Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 04-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Selalunya, bila kita berusaha menenggelamkan kapal orang lain, kita lupa untuk mengawal kapal kita sendiri. Kapal kita tenggelam terlebih dahulu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 87
Ahli: 0
Jumlah: 87




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 16 hari yang lalu
nur_takwa88: 22 hari yang lalu
kismis: 22 hari yang lalu
qaulah_atrah: 33 hari yang lalu
muaz9768: 37 hari yang lalu
Rashdin: 43 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Antara Jemaah dan Harakah


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Antara Jemaah dan Harakah

Please Mendaftar To Post


Oleh Antara Jemaah dan Harakah

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 10:57


Assalamu'alaikum wrt wbt

Jemaah atau didalam bahasa arabnya Jamaa'ah (جَمَاعَة;) yang membawa erti unit, denominasi, grade, kumpulan, squad, kelas, persatuan, pasukan, geng, komuniti, syarikat, halaqah, keramaian dsb. Perkataan lain yang bersamaan dengannya adalah Thaaifah (طائِفَة;).

Menurut Dr Kamal Al-Misri makna Jamaa'ah dari segi bahasa :


الجماعة مأخوذةٌ من الاجتماع وهو ضدُّ التفرق، يقال جمع الشيء عن تفرِّقه فاجتمع،
"Jamaa'ah diambil dari ijtima' atau mesyuarat dan ia berlawanan dari perkataan berpisah, ia merupakan koleksi/himpunan sesuatu, berpisah dan bertemu."

Tambah beliau lagi :


وهذا الاجتماع قد يكون حسيًّا كاجتماع الناس في مكانٍ ما، وقد يكون معنويًّا كاجتماع الأمَّة على الإيمان بالله ورسوله مثلا.
"Mesyuarat ini mungkin dikenalik sebagai pertemuan manusia disesuatu tempat, mungkin dari segi maksudnya sebagai pertemuan ummah keatas beriman dengan Allah dan Rasulnya sebagai contoh"

Secara umumnya ia merujuk kepada satu kumpulan, seperti jemaah masjid, jemaah nasyid, jemaah tabligh ataupun persatuan dan sebagainya.

Harakah (حَرَكَة;) membawa maksud pergerakan, aksi, sukan, aktiviti yang dikenali sebagai nashaath (نَشَاط;). Ia menunjukkan satu pergerakan yang hidup (life), vitality, semangat, endeavor, bertenaga, kesungguhan, eagerness. Secara umumnya ia merujuk kepada satu pergerakan yang aktif dan bertenaga.

Menurut Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi :-


ذلك العمل الشعبي الجماعي المنظم للعودة بالإسلام إلى قيادة المجتمع, وتوجيه الحياة كل الحياة.
"Melakukan amal yang popular secara berjemaah dan bersistem bagi mengembalikan Islam kepada kawalan keatas masyarakat, dan kearah seluruh penghidupan"

Apabila dirujuk kepada aktiviti-aktiviti Islam, Jamaa'ah membawa maksud Persatuan Islam yang berbentuk dakwah seperti Jemaa'ah Tabligh, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), dsb. Manakala Harakah merujuk kepada Pergerakan yang berbentuk Politik seperti HAMAS (حركة المقاومة الإسلامية;) atau Harakah Perjuangan Islam Palestine, PAS (Harakah Islamiyyah Malaysia), Ikhwan Al-Muslimin dsb. WA.

wassalam


http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=26496&sid=8001e0276c4a9a0bdeaeab105f324e9a


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 11:04


:-) :-) ooo...macam tuu,thank you ummi sebab bagi info niii :lol:


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

nurazyyati_83
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.07.2005
Ahli No: 17466
Posting: 125
Dari: dunia yang fana

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 11:06


syukran....ramai yang tersalah anggap bila kita katakan yang kita menyertai sebuah jemaah...jemaah mesti ditafsirkan dengan jemaah islamiyyah atau tabligh saja.sedangkan makna sebenarnya,sebuah persatuan atau organisasi..persatuan bulan sabit merah pun boleh dipanggil jemaah juga.
kalau boleh nak tambah pengetahuan tentang harakat islamiyyah....


-----------------
NURSYAHADAH menyinar qalbu,murni seharum namamu
Hadirnya di celahan kekalutan qalbumu itu...
[ Telah diedit oleh: nurazyyati_83 pada 17-01-06 11:06 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurazyyati_83Profil   Hantar PM kepada nurazyyati_83   Quote dan BalasQuote

KhilafahIslamiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7208
Posting: 104

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 13:07


"Tiada Islam tanpa Jamaah, Tiada Jamaah tanpa Qiyadah, Tiada Qiyadah tanpa Ketaatan."

Sebut mengenai harakah dan jamaah ni ramai orang keliru.. Silap2 ana rasakan ahli yang terlibat dalam jamaah dan harakah sendiri pun salah dalam memahami 2 perkara tersebut...

Ingatlah sama ada kita terlibat dalam harakah mahupun jamaah jangan dilupakan satu perkara bahawa kita sama-sama mempunyai satu matlamat yang jelas. Usahlah menyebut mengenai perbezaan tapi kita bincang tentang apa yang kita boleh bersama..

Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For KhilafahIslamiyahProfil   Hantar PM kepada KhilafahIslamiyah   Pergi ke KhilafahIslamiyah's Website   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 17-01-06 14:17


syukran... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-01-06 20:07


afwan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

KhilafahIslamiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7208
Posting: 104

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 21-01-06 03:19


:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For KhilafahIslamiyahProfil   Hantar PM kepada KhilafahIslamiyah   Pergi ke KhilafahIslamiyah's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-01-06 09:57


syukran :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

norayhunt
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.09.2003
Ahli No: 3272
Posting: 53
Dari: Pel.Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 20:32


hmmm...sekadar persoalan....antara jemaah dan harakah, mana satu yang patut diberi keutamaan dari segi penglibatan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For norayhuntProfil   Hantar PM kepada norayhunt   Quote dan BalasQuote

nur_ikhlas
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.11.2004
Ahli No: 12544
Posting: 34
Dari: bumi Allah...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-01-06 12:33


syukran :)

membangun bersama islam.......
[ Telah diedit oleh: nur_ikhlas pada 24-01-06 12:34 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ikhlasProfil   Hantar PM kepada nur_ikhlas   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-06 11:26


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan atas respons dari anak-anak. Umi akan cuba menjawab soalan anakanda norayhunt (noraihan?) semampu umi ya.

Anakanda bertanya -

antara jemaah dan harakah, mana satu yang patut diberi keutamaan dari segi penglibatan?

Maka umi copy paste balik apa itu jemaah dan apa itu harakah -

Apabila dirujuk kepada aktiviti-aktiviti Islam, Jamaa'ah membawa maksud Persatuan Islam yang berbentuk dakwah seperti Jemaa'ah Tabligh, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), dsb. Manakala Harakah merujuk kepada Pergerakan yang berbentuk Politik seperti HAMAS (حركة المقاومة الإسلامية atau Harakah Perjuangan Islam Palestine, PAS (Harakah Islamiyyah Malaysia), Ikhwan Al-Muslimin dsb.

Jadi pada umumnya terpulanglah kepada kefahaman individu untuk melibatkan diri dalam jemaah atau harakah kerana tindakan kita bergantung dari kefahaman masing-masing. Cuma yang penting ialah biarlah apa saja yang kita nak buat mestilah berasaskan ilmu di mana asasnya ialah Al Quran dan Al Hadith.

Antara jemaah dan harakah prioritas terletak pada pengaruh suasana sekeliling. Contohnya suasana di Palestine beza dengan di Malaysiakan.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - "Give the devil an inch, and he will be the 'ruler'"

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

amar_kun
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16570
Posting: 56
Dari: Bumi Allah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-02-06 09:11


jemaah.. jangan jadi jemaah centric.. dan janganlah sempitkan pemikiran dengan alasan "kami wala' hanya kepada satu jemaah" ataupun "kami dah berbai'ah dengan pemimpin kami"..

tiada sapa yang rugi.. andalah yang rugi.. ISLAM lah yang rugi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amar_kunProfil   Hantar PM kepada amar_kun   Pergi ke amar_kun's Website   Quote dan BalasQuote

khairuzzaman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14729
Posting: 252
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-02-06 11:49


setuju dengan amr_kun... jangan jumud

tapi bye'ah perlu kalau dalam perkara yang sangat sirr (rahsia)
dalam konteks kampus tak perlulah agaknya.. tak bersedia lagi..huhu
dan wala' penting dalam gerak kerja..


pas ni kena panggil 'harakah PMI' lah, bukan 'jemaah PMI' puan ummimq ye.. hehe :di

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairuzzamanProfil   Hantar PM kepada khairuzzaman   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-02-06 23:15


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan atas respons anak-anak. Semoga anak-anak yang Allah telah pinjamkan akal dan hati dapat terus mencari ilmu agar dapat beramal dengan betul.

Mengapa ilmu mesti diutamakan daripada amal? Kerana ilmulah yang dapat membezakan antara yang hak dan yang bathil dalam perkara aqidah; antara yang benar dan yang salah dalam pendapat dan perkataan, antara yang sunnah dan bid'ah dalam hal ibadah; antara perkara yang halal dan haram dalam pemakanan dan perbuatan; antara yang mulia dan hina dalam perkara akhlak; antara yang diterima dan yang ditolak dalam masalah perbuatan dan pekerjaan dan perkara yang seumpamanya. (dipetik dari masa 21 Fiqh Awliyyah Dr Yusuf Qardhawi.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - sesiapa yang berbuat sesuatu tanpa memiliki persiapan ilmu, maka ia akan lebih banyak menyebabkan kerosakan, daripada menimbulkan kebaikan. (Khalifah Umar Abdul Aziz ra)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 02-03-06 00:59


ramai yang berani bye'ah dengan menjunjung Quran tapi lepas itu langgar bye'ah..jangan main2, berat tanggungan tu... sebelum bye'ah dengan mana-mana jemaah kenalah kaji dulu adakah ianya selari dengan tuntutan alquran dan hadis...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 02-03-06 00:59


ramai yang berani bye'ah dengan menjunjung Quran tapi lepas itu langgar bye'ah..jangan main2, berat tanggungan tu... sebelum bye'ah dengan mana-mana jemaah kenalah kaji dulu adakah ianya selari dengan tuntutan alquran dan hadis...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 02-03-06 01:02


tugas umat akhir zaman ni..membawa manusia kepada iman... kemuliaan umat akhir zaman ni ialah dakwah ilallah...macamana cara dakwah tu..ikutlah yang macam nabi buat dulu...bila ikut cara nabi barulah ada kejayaan..InsyaAllah... sebelum perangi orang kafir wajib bagi kita mendakwah mereka terlebih dahulu...mereka adalah tanggungjawab kita..kat akhirat nanti Allah akan soal kita tentang perkara ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 02-03-06 01:05


yang hidup dalam iman belum tentu mati dalam iman...yang hidup kufur belum tentu mati dalam kekafiran... so hamba ingati diri hamba dan saudara sekalian agar jangan lah jita pandang hina pada mana-mana manusia walaupun dia kafir sekalipun selagimana mereka tak memerangi kita ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116063 saat. Lajunya....