Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jikalau semua umat Islam itu berjemaah pada solat Subuh, nescaya kekuatan kami tidak dapat menandingi Islam
-- -- Pembesar Yahudi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 103
Ahli: 0
Jumlah: 103




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 24 hari yang lalu
nur_takwa88: 30 hari yang lalu
kismis: 30 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 45 hari yang lalu
Rashdin: 51 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Buat aku Tersenyum


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Buat aku Tersenyum

Please Mendaftar To Post


Oleh Buat aku Tersenyum

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 11:44


“Kenalkan ini Cik Nurul Syaza, pegawai pembangunan sistem kita yang baru. Dia akan menggantikan Tuan Haji Abdul Rahman,”

Seorang gadis berbaju kurung bunga-bunga kuning kecil, bertudung litup berdiri di sebelah Dato’ Mukhlis. Nampak gayanya inilah budak perempuan yang Dato’ Mukhlis citerkan padanya. Not bad, nama dah moden tapi dressing memang sah kekampungan nelayan sungguh la. Ni, mana ceruk pedalaman Dato’ ambil budak ni. Dengan speck besar zaman ago go, sah la budak ini out feshion sungguh. Hafeez hampir mencetuskan ketawanya, tetapi sempat disiku oleh Kak Hamidah.

“Razif ke mana?” hairan jugak dia, selalunya pegawai pembangunan sistem kanan itu akan sampai ke pejabat terlebih awal, dia bukan kaki ponteng.
“Dia ada meting dengan CBE & Assosiates dato’. Semalam dia ada beritahu, dia akan ke sana terus dari rumah, takut jalan sesak, nanti lewat pulak dia ke mesyuarat. Lagipun bukannya Dato’ tak tau, firm tu pancual sangat,” panjang penerangan Kak Hamidah, setiausaha peribadi dato’ Mukhlis.
“Tak pelah, nanti kalau dia dah balik opis, suruh dia masuk bilik saya ye,”
“baik dato’,”

Puas Angah Syuhada memujuk dia supaya jangan memakai cermin mata ago go tu. Besau semacam kata Angah Syuhada. La, nak buat macam mana. Kata lekap dia terjatuh kat bilik air, hilang pulang tu. Penat mencari, bangun seawal mungkin. Tiba-tiba musibah menjengah hari. Aduhai, apalah malangnya hari ni. habis tu, takkan nak datang opis ni dengan mata yang rabun teruk. Daripada nak buat penaya kat diri sendiri, cermin mata pertamanya zaman persekolahan itu dirembat. Lantak lah, daripada jadi orang buta. Umi dengan walid pun senyum saja. Ala, tahu lah Achik Yaza, terlebih comel.

”Lama tak jumpa, awak masih macam tu jugak ye,” Merah padam mukanya. Awat la, Dunia ni punyalah luas, tapi dengan mamat perasan ni jugak aku kena jumpa. Dari atas sampai ke bawah lelaki itu memandangnya. Macam la aku ni model baju kurung dengan cermin mata ago go kat sini.

Dia dapat melihat reaksi terkejut yang terlakar pada wajah itu semasa dia diperkenalkan. Masih sama seperti 5 tahun lepas. Tidak banyak yang berubah melainkan kumis nipis yang menambahkan manisnya adam ini. Kononnya, dialah jejaka idaman malaya. Uwekk, mahu termuntah aku mendengarkan kata-kata ego lelaki itu. Eleh, tok wan aku kat Kuala Kedah lagi handsome la.

”Masih setia lagi awak dengan baju kurung tu ye?” suka hati aku la. Menyampah rasanya nak tengok muka lelaki itu. Menyakitkan hati.

Kalau ikutkan rasa hatinya, mahu saja dia cabut balik rumah. Pelik bebenor ke pakaian yang dia pakai. Macam tak pernah tengok orang pakai baju kurung dengan tudung agaknya! Patut lah, hidup tak berdunia gini lah jadinya.
kat opis tu, Cuma ada tiga staf perempuan termasuk dia. Kak Hamidah, wanita berusia pertengahan 30-an, memang cantik tapi sayangnya dia tak pakai tudung. Janda beranak 2, seorang yang peramah, mudah menghulurkan senyuman. Yang seorang lagi, Jasmin Yusrina. Awal 20-an, sama spesies jugak. Rambutnya memang cantik, ala-ala iklan pantene. Kan lagi cantik kalau tutup, jadi jugak iklan Sun Silk wardina tu. Dan dari Kak Hamidah, dia tahu Jasmin Yusrina ni dah lama admire kat musuh ketat dia! Patut lah jeling semacam saja bila musuh ketat aku tu berbual dengan aku. ambil lah, sorry to say, mamat tak cukup aqal tu dah lama mati dalam hidup aku.

Kalau tidak memandangkan, Ayah Ude yang meminta tolong, mati hidup balik takkan dia nak menayakan dirinya sendiri. Ada ke patut, Ayah Ude suruh dia merepairkan staf kat opis dia. Bunyi macam pelik! Tapi, bila dia dah berada dalam suasana opis ni, memang betul apa yang Ayah Ude katakan.

”Achik Yaza, tolonglah Ayah Ude ye,” Ayah Ude memang power memujuk orang. Merayu saja, ramai lah yang simpati kat dia. Patut lah, arwah Mak Ude tertangkap cintan.
”Nak tolong bagaimana Ayah Ude? Orang belajar repair sistem, bukannya repair orang,” Ayah Ude ni sihat ke idak.
“Ayah Ude tau, Achik yaza boleh tolong Ayah Chik. Kita sama-sama tarbiyyahkan staf kat opis Ayah Ude tu. Sedih Ayah Ude, sok mati mana lah tau. Apa yang Ayah Ude nak jawab kat masyhar? Mereka semua anak buah Ayah Ude, tanggungjawab Ayah Ude. Terasa berat dosanya kalau Ayah Ude tak berupaya nak bawa mereka ke arah kebaikan,”

Mula dah. Sejak Ayah Ude insaf dua tiga menjak ni (berkesan sungguh ceramah walid kat sural al-Ikram), bukan sekali dua dia disogokkan dengan kerisauan Ayah Ude. Katanya biar lah perniagaan yang dijalankan mendatangkan keuntungan yang tidak akan membakar dia di akhirat. Malah ia mampu menolongnya untuk melangkah tanpa tersungkur di titian Siratulmustaqim. Tidak cukup dengan itu, Ayah Ude merasuah dia. Pakej menunaikan umrah jika dia setuju dengan usul Ayah Ude. Pandai lah tu. Tambah pulak, umi dan walid menyokong. Makin beria lah.


-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

nurinsan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.11.2005
Ahli No: 20255
Posting: 23
Dari: alam nyata

Pahang  


posticon Posting pada: 14-01-06 12:06


ekkkk... dah habis belum?? macam tergantung saja... tapi xbertali... tak ada cakap nak sambung pun....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurinsanProfil   Hantar PM kepada nurinsan   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 12:08


ada sambungannya..tapi, minggu depan.. boleh tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

aliahasliza
Warga Rasmi
Menyertai: 30.04.2005
Ahli No: 16196
Posting: 2
Dari: gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 12:14


hmm...lambat nya minggu depan

Bookmark and Share

    


  Member Information For aliahaslizaProfil   Hantar PM kepada aliahasliza   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 12:15


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ayang2roses
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17405
Posting: 258
Dari: :: dari Kedah ke N9 ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 12:28


:)...kena tunggu minggu depan pula la nak senyum lagi sekali

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayang2rosesProfil   Hantar PM kepada ayang2roses   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 14:16


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 16:16


sabar ye..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

shahirah_huda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1982
Posting: 335
Dari: AS

japan  


posticon Posting pada: 15-01-06 10:44


Assalamualaikum..
eh...dah berhenti kat situ pula.ana tengah syok2 baca ni...ukhtie ismi safiza...bila nak continue cerita ini...macam best saja mukaddimahnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For shahirah_hudaProfil   Hantar PM kepada shahirah_huda   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-01-06 11:42


ada sambungan ke..cepatla sikit..:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 15-01-06 15:56


cerita tergantung...bila nak sambung...???

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 10:47


* maaf lambat, kerja banyak kat kolej.

Pagi-pagi lagi, Nurul Syaza telah bersiap. Pagi ni seperti biasa rutin harian, terpaksalah dia berusaha dengan gigih untuk berebut dengan penumpang LRT yang lain. Aduhai...penat tu memanglah. Walid dengan along tak pula menawarkan perkhidmatan percuma, kata walid dia harus belajar berdikari. Ye lah tu,ni memang berdiri atas kaki sendiri lani. Jarang benar dia dapat duduk aman. Sudahnya, berdiri atas kaki sendiri la jawabnya. Skill berebut perlu expert, kalau tidak alamatnya..tertinggallah seorang-seorang.

Memang la jarak dari stesen Daro’ Keramat ke stesen Dang Wangi tidaklah mengambil masa yang lama, namun berebut-rebut dalam LRT tu cukup menyesakkan hidupnya. Macam-macam bau ada. Bau perfum lah, bau perfum semulajadi lah. Macam-macam gangguan seksual boleh terjadi.. gangguan seksual? tiba-tiba darahnya terasa panas, ada tangan yang melekap di punggungnya!!! Ya Allah...

“Hai akhir-akhir ni, kes rogol dah jadi macam benda wajib keluar kat paper tiap-tiap hari. Risau akak, tak selamat rasanya dok kat dunia ni,”

Suara kak Hamidah yang ala-ala dramatis Wan Maimunah jelas sampai kat telinga dia. hati teringin untuk menyampuk, tapi bila memandangkan hampir sebeban fail-fail pembangunan fasa I yang masih belum dihadami, dia mematikan hajat.

Ini lebih penting lagi, nanti mengamuk pulak mamat perasan tu. Dah la, semalam tiba-tiba saja hangin satu opis. Geram sungguh! Ada ke patut, proposal yang 2 hari 2 malam aku siapkan, dia campak ke dinding. Orang bagi dia baca, dia bagi kat dinding pulak. Gila ke apa?! tiba-tiba saja fail biru aku tu ada sayap, boleh pula fly. Tapi sayangnya sayap dia patah, akhirnya tersadai kat tepi dinding.. Jadilah al kisahnya flying fail. Dinding tu mana boleh baca!

”aku suruh anda kemaskinikan proposal yang dah siap. Yang anda memandai nak ubah 100 % proposal tu sapa suruh?! Kalau tak reti, ringankan mulut tu bertanya. Ini tidak menyusahkan orang sungguh,”
”Tapi saya Cuma perbaharui saja kertas cadangan ni, yang lama nampak macam tak upgrade saja...,”
”anda tu orang baru, apa tau,”

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. Itu lebih baik daripada dia berterusan melayan amarah razif. Entah apa kena dia hari ni, bulan mengambang agaknya. Dah la dia sampai lewat ke opis, terus saja kena sembur. Tangan dia masih terasa sakit. Sekarang suara razif sudah semakin perlahan, yang dia dengar adalah suara mengerang seorang lelaki india. Rasakan!!! Itulah padahnya jika menyalahgunakan tangan yang Tuhan bagi.

Peristiwa pagi tadi kembali terlayar. Dengan sekuat hati, dia menyinggung dengan sikunya ke perut yang empunya tangan itu. Kakinya dihentakkan sekuat mungkin di atas kaki lelaki itu. Terdengar lelaki itu mengerang. Beberapa orang yang lain cuba untuk meleraikan. Prihatin sungguh rakyat malaysia ni rupanya! Merayu lelaki india itu meminta maaf daripada dia. Kalau boleh dia ingin memanjangkan perkara itu sehingga kepada polis. Namun, melihat pada wajah yang sedang berkerut menahan kesakitan dan menangis itu, hatinya lembut seketika. Dan dia tersenyum puas kerana dia berjaya mengajar orang gatal tak tau jaga tangan itu.

”Susah betul la cakap dengan batang kayu ni, boleh dia dok senyum seorang-seorang,” eh, awat ada suara Razif pulak?! Kenapa Razif wujud dalam drama tadi? Dia ke hero yang sepatutnya datang melanyak watak jahat? Dia kah...

Pang!!! Bahunya terasa perit... sesuka hati mak nenek dia saja nak menampar anak dara orang. Dah la bukan mahram! Batal air sembahyang aku..

*tunggu sambungan lagi..:P

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-03-06 00:39


bila nak sambung lagi ye... ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

eNira
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2005
Ahli No: 17047
Posting: 102
Dari: somewhere in Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-03-06 01:51


sambung la cepat..cerita best ni...ending pun mesti best ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For eNiraProfil   Hantar PM kepada eNira   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 19-03-06 13:00


lorr....best ke cerita ni...ana tak baca pun, tapi dari respon sahabat2 semua macam best saja cerita yang disampaikan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 19-03-06 13:03


cerita ni mengisahkan tentang apa....huhuhu...ana malas nak baca....bagi la sinopsis sikit....senang ana ambik mesej yang disampaikan oleh penulis....sesiapa yang dah baca tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 19-03-06 20:49


Pada 19-03-06 13:03 , farah_hanan posting:

!!! QUOTE !!!

cerita ni mengisahkan tentang apa....huhuhu...ana malas nak baca....bagi la sinopsis sikit....senang ana ambik mesej yang disampaikan oleh penulis....sesiapa yang dah baca tu....


waalaikumussalam...

assalamualaikum....

farah...kisah ni belum habis lagi jadi belum lagi dapat tau rumusannya...insya ALLAH aklau dah habis ana akan cuba sampaikan sinopsisnya...dan maybe rakan2 lain yang akan bagi tau..dan kalau tak keberatan..farah bacalah..tidak sama apa yang kita baca dengan apa yang kita dapat dari orang lain...

kalau kita baca kadang-kadang gaya penulisan penuilis ada yang mencuit hati dan sedih..dalam sesetengah jalan ceritanya..kalau orang bagi tau saja..tak dapat lah feeling tu.. hehehhe :) sekadar cadangan..

wasalam..


-----------------
bangunlah bersama islam,kerana islam akan tetap tertegak walau tanpa kita bangunkan.rgilah mereka yang tidak ambil bahagian dalam membangunkan islam


Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

akak_zura
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.09.2005
Ahli No: 18876
Posting: 52

Kedah  


posticon Posting pada: 20-03-06 08:59


lor tak sambung lagi ye cerita ni? tak apa lah bersabaarlah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For akak_zuraProfil   Hantar PM kepada akak_zura   Quote dan BalasQuote

dhiyaul_islam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16468
Posting: 96
Dari: sini

malaysia  


posticon Posting pada: 20-03-06 10:32


:-( sambungla cepat...macam seronok saja nak tau penghujungnya tapi kan nama watak dalam cerita ini sama macam realiti hidup kita... :lol: :lol:

kebetulan itu... :-P


-----------------
ruhban fillail wa fursan finnahar


Bookmark and Share

    


  Member Information For dhiyaul_islamProfil   Hantar PM kepada dhiyaul_islam   Pergi ke dhiyaul_islam's Website   Quote dan BalasQuote

cintamadinah_82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-03-06 11:20


bestnya cerita ni.. tak sabar nak tahu sambungan cerita tu, macam tengok dram atv pulak :-)


-----------------
'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'


Bookmark and Share

    


  Member Information For cintamadinah_82Profil   Hantar PM kepada cintamadinah_82   Pergi ke cintamadinah_82's Website   Quote dan BalasQuote

yanyes
Warga Rasmi
Menyertai: 13.02.2006
Ahli No: 22664
Posting: 14
Dari: pasir mas

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-03-06 12:39


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For yanyesProfil   Hantar PM kepada yanyes   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 20-03-06 13:13


bestnya!tapi...boleh nak sambung???

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-03-06 00:33


dah berapa bulan dah ni..
lambat lagi ke nak smbung?

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-03-06 09:08


”Aku nak fail projek kat Nilai bukannya yang ni, anda ni pekak ke hapa,”
Melayang lagi fail tu ke dinding...akhir akhir ni, kes flying fail selalu terjadi. kasihan tengok Hafeez, merah padam muka dia menahan malu. Hari ni, Razif mengamuk dekat semua orang dalam opis. Kecut jugak perut aku. Entah Kenapa, akhir-akhir ni sokmo dia naik angin... Nak kata datang bulan, konfem la aku tersalah spesies. Habis dengan Hafeez, teman serumah @ kawan baik pun kena hamun apatah lagi kami yang bukan kawan baik ni, lagilah teruk.

Head phone terletak cantik atas kepala aku, ala ala penyanyi zaman ago go, kepala aku tergeleng-geleng.. ditambah pulak dengan lagu Pudar yang aku suka tu. Apa yang orang cakap pun, memang aku tak layan nya.
Adoiiii.... hanya itu sahaja yang termampu terlafaz, tatkala head phone dicabut kasar.
”woi... hang ni pasai pa,?”
”Nak dengar lagu, p disko la, sini untuk buat kerja!” terbeliak mata Razif memandang tepat padaku. Sejibik macam perogol bersiri!
Eleh, ingat aku takut ke?!
”Eh, ni hak saya nak dengar muzik. Dah cara saya macam tu, sambil buat kerja sambil dengar muzik, awak apa susah,”
”Yang kau melalak tu pa hal,”
”Orang lain tak bising pun, yang awak nak sibukkan ni pa hal,”
”Aku nak buat kerja la bengap,”
”So, what?!” Aku tersenyum sinis padanya. Aku macam nak balas dendam saja kat mamat ni. Suka hati dia saja nak jerkah, marah orang..ingat orang lain tak dah perasaan ke.
Dia terdiam. Tetapi... head phone aku berkecai dalam sekelip mata... kemudian, Razif berlalu sambil tersenyum padaku, sedangkan aku ketika itu masih terkebil-kebil dengan kejadian sekelip mata tadi.
Makkkkkkkkkkkk.... Head phone kesayangan hadiah along semasa along belajar di Jepun hancuuuuur.
Entah dari mana kekuatan. Aku meluru pada Razif, sebiji penumbuk padu aku lepaskan... Di luar kawalan aku...
Tiba-tiba pipiku terasa perit, ada tangan yang melekap..dan akhirnya pandangan aku berpinar dan kelam!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-03-06 09:08


breast..breast... Bunyi sms memenuhkan inbox hansetku. 1 jam kemudian barulah sms itu kulayan. Maaf ye, orang tengah buat kerja, jangan lah adanya gangguan... sungguh aku tak suka!

”Syaza, tolong kami! Jumpa kat Mid valley sekarang!”

Ni ayat perintah ke ayat suruh ni?! Akhir ni hafeez selalu sms denganku. SMS bersebab lah, bukannya cerita benda tak berpekdah. Malam2 ni nak ajak aku keluar, bukan Syaza lah namanya.

”Plezzz, ini soal hidup dan mati kawan kita!!!!!,”

Menyusul pula sms kedua. Mak ai, 5 tanda seru tu.. Ini memang kes serius.. Dengan bertemankan along (aku fobia sikit keluar memalam sengsorang ini), berpakaian seringkas mungkin, kami bertolak dengan keizinan walid dan umi.

Dari jauh, kami nampak Hafeez sedang memangku kepala seseorang di ribaannya. Kuamati betul-betul..Speck ago go aku ni, dah kekurangan power..jadinya terpaksalah aku mendesak pencaindera penglihatanku ini bekerja sedaya mungkin untuk mengecam manusia itu... Ya Allah....


”Dia dah tidur,” hafeez beritahu padaku.
”Dah banyak kali Aku suruh dia elakkan diri daripada perempuan tu..tapi dia degil jugak! Haaa, itulah padahnya,” sekali budak hafeez ni beleter, herrmmm boleh lah tahan jugak, nenek aku pun boleh tutup telinga.
Dan pada malam itu terbongkarlah kisah punca headphone aku hancuur berderai dan adegan gusti di opis tempoh hari. Along hanya menadah telinga sahaja.

Rupanya si razif tu ada masalah dengan seorang perempuan ni. Nama dia Suraya. Cun la jugak. Pakai tudung labuh lagi. Ala ala ustazah lah, senang cakap. perempuan tu minta putuskan hubungan dengan si Razif, meraung lah mamat perasan tu. Terpikir la jugak aku, razif tu sanggup pula membazirkan masa melayan perempuan yang dah tak nak kat dia tu. Kata hafeez lagi, razif dah lama minat kat suraya tu. Almaklumlah, suraya tu dulu budak praktikal kat opis. Dah hampir setahun razif berkawan dengan Suraya.

Teringat pulak aku, dulu-dulu masa kat kampus, si razif ni anti gila dengan bebudak pakai tudung labuh. Aku ingat lagi, razif ni panggil ”khemah bergerak” kat bebudak yang pakai tudung labuh. Geram jugak la aku. Sebab, antara mereka yang digelar khemah bergerak tu kawan baik aku.jadi kes lah jugak.. razif oh razif...tu lah... kan Allah dah tunjuk, akhirnya terpikat jugak dengan khemah bergerak ini..hehehe

Razif pernah pergi ke rumah suraya. Keluarga suraya ternyata menolak Razif untuk menjadi ahli keluarga itu.. kata mereka, razif tidak sekufu dengan keluarga itu. Yelah, abang dan kakak Suraya adalah lulusan al azhar, yamman, dan mafraq. Si razif pulak, lulusan Uitm Shah Alam.. tempat pengajian yang menyeramkan, kata sepupuku. Tak kuat iman, imam boleh tumbang.
Seperti yang dijangkakan, razif tidak dapat menerima kenyataan itu. Ditambah pulak dengan Suraya yang hanya akur dengan keputusan keluarganya. Dan, inilah alkisahnya. Aku teranguk-angguk... konon macam faham lah.

Pap... aku menampar lengan aku yang berbalut sweater. ada nyamuk jugak kat kawasan perumahan eksklusif ni. Hafeez ada mengajak aku naik ke rumah dia, namun kutolak.. Memanglah along ada, tapi tak pelah..Aku ni tak biasa dok berkunjung rumah anak teruna orang.. Terasa kurang manisnya lah.. Lalu, kat parking lot ni pun boleh jadi port best nak bercerite.

”Syaza. Aku tau...Razif dengan kau tu pernah bermusuh. Dia pernah cerita kat aku kes anda masa kat kampus dulu. Tapi, dia salute kau. Sebab dia kata kau perempuan yang lain dari yang lain!,” betul ke hafeez ni? Razif cakap macam tu?!

”Dan aku rasa..hanya kau sajalah yang mampu untuk memulihkan semangat Razif,”

Aku tergamam!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-03-06 09:09


Ayah Ude dah pun selamat berlepas ke Tokyo pagi tadi. Walid yang ngantornya. Sampai ke pagar rumah aku puas merayu kat Ayah Ude... Kenapalah aku yang dipertanggungjawabkan syarikat dia tu?! Takut, Elok2 saja syarikat tu, terus jadi haru hara dek kerana aku. Dah lah aku mengulang 2x paper management masa ngaji dulu. Ini pulak aku nak menguruskan syarikat yang besar ni.

”Ayah Ude nak, bila Ayah Ude balik saja dari Tokyo dalam sebulan, achik Yaza dapat membawa perubahan kepada opis Ayah Ude,”

Amboi, dia sedap2 p Tokyo. Aku terkapai-kapai kat sini. Sedepa muncung aku! Perubahan?! Huru hara lah opis tu aku kerjakan...

Kesudahannya, seperti yang dimaklumi.. Ayah Ude memang boleh menang award ”Perayu Paling Handal”!


”Metin pukul 4 petang,? Terbeliak mata Hafeez.
”Aah..arahan daripada pemangku bos,” kak Hamidah tersenyum sambil menjeling ke arah aku.
”Biar betul kak,” hairan ibn ajaib jugak. Kebiasaannya Dato’ Mukhlis akan buat metin pagi2. petang-petang mesti ngantuk gila.
”Betul lah tu,”
Aik, macam tak puas hati saja mamat ni. Yang si razif pulak diam saja.. akhir-akhir ni aku tengok mamat tu memang down habis la. Hilang razif yang macho dan perasan yang aku kenal 3 tahun lepas. Semuanya kerana wanita!

Tepat pukul 4 petang, metin berjalan seperti yang kurancangkan. Memang nampak ada riak-riak protes. Aik, sapa bos sini!!! Bukan lah salahguna kuasa namanya, tapi semua yang aku buat ni, dah dapat persetujuan daripada Ayah Ude. Lagipun, fully mandat dalam tangan aku.

”Alhamdulillah, rasanya elok kita berenti sekejab. Dah nak masuk asar, kita akan berjemaah kat surau opis ni,”

Mataku tertumpu kepada Encik Abdul Hamid, pegawai sistem maklumat kanan. Dari kak Hamidah. Aku dapat tau, Encik Abdul Hamid ni selalu solat kat surau opis yang cantik tu. Aku pun dah selalu terserempak, dan ambil kesempatan berjemaah kat surau tu. Kak Hamidah pun selalu solat berjemaah dengan aku. Mungkin dia dah bosan dengar pujukan dan ajakan aku.. tapi, yang penting aku nampak Kak Hamidah ada perubahan dah. Tapi, perempuan yang seorang lagi tu, Jasmin Yusrina... erm..susah lah nak kata. Dari tiga minggu lepas aku ajak solat berjemaah, alasan yang sama saja.

”Saya cutilah,” hai, takkan cuti sampai 3 minggu berderet agaknya?! Konfius aku. Darah nifas memang lah iye lama. Tapi, cuti bulanan khas wanita ni, ada limitnya. Takkan nak buat macam bebudak sekolah agaknya. Tingat aku, dulu-dulu ustazah akan buat spot check, nak pastikan betul atau tak, budak perempuan ni uzur.. kalau ustazah dapat ditect, ada yang menipu..memang selamatlah kena hafal surah panjang... ni, budak besau..dah boleh jadi mak budak, takkan aku nak buat begitu agaknya... tapi, kalau kali ni aku ajak masih dengan alasan yang sama, memang sahlah aku akan praktikkan amalan ustazah aku tu!!!!

Nampak riak terkejut kat muka-muka staf yang lain. Ala, buat-buat terkejut pulak,macamlah solat berjemaah tu satu benda yang pelik...

”Encik Abdul Hamid akan jadi imam. Tapi, akan bergilir-gilirlah ye... Saya tau ramai kat dalam opis ni berkebolehan untuk jadi imam. Lagipun, pemimpin dalam keluarga itu seharusnya mampu untuk mengimamkan keluarganya. Ramai yang nak jadi pemimpin keluarga yang soleh, so inilah antara ciri lelaki soleh iaitu mampu mengimamkan paling tidak isterinya dan solat berjemaah itu adalah tuntutan yang banyak fadhilatnya kepada kita semua,”

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-03-06 09:10


Alhamdulillah, syukur ke hadratNya. Perancangan aku berjaya. Tak banyak tapi cukuplah jika ia mendatangkan sedikit perubahan. Kan lebih baik, perubahan yang sedikit demi sedikit, tetapi ia konsisten daripada perubahan yang terlalu mendadak, tetapi akan goyah apabila keseronokan duniawi menggoda melalaikan.

Sekarang ni, solat berjemaah dah jadi rutin kat opis ni. Sukanya hati aku!!!! Zohor dan asar, masing-masing akan meninggalkan kerja yang bertimbun.. surau opis kian bercahaya. Alhamdulillah, tidak lagi sunyi sepi macam memula aku menjejak kaki kat opis ni. Rupanya ramai yang berkemampuan untuk menjadi imam. Cuma, kadang-kadang tu terlalai.

Tazkirah dan usrah pun aku selitkan. Walid, ku jemput khas. Alhamdulillah, walid menerima pelawaanku itu dengan hati yang terbuka.. sayanggggggg walid...Bergilir-gilir untuk menyampaikan tazkirah. Alhamdulillah, sambutan di luar jangkaan. Bukannya apa, hati kita ni perlu sentiasa diingatkan dengan hakikat keimanan. Almaklum sajalah, manusia ni imannya mudah turun dan naik, tak konsisten. Sebab hati belum hati betul-betul kuat dan dekat dengan Pencipta.

Hafeez, Adam, Malik dan Firdaus, masing-masing berusaha untuk memperbaiki diri. Razif pun kian bersemangat. Ku sisipkan satu nukilan yang menghiasi diari muslimahku kat board opis. Alhamdulillah, titipan itu telah memberikan perubahan kepada staf lelaki. Harapan aku, moga apa yang aku sampaikan itu akan dapat manfaatnya kepada umi dan walid. Kira macam bagi semangat kat staf lelaki. Bukannya apa, perkara yang selalu dibangkitkan dalam usrah mingguan adalah persoalan jodoh. Perasaan Rendah diri, selalu membataskan kesungguhan untuk berusaha mendapatkan jodoh yang baik. Nak tau ke apa yang aku lekatkan kat board opis? Ni lah...




MUSLIMIN ACUAN AL-QURAN

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah seorang muslimin yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan
Dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Muslimin Acuan Al-Quran
Sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Muslimin Acuan Al-Quran
Tidak pernah membazirkan masa
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Muslimin Acuan Al-Quran
Sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang tidak pernah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan Al-Quran

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-03-06 09:10


Razif semakin pulih. Dan khabar dari Hafeez, razif sudah dapat menerima hakikat apa yang sudah terjadi. Kata razif, dia sukakan artikel yang diterima melalui email daripada Ayah Ude. Aku senyum sajalah...

”Razif tu berpotensi untuk maju. Ayah Ude nampak masa depan yang cerah kat dia. tapi, alangkah sayangnya jika Razif tu boleh memusnahkan dirinya hanya sebab cinta.”

Artikel yang pernah aku berikan pada Ayah Ude suatu masa dulu, dah pun selamat diwariskan kat razif. Aku ingat lagi, masa tu Ayah Ude sedang menghadapi zaman kejatuhan. Perniagaannya hampir punah gara-gara rakan kongsi yang berpaling tadah dan Mak Ude yang menjadi tulang belakang Ayah Ude, telah meninggal akibat barah. Hampir terduduk ayah Ude merenung masa depan yang tidak tentu. Lalu. Aku dititipkan sesuatu yang kurasakan bermanfaat. Surat itu segera ku poskan ke Australia. (Masa tu Ayah Ude, tinggal kat sana 15 tahun).

Assalamua’laikum Ayah Ude yang disayangi... Moga rahmatNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Sembah salam daripada walid dan ummi. Salam takziah daripada kami sekeluarga.

Ayah Ude,
Bersama ini, Achik Yaza sertakan titipan buat Ayah Ude. Hadamilah ia, moga ia akan memberikan manfaat kepada Ayah Ude untuk kembali teguh mendabik masa depan.

ALLAH SWT TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA

Kita kecewa apabila pilihan hati melupakan kita. Kita berdukacita kerana tidak berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Pendek kata, kita merasa hampa apabila sesuatu yang kita kejar tidak kesampaian. Setiap keputusan yang berlaku ke atas diri kita merupakan ketentuan atau qada’ dan qadar Allah kepada kita, baik yang seiring dengan kemahuan kita mahupun tidak adalah rahmat daripadaNya. Allah SWT berfirman mafhumnya ”.... dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik dari kamu; sedang ia melarat kepada kamu. Dan Allah mengetahui tapi kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah 216)

    Pengetahuan kita tentang baik atau buruk sesuatu yang kita kejari itu jauh lebih cetek berbanding dengan pengetahuan Allah SWT kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Kesemua pilihan atau ketetapanNya untuk setiap hamba seperti kita adalah yang terbaik dan paling tepat. Rahmat dan pemberian Allah kepada para hambaNya datang dalam bentuk dan gambaran yang berbeza-beza. Adakalanya ia terhidang dalam bentuk kebaikan, iaitu ketetapan-ketetapan yang sealiran dengan apa yang dihasratkan oleh hamba-hambaNya. Adakalanya juga ia terhidang dalam bentuk keburukan, iaitu ketetapan-ketetapan yang bertentangan dengan apa yang dicita-citakan oleh hambaNya.

Al-Imam Ibnu Athaillah Assakandary ada berkata yang membawa maksud ;
”Apabila Allah memberi kepadamu, nescaya Dia saksikan kepadamu kebaikanNya. Dan apabila Dia menolakmu, nescaya Dia saksikan kepadamu kekuasaanNya. Maka Dia di dalam semua itu memperkenankan dan menghadapkan kepadamu dengan sifat kehalusanNya kepadamu.”

    Jangan sesekali kita merasa ragu-ragu atau sangsi dengan kebaikan dan ketetapan Allah ke atas kita. Selagi kita bergelar mukmin selama itulah kita tidak perlu kecewa walaupun ketetapan yang menimpa kita tidak sepertimana yang kita jangkakan kerana ketetapan yang datang daripada Allah SWT itu adalah untuk kebaikan kita. Rasulullah SAW yang mafhumnya ;
” Demi zat yang diriku ada ditanganNya tiadalah Allah menentukan sesuatu keputusan kepada hambaNya yang mukmin melainkan akan membawa kebaikan kepadanya....” (Muslim)

    Golongan mukmin seperti kita wajib menyambut qada’ dan qadar Allah SWT dengan dada yang terbuka. Pilihan-pilihan Allah SWT untuk para hambaNya, adalah yang terbaik kerana Dia Maha Mengetahui. Allah SWT yang Maha Penyayang tidak akan sesekali menganiayai para hambaNya, malah ketetapan-ketetapanNya ke atas kita adalah untuk memastikan kita semua beroleh kebaikan sama ada di dunia mahupun di akhirat jangan ada keraguan lagi dalam hati kita, seolah-olah yang lain dari ketentuanNya itu lebih baik dan lebih sempurna. Tiada ketentuan yang akan membinasakan hambaNya kecuali ke atas mereka yang tidak mengingatiNya. Terimalah dan peliharalah ketentuan Allah dengan baik, sama ada dari segi rezeki, jodoh dan seumpamanya.

    Jika ketentuan itu selari dengan apa yang kita cita-citakan maka panjatkanlah kesyukuran kepadaNya. Jika ketentuan itu bercanggah dengan hasrat kita sambutlah ketentuan itu dengan hati yang terbuka kerana mengikut ilmuNya, ketentuan tersebutlah yang terbaik untuk kita walaupun bertentangan dengan kemahuan kita yang asal. Apabila kita menerima ketetapan-ketetapan Allah dengan penuh ikhlas maka akan terpadam rasa kekecewaan dan keresahan. Kegagalan tidak lagi kita rasa sebagai kegagalan. Kesusahan tidak lagi dirasai sebagai kesusahan.

    Apa sahaja ketetapan Allah SWT ke atas kita umat Islam, sama ada ia seiring dengan kemahuan kita atau sebaliknya, kesemuanya untuk kebaikan kita. Walau setiap sesuatu yang tidak kita perolehi itu digantikan Allah SWT dengan yang lebih baik daripada apa yang kita inginkan. Walau apapun, percayalah dan yakinilah bahawa Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita berdasarkan ilmu dan kebijaksanaanNya.

Amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-03-06 09:26


dah pun sambung..tapi, macam tergantung saja..nantilah kejab..semput nak habiskan ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-03-06 23:26


banyak pengajaran dalam cerita ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 10:20


terima kasih finas..
akak nak buat part akhir..tapi, tunggulah jab ye..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

smiley_gurlz
Warga Rasmi
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13676
Posting: 13
Dari: Selangor

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 11:29


cerita yang menarik..
banyak yang boleh dipelajari..
teruskan..
tak sabar nak tau akhirnya ini.. =)

Bookmark and Share

    


  Member Information For smiley_gurlzProfil   Hantar PM kepada smiley_gurlz   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 23:02


ok...
menunggu seakan kerja tetap kat ruangan cerpen ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-04-06 12:56


Eh, salah ke pandangan mataku ni. Speck besar 60-an yang melorot ke bawah segera aku betulkannya. Dari atas sampai ke bawah. Aku meneliti gadis tu... aku salah orang ke? Tekun saja dia dok buat kerja kat tempatnya... dia ke? Eh, takkanlah..tapi, mungkin jugak dia...

”Haa, terhendap2 tu..tengok pa,” sergahan Kak Hamidah membuatkan aku sedikit melatah. Nasib baik aku tak buka silat. Kalau tak, hai buat malu kaum saja. Suka hati mak chik ni saja, nak sergah orang. Bagile salam dulu sayang..

”itu..akak, mata saya ni kabur ke,? Mataku digunakan sebagai petunjuk arah mata kak Hamidah kepada subjek.
”Eh, taklah...,”
”Sejak bila...,” aik, senyum pulak makchik ni..
”Cantikkan?,”
Memang betul, Jasmin Yusrina memang cantik bila bertudung. Tambah lagi dengan baju sopan...Cuma aku terkejut la jugak, macam drastik perubahan. Tapi, bukankah itu yang aku nak? Apa la aku ni, orang tu nak tutup aurat, seharusnya aku ni gembira. Ini tak, banyak pulak yang dipersoalkan...
”Tadi, akak tengok Razif pun senyum2 kat Jasmin Yusrina,”
Aik, penting ke maklumat tu kat aku.
”Senyum tu kan sedekah kak. Orang nak bagi, ambil saja lah,”
”Tapi, ni senyum len macam sikit la Syaza,”
”Biarlah kak..asalkan mereka bahagia dan tak buat benda yang melanggar syariat udah lah,”
”Herm..nampak gayanya, kasih sudah berganti,”
”Biar betul si Razif tu... malas lah otak ni nak serabutkan fikir orang len, banyak lagi kerja nak buat ni,”
”Aiii, Razif tu akak tengok padan jugak dengan Syaza,”
La ke situ pulak idea makchik ni. Baik aku cabut dulu.. silap haribulan, sampai ke anak cucu boleh makchik ni kembangkan ideanya tu.
”Takpelah kak.. Saya doakan saja mereka bahagia. Erm..saya ada banyak kerja lagi ni,”


Akhir-akhir ni aku terima pelbagai macam hadiah misteri. Dah 2 minggu hari yang sama hari jumaat, posmen akan hantar bungkusan kat rumah aku. Dua minggu lepas, hari jumaat. Lepas balik kerja. Aku tengok ada bungkusan cantik terletak kat atas meja. Siap ada kata-kata dalam kad warna hijau pucuk pisang..macam tau-tau saja color kesukaan aku.

Wanita solehah ibarat hati dalam jasad manusia, sekiranya hati itu baik, nescaya baik seluruh anggota. Sebaliknya jika hati itu rosak maka musnahlah segalanya. ~Mujahid Solehin~
Telekung putih bersulamkan corak bunga mawar warna ungu muda. Cantik sungguh. Ini kira selamat jadi hak mutlak aku ke? Dah orang bagi ambil saja lah.. tapi, ikhlas ke? Lagipun aku tak kenal sapa yang bagi... Puas aku dok cari siapa Mujahid Solehin. rasa-rasanya tak dah dalam list kawan-kawan aku nama sealim tu. Ummi dan walid senyum saja memanjang. Angah Syuhada pun tak puas-puas mengusik. Sudahnya aku diamkan saja. Dan telekung cantik tu aku jadikan khazanah dalam almari aku.
hadiah kedua pulak, tasbih dengan tafsir alQuran. Tasbih tu walid kata mungkin daripada mekah. Aku iya kan saja lah. Pun sama. Aku dapat kad.
Andai kau memerlukan kekasih, maka pilihlah Allah, kiranya kau memerlukan teman mesra, maka pilihlah Quran, andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan, maka tawaqal kepada Allah dengan kesabaran
Tidak perlu mencari teman secantik Balqis jika diri tidak seindah Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha. Tidak perlu mencari teman seteguh Ibrahim jika diri tidak sekuat hajat dan sarah. Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tidak sesempurna Muhammad saw
~Mujahid Solehin~
Siapalah yang sudi membazirkan duitnya untuk semua hadiah ni. Membazir sajalah. Lebih baik tunjukkan muka kalau berani... sepanjang hari aku membebel.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-04-06 12:56


Fail berkulit kuning tu kuhempaskan atas meja. entah mengapa, akhir-akhir ni hatiku panas. Agaknya panas dengan kejadian hadiah misteri. Ataupun panas sebab tengok kemesraan Razif dengan Jasmin Yusrina. Ish, Kenapa la aku ni. Biarlah... tapi, tadi... hai hati..
Lunch tadi Ayah Ude belanja staf dia makan, termasuklah aku. Tapi, entahlah. Tiba-tiba hati terasa terusik bila tengok kemesraan Razif dengan Jasmin Yusrina. Yang di razif tu, asyik merenung saja Jasmin Yusrina makan. Hai, tak tau jaga pandangan mata sungguh la. Siap usik-usik lagi. Panas rasanya darahku. Kalau dah bekenan, kahwin saja lah..kan senang, tengok saja siang malam, toksah buat kerja len.belekle puas-puas...
Hai hati, kenapalah macam ni... rasa nak makan tiba-tiba rosak. Rahsia yang kusimpan sejak di alam kampus kubongkarkan kembali. Rahsia yang membawa kepada 1 kelukaan dalam hidupku.


Dia seorang yang bijak. malah tidak kunafikan, ramai siswi yang merisik khabar ruang kosong di hatinya. Apabila dia bangun untuk membuat presentation, mesti ramai yang akan memberikan perhatian. Taktaulah apa aura yang ada padanya. Tapi,kata-katanya memang tersusun. Cuma, dia cukup anti dengan siswi bertudung labuh yang digelar khemah bergerak.

Hari tu adalah hari yang paling menyedihkan. Dan aku takkan melupakan hari yang cukup membuatkan aku terseksa untuk menyelesaikan pengajian yang masih berbaki setahun. Hari yang cukup memalukan.
Aku dituduh perigi bocor!!! Terpinga aku tatkala melangkah masuk ke kelas pagi tu.
”Saya minta maaf, Saya rasa bukankah lebih baik awak tumpukan pada pengajian. Mengapa masih perlu difikirkan tentang jodoh. Sekarang bukanlah masanya. Kak ayunie ada menqiaskan kepada saya hajat awak . Tapi, saya minta maaf. Saya perlu mengutamakan pengajian saya...,”
Kak ayunie? Senior tahun akhir yang kurang mesra denganku. Apakah yang terjadi?! Mengapa Razif kata macam tu... sejak hari tu, 1 kelas macam memulaukan aku. Aku dikatakan perigi mencari timba. Sengaja menghantar borang permohonan walaupun tahu tak layak. Salah faham tu akhirnya terbawa sampai ke tahun akhir pengajianku. Ada teman-teman baik yang mengesyorkan kepadaku supaya menyelesaikan salah faham itu dengan kak ayunie dan Razif. Namun. Aku hanya mengambil langkah mendiamkan diri. Sampaikan ummi dan walid marah padaku. Kata walid. Aku perlu menegakkan kebenaran itu. Lantas, ku katakan pada walid..biarlah walid..satu hari nanti, kebenaran itu pasti akan berpihak pada yang hak!
Benar seperti kataku. Pada hari konvokesyen, bersaksikan walid dan ummi. Kak ayunie menangis di hadapanku dan razif telah dibawa untuk menjelaskan hal sebenarnya. Kak ayunie mengaku dia hanya bertujuan untuk memalukan aku kerana seorang senior siswa telah menolak hasratnya kerana senior itu menyatakan dia telah mempunyai pilihan hati iaitu junior bernama Nurul Syaza. Memang aku tidak kenal senior yang dimasukkan oleh kak ayunie. Kata kak ayunie, dia tidak dapat menerima hakikat itu. Seolah-olah dia tewas dengan aku yang hanya gadis biasa. Lalu, terciptalah kisah dongeng yang cukup menyeksakan aku selama setahun. Aku hanya tersenyum. Tidak pulak aku hamburkan kata-kata makian. Ahh, itu bukan didikan ummi dan walid. Dan aku sendiri punyai prinsip. Setiap malam sebelum aku lelapkan mata. Aku akan maafkan apa juga kesalahan orang. Dengan itu aku menjadi tenang. Alhamdulillah. Cuma, terfikir ada jugak lelaki yang terdesak sampaikan sanggup menyusahkan aku. Kalau dah tak suka, cakap sajalah. Mengapa perlu membabitkan aku?!
Razif hanya diam membisu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-04-06 12:57


Tawaran ke Tokyo selamat di gengaman aku. Tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang amat kuminati. Seusai maghrib berjemaah, walid seperti kelazimannya akan mengadakan usrah. Selesai tazkirah. Aku mula bersuara.
”Walid, ummi..Achik nak minta pendapat,”
Walid dan ummi senyum.
”Walid dan ummi benarkan Achik pergi tapi dengan syarat,” La bersyarat ke? Walid dan ummi adalah penaja pengajianku. Dulu mereka pernah berjanji, akan membiayai pengajianku jika aku setuju terima tawaran kerja di syarikat Ayah ude. Dah pun aku tunaikan. Ada lagi ke?
”Nak ke Tokyo, walid benarkan tapi pergi dengan mahram,”
Konfius!!! Dengan mahram?
”Walid nak sambung Phd ke Tokyo ke?” hatiku berbunga riang. Sekurang-kurangnya aku akan berteman.
”Tak,” pendek tapi cukup mematikan bunga yang riang tadi.
”Habis tu,”
”Pergi dengan suami!” aku terkedu.


Majlis akad nikah telah pun selesai. Penat!!!!! Namun berbaloi.. aku tersenyum Rupanya, suamiku ni telah lama buat solat istikharah.semasa dia pertama kali terpandang aku hari jumaat sewaktu berselisih jalan ke masjid. Setelah yakin dengan keizinan Allah, dan dia merasakan dia mampu, akhirnya dalam diam dia merisik aku daripada ummi dan walid.
”cantik achik Yaza,” pengantin baru Ayah Ude dengan Kak Hamidah opss mak Ude sempat memuji. Speck zaman ago go kuletakkan di tempatnya. Kugantikan dengan kanta sentuh. Inipun, ayah Ude dan mak uDe yang sponsor...
Sempat Mak Ude berbisik, razif membawa diri. Tu lah, siapa suruh lambat masuk meminang. Hai sempat Mak Ude bergurau ye. Rupanya razif hanya berpura bermesra dengan Jasmin Yusrina untuk mengundang reaksi aku. Akhirnya melepas...
Aku hanya tersenyum. Suamiku pun tersenyum.

Hadiah yang diberi setiap hari jumaat itu adalah idea walid... semua ni buat aku tersenyum.. Lusa aku akan berlepas ke Tokyo. Bulan madu sekaligus menyambung pengajian. Berteman! Seperti kata walid, bersama dengan Suami!!!

Mujahid Solehin bin Ahmad Soleh. Macamana lah aku boleh tak ingat nama senior aku ni?! Senior yang menyebabkan aku merana setahun. Tetapi akhirnya, dialah yang buat aku tersenyum...

.:: Tamat ::.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-04-06 19:45


best..

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-04-06 10:28


terima kasih finas

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-04-06 21:10


ya.. dah habis... *senyum*

Bookmark and Share

    


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 08-04-06 21:59


best...
tahniah!


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-04-06 00:44


salam...
hguhuhu... siapa ye yang akan buat saya tersenyum...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-04-06 11:23


Pada 09-04-06 00:44 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

salam...
hguhuhu... siapa ye yang akan buat saya tersenyum...


mari sini ismi_safiza buat ismi_atikah senyum :)


-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-04-06 13:28


ismi_safiza memang telah buat ismi_atikah tersenyum...
syukran ukhtie..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-04-06 14:03


Hmmm....kesudahan yang tak dijangka......tapi mampu buat ana tersenyum jua...thanks

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-04-06 19:09


dalam hdp kita, banyak perkara yang kita tidak pernah jangkakan akan terjadi...kesudahannya, kita pasti akan tersenyum dengan kesudahan kehidupan kita yang terbaik yang disediakan oleh Allah SWT.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-04-06 20:56


Pada 09-04-06 19:09 , ismi_safiza posting:

!!! QUOTE !!!

dalam hdp kita, banyak perkara yang kita tidak pernah jangkakan akan terjadi...kesudahannya, kita pasti akan tersenyum dengan kesudahan kehidupan kita yang terbaik yang disediakan oleh Allah SWT.



betul tu..


-----------------
..~ukhwah~..ibarat sebuah rumah,tak perlu cantik,tak perlu mewah,yang penting kita bahagia di dalamnya..friends 4eva..


Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-04-06 01:32


salam....
betul ukhtie ismi_safiza dan ukhtie finas...
senyuman yang penuh makna di mana di dalamnya tersisip rasa bahagia...
hemm....

wallahu'alam...
salam..
[ Telah diedit oleh: ismi_atikah pada 10-04-06 12:26 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

farhanin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2004
Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..

Johor  


posticon Posting pada: 10-04-06 13:26


syukran..menarik...
moga dapat perbanyakkan karya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhaninProfil   Hantar PM kepada farhanin   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-04-06 17:38


salam ismi_atikah
senyum itu satu sedekah,
tak perlu membayar untuk mendapatkannya..

senyum buat finas dan ismi_atikah, farhanin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-04-06 17:56


salam...
kalau ana senyum kat ismi_safiza, anti nampak tak..??
ana teringin nak senyum kat anti..

wallahu'alam...
salam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-04-06 18:08


silalah..ana tunggu ni.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-04-06 19:20


:-di salam....

ana senyum dah kat ismi_safiza.. nampak tak..??

hemm.. canni lah, ana bagi secara maya ya.. ambil dan terus simpan dalam hati... okies...

:-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-)
:-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-)

;-) ;-) :-P 8-)

okies.. salam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-04-06 10:41


dah ambil..dah simpan pun..siap letak dalam dalam album lagi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-04-06 12:08


salam....
terharunya ana... huhuhu...
syukran ukhtie safiza..

salam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

farhanin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2004
Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..

Johor  


posticon Posting pada: 11-04-06 18:39


kelaka la anda berdua ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhaninProfil   Hantar PM kepada farhanin   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-04-06 19:25


salam..

Pada 11-04-06 18:39 , farhanin posting:

!!! QUOTE !!!

kelaka la anda berdua ni


isk..isk..isk... :oops: :oops:
malu la pulak farhanin cakap cantuh..
ni ukhtie safiza la ini punya kerja.. huhuhu...

;-) :-P :-P

salam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-04-06 21:46


eh..ana pulak...
tak apalah..yang ptg nawaitu berukhwah itu lillahitaala.
farhanin, biar kelakar jangan pelik udah lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-04-06 23:18


salam...

erkk... saja nak ngusik ukhtie safiza...
farhanin.. salam ukhwah...

wallahu'alam...
salam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 19:09


ala, xkisahlah..janji usik mengusik tu boleh mbawa bahagia..iyer tak ismi_atikah?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 21:11


salam....

betul tu ismi_safiza...
juga boleh mengubat duka...

wallahu'alam..
salam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 23:17


udah2 la tu..
jeles ana tengok..
:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-04-06 11:24


finas, janganlah jeles ye..
salam ukhwah jugak buat enti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

cintamadinah_82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 13-04-06 12:00


buat aku tersenyum...... :-) :-) :-)


-----------------
'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'


Bookmark and Share

    


  Member Information For cintamadinah_82Profil   Hantar PM kepada cintamadinah_82   Pergi ke cintamadinah_82's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-04-06 13:02


salam...

Pada 12-04-06 23:17 , finas posting:

!!! QUOTE !!!

udah2 la tu..
jeles ana tengok..
:-)


erk, finas, orang kata jeles itu tandanya sayang...
hem, jadi ana rasa enti sayang kat 2 orang ismi ni kan..??

tak apa, ana terima sayang enti..
huhuu...

salam ukhwah itu finas dengan cintamadinah82...

wallahu'alam..
salam..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-04-06 13:28


hehe..
macam tau2 pula kedua-duanya ismi ni..
salam ukhwah jugak to both of u...
:-di


-----------------
..~ukhwah~..ibarat sebuah rumah,tak perlu cantik,tak perlu mewah,yang penting kita bahagia di dalamnya..friends 4eva..


Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-04-06 13:37


salam...

hehehehe...
ana dah tilik tadik guna bola kristal..
sebab tu boleh tahu.. tak begitu ismi_safiza..??

salam ukhwah juga..
[ Telah diedit oleh: ismi_atikah pada 13-04-06 14:08 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-04-06 18:14


:) ismi_atikah... pandai pun
ana pun telek jugak, tapi pakai bola air saja, bola kristal mahal bebenor lah..

alhamdulillah, terasa bahagia hidup bila ada yang masih sayang ini.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-04-06 18:17


Amboi akak.. tulis novel nampaknya sekarang! maklumla dah graduate...apa kabo?

Bookmark and Share

    


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-04-06 23:07


salam...

lor, bola air lagik mahal.. takrif air naik dah ini...

p/s: indah bicara tersusun menutur kasih agar bersemi...

wallahu'alam..
salam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-04-06 19:12


Pdaus tegur siapa tu?

ismi_atikah, biar cantik bahasa itu seiring cantiknya akhlak dan khuluk kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-04-06 21:26


salam...

pdaus tegur ukhti la..
bukan ke ukhtie yang buat cerpen ini..

insyaAllah,moga ianya seiring.. amiinn..

salam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-04-06 09:44


Pdaus,
akak belum grad lagi..tahun ni insyaAllah..doakan ye..
ni bukan novel lah..kiranya bahan yang dihasilkan tanpa sedar.macam mana tu ? :di

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

fahim
WARGA SETIA
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun

japan  


posticon Posting pada: 20-04-06 09:47


Karya rambang agaknya... hahaha :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For fahimProfil   Hantar PM kepada fahim   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-04-06 10:27


salam...

adakah novel ini dihasilkan dalam tidur..
biaq betul ismi_safiza..
salam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-04-06 10:50


hehehe..idak lah...
cuma taip..taip..tengok..dah jadi cerita ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-04-06 20:56


nampaknya ismi_safiza memang seorang yang berbakat..
taip2 saja dah boleh jadi cerita..
hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-04-06 18:29


tak dalah finas...
dahla, jangan nak manipulate pulak ayat2 ana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 21-04-06 18:53


Assalamu'alaikum

Buat aku tersenyum...senyum itu satu sedekah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-04-06 18:58


Nuralisa...tak payah bayar apapun...cuma senyum, awet muda lagi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 21-04-06 19:13


Pada 21-04-06 18:58 , ismi_safiza posting:

!!! QUOTE !!!

Nuralisa...tak payah bayar apapun...cuma senyum, awet muda lagi..


:-) :-) :-) :-) :-)

5 kali ganda awet muda ;-)


-----------------
"Membeli barangan Amerika dan Israel adalah HARAM..."

Shaykh Nasr Farid Wasel (Mufti besar Mesir)


Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-04-06 22:20


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-11-06 21:44


best cerita ni...kalau panjangkan lagi jalan cerita mesti lagi mantap....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

nur88
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.12.2006
Ahli No: 27875
Posting: 98
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 20-02-07 22:19


ada bakat terpandam ismi_hafiza..boleh buat novel bersiri edisi islamik..berdakwah melalui penulisan dan hasil2 karya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur88Profil   Hantar PM kepada nur88   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-02-07 23:25


sesiapa yang sukar untuk tersenyum sila baca cerpen ni pasti akan tersenyum

Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-02-07 18:14


iyakah boleh buat orh senyum ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-02-07 18:14


iyakah boleh buat org senyum ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-02-07 22:02


salam..
isk... ada lagi yang baca ek...

windunyer dengan ismi_safiza dengan finas...
lama dah tak nampak dalam ni...

:roll: :-o :-) ;-) :-D


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-11-07 23:48


ke manakah menghilangnya kak ismi_safiza dan finas dan farhanin...??
:berfikir: :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

NisaAdDeen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.02.2008
Ahli No: 32631
Posting: 92
Dari: ulu kinta,perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 15:16


alhamdulillah..dapat juga tau ending cerita....memng suspen snggh, penuh dengan persoalan....best sngt2....

Bookmark and Share

    


  Member Information For NisaAdDeenProfil   Hantar PM kepada NisaAdDeen   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 16:36


Pada 21-02-07 22:02 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

salam..
isk... ada lagi yang baca ek...

windunyer dengan ismi_safiza dengan finas...
lama dah tak nampak dalam ni...

:roll: :-o :-) ;-) :-D



ismi_atikah

akak ada saja ni..cuma agak jarang online..sejak bertukar status ni, kena pepandai bahagikan masa..ada yang perlu diutamakan


-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-05-10 23:24


Ramai yang dah bertukar status rupanya.. apapun tahniah! Mabruk dan selamat pengantin ....(you name it)!


-----------------
MUHASABAH lantas BERUBAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

mulukhiyyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2008
Ahli No: 34681
Posting: 82

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 06-05-10 08:26


salam
best betullah cerita ni,walaupon saya baca hanya dr pangkal dan tiba-tiba ke hujung...blhlah buat drama ke.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mulukhiyyahProfil   Hantar PM kepada mulukhiyyah   Quote dan BalasQuote

hidayattullah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.12.2009
Ahli No: 38772
Posting: 33

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-05-10 20:06


Alhamdulillah...
Terima kasih atas perkongsian neh....

TAHNIAH!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For hidayattullahProfil   Hantar PM kepada hidayattullah   Quote dan BalasQuote

SyifaaBk
Warga Rasmi
Menyertai: 29.08.2010
Ahli No: 40214
Posting: 2
Dari: Jitra, Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-09-10 20:49


salam...

best..:D :) :)>-
tahniah...:D


-----------------
.::Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk mengelakkan perselisihan,kerana kasih sayangnya ia memberanikan diri menegur sahabatnya::.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SyifaaBkProfil   Hantar PM kepada SyifaaBk   Pergi ke SyifaaBk's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadah85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.12.2009
Ahli No: 38834
Posting: 149
Dari: shah alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-09-10 09:46


best..ngeh..ngeh..mujahid solehin tu tak ada adik lelaki yang available ke?hheheeheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadah85Profil   Hantar PM kepada mujahadah85   Quote dan BalasQuote

syanadh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15549
Posting: 97
Dari: Tangkak

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-10-10 19:42


syukran jazilan....seronok sangat baca..banyak ilmu dan xrsa mbzir luangkan masa...
thniah...hsil krngan yang sangat tkesan dan indah...
saudari ismi_safiza, boleh saya simpan copy dan share dengan kawan-kawan?terima kasih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syanadhProfil   Hantar PM kepada syanadh   Pergi ke syanadh's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.184416 saat. Lajunya....