Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 164
Ahli: 0
Jumlah: 164




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 6 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Rawatan Tradisional
Topik: ubar resdung


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Rawatan Tradisional
    »» ubar resdung

Please Mendaftar To Post


Oleh ubar resdung

azmir
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11296
Posting: 33
Dari: already transfer to malaysia,my hometown

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 01-01-06 17:30


sesiapa tau kat sini bagaimana nak ubat resdung?kalau ada boleh share tak sebab nanti melarat satu muker susah arrr..dah tak kacak pula nant,semua aweks boleh lari....tak kesah lah tradisional @ moden,janji boleh baik....muker gatal-gatal,kat hidung pula itu....tak boleh kena habuk lah...konfrem nak bersin....tolong arrr....

Bookmark and Share

    


  Member Information For azmirProfil   Hantar PM kepada azmir   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-01-06 20:47


resdung ni apa sebenarnya, boleh cerita sikit tak?

saya ingatkan hanya brkaitan dengan hidung saja, sebab tu namanya resdung....... :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

azmir
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11296
Posting: 33
Dari: already transfer to malaysia,my hometown

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 02-01-06 16:19


entah arrr tak reti nak explain bagaimana tap memang azab lah kalau kena...habuk ke makan benda macam belacan alamat gatal satu muka....tak ada orang nak bagi suggestion ubat ke..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azmirProfil   Hantar PM kepada azmir   Quote dan BalasQuote

Asward_hafiz
WARGA SETIA
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 02-01-06 17:14


assalamualaikum...

saya tak tau apa apa tentang resdung punya tempat yang boleh dirawat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Asward_hafizProfil   Hantar PM kepada Asward_hafiz   Pergi ke Asward_hafiz's Website   Quote dan BalasQuote

nur_soleha0901
Warga Rasmi
Menyertai: 17.12.2005
Ahli No: 21207
Posting: 5
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 07-01-06 00:19


Assalamualaikum...
Hmm..ada satu ubat ni namanya Revel memang sesuai untuk penyakit resdung..Revel ni macam garam mineral and untuk di minum..just drop bbrp titik dalam air kosong..lepas itu boleh minum..rasa macam Eno..ni member yang recommend sebab dia pun resdung.and lepas gunakan alahamdulillah la..resdung dia hilang..tapi kena selalu ambil la kan..

So saya pun ingat nak order ubat ni..since saya pun macam dah kena resdung..so harap info ni berguna buat Azmir ye..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_soleha0901Profil   Hantar PM kepada nur_soleha0901   Quote dan BalasQuote

gsrturbo
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17654
Posting: 251
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-01-06 00:28


resdung = RESah idUNG...heheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For gsrturboProfil   Hantar PM kepada gsrturbo   Quote dan BalasQuote

my_masjid
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.06.2003
Ahli No: 1419
Posting: 87
Dari: Ganu Da Roll Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-01-06 12:31


resdung ni dari segi sains dipanggil kanser hidung.kalau kat kampung dipanggil resdung la.resdung ni macam yang membiak dalam rongga hidung.ia mengganggu pernafasan dan boleh membawa maut jika berlarutan ke tahap kronik.pasal ubat pula ada banyak cara untuk mengubati penyakit resdung.dari cara moden,tradisional dan cara berubat melalui ayat2 Al-Quran.kalau cara moden banyak dah dikomersialkan kat kedai2.cntohnya bekam wap,ubat-ubatan,kosmetik dsbnya.kalau kaedah tradisional pula,herba2 dan kaedah tradisional boleh membantu.saya syorkan dua kaedah yang boleh digunapakai.1 cara melalui kaedah tradisional dipanggil tutung resdung.kaedah ini lebih mujarab.selagi kesemua tak dikeluarkan selagi itu la resdung tak dapat diubati.kalau nak tau lebih lanjut kena la tanya kat mana-mana tempat yang ada kaedah perubatan ni.1 cara lagi melalui amalan ayat2 suci Al-Quran.cuba check dalam buku kaedah perubatan Islam yang ditulis oleh Dato' dari Harun Din.dalam tu ada kaedah merawat resdung cara Islam.
Wallahu a'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For my_masjidProfil   Hantar PM kepada my_masjid   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 10-01-06 21:59


kalau dah teruk sangat, jadi sinus...tahap serius la tu..


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-01-06 22:27


Pada 10-01-06 21:59 , fizah_862000 posting:

!!! QUOTE !!!

kalau dah teruk sangat, jadi sinus...tahap serius la tu..



nak tanya sinus itu macam hingus ke?? :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

nur_2110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2005
Ahli No: 18853
Posting: 187
Dari: infront of my 2313NLCi

Melaka  


posticon Posting pada: 11-01-06 00:05


Pada 07-01-06 00:19 , nur_soleha0901 posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...
Hmm..ada satu ubat ni namanya Revel memang sesuai untuk penyakit resdung..Revel ni macam garam mineral and untuk di minum..just drop bbrp titik dalam air kosong..lepas itu boleh minum..rasa macam Eno..ni member yang recommend sebab dia pun resdung.and lepas gunakan alahamdulillah la..resdung dia hilang..tapi kena selalu ambil la kan..


nak tanya,ubat revel tu nak dapat kat mana ye?farmasi ke?saya rasa nak try la..terima kasih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_2110Profil   Hantar PM kepada nur_2110   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 12-01-06 19:36


Ana ada seorang kawan..setiap pagi akan bersin...adakah itu tanda-tanda penyakit resdung...risau juga kalau dah kerap kali bersin setiap pagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-01-06 22:46


Pada 01-01-06 17:30 , azmir posting:

!!! QUOTE !!!

sesiapa tau kat sini bagaimana nak ubat resdung?kalau ada boleh share tak sebab nanti melarat satu muker susah arrr..dah tak kacak pula nant,semua aweks boleh lari....tak kesah lah tradisional @ moden,janji boleh baik....muker gatal-gatal,kat hidung pula itu....tak boleh kena habuk lah...konfrem nak bersin....tolong arrr....


em...tapi marilah kita sama-sama betulkn niat tu dulu...kalau takut awek or pakwe lari, tak payah lah...

:-P

saya pernah cuba "bedak nasila"...wangi... :-)
boleh dapat kat lgkawi...alhamdulillah...sesuai untuk saya...
tapi sekarang tak guna dah... 8-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

Nurilislami
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13939
Posting: 53
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang  


posticon Posting pada: 18-01-06 00:14


Assalamualaikum wbt...

Nur igin beri pendapat...setahu nur semua orang ada resdung cuma ia depend teruk dan tak teruk saja......

kalau orang resdung ni akan alah pada habuk...pg2 saja mesti bersin....nak kata selsema dak pun....

resdung bukan saja pada muka..terdapat juga pada kepala.....ia akan bertambah teruk kalau makan mknn yang mengandungi belacan....

cara nak ngubat dia...kenakan asap pada muka...dengan menggunakan ubat ia...
selain itu jugak ada ubat yang secara makan.....ni juga ubat tradisional...boleh dapati di kedai2 ubat......kalau nak boleh cari di dalam paper selalu ada siarkan ilan untuk berubat resdung..exspeciall paper metro...kalau tak salah nur


okies..it saja....harap berjaya selesaikan masalah sahabat

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurilislamiProfil   Hantar PM kepada Nurilislami   Quote dan BalasQuote

IbnZha
Warga Rasmi
Menyertai: 14.01.2006
Ahli No: 21916
Posting: 6
Dari: UK

Kedah  


posticon Posting pada: 18-01-06 06:15


Assalamualaikum ya marhabanbikum,
untuk pengetahuan semua ubat resdung yang paling efisyen dan terbaik yang boleh saudara atau saudari gunakan adalah

PIL RESDUNG ORANG KAMPUNG....sesuai dimakan kepada orang yang berpenyakit resdung termasuk resdung mata hidung muka dan sebagainya....sekian

Harap si penanya mendapat kebaikan dari ubat ini yang penting kena ingat bukan ubat ni yang membaikkan penyakit kita tetapi Allah lah yang mengubati penyakit...please bear this thing in your mind
Insyaallah berhasil..Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For IbnZhaProfil   Hantar PM kepada IbnZha   Quote dan BalasQuote

sumaiyya_cleo
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.03.2004
Ahli No: 8022
Posting: 43
Dari: bumi Allah yang dingin bersalju

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-01-06 07:49




Gejala resdung:

* Hidung tersumbat

* Lendir daripada hidung dan tekak

* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

* Hidung bengkok

* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor

* Jangkitan gigi atas

* Ketumbuhan di dalam hidung

* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas

* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata

* Jangkitan otak (meningitis)

* Sakit tekak yang kronik

* Jangkitan tulang muka

* Memburukkan keadaan lelah

* Berdengkur yang kronik

* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak

* Alahan hidung atau hidung sensitif

* Selesema biasa yang melarat.

Diagnosis:

* Skop hidung untuk melihat punca resdung

* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

Rawatan:

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)

* Ubat selesema

* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung

* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Tip menguruskan resdung:

* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop

* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan

Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan

* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung

* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air

* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap

* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya

* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi

* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan

* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

~ Penawar Resdung ~

Oral Jelly/Jeli Gamat





Bookmark and Share

    


  Member Information For sumaiyya_cleoProfil   Hantar PM kepada sumaiyya_cleo   Quote dan BalasQuote

ghaznawi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.08.2003
Ahli No: 2833
Posting: 158
Dari: taiping

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 08:42


teman masalah resdung dah lama tapi dok cari ubat yang serasi dah banyak jugak cara cuba dari perasap muka hingga makan pil tapi tak hilang lagi resdung tu. sekarang baru cuba makan pil resdung orang kampung beli kat mydin minggu lepas.. kena resdung yang tak syoknya makan banyak pantang makanan laut seperti udang, sotong , ketam tak boleh makan padahal tu yang sedap..sabar sajalah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaznawiProfil   Hantar PM kepada ghaznawi   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 10:08


Ana pun resdung.. dengar cerita berbekam bagus.. ni nak cuba berbekam ni. :) lagipun nabi pun buat. mesti ada kebaiikannya.. Insya Allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

nur_2110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2005
Ahli No: 18853
Posting: 187
Dari: infront of my 2313NLCi

Melaka  


posticon Posting pada: 11-02-06 17:11


Pada 18-01-06 06:15 , IbnZha posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum ya marhabanbikum,
untuk pengetahuan semua ubat resdung yang paling efisyen dan terbaik yang boleh saudara atau saudari gunakan adalah

PIL RESDUNG ORANG KAMPUNG....sesuai dimakan kepada orang yang berpenyakit resdung termasuk resdung mata hidung muka dan sebagainya....sekian

Harap si penanya mendapat kebaikan dari ubat ini yang penting kena ingat bukan ubat ni yang membaikkan penyakit kita tetapi Allah lah yang mengubati penyakit...please bear this thing in your mind
Insyaallah berhasil..Wassalam

assalammualaikum...nak tanya,bila makan ubat resdung tu kan apa effect dia?sebab saya try ambil ubat tu lepas itu esoknya keluar kahak melalui mulut.yang peliknya kahak tu ada darah sekali la...takutnya...
kalau ada kawan-kawan lain yang pernah makan ubat resdong orang kpg ni boleh tak bagitahu effect yang kawan-kawan alami..thanks...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_2110Profil   Hantar PM kepada nur_2110   Quote dan BalasQuote

me
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.03.2005
Ahli No: 15254
Posting: 54

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-02-06 17:39


assalamualaikum.....
herm, saya pernah makan ubat itu tapi tak ada apa-apa perubahan pun....
sekarang saya makan masad,dalam proses..ada juga lah keluar macam hingus malam dan pagi tapi tak berwarne... :-di :-di :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For meProfil   Hantar PM kepada me   Quote dan BalasQuote

Baietie
Warga Rasmi
Menyertai: 18.12.2005
Ahli No: 21238
Posting: 10
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-02-06 15:54


Assalamualaikum....

Ana pun ada resdung,tapi semenjak ana pakai ubat yang dibuat oleh mak saudara kawan ana.alhamdulliah makin kurang.

sesiapa yang nak mencuba bolehla email pada ana.

[email protected]

Bookmark and Share

    


  Member Information For BaietieProfil   Hantar PM kepada Baietie   Quote dan BalasQuote

atuk
Warga Rasmi
Menyertai: 13.01.2006
Ahli No: 21899
Posting: 6
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-02-06 17:32


atuk ada 1 petua mudah...
amal masukkan air dalam lubang hidung,waktu ambil wuduk,sedut sampai terasa ke kepala,lepas itu baru hembuskan..amalkan pada waktu pagi i-allah,dengan niat yang betul untuk merawat penyakit ALLAH kan bantu...wallahualam :-)


-----------------
"indah bersahabat bersama pengorbanan
indahnya hati bersama keikhlasan"


Bookmark and Share

    


  Member Information For atukProfil   Hantar PM kepada atuk   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 03-03-06 12:17


banyak ubat resdung ni..tapi banyak yang tak berkesan dr yang berkesan,,,


indah khabar dari rupa

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 15-03-06 00:28


ubat resdung yang paling mujarab??? rekemen la...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 03-06-06 12:02


ehem

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

fatimahzahra
Warga 5 Bintang
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23022
Posting: 363
Dari: blue universe

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-06-06 10:42


kita mulakan dulu dengan rokok resdung...buat la selalu....lepas itu baru guna teknik lain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimahzahraProfil   Hantar PM kepada fatimahzahra   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 02-07-06 17:38


rokok tu isap ke..ana dah berenti rokok..kang takut isap balik pula...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 02-07-06 20:32


Pada 24-02-06 17:32 , atuk posting:

!!! QUOTE !!!

atuk ada 1 petua mudah...
amal masukkan air dalam lubang hidung,waktu ambil wuduk,sedut sampai terasa ke kepala,lepas itu baru hembuskan..amalkan pada waktu pagi i-allah,dengan niat yang betul untuk merawat penyakit ALLAH kan bantu...wallahualam :-)



Em betul..siapa xpenah cuba mula2 memang pedih sangat..tapi lama2 okla...tryla!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

spurs
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.06.2006
Ahli No: 25001
Posting: 27
Dari: Lembah Klang

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 03-07-06 09:17


saya ada kenal seorang yang pakar terapi resdung...ni rawatan tradisional lah...ada rawatan secara herba yakni mengamalkan makan herba...dia pun pandai bekam dengan akupunktur ...ramai orang dah try cara makan herba,alhamdulillah..dah ramai yang sembuh..herba ni disinergikan dengan madu asli untuk dapatkan kesan yang lebih baik...kalau nak ikhtiar cara macam ni,saya boleh bantu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For spursProfil   Hantar PM kepada spurs   Pergi ke spurs's Website   Quote dan BalasQuote

mohdhanis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9883
Posting: 189
Dari: pahang, selangor, penang

Selangor  


posticon Posting pada: 15-07-06 14:27


ALHAMDULILLAH saya dan sahabat2 yang ada resdung dah ok. dok amal jus herba. kalau nak, boleh hubungi saya kat email: [email protected]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdhanisProfil   Hantar PM kepada mohdhanis   Pergi ke mohdhanis's Website   Quote dan BalasQuote

alburtuqol
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.06.2006
Ahli No: 24988
Posting: 69
Dari: subang jaya

malaysia  


posticon Posting pada: 15-07-06 22:26


eh inikah semua simptom resdung yang bersin-bersin itu pastuh gatal-gatal..............errrmmmm takutla sebab saya selalu kena jugak................ubat revel tu bagus ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For alburtuqolProfil   Hantar PM kepada alburtuqol   Quote dan BalasQuote

KIKO
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14072
Posting: 251
Dari: Kota Kinabalu Sabah...

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-07-06 16:33


Rawatan Tradisional Guna sejenis serangga macam lipas tapi kecil..selalu ada dekat stor2 kat belakang rumah. ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For KIKOProfil   Hantar PM kepada KIKO   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 21-07-06 11:49


salam
amalkan makan madu yang pure ye ataupun makan pil roger dengan pakai krim dia sebelum tidur.abang saya dah ok dia punya resdung dan juga jerawat dia semakin berkurangan.
try it,

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

mohdhanis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9883
Posting: 189
Dari: pahang, selangor, penang

Selangor  


posticon Posting pada: 26-07-06 09:45


amalkan jus menguku dan spirulina yang asli

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdhanisProfil   Hantar PM kepada mohdhanis   Pergi ke mohdhanis's Website   Quote dan BalasQuote

munawirah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23706
Posting: 37
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 10:32


rasanya madu asli paling berkesan..
sunnah makan madu:
masukkan madu kedalam air masak, menghadap kiblat lalu membaca doa makan benda yang manis..
" ALLAH HUMMA ZUKNI/NA KHALAWATIL IMAN"
wallahuallam

Bookmark and Share

    


  Member Information For munawirahProfil   Hantar PM kepada munawirah   Pergi ke munawirah's Website   Quote dan BalasQuote

itsme
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11624
Posting: 69
Dari: bumi tuhan

iraq  


posticon Posting pada: 26-07-06 13:56


insyaALLAH setiap penyakit ada ubatnya.Allah yang menjadikan setiap penyakit dan yakinlah ada hikmah yang tersembunyi di sebalikya. berdoalah dan dekatkan diri pada Nya.mugkin DIA memberikan kita penyakit agar dengan itu akan membuat kita lebih mengingatiNya dan lebih mendekatkan diri padaNya. DIA yang mendtgkan penykit itu jadi HANYA DIA sahaja yang dapat menyembuhkannya.yang penting usaha, doa dan tawakal. dan betulkan niat di hati agar dengan sembuhnya penyakit ni kita akan lebih insaf akan kekuasaanNya, bukannya untuk menarik perhatian manusia. ini peringatan untuk diri ana jugak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsmeProfil   Hantar PM kepada itsme   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 14:20


salam...
ana ada cousin yang kena resdung pada tahap kritikal sampaikan habis muka dia dah tak elok...ada satu tahap ulat keluar dari muka dia..masyaAllah...ana pun ada resdung sebab bila ana kena habuk atau dekat dengan kucing,ana terus bersin then tak lama lepas tu ana selesema..ada satu rawatan tradisional yang mana berdasarkan pengamatan ana,pengamal perubatan tu titiskan something kedalam hidung then tak lama lepas tu keluar lendiran yang memang menyakitkan disertai darah...lepas rawatan kena lah berpantang lebih kurang dua minggu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 14:22


Pada 24-02-06 17:32 , atuk posting:

!!! QUOTE !!!

atuk ada 1 petua mudah...
amal masukkan air dalam lubang hidung,waktu ambil wuduk,sedut sampai terasa ke kepala,lepas itu baru hembuskan..amalkan pada waktu pagi i-allah,dengan niat yang betul untuk merawat penyakit ALLAH kan bantu...wallahualam :-)



ana setuju,ada seorang ustaz ajar ana waktu wudu',amalkan masukkan air kedalam hidung...jangan putus...insyaAllah takkan kena selesema...insyaAllah


-----------------
*** YAQEN ALLAH 100%++ ***


Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 14:24


ana dah dua tiga kali ternampak kat perkarangan plaza alam sentral mereka buat rawatan free untuk penyakit resdung...cuba antum jalan2 kesana insyaAllah mungkin bertembung dengan mereka....

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

ieman_mukmin
Warga Rasmi
Menyertai: 04.01.2006
Ahli No: 21665
Posting: 4
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-08-06 15:41


Resdung, Masalah Kulit....?

try lah buat rawatan resdung,tapi saya boleh bantu para muslimah saja...

alhamdulillah para muslimah yang buat rawatan sebelum ni beransur pulih dan mereka memberikan reaksi yang positif... .alhamdulillah...

kaedah rawatan untuk wajah...

langkah 1:rokok resdung(2 btg seorang)

langkah 2:cucian wajah

langkah3 pelembap wajah

harga rawatan:RM25(seorang)untuk sekali rawatan...

rawatan untuk badan pun disediakan(ubat-ubatan)produk2 halal keluaran bumiputra...pembikinan melalui kaedah islam...

kalau rakan-rakan muslimah anda ingin mencuba sila hubungi saya...insyaAllah saya boleh mambantu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ieman_mukminProfil   Hantar PM kepada ieman_mukmin   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-08-06 23:46


ada ubat tradisional tapi agak pedih sikit...
mudah saja gosokkan kulit kayu manis dengan air sedikit pada batu lesung...
pati yang keluar tu sapukan pada kawasan resdung...
elok juga amlkan untuk hilangkan parut jerawat

Bookmark and Share

    


  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

jasadkudisini
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2006
Ahli No: 25763
Posting: 221
Dari: sinGgaHsaNa..

germany   avatar


posticon Posting pada: 23-09-06 23:32


rasanya macam dah kena saja pasal selalu bersin...gatal2 idung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jasadkudisiniProfil   Hantar PM kepada jasadkudisini   Pergi ke jasadkudisini's Website   Quote dan BalasQuote

Ikhwan_nabawi
Warga Rasmi
Menyertai: 22.01.2010
Ahli No: 39116
Posting: 3

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-01-10 09:28


Rawatan Resdung Tradisional (Islamic Treatment)

http://hanan.com.my/bazar/rawatan-resdung-tradisional-islamic-treatment

PRoSeS CaBuT KeLuaR LeNDiR PunCa PenYaKiT ReSDunG, CaRa MuDah TaNPa PeMBeDaHaN…!

Surah al-Hijr ayat 47-48 “Dan kami cabut apa yang ada di dalam dada mereka maka mereka tidak merasa lelah di dalamnya”

Penyakit lendir hidung :
Migrain, Sakit kepala,kelumumur, Rambut gugur, Gatal, Botak, Mata gatal/berair, Sakit mata/bengkak, Hidung sakit/gatal/berair/ tersumbat/busuk, Jerawat, Gatal muka, Hidung hilang deria bau, Alahan makanan laut Dll.

Penyakit Lendir mulut:
Asthma/lelah, Penat/semput, Sesak nafas, Batuk, Gatal tekak, Cuci suara (Khas untuk mengaji/bernasyid dll),Panjang nafas (Extra stamina) Baik untuk bersukan, masalah dada, tekak dll.

INSYA ALLAH.

Kami akan pertimbangkan membuat rawatan resdung terus ke rumah anda sekiranya jumlah pesakit melebihi 5 orang. (KL & Selangor)

Call/sms : 012-2241416 / 0133571993 (Ikhwan Nabawi)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ikhwan_nabawiProfil   Hantar PM kepada Ikhwan_nabawi   Quote dan BalasQuote

Ikhwan_nabawi
Warga Rasmi
Menyertai: 22.01.2010
Ahli No: 39116
Posting: 3

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-01-10 09:47


Resdung Tiada Kaitan 'Ulat'

Dalam satu bilik kecil, seorang pengamal perubatan tradisional mengasapkan wajah seorang pesakit kononnya bagi mengubati pesakit resdung.

"Sekejap lagi kamu akan lihat ulat kecil keluar daripada muka kamu dan itulah ulat yang menyebabkan kamu menghadapi resdung," demikian kata bomoh berkenaan bagi meyakinkan pesakit.

Bagaimanapun, beberapa ketika kemudian, kenyataan bomoh berkenaan benar-benar terjadi. Dari muka pesakit, kelihatan timbul ulat kecil menyerupai hampas kelapa yang dikatakan punca penyakit resdung.

Resdung mungkin menjadi antara penyakit yang popular di negara ini lantaran kaedah rawatannya tidak saja tertumpu di hospital atau pusat perubatan tetapi turut memenuhi kaki lima dan pasar.

Ramai mendakwa mampu mengubati penyakit itu malah menggunakan pelbagai kaedah rawatan yang menghasilkan pelbagai `punca' penyakit itu daripada lendir sehinggalah ulat seumpama hampas kelapa yang keluar daripada pipi pesakit. Tidak ketinggalan juga laporan mengatakan bahawa kaedah digunakan hanyalah penipuan.

Mendengar penerangan Perunding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Perubatan Darul Ehsan (Demc), Dr Abd Razak Rahman Hamzah, mungkin menyebabkan pesakit lebih berhati-hati dan memikirkan kembali kesahihan kaedah rawatan yang digunakan. Tiada kaitan antara ulat yang terhasil di bahagian muka dengan penyakit resdung atau disebut `sinusitis' dalam istilah perubatan malah penyakit itu juga tidak memberi kesan terhadap kulit seperti berlakunya jerawat.

Sinusitis

Beliau berkata, ini disebabkan sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manakala jerawat adalah masalah kesihatan membabitkan kulit.

Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary.

Apabila membran mukos mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat, ia menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukos atau lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus.

Apabila seseorang mengalami alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.

Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Jika jangkitan dibiarkan berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak.

Sehubungan itu, seseorang yang menghidapi selesema tetapi tidak sembuh selepas seminggu, mereka mungkin menghidap sinusitis dan perlu mendapatkan rawatan segera.

Rawatan awal iaitu kurang empat minggu, mungkin boleh diubati menggunakan ubat dan antibiotik tetapi jika kronik atau berlarutan melebihi lapan minggu, ia memerlukan pembedahan.

Mengesan Resdung

Untuk mengesan penyakit resdung, kaedah endoskopi digunakan iaitu tiub kecil dan sumber cahaya dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus. Ia membolehkan pemeriksaan lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala penyakit itu.

Jika mukos di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar. Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan bagi memperbetulkan semula tulang yang bengkok serta membuang ketumbuhan.

80 peratus daripada penghidap asma berpotensi menghidap sinusitis dan bagi penghidap penyakit itu, walaupun sudah pulih sama ada menerusi pengambilan antibiotik atau pembedahan, mereka masih berisiko untuk mendapat kembali jangkitan pada masa akan datang, bergantung kepada tahap imunisasi badan masing-masing.

Sinusitis tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Bagaimanapun, masalah alahan atau asma boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.

Fakta
Simptom sinusitis

    *
     rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
    *
     Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
    *
     Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
    *
     Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
    *
     rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
    *
     Pening kepala.
    *
     Hidung tersumbat.
    *
     Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
    *
     Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
    *
     Demam atau rasa tidak sedap badan.
    *
     Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
    *
     Kurang deria rasa atau bau.
    *
     Kelesuan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ikhwan_nabawiProfil   Hantar PM kepada Ikhwan_nabawi   Quote dan BalasQuote

raihan85
Warga Rasmi
Menyertai: 06.10.2008
Ahli No: 35246
Posting: 6
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-01-10 12:05


resdung memang semua orang ada....sama ada serius ke tak saja.....saya punya resdung pun agak serius jugak....biaselah kalau bersin pagi2 tu....dah lali dah...habuk jangan cakaplah tak boleh jumpa langsung......bagus jugak resdung ni buat kita peka dengan persekitaran dan jangan biarkan rumah sampai berabuk baru nak kemas.....hehe....ubat resdung depend pada orang tu jugak.....kalau boleh sesiapa yang resdung tahap teruk tu disarankan belacan jangan sentuh langsung.....makanan yang gatal2 tu dielakkanlah...kalau teringin sangat nak makan .....buat rasa sikit saja....buat syaratlah katerkan bolehlah....takut kempunan pulak nanti....trylah berubat sampai kita dapat cari yang betul-betul sesuai dengan diri kita....tak salah berusaha ke arah kebaikan....jangan berdiam diri.....akhirnya akan memakan diri....insyaAllah segala-gala yang dilakukan itu dimulakan dengan niat kerana Allah S.W.T...Wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For raihan85Profil   Hantar PM kepada raihan85   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-02-10 12:48


Salam.,

maaf, ana nak tumpang tanya sinus dan resdung tu lain-lain ye?

jazakaALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-02-10 13:15


Salam.,

Sedikit perkongsian dari sahabat kita..:-)

Pada 28-11-07 14:25 , mama_iman posting:

!!! QUOTE !!!

maaf ya kak cahaya..lambat pula.ini setakat yang saya dapat cari..harap-harap dapat membantu.
________________________________________________________________
Merawat Resdung

--------------------------------------------------------------------------------


Bahan-bahan
Daun Lidah Buaya (Alaovera )
segelas air panas
Caranya
Buangkan kulit daun lidah buaya dan ambil isi dan lendirnya. Campurkan dengan air panas. kacau dan minum bila telah suam. amalkan setiap pagi dan malam sebelum tidur.
[email protected]
http://www.melur.com/rectip.asp?rectip_id=323&category=Petua

---------------------------------------------------------------------------
Resdung 1

Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
Resdung 2

Setengah orang baik lelaki mahupun wanita ada antaranya menghadapi masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Maksudnya bersin tidak pernah berlaku sekali dua sahaja, sebaliknya beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini terlalu mudah iaitu dengan memasukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung anda. Kemudian anda tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali nescaya bersin anda akan hilang.
Resdung 3

Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
Resdung 4

Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.
Resdung 5

Resdung di muka - Wapkan wajah dengan air rebusan jintan hitam.
Resdung 6

Akar bunga melur boleh di jadikan penawar resdung.Cabut Pokok ni dan keringkan akarnya. Lepas tu bakar dan hidu akarnya,bagi pesakit resdung akan berasa pedas pada hidung masa hidu akar pokok ni. Mata juga rasa pedih dalam masa yang sama. Amalkan beberapa kali dan boleh lihat kesannya lepas tu. Selain akar melur pokok bunga raya juga ada khasiat yang sama.
Resdung 7

DAUN pisang kelat amat berguna bagi memulihkan penyakit resdung. Daun pisang kelat ini di katakan mempunyai khasiat yang boleh membunuh kuman serta memulihkan rongga pernafasan. Cara memproses untuk di jadikan ubat adalah dengan mengeringkan daun ini selama beberapa hari sebelum di jadikan rokok daun atau di panggil rokok resdung. Asap yang di sedut dari rokok itu masuk ke saluran pernafasan bagi membasmi segala kuman yang berada di dalam hidung. Khasiat asap daun pisang kelat ini bukan saja membunuh kuman malah ia juga akan mengering dan memulihkan lapisan dalam hidung yang di dapati rasa gatal atau berair. Walau baunya agak keras tetapi mujarab untuk penyakit jenis ini. Manakala mereka yang tidak merokok pula terdapat cara kedua, Bakarkan daun pisang kelat itu ke dalam bekas sambil menutupnya. Apabila api yang membakar daun itu mulai padam hendaklah membuka penutupnya dan anda akan saksikan asap-asap daun itu berkepul-kepul keluar. Hendaklah menyedut asap-asap tersebut beberapa kali sehingga anda berasa lega.
http://www.deresdung.com/petuaresdung.php
________________________________________________________________
boleh jugakk cuba supplement HPA..coscanium plus(entah betul ke tak eja)untuk ktrangan lanjut sila pm saya.ahaks..


Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.134029 saat. Lajunya....