Oleh |
.:Siti Nurhaliza nak pakai tudung : Orang lain?:. |
taufiq111
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.09.2004 Ahli No: 11035
Posting: 270
Dari: UKM
|
Posting pada: 22-02-06 13:35
 ... satu perkara yang baik untuk disentuh... ikon artis tersensasi tanah air dah dilanda satu berita, tak lama lagi nak pakai tudung dah... alhamdulillah, ada revolusi yang agak baik di kalangan artis.... Namun, tak dilupakan kepada mereka yang dah 2,3 kali pergi umrah dan sebagainya, tapi keadaan mereka seolah-olah macam tak pergi haji @ umrah pun... pakaian masih lagi menjolok mata... Persoalannya, adakah persoalan tudung, aurat dan sebagainya boleh dibuat main-main??? Tutup aurat tu, hanya pada tempat tertentu sahaja ke??? Di Mekah kena tutup, di Malaysia tak payah nak tutup???? Atau selama ni, kerjakan haji atau umrah sebagai nak publisiti pada orang ramai??? Silalah sahabat sekalian bagi komen... -----------------  ... inni zamiilukum al-aan. Arju minkum an taqabbalu 'an ni. Insya Allah, saukhbirukum bikalaami
|
Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com
|
Posting pada: 22-02-06 14:39
janagn tulis spekulasi..... jangan jaja berita murahan.... nanti kalau dia dah pakai tudung betul2, baru boleh cerita... jangan cerita atas angin
|
transmissionline
WARGA SETIA Menyertai: 05.08.2005 Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 22-02-06 15:36
Spekulasi dia nak pakai tudung menguatkan lagi spekulasi dia dah nak berumahtangga ...
|
julihan
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.08.2005 Ahli No: 17771
Posting: 90
Dari: klate
|
Posting pada: 22-02-06 15:37
bagus apa kalau dia bertudung
|
Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com
|
Posting pada: 22-02-06 16:16
memang lah bagus bila pakai tudung..... tapi jangan kita terhegeh-hegeh nak jaja berita yang belum pasti
|
Subuhku
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.04.2004 Ahli No: 8613
Posting: 209
|
Posting pada: 22-02-06 16:23
Memakai tudung adalah KEWAJIPAN bukan baru nak pakai baru nak cerita dengan orang/publik.. nanti dah pakai dah kena interview pulak macam-macam hal
|
hasmah
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.07.2003 Ahli No: 2438
Posting: 65
Dari: penang
|
Posting pada: 22-02-06 16:38
kalau ye bagus la...tapi kena buktikan dulu...setakat cakap saja..sesiapa pun boleh cakap
|
tudung_kelabu
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.08.2005 Ahli No: 18250
Posting: 234
Dari: sha aramu
|
Posting pada: 22-02-06 16:48
************************************** apa-apa pun kita sebagai saudara islam cuba2 lah berdoa utuk kebaikan semua.. bukan mudah untuk membuat kuda minum air di kali Kalau dia sendiri tidak mahu meminumnya..  memerlukan kehendak sendiri.. heheheh memandai saja...  *************************************
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 22-02-06 17:43
 Alhamdulillah...Allah dah bagi hidayah pada Siti untuk pakai tudung,tapi harap2 biarlah untuk selama2 nya......  kepada artis2 yang lain tu...ana rasa baik mereka bagi sedekah pada rumah anak2 yatim @ kat yang memerlukan sebab ana rasa,dorg pergi mekah,semua tutup,tapi bila balik....faham2 laaahhh  mujur tak terlondeh saja.... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
Angahmuslimah
Warga 2 Bintang Menyertai: 21.04.2004 Ahli No: 8556
Posting: 53
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 22-02-06 17:48
|
Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com
|
Posting pada: 22-02-06 18:16
Agama dipersenda..... Nilai tudung semakin nipis harganya.... Di pasaran semakin murah.... Di hati muslim juga semakin murah... Dewasa ini, ramai bercakap: apa ada pada tudung? komersial? topeng? Akhirnya tudung hanya menjadi bahan mainan. Bahan ketawa. Tudung sudah menjadi seperti aksesori pilihan. Nak pakai boleh, tak pakai pun tak mengapa.... Bodohnya aku, mereka dan dia..... Yang membiarkan ini terjadi.... Tanah yang 'digembur' belum ada apa yang ditanam, akhirnya tahi kucing juga yang dibuang oleh kucing
|
yanokage
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.12.2005 Ahli No: 20839
Posting: 276
Dari: SMK (A) Al-Irshad
|
Posting pada: 22-02-06 19:23
pakai la dengan ikhlas ... jangan nak kejar glamer saja ... bienda tu apa jenis fesyen dia pakai ... baik tak payah pakai ...
|
alleef
Warga Rasmi Menyertai: 18.02.2006 Ahli No: 22793
Posting: 15
Dari: mosqueland, malacca
|
Posting pada: 22-02-06 19:32
kita doakan sesame yup... bagi betul... kan bagus! mudah2n
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 22-02-06 23:02
Pada 22-02-06 15:36 , transmissionline posting:!!! QUOTE !!! Spekulasi dia nak pakai tudung menguatkan lagi spekulasi dia dah nak berumahtangga ...
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 22-02-06 23:32
tunggu dan lihat... apa cerita mawi pulak sekarang ni?...
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 23-02-06 01:23
Pada 22-02-06 19:23 , yanokage posting:!!! QUOTE !!! pakai la dengan ikhlas ... jangan nak kejar glamer saja ...
bienda tu apa jenis fesyen dia pakai ... baik tak payah pakai ... salam. tak elok berkata begitu. adalah lebih baik kita mendoakan seseorang itu mengikuti ajaran ISlam sepenuhnya, termasuk lah dalam soal penjagaan aurat dan pemakaian tudung. jangan sekali-kali berkata --> baik tak payah pakai. tak pakai tudung = tak tutup aurat = dosa besar... nauzubillahiminzalik.... waallahu'alam
|
chibi_maruko
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan
|
Posting pada: 23-02-06 01:27
kalau betul dia dah nak bertudung...alhamdulilah... sekurang-kurangnya dia ada kesedaran tentang menutup aurat ni...
|
fizanaiy
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.01.2005 Ahli No: 13439
Posting: 160
Dari: Damansara Damainya....
|
Posting pada: 23-02-06 01:35
jangan sesuka hati menghukum orang tanpa orang itu sebelum dia membuat perubahan....bahkan sepatutnya galakkan lah lagi benda2 yang baik...
|
akwa
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2005 Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu
|
Posting pada: 23-02-06 02:25
boleh percaya ke siti nak pakai tudung??? ada dia buat kenyataan surat khabar?? nak pakai tudung kena ckap kat orang ke???
|
nabilpoyo
WARGA SETIA Menyertai: 13.12.2005 Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta
|
Posting pada: 23-02-06 02:48
tak kisah la sapa2 pun nak pakai tudung,,,dia nak bagitahu media ke, dunia ke, hya Tuhan saja tau ke....kita yang patut bagi galakkan....bukan ejek2 kat mereka, ni ada yang baik tak payah pakai la Kalau sekadar fesyen, apa ni? alhamdulillah la Kalau mereka nak hjrah pada yang lebih baik..kita mesti mmbantu..Kalau dia kembali pada keaadaan semula pun, hubngn dia dengan Allah, kita hubgan sama manusia kena la jaga...maaf jk terkasar bahasa...tak niat nak tuju sapa2 selain memperingati diri sahaja... wallahualam...
|
taufiq111
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.09.2004 Ahli No: 11035
Posting: 270
Dari: UKM
|
Posting pada: 24-02-06 11:21
Mana la tau, satu hari nanti, ANITA SARAWAK pulak pakai jubah dan purdah... siapa tau?? Doakanlah...
|
ai_ainul
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.04.2004 Ahli No: 8216
Posting: 81
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 24-02-06 11:33
Pada 24-02-06 11:21 , taufiq111 posting:!!! QUOTE !!! Mana la tau, satu hari nanti, ANITA SARAWAK pulak pakai jubah dan purdah... siapa tau?? Doakanlah... spekulasi pun spekulasi lah.. semoga spekulasi yang meniti dari mulut ke mulut ni menjadi satu doa buat mereka... yang akhirnya akan membuka pintu hati mereka untuk pakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna.. kalau mereka pakai tudung pun kan elok.. kurang sikit maksiat kita.. tak lah perlu melihat sesuatu yang bukan hak kita untuk melihatnya.. sama ada ikhlas atau tidak itu kita serahkan pada empunya diri... hubungan antara Pencipta dengan hamba-Nya. sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang kita ketahui dan apa yang tidak kita ketahui... AllahuAkhbar!!
|
harmoni_melodi
Warga 2 Bintang Menyertai: 16.09.2005 Ahli No: 19040
Posting: 50
|
Posting pada: 24-02-06 11:41
ermmm... ginilah dunia artis kan. nak buat baik orang kata, kalau buat 'tak baik' lagi la orang berkata... tak kisah la dia nak pakai tudung ke tak, cuma kita as saudara seIslam ni sesama la berdoa agar kita sesama mendapat Hidayah Allah selalu. kalau benar seperti yang di'spekulasi'kan, harap bukan hanya omongan kosong... jika memang siti dah berniat pun kira baik la tu... dahulukan dengan niat bermakna memang nak lakukan kan... harap-harap begitu la
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 24-02-06 13:12
Tak penting pun. Kalau terasa nak pakai terus pakai. ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
nzawaty
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.02.2006 Ahli No: 22474
Posting: 124
Dari: kelantan
|
Posting pada: 24-02-06 13:26
alhamdulillah harap berterusan kadang-kadang pergi haji umrah tapi iktibar tak diambil
|
taufiq111
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.09.2004 Ahli No: 11035
Posting: 270
Dari: UKM
|
Posting pada: 27-02-06 10:20
jika di sekeliling mereka dipenuhi dengan publisiti dan wartawan, maka seolah-olah, setiap tindak-tanduk artis ni satu perkara yang perlu dipubliSITIkan
|
Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com
|
Posting pada: 27-02-06 11:55
kat ABP malam tadi rileks saja pakai baju ketat sampai nampak 'itu'
|
musafir_lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.09.2005 Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor
|
Posting pada: 27-02-06 12:14
ehm..harap2 berita tu betul lah!takkan nak tunggu bila dah buat haji baru nak berjinak-jinak dengan tudung..umrah dah berapa kali?!semoga Siti Nurhaliza dapat hidayah dari Allah swt! Hidayah Allah swt itu perlu dicari..ia jarang datang 'bergolek'
|
SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.12.2004 Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue
|
Posting pada: 27-02-06 12:20
doakan lah semoga dia berubah...
|
SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.12.2004 Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue
|
Posting pada: 27-02-06 12:20
doakan lah semoga dia berubah...
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 01-03-06 20:34
bukan sahaja tutup aurat tapi harta yang penuh syubahah juga perlu dibersihkan....almaklumlah aurat tu bukan pakaian saja ..suara pun aurat juga...kalau dah sampai menarik perhatian lelaki bukan muhrim tak ke ada unsur2 syubahah tu.. [ Telah diedit oleh: tasbih_30 pada 01-03-06 20:36 ]
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 01-03-06 20:37
kalau nak tutup aurat bukan sekadar bertudung saja...aurat lain pun kena la jaga juga... lagi satu nak buat baik tu buat saja terus..jangan timbulkan fitnah pula...
|
cynognathus
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 907
Posting: 143
Dari: ~baNdarTeriNdah + BandaRtErmusNah~
|
Posting pada: 01-03-06 20:48
Keikhlasan tu penting. Benda2 wajib pun boleh ada waktu ke nak buat..siap hebahkan.. pelik2 manusia zaman sekarang ni...
|
sharkuitm
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.02.2006 Ahli No: 22667
Posting: 109
Dari: UITM SHAH ALAM
|
Posting pada: 01-03-06 20:49
entah..nak pakai tudong..pakai jekla..tak payah lah canang satu dunier....wakakaka
|
farah_hanan
WARGA SETIA Menyertai: 17.02.2006 Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu
|
Posting pada: 01-03-06 20:49
kalau nak buat kebaikan biar betol2 istiqomah...kalau tak mampu, baik tak payah...sebab boleh menimbulkan fitnah...
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 01-03-06 22:29
ikhlas ke atau tak apa yang siti nurhaliza tu cakap.???sama-sama lah kita nilai
|
farah_hanan
WARGA SETIA Menyertai: 17.02.2006 Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu
|
Posting pada: 01-03-06 22:31
|
Qurratuaini
Warga 1 Bintang Menyertai: 14.09.2004 Ahli No: 11116
Posting: 26
Dari: melaka
|
Posting pada: 01-03-06 23:14
Kenapa nak dikaitkn dengan siti?? kalau nak pakai dr dulu lagi tak payah nak canangkn satu dunia.. semua 2 kena ikhlas.. wait dan c
|
kamalhisyam
WARGA SETIA Menyertai: 10.06.2003 Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat
|
Posting pada: 03-03-06 10:17
|
taufiq111
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.09.2004 Ahli No: 11035
Posting: 270
Dari: UKM
|
Posting pada: 04-03-06 18:10
Keikhlasan tu, mungkin boleh wujud nanti... latihlah diri tu... bukan saya nak menjadi PRO @ KONTRA mana-mana pihak... tapi tindakan dia untuk pakai tudung tu adalah satu tindakan yang wajar dicontohi.. soal keikhlasan, serahkan sahaja antara dirinya dengan ALLAH... Cuma apa yang difikirkan di sini, adakah pemberitahuan tersebut, tidak menginsafkan kepada artis lain untuk turut mengikuti tindakan beliau...???
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 04-03-06 19:17
biarla... kadang-kadang reporter yang hangatkan cerita. ramai lagi yang langsung tak terbuka hati.. tu yang kita kena ikirkan cara nak tolong. kalau orang tutup tak ikhlas. tu antara dia dengan Allah. at least kurang sikit dosa muslimin yang selama ni mata asyik semak dengan orang yang tak tutup.
|
taufiq111
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.09.2004 Ahli No: 11035
Posting: 270
Dari: UKM
|
Posting pada: 11-03-06 13:30
Ye la... tu pun dikira bagus la daripada gejala bertudung, tapi macam tak bertudung... kat atas tutup, bawah terpelangah.... ataupun, kalau tutup pun sekadar tutup kat tengah2 kepala....
|
samudra
WARGA SETIA Menyertai: 06.12.2005 Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu
|
Posting pada: 11-03-06 14:12
pakai la ct tudung tuu..sekarang ni pun tuhan dah nampak..nak tunggu kahwin ye ct baru nak pakai.mana tahu tengah kau melalak kat pentas tu tiba-tiba saja kena stroke..terus jadi almarhum tak sempat bertobat..nyesal kamu nanti ct...jadi macam mak cik tu kat kampung sana bini orang besau..mati tak semput pakai tudung...lepas dia mati berduyung-duyung orang pakat doakan dia suruh tuhan bubuh dalam syurga...masa hidup dia tak pun dengar kata tuhan.....syahdunyaa
|
taufiq111
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.09.2004 Ahli No: 11035
Posting: 270
Dari: UKM
|
Posting pada: 11-03-06 21:13
Pada 11-03-06 14:12 , samudra posting:!!! QUOTE !!! jadi macam mak cik tu kat kampung sana bini orang besau..mati tak semput pakai tudung...lepas dia mati berduyung-duyung orang pakat doakan dia suruh tuhan bubuh dalam syurga...masa hidup dia tak pun dengar kata tuhan.....syahdunyaa rasa-rasa macam tau siapa yang dimaksudkan...  -----------------  ... inni zamiilukum al-aan. Arju minkum an taqabbalu 'an ni. Insya Allah, saukhbirukum bikalaami
|
amira_aqilah
WARGA SETIA Menyertai: 28.11.2005 Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi
|
Posting pada: 11-03-06 22:45
Pada 11-03-06 14:12 , samudra posting:!!! QUOTE !!! pakai la ct tudung tuu..sekarang ni pun tuhan dah nampak..nak tunggu kahwin ye ct baru nak pakai.mana tahu tengah kau melalak kat pentas tu tiba-tiba saja kena stroke..terus jadi almarhum tak sempat bertobat..nyesal kamu nanti ct...jadi macam mak cik tu kat kampung sana bini orang besau..mati tak semput pakai tudung...lepas dia mati berduyung-duyung orang pakat doakan dia suruh tuhan bubuh dalam syurga...masa hidup dia tak pun dengar kata tuhan.....syahdunyaa ermmm...syahdu jugakkk...
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 11-03-06 23:18
eloklah tu kalau dia nak pakai tudung..ikhlas atau tidak kita sebagai manusia biasa yang juga hambaNya tak ada hak nak menilai..itu hak Allah..sedangkan diri kita pun jugak banyak dosanya..sekurang2nya akan kuranglah satu dari auratnya terdedah..insyaAllah..syukurlah..kita hanya boleh menilai dengan penilaian mata kasar yang penuh dengan penipuan..dan hati yang belum tentu suci..hanya Dialah yang akan menilai dan memberikan sesuatu..kita patut bersyukur,sekurang2nya seorang hamba Allah,saudara seagama kita telah terbukak hati untuk menutup rambutnya..yang merupakan auratnya..insyaAllah..kita sepatutnya menyokong dia dan doakan dia istiqamah dan 'auratnya' akan tertutup satu demi satu..insyaAllah..hati milik Allah..Dia yang berkuasa membolak balikkannya..  ana: sesungguhnya hatiku ini milikMu ya Allah..Engkaulah yang Maha Berkuasa ke atasnya..bolak balikkan ia hanya kepada kebaikan dsi jalanMu ya Allah..insyaAllah..amin.. [ Telah diedit oleh: sufti_ilham pada 11-03-06 23:21 ]
|
khazinatulsyouqoh
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.10.2005 Ahli No: 19897
Posting: 209
Dari: on earth
|
Posting pada: 12-03-06 01:33
assalamualaikum Ya tuhan, kat sini pun nak cerita bab siti, tak cakap-cakap ke semua akhbar ltak cerita siti kat depan...ana bukan tak suka kat dia tapi cerita kak siti ni macam dah boleh diklasifikasikan sebagai mengekploitasi something! yang nak pakai tudung tu siti....doakan saja....baguslah tu...tambah juga muslimat yang pakai tudung kat malaysia ni tapi tak payah la cerita sampai kat dalam ukhwah, cakaplah setakat media saja yang ulas semua tu....lagi satu nak pakai tudung tak perlu nak expose....nak paggil papararzzi ramai-ramai tak perlu....tu riak namenye...astagfirullah........pelik kan manusia sekarang.......
|
serban
Warga Rasmi Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22773
Posting: 16
Dari: Tanta,EGYPT
|
Posting pada: 12-03-06 02:21
Seperti yang sedia maklum persoalan aurat bukan sesuatu yang main-main...itu sudah qat'i dalam kalam Allah swt sendiri.. jika kita nak membincangkan isu tudung dan tutup aurat ni sudah pastinya kita kena kembali kepada asal perkara yang membuat nya berlaku dan asal didikan itu sendiri... sedia maklum...jika kita lihat negara kita sendiri,rakyatnya memang dah terdidik secara automatik dengan didikan barat kerana pengaruh jajahannya lagi.....dan juga sistem perundangan dan sistem kehidupan yang dah jadi amalan.. benda ni terlalu panjang nak di rungkai....terlalu banyak sebab..dan aspek. cuma pada saya : kita sebagai mukmin apatahlagi berdiri atas nama Islam haruslah mendoakan dan memberi semangat serta galakan kepada yang ingin berubah dan juga perubahan itu sendiri. sekarang ni tak perlulah kita nak mengkondem atau makin nak membuat berbagai spekulasi...kerana sekarang ni banyak dan ramai orang membuat kesimpulan juga tanggapan yang mana orang yang berpindidikan agama ni memandang serong terhadapa mereka dan banyak juga artikel2 yang saya lihat dan baca banyak yang membuat mereka makin merasa benci dengan kita... ini terjadi kerana mereka rasa mereka ditindas...realitinya memang salah mereka yang tidak mahu terima teguran dan kenyataan serta kurang dari segi didikan agama sendiri...dan tidak mempraktikkannya... tetapi bukan kah kita yang mempunyai tanggungjawab ini perlu bersikap rasional dalam berdakwah...maksudnya BUKANKAH DAHWAH ITU SENDIRI ADA JALAN2 NYA,USLUB2 NYA,ADAB2 NYA dan juga PERINGKAT2 NYA...LEMBUT KERASNYA,HEMAHNYA SERTA BANYAK LAGI.. seperti kita juga...tentunya kita akan marah jika oarang kata yang kita ni golongan2 berpelajaran agama berfikiran JUMUD.... oleh itu langkah terbaik adalah kita sama-sama mengISLAH diri kita dan saudara seislam kita agar sama-sama merasai helwah iman itu sendiri... untuk itu sama2lah kita kembali merenung kepada dakwah Rasulullah saw.... Rabbuna Yusahhil...amin.
|
zilzal
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2006 Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan
|
Posting pada: 12-03-06 04:26
hukum allah jangan dibuat main2.... kan banyak allah firman tentang hukuman orang yang men2 dengan hukum allah... tudung ni ibarat helmet kalau orang tu naik motor... sedangkan orang yang pakai helmet pun boleh mati kalau eksiden naik motor.. apetah lagi orang yang tak pakai helmet... jttg artis yang seorang ini... sama-sama kita doakan agar pintu hatinye dibuka... jangan asyik nak prasangka2 yang tak elok.. yang benar, tidak fanatik dengan mana-mana artis pun...
|
taufiq111
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.09.2004 Ahli No: 11035
Posting: 270
Dari: UKM
|
Posting pada: 21-03-06 17:24
Namun, ada isu yang timbul pula, adakah siti nak pakai tudung kerana permintaan datuk K atau ????
|
maqnawie
Warga 4 Bintang Menyertai: 02.09.2005 Ahli No: 18647
Posting: 222
Dari: Milik ALlah
|
Posting pada: 21-03-06 17:58
bismillah assalamualaikum.. semoga ALlah Subhanahuwataala beri kekuatan untuk kita sama- sama amalkan dan sampaikan kehendak DEEN yang syumul. mentaati perintah ALlah Taala mngikut Sunnah Nabi Muhammad SAW...AAMIIIN!!!
|