnya. Aku menyayanginya, ikhlas aku katakan, tapi siapalah aku mahu bergandingan dengannya.

Waalaikumsalam…aku belum tidur lagi. Nak apa malam-malam ini?

Aku tekan butang send. Egokah aku dengan perasaan aku sedangkan dalam hati ada rasa cinta? Haruskah aku berterus terang dengannya?

Ala, jangan la marah-marah, sayang..tak rindu abang ke?- Faris

Rindu. Aku betul-betul merindui dia. Sukar untuk aku melafazkannya, lalu kubiarkan mesejnya tidak berjawap. Aku melontarkan telefon di tepi tilam, melayani perasaanku sendiri. Bila masa aku tertidur. Aku pun tidak tahu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-03-06 18:20


8
*****************


Sayang,
Di sini ada getar rasa, antara rindu dan sayang , juga debar rasa yang meruntun. Di sini ada jiwamu, di sini jua ada kasihku. Abadikanlah kasihku dalam ruang hatimu...

    Aku menatap bait-bait kata yang tertulis di sekeping kad bersama sekuntum ros merah di atas meja. Aku tidak tahu siapa pemberinya. Ketika aku sampai ros merah dan kad itu telah berada di situ. Sempat juga aku bertanya beberapa pekerja yang datang awal pagi itu, tapi tidak ada seorang pun yang tahu. Faris masih lagi tidak sampai. Siapa pula yang ingin bermain teka teki dengan aku pagi-pagi ini.

    Aku menyibukkan diriku untuk melupakan apa yang berlaku. Ros merah dan kad aku letakkan di dalam laci, membiarkan sahaja ianya berkubur di situ. Aku melihat Rosma tergesa-gesa menuju ke arahku.
“Nurul, Encik Faris ada kat bawah. Dia suruh awak turun. Katanya ada hal.”
“Hah, Kenapa dia tak naik saja?”
“Mana la saya tau. Nurul turun saja la.” Pinta Rosma.
“hurm, yelah..”

    Setibanya di bawah. Aku dapati Faris ada bersama dengan Melisa. Terpandang sahaja aku dia terus memeluk lengan Faris erat. Marah pula bertandang di hati bila Faris tidak berbuat apa-apa, meluat pun ada, tetapi dari jauh Faris kelihatan tidak senang dengan Melisa.
“Nurul..” sebaik aku berada bersama mereka, Faris melepaskan pegangan tangan Melisa. Dia merapati aku bagi menjarakkan kedudukannya dengan Melisa.
“Kenalkan, bakal isteriku, Nurul Huda.”
Bergegar gegendang telingaku mendengar hujahan Faris. Terpana aku mendengar kata-katanya. Terasa pipiku merona kemerahan.
“What?” Melisa tergamam. Wajahnya kemerahan menahan marah.
“This girl will be your wife?” Melisa menudingkan jarinya ke mukaku. Argghh, lakonan apa pula ni, Faris, hatiku menjerit.
“Yes, she will be my wife.”
“Nonsense, kan kita akan bertunang minggu depan. You jangan mungkir janji Faris.”
“Keluarga I yang beria-ria dan bukan I yang berjanji nak bertunang dengan you. The truth is I don’t love you, but her.” Ujar Faris. Aku tidak terkata apa-apa. Hanya menjadi pendengar di saat itu.
“What?” Melisa menyinga memandang aku tanpa berkerdip.
“You better watch out!” katanya seakan menggugut aku, lalu dia berlalu meninggalkan aku dan Faris dalam keadaan marah.

Faris memandangku.
“I’m sorry.”
“Apa ni Ris, Kenapa kau buat aku macam ni?” tak sedar airmataku mula mengalir. Faris hanya mendiamkan diri.
“Aku tak faham dengan kau, Kenapa beria-ria kau kata aku bakal isteri kau? Kau tahu kan Melisa tu seperti musuh aku. Kau tahu tak, apa dia boleh buat pada aku? Kau tahu tak dia berdendam dengan aku? Tahu tak aku ni hanya lakonan semata-mata? Kenapa jadi begini serius?”
“Aku serius…” terkedu aku di situ. Kata-kata Faris tenggelam ke dasar hati. Ku biarkan air mata terus mengalir.
“Aku serius menyayangimu, Nurul.”
“Arghh, sudahla Ris. Kau kata semuanya hanya lakonan. Aku tolong kau pun sebab kau kawan aku. So, selama ini kau hanya ingin mainkan aku? Supaya aku terjerat dalam cinta kau? Begitu?”
“Bukan begitu Nurul..”
“Sudahlah. Aku tak mahu tengok muka kau lagi. Lakonan aku sudah tamat. Sekarang antara aku dengan kau tak ada apa-apa lagi.” Aku terus berlalu meninggalkan Faris di situ. Aku tidak mengerti semua ini. Walaupun hatiku ada padanya namun tak semudah itu aku serahkan padanya. Dia enggang. Aku pipit.

    Malam itu Faris datang ke rumahku, memujuk aku untuk berjumpa dengannya. Aku masih terperuk di dalam bilik. Sudah beberapa kali Anis memujukku supaya menyelesaikan masalah antara aku dengan Faris.
“Nurul, pergilah jumpa dengan Faris. Dah lama dia kat luar tu. Nanti apa kata jiran-jiran pulak.”
“Suruhla dia balik. Malas aku nak layan dia. Buang masa saja.” Aku menghempas bantal ke atas tilam.
“Ni apa hal sebenarnya. Aku tak faham.”
“Tak ada apa-apa la..” Anis pun berlalu meninggalkan aku sendirian. Di saat-saat begini aku perlu bersendirian, mujur Anis memahami kehendak hatiku.

    Seketika kemudian, Kak Laila menelefonku. Malas sebenarnya aku melayan sesiapa di saat ini. Memandangkan aku semakin rapat dengan Kak Laila, tidak sampai hati pula rasanya membiarkan panggilannya begitu sahaja.
“Hello..” kataku sebaik aku menekan butang hijau.
“Assalamualaikum Nurul…Nurul apa khabar?” sayup-sayup suara Kak Laila dalam talian. Mungkin line tidak berapa elok.
“Waalaikumsalam akak. Nurul sihat. Akak?” adakah Kak Laila sudah dapat menghidu apa yang berlaku antara aku dengan Faris? Itu aku tidak pasti.
“Akak pun sihat. Nurul dah makan?”
“Belum, tak berselera la akak.”
“Kenapa? Nurul ada masalah ke?”
“Hurmm…tak ada apa-apa la kak..” aku diam, mati akal untuk aku berkata-kata.
“Nurul, akak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Faris adik akak, dia sudah cerita segala-galanya pada akak.”ujar Kak Laila.
“Akak juga terkejut dengan penerangan Faris, bila dia kata Nurul hanya berlakon menjadi kekasih dia. Akak tak tahu nak cakap apa masa tu. Cuma akak harap Nurul teruskan bertudung, bukan kerana dia tapi kerana Islam. Cubalah menjiwai Islam yang sebenar, dan menjiwai jiwa seorang wanita. Akak akan terus menyokong Nurul.” Aku diam.
“Akak tahu Faris benar-benar menyayangi Nurul, dia benar-benar ikhlas dengan Nurul. Walaupun dia tidak meluahkan isi hati dia pada akak, tapi dari kata-katanya akak tahu dia benar-benar cintakan Nurul. Nurul bertuah tau, Faris seorang yang setia…mmm..”
“Tapi kak, Nurul lakukan semuanya semata-mata mahu menolong dia. Bukan menduga hati Nurul.” Tersedu-sedu aku menahan tangis.
“Takkan Nurul tak ada perasaan pada adik akak?” Kak Laila menduga hatiku. Aku mengesat airmata. Perlukah aku berterus terang dengan Kak Laila? Atau terus dengan egoku?
“Nurul, kalau Nurul masih ada perasaan yang tersimpan dihati, luahkanlah agar ia dapat di dengar oleh insan yang dicintai. Jangan dibiarkan ia terdampar disudut hati, takut nanti akan karam di lautan mati.”ujar Kak Laila dengan kata-kata yang penuh bermakna.
“Terima kasih Kak Laila.” Talian aku matikan, sebak didada aku tahan.

Aku bangun menuju ke ruang tamu. Kelibat Faris kelihatan di luar rumah. Dia mundar mandir di sisi keretanya. Kasihan juga aku pada Faris, sudah sejam dia diluar. Serba salah aku di buatnya. Aku mengambil tudung yang aku sidai di sofa.
“Anis. Aku kat luar. Jumpa dengan Faris.” Pesanku pada Anis yang ada di dalam bilik.
“Elok la tu, kasihan aku tengok Faris. Kau settlekan la masalah kau dengan Faris. Aku tak nak masuk campur, nanti kata aku busy body pulak.” Laungnya dari dalam bilik.
“Ermm..” aku berlalu membawa langkah kakiku bertemu Faris di luar sana.


“Ris..” Sapaku sebaik merapatinya.
“Nurul, maafkan aku.” Bisik Faris. Aku mengeluh.
“Aku rasa semua dah terang ok. Kau settlekanlah masalah kau. Aku tak nak masuk campur dah.”
“Nurul, please. Aku minta tolong kau sekali lagi.” Rayu Faris padaku.
“Apa lagi? Kan aku dah kata aku tak nak masuk campur dah.”
“Please Nurul, sekali ni saja. Aku betul-betul perlukan bantuan kau.”
“Aku cakap aku tak nak. Aku tak nak lah.” Bentakku.
“Please..”
“Ris. Aku tak nak terperangkap dengan perasaan kau ok.” Jelasku padanya.
“Kenapa, kau takut?” aku mendiamkan diri.
“Okla. Aku takkan mengganggu perasaan kau lagi lepas ni. Aku cuma mahu kau tolong aku kali ni saja. Kalau kau masih kawan aku, please…” rayunya lagi.
“Hurm..apa dia.”
“Please berlakon semula jadi kekasih aku. Mama mahu jumpa Ahad ni.”
“Hei, kau gila ke? Kalau itu yang kau mahu aku tolong. Aku tak boleh lakukan..”
“Tapi Melisa dah bagitahu mama aku.”
“Habis tu…bagitahu saja yang kita dah putus.”
“Tak boleh, nanti pertunangan aku dengan Melisa akan berlangsung. Aku tak mahu. Aku tidak sukakan Melisa dan langsung tidak mencintai dia.” Aku mengeluh. Terasa berat permintaan Faris kali ini.
“Cubalah kau melihat dia baik-baik. Aku pasti Melisa mencintai kau.”
“Itu dia, bukan aku…Please Nurul, tolong aku.” Hatiku berbelah bahagi. Membiarkan sahaja lakonan ini berterusan bermakna aku akan terus dihantui perasaan aku padanya. Tapi jika membiarkan dirinya bersusah sendiri dalam kemelut yang dia hadapi bermakna aku bukanlah sahabat yang boleh membantu.
Aku menjadi serba salah. Diluah mati mak, ditelan mati bapa..ermm..betul ke peribahasa aku ni, macam tak betul saja…hatiku berbisik.
“Baiklah.”
Faris tersenyum. Jiwanya kembali tenang. Tapi aku, hatiku meronta, terseksa. Namun demi Faris. Aku lakukan apa saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

oliver_twist
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20817
Posting: 84
Dari: perak

uk  


posticon Posting pada: 20-03-06 18:52


best

Bookmark and Share

    


  Member Information For oliver_twistProfil   Hantar PM kepada oliver_twist   Quote dan BalasQuote

ieymannz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.09.2005
Ahli No: 19131
Posting: 47
Dari: ::sKuDai...joHor::

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-03-06 14:10


huhu..lambat lagik ke nak sambung ni..
saya bagi 10 bintang tuk cerita ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For ieymannzProfil   Hantar PM kepada ieymannz   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 22-03-06 14:41


.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-03-06 00:27


emm...plot yang bagus..
ana tunggu sampai habis cerita ni ya nurlynn..

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-03-06 13:05


terima kasih sabar menunggu..:-)
ni sambungan cerita...


9
*****************


    Faris memandu memasuki halaman rumahnya. Banglo putih dua tingkat itu tersergam indah dihiasi dengan taman mini di hadapan rumah. Faris memasuki garaj kereta. Sebaik Faris memberhentikan keretanya betul-betul dihadapan kereta Satria, dia mengeluh keberatan. Aku memandang dia seraya berkata,
“Kenapa?”
“Melisa..”
“Aku takutlah..”
“Aku ada, kau jangan takut.”
“Tapi..”
“Nurul, Ris ada dengan Nurul. Jangan bimbang, ok!” bisiknya padaku.

    Suasana di ruang tamu sangat tenang, seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kami. Susunan perabut di ruang tamu sungguh kemas. Cantik, memang cantik. Aku bagai terpukau dengan suasana di ruang tamu banglo milik kedua ibubapa Faris.
“Nurul, duduk dulu ye. Ris ke dapur cari Mama.” Aku mengangguk walaupun debaran di dada masih lagi terasa.

Setelah Faris berlalu. Aku mengambil peluang meninjau-ninjau keadaan rumah. Banyak gambar-gambar ayat-ayat suci Al Quran menjadi penyeri di ruang tamu ini. Tidak lupa juga potret keluarga tergantung di dinding rumah. Gambar Faris menerima ijazah, gambar Kak Laila dengan keluarganya, gambar Julia di Sydney, Australia juga tergantung di dinding. Mungkin gambar terbarunya. Kemudian aku terpandang potret kedua ibubapa Faris. Papa Faris walaupun usia sudah menginjak tua, tapi masih segak berpakaian kemeja batik, sedikit sebanyak Faris menyerupai papanya. Mama Faris pula berbaju kurung, sungguh lembut wajahnya, sedap mata memandang. Aku harap dia juga memiliki kelembutan di dalam hatinya seperti Kak Laila.

“Nurul Huda…” aku berpaling pada orang yang memanggil aku. Terkejut aku dengan kedatangan Melisa di ruang tamu.
“Well, welcome..”sindirnya. Aku hanya mendiamkan diri membiarkan dirinya berkata-kata.
“Mana Faris?”
“kat dapur..” jawabku acuh tak acuh. Dia berjalan mengelilingiku. Melihat aku seolah-olah aku seorang pesalah di matanya.
“Hurm.. apa sebenarnya yang membuatkan Faris tertarik pada kau? Padahal aku lebih cantik dari kau, bergaya dan ada kelas. Tak seperti kau. Tengoklah kau ni..!” sakit telinga aku mendengar kata-kata Melisa.
“Aku pasti auntie takkan memilih kau.. because she likes me so much..and for sure, I’ll be Faris’s wife, soon.” Aku menahan dan menerima segala kata-katanya. Biarkanlah dia berkata-kata, malas aku melayan kerenah orang sepertinya.
“But, watch your back if..”

“Melisa…” Melisa terdiam bila Mama Faris tiba-tiba terjengul di balik pintu di belakang ruang tamu.
“Err, auntie..dah lama auntie kat situ?” tanya Melisa antara dengar dan tidak. Suaranya seakan tenggelam di dalam kerongkong. Mama Faris diam, hanya matanya merenung tajam pada Melisa. Faris seakan mengerti lalu dia memperkenalkan aku pada mamanya. Mama Faris memandang aku dari atas ke bawah lalu tersenyum. Sejuk sedikit hatiku bila melihat senyuman milik mama Faris.
“Duduklah Nurul. Maaflah, mama lambat, sibuk kat dapur tadi.” Sekilas aku memandang mama Faris. Terkejut aku dengan panggilan yang dibahasakan untuk dirinya sendiri.
“Melisa, bawakan air yang auntie buat kat dapur tadi.”
“Auntie….” Jerit Melisa membantah. Mama Faris merenung Melisa. Dengan akur Melisa bergerak menuju ke dapur.

Tidak aku sangka, mama Faris menerima kedatangan aku dengan begitu gembira. Memang betul telahan aku selama ini. Faris mewarisi sifat mamanya, dan mewarisi ketampanan papanya. Seronok aku berbual-bual dengan mama Faris, dia melayan aku dengan baik sekali. Sesekali Melisa mencelah, namun mama Faris tidak mempedulikannya. Begitu juga Faris. Aku di layan mereka seperti keluarga mereka sendiri. Setelah lama Melisa di situ, akhirnya dia meminta diri untuk pulang. Sebelum pulang dia memandang padaku dengan tajam. â€Faris tetap akan menjadi milik I. He’s mine. You better watch out.’ Itu yang terngiang-ngiang ditelingaku sewaktu dia memandangku.

Lewat petang itu. Aku mengundur diri untuk pulang. Faris memohon dari mamanya untuk menghantarku. Ketika Faris berada di dalam kereta. Aku masih di luar bersalaman dengan mama Faris.
“Nurul, kalau Nurul sudi terimalah Faris.” Senyum mama Faris dengan ikhlas. Aku tercengang di situ. Apa maksud kata-kata mama Faris?

“Ris…”
“ye..” Faris memberi perhatian pada pemanduannya.
“Hurm..” keluh ku.
“Kenapa?”
“Apa sebenarnya yang kau bagitahu mama kau?”
“Kenapa?” soalnya balik padaku.
“Tak ada apa-apa.”
“Mama aku ada cakap sesuatu ke?”
“A’ah..!”
“Apa dia?”
Diam. Aku tidak menjawab pertanyaannya.
“Cakapla, apa yang mama aku bagitahu kau..” pujuk Faris.
“Ermm.. Kenapa kau nak tahu? Ini rahsia..” aku cuba menimbulkan suasana ceria.
“Owh..dah pandai berahsia dengan aku ye..”
“Hehe…”
“Tak apa, tak apa..”
Keadaan kembali sunyi. Hanya kedengaran lagu â€My Love’ nyanyian kumpulan Westlife di corong radio. Akhirnya, Faris bersuara,
“Nurul, sebenarnya aku dah bagitahu kedudukan sebenar hubungan kita. Apa yang Melisa beritahu mama aku. Aku nafikan. Nasib baik mama aku sporting. Tapi dia tetap mahu jumpa kau. Tu yang aku paksa kau..maafkan aku ek..”
“Ermm..apa yang kau beritahu mama kau.?”
“Ala..aku cakap la kau ni kawan karib aku. Pekerja yang paling setia dengan aku. Kemana saja aku pergi mesti kau nak ikut. Itu saja yang aku bagitahu.”
“Hah, sesedap mulut saja kau cakap aku macam tu. Kurang asam betul kau ni..”
“Hahahaha…..Adus, sakit la weh…” jerit Faris sebaik aku mencubit bahunya.
“Kau gelak lagi, nganga luas-luas…karang..”
“Yela…aku taula….” Aku tersenyum memandangnya. Hatiku benar-benar bergelora saat itu. Apa yang aku perlu buat? Dunia aku dengan dunianya berbeza, bagai langit dengan bumi.
“Nurul, kau sayang aku tak?”
“Mulalah tu. Malas aku nak layan kau. Aku layan radio lagi bagus tau.” Aku mencebikkan mulutku.
“Aku masih sayangkan kau..” antara dengar dengan tidak, tapi aku masih boleh menangkap apa yang Faris katakan sebentar tadi.


    Telefon bimbitku berbunyi memanggil aku untuk menjawabnya. Ku biarkan ia berbunyi seketika untuk mengaminkan doa yang aku baca selepas solat Isyak. Selesai berdoa. Aku lantas menjawab panggilan.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam, Nurul.” Jawab orang yang berada di talian.
“Mak..!” Jeritku kegembiraan.
“ye, mak kat sini. Nurul apa khabar? Sihat tak?” ceria aku mendengar suara mak.
“Nurul sihat mak. Mak dengan Pae sihat?”
“Kami semua sihat. Pae kirim salam.”
“Waalaikumsalam..”
“Nurul, mak tertunggu-tunggu…” kata-kata mak tersekat di situ.
“Tunggu apa Mak?”
“Ermm..”
“Cakapla mak..”
“Pae ada kelas tambahan..tapi dah beberapa hari dia tak pergi, katanya dia malu tak bayar yuran kelas tambahan. Nasib baik mak ada simpanan sikit. Bolehla jugak mak bayarkan untuk kelas Pae tu..” ujar mak.
“Astagfirullah..Nurul terlupa nak pos duit tu mak. Nurul minta maaf ye mak.”
“Hurmm, tak mengapa Nurul. Mesti Nurul banyak kerja. Mak tak kisah.”
“Esok Nurul poskan duit tu. Nurul betul-betul lupa la mak.” Aku betul-betul lupa. Mana taknya asyik berfikir soal Faris saja.
“Yelah..Nurul, ceria saja mak dengar suara kau. Ada apa-apa ke?”
“Ish, mak ni. Ceria amendenya. Macam biasa saja la..” aku tergelak kecil.
“Macam mana Nurul dengan Faris?”
“Macam mana apa? Ingat Nurul dengan Faris ni ehemm-ehemm ke..?”
“Hehehe..kalau betul apa salahnya. Mak nak jugak timang cucu..” aku terdengar gelak kecil mak di hujung talian.
“Ada pula mak ni, suka sangat usik Nurul.”
“Yelah-yelah..mak nak ke dapur ni. Nak kemas dapur. Esok nak berniaga pulak. Mak letak dululah telefon ni ye..”
“Ok mak, kirim salam kat Pae..”
“InsyaAllah, assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam..” terus aku matikan talian. Mak, mak..macammana boleh aku terlupa, desisku.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-03-06 13:06


10
*****************

    Keesokannya pagi-pagi lagi aku sudah keluar. Sempat aku berpesan pada Anis, tak usah menjemput aku pulang kerana kemungkinan aku balik lewat.

Cuaca pagi itu dingin, sejuk sampai ke tulang sumsumku. Aku meredah kota raya sehingga berada di pejabat ku. Beberapa orang pekerja sudah pun sampai. Di kejauhan aku lihat seseorang merapati mejaku. Aku memerhatinya dari jauh. Sebaik dia berpaling ke arahku dia terkejut lalu bergegas ke tempatnya. Aku memandang mejaku, sekuntum bunga ros terselit di atas rak besi tempat aku meletakkan dokumen. Roslan, tapi Kenapa. Aku merasa tidak puas hati Kenapa Roslan meletakkan ros merah tersebut, adakah dia yang bermain teka – teki dengan aku selama ini. Aku harus selesaikan masalah ini dengan segera. Dia tak perlu berpura-pura dengan aku lagi. Aku perlu tahu kebenarannya. Lantas aku membuka laci meja dan mengambil kesemua bunga ros bersama kad yang diberi Roslan beberapa hari yang lalu.

“Roslan, apa semua ni?” aku menghempaskan bunga-bunga ros di atas mejanya bersama sekeping kad. Dia tersentak memandang aku. Nasib baik pagi itu orang tidak ramai lagi.
“Errk..” Roslan kelihatan gugup.
“Apa semua ni?” tanya ku lagi agak kasar.
“Aku…aku….”
“Kau yang hantar semua ni?”
“Aku…bu..bu..bukan..”
“Hah..?”
“Err..bukan aku Nurul. Aku..aku…”
“Apa..?” tidak sabar aku dibuatnya.
“Aku tolong letak saja..” Akhirnya terluah juga apa yang Roslan nak kata.
“Siapa?” soalku lagi.
“Maaf la Nurul. Aku tak boleh bagitahu kau..”
“Bagi tahu aku, kalau tak…”

“Err..Nurul, Kenapa ni?” Faris yang baru tiba di pejabat tercengang-cengang melihat aku.
“Tuan, hehe..tak ada apa-apa. Gurau-gurau saja dengan Roslan ni. Kan Roslan…” dengan selamba aku menjawab pertanyaan Faris.
“Yerla..” Faris memandang aku pelik.
“Hehe…tuan awal hari ni datang.” Perliku. Faris menjeling padaku.
“Dah nak datang awal hari ni..dah dah..pergi buat kerja masing-masing, nak kena potong gaji ke..?”
“Err…baik tuan, encik..err..potong gaji tak nak la tuan..hehe.” terpisat-pisat aku berlalu ke meja ku. Bunga-bunga ros aku biarkan bertaburan di meja Roslan.


    Tengahari itu. Aku makan bersama dengan Faris. Berselera sekali dia makan. Fikiran aku melayang jauh, berfikir siapa gerangan yang memberi bunga ros padaku. Aku perhatikan Faris, begitu asyik dengan hidangan di hadapannya. Roslan? Tidak. Faris? Tak mungkin. Biasa saja aku tengok dia. Habis tu siapa. Aku mencongak-congak sehingga Faris perasan aku tidak menjamah makananku.
“Eh, Kenapa dengan kau?”
“Mmm, tak ada apa-apa.”
“Macamla aku tak tahu kau ada masalah. Hah, cepat bagitahu aku.” Dia meletakkan sudu dan garfu dalam pinggannya, lalu menghirup minuman dihadapannya.
“Tak adala. Aku malu nak minta kau temankan aku ke pejabat pos kejap lagi.” Tundukku malu. Aku tidak mahu Faris tahu apa yang berlaku pada aku. Biarlah aku sendiri yang selesaikan masalah ini.
“Sejak bila pulak kau malu dengan aku ini. Nampaknya kau dah sayang kat aku la ni..hehe..”
“Eee…banyak la kau..”
“Ermm…weh, ubahla sikit perangai kau. Pakai tudung tapi perangai macam laki..baik tak payah pakai.” Perli Faris. Aku terkejut, terpukul dengan kata-kata Faris.
“Ermm..ikut suka aku la. Nak pakai ke tak. Tapi sekarang aku rasa sedap saja pakai tudung ni.” Ujarku menyedapkan hatiku sendiri.
“Kenapa?”
“Aku rasa damai, ermm…Ris, thanks.”
“Aik, Kenapa kau berterima kasih kat aku..?”
“Sebab kau dah banyak ajar aku.”
“Hah, yeker..”
“Yerla..”
“Apa yang aku ajar pada kau..?”
“Kau tak tau?” Faris menggeleng kepala.
“Ermm..masa sekolah dulu kau ingatkan aku akan batas pergaulan antara kita, tak boleh bersentuhan antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim…ingat..?” Faris mengganggukkan kepala.
“Lagi, kau mengubah aku dari berpakaian ala-ala tomboy kepada baju kurung.”
“Ha, ah..” sekali lagi Faris mengganggukkan kepala.
“Lagi, kau buatkan aku memakai tudung dan perkenalkan aku pada kakak kau, Laila. Dia juga banyak mengajar aku sebenarnya. Ucapkan terima kasih pada dia ye Ris..”
“Ok..” aku terdiam. Faris hanya mendengar kata-kataku sambil menghabiskan sisa nasi di pinggannya.
“Lagi?”
“Lagi? Mana ada dah..” jawabku.
“Ada.” kata Faris sepatah.
“Apa dia?”
“Carilah sendiri..” gelak Faris. Aku tahu apa yang Faris maksudkan. Sengaja aku tidak memberitahunya.
“Cepatlah habiskan makanan itu, kata nak pergi pejabat pos.” ujarnya lagi.
“Yelah driver..”


    Selesai aku uruskan urusanku di kaunter. Aku terus mendapatkan Faris di kerusi menunggu. Kami beriringan menuju ke luar bangunan pejabat pos. Cuaca panas terik, peluh pula memercik di dahi. Faris mengibas-ngibas bajunya. Aku mengeluarkan telefonku, lalu mendail nombor rumah di kampung. Lama telefon berbunyi barulah aku dengar suara mak menjawab panggilanku.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam, mak..” ceria aku mendengar suara mak.
“Nurul, ha..Kenapa ni? Bila Nurul nak balik?”
“Nurul baru saja poskan duit tadi. Tiga empat hari sampai la tu. Mak jangan bimbang ek.”
“Yeke, terima kasih la Nurul. Susah payah saja.”
“Ala mak ni, apa pulak menyusahkan. Nurulkan anak mak. Mak, nanti Nurul balik, mak jangan terkejut tau.”
“Kenapa?”
“adalah, nanti mak tengok la..” ketika itu aku mahu melintas jalan kerana Faris memarking keretanya di seberang jalan.
“Budak ni..cakap la..”
“Adala mak, makk…..”
“Nurullll…” aku terdengar Faris menjerit memanggilku. Sekilas aku melihat Faris datang menolakku ke penjuru jalan. Dan ketika itu juga aku terdengar bunyi dentuman. Aku pula tersungkur dan kepalaku terhantuk di birai jalan. Mataku berpinar-pinar, kepalaku terasa pedih. Bau hanyir darah menusuk hidung. Dalam kepayahan aku cuba bangun, tetapi badanku terasa amat lemah. Mataku semakin kabur. Dalam keadaan kabur itu aku nampak ramai orang mengerumuni ku. Faris ku lihat berlumuran darah, rebah di tengah jalan dan sebuah kereta di tepinya ada kesan darah. Dan di tepi kereta itu aku ternampak seorang wanita yang amat aku kenali. Faris…jerit hatiku. Mataku kini sudah tidak bermaya, kepalaku pula berdenyut-denyut. Akhirnya aku tidak sedarkan diri selepas itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

Al-Mustaqqim
WARGA SETIA
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-03-06 15:09


seredup kasihmu..
?????

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MustaqqimProfil   Hantar PM kepada Al-Mustaqqim   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-03-06 23:13


wanita tu melisa ke??
suspen la..

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-03-06 15:40


11
*****************

    Gelap, itu yang aku nampak. Suara-suara manusia kedengaran di tepi telingaku. Aku cuba membuka mataku tetapi aku tidak terdaya. Aku terdengar esak tangis seseorang di cuping telinga. Suara Anis, ya suara Anis. Aku kenal suaranya. Dengan kekuatan yang masih bersisa, perlahan-lahan aku cuba membuka mata. Apa yang aku nampak terlalu kabur. Aku melihat sekeliling. Anis menangis di sisi ku. Seketika kemudian, barulah aku dapat melihat dengan jelas.
    
    Aku terbaring di katil, dahiku berbalut. Tanganku lebam kebiruan. Aku cuba menggerakkan tanganku ke arah Anis yang menekup mukanya di birai katil. Namun aku tak berdaya, kesakitan ditanganku tak dapat ku tahan. Aku cuba bersuara, terasa perit tekakku, tapi aku terus mencuba.
“Aa..niss..” Anis mendongakkan kepalanya.
“Nurul…Nurul..” dia bingkas bangun pergi. Aku hanya memerhatikan sahaja. Tak terdaya aku untuk lakukan apa-apa. Sebentar kemudian Anis kembali semula ke katilku, bersama seorang doktor wanita dan seorang jururawat. Ku lihat name tag di kiri baju doktor tersebut, Doktor Iwani. Doktor Iwani memeriksa aku. Satu persatu dia menyuruh jururawatnya mencatatkan apa yang perlu.
“Cik Anis, Cik Nurul tiada apa-apa. Dia sihat. Kecederaan dalamannya tidak ada. Cuma kesan lebam-lebam di tangan saja. Lebam-lebam tu akan pulih tiga, empat hari lagi. Begitu juga dengan kesan luka di kepala Cik Nurul. Cik Anis, Cik Nurul, jangan bimbang. Semuanya baik. Mungkin esok atau lusa cik Nurul boleh keluar.” Terang Doktor Iwani panjang lebar sambil bergilir-gilir memandang aku dan Anis.
“Syukur..terima kasih doktor.”Ucap Anis.
“Cik Anis, kalau ada apa-apa call saya. Saya pergi dulu.” Doktor Iwani berlalu bersama jururawatnya.



“Anis..”
“Nurul, kau jangan banyak bercakap. Kau masih lemah. Tidurlah.” Anis menarik selimut menutupi dadaku. Anis merenung ku sayu, tapi Kenapa. Aku cuba mengingati apa yang terjadi sebelum ini. Tentang mak, suara Faris, tapi apa kaitan semua ini.
“Apa yang terjadi?” soalku pada Anis tanpa di pinta.
“Dah jangan banyak cakap ye Nurul.” Pujuk Anis lagi.
“Apa telah jadi?” ulangku lagi. Anis menundukkan kepala.
“Kau..kau dengan Faris kemalangan.”
“Faris?”
Anis menganggukkan kepala. Fikiranku ligat berputar mengingati kejadian sebelum ini. Suara mak di talian, Faris menjerit memanggil ku dan ketika itulah kemalangan berlaku. Baru aku teringat kejadian tersebut.
“Anis, Faris macammana? Faris mana Nis?” hatiku sebak.
“Sabarlah Nurul. Faris tidak ada apa-apa. Dia ok.” Namun aku dapat melihat mata Anis digenangi air.
“Bagitahu aku perkara sebenar Nis.” Pujukku lagi. Aku lihat Anis menyeka kelopak matanya. Anis terus diam, membiarkan pertanyaanku tidak berjawab.
“Anis, Faris mana?” Aku semakin tidak sedap hati. Terasa hiba tiba-tiba.

    Sebentar kemudian kelihatan Kak Laila dan mama berjalan perlahan-lahan menuju ke arahku. Mata kami bertembung. Lalu Anis mengundur diri selepas Kak Laila dan mama tiba di katilku. Kak Laila kelihatan tenang, begitu juga dengan mama.
“Syukurlah Nurul tak apa-apa. Nurul rasa macammana sekarang?” tanya Kak Laila dengan senyuman yang sentiasa di bibirnya.
“Macam ni lah, kak.”jawabku. Mama hanya mendiamkan diri.
“Mama..akak..” mereka memandangku.
“Faris mana?” ku lihat mama menahan sebak. Kak Laila pula tenang sekali.
“Hurm..Faris ada di bilik ICU. Dia koma selepas kemalangan tu. Sudah dua hari Nurul” Terang Kak Laila padaku.
“Apa?” aku terkejut, terasa denyut jantungku seakan terhenti. Ini juga bermakna sudah dua hari aku tidak sedarkan diri.
“Tapi dia stabil, Nurul. Tidak serius. Cuma dia koma. Doktor tidak tahu bila dia akan sedar.” Mama pula memberi penjelasan padaku.
“Melisa pula di tahan reman, di atas tuduhan cubaan membunuh.” Ujar mama lagi.
Aku terkebil-kebil cuba mengingati semula kejadian yang menimpa aku dan Faris. Baru aku teringat aku ada melihat Melisa. Dia kelihatan kaget di sisi keretanya ketika Faris terkulai berlumuran darah di jalan. Kenapa Melisa sanggup berbuat begitu? Begitu sekali dia berdendam denganku. Kalau ku tahu begini jadinya aku tidak akan paksa Faris menemani aku ketika itu.
“Mama, Nurul nak tengok Faris.” Pintaku pada mama. Kak Laila memandang mama. Kemudian Kak Laila berlalu meninggalkan aku dengan mama Faris seketika.
“Nurul, mama minta maaf. Melisa tidak patut buat Nurul macam ni.”
“Kenapa pula mama mesti minta maaf. Ini sudah takdir, bukan salah sesiapa. Mungkin Melisa terlalu mengikut hati dan perasaan. Semoga dia insaf dengan apa yang telah berlaku. Mama janganlah menghukum dia.” Mama memegang tanganku seraya menganggukkan kepalanya. Sebentar kemudian Kak Laila kembali dengan membawa kerusi roda.


    Aku memandang Faris, wajahnya lemah tak bermaya. Tidurnya cukup lena seolah-olah dia tidak akan sedar lagi. Air mataku menitis membasahi pipi. Di saat ini hanya doa aku panjatkan agar Faris akan sedar semula. Segala kenangan antara aku dengan Faris ku imbas. Ku sedar betapa Faris menyayangiku, ku sedar betapa Faris amat menyintaiku. Di saat cintanya tersemai di jiwaku. Aku biarkannya kering tanpa setitis rindu. Disaat hatiku berlagu. Aku biarkan ia berlagu tanpa puisi. Dan kini, disaat gerimis kasih menyelubungi sanubari, taufan melanda badai cintaku ini.
“Faris…” kataku bersama sedu tangis.
“Aku tahu kau dengar suaraku. Dengarlah dengan hatimu, dengarlah setiap kata-kataku ini.” Bisikku ditelinganya.
“Aku amat menyayangimu, lebih dari seorang kawan, Ris. Aku benar-benar menyintaimu,” Air mata mengalir laju di pipi. Hari ini aku tewas. Tembok ego yang aku bina telah runtuh dek lautan kasih yang melanda di jiwaku. Aku kehilangan kata-kata, hanya mampu menatap wajah Faris. Sambil mengharap agar dia kembali ke alam ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 25-03-06 15:48


ala...panjangnya..tak larat nak baca..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-03-06 15:50


Pada 25-03-06 15:48 , jutawanmuslimah posting:

!!! QUOTE !!!

ala...panjangnya..tak larat nak baca..


:-di hehehe...


-----------------
"Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah SWT"


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

ieymannz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.09.2005
Ahli No: 19131
Posting: 47
Dari: ::sKuDai...joHor::

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-03-06 20:52


akhirnya...cinta&rindu itu terucap jua
huhu..
xabis lagi kan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ieymannzProfil   Hantar PM kepada ieymannz   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-03-06 23:31


emm...
cepat la abiskan nurlynn...
nak tau ending macam mana..
tak sabar ni.. :-di


-----------------
..~ukhwah~..ibarat sebuah rumah,tak perlu cantik,tak perlu mewah,yang penting kita bahagia di dalamnya..friends 4eva..


Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-03-06 17:05


12
*****************

Faris…Faris…jangan tinggalkan aku. Ris…..jangan..jangan...... aku meraung melihat Faris melambai-lambaikan tangan berlalu meninggalkan aku.
“Nurul….” Mak mengejutkan aku dari mimpi ngeriku. Aku terkejut.
“Astagfirullah.” Mak mengurut-ngurut dadaku yang berombak kencang. Nafasku tersekat-sekat.
“Mak…Faris..” aku menangis teresak-esak. Mak seakan mengerti lalu memelukku dengan erat.
“Sudahlah, jangan fikir sangat mimpi tadi. Mainan syaitan semua tu. Sabarlah.” Mak mengusap rambutku yang mengurai panjang. Ku cuba menahan esak tangis.
“Dah, mak nak pergi solat Subuh. Dah pukul 6.20 pagi ni.” Mak meleraikan pelukannya. Aku merenung mak, mak hanya tersenyum sambil menyeka air mata di pipiku. Sepanjang malam mak menemani aku di hospital. Mak tiba di sini petang semalam. Mujurlah Anis memaklumkan pada mak tentang nasib malang yang menimpaku.

    Aku merenung siling, mimpi tadi menerewang di ruang ingatan. Andai Faris pergi, tiada lagi insan yang menyayangiku seperti Faris. Aku berharap mimpi itu hanya mainan yang cuba menakut-nakutkan aku. Sekilas kemudian, wajah Faris silih berganti dengan wajah Melisa. Cinta Melisa terlalu kuat sehingga dia sanggup melakukan apa saja demi kasihnya pada Faris. Melisa. Aku tidak pernah membencimu apatah lagi menyakiti hatimu. Inikah salahku padamu kerana menyintai Faris, mengambil Faris darimu. Aku mengeluh. Terfikir nasib Melisa pada masa hadapan. Tiba-tiba hatiku teringat gerangan siapakah yang memberi bunga ros merah padaku. Kenapa dia tidak muncul di saat aku di timpa musibah? Siapakah dia? Kepalaku berdenyut-denyut. Luka di kepala masih belum sembuh.

    Berita gembira yang aku terima pagi itu melegakan hatiku. Kak Laila, mama dan mak bersyukur kerana Faris telah sedar dari komanya. Mujurlah dia tidak mengalami hilang ingatan akibat hantukan kuat di kepalanya. Aku turut bersyukur. Ketika baru sedar Faris tidak dapat mengecam sesiapa pun tetapi setelah beberapa minit ingatannya kembali pulih.

Petang itu. Aku menjenguk Faris di biliknya. Dia terbaring di katil. Ketika ini pelawat tidak dibenarkan masuk. Oleh kerana aku juga adalah pesakit aku dibenarkan untuk melawat Faris.
“Nurul..” Faris terkejut melihat aku. Senyuman terukir di bibirnya. Walaupun kepalanya berbalut tetapi dia kelihatan tenang.
“Ris macam mana sekarang? Kepala Ris sakit lagi ke?”
“Sakit lagi, sikit saja.”
“Nurul?”
“Erm, tak adala sakit sangat.” Kataku sambil meraba dahiku yang juga berbalut. Suasana sepi seketika. Faris melayani perasaannya sendiri, begitu juga denganku. Kami sama-sama mengeluh.
“Nurul..” mata kami bertaut. Aku menganggukkan kepala membenarkan dia meneruskan kata.
“Betul ke kau cintakan aku?” tergamam aku mendengar pertanyaan Faris.
“Berterus teranglah dengan aku, Nurul.” Aku membisu.
“Kenapa?”
“Aku ingin tahu perasaan kau sebenar padaku.”ujarnya. Aku mengeluh, mencari kata-kata yang sesuai.
“Ris, Melisa lebih mencintai kau lebih dari aku.”
“Aku hanya ingin tahu perasaan kau padaku, bukan perasaan Melisa.” Bentak Faris dalam nada marah.
“Baik, kalau itu yang kau nak tahu. Biarlah aku berterus terang.” Aku mengumpul kekuatan untuk menyatakan pada Faris.
“Ris. Aku menyayangi kau, benar-benar menyayangi kau. Kerana kau aku telah berubah, kerana kau aku mengenal erti hidup ini.” Jelas terpancar cahaya di wajah Faris. Dia begitu gembira mendengar penjelasanku.
“Kau sahabat sejati aku, yang banyak bersusah payah untuk aku. Aku menghargai persahabatan kita ini Ris. Aku menyayangi kau kerana kau sahabat aku.” Kata-kataku ternoktah di situ. Aku menahan sebak di dada. Dalam hati aku berkata, “Aku menyintaimu Ris.” Tidak tahan aku menahan air mata yang bergenang di bibir mata. Aku terus keluar dari biliknya. Hatiku menangis hiba, airmata mengalir lesu. Kerana cinta Melisa aku korbankan cintaku yang membadai hati ini.

    
    Mak mengemaskan pakaian ku ke dalam beg. Petang itu aku di izinkan keluar dari hospital. Doktor Iwani membekalkan aku beberapa botol ubat dan mengingatkan aku tentang aturan masa meminumnya. Anis telah pun sampai untuk membawa aku pulang ke rumah sewa kami. Ketika mahu pulang. Aku biarkan mak dan Anis berlalu dahulu kerana aku ingin berjumpa Faris. Nasib aku baik ketika itu, Kak Laila dan mama ada di situ. Kami bersalaman. Dalam kemuraman, Faris sempat berbisik “Aku sayangkan kau lebih dari seorang sahabat.”

“Nurul.” Kak Laila menemani aku menuju ke lif.
“Ye kak.”
“Kenapa Nurul tak beritahu Faris perasaan Nurul yang sebenar?” aku hanya tersenyum.
“Nurul sayangkan Faris sebagai kawan.” Jelas ku. Kak Laila mengerutkan dahi tidak percaya dengan kata-kataku.
“Tidak, akak pasti Nurul sangat menyintai Faris.” Ujar Kak Laila dan aku hanya mampu tersenyum. Pintu lif terbuka. Aku terus masuk ke dalam lif membiarkan Kak Laila di situ. Kemudian pintu lif tertutup perlahan-lahan, mata kami bertaut sehingga pintu lif tertutup rapat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-03-06 17:06


tunggulah episod terakhir...akan menyusul selepas ini...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-03-06 22:36


wah...
tak sabar den nunggu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-03-06 18:33


cepatlah ye.....hhehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

wihdatul_asrar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.02.2006
Ahli No: 22976
Posting: 121
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 01:40


cepat la... tak sabar nak tunggu ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wihdatul_asrarProfil   Hantar PM kepada wihdatul_asrar   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 11:19


the last episode.........


13
*****************

    Angin bayu yang merentangi sawah padi aku hirup, terasa segar dan nyaman menghirup udara yang bersih. Hampir sebulan aku tinggal di kampung, mencari ketenangan yang telah lama aku idamkan. Kerja yang aku tinggalkan aku tidak peduli. Biarlah Faris memecatku. Aku tak kisah, dia ingin marah pun aku tidak peduli. Melisa pula telah lama di bebaskan kerana aku telah menarik semula dakwaan ke atas Melisa. Aku pasti Faris kini sudah bertunang dengan Melisa. Semoga hidup Melisa berbahagia dengan Faris. Tetapi hati ini sering mengundang nama Faris, sukar untuk aku melupakannya. Dialah cinta pertama dan terakhirku. Aku mengeluh beberapa kali sambil memandang nun jauh di kejauhan sawah padi yang mula menguning.

    Tiba-tiba aku teringat semula kisah sekuntum bunga ros merah dan sekeping kad yang mengandungi kata-kata romantik yang aku terima lama dahulu. Sehingga ke hari ini aku belum tahu siapa pemberinya. Pelik memang pelik. Aku cuba mengingati semula tentang kisah ros merah. Roslan, mungkin juga Roslan. Selepas aku menggugut dia, dia tidak lagi berani berbuat begitu. Tapi tidak logik juga mengikut pandangan ku. Siapa sebenarnya si pemberi bunga ros merah itu? Makin aku berfikir, makin pening kepalaku.

“Nurul..” Terkejut aku bila mendengar namaku di sebut. Aku berpaling ke arah empunya suara. Angin sepoi-sepoi bahasa mengibarkan tudungku menyebabkan aku sukar melihat siapa dia milik suara tadi. Aku memegang tudung, mataku tertumpu pada seorang lelaki di hadapanku. Aku terkejut dengan kedatangannya. Di tangannya ada sekuntum bunga ros merah. Dia tersenyum memandangku.
“Roslan..Apa yang kau buat kat sini?”
“Ros merah ini untuk kau. Tadi aku ke rumah kau. Mak kau kata kau ada kat sini. Sebab tu aku datang ke sini.” Ujar Roslan. Dia mengunjukkan ros merah kepadaku. Teragak agak aku menerima ros itu. Adakah Roslan yang memberikan aku bunga ros selama ini? Habis Kenapa dia menafikannya bila aku bertanya padanya dahulu?
“Err, Roslan..”
“Aku tahu kau pasti tertanya-tanya Kenapa aku memberi ros ini pada kau. Memang la selama ini aku yang letak ros merah dan kad ucapan hari tu.”
“Jadi kau yang ….” Aku tidak dapat meneruskan kata-kata. Memang aku tidak menduga Roslan orangnya.
“Ya, memang aku.” dia tersenyum memandangku.
“Err..maksud aku, memang la aku yang letak bunga tu atas meja kau. Tapi aku ni tukang letak saja. Kau jangan fikir aku yang jatuh cinta dengan kau…”katanya lagi seolah-olah memahami apa yang bermain di fikiranku.
“Hah…” aku tercengang-cengang, bingung dengan kata-kata Roslan.
“Habis tu siapa?”
“Sayang, di sini ada getar rasa, antara rindu dan sayang , juga debar rasa yang meruntun. Di sini ada jiwamu, di sini jua ada kasihku. Abadikanlah kasihku dalam ruang hatimu......” suara Faris kedengaran di sebalik pohon kelapa yang rendang di tepi sawah itu. Aku benar-benar tidak mengerti, terkejut pun ada dengan kehadiran Faris di sini.
“Nurul. Aku datang ke mari demi cintamu yang kau tinggalkan bersamaku.” Perlahan –lahan Faris keluar dari tempat persembunyiannya.
“Ris, apa..apa maksud kau?”
“Aku tahu kau sayangkan aku. Demi cinta kita Nurul, jangan kau tinggalkan aku lagi.” Redup mata Faris menikam ke kalbu kasihku.
“Tapi Melisa menyintai kau.”
“Ya, tapi aku menyintai kau Nurul. Aku tahu dalam hatimu ada cinta untukku… Dia tahu aku menyintai kau dan bersedia mengundur diri. Hari ni dia berangkat semula ke UK. Dia meminta maaf dengan kau.”
“Ermm..” aku mengeluh. Hatiku berdebar-debar dengan kehadiran Faris di sini. Perasaan yang indah itu datang kembali. Haruskah aku kembali ego? Sukarnya aku melafazkan kata cinta bila berdepan dengan Faris. Aku tiada kekuatan untuk meluahkannya.
“Kenapa Nurul?” Faris kelihatan gelisah.
“Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi Ris. Aku…..”
“Nurul…”
“Baik kau meminang aku lekas-lekas, mak aku dah bising tau tak..” kata-kataku di sambut gelak ketawa Roslan yang ada di situ.
“Ye ke..kalau macam tu sekarang juga aku suruh mama aku meminang kau…” ujar Faris.
“Kak………..” Kelihatan Pae berlari-lari anak di tepi sawah menuju ke arah kami.
“Kak, rombongan peminangan abang Faris dah sampai.” Tercungap-cungap Pae menahan nafasnya yang turun naik. Aku sekali lagi terkejut, Faris tersenyum. Manakala Roslan pula tertawa.


“Teduhilah cintaku bersama rindumu kerana rinduku seredup kasihmu”



Nukilan: nurlynn82

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 22:58


hahaha...
lawak la si nurul ni...
good job nurlynn...

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-03-06 10:05


terima kasih finas :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 31-03-06 23:54


sama-sama nurlynn
:-)


-----------------
..~ukhwah~..ibarat sebuah rumah,tak perlu cantik,tak perlu mewah,yang penting kita bahagia di dalamnya..friends 4eva..


Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-04-06 01:25


salam...
hemm.. best ending dia...
boleh pulak jadi begitu.. huhuhu..

salam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 11-04-06 08:57


hm..seronok ceriteni...buat lah cerita lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-06-06 12:53


insyaAllah..ada ruang masa ana menulis lagi..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

kamalhisyam
WARGA SETIA
Menyertai: 10.06.2003
Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-06-06 17:12


hm... rasanya macam pernah baca... kalau tak silap novel SEREDUP KASIHMU.... ish... betul ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamalhisyamProfil   Hantar PM kepada kamalhisyam   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-06-06 17:22


Pada 02-06-06 17:12 , kamalhisyam posting:

!!! QUOTE !!!

hm... rasanya macam pernah baca... kalau tak silap novel SEREDUP KASIHMU.... ish... betul ke?


kebetulan tajuk serupa..tapi yang ni karya ana sendiri.. :-)


-----------------
"Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah SWT"


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-06-06 18:47


heheh cerita ini memang best...ana dah baca banyak kali heheh
tahniah nurlynn..
nati buat cerpen lagi ek??

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

syauqahaziqah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.08.2005
Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 26-06-06 16:18


tahniah
satu karya yang best............

Bookmark and Share

    


  Member Information For syauqahaziqahProfil   Hantar PM kepada syauqahaziqah   Quote dan BalasQuote

zahratunkhafiyah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.12.2004
Ahli No: 13381
Posting: 28
Dari: alor star

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-06-06 17:55


best la cerita ni...setianyalah si Faris tu. wujud lagi ke laki macam tu kat dunia ni? tak cayelah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratunkhafiyahProfil   Hantar PM kepada zahratunkhafiyah   Quote dan BalasQuote

comel21
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22777
Posting: 90

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 10:43


nurlynn..sambungla lagi..
nak tau ending cerita ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For comel21Profil   Hantar PM kepada comel21   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-06-06 10:53


a'a betul juga itu..
boleh smbung lagi nurlynn heheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

comel21
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22777
Posting: 90

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 18:27


TAHNIAH NURLYNN..karya yang hebat!

Bookmark and Share

    


  Member Information For comel21Profil   Hantar PM kepada comel21   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 18:39


terima kasih semua di atas komen anda..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 18:41


Pada 27-06-06 10:53 , wan_andmawaddah posting:

!!! QUOTE !!!

a'a betul juga itu..
boleh smbung lagi nurlynn heheh


:-di idea tu wan_andmawaddah...
;-) syukran...

nanti ana sambung..


-----------------
"Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah SWT"


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

ibnusina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.07.2004
Ahli No: 10405
Posting: 146
Dari: bumi ciptaan-NYA

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-07-06 20:00


memang sempoi lah..1st time baca pun dah terpikat...cerpen yang menarik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnusinaProfil   Hantar PM kepada ibnusina   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-07-06 20:28


heheh bolehnyer nurlynn...
good luck!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

themartyr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-10-06 01:09


Masih wujudkah lelaki sebegini di dunia?

Tanyalah diri, "layakkah diri untuk memiliki lelaki yang seperti ini?"

Kalau lelaki itu berkata, "saya akan cuba menjadi lelaki idaman awak." Sanggupkah awak berubah menjadi wanita idaman lelaki tersebut?

Tepuk dada, tanyalah diri.

Masih wujudkah wanita idaman saya di dunia?

Kata pensyarah Aqidah saya, bersabarlah menunggu bidadarimu di syurga nanti, andai tiada wanita yang berani menjadi isterimu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For themartyrProfil   Hantar PM kepada themartyr   Pergi ke themartyr's Website   Quote dan BalasQuote

lisa_solehah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 17.09.2006
Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-10-06 22:35


sehingga akhir episod pun still ada suspennya...


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For lisa_solehahProfil   Hantar PM kepada lisa_solehah   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-10-06 23:53


Alhamdulillah...
kisah cerita ni ada sambungannya..
insyaAllah akan ana post dalam masa terdekat..

:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 30-10-06 09:04


mm,kalau ada masa,sambungla...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

are_peace82
WARGA SETIA
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-10-06 14:37


nampak panjang saja cerpen ini terus tak jadi baca. hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_peace82Profil   Hantar PM kepada are_peace82   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 19:06



    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 16-11-06 01:13


best cerita ni... ;-)


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

mechaboyz87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27308
Posting: 94
Dari: -ump->> kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 16-11-06 10:12


best juga ar cerita ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechaboyz87Profil   Hantar PM kepada mechaboyz87   Pergi ke mechaboyz87's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.157664 saat. Lajunya....