Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila sesuatu telah sempurna akan mulalah kelihatan cacat celanya.

-- Saidina Abu Bakar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 28 hari yang lalu
ronniefinancehome: 39 hari yang lalu
MTMKi: 49 hari yang lalu
usop79: 50 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: PERHATIAN!! TOLONG SEBARKAN ARTIKEL INI KEPADA SELURUH UMAT.. AMAT PENTING


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» PERHATIAN!! TOLONG SEBARKAN ARTIKEL INI KEPADA SELURUH UMAT.. AMAT PENTING

Please Mendaftar To Post


Oleh PERHATIAN!! TOLONG SEBARKAN ARTIKEL INI KEPADA SELURUH UMAT.. AMAT PENTING

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-02-06 16:24


Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA
Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA - SUAMINYA
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas.

Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita

Wallahua'lam bissowab

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-02-06 16:41


sama-sama kita sebarkan.. moga usaha kepada semua lapisan masyarakat supaya mereka faham betapa pentingnya amar ma'ruf nahi mungkar di dalam keluarga sendiri, sebagai pencetus kepada kebangkitan umat yang semakin leka dan ditipu oleh syahwat, dan syaitan laknatullah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

setanggisyurga22
Warga 5 Bintang
Menyertai: 25.01.2006
Ahli No: 22216
Posting: 360
Dari: ~Kajang~

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-02-06 16:50


Assalamualaikum wrt wbt...

Sayu hati bila membaca artikel ni..:-(

SAYANGNYA ALLAH PADA WANITA tapi masih ada yang tak bersyukur...

Wassalamualaikum wrtw wbt...

Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggisyurga22Profil   Hantar PM kepada setanggisyurga22   Pergi ke setanggisyurga22's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 14-02-06 03:06


syukran...info yang menyayat hati....moga ianya memberi kesedaran siapa diri kita yang sebenar

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

zalai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.09.2005
Ahli No: 18844
Posting: 94
Dari: cairo,egypt

egypt   avatar


posticon Posting pada: 15-02-06 09:51


sama-sama kita beristighfar panjang..moga2 dijauhkan segalanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For zalaiProfil   Hantar PM kepada zalai   Quote dan BalasQuote

srikandi_syahadah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2005
Ahli No: 14660
Posting: 202
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-02-06 15:03


Alhamdulilah mesej ni sangat bermanfaat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_syahadahProfil   Hantar PM kepada srikandi_syahadah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.083572 saat. Lajunya....