Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Betapa banyak lukisan tiruan Mona Lisa, tetapi orang ramai masih lagi berusaha nak melihat lukisan Mona Lisa yang asli.
-- Louis Amstrong

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 194
Ahli: 0
Jumlah: 194




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 55 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: benarkah telah wujud manusia sebelum kejadian Nabi Adam A.S


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» benarkah telah wujud manusia sebelum kejadian Nabi Adam A.S

Please Mendaftar To Post


Oleh benarkah telah wujud manusia sebelum kejadian Nabi Adam A.S

albarlasy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18103
Posting: 248
Dari: dunia fana'

egypt   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 15:56


harap sama-sama dapat bincangkan tentang hal ini...

ana yakin mesti ada yang lebih tahu tentang perkara ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For albarlasyProfil   Hantar PM kepada albarlasy   Quote dan BalasQuote

my_masjid
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.06.2003
Ahli No: 1419
Posting: 87
Dari: Ganu Da Roll Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 16:07


Dalam Al-Qur'an dah cerita secara detail tentang asal kejadian manusia.nak bincang pasal apa pula?bincang pasal tafsir ayat2 berkenaan kejadian manusia ke?
Kalau tak silap ni mesti pasal berita dakwaan saintis yang masih duk sibuk2 lagi kaji asal-usul manusia dan manusia sebelum daripada Adam a.s.

Bookmark and Share

    


  Member Information For my_masjidProfil   Hantar PM kepada my_masjid   Quote dan BalasQuote

albarlasy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18103
Posting: 248
Dari: dunia fana'

egypt   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 16:18


sabar akhi,jangan terburu-buru..

ana cuma ajak berbincang,mungkin ada lagi pendapat dari kawan2 kita yang lain.

soalan saya ni tak ada kena mengena dengan idealogis darwin dan para saintis..

kita berbincang cara islam.melalui ilmu2 yang kita belajar, yang kita dapat sama ada dari ceramah atau buku2 islam yang kita baca...

Bookmark and Share

    


  Member Information For albarlasyProfil   Hantar PM kepada albarlasy   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 18:43


Bagi ana-nabi adam adalah manusia pertama yang allah wujudkan dibumi dam membiakkan zuriat untuk mengisi dunia ini...tak ada lagi manusia lain..ianya jelas diterangkn oleh allah dalam a-quran...

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 19:25


tak pernah dengar pulak, dari mana albarlasy dapat tahu pasal ni...

dan apa yang albarlasy tahu??? :-?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 14-01-06 19:32 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 20:10


Suatu masa dulu... sebelum popularnya komuniti (buletin board), selepas saya mengenali internet (1996), saya gemar ke e-groups (Sekarang Yahoo! Group). Di situ banyak sekali perbincangan intelek.

Salah satu perbincangan adalah mengenai Nabi Adam Bukan Manusia Pertama. Memang perbincangan itu amat mengembangkan otak. Sebahagian dari perbincangan saya dah lupa tetapi masih ingat sikit-sikit fakta yang diutarakan:

1. Dalam AlQuran tidak disebut Adam A.S. sebagai manusia pertama. Betulkah?

2. Allah SWT memberitahu Malaikat tentang hendak menjadikan Adam A.S. sebagai "khalifah" di muka bumi. Khalifah membawa maksud "pengganti". Menggantikan siapa?

3. Dialog antara Malaikat dengan Allah SWT menyebut, "Tidakkah mereka akan melakukan pertumpahan darah di muka bumi...?" Seolah-olah Malaikat telah pun melihat ada manusia sebelum Adam A.S. yang melakukan pertumpahan darah, berbunuhan, berperang merosakkan bumi ini. Jika tidak mengapa Malaikat seperti keberatan bila Allah SWT memberitahu akan mencipta Adam A.S.?

Itulah sebahagian dari perbincangan yang saya masih ingat-ingat lupa.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 21:08


menarik juga perbincangan ni... terima kasih kepada saudara Kang atas info yang diberikan, moga2 ia dapat membuka minda kita...

saya nak berikan sedikit pandangan dalam persoalan ini...

pertamanya, kalau hujahnya adalah kerana dalam Al-Quran tidak disebut Adam a.s. sebagai manusia pertama, sebaliknya pula, dalam Al-Quran juga tidak disebut bahawa ada manusia sebelum Nabi Adam... jadi, hujah ini masih belum dapat buktikan bahawa memang wujud manusia sebelum Nabi adam, untuk membuktikannya kita perlukan dalil yang lebih kuat...

kedua, memang benar Khalifah membawa maksud "pengganti", tetapi khalifah juga boleh diertikan sebagai penjaga atau pemerintah, sebab itulah al-khilafah juga bererti al-imarah (pemerintahan)...

ketiga, dialog antara Malaikat dengan Allah s.w.t. yang bermaksud: "Adakah Engkau menjadikan di dalamnya (bumi) mereka yang akan melakukan kebinasaan di dalamnya dan menumpahkan darah...?" seolah-olah sebelum Nabi Adam a.s. dihantar ke bumi, sudah ada yang pernah melakukan kebinasaan dan pertumpahan darah di muka bumi...

dalam hal ini, saya pernah dengar persoalan bahawa mungkin juga sebelum manusia diciptakan, Allah s.w.t. pernah menghantar makhluk lain seperti/iaitu jin ke muka bumi sebagai khalifah, dan mereka telah melakukan kerosakan di muka bumi...

tapi, semua ini masih belum dapat membuktikan apa-apa, lebih2 lagi ia tidak pernah disebutkan di dalam Al-Quran dan al-Hadith tentang kewujudan manusia sebelum Nabi Adam... yang disebut hanyalah tentang penciptaan langit dan bumi, dan penciptaan makhluk2Nya iaitu manusia, malaikat, iblis, jin, haiwan, tumbuhan dan sebagainya...

mungkin ustazah2 usuluddin boleh perjelaskan lagi tentang persoalan ini, especially bebudak akidah... kalau ada salah apa-apa minta diperbetulkan, Wa'Llahu A`lamu bil-Sawab...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 14-01-06 21:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-01-06 01:24


Errr.... apa rasionalnya dengan manusia sebelum Nabi Adam tu??? Sedang manusia selepas Adam disekeliling kita pun tak kenal habis lagi...


Allah humma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

albarlasy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18103
Posting: 248
Dari: dunia fana'

egypt   avatar


posticon Posting pada: 15-01-06 01:33


bukan apa cuma nak tau sedikit sebanyak ilmu yang ada pada kawan2 kita.kan dah terbuka sikit minda kita bila kang bagitau apa ilmu yang dia ada sikit...
camnila baru best,dapat jugak sikit sebanyak maklumat dari kawan2 betul tak...??

jangan marah ek,cuma pandangan ana saja... 8-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For albarlasyProfil   Hantar PM kepada albarlasy   Quote dan BalasQuote

afieq_alkindi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.01.2005
Ahli No: 14026
Posting: 162
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 15-01-06 18:45


betul kata albarlasy tu...
tak salah Kalau kita nak bincang topik ni....

---------------------------------
:: SuFi HaRaKi TeRaKhIr ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For afieq_alkindiProfil   Hantar PM kepada afieq_alkindi   Quote dan BalasQuote

ajefikrah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20170
Posting: 264
Dari: Bukit Mahkota

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-01-06 18:50


ALLAH lebih mengetahui..
andaian tak memadai..fakta tak menyakini..
tak tau pula..betul adam manusia pertama ke tak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ajefikrahProfil   Hantar PM kepada ajefikrah   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 14:28


menarik juga topik ni...

saya pernah terbaca buku berkenaan hal ni juga...

dikatakan sebelum Nabi Adam a.s. diciptakan, ada lagi makhluk yang diciptakan oleh Allah swt...antaranya haiwan yang gergasi (maybe yang ni boleh explain pasal dinosaur)...di samping tu pernah jugak diciptakan manusia kemudian semuanya dihapuskan...

tak tau la sejauh mana kebenaran...nanti saya check balik buku tu...

di samping tu macam tu jugak la dengan persoalan apa yang berlaku selepas alam akhirat (bilamana semua dah masuk ke syurga/neraka)...dikatakan Allah swt akan mencipta suatu alam yang lain & perkara yang seumpamanya akan berlaku dengan makhluk yang baru...Wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 14:52


Rujuklah pakar agama, jangan berguru dengan akal. Kelak binasa. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

albarlasy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18103
Posting: 248
Dari: dunia fana'

egypt   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 18:35


betul tu,bertanyala pada yang lebih mengetahui...

tapi tak mustahil kalau wujudnya manusia sebelum adam..

tiada yang mustahil bagi Allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For albarlasyProfil   Hantar PM kepada albarlasy   Quote dan BalasQuote

almumtahanah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.01.2004
Ahli No: 6367
Posting: 145
Dari: depan komputer

egypt   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 18:43


allahu a'lam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For almumtahanahProfil   Hantar PM kepada almumtahanah   Pergi ke almumtahanah's Website   Quote dan BalasQuote

albarlasy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18103
Posting: 248
Dari: dunia fana'

egypt   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 18:43


rujukan terbaru dari buku keluaran dewan bahasa dan pustaka yang bertajuk 'surat anbiyak'

diceritakan bahawa sbelum kejadian adam telah dijadikan makhluk2 daripada iblis, malaikat dan manusia bagi menghuni bumi Allah.masing2 ditugaskan oleh Allah supaya mengabdikan diri kepadanya..
Allah menjadikan 70 orang laki2 yang mana tidak dijadikan secara serentak..selepas mati seorang dijadikan seorang lagi sehingga 70 orang... :roll:


Waalahua'alam.... 8-) 8-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For albarlasyProfil   Hantar PM kepada albarlasy   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 18:53


:-) Assalamualaikum.....


    Sudah terang lagi bersuluh Nabi Adam a.s adalah manusia yang pertama yang dicipta oleh ALLAh Taala...jika kita lihat pada hadith dan ayat2 Al-Quran banyak diceritakan tentang kejadian Nabi Adam a.s antaranya......

    Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud (..........semua manusia adalah dari Adam dan Adam adalah dari tanah)- hadih riwayat Tarmizhi

Dalam surah Al-A'raf ayat 11-25 ada juga diterangkan...saya ceritakan sedikit disini....dimana ALLAh menyuruh iblis spya menyembah Adam tetapi iblis dengan takabur dan sombongnya enggan kerana Iblis merasakan bahawa Adam tidak layak untuk disembah kerana baginda diciptakan dari tanah sedangkan Iblis dari api...

Jadi disini Nabi Adam a.s adalah MANUSIA pertama yang dicipta oleh ALLAHTaala..manakala makhluk2 lain sudah diciptakan sebelum itu seperti Iblis,Malaikat.....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 26-01-06 18:49


Nabi Adam as. bukan makhluk pertama di bumi tetapi merupakan manusia pertama di bumi, kerana sebelum nabi Adam as. di turunkan ke bumi, Allah SWT telah menciptakan bumi ini dengan segala makhluk yang ada didalamnya. Di dalam Al Quran ada diterangkan tentang dialog malaikat dengan Allah tentang rencana Allah ingin menciptakan khalifah di bumi. Dari dialog tersebut membuktikan bahawa Allah telah menciptakan bumi dengan segala isinya, tinggal lagi ingin menciptakan khalifah yang ingin mentakbirnya.Firman Allah SWT maksudnya: "Dan ingatlah kepada Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengatahuinya".
(Surah Al Baqarah ayat 30) Memang sebelum wujudnya manusia (Adam) telah hidup makhlu-makhluk lain (seperti dinasour) dan sebagainya kerana dalam sebuah ayat, Allah telah mengajarkan kepada nabi Adam tentang makhluk-makhluk yang ada di dalam syurga dan perkara-perkara lain yang bersifat maya.Firman Allah SWT maksudnya: "Dan Allah telah mengajarkan nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Allah berfirman: ' Terangkanlah kepada Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar '.
Malaikat itu menjawab : ' Maha Suci Engkau ya Allah, kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana '.
Allah berfirman: ' Wahai Adam, terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka '.
Allah berfirman: ' Bukankah aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan'."
(Al Baqarah 31 - 33)

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-01-06 19:15


tak salah membincangkannya. memang saintis dan geologist mengkaji kemungkinan wujud makhluk sebellum Adam. memang Adam merupakan manusia pertama dijadikan.

tiada yang mustahil bagi Allah. Allah maha Mengetahui apa yang berlaku.

tentu ada peninggalan bukti sekiranya benar ada makhluk memerintah bumi sebelum Adam. kita pun tahu banyak bukti peninggalan kaum-kaum yang ingkar perintah Allah telah dijumpai dan dibuktikan. contohnya Kaum Nabi Luth yang mana mereka melakukan perbuatan homoseksual . akhirnya bumi Sodom di Lubnan diterbalikkan Allah dalam satu peristiwa yang dahsyat. tinggalannya, laut Mati yang tiada hidupan pun sanngup hisup.kejadian ini diterangkan dalam Al-Qur'an. dan saintis dan geologist membenarkan apa yang termaktub dalam A l-Qur'an.

ana tidak menolak kemungkinan kebenaran Surah Al-Baqarah akan dibuktikan oleh sains di masa hadapan.
ini kerana Al-Qur'an itu mengandungi kebenaran yang mana kadang-kadang manusia tidak tahu tentang hakikatnya.

wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

albarlasy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18103
Posting: 248
Dari: dunia fana'

egypt   avatar


posticon Posting pada: 07-02-06 15:56


kalau kital lihat pakar pengkaji sejarah menemui artifak2 seperti tulang2 manusia yang berusia jutaan tahun sedang kan perbezaan antara nabi Adam a.s dengan nabi Muhammad s.a.w tidak sampai pun seratus ribu tahun.So, Wallahua'lam.

dalam quran menceritakan yang Adam a.s adalah manusia pertama yang menjadi khalifah pertama di bumi. mungkin ada manusia sebelumnya tetapi tidak diangkat menjadi khalifah. sebab tu la manusia ni di anugerahkan akal.

kalau tengok permulaan penciptaan adam a.s dia tak tau apa-apa pun hinggalah Allah yang mengajar dia. so manusia ni dulu macam makhluk lain jugak tak tau Apa.

Kalau tengok masa mula2 Allah tanya siapa yang nak jadi khalifah kat bumi, semua tolak termasuklah bukit bukau yang besar tu. tapi last2 siapa yang setuju kalau bukan manusia. lepas tu barulah diciptakan Adam a.s...

Wallahua'lam...

saya hanya insan yang lemah. memerlukan bimbingan dari kawan2 semua. siapa ada maklumat dan ilmu tentang ni sudi2la kongsi ek.... :roll: :roll: :-di 8-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For albarlasyProfil   Hantar PM kepada albarlasy   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-02-06 23:30


menarik juga topik ni...

bukan nak tunding jari kat siapa2, tapi saya teringin juga nak dengar penjelasan dari sahabat2 yang belajar dalam bidang ni... kalau tak silap saya budak2 akidah & falsafah mesti tahu sedikit sebanyak...

kalau banyak lagi baik :-di


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

khairuzzaman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14729
Posting: 252
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-02-06 20:39


dari segi nisbah jasad: Nabi Adam a.s.

tapi dari segi nisbah roh: Allah terlebih dahulu menciptakan Rasulullah saw

harapnya tidak membincangkan perkara2 seperti ini yang membabitkan iman...rukun iman ni...
sudah ada dalil yang jelas dalam Quran dan hadis..
wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairuzzamanProfil   Hantar PM kepada khairuzzaman   Quote dan BalasQuote

albarlasy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18103
Posting: 248
Dari: dunia fana'

egypt   avatar


posticon Posting pada: 14-02-06 16:33


bukan menolak kerasulan dan kenabian Adam a.s tetapi hanya mencari hakikat tentang penciptaan manusia...rasanya tidaklah sampai gugur akidah seseorang..

wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For albarlasyProfil   Hantar PM kepada albarlasy   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 14-02-06 17:43


Pada 13-02-06 20:39 , khairuzzaman posting:

!!! QUOTE !!!

tapi dari segi nisbah roh: Allah terlebih dahulu menciptakan Rasulullah saw


- Salah Faham Terhadap Penciptaan Nabi Muhamad SAW
- Fatwa Tentang Makhluk Pertama - Nur Muhammad

!!! QUOTE !!!

Allah menjadikan 70 orang laki2 yang mana tidak dijadikan secara serentak..selepas mati seorang dijadikan seorang lagi sehingga 70 orang...


rujukan kita adalah al-Quran dan as-Sunnah, bukan riwayat Israeliyyat. Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia

wAllahu a'lam :-)


-----------------

[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 14-02-06 17:51 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-02-06 19:20


:oops: oo....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.356944 saat. Lajunya....