Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 11-12-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: shanejohnson
Hari Ini: 0
Semalam: 1
Jumlah Ahli: 43101

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




  Yang Masuk Ke Sini
shanejohnson: 10 jam, 50 minit yang lalu
wadud: 5 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 22 hari yang lalu
muslimin23: 24 hari yang lalu
kasih_kekasih: 28 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: hukum mencerahkan warna kulit muka????


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» hukum mencerahkan warna kulit muka????

Please Mendaftar To Post


Oleh hukum mencerahkan warna kulit muka????

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 23-02-06 13:08


assalamualaikum.........


saya ingin bertanya apakah pula hukumnya mencerahkan kulit pula.Adakah ia mengubah kejadian Allah sebabnya ramai kawan saya yang bertubuh gelap tapi mukanya lebih putih dan cerah dan kontra dengan kulit muka daripada tangan.Ditambah pula,banyak syarikat kosmetik menawarkan produk pencerahan
kulit.Adakah ia haram kerana mengubah kejadian Allah?ini kerana dari satu hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.”
Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.
[ Telah diedit oleh: amilyn pada 23-02-06 13:10 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

abadaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.11.2005
Ahli No: 20370
Posting: 126
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 13:28


hmmm...persoalan ni pernah jugak terlintas dalam fikiran saya...kadang-kadang kalau bersolek juga boleh membahayakan...
yela, bila dah bersolek walaupun nipis tetapi boleh menimbulkan rasa riak akan kecantikan diri kita kan????

sebagai perempuan yang mempunyai 9 nafsu dan sentiasa ingin cantik,perlu banyak berhati-hati dengan segala apa yang kita lakukan...

ada yang mengaku nak jaga kecantikan diri yang dianugerahkan oleh Allah...
tapi tegakah kita untuk mempertahankan niat suci itu bila dipuji...apetah lagi oleh kaum lelaki...
perlu iman yang kuat itu!!!

bab putihkan kulit ni....
kalau kulit kita hitam kerana terbakar dek pancaran uv...ertinya kita bukan mengubah kan???

kita sebenarnya dah terpengaruh dengan kenyataan "putih itu cantik"...kalau tak putih, tak cantik....tak betul tu...cuma mungkin puih itu lebih menyerlah kecantikannya...ni satu masalah lagi...bukankah wanita yang baik tu yang tidak disedari kehadirannya di khalayak ramai dan tidak dipandang oleh yang bukan mahram???

Wallahualam...teringin nak dengar penjelasan oleh orang2 yang arif dan mengetahui...

Bookmark and Share

    


  Member Information For abadaaProfil   Hantar PM kepada abadaa   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 23-02-06 14:29


mmmmm...... :-|

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

harmoni_melodi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2005
Ahli No: 19040
Posting: 50

Johor  


posticon Posting pada: 23-02-06 14:42


saya pun nak tahu juga sebab ramai gk yang menggunakan krim pencerah untuk mencerahkan kulit...
haram ke???
siapa yang arif harap dapat memberi jawapan...

putih itu cantik???
tapi hitam itu manis kan???

tak kisah la,
hitam atau putih yang penting hati mesti baik :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For harmoni_melodiProfil   Hantar PM kepada harmoni_melodi   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 14:46


saudari amilyn.. :)

Kalau saudari nak tanya tentang hukum hakam, kalau nak senang direct ke forum ni al-ahkam.net.

Ni ramai pakar2 Islam kat sana.. Insya Allah boleh membantu. Anggota ukhwah pun ada kat sana. Good Luck

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

lebah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20760
Posting: 64
Dari: Fac Sc, UMKL

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 15:12


ahakz...nak cilok sikit tang bab ini..

bagi saya tetap haram kalau guna cat putih untuk putihkan wajah...sebab cat itu kan boleh menghalang air wuduk dari terkena mukanya...betul takkkk.... heheheheh....jangan marah...lawak juga...


what ever mengubah keadaan yang asal seperti bulu kening tetap haram kecuali kalau bulu kening itu kurang normal seperti macam bigfoot boleh aar repair sikit-sikit sehingga jadi macam manusia.

tang mencerahkan kulit adalah adalah sesuatu keadaan yang berbeza. mencerahkan kulit adalah diharuskan asalkan niatnya betul lebih2 lagi sebagai persedian untuk menambat bakal suami.

cuma apa yang perlu diambil perhatian hendaklah pastikan produk itu daripada bahan-bahan yang halal. hari ini banyak produk yang mengunakan bahan-bahan yang tidak halal dan merbahaya terutama dari syarikat bukan islam. so, kena aar ati2 sikit!


-----------------
iCaM SeLaMat
"kalau kita boleh tunaikan apa yang allah mahu, nescaya allah akan tunaikan pula apa yang kita mahu".(H.Riw At-Tabrani)


Bookmark and Share

    


  Member Information For lebahProfil   Hantar PM kepada lebah   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 23-02-06 16:33


betul ke di benarkan?contohnya vmacam ziana zain,dulu gelap sekarang putih melepak.bukan untuk suami tapi tatapan awam.macam mana eik?

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 23-02-06 16:33


betul ke di benarkan?contohnya vmacam ziana zain,dulu gelap sekarang putih melepak.bukan untuk suami tapi tatapan awam.macam mana eik?

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 16:37


Kita hidup ni biarla macam biskut Oreo, hitam kat luar tak mengapa asal putih kat dalam. Manis pulak tu!

-tapi tak tau la boleh pakai ke tak lagi falsampah ni sebab sekarang biskut oreo pun dah ada krim yang warna coklat hehehe :-di


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

spaghetigoreng
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.02.2006
Ahli No: 22680
Posting: 134
Dari: bumi Allah

uk  


posticon Posting pada: 23-02-06 16:48


tak pernah berusaha nak mencerah kulit yang hitam setampuk manggis ni, sebab for me, if i do that it seems that i have been influenced by the propaganda that 'the fairer, the more beautiful'.. i wont allow myself to be exploited that way. why should i care? asalkan kulit sihat cukuplah.. kat UK ni tak pernah jumpa satu produk pencerah kulit pun..sebab apa kat Malaysia banyak? sebab kita dah disogokkan yang kulit putih melepak macam orang putih tu lagi cantik..dah jadi satu benchmark-cantik adalah bila anda berkulit cerah, slim & langsing, rambut panjang lurus etc. ni macam saki-baki imperialisme saja.. orang putih kat sini lagi sibuk nak 'tan' kan kulit sampai bukak 'tanning shop' yang kita sibuk nak cerahkan kulit. aneh benar!

(maaf xmenjawab, cuma rasa geram sikap sesetengah orang yang terlalu pentingkan superficial beauty & let themselves exploited)

Bookmark and Share

    


  Member Information For spaghetigorengProfil   Hantar PM kepada spaghetigoreng   Pergi ke spaghetigoreng's Website   Quote dan BalasQuote

elmifaiz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22925
Posting: 41
Dari: Brickfields

Selangor  


posticon Posting pada: 23-02-06 16:51


macam iklan kat tv la pula...

misi memutih muka dalam beberapa minggu....

"saya baru pakai beberapa hari, tunggu ye'

ada si pemakai bertudung....

saya sendiripun tak faham tujuannya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For elmifaizProfil   Hantar PM kepada elmifaiz   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-02-06 17:08


macam saudara amrizal cakap, lebih baik tanya pada yang arif...

em...tak pun, tak payah pakai...kan senang? :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

NuR_HiKMaH
WARGA SETIA
Menyertai: 16.07.2003
Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor

Johor  


posticon Posting pada: 23-02-06 21:28


for me, iklan fair dan lovely tu nampak sangat bohongnye..
nampak sangat orang tu dimekap jadi hitam
janganla mudah terpedaya dengan iklan
saya tengok orang yang pakai krim2 entah pahape untuk putih muka
resultnya muka bukan putih tapi pucat..
makin buruk nengoknye

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuR_HiKMaHProfil   Hantar PM kepada NuR_HiKMaH   Quote dan BalasQuote

atiey11
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15667
Posting: 93
Dari: selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 21:41


memangbyk produk kat pasaran sekarang ni untuk nak putihkan muka.. tapi ada sesetangah produk tu ada bahan kimia yang bahaya.. hidroquinon.. bahan kimia macam tu memang boleh memutihkan tapi ia memudharatkan juga.. cz dia boleh membuang sel apidermis, lapisan kulitpaling luar yang melindungi kulit dari uv.. kesannya kulit memangputih tapi terdedah pada risiko mendapat barah kulit.. cz tak ada yang melindungi lapisan bawah kulit dari uv tu.. tapi kalau pakai uv protection cream tu tak apa la.. dia ada spa 12, spa 15 etc yang melindungi kulit dari sinaran uv yang berbahaya tu..
wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For atiey11Profil   Hantar PM kepada atiey11   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 22:48


Putihkan muka? Hmmm. Nanti jadi macam kuda belang. Muka putih, tenggkuk hitam. Tangan putih lengan hitam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

almumtahanah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.01.2004
Ahli No: 6367
Posting: 145
Dari: depan komputer

egypt   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 23:37


!!! QUOTE !!!

tak kisah la,
hitam atau putih yang penting hati mesti baik


betul tu...lagi satu jangan mudah terpengaruh dengan iklan... yang jadi model tu pun sebenarnya dah memang already kulit cerah.. :-|


p/s: pandangan mata selalu menipu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For almumtahanahProfil   Hantar PM kepada almumtahanah   Pergi ke almumtahanah's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-02-06 00:41


Saya tak nak sentuh bab lain, cuma nak maklumkan kebanyakan agen pemutih (whitening agent) diekstrak daripada bab*. Jika nak guna barangan kosmetik yang ada agen pemutih, fikirlah dua tiga kali. Gunalah produk-produk yang bebas daripada ekstrak bab* ini supaya kecerahan kulit anda bukan disebabkan berkesannya silauan agen pemutih yang diekstrak daripada bab* itu.


Terdapat beberapa produk kosmetik yang saya percaya bebas daripada unsur haram ini seperti Sabun Susu Kambing keluaran hari, atau ubat herba yang terdapat di pasaran. Krim pencuci muka dan seumpamanya tidak boleh dipercayai dari segi kehalalannya.

thank you.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-02-06 02:29


hmmm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-02-06 11:11


saya rasa pakai krim ni penting jugak..
contohnya macam sunblock.
sebab macam kulit saya..cepat terbakar..
cukuplah 30 minit saja kat tengah panas...
dah nampak kesannya, saya risau jugak
nanti dapat penyakit lain pulak kalau sangat terdedah kepada cahaya matahari...
setiap orang jenis kulit lain2..ada yang tahan panas,
ada jugak yang tak payah pakai pencuci muka pun dah cantik...
sampai sekarang saya hairan..
orang lain muka lebih putih dari tangan tapi saya tangan lebih putih dari muka?

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 24-02-06 18:17


anybody know the hukum?it very important to know because most women try to change the color of their face just to look beautiful.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2024
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-02-06 19:16


:-) hmmm....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

yanokage
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20839
Posting: 275
Dari: SMK (A) Al-Irshad

PulauPinang  


posticon Posting pada: 24-02-06 19:43


tak salah rasanya kan ... mungkin orang selalu ejek dia .... apa salahnya ... tapi kan .. kalau nak cantik untuk tatapan lelaki tu bukan haram ke?? wanita cuma boleh berhias di hadapan suami saja kan ?


-----------------
"Whenever there is justice, There is a life" ... HUndred Beast Sentai ! Gaoranger !!
[ Telah diedit oleh: yanokage pada 24-02-06 19:47 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For yanokageProfil   Hantar PM kepada yanokage   Pergi ke yanokage's Website   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-02-06 10:44


Pada 24-02-06 11:11 , triptofana posting:

!!! QUOTE !!!

saya rasa pakai krim ni penting jugak..
contohnya macam sunblock.
sebab macam kulit saya..cepat terbakar..
cukuplah 30 minit saja kat tengah panas...
dah nampak kesannya, saya risau jugak
nanti dapat penyakit lain pulak kalau sangat terdedah kepada cahaya matahari...
setiap orang jenis kulit lain2..ada yang tahan panas,
ada jugak yang tak payah pakai pencuci muka pun dah cantik...
sampai sekarang saya hairan..
orang lain muka lebih putih dari tangan tapi saya tangan lebih putih dari muka?


em...kalau sunblock lain lah pulak ceritanya....kita pakai tu untuk "mencegah" bukan "memutihkn"... :roll:

lagi 1, itu juga sebagai tawakkal kita menjauhi mudharat kesan negative dari pancaran matahari... :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

ilma
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14511
Posting: 247
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-02-06 16:45


sekarang ni banyak produt memutihka kulit di pasaran...
dan saya rasa ramai wanita menngunakanya...
Kalau benda ni haram kenapa tak diwarwakan...
mugkin mereka tau...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilmaProfil   Hantar PM kepada ilma   Pergi ke ilma's Website   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 28-02-06 13:08


assalamulaikum.........
wahai saudari permata putih.............
persoalan saya disini ialah apakah hukum mencerahkan kulit wajah bukan menjatuhkan hukum.persoalan saya apakah hukumnya memakai produk untuk tujuan pencerahan bukannya kerana jerawat,jeragat ataupun bintik hitam.sebab itulah dibawah hadis itu saya sebutkan Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak sebab saya tahu menggunakan produk kerana masalah ini dibolehkan.
saya ingin bertanya siapakah saudari untuk meletakkan hukum sama ada ia mengubah kejadian ataupun tidak?adakah saudari ulama muktabar ataupun seorang yang arif tentang hukum hakam?sdgkan orang yang arif mengenai agama sendiri tidak berani meletakkan hukum.mungkin bagi saudari ia isu remeh tapi isu remeh beginilah yang dipandang enteng oleh kita kerana kita sibuk mengejar kecantikan dunia. di majalah wanita...perunding kecantikan..seorang wanita bertudung pernah menyatakan bahwa..memutihkan adalah satu kaedah rawatan untuk hilangkan pigmentasi....
adakah dia seorang yang boleh dipercayai untuk meletakkan hukum hakam, mungkin dia adalah perunding kecantikan yang mendapat pendidikan barat ataupun mempelajarinya bukan dr segi agama ataupun ingin mempopularkan rawatannya.apa tujuan saudari state dia bertudung?
memang hadis itu tidak menyebut langsung mengenai hal ini kerana Pada zaman dahulu tidak ada isu begini tapi pada zaman sekarang isu ini timbul kerna perkembangan teknologi.contohnya penggunaan botox setengah alim ulama mengatakan tidak haram dan setengah lagi mengatakan haram.
tujuan saya memakai produk bukan untuk mencerahkan kulit kerana buat pengetahuan saudari saya sudah sedia cerah,sdgkan tujuan saya ingin menghilangkan jerawat kerana jerawat ini timbul kerana masalah resdung yang kronik
saya tidak berani meletakkan hukum kerana saya sendiri mencari hukumnya.Betul ke saudari yakin bahawa produk yang saudari gunakan adalah halal kandungan,adakah saudari pasti?dan saudari betul-betul yakin kehalalannya.adakah saudari tahu penggunaan produk pengelupasan boleh menyebabkan kanser kulit kerana lapisan epidermis telah dihakis dan tinggal lapisan dermis untuk menahan panahan matahari.
saudari tahu permasalahan pringles........pringles itu haram dimakan kerana kandungan tapi lihat berapa ramai muslim yang memakannya kerana tidak tahu hukumnya dan juga isu temulawak yang dikatakan tidak sah dibuat sembahyang.
Produk yang dijual dipasaran dibahagikan kepada beberapa jenis.untuk jerawat,pigmentasi ,whitening dll.Selalunya produk jerawat bukan untuk mencerahkan tetapi untuk menghilangkan jerawat berbanding dengan produk whitening yang bertujuan untuk memutihkan.there are different right?bukan pekara ini simple bagi saudari tapi bukan sesuatu yang simple bagi saya dan dengan mengetahui hukum saya boleh menegur sahabat saya.dan bagi saya kegelapan bukan kerana pigmentasi.bagi saya siapa yang makan cili dia terasa pedasnya.Baca dulu betul2 posting saya sebelum jawab!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

alin1605
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10792
Posting: 281
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-02-06 14:22


assalamualaikum wbt...

bagi alin, paras rupa tidak mencerminkan peribadi seseorang itu... yang penting jagalah kebersihan kerana Islam itu mementingkan kebersihan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 28-02-06 14:44


tak payah nak putih putihkan muka...apa yang penting,budi bahasa.rupa cantik tapi kurang budi bahasa tak guna jugak


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

asy-syahadah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.10.2005
Ahli No: 19717
Posting: 49
Dari: alam semesta

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-02-06 14:50


benda ni bergantung kepada niat seseorang...... ada juga sesetengah orang menggunakan sesuatu produk bertujuan untuk menjaga kulit muka, tapi hasilnya kulit muka menjadi putih.... Kalau memang nak putihkan muka, apa sebab dia nak putihkan muka dia? apa yang alin cakap tu betul..... muka tak melambangkan peribadi, tapi tingkah laku yang harus dijaga dengan serapi mungkin...wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For asy-syahadahProfil   Hantar PM kepada asy-syahadah   Quote dan BalasQuote

fatimahzahra
Warga 5 Bintang
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23022
Posting: 363
Dari: blue universe

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 28-02-06 19:27


"kejelitaan adalah hak milik setiap insan".........wakaka

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimahzahraProfil   Hantar PM kepada fatimahzahra   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 12-10-06 14:30


hehehehehe....
macam-macam isu...
tapi macam saya pun pakai krim u hilangkan jerawat sebab masalah resdung...
tapi muker saya putih pada tangan saya...
muka saya cerah dari dulu....sebab dulu ada jerawat sekarang dah bernsur2 hilang..
2 yang jadi cerah...
saya pun just guner sunblock..tapi memang tangan itam pada muka ar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

destinasi_abadi
WARGA SETIA
Menyertai: 31.12.2004
Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 12-10-06 15:48


salam...
hari tu dalam kelas ethics ada belajar pasal pembedehan plastic dan perkara yang sengkatan dengan nya....masa tu ada seorang student tanya kat ustaz hukum memakai krim pencerahan ini...menurut ustaz tu....tak salah...malah Islam tak mengharamkan pun...sebab ianya tak tergolong dalam perkara2 yang mengubah ciptaan Allah...

wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For destinasi_abadiProfil   Hantar PM kepada destinasi_abadi   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 12-10-06 16:48


Salam
terima kasihlah saudari destinasi abadi atas jawapan saudari.memang itu yang saya tunggukan jawapannya,it came from the right person.kalau macam tu hilanglah keraguan saya selama ini.so, blhlah pakai apapun.tujuan saya bertanya adalah ingin mengetahui sahaja kerana ada org yang mepertikaiankan mengenai hal ini sehinggakan menimbulkan keraguan yang mendalam di hati saya.itu sahaja kerana terdapat ramai wanita disana yang inginkan kulit yang putih tapi saya sendiri hairan mengapa mereka tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada,kalau saya walaupun gelap tapi berkulit bersih tanpa sebarang jerawat saya sangat bersyukur sangat.bagi saya lebih baik berkulit gelap bersih daripada berkulit cerah tapi berjerawat.Kerana saya mengalami masalah jerawat yang sangat sukar dihilangkan dan ambil masa yang lama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-02-09 08:27


Pada 12-10-06 15:48 , destinasi_abadi posting:

!!! QUOTE !!!

salam...
hari tu dalam kelas ethics ada belajar pasal pembedehan plastic dan perkara yang sengkatan dengan nya....masa tu ada seorang student tanya kat ustaz hukum memakai krim pencerahan ini...menurut ustaz tu....tak salah...malah Islam tak mengharamkan pun...sebab ianya tak tergolong dalam perkara2 yang mengubah ciptaan Allah...

wallahua'lam...


Owwh.... Terima kasih. Baru tahu niiee...

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

fizizzuddin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.02.2009
Ahli No: 37209
Posting: 40

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-02-09 11:21


SALAM..ALAHAI...KALAU SETAKAT MENCERAHKAN KULIT MUKA ITU TIDAKLAH LAGI DIKIRA MENGUBAH CIPTAAN ALLAH.KULIT CERAH KE,KULIT WARNA KICAP KE-TAPI KICAP MANIS AAA...-SERUPA SAJA,JANJI HATI MESTI BAIK.TAPI KALAU NAK SAMPAI BEDAH KULIT,PAKAI PENCERAH YANG MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN YANG BERBAHAYA,BERCAMPUR DENGAN BAHAN-BAHAN YANG HARAM,ITU BARULAH TERGOLONG MENGUBAH CIPTAAN ALLAH.SETIAP MANUSIA ITU DICIPTA DENGAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN.BUKA TAFSIR AL-QURAN SURAH AT-TIIN.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizizzuddinProfil   Hantar PM kepada fizizzuddin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.14397 saat. Lajunya....