Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-11-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bahkan orang yang ada penawar racun tak berani hendak minum racun
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: lizawati2302
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43141

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
lizawati2302: 1 hari, 6 jam, 17 minit yang lalu
Kang: 1 hari, 11 jam, 18 minit yang lalu
sahabat_sejati: 7 hari yang lalu
sadiqah: 11 hari yang lalu
eme86: 15 hari yang lalu
al_hafizahgirl: 19 hari yang lalu
nice_pesan: 22 hari yang lalu
umy_1510: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Boikot Barangan Buatan Malaysia


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Boikot Barangan Buatan Malaysia

Please Mendaftar To Post


Oleh Boikot Barangan Buatan Malaysia

Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 09:24


Assalamualaikum wbt

Sejak akhir-akhir ini, terlalu kerap rasanya agama Islam di hina sana dan sini. Tidak cukup di hina, ada yang mencebik, dan ada yang boleh ketawa kesukaan melihat agama sendiri semakin hancur.

Isu karikatur hina nabi yang dimulakan Denmark masih lagi panas. Masih ada siri demo-demo yang dilakukan di pelusuk dunia. Ada yang mati dek kerana demo itu.

Tidak dilupakan, negaraku Malaysia. Sangat pelik. Perkara ini juga boleh berlaku di negara kita. Tidak cukup Sarawak Tribune, New Starit Time, juga Mingguan Malaysia. Saya yakin selepas ini akan ada juga pihak2 lain yang tampil untuk menghina, mempertikai, memperlekeh nabi dan juga Islam.

Mengapa ini terjadi? Pada saya, ini terjadi kerana pemimpin yang lembik, layu dan lemah. Tidak tegas seperti PM sebelum ini. Sebab itu, orang bukan Islam terlalu seronok memperkotak katikkan Islam kerana 'budi bahasa budaya kita'. Kempen taik yang akhirnya memakan negara sendiri. Lihatlah hasilnya sekarang!

Jika kita boleh melaungkan boikot barangan denmark, Kenapa tidak pula kepada Malaysia? Malaysia juga menghina Nabi. Sudah banyak akhbar yang kurang ajar. Tidak cukup dengan itu, entah berapa banyak, mungkin ribu, atau juta artikel yang mempertikai nabi, islam dan sebagainya. Adakah itu bukan menghina?

Apa natijahnya jika diadakan Boikot Barangan Malaysia? Sudah tentu Malaysia jatuh merudum. Malaysia akan bangkrap. Malaysia akan punah! Malaysia akan dijajah! Itu bagi skop sebuah negara. Lihat pula Islam yang kini sudahpun dijajah! Inilah berjayanya perancangan Yahudi yang menjajah umat Islam bukan melalui perang.

Tidak mustahil ini akan terjadi. Tidak mustahil negara Islam lain akan memboikot Malaysia. Jangan disangka panas hingga ke petang, mungkin akan hujan di tengahari. Dan mungkin hujan itu takkan berhenti hingga satu temph masa yang lama!

Yakinlah kita semakin sampai ke penghujung. Sedarkanlah diri kita. Islam akan kembali asing hingga seperti mana awal datangnya dulu.

Apa tindakan kita?! Percayalah, tiada jalan selamat melainkan mengikut orang yang memperjuangkan Islam! Umpama bahtera nabi Noh yang menyelamatkan umat mukmin, begitulah sekarang! Sudah tiba masaya untuk kita sama-sama menaiki 'Bahtera Penyelamat'!

Sertai orang yang berada di dalam bahtera itu! Cepat sebelum terlemas!


-----------------
Mountain View


Bookmark and Share

    


  Member Information For Along_SafaProfil   Hantar PM kepada Along_Safa   Pergi ke Along_Safa's Website   Quote dan BalasQuote

musafir_lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.09.2005
Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 11:55


assalamualaikum wbt..
kalau rasa marah sangat dengan perkara yang berlaku,sama-samalah kita bangunn..bangun malam untuk minta dariNya!itu yang lebih baik kan;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For musafir_laraProfil   Hantar PM kepada musafir_lara   Quote dan BalasQuote

Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-02-06 17:40


kembalikan semangat dahulu!!!!!

ayuh SEMANGAT ZAMAN!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Along_SafaProfil   Hantar PM kepada Along_Safa   Pergi ke Along_Safa's Website   Quote dan BalasQuote

norhayati
Warga 1 Bintang
Menyertai: 30.12.2003
Ahli No: 6086
Posting: 34
Dari: rantau panjang

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-02-06 21:32


assalamualaikum safa_indah,
saya hanya ingin memberi pendapat,sebagai seorang ISLAM.
pendapat setiap orang adalah berbeza kan??????
memang,dunia politik banyak kepalsuan.jika sesuatu yang baik,lambat,tapi jika hiburan yang melalaikan,cepat.
tapi janganlah terlalu cepat menyalahkan atau menuding jari kepada pemimpin.
bukan tidak boleh pemimpin kita mengambil tindakan yang keras,boleh.
jika kita memboikot barangan malaysia,bermakna kita perlu menggunakan barang dari negara luar.samalah jugak.malaysia tak ke mana,mundur dan tak membangun.malah,dunia pun tidak akan pandang malaysia sebagai negara Islam yang membangun.
bagi saya,ayat "Boikot Barangan Buatan Malaysia" adalah memboikot semua barangan malaysia.maknanya tak boleh guna barang keluaran negara.mungkin kena guna barang dari Thailand,China,Jepun dan barat.adakah ini negara Islam????????
maknanya kita akan membantu membangunkan negara-negara ini.
tapi jika kita memboikot akhbar-akhbar yang terbabit dalam isu ini,saya setuju.
doakanlah kesejahteraan dan keamanan negara malaysia.janganlah pula kita mahu memusnahkan keamanan negara sendiri.saya tidak mahu malaysia jadi seperti indonesia.sentiasa bergolak.sentiasa dengan jihad,tapi Islam tidak difahami sepenuhnya.
semoga malaysia dijauhkan dari ini semua.

Bookmark and Share

    


  Member Information For norhayatiProfil   Hantar PM kepada norhayati   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-02-06 23:45


betul 2 norhayati...
senang saja kalau nak boikot2 ini..
tapi biar la boikot benda yang betul-betul merosakkan Islam...
jangan terus salahkn pemimpin...
mereka tak dapat ramal benda ni akan terjadi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-02-06 23:52


akhbar2 yang kurang ajar itu yang menghina Nabi, bukannya rakyat Malaysia...

boikotlah semua barangan dari syarikat yang terlibat dengan penghinaan ini, tak kira dalam atau luar negara, bukannya kena boikot semua barangan negara sendiri pula...

kecuali kalau dah sedia taknak makan apa-apa, tak minum apa-apa, tak payah pakai apa-apa, tak ada apa-apa...................... :-?

"Ma ubiha lil-dharurah yuqaddaru bi-qadariha..."

buatlah "sekadarnya"...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 24-02-06 23:54 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102412 saat. Lajunya....