Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 157
Ahli: 0
Jumlah: 157




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 57 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Karya Agung
Topik: Kebangkitan Penulis Timur Tengah


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Karya Agung
    »» Kebangkitan Penulis Timur Tengah

Please Mendaftar To Post


Oleh Kebangkitan Penulis Timur Tengah

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 01-02-06 00:49


KEBANGKITAN PENULIS TIMUR TENGAH :
SATU SOROTAN RINGKAS
Oleh Zaid Akhtar
[email protected]

MUTAKHIR ini, arena persuratan tanah air semakin meriah dengan kemunculan penulis-penulis muda. Baik yang sudah lama mencipta nama mahupun yang baru pertama kali karyanya tersiar, tulisan ‘orang muda’ kian mendapat tempat di pelbagai media cetak.

Di kalangan puluhan penulis muda yang hadir memeriahkan persada sastera tanah air, sebenarnya terdapat sekelompok penulis muda yang berlatarbelakangkan pengajian agama dan pernah menuntut di Timur Tengah. Mereka ini – waima yang masih bergelar mahasiwa atau sudah bergelar graduan – datang dari dua ardhul anbiya’, iaitu Mesir dan Jordan. Kehadiran para penulis muda keluaran Timur Tengah ini wajar diperhatikan memandangkan kuantiti karya mereka dan kualitinya yang tidak boleh diremehkan.

    Walaupun kurang mendapat perhatian sewajarnya sebelum ini, sebuah antologi cerpen berjudul Sinar di Horizon Nil yang menghimpunkan karya-karya penulis Malaysia di Universiti al-Azhar telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di bawah selenggaraan graduan al-Azhar sendiri – Noor Kartina Haji Tawang dan Rosdi Abdullah – pada tahun 1997. Namun sejurus pelancaran antologi bersejarah itu, arena penulisan kreatif di Perlembahan Nil seakan-akan lesu seketika sebelum menjelangnya alaf baru yang lebih menjanjikan.

    Jika diteliti, terdapat beberapa faktor yang merangsang pertumbuhan penulis muda di Mesir, antaranya kewujudan suara-suara kampus yang menjadi wadah utama penulisan mereka. Hampir setiap persatuan anak negeri dan cawangan universiti yang menempatkan pelajar Malaysia mempunyai buletin atau majalah yang diterbitkan secara berkala. Justeru, di sinilah medan para penulis mengasah bakat dan menajamkan pena masing-masing terlebih dahulu sebelum memberanikan diri mengirimkan karya ke media perdana.

    Di samping itu, iklim penulisan di sana juga sentiasa terangsang natijah pergaulan harian para penulis dengan masyarakat antarabangsa terutamanya bangsa Arab. Mereka ketara lebih sensitif dengan isu antarabangsa dan Islam sejagat bersandarkan kedudukan geografi justeru mandala Timur Tengah sememangnya terkenal sebagai rantau yang sentiasa bergolak. Selain sesekali mengadakan sayembara penulisan kecil-kecilan, mereka turut mewujudkan kem-kem penulisan kreatif dan nonkreatif secara intensif dan konsisten.

    Apabila membicarakan tentang kehadiran penulis Timur Tengah, pastinya nama Mohd Nazmi Yaakub menjadi sebutan para pemerhati sastera. Selain kejayaan membanggakan beliau muncul pemenang ketiga peraduan Novel Alaf Baru anjuran DBP lewat novelnya Merentas Sungai Sejarah, Nazmi yang kini bertugas sebagai wartawan di Berita Harian juga sebenarnya boleh dianggap perintis kepada kebangkitan semula penulis-penulis muda dari al-Azhar pada alaf baru. Kesungguhan dan ketekalan beliau bukan sekadar dalam berkarya, tetapi juga dalam membentuk dan ‘mengasuh’ kelompok calon penulis baru sepanjang pengajiannya di sana.

Malah hasil idea dan inisiatif beliau sendiri, Kem Latihan Penulis (KELAP) ditubuhkan sekitar tahun 2001 di bawah naungan PMRAM. Lalu berlandaskan platform KELAP, Nazmi yang bergelar Penulis Muda Terbaik Kelantan 2003 sanggup berkelana ke serata Mesir untuk mengadakan bengkel penulisan bagi membimbing calon-calon penulis di sana. Berbekalkan sedikit ilmu dan pengalaman, beliau menukangi karya penulis-penulis baru dan memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa.

Antara penulis yang lahir pasca penubuhan KELAP seperti Amiza Khusyri Yusof, Al Marjan Yusof, Akhi Masrawi, Ubaidillah Alias, Syarifah Salha Syed Ahmad, Nor Suriana Abdul Razak dan Masrati Mohamad. Ada karya mereka yang berjaya menembusi Berita Minggu beberapa kali, malah kebanyakannya semakin kerap tersiar di Tunas Cipta, Anis, Dewan Siswa, Dewan Agama dan Falsafah, Majalah I dan pelbagai majalah lagi.

Biarpun tidak dibiayai sesiapa, para penulis al-Azhar wajar diberikan pujian kerana berani menerbitkan sendiri novel karya mereka di sana. Sebagai contoh, Faizah Othman gigih menerbitkan dua novelnya, Lakaran Sahrawi dan Jejak di Thur Sina, sementara Amiza Khusyri menampilkan novel sulungnya Sejernih Salsabila dengan duit poketnya sendiri. Malah Mohd. Rafizi Dollah berusaha menterjemah sebuah novel Islamik Turki berjudul Maria ke bahasa Melayu. Selain itu, Nazmi juga bertindak menerbitkan antologi cerpen Pijar Kinanah yang mewakili para penulis al-Azhar yang seangkatan dengannya dengan sokongan kuat PMRAM.

Sementara negara Jordan yang subur setakat ini sekadar menetaskan dua orang penulis. Selain Zaid Akhtar yang sehingga kini sudah menyumbangkan dua buah novel, Azman Ahmad penulis muda graduan lughah Universiti Mu’tah juga harus diberikan perhatian. Meskipun baru menerjuni bidang sastera, cerpen sulung Azman ternyata berkualiti apabila berjaya merangkul hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2004 baru-baru ini.

Susutnya penulis-penulis dari Dataran Syam ini mungkin berpunca daripada kemerosotan jumlah penuntut Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke sana. Jumlah yang sedikit pastinya memberi impak kepada penerbitan buletin suara kampus yang menjadi wadah utama untuk penulis mengasah bakat sebagaimana di Mesir. Ketiadaan program terancang seperti KELAP turut merencatkan kelahiran calon penulis yang berbakat dan berminat dengan karya kreatif.

Walaupun kuantiti karya para penulis berpendidikan Timur Tengah masih relatif kecil berbanding karya-karya penulis berpendidikan tempatan, namun karya mereka kebanyakannya intim dengan isu semasa dan antarabangsa, berlatarkan luar negara, terpelihara moralnya, kaya dengan unsur tauhid, rohaniah dan dakwah, menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, dan pastinya berdenyut selari dengan nafas Islami.

Latar belakang kebanyakannya yang mendalami bidang Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab mewajarkan karya yang dihasilkan lebih rencam tetapi sentiasa murni, didaktik, terkawal dan berteraskan agama. Justeru, kehadiran kelompok yang berlabel ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ ini adalah sangat baik demi memperkasakan sastera Islam di Malaysia, apatah lagi selepas tragedi 11 September 2001.

(dipetik dr Tunas Cipta, November 2005)


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-02-06 20:52


:-) Assalamualaikum....


Alhamdulillah...sememangnya bumi kinanah ini melahirkan penulis2 yang berbakat...buat Nor Suriana Abdul Razak(shiela) teruskan perjuangan...kenangan bersama tak kan dilupakan..moga2 dengan bakat yang anti ada,dapat menyebarkan lagi tiupan dakwah dan ISLAM ke merata....InsyaALLAH...


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.180789 saat. Lajunya....