Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 131
Ahli: 0
Jumlah: 131




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Copy & Paste
Topik: Cinta Anta dan Anti


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Cinta Anta dan Anti

Please Mendaftar To Post


Oleh Cinta Anta dan Anti

MaMaT1505
Warga Rasmi
Menyertai: 25.10.2003
Ahli No: 4677
Posting: 3
Dari: Malacca

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 07:27


"Cinta Anta dan Anti "
oleh Maszlee Malik

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil
yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" seriang dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi.

Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.

Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".

Cinta Remaja Dakwah.
Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering

dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah...

Salah Faham Ukhuwwah fillah
Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

(Diperolehi daripada Majalah i edisi Bulan Februari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For MaMaT1505Profil   Hantar PM kepada MaMaT1505   Pergi ke MaMaT1505's Website   Quote dan BalasQuote

norayhunt
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.09.2003
Ahli No: 3272
Posting: 53
Dari: Pel.Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 07:59


hmmm....:)
Banyak pengajaran dan peringatan!! insyaALLAH.....;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For norayhuntProfil   Hantar PM kepada norayhunt   Quote dan BalasQuote

anjang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3610
Posting: 342
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 09:19


satu artikel yang menarik sekali..
apa yang berlegar di fikiran...
penyelesaian nya satu sahaja..
bercinta laa selepas kahwin..
itu yang halal dan lebih afdal..
bimbang..dalam menjaga syariat..
ada juga yang terlepas pndang..
fitrah yang menjadi FITNAH..
macam kes atas tu laa...
syaitan hidup lama lagi dr manusia..
syaitan ada 10000000001 muslihat...
alasan2 di create..untuk menghalalkan apa yang memang tak halal..
perbetul kan niat....mohon hidayah dr allah..insyaallah..beroleh kekuatan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For anjangProfil   Hantar PM kepada anjang   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 23-01-06 09:54


:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 11:39


assalamualaikum...

usah dislhgunakan perkataan 'ukhwah fillah'...bukankah ia merujuk kepada ikatan persaudaraan sesama Islam bukannya untuk menggalakkan lagi bercinta sebelum berkahwin...sejauh dan selama mana tazkirah dan mesej2 islamik mampu membendung gelora dalam hati...?jika masih mampu dibendung, a'lillah...tapi lama-kelamaan mampukah kita?bukankah ia semakin menghampirkan diri kepada zina...?jangan jadikan medan dakwah sebagai landasan utama pertemuan....fikir2kanlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 11:50


Assalamualaikum....

kesilapan yang sering dibiarkan ....
kadangkala empunya diri tahu apa yang berlaku.....
tetapi sering dibiarkan ......sampai terlajak.....
kembali ke pangkal jalan....itulah yang terbaik...sementara masih boleh...
yang seronok itu kadangkala belum sampai masanya kita menikmatinya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Norhaslina
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 12:47


Banyak pengajaran yang kita perolehi dari artikel ini,syukran. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NorhaslinaProfil   Hantar PM kepada Norhaslina   Quote dan BalasQuote

puteribongsu1306
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17648
Posting: 291
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-01-06 12:54


syukran

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteribongsu1306Profil   Hantar PM kepada puteribongsu1306   Quote dan BalasQuote

mellisaleez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.05.2005
Ahli No: 16270
Posting: 210

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 12:55


hmmm...:)...macam-macam ada...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mellisaleezProfil   Hantar PM kepada mellisaleez   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 23-01-06 14:18


thanks...
i like diz artikel...
BERINGAT DAN SENTIASA MEMPERINGATI

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 23-01-06 14:18


thanks...
i like diz artikel...
BERINGAT DAN SENTIASA MEMPERINGATI

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

lubna
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21861
Posting: 25
Dari: PUTRAJAYA

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 14:35


artikel yang cukup menarik dan bernas

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubnaProfil   Hantar PM kepada lubna   Quote dan BalasQuote

alqibtiaz
WARGA SETIA
Menyertai: 31.07.2004
Ahli No: 10409
Posting: 542
Dari: kuala terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-01-06 15:17


erm...muhasabah diri masing2...segala perbuatan orang yang berkopiah dan bertudung labuh ni di pandang oelh masyarakat sekeliling...jadi berhati2la....

Bookmark and Share

    


  Member Information For alqibtiazProfil   Hantar PM kepada alqibtiaz   Quote dan BalasQuote

anjang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3610
Posting: 342
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 15:23


artikel ni sangat positif dan membina
mungkin ada diantara kita yang terlupa..
lapangkan dada..
muhasabah diri balik...
kalau ada keinsafan dalam diri tu..alhamdulillah..
allah masih sayang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For anjangProfil   Hantar PM kepada anjang   Quote dan BalasQuote

QistinaHumaira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2005
Ahli No: 18078
Posting: 156
Dari: di bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 15:27


:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For QistinaHumairaProfil   Hantar PM kepada QistinaHumaira   Quote dan BalasQuote

cintamadinah_82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 16:00


:-) :-) :-)


-----------------
'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'


Bookmark and Share

    


  Member Information For cintamadinah_82Profil   Hantar PM kepada cintamadinah_82   Pergi ke cintamadinah_82's Website   Quote dan BalasQuote

AsFaRiNa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.02.2005
Ahli No: 14050
Posting: 208
Dari: Jelapang Padi

Kedah  


posticon Posting pada: 23-01-06 17:21


JAGA AKHLAK

JAGA PERIBADI

HIASI BUDI....

:):):):)

wallahua'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AsFaRiNaProfil   Hantar PM kepada AsFaRiNa   Pergi ke AsFaRiNa's Website   Quote dan BalasQuote

ashabul_mukminin
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.07.2003
Ahli No: 2403
Posting: 43
Dari: Pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 18:23


so.. siapa2 yang dah bersedia, xpayahlah tangguh2 lagi. segerakanlah mana yang patut. jadilah contoh yang baik kepada kami yang masih kecil..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ashabul_mukmininProfil   Hantar PM kepada ashabul_mukminin   Pergi ke ashabul_mukminin's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 21:59


cinta hipokrit tu.............sesame dorg enta, enti.....yang tak sejalan, engkau aku

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

taisir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16233
Posting: 264
Dari: planet bumi...

egypt   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 22:37


thank you mesej ini berguna sangat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For taisirProfil   Hantar PM kepada taisir   Pergi ke taisir's Website   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 24-01-06 03:24


oh Ustaz Maszlee memang...
menusuk betul tulisan ustaz..

memang realiti golongan anta-anti ni macam tu..

-ana dah cari majalah i tadi kat pudu, satu kedai pun tak jumpa. kenapa susah sangat nak dapatkan i kat pudu tu..?? sedih betul...


Iklan sikit kepada sesiapa yang menuntut di UIAM, Gombak, anda dijemput ke kuliyyah Ustaz Maszlee (kitab Riyadhus Solihin) di Lecture Theater 2, Kuliyyah og Economics, Rabu, 5 pm.. dua minggu sekali.. anjuran QYC.

Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 24-01-06 09:38


Pada 24-01-06 03:24 , littlemuslimah posting:

!!! QUOTE !!!




Iklan sikit kepada sesiapa yang menuntut di UIAM, Gombak, anda dijemput ke kuliyyah Ustaz Maszlee (kitab Riyadhus Solihin) di Lecture Theater 2, Kuliyyah og Economics, Rabu, 5 pm.. dua minggu sekali.. anjuran QYC.


assalamualaikum...

tumpang tanya orang luar boleh ke nak masuk untuk ke kuliyyah tu?


-----------------
Telah ditanya kepada seorang soleh ,apakah yang paling menghairankan kamu?
Dia berkata: "Hati yang telah kenal Allah kemudian dia menderhakai-Nya."


Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

achik_solehah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 2015
Posting: 654
Dari: Kuantan

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-01-06 17:04


Assalamualaikum..

Syukran atas kiriman artikel ini. Kadang -kadang memang kita terlalai dalam menjaga pergaulan seharian. Mudah-mudahan ada sahabat yang selalu mengingatkan pabila kita alpa. Dan juga minta Allah sentiasa pelihara hati kita dari terpedaya dengan bisikan syaitan.

wassalam ;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For achik_solehahProfil   Hantar PM kepada achik_solehah   Pergi ke achik_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-01-06 18:06


:-di :-di Alhamdulillah.....ana berkopiah,tapi kena jaga perangai sebab kopiah melambangkan kesopanan........ ;-)


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

afieq_alkindi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.01.2005
Ahli No: 14026
Posting: 162
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 24-01-06 18:30


hmm... jangan sangka pendukung gdakwah dan gerakan islam tak buat silap...
fikir2kanlah...
mana yang baik ambillah sebagai panduan... yang tak elok tu tinggal2kanlah...

wallhu ta'ala 'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For afieq_alkindiProfil   Hantar PM kepada afieq_alkindi   Quote dan BalasQuote

IrSyA_IsYqI
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 437
Posting: 134
Dari: Batu Pahat & IIUM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-02-06 05:43


Pada 24-01-06 09:38 , shinobi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-01-06 03:24 , littlemuslimah posting:

!!! QUOTE !!!




Iklan sikit kepada sesiapa yang menuntut di UIAM, Gombak, anda dijemput ke kuliyyah Ustaz Maszlee (kitab Riyadhus Solihin) di Lecture Theater 2, Kuliyyah og Economics, Rabu, 5 pm.. dua minggu sekali.. anjuran QYC.


assalamualaikum...

tumpang tanya orang luar boleh ke nak masuk untuk ke kuliyyah tu?



shinobi , jemputlah datang kalau boleh ke kuliah itu....
Tafaddhal Masykura ila Hadiqatul 'Ilm Wal Fadhilah....
kuliah itu baru saja mula... 2 minggu sekali... minggu ni ada, insya Allah....
sahabat2 yang lain pun jemputla ye...

p/s: kak little, bagi la info elok sikit.. hihi...(jangan marah eh~!)
[ Telah diedit oleh: IrSyA_IsYqI pada 01-02-06 05:45 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For IrSyA_IsYqIProfil   Hantar PM kepada IrSyA_IsYqI   Quote dan BalasQuote

nie_nadia
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8745
Posting: 133
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-02-06 11:46


assalamualaikum kepada littlemuslimah, majalah i memang ada kat pudu sebab saya selalu beli kat sana. insyallah, cuba anti cari betul-betul mesti jumpa. kembali kepada artikel tu, memang menarik. jadi sama2lah kita b`fikir. maklumlah sebagai manusia kita selalu alpa & leka. selalu menghalalkan yang haram. jadi, tepuk dada tanya iman.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nie_nadiaProfil   Hantar PM kepada nie_nadia   Quote dan BalasQuote

imthiyaz
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2004
Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-06-06 12:15


salam.... ustaz maslee ni memang best.

Bookmark and Share

    


  Member Information For imthiyazProfil   Hantar PM kepada imthiyaz   Pergi ke imthiyaz's Website   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-06-06 12:56


carlah yang sesuai dan berpadanan

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

IlyaFarhan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.10.2004
Ahli No: 11686
Posting: 149
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-06-06 13:22


Pada 24-01-06 03:24 , littlemuslimah posting:

!!! QUOTE !!!

oh Ustaz Maszlee memang...
menusuk betul tulisan ustaz..

memang realiti golongan anta-anti ni macam tu..

-ana dah cari majalah i tadi kat pudu, satu kedai pun tak jumpa. Kenapa susah sangat nak dapatkan i kat pudu tu..?? sedih betul...


Iklan sikit kepada sesiapa yang menuntut di UIAM, Gombak, anda dijemput ke kuliyyah Ustaz Maszlee (kitab Riyadhus Solihin) di Lecture Theater 2, Kuliyyah og Economics, Rabu, 5 pm.. dua minggu sekali.. anjuran QYC.


awak carila kat tempat lain bukan kat pudu saja yang jual majalah tu...kilang bukan cetak senaskhah saja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For IlyaFarhanProfil   Hantar PM kepada IlyaFarhan   Pergi ke IlyaFarhan's Website   Quote dan BalasQuote

jejakaislam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8875
Posting: 167
Dari: gombak

Selangor  


posticon Posting pada: 07-06-06 15:46


ana tak baca lagi...
panjang sangat la...insyallah...ana baca nanti...
ana dah paste dalam pc ana...
rasa best agaknya...

syukran jazilan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jejakaislamProfil   Hantar PM kepada jejakaislam   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.41473 saat. Lajunya....