Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
-- Al-Baqarah: 45

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 87
Ahli: 0
Jumlah: 87




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 24 hari yang lalu
nur_takwa88: 30 hari yang lalu
kismis: 30 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 45 hari yang lalu
Rashdin: 51 hari yang lalu


Cerpen
Topik: CINTA SEBATANG PEN OREN


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» CINTA SEBATANG PEN OREN

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh CINTA SEBATANG PEN OREN

Iswadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10269
Posting: 160
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 25-01-06 19:49


“Mak... ni kad kahwin siapa ni? Wangi lagi...” kataku sambil hidung terus mencium kad indah itu. Di hadapan kad yang indah itu tertera namaku. Nanti bila aku kahwin dengan Fakrul. aku nak buat kad macam ni juga. Barulah semangat sikit nak kahwin.

Tapi betul ke kalau tak ada kad ni aku tak semangat nak kahwin dengan Fakrul?
Alah... aku tak kisah kad macam mana pun asalkan aku dapat hidup dengan Fakrul. Apa agaknya Fakrul buat saat ni?

“Qina...”
Sapaan mak menyentap terus lamunanku pada Fakrul. Rasanya dah lama benar Fakrul tidak menghubungiku. Kalau ada pun sebulan lepas rasanya. Itu pun kalau tak silap aku yang telefon dia. Harapkan dia? Huh... berjanggutlah aku gamaknya. Kalau ajak keluar pun banyak pula alasan lelaki itu. Tak macam dulu! Pantang ada masa terluang dia yang tersua-sua mencari aku.
Agaknya dia sibuk, detik hatiku berbaik sangka.

“Dah buka kad tu?” tanya mak dalam nada suara yang lunak. Ah... mak mana pernah berubah. Lembutnya tetap sama sampai bila-bila.
“Belum lagi. Kad siapa ni?”

Mak kulihat hanya diam saja. Tapi lewat pandangan matanya yang bening aku melihat sesuatu. Mata itu bagaikan menyimpan sesuatu. Tampak begitu sayu sekali. Kenapa? Apa yang mak cuba sembunyikan dari aku sebenarnya. Lantas kad cantik itu kuletakkan di atas meja. Mak yang duduk di hadapan kuhampiri. Tubuh yang sedikit gempal kudakap erat. Sampai bila-bila kasih sayangku pada mak tidak akan pernah pudar.

“Mak Kenapa Qina nampak mak macam sedih saja. Mak ada sembunyikan apa-apa dari Qina ke?” tulus aku bertanya. aku mahu berkongsi segala-galanya dengan mak. Tidak kira suka mahu pun duka.
“Tak ada apa-apa Qina.” Lemah mak menjawab.

aku semakin tidak senang hati. “Mak tak sihat?” dugaku perlahan.
Mak menggeleng dengan air mata berlinang di pipi.
“Kenapa mak menangis?” aku semakin tidak keruan. Bimbang semakin beraja di hati melihat air matanya.
Sekali lagi mak menggeleng.

“Mak...”
“Qina?”
aku berpaling pantas. Angah kulihat tegak berdiri di muka pintu. Wajahnya juga sama seperti mak. Kenapa? Apa sudah jadi dengan ahli keluargaku? Adakah sesuatu yang disembunyikan dari pengetahuanku? Tapi apa dia?

“Angah...”
Angah tetap juga kaku. aku semakin gelisah.
“Apa yang terjadi angah?”
aku lihat angah menghampiriku dan mak yang masih duduk di sofa. Lama dia mengamati raut wajahku. “Qina dah tengok kad tu?” unjuk angah ke atas kad kahwin indah yang tak sempat kulihat tadi.

“Belum. Kenapa dengan kad tu?”
Giliran angah pula yang terdiam. Hanya matanya saja yang tidak berganjak dari mataku.
“Fakrul...”

Jantungku berlari pantas. Apakah kesedihan mereka ada kaitannya dengan Fakrul. “Ke... Kenapa dengan Fakrul? Apa yang dah terjadi pada Fakrul?”
Angah menghela nafas panjang. “Kad itu...”
Belum sempat angah menghabiskan kata aku sudah menggeleng beberapa kali. Tak perlu angah bercakap lagi aku sudah tahu siapa yang empunya kad indah itu. aku sudah tahu! Tapi Kenapa? Kenapa mesti aku yang menerima semua dugaan ini? Mengapa mesti aku?

Ya ALLAH... apa salah yang telah kulakukan hingga ini balasan yang kuterima?
Fakrul... sampainya hati awak buat saya macam ni...

“Cinta?” tanyaku dengan nada yang paling sinis. Kemudian kepalaku menggeleng beberapa kali dengan perasaan yang begitu sukar untuk kuungkapkan. Lapan pasang mata merenung tajam padaku. Mereka seolah-olah terkejut dengan nada semacam itu. Atau barangkali mereka tidak percaya aku yang biasanya penuh dengan keceriaan boleh berubah sesinis itu.

Qarina! Atau lebih mesra lagi Qina! Siapa yang tidak kenal padaku? Setahun menjadi warga MPJBT, memang tidak ada yang tidak kenal padaku. Gadis suka senyum! Itulah gelaran untukku dan aku memang tidak ada masalah dengan gelaran bertuah itu. Itukan gelaran yang indah dan begitu manis. Lainlah jika mereka memanggilku ‘Minah Senget’. Ha… masa itu barulah terbakar bangunan di tepi highway ini. Kalau MPJBT tidak terbakar, akulah yang bakal hangus sendiri.

Tapi kini? Sepatah kata keramat yang kulafazkan dengan ekspresi yang begitu jelek. aku ditatap seperti makhluk asing. Salahkah aku?

“Ya… cinta!” Kak Niza bersuara setelah lama membungkam di Jabatan Pelesenan di pagi yang permai ini. Matanya yang agak galak menyorot wajah tanpa perasaan milikku.

Ah… peduli apa aku dengan sorotan semaut itu? “Apa ada pada cinta, Kak Niza?” balasku dengan wajah yang sama. Siniskah aku? Tidak! Sememangnya aku bukan jenis manusia semacam ini. Tapi persoalan yang mereka bangkitkan hari ini benar-benar menggangguku. Merentap ganas sekeping hati milikku yang sudah begitu lama tercalar. Jadi salah akukah?

Mereka berempat saling berpandangan. Ada kejutan di wajah-wajah kesayanganku itu. aku yang masih gagah berdiri tiba-tiba saja merasakan hujung mataku pedih, namun pantas kupejam celikkan mataku beberapa kali. Menangis lagi? Ah… tidak mungkin! Untuk apa lagi aku menangisi cinta yang tiada nisannya? Untuk apa, Qina? Desis hatiku dengan luka yang paling dalam. Lalu lambat-lambat nafas kutarik. Mataku tumpah ke arah Kak Azie yang hanya kaku. Dalam ramai-ramai kawanku, dialah yang paling rapat denganku. Kisah laluku juga ada dalam simpanannya. Tapi mengertikah dia? Fahamkah dia jiwa yang sudah kosong ini?

“Cinta tu tak ubah macam plastik, Kak Leha.” Kali ini suaraku sedikit tenang. Mungkin aku mencuri ketenangan di wajah mulus Kak Azie.
“Kenapa Qina anggap macam tu?”

Kutujukan kata pada Kak Leha tapi nampaknya Kak Morni lebih berminat untuk tahu. aku tersenyum sebal. “Sebab tak tahan lama. Terbakar cair, terlalu panas mengerekot, diketuk pecah dan ditendang bersepai. Tak guna,” selamba aku berkata. Tangan sengaja kupusing-pusingkan di hadapan mereka.

Wajah Kak Ruby yang hanya melihat sedikit berubah. “Plastik pun masih ada gunanya, Qina.”
Ah… Kak Ruby memang lembut orangnya. “Berguna pun kalau sekejap nak buat apa? Menyusahkan hati saja,” omelku perlahan. Bukan pada sesiapa melainkan diri sendiri. Atau lebih tepat mengutuk kebodohan sendiri.

“Apa Qina cakap?” Kak Leha bertanya.
“Tak ada, tak ada apa-apa,” pantas aku membalas. Senyuman pahit kuberikan.
“Jangan macam tu Qina. Jangan kerana kisah dulu Qina hukum diri sendiri. Perasaan sendiri. Buka mata luas-luas, dik. kat luar sana masih ada kegembiraan dan kebahagiaan.” Kak Azie bersuara bagaikan memujuk.

Tapi terpujukkah aku? Sesenang itukah aku mengnyahkan kenangan penuh luka itu? Tidak! Tidak semudah itu selagi luka di hati masih ada. Sampai bila-bila aku akan ingat. Siapa yang boleh menerima bila kepulangan dari menara gading di sambut dengan perkahwinan si dia? Dengan gadis lain! Habis aku bagaimana? Janji yang ditabur di mana kebenarannya? Ungkapan cinta penuh keindahan ke mana hilangnya?

Huh… pergi jahanam dengan cinta! Kalau orang kata cinta itu indah, akulah orang pertama yang akan mencemuh.
“Mana ada cinta dalam dunia ni…”

“Jangan terlalu angkuh Qina. Bila cinta sejati datang, Qina tak akan mampu menolak lagi.”
“Cinta sejati?” aku tetap juga sinis. “Harap-harap tak akan ada yang mati sebab menantikan cinta sejati datang.”

aku ketawa besar dengan hati yang lirih. Benarkah begitu? Ah… satu persen pun aku tak percaya. Lantas dengan wajah mengejek aku melangkah meninggalkan mereka semua. Perasaanku yang selama ini kukira sudah cukup kental tersentuh lagi. Akukah yang angkuh? Keras kepala? Degil? Ya ALLAH… tabahkanlah aku dalam menempuh setiap dugaan-MU.

“Dokumen ni tak lengkap,” kataku dengan tenang tanpa menoleh pada sekujur tubuh yang duduk tegak di hadapanku. Hatiku masih kosong kerana hal pagi tadi. Sungguh. aku benci dengan sepatah kata itu.

aku benci! Orang hanya tahu berkata-kata tapi orang tak pernah tahu bebanan yang tergalas di bahuku selama ini. aku tahu kalau aku kecewa ada banyak lagi orang yang kecewa. Bahkan kecewa mereka lebih hebat dariku.

Tapi sungguh.... hatiku pada Fakrul memang tulus suatu ketika dulu. Sayang sekali ketulusan itu rupanya langsung tiada harganya.
“Apa lagi yang tak cukup ni?” rungut suara garau di hadapanku.

Jengkel dengan rungutan itu pantas aku mengangkat wajah. Hati yang bergalau terasa hangat. Tiba-tiba terasa mahu menjerit mengatakan, ‘Tidak bolehkah encik bercakap dengan nada yang lebih lembut?’ Tapi tiada suara yang keluar saat mata bertentang mata. Hanya masa saja yang seolah-olah terhenti. Kosong dan terlalu sepi melainkan hatiku yang bergetar semacam. Kenapa dengan aku ni?

“Apa?”
“Cakap baik-baik sikit tak boleh ke?” Tiba-tiba aku jadi hilang sabar dengan lelaki yang satu ini. Padahal aku bukannya jenis yang cepat melatah. Sejak bertugas di sini aku sudah belajar mengasuh hati aku bersabar, bersabar dan terus bersabar walau sesekali tembok sabarku runtuh juga.

“Eh... marah pulak,” tegurnya tanpa perasaan.
Wajahnya kuamati lagi. Kali ini dengan lebih dalam lagi. Perasaan aneh menular sekali lagi.
“Qina…”

aku tersentak dengan dada yang berdebar-debar. Seulas senyuman paksa kuhadiahkan pada Kak Azie. Namun dalam hati beribu terima kasih kuucapkan kerana hadir tepat pada masanya. Tapi lelaki itu? kepala kuangkat dan darah merah pantas menyerbu wajah. Aduh… malunya aku! Apa agaknya anggapannya padaku? Melihat wajahnya seperti melihat satu panorama indah. Memalukan sekali! Mak… apa sudah jadi dengan Qina ni, mak…

“Dah habis nilai wajah saya?”
aku telan liur. Tapi Kenapa air liurku terasa seperti pasir saja? “Berapa markah saya dapat? Layak jadi boyfriend awak?” Suara garau itu terus menghentamku tanpa simpati sedangkah aku terus juga kaku. Hilang terus kekecohanku selama ini melihat wajah cute itu. Tapi bolehkah lelaki itu digelar cute? Bukan macho atau handsome? Bukan! Di mataku dia langsung tidak macho, apa lagi handsome. Hanya cute sahaja!

“Qina, apa hal ni? Akak tengok macam blur saja?”
aku terus juga kaku memandang wajah lelaki berbangsa Cina yang wajahnya mirip kepada wajah Melayu. Lelaki sama yang mampu menjadikan aku patung cendana dalam sekelip mata. Agama apa dia? Tapi nama di borang Gary? Aduh… buat apa aku nak sibuk?

“Qina… are you okay?”
“Yup… sure,” akhirnya aku berjaya juga menjawab.
“Sebenarnya girl ni tengok saya macam nak telan saja tadi.” Dia bersuara perlahan.

Dan aku terasa kepalaku dihempap dengan lesung batu milik emak di kampung. Sakit! “Awak cakap apa tadi?” Terjegil biji mataku. Terlupa di hadapanku orang awam yang mesti kulayan dengan sebaik mungkin. Apa lagi sudah terang lelaki itu datang sebab nak mohon lesen perniagaan dan iklan. Borangnya pun ada di tanganku.

“Pardon?”
“Awak cakap saya apa tadi?” ulangku geram. aku nampak kepala Kak Anu dan Kak Gee terjenguk-jenguk. Ingin tahu apa yang berlaku di kaunter.
“Saya cakap saya ni layak ke jadi boyfriend awak?”

aku terkesima sesaat. “Saya tak sudi dengan lelaki sombong macam awak. Tak terliur pun nak jadi girlfriend awak. So berhentilah berharap!”
“Qina, dah proses lesen dia?” Kak Azie memotong tiba-tiba.

aku merengus sambil mata terus melotot kepada lelaki selamba itu. “Nak proses apa kalau tak lengkap? Datang dah dua kali tapi masih juga tak lengkap, padahal Qina dah bagi senarai mana yang patut dilengkapkan. Lepas tu nak marah orang pulak,” protesku dengan wajah bengang.

“Biasalah tu Qina. Berdepan dengan public ni memang sabar nak kena lebih.”
“Ha… betullah apa yang kakak ni kata. Wajah tu kalau boleh maniskan sikit. Biar selera sikit nak datang.” Lelaki itu menyampuk lagi.

“Awak ni kan? Isyhhh…”
“Nah…”
Belum sempat Kak Azie menghabiskan kata aku terus menyambar pen di tangannya. Cantiknya! Warna oren pulak tu. Lantas pen bertulis ‘Bandar Nusajaya’ itu kuamati penuh minat. Pen pendek dan gemuk itukah yang menarik minatku? Atau warna oren yang menjadi warna kegemaranku sejak dulu? Entah! Tapi hatiku benar-benar jatuh kasih pada pen cute itu. Hilang terus wajah cute berlesung pipit yang menyakitkan hatiku seketika tadi.

“Qina nak pen ni.” aku terus berkata. Hilang terus amarahku hari ini. Lagi pun aku sudah tenang kerana sudah pukul 4.10 petang dan itu bererti aku tidak perlu berdepan dengan public yang pelbagai ragam. Ada yang boleh menerima teguran dan sebaliknya. Agaknya aku yang silap sebab sejak dulu aku tidak gemar dengan dengan kerja yang memerlukan aku berdepan dengan public. Tapi setelah setahun menganggur aku tidak punya pilihan lain. Maka tercampaklah aku di MPJBT dengan jawatan pembantu tadbir dan dengan rasminya melupakan ijazahku untuk sementara waktu.

“Wei… berangan?”
aku hanya menjuihkan bibir. “Cerah muka nampak? Tadi bukan main akak dengar suara kau. Kau gaduh dengan public eh?” serkap Kak Niza.

aku gigit bibir perlahan. “Syhhh… jangan cakap kuat sangat, nanti Encik Jo dengar kepala Qina putus,” bisikku perlahan sambil mengangkat kepala. Janganlah hendaknya Encik Johar dengar. aku tidak mahu ada masalah lagi. Cukup-cukuplah apa yang terjadi hari ini.

“Tau takut!”
“Tak naklah cakap pasal mamat Cina tu. Mulut laser, geramnya…” Huh... harapkan muka saja cute. Perangai macam mangkuk ayun!
Pen oren di tangan kutatap lama. Cantik! Tapi Kenapa dadaku berdebar-debar ni? Ah… tak ada apa-apalah. Jangan-jangan… pandangan kubuang ke hadapan. Kosong! Sekilas kukerling jam hitam di tangan. 8.30 pagi. Patutlah tak ada orang yang datang. Setahun duduk di kaunter lesen aku cukup masak dengan perangai orang awam. Pagi memang mereka tak berminat berurusan denganku, tapi pukul sepuluh ke atas tangangku pula yang tidak cukup kerana begitu ramai yang menagih perhatian. Mujur juga ada cermin sebagai pengadang, kalau tidak memang lemas dibuatnya.

“Hello…”
Pen oren di tangan terlepas, tergolek di meja di hadapanku. Mataku jatuh di situ. Mata yang menyapa juga diam ke arah yang sama. aku mengangkat wajah. Mak!!! Terus kucapai pen oren itu dan kugenggam kemas. Sungguh aku benar-benar sayang pen unik berperut gemuk itu. apa lagi melihat mata sedikit sepet itu merenung tajam pen di tanganku.

Turut berminat kiranya, tapi sorrylah aku tak minat nak berkongsi dengannya.
“Itu…”
“Apa?” potongku pantas. Ingatkan tak jumpa lagi mamat Cina ni? Tapi…
“Amboi… garangnya anak dara ni!” sindirnya dengan senyuman mengejek.

Eh… mana senyuman sinis di bibirnya? Wajah selambanya? Persetan! “Nak apa lagi? Lesen awak dah siap proses kan?”
“Sudah! Tapi…”
“Kalau macam tu tak payahlah datang lagi. Tunggu surat sampai bila lesen dah lulus.” Kalau bos tengok perangai aku memang aku kena ni, bisik hatiku sendiri.

Dia senyum mempamerkan lesung pipitnya. Isyh… ni yang aku lemah ni. “Saya bayar cukai harta tadi, nampak awak duduk sendiri tu yang saya datang. Awak dah minum?”
Lembutnya suara dia. Senyuman dia pun menarik gila. Kenapa aku ni? Tidak! Cinta tak wujud. Tak wujud! “Saya tak minum pagi,” tipuku bersahaja.

“Eh… mana boleh tak minum nanti sakit.”
“Kita ni kongsi perut ke?” sinisku dengan gembira kerana dapat mengenakannya. aku tahu ada dendam di hati kecilku.
“Tak!”

“Dah tu?” Sergahku geram. aku baru saja nak layan blues dia ni pula datang mengganggu.
“Tanya pun tak boleh?”
“Eh... suka hati saya lah kalau tak nak jawab kan?”

Dia tersengih. “Tak apalah kalau macam tu, saya ada kerja ni,” katanya tenang lalu berpaling, dan aku tiba-tiba saja terasa kehilangan. Kosong dan hambar. Kenapa dengan aku ni? Mamat ni bukan siapa-siapalah. Atau dia dah mencuri hatiku yang sudah koyak rabak? Tidak! Dua kali pertemuan tidak cukup untuk mengukur rasa yang ada di hati. apa lagi pertemuan yang disulami dengan pertengkaran. Tak mungkin!Cinta dah mati! “Cik adik?’

aku tersentak. Dah hatiku yang hilang sesaat tadi bagaikan muncul kembali. TUHAN… apa erti semuanya ini? Tolong… jangan duga aku begini kerana aku sudah tidak cukup kuat lagi. aku sudah tidak berdaya bermain dengan perasaan. aku tidak mampu, rintih hati kecilku. “Kenapa?”

“Em… awak pegang pen oren siapa tu?”
“Saya punya, Kenapa?”
Dia duduk kembali. Tanpa izin dia mencapai pen di tanganku dan aku hampir saja menjerit marah dengan tindakkan spontan itu. “Tak malu ke curi barang orang?”

Dia tersenyum senget. “Mana awak dapat pen ni?”
aku jadi pelik tiba-tiba. “Minta maaflah, saya tak jual barang yang saya sayang. Apa lagi orang asing macam awak.” Angkuh bicaraku kali ini.

“Oh iya ke?” Dia bagaikan mencabarku.
“Apa maksud awak dengan iya ke?”
Mata tajamnya merenung padaku. “Saya pun tak pernah beri pen ni pada awak. Mana awak dapat pen saya ni?”

Pen saya? Tidak! Sepantas kilat pen di tangannya kurampas kembali dan kusembunyikan di belakang. Dia tak mungkin dapat mengambilnya lagi kerana di hadapan kami ada kaca jernih yang menghalang. “Awak curi pen saya kan?”
“Mulut jaga sikit. Cili karang baru tahu!”

“Saya tak potong tangan awak sebab mencuri dah cukup baik,” balasnya.
Wajahku menjadi merah. “Kak Azie!” jeritku tiba-tiba.
“Kenapa Qina?” tanya Kak Azie. “Eh… Gary! Apa khabar?” Kak Azie ramah bertanya.

Dia hanya mengangkat ibu jarinya menandakan dia baik-baik saja. “Kenapa Gary? Akak dengar kecoh saja tadi. Patutlah muka adik Kak Azie ni merah semacam. Musuh ketat datang rupanya,” usik Kak Azie membuatkan Gary ketawa sakan.

“Pen ni pen Qina kan? Kak Azie yang beri Qina kan?” Langsung tidak peduli pada dia yang sudah berhenti ketawa. aku mahu dia malu besar kerana menuduh aku pencuri.
“Pen tu? Pen tu…”

“Kenapa?” potongku pantas. Hatiku bagaikan dapat menghidu sesuatu. Kupandang wajah Gary, dia bagaikan mengatakan kalau aku sudah ditimpa masalah.

“Sebenarnya pen tu ada atas meja Qina jadi akak pun ambil dan beri Qina supaya Qina simpan. Bila tuannya datang akak nak suruh Qina pulangkan balik. Tapi belum sempat akak cakap apa-apa, Qina dah merengek nak jadi akak tak sampai hati nak cakap. Akak…”

Mukaku sudah tebal berinci-inci. Ya ALLAH…
“So… I want my pen back,” kata Gary tanpa mempedulikan perasaan malu yang kutanggung. Lantas pen oren itu terus kutolak perlahan padanya. rasa terkilan menjeruk bila dia mencapai pen itu dengan megahnya. Kalau dia kawanku sudah tentu kupujuk rayu supaya memberikan pen itu padaku. Sayangnya…

“Awak suka pen oren ni?”
aku diam saja. Suka pun tak guna kalau aku tak dapat memilikinya. “Awak nak?” katanya bersahaja. Serta-merta kepalaku tegak. Mahu mengangguk aku sudah tidak berdaya kerana terlalu malu. “Kalau nak… temankan saya minum kat kafe.” aku terus kaku. “Macam mana?”

“Jangan harap!” Tiba-tiba aku menjawab sedangkan hatiku menjerit mahu.
Dia mengangkat bahu. “Kalau tak nak tak apa tapi pen ni saya ambil balik. Tapi tawaran saya terbuka sampai bila-bila.” Pen oren itu diletakkan di kocek bajunya dan aku hanya mampu memandang dengan hati yang sayu. Pen oren aku… desis hatiku terkilan. “Jumpa lagi Kak Azie. Bye… gadis angkuh!” Dia terus berlalu begitu saja.
“Kita tak ada jodoh,” ujar Fakrul tenang.
Air mataku menitis lagi. Benarlah apa yang kudengar rupanya. Memang kad biru bertinta emas itu milik Fakrul dan pasangannya. Mataku sedikit pun tidak silap. Kata-kata Angah yang menyuruh aku melupakan Fakrul rupanya bukan kerana Angah dengki dengan kebahagiaanku. Juga bukan kerana dia marah padaku. Rupanya kata-kata Angah ada sebabnya. Dan inilah sebabnya... Fakrul ternyata tidak seperti yang kuduga selama ini. Dalam diam rupanya Fakrul hanya mempermain-mainkan diri dan perasaannya. Sampainya hati Fakrul!

“Tapi apa salah saya Fakrul?”
Fakrul kulihat hanya mempamerkan riak selamba. Tenang seperti tidak ada apa yang berlaku. Memandang aku pun tak ubah seperti melihat sehelai kertas putih. Kosong dan tidak ada serinya lagi. Padahal dulu kata lelaki itu akulah segala-galanya dalam hidup. Tapi kini apa sudah jadi denganku?

“Tak ada...”
aku menyeka tangis yang enggan pergi. Dalam kabusan air mata dia kupandang lagi. “Kalau tak ada Kenapa awak nak kahwin dengan orang lain? Selama ni saya dah cuba buat yang terbaik untuk awak. Tapi Kenapa saya dapat semuanya. Kenapa kad biru tu yang awak hadiahkan pada saya?” Ya ALLAH... tabahkanlah aku dalam menempuhi dugaan-MU.

“Kita tak ada jodoh. Kan tadi saya dah katakan. Saya rasa awak tak pekak kan untuk dengar kata-kata saya tadi?” Nadanya sudah kedengaran lain macam. aku dapat merasakan kalau dia sudah begitu bosan menghadapi pertanyaan demi pertanyaan yang datangnya dari mulutku.

Tapi salahkah aku? Salahkah aku yang sudah mengabdikan hati padanya sejak bertahun-tahun lalu? Sejak usia remaja menginjak dalam tubuhku?

“Kenapa itu juga yang awak katakan?”
Matanya terjegil. “Habis nak suruh saya cakap apa lagi? Kenapa susah sangat awak nak terima kenyataan yang saya dah nak kahwin? Awak sendiri dah tengok kad tu kan? Kenapa masih nak tanya?” Bibirnya diketap geram. “Saya tak ada masa lah nak layan orang macam awak.”

Terasa kepalaku bagaikan dihempap dengan batu besar. Selama ini kalau susah akulah dicarinya. Tengah-tengah malam buta pun aku rela melayan panggilan telefonnya. Ponteng kuliah pun aku sanggup demi menemaninya entah ke mana-mana. Tapi sekarang. aku dianggap beban yang menyusahkan.

Adilkah aku mendapat hukuman di atas kesalahan yang tidak aku lakukan?

“Sampai hati awak cakap macam tu pada saya. Selama ni...”
“Sudahlah! Tu semua dah berakhir. Jangan nak peningkan kepala nak ungkit-ungkit.” Herdiknya agak kuat.
aku tersentak. Benarlah... dia memang bukan buah hatiku. Dia bukan lagi Fakrul yang sanggup melutut demi merayu sekeping hatiku. Atau bertahun-tahun masa berlalu dia sudah muak denganku.

“Awak janji…”
“Janji cuma kata-kata, Qina. Tak ada hitam putih. So bila-bila masa kita boleh campak begitu saja.”

Terus kuseka air mata. Itukah lelaki yang kusanjung sejak enam tahun lalu? Itukah dia orangnya? Huh… memang akulah manusia yang paling dungu. Patutlah selalu gagal kuhubungi, rupanya dia sibuk bermain cinta dengan orang lain. Dasar lelaki!

“Yup… janji memang tak ada hitam putih. Tapi ingat… antara kita berdua ada DIA yang menjadi saksi. Kalau awak memang nak akhiri semua ini saya sejuta kali tak ingin hidup dengan lelaki tak ada pendirian macam awak. Pergi jahanam dengan awak dan janji-janji awak tu. Pergi mampus!!!” Akhirnya terluah juga kata berbisa dari bibirku. Sungguh aku tak sangkap itu rupanya pegangan Fakrul.

Sudah... pergi jahanam dengan lelaki bernama Fakrul. aku pun tak ingin memperjudikan hidup dengannya.

“Qina?”
“Kenapa Kak Leha?’
“Apa yang Qina menungkan? Akak tengok macam ada yang tak kena saja?”

aku menggeleng perlahan. Kemudian memandang ke hadapan. “Kenapa kita selalu tak dapat apa yang kita mahu dalam hidup ini?” tanyaku lirih. Ada rasa kesal setiap kali teringatkan Fakrul. Inikah balasan atas kesetiaan dan kepercayaanku selama enam tahun. aku dibuat seperti plastik yang boleh disepak terajang. Ya ALLAH… bawa pergi semuanya.

“Sabarlah, Qina… setiap yang berlaku itu tentu ada hikmahnya. Qina hanya perlu tunggu dan lihat. ALLAH tak kejam, dik…”

“Sampai bila Kak Leha? Hati saya macam dah tak tertanggung lagi sakitnya. Kalau masa boleh diundur saya janji saya tak akan serahkan hati saya pada dia. Saya tak akan...” kesal kata-kataku. Tapi siapa yang hendak disalahkan bila aku gila bermain cinta dalam usia belasan tahun? Bukannya mak dan abang-abangku tidak bising, tapi telingaku yang telah tuli. Bukan sekali dua Angah dan Chik melarangku berjumpa dengan Fakrul. Berkali-kali benar. Tapi aku?

Kenapa bodoh benar aku?
“Akak ni... Kak Qina kan?” tegur satu suara tiba-tiba.
aku yang sedang leka memandang panorama indah yang terbentang luas di Danga Bay menoleh. Terpana seketika saat melihat sesusuk tubuh yang sedang memangku seorang anak kecil. Lelaki aku kira anaknya kerana kepalanya botak. Tapi comelnya begitu memikat. Lupa aku seketika pada perempuan yang menegurkan seketika tadi.

“Akak...”
aku telan liur berkali-kali. Kesal macam mana aku boleh leka menatap anaknya hingga terlupakan dirinya yang tegak di hadapanku. aku cuba juga memandang ke kiri dan ke kanan demi menutup malu yang bertapak. Namun satu yang aku perasan, Kenapa tak ada lelaki di sisi perempuan ini?
Ah... bukan urusan aku!

“Ya... saya Qina. Awak ni siapa?” tanyanya setelah lama membisu. Dalam hati berdetik sangsi. Kenapa dia kenal aku. Tapi bila aku amati terus wajahnya, rasa seperti kulihat wajahnya. Kening yang tebal dan hitam pula mengingatkanku pada seseorang. Fakrul! Yup... itu memang milik lelaki yang telah menjahanamkan sekeping hati milikku dua tahun lalu.
Apakah ini?

“Saya... Syuhada, adik Abang Fakrul....”
Kan... betullah apa yang berlegar-legar di benakku seketika tadi. Memang dialah dulu yang selalu menjadi orang tengah di antara aku dan abangnya. Atau lebih tepat lagi menjadi posmen tak bertauliah. Tapi Kenapa rupanya agak berbeza. Tubuhnya pun sudah agak berisi. Tapi melihatkan anak comel di sisinya. Sesiapa pun dapat mengagak mengapa dia begitu berbeza sekarang ini.

“Sorry... akak dah tak macam lagi rupa Su. Em.... dah lainlah...” aku cuba membuat lawak demi menutup debar di hati.

Apakah setelah dua tahun berlalu hari ini aku akan mendengar sekali lagi cerita tentang Fakrul yang dah aku kuburkan dalam Selat Tebrau? Kalau inilah harinya memang aku menyesal datang ke Danga Bay ni. Tapi salah aku juga sebab tak ikut mak pergi kenduri kahwin rumah Mak Lang. Tapi kalau aku pergi nanti telinga aku juga yang panas sebab asyik-asyik orang tanya bila aku nak kahwin. Umur dah banyak dah....

Salah aku juga ke? Dah tak ada orang nak, nak buat macam mana kan? Tapi betulkah tak ada orang nak?
Ah... malaslah nak jawab soalan tu. Buat sakit kepala saja.

“Dah ada anak, kak.... tentulah jadi macam ni,” lembut nada suaranya. Senyuman tidak lekang dari bibirnya sejak dari tadi.
“Nama ada ni?” aku sentuh perlahan pipi gebu milik si kecil.
“Hakimi.”

aku senyum simpul. Hakim? Hem... nama yang sedap aku kira. “Nice name!”
Syuhada senyum lagi. “Akak buat apa kat sini?” tanyanya ramah. Kami berdua melabuhkan punggung di bangku batu yang memang disediakan untuk para pengunjung. Tempat yang sama aku dan Fakrul pernah duduk suatu ketika dulu. Ah... kenangan... tolonglah tinggalkan aku sendiri. Fakrul di hati dan di mataku benar-benar sudah mati. Tapi Kenapa kenangan yang indahnya hanya sekejap itu enggan sirna?

“Ubat hati,” balasku tenang. aku nampak perubahan air muka Syuhada. Tapi apa boleh buat, kata sudah terlepas. Terpulanglah pada ibu muda itu bagaimana hendak membuat tafsiran. Bagiku apa pun tafsirannya sudah tidak penting lagi. Hakikatnya hatiku telah dihancurkan abangnya.

“Su minta maaf bagi pihak abang....”
aku tergelak kecil. Sebenarnya lebih kepada menggelakkan diri sendiri. aku rupanya memberi pada yang tidak sudi. Orang tidak mahu tapi aku pulak yang terhengeh-hegeh. Lebih sudu dari kuah. Padan muka aku!

“Kenapa nak minta maaf pulak?”
Wajahku dia tatap dalam-dalam. aku nampak betapa sugulnya raut wajah ayu itu. Tapi sakit di hatiku tak mungkin dapat dia selami. “Sebab Abang Fakrul mainkan akak. Su pun tak sangka boleh jadi macam tu, kak....”

Setelah dua tahun aku dihidangkan lagi dengan cerita lama. Cerita yang sedikit sebanyak membuatkan aku rasa kesal kerana mengenali lelaki bernama Fakrul. Dan yang lebih aku kesalkan lagi bila aku masih tidak dapat mengnyahkan seraut wajah dan sepotong nama itu dari hatiku.

aku tarik nafas dalam-dalam. “Benda dah berlalu apa nak dikenang lagi. Akak tak cukup bagus untuk dia. Macam dia kata... akak cuma tempat persinggahan...”
Iya... aku hanya sebuah persinggahan yang tiada harganya.
“Akak!”

Kelat wajah Syuhada, kelat lagi wajahku saat ini. Kenapalah hatiku dikocak lagi? “Ya... itulah yang Fakrul kata kat akak masa kali terakhir akak jumpa dia,” ujarku sambil memandang laut lepas.

“Sampai hati Abang Fakrul buat akak macam tu,” kesal Syuhada. Tapi bergunakah semua itu?
aku hanya membatu. Tiada daya mahu membalas. Selebihnya biarlah Syuhada berfikir lelaki jenis apa abangnya itu.

“Patutlah hidup Abang Fakrul tak bahagia... balasan ALLAH agaknya sebab dia buat akak macam ni. Padahal akak tak ada buat salah apa pun. Mak pun kesal dengan apa yang dah Abang Fakrul buat. Mak ingat akak yang akan jadi menantu dia..” Perlahan suara Syuhada. Tapi aku masih dapat mendengarnya. Hatiku ingin bertanya tapi mindaku menolak.

Benarkah apa yang kudengar? Adiknya sendiri yang mengatakan hukuman TUHAN. Tapi benarkah Fakrul tak bahagia? Dulu masa kali bertemu katanya itulah gadis yang sesuai untuknya. Gadis yang boleh dibawa ke tengah ke tepi. Bukan macam aku yang nampak saja moden tapi sebenarnya tua 40 tahun. Sekarang ni apa sudah jadi dengan gadis moden itu?

Ah... hukum alam. Hari ini ada di atas tak semestinya akan kekal di atas sampai bila-bila. Fakrul saja yang terlupa hakikat itu.

Dan kini perlukan aku ketawa setelah mengetahui yang dia tidak bahagia? Pun aku bukannya orang yang kejam. Semuanya kerja ALLAH dan siapalah aku hendak menghukumnya. Dia dan aku sama-sama manusia. Cumanya aku bukan jenis manusia yang suka mempermainkan manusia lain.

Apa pun jadi biar DIA saja yang menjadi hakim atas kesakitan yang kualami sejak bertahun-tahun lalu ini.

“Em... akak kena pergi ni. Ada kerja sikit,” kataku tidak mahu meneruskan lagi perbualan tenang Fakrul. Jalan yang terbentang kini adalah pilihannya. Jauh sekali aku hendak mendesak. Lagi lama aku di situ lagi banyak cerita yang timbul. Lagi banyak cerita yang timbul lagi pedih hatiku. Sebelum aku mengejek Fakrul dan memaki hamun lelaki itu di hadapan adiknya lebih baik aku pergi dulu. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu menjatuhkan air muka sendiri.

Jahat mana pun aku. aku masih tahu menghormati orang lain.
“Boleh bagi no phone akak?”
aku terkelu. Hendak beri ke tidak?

Sedangkan Syuhada dan bayinya masih sabar menanti membuatkan aku berasa serba salah. Melihat si kecil yang menggeliat seperti tidak selesa semakin aku tak keruan. Bukannya aku kedekut tapi... ah.... Kenapa ALLAH tidak mengurniakan hati yang keras padaku? Lantas secebis kertas kucapai, kutulis lalu kuselitkan di dalam genggaman tangannya.

Selepas bersalaman aku pun pergi tanpa berpaling lagi. Dalam hati aku berdoa pertemuan ini akan habis setakat ini saja. Janganlah ada dua atau tiga kali pertemuan seperti ini. Biarkan cerita itu tamat begitu saja kerana sememangnya cerita itu sudah tamat sejak dua tahun lalu. Malah mungkin lebih lama daripada itu.
Sombongkah aku? Huh... sakit di hatiku mana dah yang tahu......

Bersambung.........................

Bookmark and Share

    


  Member Information For IswadiProfil   Hantar PM kepada Iswadi   Quote dan BalasQuote

putripuisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15926
Posting: 156
Dari: Allah & kepada-Nya jua

Kelantan  


posticon Posting pada: 26-01-06 10:37


ASSALAMUALAIKUM.

ana selalu baca cerpen anta.

menarik...walaupun cerpen sedikit berkisarkan tentang cinta, tapi banyak pengajaran...

Bookmark and Share

    


  Member Information For putripuisiProfil   Hantar PM kepada putripuisi   Pergi ke putripuisi's Website   Quote dan BalasQuote

Iswadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10269
Posting: 160
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 26-01-06 19:15


Hello...”

“Hello!” Suaraku sedikit kuat. Rasanya masuk kali ini sudah lebih sepuluh kali nombor yang sama tertera di skrin handphoneku. Anehnya bila aku angkat langsung tiada balasan. Hanya kedengaran tarikan nafas panjang dan kemudian dihembuskan perlahan-lahan di corong sana.

Geram! Hampir terbakar aku dibuatnya.
“Kalau rasa tak nak cakap tak payah call. Ingat saya tak ada kerja lain nak buat ke selain daripada melayan manusia bisu macam awak. Siapa pun awak, saya dah maafkan dosa awak sebab ganggu saya. But please... stop it!” kataku lancar bagaikan peluru berpandu. Letih! Sudahlah seharian kerja melambak di pejabat. Balik-balik saja belum sempat aku duduk handphone menjerit lagi. Sudahlah menjerit tak ada pulak orang yang nak bersuara. Siapa pun di tempat aku mesti angin punya.

“Be.... betul awak dah maafkan segala dosa saya pada awak?”
Terlepas terus handphone yang baru kubeli minggu lalu ke lantai. Cuma nasibku agak baik kerana tempat aku berpijak itu dilapik permaidani tebal. Tapi aku sudah lupa tentang handpohne model terbaruku itu. aku terlupa keletihanku sejak siang tadi. Malah aku lupa pada segala-galanya saat suara garau itu menyapa gegendang telingaku yang masih belum tuli walaupun Fakrul pernah melabelkan aku tuli kerana bertanyakan perkara yang sama padanya.

Fakrul! Iya... aku cukup kenal suara itu. Itu memang suara Fakrul. Lelaki yang pernah kusandarkan segala harapan suatu ketika dulu. Lelaki yang sama yang berjanji padaku macam-macam sampai aku mabuk cinta tetapi sekelip mata mengtongsampahkan janji-janji sendiri. Malah mengatakan janji yang tidak disertakan dengan hitam putih langsung tidak ada nilainya.

Iya... itulah lelaki itu. Itulah Fakrul!
Tapi perlu apa dia menghubungiku lagi setelah dua tahun hilang macam debu? Ah... kesal di hati kian bertapak. Kalau tidak kerana Syuhada mungkin panggilan tadi tidak akan kuterima.

Dengan tangan terketar-ketar handphone yang masih berfungsi kucapai dan kulekapkan ke telinga. Fakrul masih menanti di corong sana. Membuatkan aku semakin tidak keruan..

“Ap... apa yang kau nak dari aku?” tanyaku dalam getaran yang bukan sedikit-sedikit. Hilang saya dan awak yang biasa kugunakan bila bersama-samanya. Memang pun sejak pertemuan terakhir dulu aku sudah mengasuh bibirku dengan bahasa itu. Kedengaran agak kasar tapi aku suka. Lelaki seperti Fakrul tidak layak untuk dilayan dengan lemah lembut.

aku pun bukan kekasihnya lagi... buat apa membuang masa mengawal kata-kata. Dulu aku cukup menjaga bicaraku demi tidak mahu menggores hatinya. Tapi apa pula balasan yang aku dapat?Tak ada! Sekuman pun aku tidak dihargai. Ingat aku sampah apa?

“Saya rindukan awak....” perlahan nada suara di hujung sana.
Rindu. aku terkedu sesaat. Rindu! Itu jugalah yang selalu Fakrul katakan suatu ketika sehingga aku mabuk kepayang. Hari ini sekali lagi dia mengucapkan kata azimat itu. Untuk apa? Setelah hati aku teruk tercalar, untuk apa lagi sepatah kata itu diucapkan? Huh... betul-betul tidak patut lelaki bernama Fakrul itu.

Tiba-tiba aku rasa jengkel semacam.
“Rindu? What do you mean by rindu? Huh...mengarut,” tinggi nada suaraku. Tidak percaya Fakrul yang mengatakan janji tidak akan dinamakan janji selagi tidak ada hitam putih masih mahu menghubungiku. Dan yang lebih memualkan halwa telingaku bila dia mengatakan rindu padaku. Isyh.... melampau!

“Saya rindukan awak,” ulang Fakrul masih lagi perlahan.
aku ketawa agak kuat. aku sebetulnya tidak tahu siapa sebenarnya yang aku ketawakan. aku atau Fakrul? Tapi aku tahu hatiku kini kian membara. Tergamaknya Fakrul mengeluarkan sepatah kata itu padaku. Tergamaknya dia...

“Rindu? Untuk apa?” aku dalam diam cuba mengumpulkan kekuatan. aku tidak bodoh untuk rebah berkali-kali. Sepatah kata itu langsung tidak meninggalkan kesan di hatiku kecuali memualkan tekak sahaja.
“Saya...”

“Cukup! Tak perlu kau ucap kata itu sebab aku dah tak nak dengar apa-apa pun dari kau.” Tadinya aku ingin mendengar lagi kata-katanya. Tapi kemudian aku rasa muak dan geram. “Kalau kau nak tahu, rindu ni macam janji juga. Selagi tidak ada hitam putih selagi itu tak boleh dinamakan rindu. Tak nampak dan langsung tak boleh dipercayai. Benda karut!” Hentamku terus tanpa mempedulikan perasaannya.

Biar... aku tak pernah berniat mahu membalas dendam padanya. Tapi nampaknya Fakrul sendiri yang menyerahkan diri di tali gantung. Dan aku hanya mengambil kesempatan di atas apa yang terhidang di hadapan mataku. Salahkah aku? Paling tidak pun aku berusaha membasuh luka dua tahun lalu. Mungkin agak terlewat sedikit tapi aku benar-benar puas hati walau tidak setimpal rasanya.

“Qina...”
“Shut up. aku tak nak dengar lagi kau panggil nama aku.”
“Tapi saya....”

“Apa? Kau nak tengok apakah aku dah mati sebab kau tinggalkan? Itukan maksud kau call ni kan? Sorry... aku tak akan mati hanya kerana lelaki seperti kau. Tak akan!”
“Qina...”

“Jangan panggil nama aku. Jangan!”
“ok... ok...” Suaranya kedengaran agak menggelabah sedikit. Tapi peduli apa aku?
“Kenapa kau call aku?”

“Saya nak tanya khabar awak. Dah lama kita tak berbual kan?”
aku tarik nafas dalam-dalam. Setelah apa yang berlaku sesuaikah jika kami saling bertanya khabar?
“Buat apa nak bertanya khabar? Antara kita dah selesai 2 tahun dulu. Kita dah jadi orang lain. Kau dan aku saling tak mengenali dan tak akan saling mengenali lagi,” tegas aku berkata.

“Saya minta maaf...”
aku menggeleng perlahan. Kesal berbuku di hati tapi pada siapa harus kuluahkan. “Sorry... saya kena pergi sekarang.” Tanpa menunggu balasan darinya terus kumatikan telefon bimbitku.


Bersambung......................

Bookmark and Share

    


  Member Information For IswadiProfil   Hantar PM kepada Iswadi   Quote dan BalasQuote

pak_ali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18734
Posting: 256
Dari: Hollywood Records, 500 S. Buena Vista Saints Burbank, Los Angeles, California 91521.....

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-01-06 22:31


gapo ni...maleh nak baca...panjang sangat

Bookmark and Share

    


  Member Information For pak_aliProfil   Hantar PM kepada pak_ali   Quote dan BalasQuote

nur_2110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2005
Ahli No: 18853
Posting: 187
Dari: infront of my 2313NLCi

Melaka  


posticon Posting pada: 27-01-06 01:29


cepat lah abeh...cerpen bukan pendek saja ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_2110Profil   Hantar PM kepada nur_2110   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-01-06 13:15


bila nak habis agaknya

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

putripuisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15926
Posting: 156
Dari: Allah & kepada-Nya jua

Kelantan  


posticon Posting pada: 31-01-06 17:57


Assalamualaikum...

sambung la lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For putripuisiProfil   Hantar PM kepada putripuisi   Pergi ke putripuisi's Website   Quote dan BalasQuote

Iswadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10269
Posting: 160
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 01-02-06 19:06


“Alamak... banyaknya orang. Macam mana aku nak bayar bil air ni?” Desis bibirku perlahan.

Jam di pergelangan tangan kutatap sekilas. Kejap lagi nampaknya aku kena balik pejabat balik. Kalau lambat nanti aku juga yang kena marah dengan bos. Kalau ada Kak Azie ok juga sebab dia boleh cover aku tapi kakak kesayanganku itu cuti kerana anak bongsunya kurang sihat.
Nasib... nasib...

Nak balik ke tak ni. aku masih lagi memikirkan apakah aku patut terus beratur dalam barisan yang panjang itu. Atau aku harus pergi pada hari lain? Esok? Lusa? Huh... esok dan lusa pun belum pasti lagi pejabat pos tidak akan dikunjungi orang. Habis apa aku nak buat ni?

Telefon bimbit di dalam beg kucapai.
Pantas jemariku mendail. Tapi nombor demi nombor kudail tetap juga tiada balasan. Mana pergi semua orang ni? Tak kanlah tengah-tengah bulan macam ni mereka bershopping sakan?

“Kak Leha... please... angkat la...” aku masih berharap Kak Leha akan menggantikan aku sebelum aku kembali semula ke pejabat. Tapi lama kutunggu tetap juga tiada balasan.

“Tak sangka dalam banyak-banyak manusia kat sini ada juga orang yang tak betul. Cakap seorang-seorang lagi,” sapa satu suara di belakangku.

Orang tak betul? Serta-merta darahku rasa tersirap ke muka. Akukah yang dimaksudkan oleh suara garau seketika tadi? Kalau bukan aku siapa lagi? Dah tu suara itu begitu hampir dengan telingaku. Tapi kalau pun aku bercakap seorang diri bukan bererti aku tak betul.

Huh... kurang ajarlah tu!
Terus aku berpaling ke belakang. aku ingin menyembur pemilik suara yang tidak berinsurans itu. Kalau aku bawa cili memang sudah kucili-cili bibirnya biar merah dan bengkak supaya lain kali dia tidak lagi bercakap sesuka hati tanpa mempedulikan perasaan orang lain.

Tapi malangnya mana pernah aku pergi kerja bawa cili.
Aduh... rasa macam nak jatuh ke lantai saja tubuhku saat seraut wajah dengan sesusuk tubuh yang agak sasa berdiri tegak di hadapanku. Wajahnya hanya selamba badak dengan bibir yang menggariskan senyuman sinis. Dia sengaja mengejek aku yang sudah mula membahang.

Patutlah mulut laser! Mamat ni rupanya. Agaknya dalam dunia ni dah tak ada orang lain lagi boleh aku jumpa. kat MPJBT jumpa, kat pejabat pos jumpa dan dalam mimpi pun jumpa juga.

Mimpi? Allah... sampai ke hari ini aku macam tak percaya mamat cina yang namanya Gary boleh menumpang mimpi aku. Anehnya bila aku bangun saja daripada tidur aku boleh senyum macam kambing. Patutnya aku kena mengamuk sakan sebab mana kepentingan lelaki tu dalam hidup aku sampai boleh berkongsi mimpi. Bukan sekali pulak tu.

Isyh... kalau dia tahu habis aku!
“Tak jaga tepi kain orang tak boleh agaknya,” bidasku sinis tetapi perlahan. Sungguh aku tak mahu menjadi tontonan banyak mata. aku bukan pelakon atau penyanyi dan aku pun tak mahu jadi pelakon dan penyanyi.

“Bila saya jaga tepi kain awak?” Dia seperti biasa selalu saja mempamerkan raut wajah tidak bersalah.

aku yang melihat terasa mahu menelannya hidup-hidup. Tapi bila berterusan memandang raut dan tubuhnya aku tahu aku tak boleh melakukannya. aku tak sampai hati nak buat macam tu. Eh ia ke aku ni tak sampai hati? Atau aku sebenarnya tak nak dia hilang?

Huh... Kenapa hari ni hati aku tak habis-habis nak mengarut?
“Kalau pun saya nak cakap seorang-seorang itu bukan urusan awak. So... jangan nak sindiri-sindir orang tak tentu fasal.”

“Marah nampak.”
Terjegil biji mataku. aku dah separuh gila membara dia boleh lagi cakap macam tu? Sabar sajalah...

“Habis tu apa? Nak suruh saya ketawa bila awak kutuk saya macam tu?”
Dia senyum sedikit. Walaupun sedikit tetap menarik aku kira.
“Tak payahlah ketawa sakan, senyum sikit-sikit pun dah cukuplah. Sebab kalau ketawa lebih sangat nanti nampak macam tak betul pulak. Mana ada bezanya dengan cakap seorang-seorang macam tadi,” ungkitnya sekali lagi dengan tujuan menaikkan lagi amarahku.

“Awak tau tak....”
“Tak!” Pantas dia menjawab sebelum aku sempat menghabiskan ayatku. Isyh... meluatnya,
“Tak menyampuk tak boleh ke?”

Dia tergelak perlahan. Menariknya! Huh... apa hal dengan hati aku ni? Patutnya aku kutuk dia, bukan puji melangit macam ni. Tapi kira okeylah sebab yang memuji adalah hati aku bukannya bibir aku. Kalau bibir aku yang buat macam tu memang aku tampal dengan gam.
Kejamnya aku pada diri sendiri, tapi peduli apa!

“Kita ni kongsi mulut ke?”
Aduh sakitnya... Rasanya aku pernah bercakap seperti itu padanya dulu. Mungkin dia masih ingat dan tidak dapat melupakan apa yang kukatakan. Jadi sebagai membalas rasa sakit hati hari ini aku pula yang dikenakan.

Betullah... sekarang ni memang ALLAH bayar tunai.

“Tak ingin saya kongsi apa-apa dengan awak!” sinis aku berkata.
Dia tetap juga tersenyum manis. Bahunya kemudian diangkat sedikit. Tapi matanya masih terpaku ke wajahku yang pastinya sudah merah padam kerana menahan perasaan marah yang mendongkol.

“We’ll see...”
We’ll see? Apa maksudnya bercakap seperti itu padaku. aku ingin tahu tapi ego menghalang.
“Agaknya dunia ni dah sempit sangat,” gumamku meluat. Lupa terus dengan apa yang ingin aku katakan padanya tadi.

“Yalah... saya pun rasa dunia ni dah makin sempit. Sebab itu ada orang tu mudah saja naik angin tak tentu fasal. Nanti jangan pula ada yang kena darah tinggi.”
aku lagi yang kena ke ni. Isyh... ini yang aku paling benci sekali dalam hidup sejak Fakrul meninggalkan aku. Kalah! Apalagi kalah di tangan musuh ketatku ini. Tak boleh dibiarkan ni, kalau dia tak hangus aku kerjakan. aku pula yang hangus sebab ditimpa perasaan geram yang membuak-buak..

“Kalau kena pun saya kan?
Dia mengangguk perlahan. “Tapi... kesianlah kalau muda-muda dah kena penyakit macam tu. Belum kahwin pulak tu,” dia berkata seolah-olah kesal.
Menyirap lagi darahku dibuatnya. “Yang awak sibuk kenapa pulak?”

“Tak adalah... saya sekadar kesal jika anugerah yang TUHAN berikan ni sia-sia saja.”
“Menyibuk!”

aku sudah kehabisan idea untuk membalas kata-katanya. aku sudah pun membuat kesimpulan dalam hati. Gary semakin dilayan untuk bergaduh semakin aku yang sakit jiwa. Jadi kata orang sebelum kita betul-betul nampak lemah lebih baik diam macam patung cendana kan?
Dia kelihatan ketawa sedikit besar.
Dasar gila, desis hati kecilku geram.

Bersambung................

Bookmark and Share

    


  Member Information For IswadiProfil   Hantar PM kepada Iswadi   Quote dan BalasQuote

putripuisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15926
Posting: 156
Dari: Allah & kepada-Nya jua

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-02-06 21:36


Assalamualaikum......

kasihan pulak bila difikirkan nasib Qina.

dah la kekasih kawin lain, kena sindir pula...

tentulah terasa kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For putripuisiProfil   Hantar PM kepada putripuisi   Pergi ke putripuisi's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-02-06 21:44


cepatlah smbung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

razman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.05.2004
Ahli No: 9196
Posting: 81
Dari: Universiti Utara Malaysia, Sintok

PulauPinang  


posticon Posting pada: 02-02-06 22:52


panjangnya... bila nak habis? tapi menarik!

Bookmark and Share

    


  Member Information For razmanProfil   Hantar PM kepada razman   Quote dan BalasQuote

putripuisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15926
Posting: 156
Dari: Allah & kepada-Nya jua

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-02-06 15:27


sambung la

Bookmark and Share

    


  Member Information For putripuisiProfil   Hantar PM kepada putripuisi   Pergi ke putripuisi's Website   Quote dan BalasQuote

diyan_huwaina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.12.2005
Ahli No: 21127
Posting: 102
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-02-06 17:35


ala....bila nak sambung ini!!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For diyan_huwainaProfil   Hantar PM kepada diyan_huwaina   Quote dan BalasQuote

Iswadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10269
Posting: 160
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 28-02-06 23:23


“Hah... Kak Leha! Kak Leha kat mana tu?” tanyaku setelah memalingkan tubuhku daripada Gary. Hatiku sedikit melonjak sebab setelah lama mencuba akhirnya dapat juga aku bercakap dengan Kak Leha.

“Kak Leha ada kat Plaza Kota Raya ni,” jawab suara di hujung talian.
Plaza Kota Raya? Jauhnya... nampaknya aku tak bolehlah nak minta tolong dengan Kak Leha. Memang nasibku benar-benar malang hari ini. Semua yang kuharap tak boleh diharap. Kena baliklah aku nampaknya. Memang tak berbaloi betul bertekak dengan Gary tadi.

“Kak Leha masuk lambat sikit.”
Belum sempat aku cakap apa-apa dia dulu yang dah bercakap so ada pilihan lain lagikah aku selain daripada balik semula ke pejabat dalam kadar masa seberapa segera yang mungkin.

“Qina baru nak minta tolong Kak Leha coverkan Qina sekejap. Tak apalah,” keluhku perlahan.
“Alah Kenapa tak cakap awal-awal tadi,” Kak Leha juga seperti kesal dengan apa yang berlaku.
“Tak apalah! Qina kena pergi ni. Kalau tak mengamuk pulak bos nanti. Bye!”

Keluhan kulepaskan bebas seketika. Menyesalnya datang hari ni, terus juga hatiku berkata-kata. Seketika kupandang bil di tangan. Geramnya! Terus beg tangan kubuka tapi belum sempat kusumbat bil itu ke dalam beg tanganku tiba-tiba ada tangan kasar yang menyambar. Sekelip mata saja bil putih bercampur biru itu bertukar tangan. Aku terkedu sesaat melihat tangan kasar itu memasukkan bil milikku ke dalam poket seluarnya.

“Bawa sini bil tadi,” aku berkata setelah pulih daripada rasa terkejut. Beraninya Gary bertindak seperti itu padaku.
“Kalau saya tak nak,” cabarnya padaku.
“Tak malu eh ambik barang orang,” sinisku.

“Alah apa yang nak dimalukan kalau orang yang bertanya pun pernah mengambil barang orang lain. Pen oren.... ingat?” ungkitnya perlahan dengan wajah tanpa perasaan dan senyuman yang mampu memikat sesiapa saja yang memandang wajahnya yang sangat cute itu.

Dan serta-merta ingatanku melayang pada sebatang pen berwarna oren yang begitu menarik perhatianku. Malah aku dengan bangganya mengaku pada Gary kalau pen itu adalah milikku. Sedangkan yang sebenarnya pemilik sebenar bagi pen itu adalah Gary sendiri. Kalau nak dikenangkan sampai ke hari ini pun rasa maluku tak hilang lagi. Cuma aku tak mahu terlalu memikirkannya.

Hari ni lepas Gary mengungkit lagi apa yang kukatakan?
“Hello...” Gary mengawang-gawangkan tangannya di hadapan wajahku.
Aku tersentak dan lamunan tadi hilang begitu saja.

“Sekurang-kurangnya saya ambil barang orang yang ketika itu tidak ada tuannya. Awak pula ambik barang orang yang ada di tangan tuannya. So siapa yang lebih teruk lagi? Awak atau saya?”

Wajahnya mencebik seketika. “Pokoknya tetap ambil juga kan?”
“Malaslah layan orang gila macam awak ni. Bawak sini bil saya, saya dah nak balik ni,” pintaku kasar.
Sudah lama juga aku beratur tapi orang tetap juga ramai di dalam pejabat pos ini. Malah rasanya semakin lama semakin bertambah saja bilangannya. Silap-silap boleh sesak nafas dibuatnya.

“Ambillah sendiri,” ejeknya padaku sambil menepuk kocek kanan seluarnya.
Aku? Nak seluk poket dia semata-mata nak ambil bil? Ya ALLAH... betul-betullah anak cina ni dah hilang akal.
“Tak malu eh?”

“Bila kita pakai baju kita tak perlu rasa malu.”
Falsafah mana yang dia dapat ni? Siapa yang ajar agaknya? “Tak payah nak melalut tak tentu fasal. Pulang balik bil saya. Saya nak cepat ni,” desakku sekali lagi dengan wajah yang serius.

“Macam saya cakap tadi.” Itu juga jawapan Gary.
“Awak nak malukan saya eh?”
Dia menggeleng dengan matanya yang sengaja dibulatkan. Aku cungkil mata yang macam guli tu karang baru padan dengan muka dia.

“So apa maksud awak suruh saya seluk poket awak?”
“Suruh ambil bil lah.”
“Ada saya suruh awak simpan bil saya tu?”
“Tak ada...”

“Dah tu?”
Dia kulihat melihat jam tangan di pergelangannya beberapa saat sebelum kembali memandang wajahku.

“Baik awak balik sekarang sebab dah nak dekat sangat pukul dua. Kalau awak lambat nanti kena marah dengan bos. Public pun nanti mengamuk semacam. Siapa yang susah nanti awak juga. Saya cuma boleh ketawakan awak saja nanti.” Dia mengingatkan aku.

Ah... dalam keadaan genting begini pun dia masih mahu menaikkan darahku yang memang tengah tak stabil lagi ni.

“Dah... balik sekarang juga.” Dia menolak aku sedikit.
Isyh... beraninya dia menyentuh aku.
“How dare you to touch me,” aku betul-betul tak puas hati.

Dia ketawa perlahan. “Alah tak luak mana pun, sikit saja. Lagi pun nanti awak, saya...” Dia sengaja tidak mahu menghabiskan kata-katanya sedangkan aku masih menanti.

Lama kami saling berpandangan. Anehnya perasaan rasa begitu tenang dengan redup sepasang mata miliknya.
Tapi mengenangkan jarum jam yang semakin galak berjalan aku akhirnya berpaling dan terus berlalu menuju ke muka pintu.

“Kalau nak bil ni datang jumpa saya.” Gary berkata agak kuat.
Aku berpaling lagi lantas menunjukkan lima jari ke arahnya. Dan dia hanya tersenyum senang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For IswadiProfil   Hantar PM kepada Iswadi   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-03-06 00:19


emm...best cita ni..
ana suka la...
ada sambungan ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 01-03-06 00:42


sambung...sambung...best ke cerita ini....panjang sangat nak abiskan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 01-03-06 17:04


best nyerr

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 01-03-06 17:04


farah hanan baca la dulu..cerita ni memang best

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 01-03-06 17:07


betul ke best...engkau jangan tipu akun tasbih...kejap...aku nak try baca ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

eNira
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2005
Ahli No: 17047
Posting: 102
Dari: somewhere in Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-03-06 01:55


mana ni..lamanye tunggu sambung dia...best ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For eNiraProfil   Hantar PM kepada eNira   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-03-06 23:08


harap2 nanti gary 2 masuk islam ye..

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

nur_2110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2005
Ahli No: 18853
Posting: 187
Dari: infront of my 2313NLCi

Melaka  


posticon Posting pada: 20-03-06 02:06


konpem gary masuk islam...hehe...hopefully...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_2110Profil   Hantar PM kepada nur_2110   Quote dan BalasQuote

Iswadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10269
Posting: 160
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 20-03-06 13:28


“Isyh.... nak beli ke ni?” Sayur sawi Jepun di tangan kutatap dengan dahi berkerut-kerut. Bukannya apa... kalau beli nanti aku takut pulak jadi ranting kering dalam peti ais. Maklumlah aku balik kerja saja dah malam. Kawan-kawanku? Huh... dua kali lima saja dengan aku.

Sayur itu kuletakkan kembali ke tempatnya. Kemudian kutarik kembali sambil otak terus berfikir.

“Ah... tak payah belilah. Membazir saja nanti,” perlahan aku mengomel.
Kemudian aku berpaling. Dan.... Ya ALLAH... apa lagi yang ingin kau tunjukkan padaku sebenarnya?

“Qina...”
Aku terus kaku. Hanya mata saja terbeliak memandang sesusuk tubuh yang merenung lama wajahku. Fakrul kah itu? Sungguh dia benar-benar sudah berbeza. Tubuhnya yang dulunya berisi kulihat semakin susut. Wajahnya pula... nampak seperti orang yang menanggung beban berat. Kasihan! Tapi sayangnya di hatiku langsung tidak bertapak simpati.

Zalim benarkah aku? Tidak... kalau orang lain mungkin aku akan simpati. Tapi tidak pada lelaki yang satu ini.

Tanpa mempedulikan dirinya aku pantas berlalu. Cukuplah sampai di sini saja kerana aku tak mahu marah yang cuba kubuang marak kembali. Sesungguhnya aku tidak mahu terus-terusan menjadi pendendam. Apa lagi pada kisah silam yang masih cuba kubuang dari kamus hatiku.

“Qina... tunggu...” Lenganku diraih.
Langkahku terhenti. Lantas aku berpaling. Kalau dia sayur yang kupegang tadi memang kutelan habis. Segera aku merentap lenganku yang masih dipegang.

“How dare you to touch me, Fakrul?” tempikku kuat. Apakah orang melihat kami aku tidak tahu. Tapi aku benar-benar terbakar bila dia menyentuhku sesuka hati.

“I’m so sorry... but we need to talk,” ujarnya serba salah. Dia kulihat terkulat-kulat sedikit. Mungkin tidak menyangka aku akan menyergahnya seperti itu. Lupakah dia kalau aku bukan kekasih dia lagi? Alangkan semasa berkasih dulu aku tidak rela disentuh. Apatah lagi bila kasih itu sudah lama kucampak ke longkang?

“Tak ada apa yang perlu diucapkan!” tegasku tegang.
Wajahnya kelihatan sayu. Tapi simpatiku sudah lama hilang untuk lelaki bernama Fakrul itu. “Tolonglah Qina... saya merayu,” katanya lagi.

Aku tersengih sinis. Fakrul minta tolong? Merayu bagai lelaki tidak ada harga diri? Mimpikah aku? Huh... boleh jalanlah dengan Fakrul. Hatiku sudah cukup bebal untuk cair seperti dulu.

“Cerita kita dah lama tamat!”
Fakrul kelihatan tunduk. “Saya masih sayangkan awak.”
Menggigil tubuhku dek ucapan itu. Tulikan telingaku TUHAN. Aku tidak mahu mendengar kata-kata semacam ini. Apa lagi dari lelaki yang pernah merobohkan segenap kepercayaanku.

“Saya tak bergurau Qina.”
Aku menggeleng keras. “Cukup!”
“Kita sambung balik tali yang putus, Qina...” Fakrul langsung tidak mempedulikan kata-kataku.

“Jangan mimpi!”
Dia terpana seketika. Matanya masih menyorot tajam wajahku. “Saya tak bahagia Qina. Saya tahu ini balasan ALLAH sebab saya mainkan hati seorang perempuan. Saya minta maaf dan tolonglah... baliklah pada saya. Saya janji awak tak akan luka lagi. Kita bina istana bahagia macam yang kita impikan dulu” Seperti air kata-kata itu meluncur dari bibir Fakrul. Tapi sayangnya air itu langsung tidak mampu menyejukkan hatiku yang sudah membahang.

Istana bahagia kita? Ya ALLAH... bawa pergi semuanya. Bawa pergi... Sungguh hatiku sudah tidak tertahan mendengar tiga perkataan itu. Memang itulah dulu impianku. Impian Fakrul dan impian kami berdua. Tapi siapa yang telah meranapkan impian indah itu? Siapa yang melupakan segugus janji-janji itu? Akulkah? Bukan! Bukan akan yang memulakan semuanya. Bukan aku! Lalu Kenapa mesti Fakrul mengungkit cerita yang sangat menyakitkan itu?

“Awak ni kan....”
“Saya tau awak masih sendiri. Tempat saya masih ada kan?”
Hampir rebah aku dek keyakinannya. Lantas aku berundur setapak ke belakang. Wajahnya kurenung dalam-dalam. Anehnya rasa cinta dan sayang yang dulunya menggebu-gebu lenyap begitu saja. Tahulah aku kini yang tanpa sedar aku sebenarnya sudah berjaya mengusir seraut wajah dan sepotong nama yang masih tegak berdiri di hadapanku.

Terima kasih TUHAN... kalau memang ini yang kau janjikan untukku. Aku pasrah. Dia memang tidak layak untukku. Kalau hari ini dia boleh berpaling padaku kerana tidak bahagia dengan isterinya. Tidak mustahil juga suatu hari nanti dia berpaling pula pada perempuan lain kerana tidak bahagia denganku. Huh... kalau itulah yang berlaku alangkah malang nasibku. Dan bodohkah aku untuk menerima dirinya kembali? Tidak... Qarina tidak sebodoh itu...

“Ia... memang saya masih sendiri. Hati saya masih kosong. Tapi tak bermakna saya akan terima awak semula. Lagi pun hati saya kosong hanya setakat semalam saja. Hari ni dah ada penghuninya. Kejap eh...”
Aku terus bergerak ke sisi kanan. Kelihatan seorang lelaki muda berdiri tegak, juga di tempat sayur itu. Anehnya dia tidak memilih sayur. Dia seperti mengamati aku dan Fakrul. Tapi bila aku semakin dia kulihat kelam-kabut memegang seikat kangkung yang nampaknya begitu segar.

Tiba di tempatnya aku berhenti, wajahnya yang berpaling kutatap.
Mak... apa punya malanglah nasib Qina hari ni. Lepas dari mulut naga masuk mulut buaya la pulak...

“Qarina...”
Aku telan liur berkali-kali. Terasa ada seketul batu lekat di leherku. Biar betul ni? Mana pulak dia tahu nama aku ni? Dah tu dalam banyak-banyak orang dalam dunia ni Kenapa aku mesti jumpa dengan mamat ni?

“Mana awak tau nama saya ni?” Lupa seketika aku pada Fakrul yang berdiri memerhatikan kami berdua.

“Saya kan dulu kerja jadi wartawan,” ujarnya selamba.
“Penipu,” desisku perlahan. Kemudian mataku menjeling pada Fakrul yang kuagak pasti hairan melihat aku dengan mamat ni.

“Itu siapa?” tanya Gary selamba. Bibirnya sengaja dijuihkan ke arah Fakrul yang masih juga tegak berdiri. Mujur juga mamat tu tak datang dekat padaku, kalau tak pasti haru aku nak menjawab.

Benarnya aku nak suruh lelaki ini menyamar jadi buah hatiku. Aku ingin Fakrul tahu yang aku tak akan terus menunggunya seumur hidup. Lainlah kalau dia tidak sengaja meninggalkanku. Ini ceritanya lain macam.

Tapi... bila lelaki ini adalah Gary, nampaknya aku terpaksa berfikir 18 kali. Minda aku ni masih ingat lagi macam mana dia mengambil pen oren kesayanganku. Eh... bukan pen aku tapi pen dialah... aku saja yang perasan pen itu aku punya.

“Kenapa sibuk nak tahu?”
“Saja saja... tak boleh ke?”
“Tak boleh!”
“Kenapa?”

Aku mencebikkan wajah. “Nak kena jawab ke soalan tu?” sinisku dengan senyuman yang sengaja kubuat-buat. Bukannya apa. Aku nampak Fakrul sudah semakin gelisah di tempatnya. Buatnya dia tahu aku tengah berlakon mati kutu aku nanti nak menjawabnya.

“Mestilah!”
Aku sengih lagi dengan wajah yang sengaja kubuat-buat mesra. Aku kalau boleh tak nak Fakrul tahu. Rasanya dalam masa-masa kritikal macam ni, Gary pun bolehlah kujadikan boyfriend instant.

“Boleh... saya akan bagi tahu tapi dengan syarat,” aku cuba memanfaatkan keadaan.
Matanya membulat lama di wajahku. Tapi kemudian perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman.

Mak ai... cutenya anak cina ni. Kalau bukan musuhku memang sudah lama kungorat “Apa syaratnya?”
Aku senyum lagi tapi kali ni betul-betul ikhlas kerana aku tidak perlu lagi melayan kerenah Fakrul lepas ni dan panggilan demi panggilan yang tak pernah kenal masanya. Subuh-subuh pun Fakrul pernah menelefonku.

“Awak berlakon jadi boyfriend saya,” kataku hampir-hampir tak kedengaran. Tidakkah aku kelihatan seperti perigi mencari timba? Tapi aku mana ada pilihan lain lagi. Inilah peluang yang boleh kubuktikan pada Fakrul.

Tiba-tiba ketawa Gary meletus. Sedikit kuat dan tanpa pertimbangan laju saja tanganku mengetip lengannya. Tindakkan refleks! Dan ketawa itu terus mati begitu saja. Hanya matanya tajam menyorot wajahku sebelum pandangan itu disulam dengan segaris senyuman yang begitu indah. Isyh... apa ni? Jantung aku yang tadinya bergerak seperti sedia kala mula bengkang bengkok.

“Sorry...” ucapku perlahan.
Dia terpana seketika. “Kenapa cakap Sorry?”
Aku ketap bibir menahan malu. Tangan aku pun satu juga, asal laju sangat bertindak.

Tapi dia kan dah tahu untuk apa perkataan maaf itu. Lagi-lagi mahu tanyakah? Saja nak buat aku tambah benganglah tu.

“Boleh... saya boleh tolong awak tapi dengan dua syarat,” katanya selamba dengan senyuman menawannya.
Aku pula yang telan liur. Aku mengenakan dia dengan satu syarat tapi dia membalas dengan dua syarat. Adil ke? Tapi kalau dia tak nak tolong aku macam mana pulak? Malang... malang...

“Apa dia?” tanyaku sedikit geram.
Dia tergelak kecil sambil menatap wajahku penuh minat. “Senyum sikit... baru selera nak tengok,” usiknya tanpa peduli pada tahap geram aku.

“Kalau tak senyum saya tak nak tolong.” Kali ini dia seperti mengugutku pula.
Rela dalam paksa aku akhirnya menggerakkan sedikit bibir. Dia hanya tenang dan dengan selambanya jemari kasarnya naik ke wajahku. Dia menyentuh sedikit daguku.

Dan aku terasa seluruh tubuhku membahang. Tiba-tiba saja aku terasa ingin menendang lelaki bernama Gary yang begitu bersahaja menyentuh daguku. Ingat aku perempuan murahankah?

“Jangan marah.... saya ni tengah berlakon depan lelaki tu,” bisiknya hampir di telingaku.
Tapi aku tetap tak puas hati.

“Apa syarat awak?” Aku tidak mahu lagi bermain tarik tali dengannya.
“Pertama siapa lelaki tu?” tanyanya agak tegas.
“ex-boyfriend saya!”

Dia menjungkit bahu tanda akur dengan penjelasanku.
“Yang kedua apa?”
Dia senyum pula dengan ketidaksabaran yang aku cuba tonjolkan. “Kedua... awak kena setuju keluar dengan saya sebanyak tiga kali,” ujarnya dengan wajah penuh makna.

Tiga kali? Bulat mataku merenung wajahnya. Sungguh aku benar-benar tidak puas hati dengan syarat yang kedua ini. Kalau sekali boleh tahan lagi. Tapi ini kalau sudah sampai tiga kali tidakkan itu boleh disifatkan sebagai melampau? Tak patut betul ambik kesempatan di saat-saat aku terdesak macam ni.

Tapi aku juga yang salah sebab nak kenakan Fakrul dengan mempergunakan Gary. Sudahnya aku pula yang dikenakan lelaki yang satu ini. TUHAN itu memang adil!

“Tiga kali? Mana boleh macam tu,” aku cuba memprotes lagi.
“Awak ada pilihan lain lagi ke?” Begitu fasihnya dia bertutur dalam bahasa Melayu hingga aku pula jadi terkelu. Gary seperti tahu aku kini benar-benar tersepit dan tidak punya pilihan lain lagi.

Aku merengus perlahan. “Tak ada!”
Keningnya terjungkit. “So?”
Aku tiba-tiba saja terasa aku akan kalah di tangan lelaki cina ini. Lantas mindaku mula bergerak mencari idea. Aku tidak mahu tumbang di tangan Gary. Cukuplah sekali aku tumbang di tangan Fakrul suatu ketika dahulu.

“Macam mana kalau saya kata setuju dan kemudian bila awak dah tolong saya, saya akan hilang macam tu saja?”
Gary diam. Dan aku tahu saat ini kemenangan pasti akan menjadi milikku.

Kemudian Gary mula mengukir segaris senyuman yang tetap menarik di mataku. Dia semakin menghampiri tubuhku dan berhenti dalam jarak tak sampai dua inci. Aku pula sudah tidak boleh bergerak lagi kerana di belakangku terdapat rak sayur yang tidak memungkinkan aku untuk berundur.

“Saya akan cari awak hingga ke lubang cacing.”
Hampir pengsan aku dengan keyakinannya itu. “Saya akan lari tempat yang awak tak mungkin dapat cari saya,” aku tetap tidak mahu mengalah selagi aku punya peluang untuk berbuat demikian.

“We’ll see...”
Aku gigit bibir kuat. Ikutkan hati aku ingin meninggalkan Gary dan Fakrul yang sudah seperti cacing ke panasan.

“Cepat buat keputusan sebab you ex dah tak sabar lagi tu.” Gary seperti mendesakku.
Aku berpaling untuk melihat Fakrul dan aku semakin panik bila Fakrul sudah mula mengatur langkah ke arahku. ALLAH... macam mana ni.

“Cepat...”
Aku tatap wajah Gary dengan rasa geram yang membuak-buak. “Ya... saya setuju semuanya,” kataku separuh hati.

Gary tersenyum kemenangan dan kemudian dengan selambanya mencapai jemariku. Dia mengheret tubuhku menghampiri Fakrul yang telah terhenti saat melihat jemariku utuh dalam genggaman tangan kasar Gary. T

api pastinya Fakrul tidak tahu bahawa ketika ini aku terasa seperti ingin menendang tubuh Gary yang memperlakukan aku ini seperti bininya. Kurang ajar!
“Hai... saya Gary... boyfriend Qarina,” ramah Gary memperkenalkan dirinya.

Tangan kanannya disuakan pada Fakrul sedang tangan kirinya masih memegang jemariku yang sudah hangat bercampur dingin.
Isyh.... apa punya rasalah ni?
“Saya Fakrul...”

Mereka saling berbalas senyum. Satu dengan senyuman yang begitu manis dan satu lagi dengan senyuman yang nyata dibuat-buat. Dan aku pun ikut tersenyum tetapi senyumku seperti menangis kerana Gary meramas-ramas lembut jemariku sambil sesekali diusap perlahan.

“Dah lama kena Qina?” tanya Fakrul tegang.
“Dah lama juga dan dah nak kahwin pun kami ni,” bohong Gary bersahaja.
Aku angkat wajah. Mataku tumpah ke arah Gary yang nampaknya begitu yakin. Tak sangka aku dalam diam rupanya Gary seorang pelakon yang hebat. Aku suruh berlakon sikit tapi dia nampaknya lebih senang mengembangkan cerita yang patutnya sudah berakhir.

“Tapi... awak kan cina?”
Gary ketawa perlahan. Aku yang sebal dengan ketawa itu. Tapi aku lebih sebal dengan Fakrul kerana cara bercakapnya seperti dialah yang kononnya paling sesuai untuk hidup bersamaku. Dasar lelaki ego! Masa aku hendak aku dicampaknya, masa aku dah tak ingin dia pula tersua-sua.

“Cina tak semestinya tak boleh jadi Islam.”
“So awak masuk Islam ni sebab nak kahwin dengan Qina lah ni?” Nadanya aku tahu dia sedang menyindiri Gary.
“Tak boleh ke?”

“Boleh cuma tak patut awak jadikan sebab kahwin tu. Awak sebenarnya tak ikhlas dalam Islam,” Fakrul terus juga menghentam Gary.
Anehnya Gary sedikit pun tidak marah. Sebaliknya dia hanya tersenyum dengan wajah yang tenang. Dalam diam aku cuba membuat perbandingan antara keduanya.

Memang Fakrul orangnya cepat naik darah. Dulu bukannya aku tak pernah ditengkingnya. Selalu! Cuma kerana cinta aku buta dan pekakkan segala-galanya. Bagiku biar sakit hati asalkan aku tidak ditinggalkan.
Sedangkan Gary? Patutnya dia boleh marah dengan nada sindiran Fakrul tadi. Tapi dia hanya selamba saja.

“Sebenarnya tak salah kalau kita peluk Islam kerana nak kahwin asalkan selepas tu kita belajar bagaimana hendak mendalami Islam itu sendiri. Lagi pun bagi saya yang lebih penting adalah keikhlasan. Bila kita terima seseorang sebagai teman hidup itu bererti kita sanggup menerima apa saja tentang dirinya. Termasuk kelebihan dan kekurangannya. Maksudnya bila saya terima Qina, saya akan terima juga agama yang dianutinya.” Panjang lebar Gary menerangkan pendiriannya.

Aku yang mendengar terkebil-kebil. Tidak percaya Gary akan berkata sebegitu pada Fakrul.
Fakrul pula terkelu untuk membidas kata-kata yang benar belaka itu.

“Well... kau dah dengar kan apa yang boyfriend aku kata so lepas ni jangan cari aku dan tolong berhenti daripada menelefon aku,” tegasku. Kali ini aku pula yang mengheret tangan Gary. Apa yang Gary nak fikir aku dah tak peduli lagi. Tapi hari ini aku tiba-tiba saja terasa seperti seekor burung yang terlepas dari sangkar. Bebas sebebas-bebasnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For IswadiProfil   Hantar PM kepada Iswadi   Quote dan BalasQuote

Iswadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10269
Posting: 160
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 20-03-06 13:29


“Ni dah sekali, tinggal lagi dua kali saja saya akan temankan awak,” kataku setelah Gary melabuhkan punggung di hadapanku.

Dia tetap juga diam seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Dan tak ada juga apa-apa yang baru berlaku. Sedangkan baru seketika tadi kami sama-sama nampak bagaimana berkerutnya dahi Fakrul dan bagaimana masam mencukanya wajah lelaki itu saat Gary memegang erat jari-jemariku.

Tapi apa hak dia nak buat muka macam tu? Dan apa pula hak Gary memegang jemariku seperti aku tadi?
Memang ke lelaki ni tak boleh dipercayai?

“Dengar tak ni apa yang saya cakap?” tanyaku serius.
Aku sedikit membentak saat merasakan aku sebenarnya sedang bercakap dengan sebatang pokok kelapa. Apa taknya Gary tetap menayangkan muka selamba badak airnya. Ingat lawa sangat ke buat muka macam tu? Tapi... anehnya aku rasa dalam keadaan muka macam tu pun dia tetap kacak. Atau akukah yang sebenarnya sudah mabuk cendawan?

“Awak ni kan...”
“Awak ni kalau bercakap macam mak nenek. Kalau bertanya macam polis. Dan kalau marah macam harimau lapar,” perlahan saja Gary mengutukku.
Dia kemudian mencapai airnya dan menyedutnya penuh tertib.

Aku merengus geram. Lantas air yang baru sampai kusedut rakus bagi membayangkan perasaan yang bergumpal dalam hatiku.
“Kalau minum pulak... macam badak air yang dah lama tak jumpa air,” terusnya perlahan.

Badak air? Dia kata aku badak air? Makkk... apa punya oranglah yang Qina jumpa ni?
Dia diam kemudian. Tapi seperti biasa matanya tetap tunak memandang wajahku. Ditelitinya penuh minat hingga aku yang tengah marah tiba-tiba saja jadi menggelabah biawak. Apa agaknya ada di wajahku. Comot ke? Tanpa bertanya aku menyentuh pipi kananku.

Dia tergelak kecil. “Kesat apa tu?” tanyanya agak santai. Dia kemudian bersandar malas.
“Dah awak tengok semacam saya ingat ada comot kat mana-mana,” balasku meluat.

“Tak ada apa-apalah. Semuanya terletak elok kat situ. Hidung tu pun tetap mancung. rasa macam saya nak tarik-tarik saja,” usiknya sambil menjungkitkan kening beberapa kali.

Panas merona wajahku dengan kata-kata yang langsung tidak pernah kuduga itu.
“Kenapa lah kita kena berlakon sikit sangat tadi. Kalau tak mesti saya yang dapat untung besar hari ni.”
Sah... dia ni rupanya masih tak puas bergaduh denganku.

“Awak ingat awak siapa nak sentuh-sentuh orang sesuka hati? Saya tak suka tau awak pegang saya.” Marah yang kupendamkan sejak di hadapan Fakrul kuluahkan satu persatu. Aku tidak mahu diriku dianggap murahan sebab aku ada harga diri yang perlu kujaga sampai bila-bila.

“Ia ke tak suka?” Dia mencabar kesabaraku aku kira.
“Ingat saya patung ke?”
Dia menguak anak rambutnya ke belakang. Macam modellah pulak mamat ni.

“Kalau awak patung saya dah angkat letak dalam bilik saya.” Cepat juga mindanya bergerak.
Aku mengeluh perlahan. Sebenarnya aku memang sudah cukup arif. Kalau aku dan Gary bertekak atau bergaduh aku tentu sekali tidak akan menang. Entah ilmu apa yang dia gunakan aku tak tahu. Tapi kalau aku tak diam memang makin menjadi-jadi sakit hati yang kualami.

Teruk betullah dia ni...
“Dah... tak payah marah-marahlah. Saya bergurau saja. Tapi kan....” Dia diam tiba-tiba. “Awak makin marah makin manis. Ikhlas!”

Aku cuba untuk tidak mengambil tahu apa yang dia katakan. Cakap lelaki, sepuluh belum tentu satu pun boleh dipercayai. Daripada aku dapat penyakit lebih baik aku buat bodoh saja cuma aku harap bodoh yang kubuat ini tidak akan berpanjangan hadirnya kerana aku tak nak jadi orang bodoh.

“Sabar ia... saya tak suka awak marah-marah walaupun lebih manis. Saya tak nak awak nanti dapat sakit darah tinggi.”
Darah tinggi? Polos dia berkata. Sedangkan aku sendiri tidak tahu apakah aku patut menangis kerana kata-katanya yang terlalu berterus-terang? Atau pun ketawa sakan macam nak rak kerana geram dengan diri sendiri yang terjebak hingga terpaksa duduk menghadap wajah cute yang selalu menaikkan darahku sejak mula-mula kenal lagi ini? Peningnya...

“ok... cakap dengan saya siapa lelaki tadi?” Dia cuba berlembut denganku. Mungkin disebabkan muncungku yang sudah sedepa panjangnya.
Aku merengus lagi. “Kan tadi dah cakap yang dia tu ex saya. Takkanlah itu pun awak tak faham?”

Takkanlah pekak? Kalau pekak alahai... sayangnya sebab dia ni cute sangatlah...
“Itu saya tahu.”
Fuhhh... lega rupanya dia ni tak pekak. Cuma susah nak faham bahasa Melayu agaknya. Tapi kalau tak tahu bahasa Melayu buat apa jadi warganegara Malaysia pulak? Kenapa tak balik negara China saja? Eh... siapa pulak aku nak jadi hakim ni? Tapi betullah... kalau dia rakyat yang setia mesti dia prihatin punya.

“Dah tu Kenapa tanya lagi?”
“Tak adalah... saya cuma nak tahu apa yang dia nak kat awak tadi. Itu saja!”
Aku mencebikkan bibir. “Awak nak jaga tepi kain saya ke?” sinisku.

Dia tersengih-sengih. Kemudian matanya jatuh ke bawah meja. Aku pulak yang terbeliak biji mata. Sungguh kurang sopan sebab dia meneliti apa yang membalut tubuhku.

“Awak tak pakai kain. Macam mana saja nak jaga kain awak tu?”
Makkk... mangkuk ayun ni cuba buat lawak basi kat Qina!!!
“Alah... tak payah nak panggil mak awak tu,” Gary tersenyum senang.

Glupp... aku telan liur. Lantas matanya kutatap dalam-dalam. Terperanjat sebab dia macam tahu-tahu saja aku baru menjerit memanggil mak di kampung. Dia ni ahli nujum ke? Isyhhh... aku mula tidak senang duduk. Karang dijampi serapahnya aku barulah ada yang tak balik rumah. Asyik nak menempel kat rumah dia karang harulah pulak hidup.

“Ei... gelisah nampak?”
Hah... aku mahu saja menjerit mengatakan Gary memang ada membela hantu sebab dia tahu semuanya.
Dia tersenyum lagi. “Alah tak payah takutlah... saya orang biasa saja. Tak ada bela apa-apa pun. Ingat saya orang jahat ke?”

Aku terkelu. Mungkin aku yang terlalu berprasangka buruk padanya. Tapi aku tetap tak nak minta maaf. Selama ini dia yang banyak menaikkan darahku. Kenapa pulak aku yang kena minta maaf?

“Kenapa dia cari awak lagi?”
Gary cuba berbalik pada topik tadi.
“Dia nak saya balik pada dia.” Ringan saja mulutku meluah kata.
“Kenapa?”

Aku geleng-geleng tanda tidak tahu. Kata Syuhada, Fakrul tak bahagia dengan perkahwinannya. Sebab itukah dia kembali mencariku? Entah. Aku tak mahu membuat andaian sendiri. Apa yang aku tahu biar Fakrul melutut atau merangkak sekali pun aku tak akan pernah berpaling lagi padanya. Hatiku sudah terlalu remuk dikerjakannya dua tahun lalu. Nama dia pun sudah kulontar jauh ke dasar Selat Tebrau. Pun dua tahun lalu juga.

“Dia dah kahwin?” Gary terus mengasak.
Kenapa mesti dia terlalu mengambil tahu kisah aku dan Fakrul? Padahal bukannya ada kaitan dengan dirinya.
“Dia dah kahwin?” Ulang lelaki itu lagi.

Huh... bosannya kena soal macam dah buat silap besar saja. “Dah... dua tahun lalu. Kenapa nak tahu?”
Dia diam seketika. “Awak kan dah tahu dia dah kahwin, Kenapa nak masuk dalam hidup dia lagi?” tanya Gary lagi.

Dan aku yang mendengar pertanyaannya kali ini terus bangun dan berdiri tegak. Apa nak jadi, jadilah tapi aku memang tak boleh terima bila Gary mengatakan aku cuba masuk ke dalam hidup Fakrul buat kali kedua. Sabar yang kupupuk selama ini sudah bertabur. Lancang benar mulut lelaki yang satu itu.

Huh... kalau betullah aku sedang cuba masuk ke dalam hidup Fakrul buat apa aku susah payah menyuruh dia berlakon menjadi buah hatiku? Buat apa aku mengelak bila berdepan dengan Fakrul? Buat apa juga aku mengoffkan telefon bimbit setiap masa hingga ramai yang merungut.

“Awak kalau tak tahu jangan cakap apa-apa,” balasku perlahan.
Tiba-tiba saja aku rasa begitu sedih. Kenapa. Aku sendiri tak tahu. Tapi bila berterusan menatap sepasang mata milik Gary aku terasa bagaikan kehilangan sesuatu. Sungguh tuduhan itu meresap terus ke lubuk hatiku hingga aku seperti merasa kesakitan yang sama saat Fakrul mengatakan janji yang diucap langsung tidak ada harga di matanya.

“Qina...” Gary sudah ikut bangun.
Aku nampak beberapa pasang mata memandang ke arah kami berdua. Dan aku berasa semakin sebak saat namaku meniti di bibirnya. Kenapa? Kenapa TUHAN. Aku harus merasakan perasaan seumpama ini? Sedangkan Gary bukannya orang yang rapat denganku? Bertemu pun sekadar bertekak. Tapi mengapa aku mesti merasa begitu sebak dengan kata-katanya?

“Awak tak tahu apa yang saya rasa. Awak tak tahu perasaan saya dan awak tak berhak tuduh saya macam tu. Sedangkan nama Fakrul saya dah lenyapkan masa dia kata janji selagi tidak ada bukti tidak boleh dinamakan janji. Awak tak tahu itu,” kataku lagi. Kali ini dengan nada yang begitu perlahan.

“Qina... saya...”
Aku menggeleng lagi. Kemudian aku berundur ke belakang dengan hati yang bukan kepalang kesalnya. Tanpa kata aku terus berpaling dan melangkah. Aku dengar Gary memanggil namaku berulang-ulang kali. Tapi kala itu aku sudah belajar untuk menjadi tuli.
Bukan aku yang memutuskan tapi Kenapa mesti aku yang dipersalahkan?

********************************************************************

“Qina... ada call,” panggil Kak Azie perlahan.
Aku berpaling seketika ke belakang. Mahu melihat wajah Kak Azie yang duduk di belakangku. “Siapa?” tanyaku juga tidak begitu kuat.
“Entah!”

“Pasal kerja ke bukan?”
“Manalah akak tahu. Qina tanyalah sendiri sebab tadi akak dah tanya tapi dia tak nak cakap.”

Aku merengus perlahan. Siapa? Fakrul! Isyh... apahal pulak mamat tu nak telefon aku. Rasanya sejak pertemuan di Jusco tempohari, Fakrul tidak lagi menghubungiku. Mungkin dia sudah dapat menerima kenyataan yang aku tidak mungkin akan menunggunya seumur hidupku.

Atau Gary? Tiba-tiba saja hatiku sebak sendiri. Marahkah aku dengan tuduhannya itu? Atau terasakah aku dengan kata-kata tidak berasas itu? Tapi siapa aku hendak marah dan terasa dengannya? Itukan mulut dia, siapa aku hendak mempersoalkan apa yang dia hendak katakan?

Ah... aku bukan siapa-siapa padanya.
“Em... Qina sibuk ni. Kejap lagi suruh dia call balik,” kataku lagi. Aku terus berpaling ke hadapanku. Tanganku kemudian laju merekod jumlah lesen yang dipohon hari ini ke dalam buku tebal berwarna hitam di atas mejaku. Sekejap lagi pukul 5. Aku tidak mahu buat kerja lebih masa hari ini. Aku hendak balik cepat, tidur dan melupakan semuanya. Termasuk juga pertemuan aku dengan Gary dan Fakrul seminggu lalu. Biarkan semuanya berlalu.

“Tak baik buat orang tertunggu-tunggu,” ujar Kak Azie, dia sudah pun berdiri di sebelahku.
“Qina sibuk ni.”
“Tak ot hari ni?”

Aku geleng perlahan. Tanganku tetap juga laju melakukan kerja. Aku kalau boleh tak mahu menangguh kerja sebab esok-esok aku juga yang kena buat. Dan esok pula bukannya tak ada kerja kerja. Masa yang terluang ni lebih baik aku gunakan dengan sebaiknya. Itu pun ada saja yang tidak senang dengan apa yang ingin kulakukan.

“Kenapa tak nak ot?”
“Penat! Qina nak tidur balik nanti.”
Kak Azie tersenyum dengan jawapan bersahaja yang kuberikan. Sememangnya dengan kakak yang satu itu aku tidak pernah berahsia. Apa yang nak kukatakan akan kulepaskan begitu saja. Dan seperti biasa dia selalu saja sudi menjadi pendengar setia padaku. Tanpa kenal masa dan ketika.

“Jawablah kejap. Akak dah cakap Qina ada, karang dia ingat akak tipu dia pula,” lembut nada suara itu memujuk membuatkan aku tidak sampai hati pula untuk terus-terusan menolak.
“Yalah... yalah... Qina pergi sekarang juga,” rengusku lantas berlalu ke arah telefon di meja Kak Azie.

********************************************************************

“Hello...”
“Qina...”
Suara di hujung talian begitu perlahan nadanya tapi aku merasa jantungku bagaikan dipalu sesuatu. Kuat! Tapi di sudut lain hatiku yang agak bercelaru sejak seminggu lalu tiba-tiba saja terasa begitu damai. Kenapa jadi begini? Rindukah aku padanya? Jatuh cintakah aku padanya? Tidak! Tapi Kenapa aku rasa lain macam saja sejak minggu lalu?

Atau ada petunjuk yang ALLAh ingin tunjukkan padaku?
Sungguh... aku betul-betul tidak tahu apa sebenarnya yang telah terjadi dengan hati sekeping milikku.
“Awak apa khabar Qina?”

Dia bertanya dengan suara yang lunak. Aku ingin menjawab tapi mulutku hanya kaku. Kukerling Kak Morni di sebelah. Wanita itu kusyuk menaip sesuatu di keyboard. Langsung tidak sedar kewujudanku dan riak wajahku yang rasanya sudah tidak menentu saat suara garau menyapa halwa telinga.

“Qarina...”
Aku terus diam.
“Qina... awak ada lagi ke kat situ?”

Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba mengusir segala resah yang membelenggu diri saat ini. Apa tujuan Gary menghubungiku aku tidak tahu. Mungkin ada sesuatu yang ingin dikatakan. Berdiam diri terus-menerus aku kira bukanlah satu tindakkan yang bijak. Nanti lain pula anggapan lelaki itu padaku. Tentang kata-katanya yang menguris hatiku minggu lalu biarlah. Mungkin aku yang terlalu sensitif sedangkan dia langsung tidak punya niat apa-apa ketika meluah kata.

“Qina...”
“Ya... saya... ada apa yang boleh saya tolong?” tanyaku tenang.
“Saya... saya nak minta maaf sebab sakitkan hati awak. Sungguh saya tak ada niat nak buat macam tu. Saya minta maaf,’ ucapnya lancar.

Aku yang mendengar terpana seketika. Gary minta maaf. Aku tak nak percaya tapi aku tahu telingaku masih belum pekak lagi. Selama ini dia selalu saja mencabar kesabaranku tapi tak pernah sekali pun dia meminta maaf. Tapi hari ini? Kerana kata-kata tempohari dia sanggup merendahkan ego lelakinya. Inikah sebenarnya yang kutunggu-tunggu sejak seminggu lalu?

“Kenapa awak minta maaf?” tanyaku sedikit teragak-agak.
“Sebab saya tahu saya dah lukakan hati awak. Saya tak tahu apa-apa jadi saya tak berhak tuduh awak macam tu,” luahnya satu persatu.
“Awak maafkan saya Qina... saya janji saya tak akan cakap macam tu lagi pada awak. Saya janji!”

Kali ini aku senyum sendiri. Gary yang di hujung talian begitu berbeza dengan Gary yang selalu menyakitkan hatiku. Juga bukan Gary yang selalu membuatkan wajahku merona merah kerana menahan malu dengan setiap kutukan demi kutukannya yang tiada hentinya. Tiba-tiba saja aku jadi ingat bil elektrik yang diambilnya beberapa bulan lalu. Sudah berbayarkah bil itu?

“Bil saya yang hari tu awak dah bayarkan ke belum?” Tiba-tiba persoalan lain yang kubangkitkan padanya.
Meletus ketawa di hujung sana.

“Kenapa awak ketawa?” Aku pelik sendiri dengan ketawa itu. Setahuku mana ada aku membuat lawak padanya.
“awak ni kelakar betul Qina.”
Aku dikatakan kelakar? Teruk betullah dia ni.

“Kenapa awak kata saya kelakar?”
“Yalah... saya cakap lain awak cakap lain.”
Giliran aku pula yang tergelak kali ini. “Saya nak bil saya baliklah. Nanti kalau jadi apa-apa saya susah nak jawab sebab tak ada bukti.”

“ok... saya beri awak bil tu. Tunggu saya di Skudai Parade balik kerja nanti,” katanya agak ceria.
“Hah... Kenapa saya kena jumpa awak?”
“Sebab awak ada tiga kali lagi pertemuan dengan saya. Ingat janji awak kat Jusco minggu lalu?”

Aku terpana. Ingatkan dia ni dah lupa. “Tapi kan hari 2 dah kira sekali?”
"Sapa cakap yang hari tu kira sekali?"
"Awak kan yang cakap?"
Terdengar tawa halus di hujung talian sana. Merdu menerjah gegendang telingaku yang terlindung di balik tudung berwarna biru lembut.
"
Mana ada saya cakap. Itu kan awak yang tetapkan sedangkan saya tak kata pun yang saya setuju dengan kata-kata awak tu."
"Tapi..."
“Saya tunggu awak pukul lima kat sana. Bye!” Terus diletakkan telefon ke ganggang dan aku hanya mampu mengetap bibir. Geramnya! Tiap kali aku cuba buat baik saja dia mesti buat hal. Bengang betullah!”

bersambung............
[ Telah diedit oleh: Iswadi pada 20-03-06 13:32 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For IswadiProfil   Hantar PM kepada Iswadi   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 20-03-06 14:01


bestnya...cepatlah sambung

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-03-06 18:11


cepat2lah sambung ye....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 21-03-06 10:49


hm..boleh nak smbung...citerni dah makin best...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

cintamadinah_82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 21-03-06 12:38


bestnya cerita ni.. bila nak sambung. buat novel terus la..Iswadi


-----------------
'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'


Bookmark and Share

    


  Member Information For cintamadinah_82Profil   Hantar PM kepada cintamadinah_82   Pergi ke cintamadinah_82's Website   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 22-03-06 08:39


tak ikutlah pula..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

ieymannz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.09.2005
Ahli No: 19131
Posting: 47
Dari: ::sKuDai...joHor::

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-03-06 14:12


10 bintng tuk iswadi

Bookmark and Share

    


  Member Information For ieymannzProfil   Hantar PM kepada ieymannz   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 22-03-06 14:35


best...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

leaSoleha
Warga Rasmi
Menyertai: 28.12.2005
Ahli No: 21492
Posting: 2
Dari: kuala lumpur

malaysia  


posticon Posting pada: 22-03-06 15:44


urm ..bagusnya cerita ni.... cpat la smbng

Bookmark and Share

    


  Member Information For leaSolehaProfil   Hantar PM kepada leaSoleha   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-03-06 23:58


gary ni macam dah masuk islam saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

Iswadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10269
Posting: 160
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 25-03-06 17:52


Wajah Encik Johari yang sedang bercakap kutatap dengan rasa geram yang teramat. Bila agaknya orang tua ni nak berhanti bercakap? Isyh… jam tangan kutatap sekilas, rasanya sudah hampir dua jam lebih mesyuarat ni berlangsung. Tapi Kenapa masih tak habis-habis lagi?

Gary! Huh… apa agaknya reaksi lelaki itu setelah mengungguku hampir satu jam di Skudai Parade? Em… tapi bukan salah aku kan. Aku mana ada janji yang aku nak jumpa dia. Dia yang letak telefon sebelum sempat aku memprotes dengan hujah-hujahku yang yang panjang lebar. So… dia mana boleh salahkan aku!

Tapi hatiku sendiri macam mana? Aduh… makin lama aku rasa aku seperti mabuk cendawan saja dengan lelaki Cina itu. Anehnya bila bertemu muka dengannya cepat saja radangku naik. Kalau bukan dia yang mencari pasal pasti aku yang membuat onar.

“Qarina…”
Sayup-sayup aku mendengar namaku dipanggil tapi aku terus diam. Terbayang-bayang di ruang mataku wajah Gary yang merah padam sedang menantiku di muka pintu shopping complex tersohor di Skudai itu. Entah apa agaknya ayat pertama yang bakal dikeluarkan lelaki itu nanti padaku.

"Qarina..." Aku terus juga beku dengan duniaku sendiri. Lagsung terlupa pada yang ada di sekelilingku.
“Awak ni lembap?” Mungkinkah itu yang akan lelaki itu muntahkan padaku?
“Padan muka, awak!” Ya… itulah yang akan kujawab padanya nanti.

“Apa awak cakap!!”
“Aduh!” Kuat rasanya suara jeritanku sebab perutku benar-benar sakit disiku Kak Niza. Wajah kupalingkan ke sisi kerana aku terasa mahu mencekik leher Kak Niza. Malangnya sebaik saja aku berpaling, semua mata di meja panjang itu memandangku dengan wajah cemas. Kenapa?

Aku buang pulang wajah ke depan. Gluppp! Wajah Encik Johari merah padam dengan mata melotot memandang ke arahku.
“Kenapa muka bos macam tu?” bisikku pada Kak Niza yang kelihatan panik semacam.
“Dia tanya soalan Qina tak jawab. Lepas tu Qina cakap kuat-kuat padan muka dia,” Kak Niza juga berbisik.

Aku tepuk dahi pantas. Nampaknya kata-kata yang kuluahkan dalam hati untuk halwa telinga Gary turut terkeluar daripada bibirku. Akibatnya muka bosku sudah merah menyalah. Dan yang paling pasti tentulah dia sedang menahan perasaan marah padaku kerana berani mengeluarkan kata-kata sadis seketika tadi. Huh… apalah malang nasib aku ni?

“Em… Maaf Encik Jo… saya tak tujukan kata-kata tadi pada Encik Jo. Saya…”
“Habis tu tadi awak cakap apa?” Keras suara itu kedengaran.
Aku kerling Kak Leha dan Kak Morni. Aku nampak mereka saling cuit-mencuit. Tu tak ada lain mengutuk akulah tu. Geram di hatiku rasa membuak-buak. Aku kan dah minta maaf tadi, apa lagi yang bosku itu tak puas hati. Aku karate karang baru tahu siapa aku?

Hahah… riaknya aku, karang kalau terlepas lagi sekali tak ke parah jadinya. Dari satu kesalahan jadi dua pulak. Mulut aku ni pun satu, tak reti-reti agaknya nak duduk diam.
Ini semua Gary punya pasal!
Tapi dia mana ada buat salah apa-apa? Dia tahu pun tidak? Kena kutuk dengan aku adalah. Ah. Aku tak kira, Gary tetap salah!

“Encik Jo… tadi tu saya nak cakap dalam hati saja tak sangka pulak saya sampai boleh terkeluar perkataan tu,” kataku tenang. Sebenarnya aku tahu Encik Johari ni jenis orang yang macam mana. Nampak saja garang tapi sebenarnya tidak. Sebab itulah aku kira berani jugalah menjawab.

“Oh… awak kutuk saya dalam hatilah ya selama ini?”
Aku terdengar gelakkan kecil di sisiku. Pantas kujeling Kak Niza yang tersenyum-senyum semacam. Hampeh… bukannya nak tolong aku. Gelak lagi adalah. Kak Azie pun kulihat merah wajah menahan ketawa. Isyh… semuanya tak boleh diharap. Aku juga yang teruk nak menjawab.

“Eh… tak baik tuduh saya macam tu bos,” ringan saja mulut kumenjawab. Beberapa saat selepas itu barulah rasa kesalku tiba.
“Sorry bos… kata-kata tu bukan untuk bos sebenarnya,” tenang aku meneruskan kata.

Encik Johari pun kulihat sudah tenang. Wajahnya juga tak kelihatan seperti sos cili. Hanya matanya saja tertancap terus ke wajahku. Mungkin masih menanti kata-kata dari bibirku. Malangnya suara aku pulak yang tidak kedengaran kerana aku terasa telefon bimbit di dalam poketku bergetar semacam. Siapa agaknya yang gatal tangan menghubungiku?

Gary? Huh… dia mana ada nombor telefonku. Kalau mahu bercakap denganku selalunya dia hanya menggunakan telefon ofis. Orang lain agaknya? Hati terasa ingin melihat tetapi pandangan Encik Johari mematikan terus niat itu. Lalu kubiarkan saja telefon itu bergetar.

“Habis tu untuk siapa?” Tenang kata-kata itu kudengar.
Aku pula yang menjadi berani dek nada semacam itu. “Sebenarnya hari ni saya ada janji dengan kawan saya. Tapi…” Aku pandang lagi wajah Encik Johari. Marahkah dia jika aku berterus-terang?
“Tapi apa?”

“Em…” Tiba-tiba aku jadi takut pulak melihat ketenangan di wajah bersih bosku itu.
“Kenapa? Cakap saja apa yang nak awak cakapkan. Saya nak dengar sangat ni. Jangan buat saya fikir kata-kata tadi ditujukan pada saya…”

Aku telan liur sebiji-sebiji. Semua mata tertumpu padaku sebab semuanya berminat hendak tahu pada siapa kata-kata itu kutujukan. Terus hilang senyuman dan gelakkan halus di bibir mereka semua. Makkk… tolong Qina!!!!

“Tapi sebab meeting ni habis lambat jadi dia tentu kena tunggu saya lama. Itu yang saya cakap padan muka tadi tu. Saya minta maaf, bos…”
Tiba-tiba saja aku lihat Encik Johari tergelak semacam. Bergegar-gegar badan gempalnya dek kerana ketawa yang menjadi-jadi itu. Tapi Kenapa dia ketawa. Aku bukannya sedang buat lawak antarabangsa. Aku sekadar berterus-terang supaya dia tidak menyangka yang bukan-bukan padaku. Kalau tahulah dia akan ketawa macam tu sekali sumpah aku diam saja.

“Oh… ada date la ni ye?”
Riuh bilik mesyuarat itu dengan gelak ketawa daripada kawan-kawanku. Saat-saat macam ni aku terasa hendak menyorok di balik pintu. Malu itu!
“Orang muda Yuslee…” Dia berkata kepada bos keduaku.

Aku terasa semakin malu.
“Aha… orang muda, bos… tak lama lagi makan nasi minyaklah kita semua,” balas Encik Yuslee.
“Kenyanglah kita nanti,” sampuk pula Encik Samsol yang selama ini terkenal dengan sifat pendiamnya.

Aku yang mendengar terasa kepalaku bagaikan sedang dipotong dan dikerat-kerat tengkoraku ini. Aku tahulah di kalangan mereka semua aku yang paling muda. Lepas tu tak kahwin lagi. Tapi tak patutlah kenakan aku cukup-cukup hari ini. Padahal. Aku buat silap sikit saja.

“Mana ada… kami kawan saja.” Eh… kenapalah mulut aku gatal sangat menjawab ni?
Sekali lagi ketawa mereka bergema.
"Memanglah mula2 tu kawan saja dulu. Lepas tu..." Dia sengaja menghentikan kata-katanya. Kemudian dia merenung lama wajahku dengan senyuman yang aku tahu dengan jelas maksudnya. Yup... dia sebenarnya sedang mengejekku yang tidak tahu mahu menjawab apa lagi.

Isyh... kalau Lebai Malang itu dikatakan malang. Aku pula hari ini rasanya lebih malang daripada orang tua dalam kisah dongeng dulu kala itu. Ke aku yang silap melangkah pagi tadi? Entah, mana aku ingat masa keluar rumah tadi aku guna kaki apa.

“Baiklah… memandangkan ada yang nak pergi datting hari ni, kita tangguhkan mesyuarat kita sampai di sini.” Encik Johari mengakhiri ucapannya.
Dan aku… hanya mampu mengomel di dalam hati dengan rasa geram yang bukan sedikit-sedikit. Pada siapa harus kuluahkan rasa geram ini??? Ah... aku dah tahu pada siapa patut kulepaskan segala rasa malu dan sakit hati yang kualami saat ini. Tunggu dan lihat sajalah nanti. Ehh... bukan nanti tapi sekejap lagi. Kalau dia tak hangus aku yang bakal hitam legam hari ni.

Semuanya menyakitkan hati saja!

Bersambung..........
[ Telah diedit oleh: Iswadi pada 25-03-06 17:53 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For IswadiProfil   Hantar PM kepada Iswadi   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-03-06 23:36


:-di ;-) :-)


-----------------
..~ukhwah~..ibarat sebuah rumah,tak perlu cantik,tak perlu mewah,yang penting kita bahagia di dalamnya..friends 4eva..


Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

zahrah_asrar
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22514
Posting: 363
Dari: port dickson

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 25-03-06 23:43


La..bsambung lagi ke :-(


-----------------
2 love some1 is NOTHING...2b love by some1 is SOMETHING...2b love by some1 u love is EXCITING...but 2b loved by ALLAH is EVERYTHING
[ Telah diedit oleh: zahrah_asrar pada 26-03-06 03:09 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrah_asrarProfil   Hantar PM kepada zahrah_asrar   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-03-06 03:17


hihi

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

nuWar
Warga Rasmi
Menyertai: 27.03.2006
Ahli No: 23736
Posting: 4
Dari: bangi

tunisia  


posticon Posting pada: 28-03-06 02:17


sambunglah cepat..............
dah makin best cte 2........... ; )

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuWarProfil   Hantar PM kepada nuWar   Quote dan BalasQuote

oliver_twist
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20817
Posting: 84
Dari: perak

uk  


posticon Posting pada: 28-03-06 19:50


sambung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For oliver_twistProfil   Hantar PM kepada oliver_twist   Quote dan BalasQuote

alan36963
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.03.2004
Ahli No: 7711
Posting: 71
Dari: TeMpAt mENcArI iLMu..

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-03-06 21:27


sambungan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For alan36963Profil   Hantar PM kepada alan36963   Quote dan BalasQuote

nuWar
Warga Rasmi
Menyertai: 27.03.2006
Ahli No: 23736
Posting: 4
Dari: bangi

tunisia  


posticon Posting pada: 29-03-06 03:15


salam.....
saudara iswadi........
cepatlah sambung cerita 2......
macam tak sabar saja nak baca sambungan dia..... : )

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuWarProfil   Hantar PM kepada nuWar   Quote dan BalasQuote

nmz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.11.2003
Ahli No: 5323
Posting: 226
Dari: shah alam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-03-06 14:11


sambung lagi?hmmm..cita menarik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nmzProfil   Hantar PM kepada nmz   Quote dan BalasQuote

Iswadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10269
Posting: 160
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 30-03-06 10:55


Lengan baju kusingsing sedikit sebaik saja kaki kananku melangkahi pintu depan Skudai Parade. rasa marah dan geram terhadap Encik Johari dan kawan-kawan yang mempermainkan dan mentertawakanku di bilik mesyuarat tadi masih berselirat dalam hatiku yang jauh tersembunyi di balik kulit dan daging milikku. Tidak tahukah mereka betapa tebalnya wajahku tadi menahan malu.

Kalau Encik Samsol yang senyapnya mengalahkan batu belah batu bertangkup itu sudah sampai bersuara, ertinya memang aku ini sudah membuat kelakar hari ini. Ingat senangkah hendak membuatkan Encik Samsol begitu. Calang-calang orang saja yang mampu. Dan salah satu daripada insan istimewa itu adalah aku. Nurul Qarina Binti Muhammad Iman.

Handalkah aku kerana berjaya membuat Encik Samsol ketawa?
Huh… kalau pun handal aku tetap tidak mahu merasa bangga walaupun sedikit. Buat apa aku bangga pada sesuatu yang menyakitkan hati. Memalukan aku yang sentiasa saja berlagak ayu semasa berkerja. Ayu? Hahahaha.... kirim salamlah kalau aku jenis orang seperti itu.

Tapi betulkah mereka yang bersalah? Bukankah aku yang patutnya dipersalahkan kerana masih sempat melayan angan-angan ketika mesyuarat diadakan? Bukankah aku sepatutnya bersikap profesional? Sentiasa mengetepikan urusan peribadi semasa sedang menjalankan tugas?

Yup… memang confirm akulah manusia yang bersalah dalam kes itu. Sayangnya hatiku sedikit pun tidak mahu mengaku kalau aku ini bersalah kerana aku tahu dengan pasti siapakah yang sebenarnya yang telah melakukan kesalahan.

Siapakah insan bertuah itu? Hah… jawapannya tentu sekali GARY! Mamat yang tidak habis-habis membuatkan hidupku huru-hara. Mana taknya kerana dia aku aku akhir-akhir ini asyik dapat malang memanjang. Lebih parah dari itu makin hari berlalu makin ingatanku terhadapnya semakin membuak-buak. Patang kalau aku duduk seorang-seorang. Minggu lalu pun mak dan abah sudah mengatakan kalau aku ini dah tidak betul.

Sebabnya terlalu mudah. Aku senyum seorang-seorang! Betulkah aku yang senyum seorang-seorang? agaknya-agaknya orang lain tak? Tapi... di ruang tamu rumah abah mana ada orang lain masa tu. Jadi memang akulah tu!

Parah. Aku pun rasa apa yang mak dan abah itu katakan betul belaka sebab aku memang semakin merasakan kalau aku ini sudah angau dan mabuk cendawan dengan lelaki itu.

Isyhh… malaslah nak fikir lagi. Yang aku tahu kejap lagi aku nak sembur mamat tu cukup-cukup kerana sudah memalukan aku hari ini. Pendek kata aku mahu dia juga merasakan apa yang baru aku rasa masa di pejabat tadi. Dalam hidup ni kita kan mesti bersikap adil?

“Tapi… mana dia?” Aku bersuara perlahan sebaik saja kaki mencecah lantai Skudai Parade.
Aku telan liur perlahan. Seingatku dalam telefon tadi Gary tidak mengatakan di mana aku harus berjumpa dengannya. Habis di mana aku nak cari dia ni? Ingat Skudai Parade ni kecik ke? Aduh… nampaknya bertambah lagilah balaku hari ini. Nak cari dia tak ya? Tapi di mana? Ah… lantak dialah!

Tanpa berfikir panjang aku terus melangkah ke eskalator. Niat mahu bertemu dan menyembur Gary hilang begitu saja. Daripada aku buang masa mencari dia yang entahkan ada entahkan tidak ada lebih baik aku masuk ke kedai buku. Kiranya kalau dia tidak datang hari ini bermakna aku ada lagi dua kali lagi pertemuan dengan dia. Dua kali saja? Habis kalau aku teringatkan dia macam mana?

Gila. Aku senyum sendiri. Kalaulah Gary tahu apa yang aku fikirkan agaknya memang berbakul-bakul aku dikutuknya. Mana pulak aku nak letak muka yang tak berapa cun ni? Huh… nasib lelaki itu tak ada di sini kan? Tapi betul ke dia tak ada ni? Karang tiba-tiba muncul aku juga yang parah sendiri. Ah... malaslah nak fikir banyak-banyak, buat sakit hati saja.

Aku bergerak ke arah rak-rak yang memuatkan pelbagai jenis novel. Sebuah novel yang covernya berwarna merah bercampur putih kucapai. Kurenung lama cover yang agak indah itu. Cantik! Lalu perlahan-lahan kubalikkan buku itu. Mahu melihat bahagian blurbnya. Kalau menarik rasanya aku mahu membeli novel ini. Dah lama juga aku tak baca novel ni. rasa gian pun ada juga.

“Kenapa lewat?” Tiba-tiba satu suara garau menyapa.
Hampir melompat aku dek kerana terkejut. Novel yang kupegang tadi pun terlepas ke lantai. Betul-betul melampau! Tanpa berpaling aku sudah tahu gerangan suara siapakah itu. Lalu segera aku membongkok. “Aduhhh…” kuat sedikit suaraku. Terus aku berdiri sambil menggosok dahi yang baru seketika tadi berlaga dengan dahinya. Perit sedikit dahiku. Lupa seketika pada novel yang tersadai lesu di atas lantai. Dahi yang berdenyut-denyut harus diberi perhatian terlebih dahulu.

“Sorry… I’m so sorry,” ucap Gary gugup. Tanpa peduli pada dahi sendiri pantas tangannya menarik jemariku yang masih melekap di dahiku. Direnung lama dahi yang aku pasti sudah merah. Mana taknya… kepala Gary rasanya keras macam tembok batu kat sekolah rendahku dulu.

Tapi sekejap saja aku dapat memikirkan soal tembok itu kerana mata Gary kini sudah jatuh betul-betul di anak mataku. Membuatkan aku rasa jantungku bergegar dengan irama yang aku sendiri tidak faham apa rentaknya. Nak kata rock bukan, rap pun tak, irama Malaysia jauh sekali. Jadi rentak apa? Entah aku sendiri tak mengerti! Anehnya tidak pula aku mahu mengalihkan pandanganku ke arah lain. Lama mata kami saling bertatapan dan aku tiba-tiba saja terasa seperti dunia ini aku yang punya dan yang pasti sudah tentu mahu kukongsi dengannya.

Jatuh cinta lagikah aku? Ya… rasanya macam tulah. Tapi… tidak! Cinta mana ada dalam dunia ini. Cinta tu plastik!

“Sakit?” tanya suara itu seakan-akan berbisik.
Dan… bagaikan terkena renjatan elektrik segera aku membuang pandang ke arah lain. Malu di hati tak usah dikira. Apa agaknya anggapan Gary saat aku merenung wajahnya penuh minat tadi? Apakah dia akan berfikir kalau aku ini ada menyimpan perasaan padanya? Atau dia akan mengatakan aku terlalu murah? Oh… tidak. Aku lebih rela dikatakan ada hati padanya daripada yang kedua tu.

“Sakit, sayang?” bisik suara itu lagi.
Sayang. Aku salah dengarkah? Atau aku masih lagi hanyut dengan dunia ciptaan kusendiri seperti di bilik mesyuarat tadi? Atau aku sebenarnya ada masalah pendengaran? Eh. Aku belum pekak lagilah. Sayang… sekali lagi hatiku mengulangi kata-kata yang sama.

Mataku pun sudah mencari mangsanya. Tapi kulihat wajahnya hanya tenang saja. Langsung tidak terusik dengan pandanganku yang agak pelik. Lalu aku pun membuat kesimpulan kalau aku salah dengar. Sepatah kata tadi hanyalah sebuah ilusi yang sangat merdu di pendengaran telingaku.
Tapi Kenapa macam best bila dia panggil aku sayang? Huh… gatal eh…

“Sayang…”
“Makkk…” spontan aku menjerit tapi hanya seketika kerana bibirku sudah dipekup Gary dengan jemarinya yang kasar. Dia membulatkan matanya sebagai amaran supaya aku tidak terus menjerit. Apalagi bila beberapa mata memandang ke arah kami berdua dengan penuh minat.

Malu kembali menerpa lalu pantas tanganku menepis jemari kasar itu supaya menjauhiku.
Gary tetap juga tenang. Dia mencapai novel yang masih di lantai dan diletakkan di tempat asal. Kemudian dia mencapai lenganku dan mengheretku keluar dari kedai buku itu. Dalam keadaan terpaksa aku hanya menurut. Tapi dalam hati sudah sebakul lelaki itu kumaki kerana suka sangat bertindak tanpa memikirkan perasaan dan penerimaaku. Ingat aku suka sangat disentuh ke? Ingat aku ini patung cendana yang boleh disentuh sesuka hatinya?

“How dare you to touch me?” marahku kuat. Ketika ini kami berada agak tersorok dari pandangan umum. Kalau aku nak meraung atau melaung sekali pun tentu tidak ada orang yang akan peduli pada kami berdua. Apalagi campur tangan dalam masalah yang baru saja Gary ciptakan buatku.

“Kenapa lambat sangat?”
Eh. Aku tanya dia, dia pulak tanya aku balik. Teruk betullah dia ni. Tak peka langsung dengan perempuan lemah sepertiku ini. Lemah… ei, gelinya! “Mana ada saya lambat. Awak yang tak ada jadi saya pergilah kedai buku tu. Ingat saya ni apa nak tunggu awak lama-lama,” aku masih enggan mengalah. Sebetulnya aku masih lagi tak percaya dia panggil aku sayang tadi. Sungguh hatiku benar-benar sejuk hanya dengan sepatah kata itu.

Bila agaknya aku boleh dengar lagi dia cakap macam tu?
Ya ALLAH… janganlah hendaknya perasaan yang baru berputik ini semakin berkembang, desis hatiku sayu. Sesungguhnya aku tahu siapa aku dan di mana aku harus berpijak. Aku dan dia tak mungkin akan saling memiliki. Dan aku pun sudah tidak terdaya lagi untuk menerima kekecewaan sekali lagi. Bermula dengan angka A tetapi belum pun sampai ke angka . Aku sudah kecundang. Cukuplah hanya Fakrul yang membuat aku begitu. Tidak mampu untuk sampai ke angka Z. Aku tidak mahu ada orang lain lagi. Tidak mahu…

Mataku tiba-tiba saja terasa pedih. Sedih memikirkan aku rupanya hanya mampu memuja bulan nun jauh di atas sana. Tapi langsung tidak berpeluang untuk menggapainya kerana nyatanya sepasang tanganku ini tidak cukup panjang untuk menggapai dirinya. Lalu perlahan-lahan aku membelakangi Gary. Aku tidak mahu dia melihat mataku yang merah kalau pun tidak ada air mata yang akan mengalir lewat tubir mataku.

Tapi aku tak sekuat mana, air mataku akhirnya meluncur juga. Aku benar-benar sedih mengenangkan hatiku akhirnya cair juga dengan kehadiran dirinya yang masih tidak kuketahui hati dan perasaannya. Atau lebih tepat lagi saat ini cintaku hanya bertepuk sebelah tangan.

Ya ALLAH... bantulah aku untuk terus tabah, desis hatiku pilu.
Sesungguhnya aku tahu dan akur dalam setiap perbalahan yang berlaku antara aku dan Gary, tanpa aku sedari hatiku sudah dicuri. Hatiku semakin terasa dekat dengannya. Cuma yang pastinya hanya aku saja yang merasainya. Sedangkan Gary hanya bersikap biasa padaku.

“Qarina…” Gary memanggil namaku perlahan.
Aku geleng perlahan. Aku mahu segera pergi dari pandangan matanya dan aku tidak mahu lagi bertemu dengannya. Sampai bila-bila. Aku tak mahu hatiku semakin berat untuk melepaskannya jika kami selalu bertemu. Aku benar-benar tidak kuat menghadapi perpisahan sekali lagi. Apalagi dengan keadaan yang aku sendiri tidak tahu apakah betul dia suka padaku.

Bukankah dia sudah memanggilku sayang seketika tadi?
Tidak! Itu pun tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur. Sayang lelaki, apakah sama ucapan itu seiring dengan lintasan hati?
“Qarina…”

Aku terus menggeleng. Kali ini lebih keras lagi. Apapun terjadi aku tidak mahu dia melihat mataku yang sudah digenangi air. Sesungguhnya aku tidak mahu dianggap cengeng oleh lelaki yang satu itu.

“Qina…” Bahuku terasa disentuh tapi aku sedikit pun tidak mahu menoleh kerana pipiku sudah lencun dibasahi air mata.
“Hei… look at me,” kata Gary. Tubuhku dipusingkan menghadap ke arahnya.

“Kenapa?”
Aku terus juga menggeleng.
Dia kemudian memegang jemariku dan mengelus-elus perlahan dengan tangan kanannya. Manakala tangan kiri pula menyapu air mataku yang masih mengalir. Sayangnya semakin dia berbuat begitu semakin aku tak dapat mengawal perasaanku. Lalu air mataku menjadi semakin lebat.

Gary... jangan perlakukan aku begini kerana aku sudah tidak berdaya lagi. Sayangnya kata-kata itu hanya bergema di suduh hati kecilku yang paling dalam dan aku tidak sesekali mampu untuk meluahkannya meski hati ini begitu meronta-ronta untuk melakukannya.

“Qina… tolong jangan nangis macam ni. Saya tak suka tengok awak menangis macam ni. Tolong berhenti sayang…”
Sayang? Ya ALLAH kuatkanlah hamba-MU ini. Pantas aku merentap jemariku. Kemudian aku terus berpaling. Aku mahu meninggalkan segala-galanya di Skudai Parade ini. Aku mahu lupa kalau hari ini Gary memanggilku dengan panggilan keramat itu. Gelaran yang satu ketika dulu pernah diungkapkan oleh Fakrul.

Cukuplah. Aku sudah terlalu letih untuk mengenang semua itu.
Tapi belum pun aku melangkah tanganku direntap. Aku berpaling. Jelas di mataku betapa suramnya wajah Gary. Dan air mataku sekali lagi gugur kerana aku tidak mahu melihat dia dalam wajah begitu. Entah Kenapa hatiku kuat mengatakan kalau dia sememangnya ada hati padaku. Aku pasti!

Dan dalam masa beberapa saat saja aku hilang dalam dakapannya.
“Sudah… saya tak nak tengok awak nangis lag,” bisik Gary betul-betul di cuping telingaku. Aku sendiri pun tidak berani untuk mengangkat wajah. Tapi terus kaku dalam pelukkan tubuh sasa itu. Sesungguhnya aku tidak mahu ke mana-mana lagi di saat ini kerana aku tahu selepas ini aku tidak mungkin akan dapat menikmati saat-saat seperti ini lagi.

TUHAN... ampunkah dosa hamba-MU ini, pintaku dalam hati.

Bookmark and Share

    


  Member Information For IswadiProfil   Hantar PM kepada Iswadi   Quote dan BalasQuote

cintamadinah_82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 13:36


bestnyerrrr.... sambung lagi :-)


-----------------
'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'


Bookmark and Share

    


  Member Information For cintamadinah_82Profil   Hantar PM kepada cintamadinah_82   Pergi ke cintamadinah_82's Website   Quote dan BalasQuote

dakganu
Warga Rasmi
Menyertai: 23.03.2006
Ahli No: 23663
Posting: 10
Dari: um is one...

Terengganu  


posticon Posting pada: 30-03-06 16:24


bagusnya..ada sambungan lagi ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakganuProfil   Hantar PM kepada dakganu   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 30-03-06 16:33


cptla abiskan...
tak sabar ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 23:34


hmm..
dah tau bersentuhan 2 salah...
buat jugak..
hmm...
tak tau la budak2 zmn sekarang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

nuWar
Warga Rasmi
Menyertai: 27.03.2006
Ahli No: 23736
Posting: 4
Dari: bangi

tunisia  


posticon Posting pada: 31-03-06 04:38


sambunglah............
jangan la buat orang tertunggu-tunggu........ : )

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuWarProfil   Hantar PM kepada nuWar   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 31-03-06 10:51


ala cepat la smbung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

rafieq
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.03.2006
Ahli No: 23522
Posting: 139
Dari: jordan

germany  


posticon Posting pada: 31-03-06 20:52


aiks!cinta sebatang pen oren??mana critenye???adakah berunsur romantik sepertimana love story yang lain??atau ini merupakan cerita seram sepertimana cerita nag nak dr thailand itu??hihihi....hmm..tapi kenapa tengok macam tak ada smbutan saja ya??why?what wrong??

Bookmark and Share

    


  Member Information For rafieqProfil   Hantar PM kepada rafieq   Quote dan BalasQuote

wihdatul_asrar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.02.2006
Ahli No: 22976
Posting: 121
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-03-06 21:20


cepat la sambung... asal panjang sangat ni?

Bookmark and Share

    


  Member Information For wihdatul_asrarProfil   Hantar PM kepada wihdatul_asrar   Quote dan BalasQuote

rafieq
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.03.2006
Ahli No: 23522
Posting: 139
Dari: jordan

germany  


posticon Posting pada: 31-03-06 21:24


hmm..memang biasanya kaum perempuan suka baca novel and buat novel ek??iskhh...suka sangat lyn perasaan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rafieqProfil   Hantar PM kepada rafieq   Quote dan BalasQuote

quick
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19880
Posting: 65

blank  


posticon Posting pada: 05-04-06 11:33


ish..plot cerita ok..tapi..unsur yang diserapkan bercampur gaul..
komen saya: kalau nak buat kisah non-muslim masuk islam kerana cinta sejati ke..cinta kepada muslim ke..itu nampak best..tapi, jalan cerita janganlah sampai bertentangan syariat..bila berpeluk..bertentang mata..di sebut sayang...hati tetap padu kepada ALLAH..lindungilah aku...selamatkanlah aku..bagaimana tu?

boleh ke begitu..tulis ikut method sebaiknya..komen saya ye

Bookmark and Share

    


  Member Information For quickProfil   Hantar PM kepada quick   Quote dan BalasQuote

amira_najihah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.02.2006
Ahli No: 22568
Posting: 107
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-04-06 13:31


saya rasa pun ada something wrong somewhere kat cerita ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_najihahProfil   Hantar PM kepada amira_najihah   Quote dan BalasQuote

leaSoleha
Warga Rasmi
Menyertai: 28.12.2005
Ahli No: 21492
Posting: 2
Dari: kuala lumpur

malaysia  


posticon Posting pada: 06-04-06 21:45


hurm cpatla smbng.


-----------------
ukhwah itu indah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For leaSolehaProfil   Hantar PM kepada leaSoleha   Quote dan BalasQuote

dakganu
Warga Rasmi
Menyertai: 23.03.2006
Ahli No: 23663
Posting: 10
Dari: um is one...

Terengganu  


posticon Posting pada: 08-04-06 11:41


DAH TAK ADA SAMBUNGAN ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakganuProfil   Hantar PM kepada dakganu   Quote dan BalasQuote

oliver_twist
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20817
Posting: 84
Dari: perak

uk  


posticon Posting pada: 09-04-06 19:41


aik dah habis ke cerita mana???

Bookmark and Share

    


  Member Information For oliver_twistProfil   Hantar PM kepada oliver_twist   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-04-06 19:44


Pada 05-04-06 11:33 , quick posting:

!!! QUOTE !!!

ish..plot cerita ok..tapi..unsur yang diserapkan bercampur gaul..
komen saya: kalau nak buat kisah non-muslim masuk islam kerana cinta sejati ke..cinta kepada muslim ke..itu nampak best..tapi, jalan cerita janganlah sampai bertentangan syariat..bila berpeluk..bertentang mata..di sebut sayang...hati tetap padu kepada ALLAH..lindungilah aku...selamatkanlah aku..bagaimana tu?

boleh ke begitu..tulis ikut method sebaiknya..komen saya ye
setuju dengan saudara/i quick, biarlah jalan ceritanya nampak lebih Islamik...

p/s: bila nak sambung ni... :-di


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-04-06 20:34


iswadi merajuk ke kami komen cerpen ni??

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-04-06 09:31


Pada 09-04-06 20:34 , finas posting:

!!! QUOTE !!!

iswadi merajuk ke kami komen cerpen ni??


dia merajuk la tu.....awak2 ni pun biar la habis cerita dulu baru komen....baru saja nak feeling dengan cerita ni...kan dah tak ada sambungan....waaa waaa waa sedihnye!!!


-----------------
Whatever Happen life still go on


Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

farhanin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2004
Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..

Johor  


posticon Posting pada: 10-04-06 13:33


hehe...sabar la bagi iswadi tu tark nafas dulu

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhaninProfil   Hantar PM kepada farhanin   Quote dan BalasQuote

Angahmuslimah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.04.2004
Ahli No: 8556
Posting: 53
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 10-04-06 15:27


waa...tak sempat baca..lepas exam la...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For AngahmuslimahProfil   Hantar PM kepada Angahmuslimah   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 11-04-06 08:49


aduh...sambung lagike...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

oliver_twist
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20817
Posting: 84
Dari: perak

uk  


posticon Posting pada: 11-04-06 19:09


ala tak payah la komen lebih2..biar habis cerita tu dulu baru la komen...nanti merajuk tak nak sambung cerita ni...biar sampai habis dulu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For oliver_twistProfil   Hantar PM kepada oliver_twist   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 17-04-06 09:54


hm...saya ternanti-nanti sambungannya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

rafieq
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.03.2006
Ahli No: 23522
Posting: 139
Dari: jordan

germany  


posticon Posting pada: 19-04-06 04:10


yang terbaru??

Bookmark and Share

    


  Member Information For rafieqProfil   Hantar PM kepada rafieq   Quote dan BalasQuote

eNira
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2005
Ahli No: 17047
Posting: 102
Dari: somewhere in Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-04-06 17:49


lambat nya nak sambung...bila nak sambung lagi ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For eNiraProfil   Hantar PM kepada eNira   Quote dan BalasQuote

Al-Fadhil
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19378
Posting: 119
Dari: JOHOR

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-06 09:40


best la pulak baca novel ni panjang2......ni dah habis ke ada sambungan lagi? takkan sampai situ saja ?

[ Telah diedit oleh: Al-Fadhil pada 22-04-06 09:40 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-FadhilProfil   Hantar PM kepada Al-Fadhil   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-04-06 23:42


kalau sesiapa rajin..
pm la iswadi..
agaknya dia terlupa cerita dia di sini belum habis ke..

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 24-04-06 00:11


iswadi sesat agaknya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

yours
Warga Rasmi
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24446
Posting: 7
Dari: Penang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-05-06 15:09


assalamualaikum..iswadi kenap tak sambung?ke dah nak kuarkan novel sendiri pula?tak apa, bagi tau la Kalau betul.boleh beli and promote kat kawan2.apa-apa pun cerita ni kena la abiskan ye....

Bookmark and Share

    


  Member Information For yoursProfil   Hantar PM kepada yours   Quote dan BalasQuote

cintamadinah_82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-05-06 10:59


iswadi mana smbgn cerita ni? :-? dah lama dok tunggu..


-----------------
'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'


Bookmark and Share

    


  Member Information For cintamadinah_82Profil   Hantar PM kepada cintamadinah_82   Pergi ke cintamadinah_82's Website   Quote dan BalasQuote

sofea_soleha
Warga Rasmi
Menyertai: 31.08.2003
Ahli No: 3196
Posting: 7
Dari: kl

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-06-06 10:49


cerita ni ada sambungan lagi tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sofea_solehaProfil   Hantar PM kepada sofea_soleha   Quote dan BalasQuote

keon_5889
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16637
Posting: 53
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 02-06-06 10:54


jangan biarkan kami ternanti-nanti

Bookmark and Share

    


  Member Information For keon_5889Profil   Hantar PM kepada keon_5889   Quote dan BalasQuote

qistina_05
Warga Rasmi
Menyertai: 21.11.2004
Ahli No: 12485
Posting: 12
Dari: Pasir puteh

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-06-06 12:29


OHHHH.....SEDAP GILERRR CERITANYA

Bookmark and Share

    


  Member Information For qistina_05Profil   Hantar PM kepada qistina_05   Pergi ke qistina_05's Website   Quote dan BalasQuote

m_husna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22606
Posting: 85
Dari: kepong

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 10-06-06 01:36


xlarat nak baca,kena copy paste balik ni. kasi lebih focus
;)
ni boleh bukukan ni
buat novel mini :di

Bookmark and Share

    


  Member Information For m_husnaProfil   Hantar PM kepada m_husna   Quote dan BalasQuote

imthiyaz
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2004
Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-06-06 02:40


cerpen ni akan jdi lebih best dan berkesan kalau dikumpulkan dalam satu posting... lebih khusyuk dan mghayati.

Bookmark and Share

    


  Member Information For imthiyazProfil   Hantar PM kepada imthiyaz   Pergi ke imthiyaz's Website   Quote dan BalasQuote

ayesha1511
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.06.2006
Ahli No: 24823
Posting: 34

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 17:12


kan da kata..
dia da merajuk..
ayooookkk
tak tau..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayesha1511Profil   Hantar PM kepada ayesha1511   Quote dan BalasQuote

ynax
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.06.2006
Ahli No: 24695
Posting: 32
Dari: somewhere

malaysia  


posticon Posting pada: 19-06-06 18:50


cepatla sambung. dah kempunan ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For ynaxProfil   Hantar PM kepada ynax   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-06-06 20:14


huhuuu mana iswadi ini?? cerita ni best huhuhhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

rafieq
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.03.2006
Ahli No: 23522
Posting: 139
Dari: jordan

germany  


posticon Posting pada: 05-07-06 02:44


panjangnyeeee....moga romantik lah sesiapa yang karng novel ini..siapa novelisnye????

Bookmark and Share

    


  Member Information For rafieqProfil   Hantar PM kepada rafieq   Quote dan BalasQuote

siswa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.06.2006
Ahli No: 24900
Posting: 203
Dari: UTM skudai

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 05-07-06 03:10


:)..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For siswaProfil   Hantar PM kepada siswa   Quote dan BalasQuote

hana_88
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12020
Posting: 81
Dari: KuKTeM..(UTEC)

Pahang  


posticon Posting pada: 05-07-06 10:30


bestnya cerita ni.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For hana_88Profil   Hantar PM kepada hana_88   Quote dan BalasQuote

Putri_Cahaya
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.06.2006
Ahli No: 24825
Posting: 335

malaysia  


posticon Posting pada: 05-07-06 13:56


cerpen ni best jugak... tapi panjang sangat lah... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putri_CahayaProfil   Hantar PM kepada Putri_Cahaya   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-07-06 16:59


lah dah tak ada ke?
Sambunglah Iswadi tak baik buat orang ternanti-nanti.
Ana ketawa seorang-seorang ketika membacanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

violetto
Warga Rasmi
Menyertai: 05.06.2006
Ahli No: 24706
Posting: 11
Dari: Gombak

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-09-06 00:19


great job iswadi! congratz!
bwatla lagi!

Bookmark and Share

    


  Member Information For violettoProfil   Hantar PM kepada violetto   Quote dan BalasQuote

miloShake
Warga Rasmi
Menyertai: 11.04.2006
Ahli No: 24124
Posting: 7

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-09-06 00:25



    


  Member Information For miloShakeProfil   Hantar PM kepada miloShake   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 21:54


lambat lagi ke??? hurm....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara

PulauPinang  


posticon Posting pada: 06-10-06 13:59


bagus betul si iswadi ni.....pandai dia buat cerita.. memula.. buat novel yang ada kontroversi sikit... lepas itu, buat org ternanti2... salah satu teknik yang bagus untuk promo.... good job!

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 06-10-06 15:26


sambung lah cepat cerita ni..
nak tahu bagaimana qina and gary pas dia nangis depan gary....
mesti ada tentangan dari keluarga gary kan???????

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 01-02-07 03:53


cepat lah sambung..bez sangat dah ni..hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-02-07 11:05


kenapa tak buat novel saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-02-07 12:54


Erm...jalan cerita menarik tapi kenapa iswadi dah lama tak smabng ye?...ramai yang tertunggu2 ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-02-07 12:59


maaf...tapi ana dah cek, nick iswadi tu dah tak ada dalam ukhwah.com ini...nampaknya tak dpatla nak baca endingnya...huhu...mana nya iswadi ni mghilang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-02-07 21:54


penat baca tak ada ending rupanya...adoi...sedih2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 03-02-07 21:57


sabar saja lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-02-07 14:54


kita kena cari penulis cerpen ni...suruh dia sambung cerita dia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-02-07 15:15


pen pun boleh bercinta??? masya-ALLAH.. dahsyat dahsyat.. :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

miss_farhana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan

Terengganu  


posticon Posting pada: 05-02-07 19:13


salam

saudara iswadi betul-betul merajuk agknye dengan komen-komen tu....


huwaaaaa

sambung lah......

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_farhanaProfil   Hantar PM kepada miss_farhana   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 05-02-07 19:37


Pada 05-02-07 15:15 , hafiz_along_83 posting:

!!! QUOTE !!!

pen pun boleh bercinta??? masya-ALLAH.. dahsyat dahsyat.. :-D


Boleh agaknya, sebab cerpen kan abrevasi pada cerita (cer) dan pen
[ Telah diedit oleh: mohdnurhakimin pada 05-02-07 19:38 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» CINTA SEBATANG PEN OREN

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.194512 saat. Lajunya....