Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 191
Ahli: 0
Jumlah: 191




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 14 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Tak Semurah Itu


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Tak Semurah Itu

Please Mendaftar To Post


Oleh Tak Semurah Itu

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 02-03-06 15:40


“Aku tengok sejak akhir-akhir ni kau asyik naik LRT saja. Kenapa? Tambang LRT pergi balik satu hari sama dengan 3 hari duit minyak motor kau tau .”

Begitulah kata sepupu yang juga teman serumah aku, Azman.

Memang! Siapa yang tak pelik! Elok-elok ada motorsikal, bersusah payah pula naik LRT. Naik motorsikal bukan saja lebih menjimatkan kos, malah mudah untuk mengelakkan kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur. Jika ada motorsikal, mudah ke sana kemari kalau berada di pejabat. Nak makan, nak solat di masjid. Naik motorsikal saja. Tak perlu tumpang sesiapa, tak perlu penat berjalan.

Tapi Kenapa pula aku naik LRT? Ada aku ada jawapannya. Kalau orang dengar jawapan aku mesti orang kata aku buat kerja sia-sia…

*****************************************************

Pagi itu aku bertolak awal ke pejabat. Aku mahu masuk awal. Ada kerja yang mahu aku bereskan. Perjalanan bermotorsikal dari Wangsa Maju ke pejabat di Bangsar lebih kurang 40 minit.

Pagi itu pukul 6.45 pagi aku sudah bersiap. Tidak pada jam 8 seperti mana biasa. Motorsikal aku hidupkan. Tunggu dalam 3 minit untuk panaskan enijn. Setelah aku duduk atas motorsikal, ada sesuatu yang tak kena pada motorsikal yang dapat aku rasakan. Oh! Rupanya tayar belakang pancit!

“Macam mana boleh pancit ni? Semalam bawa elok saja. Ada orang buang angin tayar aku ke?”

Pam tayar ada dalam rumah. Di tingkat empat rumah pangsa DBKL Wangsa Maju! Nak naik atas, malas! Nak panggil Azman suruh dia campakkan pam dari atas, barangkali dia sedang mandi! Nak usung motor ke stesen minyak, kemungkinan besar tiub tayar yang bocor dan bukan tiada angin seperti yang aku sangka. Nak tunggu kedai motor buka pukul 8, lambat. Aku tetap mahu pergi awal ke pejabat. Ada cara lain? LRT! Baik aku naik LRT!

*****************************************************

Sudah lama aku tak gunakan perkhidmatan LRT! Sebab dah ada motor maka tak perlu lah naik LRT! Azman juga ada motor, motornya lebih hebat dari aku . Jaguh! Kalau kami keluar berdua. Aku bonceng motor Azman.

Aku kira dah lebih kurang 3 tahun aku tak naik LRT! Kali terakhir semasa belajar di universiti dulu, semasa aku masih belum miliki motorsikal. Walaupun dah lama tidak guna LRT namun aku masih ingat di mana nak beli tiket, macam mana nak gunakan mesin untuk beli tiket, bagaimana nak gunakan tiket tu untuk masuk, di platform mana harus tunggu untuk naiki tren menuju pusat bandar. Aku masih ingat. Semuanya tetap sama. Yang berubah barangkali tambang yang telah naik!

Di platform orang agak ramai. Sudah pasti semuanya mahu ke pejabat. Kebanyakannya perempuan. Gadis, makcik, isteri orang, perempuan mengandung, semuanya kelihatan cantik berseri. Maklumlah pagi-pagi begini. Baru lepas mandi. Baru lepas bersolek, touch up, bedak dan segala macam kosmetik.

Sambil mata melilau memerhati gelagat manusia, pandangan ku terhenti ke arah seorang wanita bertudung labuh berjubah yang sedang berdiri di platform. Menggalas sebuah beg di bahu sambil sebuah fail berada di tangan, gaya seperti seorang pelajar IPT.

“Ada jugak awek tudung labuh tersesat kat sini!”

Lama juga aku tak nampak wanita bertudung labuh sejak tamat pengajian universiti. Mungkin disebabkan lama tak nampak itulah maka kaki aku tergerak menuju kearah perempuan itu untuk lihat bagaimana rupanya. Astaghfirullah! Tak mampu aku menahan kaki!

Aku berdiri pada jarak sekadar mana dapat aku lihat wajah perempuan itu dengan jelas.

“Hmmm. Boleh tahan jugak! Wajah yang sederhana tapi kalau ikut selera mata tu lepas la nak buat bini. Huh! Pagi-pagi lagi mata nakal ni dah buat maksiat. Astaghfirullahaladzim!”

Tak lama menunggu, tren menuju ke Pusat Bandar pun sampai dan semua yang di platform tadi berpusu-pusu masuk dalam tren. Dalam tren mata ku tercari-cari perempuan bertudung labuh tadi. Namun disebabkan tren sarat dengan penumpang, pandangan aku agak terhad. Setelah melepasi stesen Masjid Jamek, di mana ramai penumpang turun dan tren kembali lengang, barulah kelibat perempuan bertudung labuh tadi kelihatan.

Tanpa disedari tren dah tiba ke destinasi yang aku tuju. Stesen Bangsar! Tren aku tinggalkan bersama-sama perempuan bertudung labuh tadi yang masih di dalam. Entah ke mana destinasinya? Dan entah Kenapa pula aku sibuk-sibuk nak tahu?

Sejak pagi itu lah tren LRT menjadi pengangkutan rasmi aku ke pejabat. Setiap pagi aku tinggalkan rumah pada waktu yang sama dengan harapan dapatlah tengok perempuan tu. Itu pun masa nak pergi saja . Masa balik rasanya belum pernah lagi aku terserempak dengan dia.

sambung .... apa jadi agaknya ye ???

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 02-03-06 15:47


sambung .... apa jadi agaknya ye ??? ermmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-03-06 16:56


wahh..transmissionline dah kuarkan cerpen... cayalah..go go chaiyok... ;-)
bila nak sambung... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 02-03-06 17:08


“Laaaaa.. Sebab perempuan saja rupanya. Ingatkan ada dia orang sediakan sarapan percuma ke kat stesen LRT tu!”

Aku hanya tersenyum…

“Pelik la kau ni. Semata-mata kerana perempuan tu kau sanggup naik LRT hari-hari. Aku walaupun pantang nampak perempuan tak la pulak aku terlalu terdesak macam kau sampai sanggup buat benda sia-sia. Apa punya sangap la kau ni. Kau tahu nama dia?”

Geleng…

“Nombor telefon?”

Geleng..

“Hmmm … Ni satu lagi perangai pelik. Kalau aku la, sekarang ni aku dah dapat ayat dah perempuan tu.”

“Tu la, kau silap Man, taste aku ….”

“Tau .. tau. Taste kau tak sama macam taste aku. Kau nak cari stok-stok ustazah, paling koman pun awek yang pakai style Warnida, kan?”

“Tau pun … Taste aku ni susah sikit nak cari.”

“Susah apa benda! UIA kan dekat saja. Pergi la sana ngorat.”

“Kau ingat awek macam tu boleh main pancing tepi jalan macam tu saja ke. Dia orang TAK SEMURAH ITU tau! Kalau awek bohsia macam taste kau tu boleh la!”

*****************************************************

LRT kini jadi teman setia. Setiap kali aku naik LRT ke pejabat pasti ada perempuan tudung labuh tu. Memang rasa ingin tahu dan ingin mendekati tu ada tapi tidak pulak aku pernah cuba memulakan langkah untuk salam perkenalan. Kenapa ye?

Pernah sekali aku ambil cuti tahunan satu hari semata-mata untuk mengekori perempuan tu ke destinasinya. Rupanya dia berhenti di stesen Kerinchi. Kemudian dia naik bas transit. Aku pun ikut sama naik. Sampai ke dalam kampus Universiti Malaya dia turun. Aku turun sekali. Langkah aku terhenti di hadapan perpustakaan UM berhampiran perhentian bas tempat kami turun. Dia masuk ke dalam dan aku tertinggal di luar. Ye la. Takkan la aku nak masuk pulak. Bukannya student pun.

Misi aku mengekori perempuan bertudung labuh itu berakhir di situ. Tak mahu pula aku tunggu sampai dia keluar dari perpustakaan. Aku pun tak sebodoh itu nak buat kerja sia-sia! Namun yang pasti aku dapat agak dia adalah pelajar atau staf Universiti Malaya.

bersambung ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-03-06 17:22


Bertapa hebatnye kuasa seorang perempuan...

Betul lah orang kata, seorang perempuan mampu meruntuhkan sebuah negara yang kuat..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 03-03-06 17:16


“Macam mana? Dapat awek tu?”

“Tak”

“Sampai bila kau nak tengok dari jauh saja! tak ada faedah. Benda sia-sia”

Aku terdiam. Ada betulnya cakap si Azman ni.

“Kau kena ambil tindakan. Lagipun perempuan macam tu jadi pilihan kau nak buat bini kan?”

Betul kata Azman. Perempuan tudung labuh nampak solehah dengan pakaian sebegitu. Menutup sepenuhnya bahagian-bahagian tubuh yang tak sepatutnya jadi santapan mata lelaki. Aku selalu dengar orang kata “Kalau nak isteri macam Saidatina Fatimah, kita kena la jadi macam Saidina Ali”. Tu yang kadang-kadang buat aku terfikir layakkah aku. Tapi aku yakin kerana aku dapat rasakan naluri aku cenderung untuk memilih golongan sebegitu bukan sebab nafsu dan rupa tetapi sebab ketaqwaan dan keimanan. Aku sentiasa doakan supaya Allah berikan aku dapat yang baik-baik dalam segala hal, walaupun kadang kala aku jarang berikan yang terbaik untuk Allah!.

“Aku nak tanya sikit la. Kenapa masa kat U dulu kau tak rembat seorang awek tudung labuh ni?”, Azman menyoal aku.

“Dulu aku tak suka bercinta dan bercouple ni. Tak ada faedahnya. Menggalakkan maksiat hati ada la. Matlamat aku study, belajar jadi manusia.”

“Kau ni macam-macam la. Maksiat mata la, maksiat hati la. Sekarang bila dah tak ada awek yang kau boleh tackle baru la frust menonggeng.”

“Hahaha. Frust? Mungkin ada sikit-sikit agaknya … ”

“Aku rasa macam ni la. Kau kena buat sesuatu supaya kau boleh kenali dia.”

"Tak apalah Man. Kalau Allah dah tetapkan jodoh InsyaAllah takkan ke mana. Biarlah! Biar aku terlepas yang ni pun tak apa. Masih ramai lagi di luar sana."

"Apa la kau ni. Cepat sangat putus asa. nanti terlepas kau juga yang menyesal. Kalau kau nak aku boleh ajar cara nak mulakan perkenalan dengan perempuan."

“Hmmmmm … ”

Azman sedang menawarkan bantuan. Macam mana? Perlukah aku cuba? Dalam usia sebegini, dalam keadaan yang boleh dikatakan sudah mampu, memang dah patut aku mula mencari-cari calon. Atau patutkah aku lakukan solat istikharah terlebih dahulu?

*****************************************************

Aku kira-kira ada dalam satu setengah bulan aku naik LRT pergi balik dari pejabat ke rumah. Dan kini aku kembali berada atas motorsikal aku, menunggangnya ke pejabat di Bangsar. Tempoh sebulan setengah naik LRT tu agak menarik juga. Sekurang-kurangnya dapatlah merasa bagaimana pergi kerja naik LRT. Bersesak dalam tren pagi-pagi buta.

Perempuan tudung labuh yang aku tak tahu siapa dia. Ikutkan hati mahu saja aku buat seperti mana yang Azman cadangkan. Cuba dekati perempuan itu! Minta berkenalan dengan dia. Buat muka tembok. Muka tak malu. Ahhh!

Perempuan itu, dengan tudung labuhnya, jubahnya, stokinnya, lengkap dan cukup mempunyai ciri-ciri muslimah sejati. Aku percaya dia TAK SEMURAH ITU untuk menyambut salam kenalan dari lelaki yang dijumpai di kaki lima. Aku percaya dia TAK SEMURAH ITU untuk menerima teguran dari lelaki yang entah sesiapa. Aku percaya dia TAK SEMURAH ITU untuk didekati lelaki yang tidak ada sebab untuk dia mahu kenali dan buat kawan ….

Disebabkan aku percaya yang dia TAK SEMURAH ITU lah maka sejak dari dulu lagi aku tak pernah sesekali cuba memulakan langkah untuk mengenalinya.

Dan aku pulak, untuk mencari calon dengan cara sebegitu, jumpa tepi jalan dan terus mengorat macam orang yang dah terdesak. Aku juga TAK SEMURAH ITU …..


TAMAT ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 03-03-06 17:21


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-03-06 23:32


hmm..
apa moralnya??

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

eNira
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2005
Ahli No: 17047
Posting: 102
Dari: somewhere in Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 20:15


a'ah apa moralnye..explain la sikit...

Bookmark and Share

    


  Member Information For eNiraProfil   Hantar PM kepada eNira   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 15-03-06 21:33


cerita yang menarik...
boleh dipanjangkn lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

badshah78
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.12.2005
Ahli No: 20980
Posting: 80
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 15-03-06 22:55


Pada 03-03-06 17:16 , transmissionline posting:

rasa ramai muslimin senasib dengan transmissionline....apakah langkah seterusnya yang harus dibuat oleh nya?????


Bookmark and Share

    


  Member Information For badshah78Profil   Hantar PM kepada badshah78   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 20-04-06 10:35


Pada 15-03-06 22:55 , badshah78 posting:

!!! QUOTE !!!



rasa ramai muslimin senasib dengan transmissionline....apakah langkah seterusnya yang harus dibuat oleh nya?????


eh .. apa kena mengena dengan saya ??? saya tukang tulis cerita saja ... langkah seterusnya ??? cari la orang tengah ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 20-04-06 10:37


Pada 15-03-06 20:15 , eNira posting:

!!! QUOTE !!!

a'ah apa moralnye..explain la sikit...


moral ??? agak-2nya apa ye ??? kalau la lelaki dalam cerita ni menggunakan kaedah mengorat macam mana ??? betul ke cara tu ??

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-04-06 21:05


mengorat itu cara yang tak betul la..
tapi..pelik la cerita ni..
sebab ana tak jumpa moralnya..
agaknya nak kata dah jodoh ke...tak dah pun..
agaknya nak sedarkn kita pasal contoh wanita yang dikagumi lelaki..betul jugak..
atau agaknya lelaki suka buang masa atas benda-benada yang menarik minatnya??
hmm..tak tau la..
boleh transmissionline terangkn tak??

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 18-01-07 12:43


Pada 20-04-06 21:05 , finas posting:

!!! QUOTE !!!

mengorat itu cara yang tak betul lah..
tapi..pelik lah cerita ni..
sebab ana tak jumpa moralnya..
agaknya nak kata dah jodoh ke...tak dah pun..
agaknya nak sedarkn kita pasal contoh wanita yang dikagumi lelaki..betul jugak..
atau agaknya lelaki suka buang masa atas benda-benada yang menarik minatnya??
hmm..tak tau lah..
boleh transmissionline terangkn tak??


kadang-2 tanpa disedari kita terbuat perkara-2 yang sedikit terkeluar dari prinsip dan pegangan kita ... kalau kita tersedar kita akan kembali ke prinsip dan pegangan yang asal .. kalau kita tak mahu sedar barangkali kita akan terus tersasar ...



Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 30-01-07 11:07


moral yang saya dapat dr cerita ni tknk pakai tudung labuh...sebab dengan memakai tudung labuh ada lelaki seperti watak diatas tu akan mengekori(seperti cerita diatas)....eeeeiii seramnya...biar pakai biasa2 jadi tak diekori oleh siapa2...


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.
[ Telah diedit oleh: Farishah pada 30-01-07 11:09 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

yan4485
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.02.2005
Ahli No: 14357
Posting: 286
Dari: KL

Johor  


posticon Posting pada: 30-01-07 13:42


memang gadis tu TAK SEMURAH ITU untuk menyambut salam perkenalan yang tak kena pada tmptnya..
pada saya tak salah kalau pada pertama kali, mulakan dengan senyuman..beribu maksud yang terkandung dalam hanya sebuah senyuman..just give it a try...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yan4485Profil   Hantar PM kepada yan4485   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-01-07 14:00


Pada 30-01-07 11:07 , Farishah posting:

!!! QUOTE !!!

moral yang saya dapat dr cerita ni tknk pakai tudung labuh...sebab dengan memakai tudung labuh ada lelaki seperti watak diatas tu akan mengekori(seperti cerita diatas)....eeeeiii seramnya...biar pakai biasa2 jadi tak diekori oleh siapa2...



Takkanlah sampai taknak pakai tudung labuh...orang terpikat dek akhlak yang terpancar dari pakaiannya...sebab tu lah tajuk pun "Tak Semurah Itu"...boleh di ekori tapi bukan senang untuk di dekati....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-01-07 14:50


:roll: :lol: macam-macam.....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-01-07 18:03


Tak kan ending dia macam tergantung saja...

SESEORANG TOLONG SAMBUNG CERPEN NI!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-01-07 18:16


Pada 30-01-07 18:03 , mechelmine posting:

!!! QUOTE !!!

Tak kan ending dia macam tergantung saja...

SESEORANG TOLONG SAMBUNG CERPEN NI!!


betul tu...menarik kalau disambung lagi sebab cerita ni macam tergantung.....:)


-----------------
"Jadilah manusia luar biasa,gah jiwanya,kental imannya,tertib solatnya & al-Quran juadah....."


Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-01-07 20:15


Pada 30-01-07 18:16 , insyirah_hr posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 30-01-07 18:03 , mechelmine posting:

!!! QUOTE !!!

Tak kan ending dia macam tergantung saja...

SESEORANG TOLONG SAMBUNG CERPEN NI!!


betul tu...menarik kalau disambung lagi sebab cerita ni macam tergantung.....:)



Ye ke tergantung? ok saja rasanya ending macam tu.. penuh tanda tanya... :-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 01:15


bagus2....kiranya ini cinta LRT lah...
menarik cerita ni...Kalau pnjangkn lagi best jugakk..

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

salmanfarees
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26728
Posting: 79
Dari: New Zealand

newzealand   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 09:08


Ini kisah benar ke rekaan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For salmanfareesProfil   Hantar PM kepada salmanfarees   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 09-02-07 02:30


Pada 30-01-07 11:07 , Farishah posting:

!!! QUOTE !!!

moral yang saya dapat dr cerita ni tknk pakai tudung labuh...sebab dengan memakai tudung labuh ada lelaki seperti watak diatas tu akan mengekori(seperti cerita diatas)....eeeeiii seramnya...biar pakai biasa2 jadi tak diekori oleh siapa2...



Ini satu contoh lelaki yang obses tapi tidak pada tahap yang kritikal ... obsesinya terhadap perempuan masih dalam keadaan mampu kawal diri dari melakukan sesuatu yang di luar batasan ... yang mana akhirnya ia berjaya keluar dari obsesinya itu dan kembali berpijak di bumi nyata

Siapa yang tengok Di Sebalik Malam tempoh hari yang berkisar tentang topik Obses sudah pasti akan memahami yang ianya umpama satu penyakit jiwa (namun watak dalam cerita ni rasanya tak lah sampai sakit jiwa) ... obses ada kalanya tak kenal siapa ... kalau tak pakai tudung labuh pun belum tentu dapat selamatkan diri dari lelaki obses ... ;-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

sephia
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.07.2004
Ahli No: 9843
Posting: 70
Dari: kota bharu.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-02-07 10:41


semoga semua muslimin tak SEMURAH tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sephiaProfil   Hantar PM kepada sephia   Quote dan BalasQuote

nafisah
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 48
Posting: 442
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 27-09-07 13:41


lah... ending saja gini saja? marah betul ni. ingatkan panjang lebar. baru best baca.. at least akhirnya dia kahwin ke, jumpa kat kg ke... hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For nafisahProfil   Hantar PM kepada nafisah   Quote dan BalasQuote

limau_nipis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.10.2007
Ahli No: 31306
Posting: 44
Dari: putrajaya...bangi

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-10-07 16:57


Pada 30-01-07 18:03 , mechelmine posting:

!!! QUOTE !!!

Tak kan ending dia macam tergantung saja...

SESEORANG TOLONG SAMBUNG CERPEN NI!!


betul 2...rasanya best lagi Kalau disambung...sayanglah cerita best tapi habis macam ini saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For limau_nipisProfil   Hantar PM kepada limau_nipis   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 27-10-07 21:23


:berfikir: :-) ok lahh
bukan semua yang kita nak, kita boleh dapat
:-)


-----------------
don't forget to say THANK YOU ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.174784 saat. Lajunya....