Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 127
Ahli: 0
Jumlah: 127




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 5 hari yang lalu
Kang: 24 hari yang lalu
lidah-penghunus: 26 hari yang lalu
muslimin23: 34 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Agama
Topik: Isteri Solehah : Impian Muslimin !


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Isteri Solehah : Impian Muslimin !

Please Mendaftar To Post


Oleh Isteri Solehah : Impian Muslimin !

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-07-03 12:51


Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.

Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba renungkan kembali sejauh manakah kejayaan kita meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.

Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.

Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.

Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!

Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, "Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan". Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.

Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kerusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yg terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.

Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasulullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-samanya di dalam syurga kelak.

Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan. Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga.

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

mafal_katarsis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2169
Posting: 228
Dari: -:tAnAH nAn BeRtUaH:-

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 27-07-03 12:57


Insyallah moga ana dikurniakan isteri yang solehah

-----------------
[IMG]http://redoks.net/redoks/themes/fiappleblue210/forums/images/logo.gif[/IMG]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mafal_katarsisProfil   Hantar PM kepada mafal_katarsis   Pergi ke mafal_katarsis's Website   Quote dan BalasQuote

wida_widi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 1005
Posting: 180
Dari: Kota Tinggi/Kelana Jaya

Johor  


posticon Posting pada: 27-07-03 13:26


mekacih dhany..
Ya Allah..terlalu byk kekurangan dan kelemahan diriku.. dapat kah aku meraih keempat-empat perkara ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wida_widiProfil   Hantar PM kepada wida_widi   Pergi ke wida_widi's Website   Quote dan BalasQuote

hanzaalah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.07.2003
Ahli No: 2622
Posting: 85
Dari: Darr Al-Aman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-07-03 21:20


Assalamualaikum.Lelaki soleh adalah untuk perempuan solehah.Oleh itu, marilah sama-sama menjadi insan yang soleh dan solehah untuk menjamin kebahagian di dunia sehinggalah ke akhirat.

Wallahu A'alam Bil Muradik.

-----------------
" Islam Is The Way Of Life "

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanzaalahProfil   Hantar PM kepada hanzaalah   Pergi ke hanzaalah's Website   Quote dan BalasQuote

akub
Warga Rasmi
Menyertai: 25.07.2003
Ahli No: 2597
Posting: 2
Dari: Perak

pakistan  


posticon Posting pada: 28-07-03 00:27


Isteri solehah impian muslimin
Suami soleh harapan muslimat

kemungkinan ramai di kalangan muslimah menjadi andalusia ialah kesukaran mencari bakal suami yang soleh.
Ya. suami yang beriman dan yang mengamalkan ilmu Islamnya. Menyempurnakan tanggungjawab sebagai khalifah dalam rumahtangga. Namun apa yang berlaku hari ini rata-rata suami gagal dalam menyempurnakan tanggungjawabnya mencari nafkah yang secukupnya demi memenuhi keperluan pendidikan anak-anak. Hingga memaksa isteri keluar bersama mencari nafkah membantu suami.
Sukarnya mencari lelaki soleh membuatkan muslimah teragak-agak mempertaruhkan masa depan dikuatiri menjadi mangsa maki hamun dan sepak terajang lelaki yang tercabar ego dan statusnya kerana wanita 'lebih' daripadanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For akubProfil   Hantar PM kepada akub   Quote dan BalasQuote

nawwal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 448
Posting: 509
Dari: .:Garden of Knowledge and Virtue:.

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-07-03 08:14


Isteri solehah...impian muslimin

Semua muslimah mahu menjadi muslimah solehah..mujahidah sejati...serikandi Islam..

Tapi, apakah semua mampu mencapai semua ini??
Berusahalah wahai muslimat...menjadi makhluk yg diterima Allah utk ke syurga abadi..dgn 4 perkara tersebut..( insya Allah jika dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki)

Perempuan mmg mudah utk ke syurga, ttp perempuan jugalah ahli yg plg ramai mengisi perut neraka..

~::Solehah women smile in trouble,
Gather strengh from doa,
and grow brave by istighfar and solat...Amiin... ::~



[ Posting ini telah di edit oleh: nawwal pada 2003-07-28 08:15 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawwalProfil   Hantar PM kepada nawwal   Pergi ke nawwal's Website   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-07-03 11:54


tersentuh ana lepas baca hasil kiriman brother salafian.... semoga kite sume terpelihara dari azab Allah....

-----------------
TELEKUNG PUTIH BELUM CUKUP UNTUK MENJAMIN SESEORANG KE SYURGA ALLAH.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 01-08-03 08:29


MAI RAMAI RAMAI KITA MUHASABAH DIRI...
P/S : ....SEMUA MUSLIMIN NAK YG SOLEHAH...
ORANG BAIK...UNTUK ORANG BAIK BAIK..

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

matsal
Warga Rasmi
Menyertai: 30.05.2003
Ahli No: 893
Posting: 2

Sabah  


posticon Posting pada: 01-08-03 09:04


Asalamualaikum...
saya hamba yg kerdil ini ingin memberi komen sedikit...(dari pembacaan saya)

Ramai gadis yang lemah lembut yang dikelilingi oleh pagar kesopanan dan kemuliaan. setiap mata yang memandang kepadanya bagaikan memandang kepada sesuatu yang berwibawa dan anggun, kerana dia menjaga tubuhnya seluruhnya dari kepalanya sehingga telapak kakinya. maka dia menolak mata-mata jahat daripada melihat kepadanya.

perempuan yang suci dan bercahaya ini akan mempesonakan kaum lelaki yang setaraf dengannya dalam soal kesucian hati dan kebersihan pandangan dan ketinggian akhlak.

"Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)," (An-Nuur 24: 36)

Bookmark and Share

    


  Member Information For matsalProfil   Hantar PM kepada matsal   Quote dan BalasQuote

aniza
Warga Rasmi
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1924
Posting: 11
Dari: bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 19-08-03 16:07


assalamualaikum...
tima kasih ngan posting tersebut brother salafian..
aniza pun nak jadi isteri solehah.....walaupun hanya 4 perkara sahaja yang perlu untuk menjadi isteri solehah tetapi susah untuk kaum wanita tunaikan......insyaAllah niza akan berusaha untuk menjadi isteri yg solehah........
wasalam.......


Bookmark and Share

    


  Member Information For anizaProfil   Hantar PM kepada aniza   Quote dan BalasQuote

akuzakie
WARGA SETIA
Menyertai: 23.06.2003
Ahli No: 1623
Posting: 448
Dari: Muar Tanah Air T'Cinta

Johor  


posticon Posting pada: 29-08-03 00:16


Nak carik jugak Wanita Solehah... ! tp.. diri masih kekurangan.. mcmmana lak tue?

-----------------

[B] "Apa yang Kita Paling Nak.. Itu Yang Kita Takkan Dapat" -KARTINI- [/B]

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuzakieProfil   Hantar PM kepada akuzakie   Pergi ke akuzakie's Website   Quote dan BalasQuote

zunah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2003
Ahli No: 3189
Posting: 207
Dari: malaysia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-08-03 19:10


Mmmm.. cukup mudah sebenarnya untuk wanita masuk syurga....... tapi masih ramai yang masuk neraka..... mana silapnyer?........ ana pun bercita2 ingin menjadi seorang isteri yang solehah... dan juga mengimpikan seorang suami yang soleh untuk membimbing ana kejalan yang diredhai ALLAH.... teringat ana lagu isteri solehah... semoga impian kita untuk mendapat isteri yang solehah atau suami yang soleh tercapai...... berdoalah selalu kpd ALLAH semoga mendapat jodoh yang diimpikan......

-----------------
Beramal tanpa ilmu seperti berjalan tanpa mengikut jalan.
Beramal tanpa tujuan lebih banyak rosak dari baiknya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zunahProfil   Hantar PM kepada zunah   Quote dan BalasQuote

banduan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.08.2003
Ahli No: 2945
Posting: 79
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 31-08-03 07:37


saya pun bercita2 ingin mendapat isteri solehah. Kalau yang dah beristeri tu, rajin2 lah berdoa semoga Allah swt menjadikan isteri kita seorang yang solehah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For banduanProfil   Hantar PM kepada banduan   Pergi ke banduan's Website   Quote dan BalasQuote

aimanwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 307
Posting: 151
Dari: Mansurah_Mesir

PulauPinang  


posticon Posting pada: 18-09-03 01:18


kurniakan daku SERIKANDI
peryejuk di mata
penawar di hati

di dunia dialah penyeri
di syurga menanti
dia bidadari...

AMIN....

/ps:muslimin dan muslimat doakan agar kita dikurniakan suami dan isteri yang soleh dan solehah...

mudah²an kita digolongkan dalam golongan solihin
INSYA ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For aimanwanProfil   Hantar PM kepada aimanwan   Pergi ke aimanwan's Website   Quote dan BalasQuote

mawardah_solehah85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1155
Posting: 100
Dari: Kuantan,Pahang Darul Mukmin

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-09-03 11:54


Subhanallah.... begitu ciptaan Allah Yang Maha Kuasa..

Untuk menjadi bussineswoman.. 4-6 tahun.,. sudah mencukupi... TAPI.. untuk menjadi WANITA SOLEHAH YG MENJADI IMPIAN MUSLIMIN....adalah terlalu sukar bagiku...namun,akanku cuba sedaya upaya.. biar pahit.. asalkan ada manis dihujungnya.....

Namun.. wahai kaum muslimin..jgnlah hanya mengharap solehah yg mutlak dalam diri kami ini..kerna kaum muslimin pun perlu mempersiapkan diri..dan sering memberi teguran buat kami...

masakan tidak.. kami bukannya RABIATUL ADAWIYAH.. SITI ASIAH..FATIMAH ZAHRA..AINUL MARDHIAH..SITI KHADIJAH.. dan wanita sufi yg lain..kami hanya lah wanti yg penuh kelemahan.. wanita akhir zaman...

wassalam...

-----------------
"Hati ini milik Allah..
Diciptakan oleh Allah...
     Hanya untuk mencintai Allah.."



Bookmark and Share

    


  Member Information For mawardah_solehah85Profil   Hantar PM kepada mawardah_solehah85   Pergi ke mawardah_solehah85's Website   Quote dan BalasQuote

irda82
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 565
Posting: 462
Dari: Sg Petani,Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-09-03 12:57


kurniakan daku serikandi
penyejuk di mata,penawar di hati...
di dunia dialah penyeri,di syurga menanti dia bidadari...

...ya Allah kurniakanlah
daku isteri dan zuriat yang soleh
sebagai penyejuk mata...

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For irda82Profil   Hantar PM kepada irda82   Pergi ke irda82's Website   Quote dan BalasQuote

ummisolehah
Warga Rasmi
Menyertai: 22.09.2003
Ahli No: 3711
Posting: 19
Dari: HKL, kuala lumpur

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-09-03 11:07


assalamualaikum...

pupuklah kecintaan kepada Allah...insyaAllah,bila diri sentiasa dalam rahmat-Nya, pertemuan yang kita idamkan antara 2 jiwa yg penuh iman didadanya, pasti akan terjadi dgn kehendak-Nya..samada didunia mahupun diakhirat sana...berdoalah...

-ummisolehah-

-----------------
BiAr SuSaH Di DuNiA, SeNaNg Di AkHiRaT...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummisolehahProfil   Hantar PM kepada ummisolehah   Quote dan BalasQuote

Ms_Nik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1455
Posting: 105
Dari: Malaysia Bumi Bertuah

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-09-03 11:13


Renungan...

Usahlah diimpikan wanita semulia Fatimah Az-Zahra jika diri tak sehebat Saidina Ali Karamalla huwajhah....

lelaki yg baik adlh utk wanita yg baik..jadilah yg terbaik di antara yg baik2..InsyaAllah kita adalah tergolong dlm golongan yg baik2...wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ms_NikProfil   Hantar PM kepada Ms_Nik   Quote dan BalasQuote

al-umari
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4229
Posting: 381
Dari: ...:::JELAPANG PADI + PULAU MUTIARA:::
Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-10-03 23:55


hmmmm... carilah wanita yang mempunyai ciri wanita di zaman rasulullah...hmmm bahagia hidup...



Bookmark and Share

    


  Member Information For al-umariProfil   Hantar PM kepada al-umari   Quote dan BalasQuote

fi_amaanillah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 259
Posting: 306
Dari: JB

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-10-03 09:46


assalamualaikum..

mmg x dinafikan..seorg lelaki m'impikan wanita yg solehah utk menjadi teman hidupnya dan begitulah jugak dgn wanita..

sama2lah kita m'perbaiki sgl kekurangan diri..kl nak suami soleh wanita itu dahulu perlu m'jadi solehah..dan kl nk dpt zaujah solehah..lelaki itu pun perlu dulu m'jadi lelaki soleh...

insyaAllah..b'doalah selalu mudha2an dipertemu dan dijodohkan dgn insan yg soleh/ah..

"Allahumma inna nas aluka hubbaka wa hubba mayyuhibbuka wa hubba 'amalin yuqorribuna ila hubbika..."

-----------------
"jadilah spt pohon kayu yg lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan, dilempar dgn batu,tetapi dibalas dgn buah"---Saidina Abu Bakar

Bookmark and Share

    


  Member Information For fi_amaanillahProfil   Hantar PM kepada fi_amaanillah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.551456 saat. Lajunya....