Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
It is possible to fail in many ways...while to succeed is possible only in one way.
-- Aristotle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 180
Ahli: 0
Jumlah: 180




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 30 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: remaja zaman sekarang


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» remaja zaman sekarang

Please Mendaftar To Post


Oleh remaja zaman sekarang

norhidayati
Warga Rasmi
Menyertai: 01.01.2006
Ahli No: 21576
Posting: 4

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-01-06 20:53


assalamualaikum...semua.saya nak tanya apa pendapat sahabat ukhwah semua tentang remaja zaman sekarang?setahu saya remaja zaman sekarang ini semakin jauh dengan agama dan kuasa barat dah banyak menguasai.macam mana cara nak mengatasinya remaja yang semakin jaun ini?marilah kita sama-sama berbincang.


-----------------
kegagalan sekali tak bermakna gagal untuk selamanya


Bookmark and Share

    


  Member Information For norhidayatiProfil   Hantar PM kepada norhidayati   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-01-06 21:55


Pada ana kena betulkan institusi keluarga dulu.
Maknanya ibubapa sendiri kena bersedia dengan ilmu bukan sahaja ilmu dunia tapi akhirat. Ibu bapa kena ada ilmu agama. Dengan adanya ilmu agama ini maka anak2 dptlah dididik dengan agama Islam yang betul. Walaupun mereka tak mampu nak didik anak2 . Jadi hantarlah ke sekolah2 agama, kelas2 fardhu ain, kelas2 al-Quran dll.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-06 21:57


semua warga ukhwah.com ni kena dekat2kan diri dan berkawan dengan remaja2 yang bermasalah tu semua.

:-di :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 00:04


remaja lelaki perlu dekatkan diri dengan rumah Allah, yang perempuan banyakkan ibadah di rumah, kurangkan rp berpeleseran di bazar2

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 00:05


ajak manusia mengenali Allah....tanamkan mereka kepada cintan Allah dan Nabi SAW

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 00:07


betul tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 01:35


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah sekiranya kita teliti remaja itu semuanya dilahirkan dari ibu dan mempunyai bapa. Maka di manakah ibu bapa ini? Sekiranya setiap ibu bapa mendidik anak-anak mereka insyaAllah tidak akan ada masalah kecuali kes tertentu. Namun semua ini berdasarkan pendidikan yang menjurus pada Al Quran dan As Sunnah.

Bila kita dengar saranan pakar motivasi seperti dari Fadzilah Kamsah yang menyebut dari penyelidikannya beliau dapati bahawa keluarga yang cemerlang ialah bila ibu bapa yang tidak meninggalkan solat witir sebelum tidur. Sebelum solat witir itu maka solat taubat dan juga solat mutlak memohon agar dipelihara keseluruhan keluarganya. Maka apa yang berlaku kemungkinan ibu bapa tidak berdoa dan juga tidak menjadi contoh sehingga remaja keliru dan meninggalkan rumah untuk mencari ketenangan di luar maka berlakulah apa yang berlaku.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - remaja itu adalah bakal pemimpin masa depan maka jadilah remaja yang soleh dan solehah ya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nurainaishah
Warga Rasmi
Menyertai: 26.10.2005
Ahli No: 20104
Posting: 15
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 11:09


remaja zaman sekarang dah lari dari pegangan yang sebenar...ish..ish..ish tak thulah apa nak jadi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainaishahProfil   Hantar PM kepada nurainaishah   Quote dan BalasQuote

rifhan_irfan
Warga Rasmi
Menyertai: 14.10.2005
Ahli No: 19826
Posting: 19
Dari: taiping

Perak  


posticon Posting pada: 03-01-06 11:27


asslamualaikum..
kalau tengok zaman remaja sekarang ni memang dah teruk sangat2..ana nak fokuskan kepada remaja islam..
mereka seolah-olah memandang ringan tentang hukum2 islam..
memandang remeh tentang syariat..
dah banyak berlaku..bertudung,tapi masih berpegangan
tangan dengan bukan mahram..
masyaAllah..
seolah-olah dia menjual agama sendiri..
ana bukan pandai and ilmu agama pun sekadar cukup untuk diri sendiri.
hanya mampu melihat..tak mampu menegur..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rifhan_irfanProfil   Hantar PM kepada rifhan_irfan   Pergi ke rifhan_irfan's Website   Quote dan BalasQuote

rifhan_irfan
Warga Rasmi
Menyertai: 14.10.2005
Ahli No: 19826
Posting: 19
Dari: taiping

Perak  


posticon Posting pada: 03-01-06 11:32


kita tak boleh menyalahkan institusi keluarga sepenuhnya..
even parent kita pendakwah atau ahli agama,tak semestinya anak2
turut mengikut jejak langkah mereka..
manusia lebih mudah ditawan dengan nafsu..
lebih berminat dengan sesuatu yang lain,tanpa mengira hukum2 agama..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rifhan_irfanProfil   Hantar PM kepada rifhan_irfan   Pergi ke rifhan_irfan's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-01-06 20:33


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah atas respons. Yang paling umi terkejut tempoh hari ialah berita di tv dimana beberapa remaja bertudung turut ditangkap di sebuah premis persembahan black metal sempena tahun baru. MasyaAllah! Macam mana mereka boleh ke tempat seperti itu? Tidakkah mereka sedar bahawa mereka telah mencemarkan maruah kedua ibu bapa mereka selain diri mereka sendiri dan juga suasana tersebut termasuk dalam kategori maksiat dalam Islam?

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - pendakwah bukan penghukum tetapi perlu sering ingat mengingati agar tidak lari dari landasan Al Quran dan As Sunnah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 23:55


DISKUSI TENTANG KRISIS AKHLAQ

Saya timbulkan hal ini selepas berbual dengan orang kuat An-Nidaa’, iaitu Haji Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Pak Din. Semasa berbual lewat malam selepas menghabiskan ceramah 7 Habits saya, Pak Din mengeluh tentang krisis Akhlaq.

“Ramai yang berlepas tangan bab Akhlaq ni, ustazâ€, kata Pak Din.

Saya mengangguk.

“Sampai ustaz-ustaz sendiri pun mengalami krisis Akhlaq. Datang lewat, tak tepat masa… semua rasa biasa. Pinjam barang tak pulang balik, rasa biasa… tak rasa hina diri, tak rasa berdosaâ€, kata Pak Din lagi.

“Timbul soalan besar di sini, Pak Din. Orang Barat sana tu, menepati masa. Bekerja amanah. Saya pernah jumpa orang Ukraine semasa di Ireland, yang berpindah ke tempat saya kerana dipulau di tempat lamanya atas kesalahan menipu. Sungguh aib menipu ini kepada merekaâ€, saya mengulas.

“Soalnya, orang Barat ‘tak ada agama’ tapi ada tabiat positif. Ada HABIT. Kita yang ada agama, tak ada Akhlaq. Habis, macam mana nak jawab kalau ada orang persoalkan, apa gunanya agama kalau yang beragama tidak berakhlaq, sedangkan Barat tanpa Islam pun boleh lebih ‘Islamik’!â€, saya cuba mencetuskan persoalan yang lebih meruncing.

“Hmm… apa pandangan Hasrizal? Di mana silapnya?â€, Pak Din berkerut dahi berfikir. Tiga empat orang rakan yang lain turut sama.

“Pada saya Pak Din, Akhlaq ini bukan lalang, boleh tumbuh sendiri. Ia memerlukan usaha. Habit positif di Barat bukan tercetus sendiri. Mereka mengajar dan belajar mengenainyaâ€, saya memberikan pandangan.

BARAT BELAJAR DAN MENGAJAR ‘HABIT’ (AKHLAQ)

Memang dalam sejarah Barat, kesan kepincangan Kristianiti, ramai yang membuang agama. Tetapi yang dibuang itu adalah ritual. Substance atau intinya masih dijaga dan dipupuk.

Lihat sahaja 7 Habits oleh Stephen Covey. Ia dipelajari di sekolah-sekolah. Untuk membentuk tabiat positif, ada teknik dan kaedahnya. Ia diajar dan dipelajari secara intensif di sekolah-sekolah.

Jika anda berpengalaman duduk sekelas dengan pelajar Amerika, anda pasti bersetuju dengan saya bahawa kebanyakan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Hingga kadang-kadang lebih dari diri yang sebenar. Tengok sahajalah American Idol di peringkat awal ujian bakat. Terlebih yakin hingga tak boleh terima hakikat yang dirinya lebih merdu jika tidak bersuara.

Keyakinan diri itu diajar, diasah dan dibentuk. Ada kaedah ada caranya.

Maka kalau mereka memandu, pasti berhenti di lintasan Zebra. Masuk pejabat mesti tepat masa. Mesyuarat mesti kemas dan aktif. Malah jika cikgu bertanya soalan, murid-murid ghairah menjawab… biar pun jawapannya selalu salah.

Mengapa begitu?



PARENTING

Ibu bapa yang biasa saya lihat di Barat, memuliakan manusia seawal usia. Mereka tidak memperlekehkan anak-anak. Jika anak berusia 3 tahun mahu bercakap, mereka akan berhenti bercakap dan memberi perhatian dan telinga.

“Eh, diamlah. Orang tua nak bercakap, kamu sibuk nak bercakap. pergi main sana!â€, ini bahasa biasa kita terhadap anak-anak sendiri.

Potensi mereka dibunuh awal-awal lagi.

Barat boleh buat semua ini sebab mereka memuliakan manusia. Lantas mereka berminat mengkaji manusia. Sebab itu, majoriti disiplin Sains Kemanusiaan seperti Psikologi, Sains Politik, Kaunseling, Komunikasi dan lain-lain, dibangun dan dikembangkan oleh Barat.

Cumanya, dengan membelakangkan agama, tabiat itu mudah tersasar. Nilai mudah berubah. Puncanya ialah kerana tiada nilai Ta’abbud. Tiada Ubudiyyah kepada Allah. Tiada reference point dalam hidup.

Kebaikannya, terpisah dan tidak berhubung dengan Tuhan, kerana ramai yang berkrisis terhadap ritual dalam agama. Maka rugilah Barat dari sudut Ta’abbud kerana meninggalkan ‘agama’ (ritualnya).




UMAT ISLAM BAGAIMANA?

Apahal pula dengan umat Islam.

Kita sangat mementingkan ritual, sehingga menyangkakan ia puncak agama.

“Agenda kita hanya Tauhid dan Ibadah. Apa kena mengenanya tajuk-tajuk pelik ni dengan matlamat An-Nidaa’?â€, ada orang yang pernah mempersoalkan tindakan Pak Din dan kepimpinan An-Nidaa’ mempelbagaikan tajuk Wacana Ilmiah mereka.

“Habis, takkan nak betulkan solat ikut cara Nabi sampai bertahun-tahun? Tak betul-betul lagikah solatnya? Takkan nak bahas Aqidah dari muda sampai ke tua. Ni masalah umat macam-macam ni, bawalah Aqidah yang benar dan Ibadah yang sahih itu, untuk menanganinya!â€, balas Pak Din, sebagaimana yang diceritakannya kepada saya.

HIDUPKAN KEMBALI TUJUAN AGAMA



إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

“Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurniakan kemuliaan dan nilai Akhlaq†(Disahihkan oleh al-Albani - 1/45)


Ya. Atas dasar itulah saya amat menghargai usaha Imam al-Ghazzali menulis kitabnya Ihya’ ‘Ulumiddin.

Al-Ghazzali kecewa dengan golongan Fuqaha’ yang terperangkap di dalam ritual. Sedangkan solat disyariatkan untuk membentuk peribadi, mendidik hati. Untuk Akhlaq. Tetapi umumnya di masa itu, orang sibuk dengan rukun dan syarat Ibadah, tetapi peranan Ibadah dalam membentuk jiwa dan Akhlaq tidak dipedulikan. Maka agama menjadi ritual… kulit semata.

Yang kuat sembahyang itulah yang kuat temberang.

Yang bertudung itulah yang paling tak malu.

Yang berkelulusan agama itulah MUSUH agama.

There must be something wrong, either with the input or the process…!

Hari ini, timbul gelaja keruntuhan Akhlaq.

GENERASI KURANG AJAR

Ada yang risau, generasi muda sekarang tak hormat Ulama’. Maka jari ditunding kepada manhaj. Manhaj dipersalahkan. Cara belajar dipersalahkan.

Benarkah itu puncanya?

Benarkah kalau belajar bertalaqqi dengan guru lagi bersanad, maka terhindar dari gejala Akhlaq? Benarkah cara tradisional lebih membentuk Akhlaq berbanding cara moden ala-ala universiti, sijil dan ijazah?

Saya lihat, dan anda semua melihat… sama ada yang ikut aliran Tradisional, atau yang tidak Tradisional (Tajdid, Salafi, etc…), dua-dua suka memaki hamun sesama sendiri. Tebing kiri memaki Al-Albani, tebing kanan memaki Al-Buthi. Bukan sahaja tidak menghormati ulama’ tetapi memang tidak pandai menghormati sesiapa, muda dan tua.

Pada saya, ia bukan salah manhaj. Ramai yang beraliran tradisional tetapi tetap gagal memelihara Akhlaq ketika berdiskusi, bercakap dan menulis. Ramai juga Salafi yang bersanad dan mengaji berlaga lutut dengan guru, turut gagal berakhlaq ketika bercakap dan menulis.

Maka, bukan method belajar yang saya bimbang, tetapi apa yang diajar dan apa yang dipelajari, itu yang lebih utama.

Pada saya, bukan Salaf atau Khalaf yang menjadikan generasi muda kurang ajar. Tetapi mereka yang kurang ajar ini yang beraliran Salaf dan Khalaf. Lantas kurang ajar itu terpalit pada manhaj yang sudah cukup matang dan lama, lagi berjasa kepada agama. Sebagaimana Islam terfitnah oleh kelakuan penganutnya, begitulah juga manhaj disalah ertikan oleh kemarau Akhlaq pendukungnya.



Mengapa?

Kerana kita semakin percaya bahawa Akhlaq ialah lalang. Tidak perlu diajar tidak perlu dirunsing.

Akhlaq tumbuh sendiri tanpa perlu disemai, dibaja dan dijaga!

Lantas agama kita hanya sibuk dengan ritual, tetapi substance berupa Akhlaq, Tabiat, Habit… dibiarkan …

Pandai-pandai sendiri… kerana percaya ia lalang.

Ada sahaja tanah lapang… tumbuhlah ia menghijau melata.

Hakikatnya, apabila kita tidak membenih Akhlaq, apa yang tumbuh hanya benar-benar lalang yang menyakitkan mata… lantas menjadi makanan lembu semata.

Apa nak jadi ni?

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-06-07 00:16


betul jugak ni...banyak faktor menyumbang kepada krisis akhlaq remaja. parenting memang memainkan peranan yang penting. jom kita break the cycle..usahlah berada di takuk lama, belajar dan mengajar habit pada anak-anak kita akan datang...hidupkan kembali tujuan agama...sesungguhnya anak itu amanah Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 15-06-07 01:04


mereka sekarang DAH teruk...
macam AH tak ada PERASAAN MALU..bila PERASAAN MALU DAH HILANG 2 YANG JADI teruk....
sama-sama AR KITA BANU mereka TAPI DIOANG NI BUKAN boleh D TEGUR
tak PASAL2 KITA pula kena MAKI...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.115181 saat. Lajunya....