Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 237
Ahli: 0
Jumlah: 237




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam 49 saat yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Sunyi...


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Sunyi...

Please Mendaftar To Post


Oleh Sunyi...

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 23-02-06 08:59


Mengurus kesunyian perlukan pedoman agama
Oleh DR. SIDEK BABA
AMIR Hamzah, seorang penyair terkenal, menyebutkan sunyi dalam rangkap bait puisinya, “Sunyi itu duka, sunyi itu kudus. Sunyi itu luka, sunyi itu lampus.” Dalam bahasa yang mudah kesunyian adalah suatu keadaan yang menyebabkan jiwa dan hati rasa terasing. Ia boleh menyebabkan manusia digigit resah dan dipaut pasrah. Daripadanya kedukaan menghimpit.

Sunyi itu juga boleh membawa keadaan yang tenang. Ketenangan boleh menyebabkan manusia melihat ke dalam diri dan mencari kekuatan. Bagi ahli ibadah, bangun tengah malam dalam suasana sunyi mendekatkan dirinya dengan Allah s.w.t.. Lahir kekudusan yang amat dalam dan manusia berasa jiwa kehambaan yang amat tinggi.

Sunyi juga boleh mengheret insan berasa tertekan. Dirinya semacam rasa tidak dikasihi dan mengasihi. Terasa yang amat sangat dirinya seolah-olah ditinggalkan dan hidup dalam keterasingan. Keadaan tertekan menyebabkan hati jadi luka. Dan dalam kelukaan yang parah hati kehilangan rasa dan akhirnya menjadi rosak ataupun lampus. Ia merasakan semalam yang berlalu penuh dengan kesunyian dan apabila besok menjelang kesunyian menjadi teman hidupnya.

Mengurus kesunyian bukanlah suatu hal yang mudah. Remaja yang hatinya ceria amat suka berkawan. Kawanlah menjadi tempat berbual, berbincang, mengadu dan meminta nasihat. Tanpa kawan, remaja akan sunyi. Kesunyian adalah sesuatu yang amat mencengkam. Kesunyian tidak hanya berlaku kepada remaja.

Ia berlaku kepada semua peringkat kehidupan manusia. Seorang lelaki yang kematian isteri yang disayang akan berasa sunyi yang amat sangat apabila ketiadaan isteri di sisinya lagi. Seorang anak yang kehilangan ibu dan ayah juga merasakan kesunyian yang luar biasa.

Seorang tua yang berumur dan tinggal seorang diri merasakan perjalanan hidup yang sunyi dan menggigit. Kawan berbual tidak ada. Masalah diri ditanggung sendiri. Simpati yang diharap tak kunjung datang. Akhirnya menangisi nasib dalam duka yang berpanjangan.

Cabaran dan godaan juga sering datang pada waktu sunyi. Manusia mempunyai nafsu dan naluri. Kesunyian yang tidak terpandu boleh menyebabkan manusia melayani bisikan syaitan dan iblis. Mengisi kesunyian sewaktu menerima bisikan syaitan dan iblis boleh mendorong seseorang melakukan maksiat dan kemungkaran. Seseorang boleh lupa kepada diri, lupa kepada agama dan lupa kepada Allah s.w.t. kerana kesunyian menjadikannya membuat pilihan yang salah.

Mengurus kesunyian memerlukan pedoman. Bagi remaja, naluri berkawan adalah dorongan yang utama dalam hidup. Remaja memerlukan kawan untuk berbual, bertukar-tukar pandangan, memohon nasihat, berkongsi perasaan dan masalah. Remaja memerlukan kawan supaya tidak berasa sunyi. Ada ketikanya kawan yang didampingi adalah kawan yang baik dan ada ketika bertemu dengan kawan yang sebaliknya.

Banyak kajian menunjukkan bahawa pengaruh kawan atau rakan sebaya menjadi faktor utama dalam memahami tingkah laku dan gelagat remaja hari ini. Kecenderungan remaja terlibat dalam amalan merokok dan salah guna dadah, umpamanya, antara lain ialah faktor pengaruh kawan di samping keinginan mencuba. Pengaruh rakan sebaya besar kesannya mempengaruhi hidup seorang remaja.

Sahabat

Dalam memilih kawan, remaja harus memilih kawan yang baik. Kawan yang baik tidak sahaja menjadi teman mengatasi kesunyian tetapi menjadi sahabat pada waktu susah dan senang. Kawan yang baik menjadi tempat berbual perkara-perkara yang berfaedah, memberi dan menerima nasihat yang berguna serta menjalankan kegiatan bersama yang boleh memberi manfaat. Kawan yang baik adalah kawan yang tahu batas benar dan salah dan sekiranya remaja terlanjur atau terlajak, ia akan menasihatinya.

Remaja yang menjalani rutin hidup jangan dibelenggu oleh suasana kesunyian. Ada ketikanya remaja perlukan kesunyian untuk mencari kekuatan dan menumpukan perhatian kepada sesuatu. Menelaah dan mengulangkaji bahan-bahan pelajaran tentunya memerlukan suasana yang tidak bising dan mengganggu.
Ada ketikanya remaja memang suka mengurung diri dalam bilik dan tidak ingin diganggu. Tetapi suasana sunyi akan bertukar menjadi beban dalam hidup apabila remaja mula berasa sunyi. Sunyi adalah membosankan dan sunyi perlu diisi dengan kegiatan-kegiatan yang terlarang.

Bagi remaja yang dirundung suasana sunyi, perasaan menjadi sunyi dan hati juga menjadi sunyi. Jiwa terasing mula dirasakan. Remaja tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Akhirnya apa yang tergerak itulah yang dilakukan. Kadang-kadang yang dilakukan adalah sesuatu yang salah dan tidak bermanfaat.
Merokok dianggap sebagai teman mengisi kesunyian. Menonton bahan-bahan lucah boleh mengisi cita rasa mengatasi kesunyian. Akhirnya amalan sebegini menimbulkan ketagihan dan remaja ingin terus melakukannya lagi tanpa pengetahuan orang lain.

Bila kesunyian boleh mendorong remaja melakukan kegiatan negatif, remaja harus bijak mengurus saat-saat sebegitu. Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah berhubung dengan kawan-kawan yang baik dan boleh dipercayai supaya perbualan dapat berlaku, pertemuan dapat berjalan dan pertukaran pendapat mengambil tempat.
Adanya teknologi canggih seperti komputer boleh digunakan untuk melakukan chit-chatting yang berfaedah, melayari Internet dan laman web yang memberi maklumat dan ilmu yang berguna. Seterusnya remaja harus memiliki hobi seperti membaca, bermain dan bersukan bila melalui masa-masa lapang dan tidak membiarkan kesunyian membelenggu hingga menyebabkan remaja menjadi resah dan kehilangan arah.

Komunikasi dengan ibu bapa, adik-beradik adalah langkah terbaik bagaimana kehidupan di rumah berlaku dengan riang dan ceria. Sekiranya komunikasi dalam keluarga dapat berlaku secara baik, ia secara jangka panjang akan mengukuhkan hubungan kekeluargaan, ada perasaan ambil tahu dan saling berkongsi di kalangan anggota keluarga dan menyebabkan hubungan sekeluarga menjadi rapat dan erat.
Apa sahaja masalah yang dilalui oleh remaja boleh ditanya dan dikongsikan dengan ibu bapa. Ibu bapa adalah lambang contoh yang mendidik para remaja dan ibu bapa adalah tempat mengadu daripada masalah dan penyelesai kepada kebuntuan yang dihadapi. Ibu bapa adalah orang yang selalunya bersifat jujur dan sayang kepada anak-anaknya. Sifat ini harus dimanfaatkan oleh remaja supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan bijaksana.

Remaja Islam yang baik boleh mengurus kesunyian dengan baik juga. Masa terluang akan diisi dengan kegiatan yang memberi faedah. Ada ketikanya remaja Islam perlukan orang lain sebagai teman berbicara. Ada ketikanya remaja Islam perlukan suasana yang sunyi dan tenang untuk melakukan komunikasi dengan Pencipta.
Solat merupakan jalan terbaik bagaimana komunikasi dengan Allah s.w.t. dapat berlaku. Remaja akan melakukan rukuk dan sujud untuk membina jiwa kehambaan yang tinggi. Daripada jiwa kehambaan yang tinggi menerusi amalan membentuk hati, iman dan takwa menyebabkan remaja takut melakukan perlanggaran dalam syariat Allah.

Remaja akan berasa insaf apa saja yang dilakukan dalam hidup tidak akan terlepas daripada pemerhatian Allah. Remaja akan merasakan bahawa hidup yang berkat adalah di bawah keredaan Allah.

Remaja yang bertakwa adalah remaja yang sering merasakan bahawa dalam melakukan apa-apa terutama pada waktu sunyi, remaja akan sentiasa conscious ataupun ingat bahawa Allah ada di mana-mana. Sesetengah remaja apabila tidak berada di depan ibu bapa atau orang yang diseganinya akan melakukan sesuatu di luar batasan terutama pada waktu dalam kesunyian.

Jangan biarkan kesunyian membelenggu hingga sunyi menggigit hati dan mencengkam rasa dan menyebabkan jalan keluarnya ialah melakukan perlanggaran yang membawa akibat buruk kepada diri remaja. Jadilah remaja yang sentiasa ingat kepada Allah, tahu batasan dan larangan-Nya dan sentiasa patuh dengan ajaran-Nya.
Isilah masa dengan kegiatan yang berfaedah, tingkatkan ilmu dan pengetahuan supaya remaja merasakan sunyi adalah teman, sunyi adalah ruang mencari kekuatan dan sunyi menjadikan remaja orang-orang sentiasa berfikir mengenai kebaikan dan dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan kegiatan-kegiatan yang terlarang.

- PROFESOR DR. SIDEK BABA ialah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

~dipetik dari utusan malaysia~

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 09:32


Assalamualaiikum.....

8-) sunyi ee....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

nurhaida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8493
Posting: 173
Dari: Sungai Petani,KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 11:52


'Dalam apa jua keadaan, Allah sering menguji hamba-hambanya... '

Untuk mengelakkan rasa sunyi...saya lebih suka menyibukkan diri dengan melukis atau menulis.. kerana bagi saya ia dapat meluahkan isi hati saya saat itu tanpa mengganggu sesiapa... tapi..kalau rasa terlalu tertekan.. kena la ada seseorang untuk berkongsi cerita... paling selesa berkongsi cerita dengan mak... biasanya mak mentor yang terbaik membantu... :-) :-)


-----------------
Tidak ada yang bermakna dalam hidup... selain kita berbuat baik sesama insan.(",)


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaidaProfil   Hantar PM kepada nurhaida   Quote dan BalasQuote

ucu_nuriman
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6663
Posting: 59
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 23-02-06 12:08


"Walaupun waktu itu sunyi yakinlah anda tidak bersendirian"

kalau ucu waktu sunyi ucu suka membaca. tapi pada ucu walau macamana kita rasa bersendirian kita kena ingat kita masih ditemani 2 malaikat yang mengawasi, Allah yang Maha Melihat setiap gerak geri, dan syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan. lebih elok masa kesunyian didisi dengan zikir2 . supaya tidak mudah terpengaruh dengan emosi. Wallahua'alam.

"Jangan melihat siapa yang berkata, tapi lihatlah apa yang dikatakan."

Bookmark and Share

    


  Member Information For ucu_nurimanProfil   Hantar PM kepada ucu_nuriman   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 23:00


:-) Assalamualaikum....


    Syukran anmahar...info yang baik... :-)


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-02-06 03:13


saya yang sepi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

QistinaHumaira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2005
Ahli No: 18078
Posting: 156
Dari: di bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-03-06 15:46


:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For QistinaHumairaProfil   Hantar PM kepada QistinaHumaira   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-11-09 08:43


terlalu sunyi... macam penjara dunia ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 03-11-09 16:52


dunia ni xsunyi l...
dunia ni sibuk..bising...
setiap orang sibuk dengan aktifiti masing-masing...
tak ada yang sunyi..yang tidur pun tak rasa sunyi,,sebab ada mimpi..


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-11-09 16:59


sunyi bila mak tiada kat rumah....bila tidur suka suasana sunyi dan sepi...


-----------------
"InDaHnYa IsLAm"


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

aqil
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2005
Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-11-09 10:38


sunyi dalam hati
kat luar ramai orang
dalam hati tak ada sesiapa

Bookmark and Share

    


  Member Information For aqilProfil   Hantar PM kepada aqil   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104387 saat. Lajunya....