Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-11-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikir menentukan apa yang akan dicapai.
-- Hamka

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: shirapaul034
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43098

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 22
Ahli: 0
Jumlah: 22




  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 2 hari yang lalu
muslimin23: 4 hari yang lalu
kasih_kekasih: 8 hari yang lalu
syahidatul: 11 hari yang lalu
raudhahasanah: 12 hari yang lalu
drzul-f: 17 hari yang lalu
hafiz_along_83: 18 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Telefon bimbit di sekolah


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Telefon bimbit di sekolah

Please Mendaftar To Post


Oleh Telefon bimbit di sekolah

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 09:54


Assalamualaikum

Polemik penggunaan telefon bimbit di sekolah sedang hangat dibincangkan.

Apa pendapat anda? Wajar atau tidak?


-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/


Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 10:24


Yang kaya akan terus kaya...... daripada tokeh syarikat telekomunikasi sampailah tokeh "malam" jual prepaid... Ini pun salah satu cara nak ambil duit orang dengan cara yang terhormat... So, mana-mana mak bapak yang perihatin tu... belilah satu h/p0n untuk anak bawak kesekolah! sama2lah kita menderma kepada tokeh2 yang memerlukan tu!!!! nanti boleh jugak kita masuk peraduan SMS ka... tengok clip hantulah... ikan parilah...
[ Telah diedit oleh: mawa pada 14-01-06 10:27 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,[email protected]

Sabah  


posticon Posting pada: 14-01-06 10:31


Assalamualaikum wwt...

Pendapat saya,pelajar tidak wajar membawa telefon bimbit ke sekolah..

Kebenaran yang diberi oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon berkenaan hal ini sepatutnya ditarik balik sepertimana yang telah disyorkan oleh NGO dan ahli politik dan tokoh pendidik.

Walaupun pelajar hanya dibenarkan mengguna telefon bimbit samaada sebelum sesi pelajaran bermula,waktu rehat mahupun selepas sesi persekolahan...saya pasti, pihak sekolah sukar menjangkakan hal2 yang bakal terjadi apatah lagi meninjau kegiatan pelajar yang begitu ramai...
Persoalannya...adakah mereka ini akan mematuhi peraturan tersebut. :-?

Kita seharusnya memikirkan risiko yang bakal terjadi akibat daripada perlaksanaan ini.Jika dilihat, banyak perkara negative dari positive,masalah disiplin adalah paling ketara berlaku dan yang paling membimbangkan adalah keruntuhan akhlak dan moral dikalangan pelajar kita kian bertambah..... :roll:

Mana perginya harga diri.... :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

hazreenrashid
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15666
Posting: 115
Dari: Moscow

malaysia  


posticon Posting pada: 14-01-06 12:22


tak patut sesangat, walopun cuma time rehat dibenarkan guna, tapi mesti ada juga yang tak reti bahasa main sms time cikgu tengah mengajar dalam kelas...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hazreenrashidProfil   Hantar PM kepada hazreenrashid   Pergi ke hazreenrashid's Website   Quote dan BalasQuote

sunlay
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.12.2005
Ahli No: 21369
Posting: 21
Dari: T P Garang

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 12:26


jahanam laa anak bangsa melayu islam leka dengan benda ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sunlayProfil   Hantar PM kepada sunlay   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 12:41


Bolehkah, untuk berlaku adil -- larangan membawa telefon bimbit ke bilik darjah, kuliah, diluaskan hingga ke Universiti, Kolej dan pengajian tinggi. Isunya ialah mengganggu. Adakah murid sekolah menengah dan rendah sahaja yang terganggu dengan telefon bimbit?

Kalau betul terganggu, bagaimana pula dengan kakitangan kerajaan yang membawa telefon bimbit. Bukankah ia juga mengganggu produktiviti?


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

ilma
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14511
Posting: 247
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 13:46


tak ada motif..
tak ada faedah lansung..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilmaProfil   Hantar PM kepada ilma   Pergi ke ilma's Website   Quote dan BalasQuote

Shahida09
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.06.2005
Ahli No: 16869
Posting: 343
Dari: Atas Bumi, Bawah Langit

Kedah  


posticon Posting pada: 14-01-06 13:52


betul 2 ilma...macam lah public phone tak ada

Bookmark and Share

    


  Member Information For Shahida09Profil   Hantar PM kepada Shahida09   Pergi ke Shahida09's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 14:14


hmm............nanti asyik duk jenguk ke telefon sajalah........tumpuan terhadap pelajaran entah ke mana.

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

syanadh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15549
Posting: 97
Dari: Tangkak

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 14:34


pastinya akan melekakan pelajar. pelajar yang suka sangat SMS pasti mampu melanggar peraturan dan asyik main SMS. Mungkin SMS akan mengganggu pelajar yang 'gian' SMS. tak boleh duduk diam kalau tak main SMS.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syanadhProfil   Hantar PM kepada syanadh   Pergi ke syanadh's Website   Quote dan BalasQuote

pisst16
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.12.2005
Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-01-06 08:04


Lagi bantahan pelajar guna telefon bimbit
KUALA LUMPUR 14 Jan. - Pelbagai pihak terus menggesa Kementerian Pelajaran menarik balik keputusan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.

Mereka menyifatkan, langkah kementerian tersebut hanya akan mewujudkan masalah di sekolah-sekolah.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah, kebenaran penggunaan bersyarat telefon bimbit oleh pelajar di sekolah bukanlah satu keputusan bijak.

``Jika benar kita ingin dedahkan pelajar kepada teknologi maklumat (IT), Kenapa tidak menggunakan telefon bimbit sebagai salah satu gajet seperti komputer ketika waktu pembelajaran,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sinii.

Ini merupakan reaksi kedua yang diberikan oleh pelbagai pihak terhadap keputusan Kementerian Pendidikan melalui Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Ahamad Sipon yang membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.

Hari ini Utusan Malaysia menyiarkan reaksi pelbagi pihak daripada ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tokoh pendidikan yang membantah keputusan berkenaan.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut percaya pelajar yang membawa telefon bimbit ke sekolah akan terdedah kepada masalah kecurian dan peras ugut selain mendatangkan kesan psikologi serta persaingan tidak sihat di kalangan mereka.

Masalah

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman menggesa agar kebenaran penggunaan telefon bimbit di sekolah ditarik balik supaya masalah disiplin dapat dikurangkan selain mengurangkan beban guru.

``Kita telah menambah satu lagi tugas guru iaitu memantau penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar dan sekiranya telefon itu hilang, ibu bapa berkemungkinan akan menyalahkan guru,'' jelasnya.

Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) juga mengemukakan pandangan sama malah menggesa pihak berwajib mengharamkan terus penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar di sekolah.

``Telefon bimbit yang mempunyai kamera, serta kemudahan memuat turun gambar mungkin boleh menyebabkan gejala penyebaran bahan-bahan lucah menular di kalangan pelajar,'' kata Presidennya, Amir Hamzah.

Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Fatimah Abdullah berkata, walaupun telefon bimbit memudahkan ibu bapa berkomunikasi dengan pelajar, tetapi ia juga akan memberi kesan secara langsung kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Ini kerana kata beliau, jika pelajar bermain khidmat pesanan ringkas (sms) atau permainan video ia bukan sahaja mengganggu pembelajaran pelajar terbabit sahaja, tetapi juga pelajar lain.

``Jika perbuatan itu ditangkap oleh guru, pembelajaran seluruh kelas akan terganggu kerana guru perlu mengambil tindakan,'' katanya ketika ditemui.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pisst16Profil   Hantar PM kepada pisst16   Pergi ke pisst16's Website   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 15-01-06 09:42


saya setuju....

HP it's very important now....

HP tak dianggap barang mewah sekarang tapi dah dianggap keperluan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

hazreenrashid
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15666
Posting: 115
Dari: Moscow

malaysia  


posticon Posting pada: 15-01-06 23:45


Pada 15-01-06 09:42 , islamicboy posting:

!!! QUOTE !!!

saya setuju....

HP it's very important now....

HP tak dianggap barang mewah sekarang tapi dah dianggap keperluan..


isy..kalau begitu, kenalah bagi setiap pelajar2 luar bandar yang kurang berkemampuan biasiswa untuk beli handphone seorang satu... mungkin ada ibu bapa yang nak pantau aktiviti anak2..tapi keburukan lebih banyak dari kebaikan kalau dikira2..it is all about the math...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hazreenrashidProfil   Hantar PM kepada hazreenrashid   Pergi ke hazreenrashid's Website   Quote dan BalasQuote

dhamiraqistina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13287
Posting: 271

Selangor  


posticon Posting pada: 15-01-06 23:53


saya memang tak setuju 111%...sshla nanti..mesti banyak kes2 disiplin akan brlaku..dah tu nanti..sure akan m'bbnkn guru dan parents..kalau hs hilg..4 sure parents akan slhkn guru2..sebab kononnya xjg anak dia...tak boleh jadi cmni.....payah..payah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For dhamiraqistinaProfil   Hantar PM kepada dhamiraqistina   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 01:32


hehehehhe...
nanti ada pulak aksi pelajar terlampau kat sekolah...tunggu saja la...
budak-budak sekarang kan canggih dan pandai belaka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 07:17


Assalamualaikum....

ermmmm banyak keburukan dari kebaikan...menggunakan hp di sekolah ini...tak payahlah mengajar benda yang tak baik saja pada budak2 ini...sekarang zaman canggih manggih ini...ermmm bukan betul otak budak2 ini...nanti entah apa-apa juga yang dibuatnyer.tgksajerlah...jauhkan kemungkaran...ermm macam2 malaysia sekarang ye..betul kata muslimin23 bahaya budak2 ini...

pening........dibuatnyer

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuriz_faridzProfil   Hantar PM kepada ibnuriz_faridz   Pergi ke ibnuriz_faridz's Website   Quote dan BalasQuote

ghaznawi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.08.2003
Ahli No: 2833
Posting: 158
Dari: taiping

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 07:53


teman berpendapat kalau untuk pelajar yang tinggal di asrama patut di benarkan untuk ibubapa senang berhubung maklum la dah tinggal berasingan tentu nak tanya khabar dan berbual sikit-sikit.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaznawiProfil   Hantar PM kepada ghaznawi   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 16-01-06 08:50


Assalamualaikum w.b.t
Dengan perkataan yang professional dan rasional, ringkas, tepat dan padat.

"Kementerian pendidikan bodoh, tak faham krisis sosial remaja! nak tambah lagi masalah yang memang dah sedia ada makin bertambah.."

Tapi ana yakin 100%, kementerian akan hapuskan balik cadangan ini. Percayalah! nanti bila dah hapuskan balik, kita sambung balik bincang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

mumtazah_najihah
Warga Rasmi
Menyertai: 14.10.2005
Ahli No: 19834
Posting: 13

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 09:19


saya pun tak bersetuju..hp akan melekakan pelajar..lagipun buat apa kasik deorg hp..bukannya ada hal yang penting sangat ...especially budak-budak asarama...public banyak..kalau emergency telefon sekolah..bukannya susah sangat pun..dah lah bazir masa..buang duit..lalai..apa lagi..mne positifnye..nanti sms dengan sesiapa entah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mumtazah_najihahProfil   Hantar PM kepada mumtazah_najihah   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 10:43


sebelum ni, walaupun pelajar dilarang guna handset kat sekolah pun dah ramai yang guna dan tak ikut peraturan, sekarang nak bagi kebenaran pula, hancus... hancus...

p/s: orang nak betis, kita bagi peha...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

pisst16
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.12.2005
Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 11:17


jahanam la budak budak sekolah kita...kalau mereka tak tahu guna dengan cara yang betul

Bookmark and Share

    


  Member Information For pisst16Profil   Hantar PM kepada pisst16   Pergi ke pisst16's Website   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 11:20


banyak buruknya dari perkara baik..jangan bagi guna.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 11:26


Setuju tak kalau larangan ini diluaskan ke pusat pengajian tinggi. Isunya mengganggu. Adakah murid sekolah sahaja yang akan terganggu bila membawa telefon ke sekolah, dan siswa tidak terganggu bila membawa telefon ke bilik kuliah?

Setuju? Kalau setuju Kenapa dan kalau tak setuju Kenapa?


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 11:35


Kalau budak kecik memang tak releven bawak handphone, apa la mereka boleh buat dengan handphone tu. Lagipun mereka ni kebanyakkan tak tau fikir lagi, lebih2 lagi handphone sekarang ada game, gambar dan macam2 lagi.

Kalau mereka nak bawak juga.. bagi handphone yang jenih lama2.. yang boleh call and sms saja :di

Tapi kalau budak universiti tu takkan la tak boleh, mereka ni dah besar panjang. Kebanyakkannya dah tau fikir, senang nak contact lecturer ke, nak bincang dengan kawan, study ke. semua tu keperluan. banyak baiknya.

pendapat saya boleh bawak, tapi hadkan kepada handphone jenih yang boleh call dan sms saja. yang lain tu, tak payah la..

Wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 11:40


susah juga nak jawab soalan saudara Kang ni... :lol:

kalau larangan ini diluaskan ke pusat pengajian tinggi pun saya tak kesah, sebab 3 tahun saya belajar kat ipt tak guna handset tak ada masalah pun...

maybe bezanya, kalau pelajar sekolah biasanya mereka tinggal di/dekat dengan rumah, so tak perlulah guna handset ni sebab rumah dekat, tapi kalau pelajar ipt memang majoritinya belajar jauh dari rumah, mungkin itu yang menyebabkan timbul keperluan...

kalau pelajar sekolah asrama penuh pun samalah kedudukannya dengan pelajar ipt kan? entahlah, cuma bagi saya handset ni tak perlu sangat untuk digunakan semasa belajar, dah kerja nanti gunalah puas2... :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 16-01-06 11:41 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

taufiq111
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.09.2004
Ahli No: 11035
Posting: 270
Dari: UKM

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 15:50


Sbelum merealisasikan satu pandangan, elok dikaji dahulu pro dan kontra sesuatu pandangan...

Bagi saya secara peribadi, penggunaan telefon bimbit lebih kepada negatif... Kenapa? tak percaya?

1. Menyuburkan lagi budaya mencuri telefon bimbit.

2. Menambahkan perbelanjaan bulanan

3. Anak-anak masih tidak pandai memanfaatkan apa yang ada. Mungkin dengan adanya telefon bimbit, mereka menyertai peraduan SMS, menghantar mesej yang bukan2 dan sebagainya.

4. Berlaku double standard dengan orang yang kurang berkemampuan. Kesannya, anak2 yang tidak memahami akan memaksa ibubapa mereka untuk membelinya. Hasil daripada pengaruh kawan.

5. Kanak-kanak telah dididik dengan kekayaan sewaktu masih sekolah.

6. Dan banyak lagi implikasi2 yang difikirkan kurang elok untuk dilaksanakan penggunaan telefon bimbit di sekolah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For taufiq111Profil   Hantar PM kepada taufiq111   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 16-01-06 15:53


100% DISAGREE...

AGREE WIT taufi111

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

cititel
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.01.2006
Ahli No: 21725
Posting: 150

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 15:57


Pada 16-01-06 08:50 , Ibnu_muaz posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum w.b.t
Dengan perkataan yang professional dan rasional, ringkas, tepat dan padat.

"Kementerian pendidikan bodoh, tak faham krisis sosial remaja! nak tambah lagi masalah yang memang dah sedia ada makin bertambah.."



serdap nya mulut anda cakap... jangan nak emosional sangat.. menteri sekarang ni mangambil sikap tunggu dan lihat semua pendapat yang di utarakan.. mungkin sedikit masa lagi akan di umumkan penarikbalik pekeliling yang telah di keluarkan pada 23 disember itu.. so jangan emosional sangat... fikir dengan pro dan kontra..

Bookmark and Share

    


  Member Information For cititelProfil   Hantar PM kepada cititel   Quote dan BalasQuote

hasmah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.07.2003
Ahli No: 2438
Posting: 65
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 15:06


saya tak nafikan hp ini jadi keperluan....tapi saya rasa tak ada faedahnyer pun kalau dibawa ke sekolah...melalaikan


-----------------
jangan bina kebahagiaan atas penderitaan orang lain...


Bookmark and Share

    


  Member Information For hasmahProfil   Hantar PM kepada hasmah   Quote dan BalasQuote

dr_muslim
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12021
Posting: 21
Dari: TanOh MerOh...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 15:20


Introduce pengajaran math & science dalam BI...pas tu nak bagi budak bawak telefon pula...entah apa-apa entah 'mereka' ni...TAK fikir ke'.....
    dah terhantuk baru tergadah.....nak budak2 ni hancur dulu baru nak tarik balik...nasi dah jadi bubur..Kalau bubur sedap ok jugak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dr_muslimProfil   Hantar PM kepada dr_muslim   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 20-01-06 11:18


seperti yang saya katakan

Larangan telefon bimbit serta-merta
PUTRAJAYA 19 Jan. - Kementerian Pelajaran hari ini menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit di semua sekolah termasuk berasrama penuh berkuat kuasa serta- merta.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan itu dibuat kerana kementerian mendapati guru dan ibu bapa tidak bersedia memikul tanggungjawab serta memantau penggunaan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah.

Beliau berkata, surat pekeliling berhubung keputusan itu akan dimaklumkan kepada semua jabatan pendidikan negeri dan daerah selewat-lewatnya esok.

Beliau menegaskan keputusan itu bukan arahan Kabinet, malah tidak dibincang langsung dalam mesyuarat itu semalam.

``Daripada apa yang saya baca serta pandangan yang diberikan mengenai kebenaran bersyarat itu, saya dapati ramai yang tidak bersetuju dan jumlahnya mencukupi untuk saya menarik balik kebenaran bersyarat itu.

``Suasana pada masa ini tidak kondusif dan jika diteruskan, ia tidak akan berjaya kerana isu itu menyentuh soal pemantauan bagi memastikan garis panduan itu dipatuhi,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon dalam kenyataannya pada 12 Januari lalu membenarkan para pelajar menggunakan telefon bimbit di sekolah berkuat kuasa secepat mungkin.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat-syarat dalam Garis Panduan Penggunaan Telefon Bimbit oleh Murid Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

Mengikut kenyataan itu, pelajar hanya dibenar menggunakan telefon bimbit sebelum waktu persekolahan bermula, semasa waktu rehat dan selepas sesi persekolahan tamat.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia dalam laporan muka depan keesokannya menyiarkan bantahan pelbagai pihak daripada ahli-ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh pendidikan yang mahu Kementerian Pelajaran menarik balik kebenaran bersyarat tersebut.

Menurut Hishammudin, kementeriannya bersedia menerima segala teguran dan kritikan berhubung mana-mana surat pekeliling dan program yang dilaksanakan oleh kementerian.

``Kementerian mengeluarkan surat pekeliling sama ada menyentuh pegawai atau sekolah hampir setiap hari dan secara kebetulan isu itu menyentuh sensitiviti orang ramai.

``Kita secara terbuka menerima pandangan orang ramai mengenai isu itu dan kita telah buat keputusan berdasarkan kehendak majoriti,'' katanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

mulimahsejati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17755
Posting: 277
Dari: bawah langit atas tanah

Kedah  


posticon Posting pada: 21-01-06 08:58


walaupun saya sebagai pelajar sekolah ....saya tetap tidak setuju jika handphone dibenarkan bawa ke sekolah....memanglah ada kebaikan nya tetapi kebukurukannya lebih banyak......

Bookmark and Share

    


  Member Information For mulimahsejatiProfil   Hantar PM kepada mulimahsejati   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-01-06 13:15


baguslah kalau macam tu, baru betul... bijak2........... (kita minum dulu.....) :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 21-01-06 13:16 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  


posticon Posting pada: 21-01-06 13:23


pendapat saya tak perlu pelajar sekolah dibenarkan bawa ke sekolah..
nanti timbul pula kes2 seperti kehilangan handphone..
dan ini akan membimbangkan semua ibubapa dan guru..



Bookmark and Share

    


  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

izzz81
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.10.2005
Ahli No: 19761
Posting: 125

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-01-06 15:25


assalamualaikum...

keburukan penggunaan telefon bmibit di sekolah..:
pelajar tidak akan beri tumpuan pada study mereka..kerana..sekarang sudah ada hp yang canggih..mereka lebih kasi tumpuan pada hp mereka..game pun dah canggih sekarang ini..tengah study main game..study pun entah kemana...last2 result kurang..betul tak??
kebaikannyer pula..ermm....jika ada emergancy..boleh juga pelajar2 ini tel..tapi pada saya muktamadnyer..tak payah bawa hp ke sekolah..memang memberi gangguan pada study...ok..itu saja...
wsalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzz81Profil   Hantar PM kepada izzz81   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-01-06 15:59


memang banyak keburukan daripada kebaikan....
Akhirnya kementerian pendidikan mendegar juga keluhan orang ramai dengan menarik balik kebenaran menggunakan telefon bimbit di sekolah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

BaItI
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.11.2004
Ahli No: 12542
Posting: 32
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 21-01-06 18:16


Assalamualaikum...

Bagi saya penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar ini adalah tidak wajar langsung...walaupun saya juga seorang pelajar sekolah menengah(form 3 pulak tu)keinginan nak bawa telefon bimbit ke sek tu memang tinggi.tapi bila difikir-fikir balik buat apa nak buang masa bawak ke sek..kalau kena tangkap gambar oleh orang yang tak bert'jawab,hp kena curi ,menganggu konsterasi masa belajar baik dll lagi, tak payah bawak hp.nanti kita jugak yang rugi...memang patut kerajaan tarik balik kenyataan tu...alhamdulillah...

sekian...


-----------------
Aku Dalam AnggapanMu Walaupun Insan Yang Amat Hampa...
[ Telah diedit oleh: BaItI pada 21-01-06 18:18 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For BaItIProfil   Hantar PM kepada BaItI   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 21-01-06 19:17


ishh...ish..
langsung TAK SOKONG 100%

Kalau dah bawa h/p.. macam-macam hal lain boleh berlaku..
lagi banyak masalah...
nanti bebudak asek dok berSMS saja..
Kalau h/p hilang.. cikgu-cikgu juga yang tambah lagi beban..
nak kena settle kes hilang h/p pulak..
siapa yang susah...??!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-01-06 21:44


setuju... hp tak boleh dibawa ke sekolah. teknologi hanya berkesan apabila manusia menggunakannya dengan betul dan berdisplin,
sayangnya kita memang susah nak mendisiplinkan diri. akhirnya terpaksa menidakkan teknologi kerana bimbangkan keburukan yang bakal kita sendiri lakukan. tengoklah kalau manusia semakin berdisiplin nanti... mungkin ada ruang untuk memunafaatkannya kelak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 21-01-06 23:47


Assalamualaikum...Pendapat saya sebagai seorang bakal guru... Sesiapa pun layak memiliki dan menggunakan telefon bimbit. Cuma, yang penting... Guna mengikut situasi yang betul...Sewaktu di dalam kelas tak boleh la. Diluar waktu persekolahan takkan nak larang dia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

putri_sufi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17600
Posting: 42
Dari: n9

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 22-01-06 00:28


Pada 21-01-06 23:47 , mizie_hafiz80 posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...Pendapat saya sebagai seorang bakal guru... Sesiapa pun layak memiliki dan menggunakan telefon bimbit. Cuma, yang penting... Guna mengikut situasi yang betul...Sewaktu di dalam kelas tak boleh la. Diluar waktu persekolahan takkan nak larang dia.

ana pun setuju... :-)


-----------------
bicara kita adalah bicara sufi..tanpa suara dan kata-kata..hanya dengan suara hati..bertemu berpisah kerana ALLAH...wasalam


Bookmark and Share

    


  Member Information For putri_sufiProfil   Hantar PM kepada putri_sufi   Quote dan BalasQuote

akhn06
Warga Rasmi
Menyertai: 15.09.2005
Ahli No: 19027
Posting: 20
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-01-06 00:43


kalau begitu saya pun setuju..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For akhn06Profil   Hantar PM kepada akhn06   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-01-06 00:57


saya tetap tak setuju penggunaan handset ketika di sekolah, terlalu banyak keburukan berbanding dengan kebaikan yang terlalu sedikit...

jangan terlalu manja, kat sekolah pun kena guna handset, kalau bukan sebab manja pun mesti sebab berlagak dan perangai nak ikut trend...

bukannya mati pun kalau tak guna handset, kalau mati dah lama manusia pupus kat dunia ni, belajarla hidup susah sikit jangan asyik nak senang...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ketenteramanku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12678
Posting: 310
Dari: UTM Skudai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-01-06 08:19


rsenya tidak wajar...sebab reason yang diberikan tak sesuai. sekarang Kolej Teknologi Bestari telah membina satu web yang mana guru hanya perlu masukkan kedatangan pelajar secara online. dan ibu bapa akan menerima sms status kehdran anak mereka dalam masa 3 minit. so, reason ibu bapa bimbang akan kehdran anak mereka ke sekolah dapat di atasi....ia juga membebankan guru2. selama ini, tak ada peraturan yang membenarkan plj bawa hp pun mostly student bawa ke kls. time cg ngajar boleh main sms dan amk gambar candit cg. inikan pula kalau diberi kbnran. pengalaman praktikal as teacher, plj boleh cakap pada cg yang hp cg zaman lama.mereka punya lagi canggih


-----------------
Nilai seorang wanita terletak pada sifat & peribadinya. Nilai seorang lelaki terletak pada sifat kesabarannya


Bookmark and Share

    


  Member Information For ketenteramankuProfil   Hantar PM kepada ketenteramanku   Pergi ke ketenteramanku's Website   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-01-06 11:22


Ana tidak setuju dengan penggunaan hp di kalangan pelajar sekolah, kerana bagi ana ianya lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding dengan kebaikan. Dan tindakan untuk tidak membenarkan penggunaan hp di kalangan pelajar adalah tepat.

Bagi ana, pengunaan hp di kalangan pelajar boleh menjejaskan proses pengajaran dan juga pembelajaran pelajar berkenaan. Ianya boleh mengganggu tugas guru untuk mengajar kerana pelajar tidak memumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang diajarkan oleh guru. Secara tidak lengsung proses pembelajaran pelajar itu sendiri terjejas dan terganggu.

Kenapa ana mengatakan kesan ini? Ini kerana dengan adanya mod senyap (silent mode) pelajar-pelajar boleh bersms dengan kawan sekelas ataupun dengan kawan-kawan mereka yang lain semasa guru sedang mengajar tanpa pengetahuan guru.. bukan sahaja menjejaskan tumpuan pelajar tetapi menyebabkan keciciran dalam setiap subjek yang diajarkan.

Kemudian akan timbul satu budaya yang tidak sihat di sekolah iaitu budaya menunjuk-nunjuk hp siapa yang paling canggih. Tidak mustahil suatu hari nanti pelajar darjah satu mengugut ibu bapa untuk tidak hadir ke sekolah jika tidak dibeli hp yang canggih. Begitu juga dengan muat turun nada dering, permainan, dan sebagainya dan juga menambah nilai kad prabayar. Biasanya pelajar-pelajar mudah terpengaruh dengan iklan, dipengaruhi kawan-kawan untuk muat turun macam-macam benda dan seolah-olah ianya menjadi satu persaingan kepada pelajar untuk memuat turun nada deing terbaru dan siapa yang memiliki permainan terbaru. Pelajar-pelajar akan meminta duit poket yang lebih dari ibu bapa dan tindakan meminta mereka ini boleh menjadi beban kepada ibu bapa.

Timbul juga beban kepada pihak sekolah. Mungkin pihak sekolah perlu menyediakan satu locker khas untuk pelajar menyimpan hp bila mereka tyerlibat dengan aktivi yang tidak mebenarkan mereka membawa hp, sebagai contoh sewaktu di padang (PJK).

Dan bagi pelajar yang kurang berkemampuan untuk memiliki hp, mungkin akan timbul perasaan rendah diri dan kekurangan dalam diri mereka apabila melihat kebanyakan daripada kawan-kawan menggunakan hp yang canggih.

Pelajar-pelajar yang memiliki hp mempunyai kecenderungan untuk menyalah gunakan alat komunikasi ini. dengan adanya camera, mereka boleh mengambil gambar secara candid, boleh menyebarkan rumours melalui sms, etc. dan bagi pendapat ana, penggunaan hp dikalangan pelajar lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

ilal liqa'
wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 22-01-06 13:53


sebagai seorang yang pernah bawak nset pergi sekolah...i think memang tak wajar...most student i tengok salah guna nset...dah laa nak charge nset pun kena cari port takut kantoi...bukan guna nak call parent pun...tapi dok mesej awek....lagi satu bahaya...i dah hilang 2 nset kat ostel....so tak payah laa...poyo saja budak2 tu nak call mak bapak...tapi ada seorang kawan i ni memang guna untuk call parent dia...dan dia memang top student..yang i nak puji dia...dia sggup tak charge nset dia sebab kalau dia charge mesti dia nak on saja ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

balqiszie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2004
Ahli No: 11822
Posting: 100
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 22-01-06 16:31


saya rasa banyak buruk dari baiknya..apa yang pasti semua ini akan melekakan lagi para pelajar kita ?? takut nnati cikgu ngajar kart depan dia sms kart belakang ..walaupun penggunanaannya hanya dihadkan di luar kelas,tapi sempat ke guru2 kita nak kawal semua tu!!!!! wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For balqiszieProfil   Hantar PM kepada balqiszie   Quote dan BalasQuote

Asward_hafiz
WARGA SETIA
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 22-01-06 19:05


rasa-rasanya pasal ini...

ada sedikit setuju untuk murid murid membawa telefon bimbit tapi ada sedikit tak setuju untuk mereka membawa telefon bimbit ke sekolah.... :-? :-? :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Asward_hafizProfil   Hantar PM kepada Asward_hafiz   Pergi ke Asward_hafiz's Website   Quote dan BalasQuote

kunTum508
Warga Rasmi
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20174
Posting: 1
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 23-01-06 08:13


banyak buruk dr baiknye...
selain mengganggu dan menyebabkan ilang tumpuan,
takut hp itu disalahgunakan..
lagipun membazir bagi dk sk agaknya..nanti duit abes beli topup saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kunTum508Profil   Hantar PM kepada kunTum508   Pergi ke kunTum508's Website   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-01-06 01:52


nak pakai boleh saja,tapi biar dia pakai duit sendiri,beli topup sendiri,biar habis duit mereka...xpayah menyusah orang tua.

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

SautulJannah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15806
Posting: 153
Dari: ippm

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-01-06 16:35


memang tidak wajar....macam2 boleh berlaku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SautulJannahProfil   Hantar PM kepada SautulJannah   Quote dan BalasQuote

anis_najihah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16459
Posting: 439
Dari: kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-01-06 16:46


alhamdulillah...tindakan pihak kerajaan dalam menyekat/memansuhkan penggunaan sistem telefon bimbit dikalangan pelajar sekolah adalah tindakan yang bijak+tepat+wajar...tahniah....kerana pihak kerajaan masih lagi dapat menilai mana yang baik dan buruk tuk kepentingan semua pihak, khususnya anak2 pelajar di seluruh malaysia... :-)

wallahua'lam


-----------------
'love for all_hatred for none'
..SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR..


Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_najihahProfil   Hantar PM kepada anis_najihah   Quote dan BalasQuote

Nadiahsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.05.2005
Ahli No: 16314
Posting: 283
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-01-06 16:46


inilah iu yang sedang hangat dibincangkan sekarg...
in my opinion..saya memang tak setuju dengan penggunaan telefon bimbit di sekolah..
those are my reasons..
first..apabila pengunaan telefon bimbit dibenarkan sekolah..pelajar sekolah akan leke menggunakannye..it's ok if they use it ke arah yang lebih baik..tapi adakah itu berlaku???dengan.sistem muat turun games and ringtones..pelajar tend to play them semasa proses pembelajaran sekiranye mereka tidak berminat dengan pelajaran tersebut.. so..di sini..kita akan nampak satu keburukannya iaitu..menyebabkan pelajar lalai dan leka dengan telefon..selain itu..tumpuan terhadap pelajaran juga terjejes..and of course from this..ia dapat mencacatkan result pelajar2 sekolah..
then..apabila mereka menggunakan telefon bimbit..of course mereka memerlukan duit untuk membeli prepaid..so..do u think..in this age..the school students already have money to buy prepaid on their own???of course not..so..they need to ask some money from their parents..and for their parents..it will be a burden for them because they need to spend some of their money for their children just for their prepaid..
then..penggunaan telefon bimbit juga akan menimbulkan jurang pemisah antara golongan miskin dengan golongan kaya..
of course..when pelajar2 miskin melihat some of their friend use their handphones..they will feel embarassed because mereka tak mampu memiliki telefon bimbit..bagi pelajar yang kaya pule..mereka mengambil peluang ini untuk menunjukkan betape hebatnye mereka kerana memiliki handphone pada usia yang mude sdgkan apa yang mereka perolehi itu adalah daripada duit ibubape mereka..
saya ingin memetik kata-kata seorang ahli pendidikan.." penggunaan telefon bimbit boleh menyebabkan salah laku moral yang akhirnya menjejaskan dasar pendidikan negara"..
dengan teknologi yang begitu pesat berkembang...dan dengan ciptaan2 canggih yang terdapat pada handphone..seperti 3G or kamera..ia boleh menjejaskan salah laku pelajar..
for example..pelajar mungkin akan menghendap dan merakam gambar pelajar atau guru perempuan di dalam tandas..dan lebih buruk lagi..
gambar ini disebarkan oleh pelajar yang tidak bertanggungjawab menerusi telefon bimbit...
selain itu..teknologi canggih seperti 3G yang menyediakan perkhidmatan untuk menonton videa and certain programms in television berupaya membawa minda para pelajar ke alam lain selain di bilik darjah..
so..atas reasons yang disebut..saya memang membantah penggunaan telefon bimbit di sekolah..
[ Telah diedit oleh: Nadiahsolehah pada 24-01-06 22:22 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For NadiahsolehahProfil   Hantar PM kepada Nadiahsolehah   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2024
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-01-06 18:01


:roll: makin best la syarikat2 talian telefon bimbit....macam maxis.

budak2 xpatut guner telefon bimbit lagi.....kalau nak mudah,sediakn 1 telefon awam kat sekolah,kalau dibimbangi akan dirosakkan oleh pelajar yang nakal,letak dalam pejabat,siapa yang ada urusan untuk menggunakan telefon,sila ke pejebet.....mudahkan :-di :-di

:lol: ana bagi cadanagn saja.... :-P


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

ibnuabbas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16231
Posting: 346
Dari: Al-Azhar As Assyarif

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-01-06 18:22


tak wajar kerana akan bertambah bebanan terhadap guru2, disiplin pelajar akan bertambah teruk,, memendangkan sekarang pun dah tak terkawal disiplin pelajar, dan akan banyak lagi budaya negatif di kalangan pelajar sekolah,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuabbasProfil   Hantar PM kepada ibnuabbas   Pergi ke ibnuabbas's Website   Quote dan BalasQuote

Nadiahsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.05.2005
Ahli No: 16314
Posting: 283
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-01-06 22:30


Pada 24-01-06 16:46 , anis_najihah posting:

!!! QUOTE !!!

alhamdulillah...tindakan pihak kerajaan dalam menyekat/memansuhkan penggunaan sistem telefon bimbit dikalangan pelajar sekolah adalah tindakan yang bijak+tepat+wajar...tahniah....kerana pihak kerajaan masih lagi dapat menilai mana yang baik dan buruk tuk kepentingan semua pihak, khususnya anak2 pelajar di seluruh malaysia... :-)





semoga keputusan ini dapat memuaskan hati semua pihak especially ibu bapa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NadiahsolehahProfil   Hantar PM kepada Nadiahsolehah   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-01-06 22:40


Pada 24-01-06 16:46 , anis_najihah posting:

!!! QUOTE !!!

alhamdulillah...tindakan pihak kerajaan dalam menyekat/memansuhkan penggunaan sistem telefon bimbit dikalangan pelajar sekolah adalah tindakan yang bijak+tepat+wajar...tahniah....kerana pihak kerajaan masih lagi dapat menilai mana yang baik dan buruk tuk kepentingan semua pihak, khususnya anak2 pelajar di seluruh malaysia... :-)

wallahua'lam



semoga terus berfikiran "wajar"... :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.201616 saat. Lajunya....