Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"A leader is a dealer in hope"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




  Yang Masuk Ke Sini
umy_1510: 14 jam, 56 minit yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: isu jutawan lebanon...


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» isu jutawan lebanon...

Please Mendaftar To Post


Oleh isu jutawan lebanon...

pisst16
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.12.2005
Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-01-06 10:02


Hartawan' Lebanon disiasat -- Polis terima lima laporan terhadap dari. Elie Yousef Najem
Oleh RUHAIDINI ABD KADIR, HAIRULAZIM MAHMUD dan YAP LEE YING
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan berkata, polis akan menyiasat latar belakang `hartawan' dari Lebanon, dari. Elie Yousef Najem yang mendakwa memiliki kekayaan bernilai AS$46 bilion (RM175 bilion).

Ini kerana terdapat banyak unsur-unsur yang `mencurigakan' mengenai lelaki itu.

Musa ketika dihubungi Utusan Malaysia turut mengesahkan terdapat lima laporan polis yang dibuat terhadap lelaki itu sepanjang tahun lalu.

``Polis akan membuka kertas siasatan berasaskan lima laporan yang diterima itu,'' katanya di sini hari ini.

Berdasarkan rekod polis:

* Elie kini sedang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Sesyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

``Ini adalah berasaskan lima laporan orang perseorangan yang mendakwa dia cuba menipu dengan tidak membayar gaji pekerjanya.

``Ekoran itu, Elie ditahan September lalu dan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 26 September tahun lalu,'' jelas Musa.

Elie kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000.

``Kesnya masih berjalan dan akan didengar semula Mei ini,'' ujarnya.

* Pada Jun lalu, Jabatan Narkotik Kuala Lumpur pernah diarahkan menyiasat mengenai Elie dan kediamannya di Kondominium Mutiara Villa, Jalan Changkat Tong Shin di sini bagi mengetahui kemungkinan terdapat aktiviti melibatkan jenayah narkotik berlaku di sana.

Bagaimanapun, setelah siasatan dibuat didapati tiada unsur berkaitan narkotik, sebaliknya siasatan telah diserah kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial kerana siasatan didapati ia lebih menjurus ke arah jenayah itu.

Ketua Jabatan Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Othman Harun ketika ditemui mengesahkan perkara itu.

* Elie juga disiasat berhubung kes cabul.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Ramli Din berkata, pihaknya memang telah membuka dua kertas siasatan melibatkan kes cabul setelah tiga pekerja Elie membuat laporan pada 9 September tahun lalu.

Sehubungan itu menurut beliau, Elie telah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

``Siasatan bagaimanapun tidak dapat membuktikan perkara itu dan Elie telah dibebaskan,'' tambahnya.

Berdasarkan aduan orang ramai kepada Biro Aduan MCA hari ini:

* Seorang pemilik syarikat peminjam wang berlesen, John Sing mengadu Elie gagal menjelaskan pinjaman berjumlah RM167,000 yang dibuat pada 20 Oktober lalu.

* Seorang tukang kunci, Eddy turut kerugian RM10,000 setelah mendakwa Elie gagal membayar kos mangga dan kunci yang dibekalkan kepadanya pada 1 September lalu.

Sementara itu, Elie yang dihubungi bagi mendapatkan reaksinya berkata, dia sedia bekerjasama dengan pihak polis.

Malah, katanya dia akan mempertahankan haknya dan tidak akan menyembunyikan apa-apa pun kepada pihak berkuasa itu.

``Apa salah saya, saya tidak akan menyembunyikan diri,'' dakwanya.

Dalam pada itu, Musa menyatakan bahawa beliau belum meneliti dan dimaklumkan proses siasatan yang dijalankan Cawangan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Polis juga tidak menafikan 10 pengawal keselamatan bersenjata lengkap yang mengawal unit kondominium Elie hanya diupah dalam tempoh terdekat dari syarikat sekuriti tempatan.

Menurut sumber, sehingga kini polis masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak termasuk Majlis Kanser Nasional (Makna) berhubung dakwaan bahawa Elie cuba menipu melalui tindakannya untuk membantu kanak-kanak kanser khususnya yang miskin.

Justeru, polis tiada kuasa untuk campur tangan dan mengambil tindakan terhadap Elie melainkan terdapat laporan mengenainya.

Elie kelmarin membuat kenyataan untuk menderma RM1.01 bilion kepada Makna untuk mendirikan Hospital dan Pusat Rawatan dan Penyelidikan Kanser Kanak-kanak Farinnie Ellie dan Makna bermula 15 Februari ini.

``Tetapi sehingga kini, polis masih belum menerima sebarang laporan menyatakan atau membuktikan Elie cuba menipu.

``Hasrat beliau untuk menderma sebanyak RM1.01 bilion kepada Makna tidak boleh dikaitkan dengan jenayah kerana beliau hanya berjanji dan masih belum mengingkari persetujuan tersebut,'' katanya di sini, hari ini.

Dalam sidang akhbar Elie kelmarin, dia mengumumkan akan menyumbang sebanyak AS$200 juta (RM760 juta) yang akan digunakan untuk membina hospital tersebut, AS$50 juta (RM190 juta) untuk ubat-ubatan, kos elektrik dan kos operasi lain serta baki AS$25 juta (RM95 juta) lagi untuk pembelian tanah.

Menurutnya, sumbangan tersebut akan disalurkan melalui akaunnya di Chase Manhattan Bank.

Dalam pada itu, Elie menolak dakwaan tentang kemampuan kewangannya dengan menunjukkan slip simpanan banknya berjumlah kira-kira AS$526 juta (RM1.9 bilion) di salah sebuah bank di New York, Amerika Syarikat.


-----------------
bersama hayati keindahan islam


Bookmark and Share

    


  Member Information For pisst16Profil   Hantar PM kepada pisst16   Pergi ke pisst16's Website   Quote dan BalasQuote

pisst16
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.12.2005
Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-01-06 20:22


Dakwa ada RM4b di bank tempatan


KUALA LUMPUR: Dr Elie Youssef Najem yang berang dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, semalam membuat satu lagi kejutan dengan mendakwa mempunyai simpanan berjumlah RM4 bilion di bank tempatan.
Dr Elie yang mengadakan sidang akhbar bagi mempertahankan dirinya, menegaskan beliau juga bersetuju memperuntukkan RM25 juta menggunakan wang sakunya sendiri untuk membeli tanah bagi membina pusat penyelidikan dan rawatan kanser di ibu negara.

“Wang ini bukan saya minta daripada pihak lain. Peruntukan itu adalah sebahagian daripada derma RM1.03 bilion yang saya janjikan kepada Majlis Kanser Nasional (Makna) Sabtu lalu,” katanya mengulas keraguan pelbagai pihak berhubung hasratnya itu.

Sambil mengemukakan pelbagai dokumen yang sudah ditandatangani, resit dan akaun bank bagi membuktikan kekayaannya, beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada derma yang dijanjikan itu sudah diserahkan kepada Makna.

Dr Elie sebaliknya meminta wartawan mengajukan soalan berkenaan kepada Presiden Makna, Datuk Mohd Farid Ariffin.

Beliau juga menyerahkan tugas mencari tapak untuk pembinaan pusat itu kepada Mohd Farid, tetapi mahu ia dibangunkan di Jalan Ampang atau berhampiran KLCC.

“Pembinaan hospital 600 katil itu perlu disegerakan dan jika tiada masalah akan bermula pada 15 Februari ini,” katanya yang diiringi isterinya, Farinie Mohd Farid, 19 serta ibu dan bapa mentua beliau, Mohd Farid Abdullah, 66 dan Sofiah Hashim, 56.

Ditanya Kenapa hospital berkenaan dibina di Jalan Ampang sedangkan kawasan itu sering mengalami kesesakan lalu lintas, Dr Elie berkata, lokasi itu strategik dan menjadi tumpuan ramai.

“Jalan Ampang saya ibaratkan sebagai pusat ibu negara dan mudah dikunjungi dari semua arah. Kesesakan jalan raya bukan masalah utama kerana pesakit akan dibawa dengan helikopter. Saya juga sudah pun menempah sebuah helikopter khas untuk tujuan itu,” katanya.

Dr Elie juga mendakwa beliau memiliki 95 syarikat di Malaysia termasuk 17 yang masing-masing mempunyai modal berbayar RM5 juta.

“Selain itu saya memiliki enam unit kondominium dan tiga rumah mewah yang dibeli secara tunai,” katanya.

Ditanya mengenai nama syarikatnya di Malaysia, beliau berkata: ‘Ini bukan urusan anda.”

Bookmark and Share

    


  Member Information For pisst16Profil   Hantar PM kepada pisst16   Pergi ke pisst16's Website   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 11-01-06 04:39


dah buat saloah dan nak buat baik...manusia manusia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

pisst16
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.12.2005
Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-01-06 10:48


Hartawan' Lebanon terus cetus keraguan
KUALA LUMPUR 10 Jan. - Lelaki Lebanon, Dr. Elie Yousef Najem yang mencetuskan kontroversi selepas hasratnya menderma RM1.01 bilion kepada Majlis Kanser Negara (Makna) diragui banyak pihak, hari ini `mencipta' lagi keraguan.

Pada siang Elie menyatakan dia pulang ke Kanada, tetapi malam ini muncul pula di kediamannya di Villa Putera di sini pada sidang akhbar `hariannya.'

Begini senarionya:

* Sekitar pukul 1 petang ini, Elie menghubungi Utusan Malaysia dan memaklumkan yang dia kononnya sudah berada di Kanada atas alasan `keselamatan'. Dia mendakwa mengambil penerbangan pukul 8.30 malam tadi.

* Sebelum itu pada pukul 12.30 tengah hari, isterinya yang hamil tiga bulan, Farrinie, ketika dihubungi menyatakan suaminya telah bertolak ke Kanada malam tadi.

* Kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi pengawal kondominium Villa Putera melihat dia meninggalkan bangunan itu dengan sebuah kereta Kancil.

* Jabatan Imigresen ketika ditanya mengenai perkara itu petang ini menafikan yang Elie keluar dari negara ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seperti yang didakwa.

Petang tadi, Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Imigresen, Datuk Ishak Mohamad berkata, setelah disiasat, beliau diberitahu yang rekod menunjukkan penama berkenaan (Elie) tidak pernah keluar dari negara ini seperti yang didakwa oleh isterinya.

``Pegawai saya di KLIA sudah membuat pemeriksaan dalam sistem LU2, tiada rekod keluar dicatatkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada tengah hari, Farrinie memberitahu yang dia kini tinggal bersama-sama keluarganya di Klang, Selangor kerana suaminya pulang ke Kanada.

``Elie sudah pergi ke Kanada semalam, saya tinggal dengan keluarga sekarang,'' katanya dalam nada sebak.

Dia bagaimanapun terus mematikan telefon bimbitnya apabila ditanya lanjut mengenai tindakan suaminya itu.

* Pukul 8 malam ini, Elie memanggil sidang akhbar di rumahnya dan mendakwa peguam mulanya mengarahkannya supaya memberitahu wartawan beliau kini berada di Kanada untuk elek `diganggu'.

Dalam sidang akhbarnya pada Sabtu lepas, Elie mengumumkan akan menyumbang sebanyak AS$200 juta (RM760 juta) yang akan digunakan untuk membina hospital tersebut, AS$50 juta (RM190 juta) untuk ubat-ubatan, kos elektrik dan kos operasi lain serta baki AS$25 juta (RM95 juta) lagi untuk pembelian tanah.

Menurutnya, sumbangan tersebut akan disalurkan melalui akaunnya di Chase Manhattan Bank.

Dalam pada itu, Elie menolak dakwaan tentang kemampuan kewangannya dengan menunjukkan slip simpanan banknya berjumlah kira-kira AS$526 juta (RM1.9 bilion) di salah sebuah bank di New York, Amerika Syarikat.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan berkata, polis akan menyiasat latar belakang `hartawan' tersebut.

Ini kerana terdapat banyak unsur-unsur yang `mencurigakan' mengenai lelaki itu.

Musa ketika dihubungi Utusan Malaysia turut mengesahkan terdapat lima laporan polis yang dibuat terhadap lelaki itu sepanjang tahun lalu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pisst16Profil   Hantar PM kepada pisst16   Pergi ke pisst16's Website   Quote dan BalasQuote

pisst16
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.12.2005
Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-01-06 10:49


JAIK buat laporan terhadap Dr. Elie
ALOR STAR 10 Jan. - Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) akan membuat laporan polis terhadap `hartawan' Lebanon, Dr. Elie Yousef Najem yang mengahwini seorang wanita tempatan Islam walaupun masih beragama Kristian yang didakwa dijalankan di negeri ini.

Yang Dipertua JAIK, Datuk Sheikh Kassim Saad mejelaskan, dakwaan seumpama itu menjejaskan imej pihak berkuasa agama tersebut yang sebelum ini tidak pernah menikahkan pasangan yang berlainan agama.

Beliau menegaskan, sijil pernikahan yang dimiliki oleh Elie dan bercop JAIK juga ternyata palsu.

Katanya, ia dipercayai dikeluarkan oleh sindiket kerana setiap sijil yang sah tidak mempunyai cop pihak berkuasa agama itu.

``Setiap sijil pernikahan hanya mempunyai cop pegawai nikah rujuk atau imam di sesebuah kariah dan bukannya cop JAIK,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Taman Delima di sini hari ini.

Elie yang didakwa memiliki kekayaan bernilai AS$46 bilion (RM175 bilion) telah berkahwin dengan seorang warga tempatan, Farinnie Mohd Farid, 19, yang kini hamil tiga bulan.

Hartawan tersebut dikatakan akan menderma RM1.01 bilion kepada Majlis Kanser Nasional (Makna) untuk mendirikan Hospital dan Pusat Rawatan dan Penyelidikan Kanser Kanak-Kanak Farinnie Ellie dan Makna pada 15 Februari ini.

Beliau kini disiasat oleh pihak polis ekoran wujudnya `unsur-unsur mencurigakan' mengenai dirinya terutama apabila ada pihak tampil dengan lima laporan polis terhadapnya termasuk kes penipuan dan cabul.

Sheikh Kassim bagaimanapun berkata, pihaknya hanya akan membuat laporan polis jika ada pihak tampil membuat aduan di Pejabat Nikah dan Cerai JAIK.

Sehingga kini, jelas beliau, pihaknya belum menerima sebarang aduan rasmi daripada mana-mana pihak mengenai kes Elie tersebut.

``Apabila kita menerima aduan, kita sendiri akan bertindak termasuk berjumpa dengan Elie untuk meneliti sijil pernikahannya termasuk status pegangan agama yang dianuti sekarang.

``Jika Elie memiliki sijil nikah dari Kedah, kita mahu tahu di kariah mana dia berkahwin, siapa imamnya dan bila pernikahan itu berlangsung,'' katanya.

Menurut beliau, tindakan yang dilakukan oleh Elie yang hanya menunjukkan sijil pernikahan dari JAIK bukan merupakan satu bukti yang kukuh kerana lelaki Lebanon itu perlu mempunyai dokumen-dokumen sokongan yang lain dari kedutaan negaranya.

``Kalau mengikut prosedur, syarat-syarat untuk bernikah adalah ketat apatah lagi membabitkan rakyat negara asing yang hendak bernikah dengan wanita tempatan,'' katanya.

Hartawan tersebut, tambah beliau, bakal menerima hukuman yang berat jika terbukti sijil pernikahan yang dimiliki adalah palsu dan berkahwin dengan wanita Islam tanpa menukar agama asal yang lain.

Di KUALA LUMPUR, abang Ipar Elie yang tidak mahu dikenali ketika ditemui di sini berkata, keluarganya membenarkan Farrinie berkahwin dengan lelaki Lebanon itu setelah mereka mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam.

Beliau mendakwa, kedua-dua mereka bernikah di Kedah dan mempunyai sijil nikah yang dikeluarkan oleh JAIK.

``Bagaimanapun selepas mereka menikah saya tidak lagi menemui pasangan itu kerana saya sibuk ke luar negara atas urusan perniagaan,'' katanya.

Mengenai hubungan Farrinie dan suaminya, beliau berkata setahu mereka pasangan tersebut tidak mempunyai sebarang masalah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pisst16Profil   Hantar PM kepada pisst16   Pergi ke pisst16's Website   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-01-06 10:50


percaya tak kawan2?ana macam tak percaya saja dia tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-01-06 12:08


dalam Buletin Utama semalam, dia dakwa bahawa Jambatan Pulau Pinang adalah sebahagian dermanya bernilai rm2 juta, dan dia telah mengutip hasilnya sejak 37 tahun lalu..
yang hairannya jambatan Pulang Pinang kan baru saja dibina dalam tahun 1990an? :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-01-06 12:32


hurm...........manusia2......

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

great_teacher
WARGA SETIA
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 11-01-06 12:40


macam2 ada zaman sekarang ni...
[ Telah diedit oleh: great_teacher pada 11-01-06 13:09 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For great_teacherProfil   Hantar PM kepada great_teacher   Pergi ke great_teacher's Website   Quote dan BalasQuote

adelia
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.11.2005
Ahli No: 20462
Posting: 105
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 11-01-06 13:17


Pada 11-01-06 10:50 , Faryzan_Islamic posting:

!!! QUOTE !!!

percaya tak kawan2?ana macam tak percaya saja dia tu..


emm..aah..macam tak pecaya...entah betul ke tidak dia tu... :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For adeliaProfil   Hantar PM kepada adelia   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-01-06 13:38


‘Hartawan’ Lubnan mengaku tiada wang
Oleh Noorwati Salleh, Osman Lisut dan Shamsul Azree Samshir


Mahu minta bantuan rakan

KUALA LUMPUR: ‘Hartawan’ Lubnan, Elie Yuossef Najim akhirnya mengakui beliau tidak memiliki wang di negara ini seperti didakwa, bagaimanapun bertekad meneruskan hasrat untuk membantu Majlis Kanser Nasional (Makna) seperti dijanjikan.



“Saya mempunyai ramai kenalan serta rakan berbangsa Arab di Malaysia, jadi saya akan meminta bantuan kewangan daripada mereka sebagai dana bagi projek berkenaan,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini, malam tadi.

Ditanya sama ada beliau memiliki hartanah di luar negara, Elie enggan menjawab pertanyaan berkenaan.

petikan dr. berita harian 11 Januari 2006

========================================
kalau nak menderma biarlah ikhlas. Tak payah nak siarkan dalam media.....


-----------------
~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~

My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::



Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 11-01-06 14:01


hmmmm.... macam-macam.... nak tergelak pun ada.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

ayang2roses
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17405
Posting: 258
Dari: :: dari Kedah ke N9 ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-01-06 14:12


ada jugak orang macam tu ekkkk.....
:di

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayang2rosesProfil   Hantar PM kepada ayang2roses   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 11-01-06 15:41


Pada 11-01-06 10:50 , Faryzan_Islamic posting:

!!! QUOTE !!!

percaya tak kawan2?ana macam tak percaya saja dia tu..


em....susah nak cakap lah cos makin berbelit2 kes hamba Allah ni...status kahwin dia ni pun tak clear...boleh diragui kan???

em...saya pun nak minta tips pada sesiapa saja...bagaimana nak elak diri dr ditipu ye??? :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-01-06 16:31


mmm....saya setuju tu...
status kawin pun tak sure....
inikan pula pasal nak sedekah 1bilion

Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

Nadiahsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.05.2005
Ahli No: 16314
Posting: 283
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-01-06 16:38


ermmm...pelik betul manusia zaman sekarang..
tapi saya rasa..lebih baik MAKNA manyiasat asal usal lalaki tu yang dikatakan sebagai hartawan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NadiahsolehahProfil   Hantar PM kepada Nadiahsolehah   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-01-06 17:21


Hmm, nak buat baik pun susah. Tapi dia ni memang banyak la timbulkan keraguan. Bayangkan kahwin dengan orang Islam, tapi tatoo ada lagi kat tangan. Nak cakap tak ada duit untuk buang tatoo...


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

budakhostel08
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.08.2005
Ahli No: 18237
Posting: 81
Dari: ~dArUL iMaN wAL-IsLAm~

pakistan  


posticon Posting pada: 11-01-06 18:22


hmm...beginilah manisa di akhir zaman.Kita tunggu dan lihat saja nanti keputusan siasatan.Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga...cuma yang sedihnya,pasal p'nikahannya dengan rakyat kita...saudara kita.Kalau betul dia Islam...al-hamdulillah!tapi,kalau dia still kafir...lagu mano tu?pulak tu dah berbadan dua??semoga si hartawan tersebut dikurniakan nur hidayah Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For budakhostel08Profil   Hantar PM kepada budakhostel08   Quote dan BalasQuote

najwa_mnor
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.11.2003
Ahli No: 5313
Posting: 148
Dari: gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-01-06 18:54


yang jadi mangsa akhirnya anak dalam kandungan itu la jugak..
peringatan kepada kita semua..lenkali nak menikah soal siasat la dulu ye..jangan main taram saja, dengar kaya raya terus setuju..inilah manusia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_mnorProfil   Hantar PM kepada najwa_mnor   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-01-06 19:37


"Saya rasa jutawan tu penipu besar .....saya pernah hidup di negara arab...mereka ni suka menipu.Nama dia tu macam islam ...tapi tu sebenarnya nama arab....nama orang kristian arab pun nak sama dengan nama orang islam ....jangan mudah terpedaya ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

pisst16
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.12.2005
Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-01-06 09:33


Elie buat mentua serba salah
KUALA LUMPUR: Mohd Farid Abdullah (gambar), mentua Elie Youssef Najem, lelaki Lubnan yang menimbulkan tanda tanya selepas mahu menyumbang RM1.03 bilion kepada Majlis Kanser Negara (Makna), mengaku serba salah berhubung kontroversi membabitkan menantunya itu

Bookmark and Share

    


  Member Information For pisst16Profil   Hantar PM kepada pisst16   Pergi ke pisst16's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-01-06 10:08


KUALA LUMPUR: Lelaki Lubnan, Elie Yuossef Najem yang berkahwin dengan seorang gadis tempatan, Farinnie Mohd Farid, 19, Oktober lalu, pernah berkahwin dengan seorang wanita Yahudi di Lubnan pada 2001.
Elie, 46, berkahwin dengan Elika Luik yang ketika itu berusia 27 tahun di Beirut, Lubnan, dengan dinikahkan oleh Kadi Syarie Beirut, Syaikh Hassan al-Haj Sya’dah pada 9 Oktober 2001.

Berdasarkan sijil ‘Akad Za’waj’ atau akad nikah yang dikeluarkan Mahkamah Syariah Sunniah Beirut, Elie bernikah dengan wanita itu dengan disaksikan Hamdan Hamda dan Bilal al-Khonsa.

Sijil berkenaan juga mencatatkan Elie sebagai penganut mazhab Sunni, iaitu mazhab sama dengan Sunnah Wal Jamaah yang dianuti kebanyakan rakyat Malaysia.

Sijil berkenaan diberikan Elie kepada wartawan pada sidang akhbar di kediamannya di sebuah kondominium di sini malam kelmarin, bertujuan mengesahkan status agamanya sebelum mengahwini Farinnie.

Elie berbuat demikian selepas berang dengan dakwaan sebuah akhbar mengatakan beliau seorang Kristian dan memeluk Islam untuk mengahwini Farrinie pada 19 Oktober lalu.

Dia juga mendakwa memeluk Islam pada 2001 dan status Islamnya dicatatkan secara jelas dalam sijil perakuan pertukaran agama yang dikeluarkan di Lubnan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

idie04
WARGA SETIA
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 12-01-06 10:58


betul tu..jangan percaya cakap orang macam ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For idie04Profil   Hantar PM kepada idie04   Pergi ke idie04's Website   Quote dan BalasQuote

pisst16
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.12.2005
Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-01-06 20:42


boleh percaya ka?????

Bookmark and Share

    


  Member Information For pisst16Profil   Hantar PM kepada pisst16   Pergi ke pisst16's Website   Quote dan BalasQuote

SautulJannah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15806
Posting: 153
Dari: ippm

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-01-06 22:44


banyak orang banyak ragam...macam2 zaman sekarang....

Bookmark and Share

    


  Member Information For SautulJannahProfil   Hantar PM kepada SautulJannah   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-01-06 22:47


entahlah orang akhir zaman2 suka menunjuk2

Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-01-06 22:53


Pada 12-01-06 20:42 , pisst16 posting:

!!! QUOTE !!!

boleh percaya ka?????
entahlah, kita tunggu dan lihat...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

pisst16
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.12.2005
Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-01-06 09:13


Sijil nikah Elie-Farinnie palsu - JAIK
ALOR STAR 12 Jan. - Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) hari ini mengesahkan perkahwinan antara `hartawan' Lebanon, Dr. Elie Yousef Najem dengan seorang wanita Islam dari Kuala Lumpur, tidak pernah berlaku di negeri ini.

Yang Dipertua JAIK, Datuk Sheikh Kassim Saad berkata, siasatan menyeluruh mendapati pelbagai pemalsuan dan penipuan maklumat dilakukan pada sijil pernikahan yang dipegang oleh Elie.

Antaranya, kata beliau, sijil tersebut menyatakan lokasi perkahwinan di Serdang, Kulim sedangkan alamat rasmi sebenar yang dikeluarkan oleh JAIK ialah Serdang, Bandar Baharu.

``Siasatan kita mendapati nama imam yang tertera pada sijil itu juga sebenarnya telah meninggal dunia lebih 10 tahun lalu sedangkan perkahwinan itu dijalankan pada November 2004.

``Tidak pernah berlaku perkahwinan antara mereka di mana-mana tempat atau bila-bila masa pun,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Elie yang didakwa memiliki kekayaan bernilai AS$46 bilion (RM175 bilion) telah berkahwin dengan seorang warga tempatan, Farinnie Mohd. Farid, 19, yang kini hamil tiga bulan.

Sheikh Kassim memberitahu, nombor siri 033423 yang tertera pada sijil perkahwinan milik Elie dikesan menyamai dengan seorang lagi lelaki yang bernikah dalam daerah Kubang Pasu.

Selain itu, jelas beliau, Elie juga dipercayai menggunakan nombor kad pengenalan palsu pada sijil perkahwinannya iaitu 651022-02-5036.

``Pemalsuan nombor kad pengenalannya adalah jelas kerana rakyat Malaysia dari kaum lelaki mempunyai nombor ganjil pada nombor terakhir sedangkan Elie mempunyai nombor genap iaitu 6,'' katanya.

Sheikh Kassim turut mengesahkan bahawa `isteri' Elie, Farinnie berasal dari Pandan Jaya, Kuala Lumpur dan bukannya Kedah, sebagaimana tertera pada sijil pernikahan berkenaan.

Sehubungan itu, tegas beliau, JAIK akan membuat laporan polis terhadap perbuatan Elie yang didapati memalsukan dokumen kerajaan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pisst16Profil   Hantar PM kepada pisst16   Pergi ke pisst16's Website   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 13-01-06 09:59


dia tu tak betullah....kepala mereng skt...

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

pisst16
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.12.2005
Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 08:33


Jawi siasat agama Elie
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim


KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), akan memeriksa kesahihan status agama ?hartawan? keturunan Lubnan, Elie Youssef Najem, yang mendakwa dirinya sebagai Islam.



Pengarah Jawi, Che Mat Che Ali, berkata pengesahan keIslaman lelaki itu antara dua perkara penting yang akan diteliti pihaknya, selain siasatan berhubung kes pemalsuan sijil nikah Elie.



Akta 303 Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, tidak membenarkan seorang Islam berkahwin atau dikahwinkan dengan bukan Islam.

?Jawi bertanggungjawab menentukan perkara itu kerana pasangan berkenaan berada di sini. Bagaimanapun sehingga ini, kami belum memanggil mereka untuk disoal siasat kerana ia dimulakan minggu depan.

?Saya akan bermesyuarat dengan Bahagian Penguat Kuasa dan Pendakwaan Jawi berhubung kes ini,? katanya di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), kelmarin bahawa salinan dokumen sijil daftar nikah pasangan itu yang bernombor siri CAS 033423 adalah palsu.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kedah (Maik), Datuk Syeikh Kasim Saad dilaporkan berkata, siasatan mendapati nama pasangan berkenaan tiada dalam rekod pernikahan di negeri berkenaan.

Beliau berkata, sijil daftar nikah dengan nombor siri CAS 033423 itu milik pasangan lain yang bernikah di Jerlun, Kedah pada 22 November 2004.

Che Mat berkata, sehingga ini pihaknya belum memperoleh maklumat daripada JHEAIK mengenai perkara itu dan pihaknya akan memastikan kes pemalsuan sijil daftar nikah itu disiasat rapi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan sijil itu dikeluarkan sindiket seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Mengikut salinan daftar pernikahan Elie dan Farinnie Mohd Farid yang diperoleh akhbar ini, pasangan itu bernikah pada jam 4.30 petang, 6 Oktober 2005 menggunakan khidmat imam kariah Serdang, Kulim, Ahmad Mohd Tohir, dengan mas kahwin RM100 dan hantaran RM3,000.

Pada borang berkenaan, Elie dicatatkan beralamat di B-3-14, Blok B, Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng, di sini manakala Farinnie di Blok M-13-304, Pandan Jaya, Kuala Lumpur.

Elie sebelum ini mengaku dia beragama Kristian tetapi mendakwa memeluk Islam pada 2001.

Usaha menghubungi Elie semalam gagal manakala usaha mengunjungi kediaman keluarga mentuanya, Mohd Farid Abdullah, di Pandan Jaya, di sini juga gagal.

Sementara itu, status perkahwinan pasangan berkenaan terus menjadi tanda tanya apabila Kedutaan Lubnan di sini, mengesahkan tidak mengetahui mengenainya.

Sumber kedutaan itu yang dihubungi berkata, rakyat Lubnan yang berkahwin di negara ini sepatutnya mendaftar perkahwinan dengan pihaknya untuk rekod tetapi dalam kes Elie, mereka tidak mengetahuinya.

?Jika perkahwinan itu didaftar, kita sepatutnya tahu mengenainya. Kita tidak mengetahui aktiviti Elie di negara ini,? katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pisst16Profil   Hantar PM kepada pisst16   Pergi ke pisst16's Website   Quote dan BalasQuote

pisst16
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.12.2005
Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 08:35


Isteri jamin ?hartawan? RM20,000


KUALA LUMPUR: Isteri ?hartawan? Lubnan, Elie Youssef Najem, bertindak sebagai penjamin selepas suaminya didakwa atas tiga tuduhan menipu dan Akta Imigresen di Mahkamah Majistret di sini, 30 September lalu.



Farinnie Mohd Farid, 19, bersama peguam, S Selvam, 41, menjadi penjamin Elie selepas Mahkamah Majistret membenarkan dia dibebaskan dengan jaminan RM20,000.

Bagaimanapun, mereka hanya mampu membayar jaminan itu pada 3 September lalu, iaitu tiga hari selepas Elie didakwa. Sebelum itu, dia direman bagi membantu siasatan kes itu bermula 22 September lalu.

Mengikut nota prosiding mahkamah bagi kes itu, Majistret Normazaida Ahmad Narihan juga mengarahkan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.

Elie yang mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan itu, akan dibicarakan tiga hari bermula 17 Mei ini.

Bagi tuduhan pertama, Elie didakwa atas tuduhan menipu ahli perniagaan, Tan Sim Chai, 60, dengan memperdayakannya supaya mempercayai bahawa dia akan membayar balik hutangnya selepas memperoleh wang dari luar negara ?2.6 juta.

Sehubungan itu, Tan dikatakan menyerahkan sembilan cek Maybank RM22,000 kepada Elie yang didakwa melakukan kesalahan itu di B-3-14, Blok B, Megan Evenue 2, Jalan Yap Kwan Seng, kira-kira jam 10 malam, 12 September 2005.

Elie juga menghadapi tuduhan kedua menipu Tan dengan memperdayakannya berhubung perkara sama sehingga Tan menyerahkan wang tunai berjumlah RM13,000 kepada tertuduh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat yang sama, kira-kira jam 11 malam, pada 13 September lalu.

Bagi kedua-dua tuduhan itu, Elie didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Elie juga menghadapi tuduhan ketiga iaitu melanggar peraturan pas lawatan sosial yang membolehkan tertuduh memasuki negara ini, dengan bekerja sebagai pengarah syarikat di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat sama, kira-kira jam 4.30 petang, pada 21 September lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Perkara 17(7) dan dihukum mengikut Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963, yang boleh membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pisst16Profil   Hantar PM kepada pisst16   Pergi ke pisst16's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 12:14


apa motif dia sebenarnya ye?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

sunlay
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.12.2005
Ahli No: 21369
Posting: 21
Dari: T P Garang

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 12:30


macam orang sakit otak saja, lain macam saja pak arab ni .... nampak gaya orang pandai malaysia kena kelentong bulat-bulat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sunlayProfil   Hantar PM kepada sunlay   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 18:01


pak arab saiko agaknya....huahuahua...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

najwa_mnor
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.11.2003
Ahli No: 5313
Posting: 148
Dari: gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-01-06 01:45


IC perempuan..kalau kat malaysia, dengar nama Elie mesti orang terbayang perempuan dah.haha.. ini berlaku kekeliruan jantina pulak dah. semoga pihak pengawal keselamatan malaysia lebih berhati-hati dalam membenarkan warga luar masuk ke dalam negara kita. ini senang sangat nak masuk malaysia, kita nak ke luar negara pulak punya susah..nampak sangat kawalan negara kita tak ketat.
Apa nak jadi?Apa nak jadi? Sampai sekarang tak jadi2

Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_mnorProfil   Hantar PM kepada najwa_mnor   Quote dan BalasQuote

xqtif
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.01.2004
Ahli No: 6460
Posting: 104
Dari: UniUtama

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-01-06 20:54


kita tunggu dan lihat tindak tanduk dia nanti tu macam mana

Bookmark and Share

    


  Member Information For xqtifProfil   Hantar PM kepada xqtif   Pergi ke xqtif's Website   Quote dan BalasQuote

la
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.04.2005
Ahli No: 15596
Posting: 173
Dari: di bumi yang nyata

malaysia  


posticon Posting pada: 16-01-06 08:11


Utusan
`Hartawan' Lebanon Dr. Elie Yousef diberkas polis'

Oleh Sopi Samaile

KUALA LUMPUR 15 Jan. - `Hartawan' Lebanon, Dr. Elie Yousef Najem yang mencetuskan kontroversi selepas hasratnya menderma RM1.01 bilion kepada Majlis Kanser Negara (Makna) akhirnya diberkas polis hari ini.

Elie ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di kediamannya di Kondominium Villa Putra, di sini kira-kira pukul 6.15 petang ini.

Menurut sumber, sebaik ditangkap, Elie terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Kata sumber itu, dia ditahan untuk membantu siasatan berkaitan beberapa kes penipuan yang dilaporkan kepada pihak polis baru-baru ini.

``Elie akan dibawa ke Mahkamah Majistret Jalan Raja di sini esok untuk direman,'' kata sumber itu ketika dihubungi malam ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Hairuddin Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan Elie.

``Elie ditahan untuk membantu siasatan kita,'' kata beliau yang enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini, Elie yang mendakwa memiliki kekayaan bernilai AS$46 bilion (RM175 bilion) menyatakan hasratnya menderma RM1.01 bilion kepada Makna.
[ Telah diedit oleh: la pada 16-01-06 08:15 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For laProfil   Hantar PM kepada la   Quote dan BalasQuote

la
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.04.2005
Ahli No: 15596
Posting: 173
Dari: di bumi yang nyata

malaysia  


posticon Posting pada: 16-01-06 08:13


Utusan

Polis tunggu laporan Bank Negara siasat aset Elie

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Polis menunggu laporan daripada Bank Negara berhubung siasatan nilai aset seorang warga Lebanon, Dr. Elie Yousef Najem yang mencetuskan kontroversi dengan kekayaan `melampau' dan berhasrat menderma RM1.01 bilion kepada Majlis Kanser Negara (Makna) 7 Januari lalu.

Laporan siasatan Bank Negara itu dijangka siap dalam tempoh dua hari lagi.

Menurut sumber, selepas pendedahan isu tersebut, polis telah bekerjasama dengan Bank Negara untuk menjalankan siasatan terhadap nilai harta Elie yang didakwa berjumlah RM175 bilion (AS$46 bilion).

Katanya, kelmarin, polis telah mengambil keterangan daripada bapa mertua Elie, Mohd. Farid Abdullah di kediamannya di Villa Putra, di sini berhubung perkahwinan anaknya, Farinnie Mohd. Farid, 19.

``Ini ekoran dakwaan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang mengesahkan bahawa sijil perkahwinan yang dimiliki Elie adalah palsu,'' jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Pada sidang akhbar Elie 7 Januari lalu, Elie membuat kenyataan akan menderma RM1.01 bilion kepada Makna untuk mendirikan Hospital dan Pusat Rawatan dan Penyelidikan Kanser Kanak-Kanak Farinnie Elie dan Makna pada 15 Februari ini.

Beliau mengumumkan akan menyumbang sebanyak AS$200 juta (RM760 juta) yang akan digunakan untuk membina hospital, AS$50 juta (RM190 juta) untuk ubat-ubatan, kos elektrik dan kos operasi lain serta baki AS$25 juta (RM95 juta) lagi untuk pembelian tanah.
[ Telah diedit oleh: la pada 16-01-06 08:16 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For laProfil   Hantar PM kepada la   Quote dan BalasQuote

pisst16
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.12.2005
Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 09:00


Hartawan’ Lubnan ditahan
Oleh Johari Ibrahim dan Adha Ghazali


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah buat laporan pemalsuan sijil nikah

KUALA LUMPUR: Selepas seminggu mengumumkan hasrat menderma AS$275 juta (RM1.03 bilion) kepada Majlis Kanser Nasional (Makna) bagi membina pusat penyelidikan dan rawatan kanser untuk kanak-kanak di ibu negara, ‘hartawan’ kontroversi keturunan Lubnan, Elie Youssef Najem, ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan.



Lapan pegawai polis berpakaian preman dari Bukit Aman dilihat mengunjungi Villa Putera, di sini, sejak jam 4 petang. Mereka bagaimanapun gagal memasuki unit kondominium Elie di tingkat 27 itu yang dikunci dengan rantai dan mangga besi.

GAGAL SEMBUNYI:
Elie dibawa polis
ke Bukit Aman,
semalam.

Ketika polis mahu memotong rantai dan mangga berkenaan, mereka terserempak dengan mentua Elie, Farid Abdullah di perkarangan villa.

Sejurus kemudian, Elie dengan dikawal beberapa anggota polis dilihat meninggalkan Villa Putera dengan sebuah kereta Proton Wira berwarna putih jam 5.45 petang menuju ke Balai Polis Dang Wangi, di sini.

Ketika di balai polis, Elie yang menyedari kehadiran wartawan dan jurugambar, enggan keluar dari bangunan Balai Polis Dang Wangi.

Dia juga sempat memarahi jurugambar yang cuba merakamkan gambarnya.

Elie yang diiringi tiga pegawai polis, dilihat meninggalkan Balai Polis Dang Wangi kira-kira jam 7.20 malam menaiki kereta Proton Wira putih ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Dia dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini untuk mendapat perintah tahanan reman.

Penahanan Elie, 45, disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Mohd Rodzi Ismail, ketika dihubungi semalam. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut sebab penahanan Elie.

Sementara itu di ALOR STAR, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEIK) semalam, membuat laporan polis berhubung pemalsuan sijil pernikahan Elie dan isterinya, Farinnie Farid, yang didakwa dikeluarkan jabatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Zainal Abidin Kasim yang mengesahkan perkara itu, berkata seorang pegawai JHEAIK membuat laporan itu di Balai Polis Alor Star kira-kira jam 9.30 pagi.

"Elie dan isterinya akan dipanggil bagi membantu siasatan," katanya di pejabatnya di sini, semalam.

Katanya, kes itu disiasat Bahagian Jenayah Komersial polis negeri mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan berhubung perbuatan pemalsuan bagi maksud mahu menipu.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Zainal Abidin berkata, dalam laporan itu, JHEAIK menafikan pernah mengeluarkan sijil pernikahan kepada Elie dan pasangannya dan mendakwa kemungkinan berlaku pemalsuan dokumen rasmi kerajaan.

FAKTA NOMBOR
RM1.03b - Dakwaan derma Elie kepada Makna
5 - Laporan polis berhubung Elie

Bookmark and Share

    


  Member Information For pisst16Profil   Hantar PM kepada pisst16   Pergi ke pisst16's Website   Quote dan BalasQuote

pisst16
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.12.2005
Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 07:34


Perintah reman Elie dibuat di hospital
KUALA LUMPUR 16 Jan. - Polis hari ini memperoleh perintah tahanan reman selama empat hari terhadap ahli perniagaan Lebanon, Elie Youssef Najem, yang menjanjikan derma RM1 bilion kepada Majlis Kanser Nasional, bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid di Hospital Kuala Lumpur kerana Elie sedang dirawat selepas dia mengadu sakit diabetes semalam.

Ahmad Solihin, yang ditemani seorang pegawai polis dari mahkamah di sini, tiba di hospital itu pukul 3 petang dan keluar sejam kemudian.

Sejak tengah hari lagi, wartawan dan jurugambar menunggu di luar bangunan wad Elie menerima rawatan kerana mereka tidak dibenarkan masuk oleh beberapa orang pengawal keselamatan di hospital itu.

Dia menerima rawatan di wad biasa di tingkat lima hospital itu sambil diawasi dua anggota polis.

Turut kelihatan melawat Elie adalah bapa mentuanya Farid Abdullah.

Elie ditahan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman di kediamannya di Kondominium Villa Putra di sini pada pukul 6.30 petang semalam.

Pengumumannya untuk menderma kepada Makna itu menarik perhatian umum setelah beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuannya.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah pula membuat laporan polis berhubung pemalsuan sijil pernikahan Elie dengan isterinya, Farinnie Farid, seorang rakyat tempatan.

- Bernama

Bookmark and Share

    


  Member Information For pisst16Profil   Hantar PM kepada pisst16   Pergi ke pisst16's Website   Quote dan BalasQuote

JeSsamIn
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 15751
Posting: 56
Dari: no man's land

Perlis  


posticon Posting pada: 17-01-06 07:45


Betapa anehnya dunia. Semakin sukar untuk difahami..*sigh*

Bookmark and Share

    


  Member Information For JeSsamInProfil   Hantar PM kepada JeSsamIn   Quote dan BalasQuote

pisst16
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.12.2005
Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 12:54


Isu ‘HARTAWAN’ Lubnan: Boleh didakwa bersekedudukan

Oleh Efindi Badarudin dan Nasharuddin Muhamad
[email protected]

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri `hartawan’ Lubnan Elie Youssef Najem, 45, dan Farinnie Mohd Farid, 19, dianggap bersekedudukan jika Mahkamah Rendah Syariah mendapati perkahwinan mereka tidak sah mengikut hukum syarak.





Selain itu, mahkamah juga mempunyai kuasa memfarakkan (memisahkan) pasangan berkenaan jika terbukti pernikahan yang didakwa dilangsungkan tidak mengikut perundangan sedia ada.

Harian Metro difahamkan, jika mahkamah memutuskan perkahwinan pasangan berkenaan sah, hartawan Lubnan dan isterinya juga berhadapan dengan tindakan mahkamah mengikut Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Menurut sumber, berdasarkan pengesahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) serta beberapa fakta termasuk pengakuan bapa Farinnie, Mohd Farid Abdullah, 66, seorang jurunikah dibawa dari Kedah ke Kuala Lumpur untuk upacara akad nikah itu.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohamad Zain Abdullah, berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh pihaknya melihat memang terdapat keraguan dalam perkahwinan itu.

Bagaimanapun pihaknya tidak boleh terburu-buru membuat sebarang keputusan selagi keterangan belum diambil dari mereka yang terbabit dalam perkahwinan pasangan berkenaan.

Menurutnya, unit perkahwinan akan merujuk kes pasangan berkenaan ke Mahkamah Rendah Syariah sekiranya terdapat keraguan dalam keterangan yang akan diambil terhadap suami isteri itu termasuk bapa pengantin perempuan, jurunikah serta mereka yang menjadi saksi dalam majlis akad nikah.

“Kita akan ambil tindakan iaitu perkahwinan tanpa kebenaran Jawi, perkahwinan menggunakan sindiket, poligami serta lewat mendaftar perkahwinan.

“Perkahwinan sindiket disiasat berdasarkan pengesahan JHEAIK dan poligami merujuk kenyataan Elie yang pernah berkahwin di Lubnan,” katanya.

Selain itu Mohamad Zain juga berkata, bapa pengantin wanita, jurunikah dan saksi juga boleh didakwa kerana bersubahat menjalankan pernikahan secara sindiket.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pisst16Profil   Hantar PM kepada pisst16   Pergi ke pisst16's Website   Quote dan BalasQuote

pisst16
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.12.2005
Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 12:55


Isu ‘HARTAWAN’ Lubnan: Jurunikah Jaik tak boleh bertugas di luar Kedah


ALOR STAR: Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) tidak membenarkan jurunikah yang ditauliahkannya melaksanakan sebarang majlis pernikahan di luar negeri ini.





Sumber Jaik berkata, keadaan itu kerana perkara berkaitan agama terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri selain turut membabitkan isu pentadbiran dan undang-undang.

Justeru, menurutnya, dakwaan bapa mentua `hartawan’ keturunan Lubnan, Elie Youssef Najem bahawa pernikahan anaknya, Farinnie dengan lelaki itu menggunakan khidmat jurunikah yang dibawa dari Kedah, tidak mungkin berlaku.

“Berdasarkan aspek pentadbiran mengenai pendaftaran pernikahan, perkahwinan yang dilakukan di luar negeri ini tidak boleh menggunakan sijil nikah yang dikeluarkan jabatan ini,” katanya.

Sementara itu, sumber berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang terbabit mengatur atau menghadiri majlis pernikahan pasangan itu.

“Kita masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti mereka yang terbabit dengan majlis pernikahan pasangan itu bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 468 dan 471 Kanun Keseksaan iaitu pemalsuan bagi maksud hendak menipu dan menggunakan suratan pemalsuan sebagai tulen.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara maksimum tujuh tahun serta denda,” kata sumber itu kepada Harian Metro, semalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pisst16Profil   Hantar PM kepada pisst16   Pergi ke pisst16's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2024
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 13:18


:roll: tak tau la ana mana 1 yang betul ini....
:-) kita tunggu & lihat saja lah apa kesudahannyer nantii....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

jagoan05
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14096
Posting: 24
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 18-01-06 14:07


tunggu dan lihay apa kesudahannya nanti..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For jagoan05Profil   Hantar PM kepada jagoan05   Pergi ke jagoan05's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 15:37


hartawan yang tertawan :P :P :P

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

jagoan05
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14096
Posting: 24
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 19-01-06 17:50


dia ni gila agaknya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jagoan05Profil   Hantar PM kepada jagoan05   Pergi ke jagoan05's Website   Quote dan BalasQuote

ahmad_azhar
WARGA SETIA
Menyertai: 10.12.2003
Ahli No: 5593
Posting: 856
Dari: ~:dari zon 4 johor:~

Johor  


posticon Posting pada: 19-01-06 18:26


!!! QUOTE !!!

Hartawan' Lebanon disiasat -- Polis terima lima laporan terhadap dari. Elie Yousef Najem
Oleh RUHAIDINI ABD KADIR, HAIRULAZIM MAHMUD dan YAP LEE YING
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan berkata, polis akan menyiasat latar belakang `hartawan' dari Lebanon, dari. Elie Yousef Najem yang mendakwa memiliki kekayaan bernilai AS$46 bilion (RM175 bilion).

Ini kerana terdapat banyak unsur-unsur yang `mencurigakan' mengenai lelaki itu.

Musa ketika dihubungi Utusan Malaysia turut mengesahkan terdapat lima laporan polis yang dibuat terhadap lelaki itu sepanjang tahun lalu.

``Polis akan membuka kertas siasatan berasaskan lima laporan yang diterima itu,'' katanya di sini hari ini.

Berdasarkan rekod polis:

* Elie kini sedang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Sesyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

``Ini adalah berasaskan lima laporan orang perseorangan yang mendakwa dia cuba menipu dengan tidak membayar gaji pekerjanya.

``Ekoran itu, Elie ditahan September lalu dan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 26 September tahun lalu,'' jelas Musa.

Elie kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000.

``Kesnya masih berjalan dan akan didengar semula Mei ini,'' ujarnya.

* Pada Jun lalu, Jabatan Narkotik Kuala Lumpur pernah diarahkan menyiasat mengenai Elie dan kediamannya di Kondominium Mutiara Villa, Jalan Changkat Tong Shin di sini bagi mengetahui kemungkinan terdapat aktiviti melibatkan jenayah narkotik berlaku di sana.

Bagaimanapun, setelah siasatan dibuat didapati tiada unsur berkaitan narkotik, sebaliknya siasatan telah diserah kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial kerana siasatan didapati ia lebih menjurus ke arah jenayah itu.

Ketua Jabatan Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Othman Harun ketika ditemui mengesahkan perkara itu.

* Elie juga disiasat berhubung kes cabul.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Ramli Din berkata, pihaknya memang telah membuka dua kertas siasatan melibatkan kes cabul setelah tiga pekerja Elie membuat laporan pada 9 September tahun lalu.

Sehubungan itu menurut beliau, Elie telah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

``Siasatan bagaimanapun tidak dapat membuktikan perkara itu dan Elie telah dibebaskan,'' tambahnya.

Berdasarkan aduan orang ramai kepada Biro Aduan MCA hari ini:

* Seorang pemilik syarikat peminjam wang berlesen, John Sing mengadu Elie gagal menjelaskan pinjaman berjumlah RM167,000 yang dibuat pada 20 Oktober lalu.

* Seorang tukang kunci, Eddy turut kerugian RM10,000 setelah mendakwa Elie gagal membayar kos mangga dan kunci yang dibekalkan kepadanya pada 1 September lalu.

Sementara itu, Elie yang dihubungi bagi mendapatkan reaksinya berkata, dia sedia bekerjasama dengan pihak polis.

Malah, katanya dia akan mempertahankan haknya dan tidak akan menyembunyikan apa-apa pun kepada pihak berkuasa itu.

``Apa salah saya, saya tidak akan menyembunyikan diri,'' dakwanya.

Dalam pada itu, Musa menyatakan bahawa beliau belum meneliti dan dimaklumkan proses siasatan yang dijalankan Cawangan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Polis juga tidak menafikan 10 pengawal keselamatan bersenjata lengkap yang mengawal unit kondominium Elie hanya diupah dalam tempoh terdekat dari syarikat sekuriti tempatan.

Menurut sumber, sehingga kini polis masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak termasuk Majlis Kanser Nasional (Makna) berhubung dakwaan bahawa Elie cuba menipu melalui tindakannya untuk membantu kanak-kanak kanser khususnya yang miskin.

Justeru, polis tiada kuasa untuk campur tangan dan mengambil tindakan terhadap Elie melainkan terdapat laporan mengenainya.

Elie kelmarin membuat kenyataan untuk menderma RM1.01 bilion kepada Makna untuk mendirikan Hospital dan Pusat Rawatan dan Penyelidikan Kanser Kanak-kanak Farinnie Ellie dan Makna bermula 15 Februari ini.

``Tetapi sehingga kini, polis masih belum menerima sebarang laporan menyatakan atau membuktikan Elie cuba menipu.

``Hasrat beliau untuk menderma sebanyak RM1.01 bilion kepada Makna tidak boleh dikaitkan dengan jenayah kerana beliau hanya berjanji dan masih belum mengingkari persetujuan tersebut,'' katanya di sini, hari ini.

Dalam sidang akhbar Elie kelmarin, dia mengumumkan akan menyumbang sebanyak AS$200 juta (RM760 juta) yang akan digunakan untuk membina hospital tersebut, AS$50 juta (RM190 juta) untuk ubat-ubatan, kos elektrik dan kos operasi lain serta baki AS$25 juta (RM95 juta) lagi untuk pembelian tanah.

Menurutnya, sumbangan tersebut akan disalurkan melalui akaunnya di Chase Manhattan Bank.

Dalam pada itu, Elie menolak dakwaan tentang kemampuan kewangannya dengan menunjukkan slip simpanan banknya berjumlah kira-kira AS$526 juta (RM1.9 bilion) di salah sebuah bank di New York, Amerika Syarikat.


-----------------
bersama hayati keindahan islam



Bookmark and Share

    


  Member Information For ahmad_azharProfil   Hantar PM kepada ahmad_azhar   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 21-01-06 13:40


erm,kita tunggu dan lihat saja skiranya tlaksana apa yang dia ckpkn itu,jangan buat andaian buruk.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

mulimahsejati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17755
Posting: 277
Dari: bawah langit atas tanah

Kedah  


posticon Posting pada: 22-01-06 10:13


tu la pasal nya....mintak2 dia dapat hidayah daripada Allah...aminn

Bookmark and Share

    


  Member Information For mulimahsejatiProfil   Hantar PM kepada mulimahsejati   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-02-06 00:27


Susah pula saya nak percaya dia tu...
tapi saya tidak mahu membuat andaian sendiri...
Hanya Allah SWT lebih tahu..

Mudah-mudahan dia berbiat baik dan melaksanakan perkara baik...
dan sekiranya apa yang dia buat itu salah...tindakan tegas ke atas dia perlu...mengikut peruntukan undang2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

pisst16
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.12.2005
Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-02-06 11:45


terpulang kepada niat masing2

Bookmark and Share

    


  Member Information For pisst16Profil   Hantar PM kepada pisst16   Pergi ke pisst16's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.146763 saat. Lajunya....