Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
-- -- Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 168
Ahli: 0
Jumlah: 168




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 42 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: KESULTANAN MELAYU MELAKA??? WUJUD LAGI ke??


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» KESULTANAN MELAYU MELAKA??? WUJUD LAGI ke??

Please Mendaftar To Post


Oleh KESULTANAN MELAYU MELAKA??? WUJUD LAGI ke??

rul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.07.2005
Ahli No: 17312
Posting: 55
Dari: malaysia

Perak  


posticon Posting pada: 26-12-05 07:16


...Assalamualaikum

!!! QUOTE !!!

Raja Noor Jan dakwa simpan keris Taming Sari

MELAKA 25 Dis. - Ahli perniagaan, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mengaku sebagai Sultan Melaka ke-44, mendakwa menyimpan keris Taming Sari milik Laksamana Hang Tuah dan bercadang untuk mengadakan majlis `adat persembahan' keris itu di muara Sungai Duyong, di sini tidak lama lagi.

Selain keris itu, beliau juga mendakwa memiliki sebatang tongkat sakti, `Lang Buana' yang diterimanya pada 2003.

Menurut Raja Noor Jan Shah, keris Taming Sari itu dimilikinya sejak tujuh tahun lalu tetapi tidak pernah ditunjukkan kepada orang ramai.

Bagaimanapun, beliau merancang untuk mempamerkan keris itu kepada umum bagi membolehkan orang ramai melihat saiz, rupa dan bentuk keris tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis sambutan hari `keputeraannya' yang ke-48 di `Istana Hinggap Alai', Kilometer 18, Kampung Bukit Punggor, di sini yang dihadiri kira-kira 100 orang pengikutnya termasuk penduduk kampung itu.

`Istana' yang berupa sebuah rumah tradisional Melaka itu disewa pada kadar RM300 sebulan dan akan didudukinya sekali seminggu bermula minggu ini.

Pada 13 November lalu, Raja Noor Jan Shah melakukan istiadat Penganugerahan Watikah Gelar Adat Kesultanan Melaka Ke-44 di Dewan Pusat Komuniti Taman Melati, Gombak, Selangor.

Melalui istiadat itu, Raja Noor Jan Shah mendakwa beliau sebagai Sultan Melaka yang ke-44 dengan membawa gelaran Sultan Ahmad Shah.

Dalam pada itu, Raja Norjan Shah berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk dari. Ramlah Adam tidak memahami sejarah apabila tidak mengiktiraf beliau sebagai Sultan Melaka.

``Mereka perlu melihat semula susur galur keturunan Sultan Melaka. Sesiapa yang masih tidak percaya dengan kewujudan Sultan Melaka ke-44, boleh membuat sembahyang istiqarah bagi melihat kebenarannya,'' ujarnya.

Menurutnya, beliau telah menghantar surat kepada kerajaan negeri bulan lepas bagi memohon perundingan berhubung pengiktirafannya sebagai Sultan Melaka, namun kerajaan negeri hanya memberi jawapan bahawa mereka akan mengkaji permohonan itu terlebih dahulu.






->klik di sini.....
null

Bookmark and Share

    


  Member Information For rulProfil   Hantar PM kepada rul   Quote dan BalasQuote

rul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.07.2005
Ahli No: 17312
Posting: 55
Dari: malaysia

Perak  


posticon Posting pada: 26-12-05 07:48


SUMBER : UTUSAN ONLINE..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rulProfil   Hantar PM kepada rul   Quote dan BalasQuote

idie04
WARGA SETIA
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 26-12-05 07:58


tak betul....raja muda perak menyangkal perkara ni dan menyatakan keturunan beliau hanya dari keturunan biduanda...

Bookmark and Share

    


  Member Information For idie04Profil   Hantar PM kepada idie04   Pergi ke idie04's Website   Quote dan BalasQuote

nikmudkb
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.12.2005
Ahli No: 20630
Posting: 81
Dari: kuala balah

malaysia  


posticon Posting pada: 26-12-05 11:12


hmmmmmmmmmm ana ada jumpa dengan kerabat diraja kelantan....
berhubung dengan isu ni....dia kata memang benar....
dia tahu sebab dia pun ada link...ada pertalian juga laa dengan..
raja noor jan tu....
dia kata.....
kerajaan negeri melaka patut bagi hak dia.....
tapi kerajaan tak nak bagi laa sebab ....faham2 laaa kan.....
dunia zaman sekarang.....
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
soo.....pakat2 doa laaa..semoga Allah bukakkan jalan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nikmudkbProfil   Hantar PM kepada nikmudkb   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 26-12-05 14:52


Taming Sari ni sakti ke apa? Tongkat sakti? Semua main sakti-sakti tapi pelik sangat, Kenapa Tanah Melayu dijajah 400 tahun oleh Portugis dan Belanda? Mana pergi saktinya?


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-12-05 15:27


emm...

Ana pada mulanya kurang pasti bila baca berita tu..
Tapi bila ana baca rentetan kisahnya.....terutama berkaitan kisahnya yang terpaksa bermati-matian menempuh bermacam dugaan untuk menarik balik barang2 kesultanan Melayu Melaka yang berada di alam ghaib.....

tiba-tiba ana terasa sesuatu kelainan dalam diri...
bulu roma meremang tiba-tiba....rasa sesuatu yang orang lain tak boleh rasa..
ana biasanya kalau benda tu ada 'sesuatu'....ana akan terasa sama.....(hakikatnya ana manusia biasa saja)

:)

Wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 27-12-05 16:07


Assalamualaikum

masyarakat Melayu masih tak habis2 dengan kepercayaan karut & khurafat

bak kata KM ana: "rakyat Melaka tak perlukan sultan" :-)


-----------------

[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 27-12-05 16:08 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-05 16:27


Entahla, benda2 kuno, karut marut macam gini pun orang melayu percaya. lepas itu, kat mesia ni, negara yang paling ramai raja. semua tu rakyat yang nak kena sara. Kalau duit tu guna buat public transport ke, lrt ke kan bagus.

Cuba kita nengok negara maju macam kat eropah dan jepun, mana ada banyk raja macam gini. Raja2 mereka pun amat berdisiplin dan mematuhi undang2 macam orang biasa juga. Kepercayaan2 karut semuanya dah jadi fairy tales.

Islam datang untuk membebaskan pemikiran manusia daripada tahyul dan karut dan membebaskan manusia daripada menjadi hamba kepada manusia lain. Barula bangsa boleh maju. Nilai2 ini sekarang ada kat orang-orang kafir contohnya kat europe dan timur.

Kalau kita nengok, negara2 yang terlampau mengagung2kan manusia kebnayakannya mundur macam kat negara2 afrika tu. Kita kat Malaysia ni pun lebih kurang juga kalau dibandingkan dengan bangsa2 lain. sebab terlampau mengagungkan manusia seperti pemimpin2,ahli2 politik,tok2 guru, manusia keramat, sultan dlln.

ps: saya tak menentang konsep raja berpelembagaan tau.:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-12-05 16:53


sejarah tetap sejarah..cuma yang perlu difahami sekarang ..adakah buku sejarah yang kita pelajari sejak form 1 itu adalah benar-benar fakta sejarah?atau telah diputar belit yang kita tak tau kebenarannya..sebabnya mudah..kita bukan orang yang hidup pada zaman sejarah itu...

maksud saya,saya tidaklah mengiakan Raja Noor Jan dan kisahnya ini,tapi..jika sudah terbukti dan memang ada bukti..kita sendiri tak mampu nak menafikan..

yang penting..biarlah ada kesahihan..darah keturunan itu tetap mengalir..meskipun darjat bukan ukuran sebenar di sisi Rabbi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 27-12-05 17:55


tertanya juga kepala saya ini...raja ni kerja dia apa ye?

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 27-12-05 17:57


dalam dunia ni malaysia saja yang paling ramai raja

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 27-12-05 21:47


Pada 27-12-05 17:55 , samudra posting:

!!! QUOTE !!!

tertanya juga kepala saya ini...raja ni kerja dia apa ye?


Pun tertanya-tanya juga, sepanjang hayat.
Negara Malaysia ini dahlah kecil, semua negeri nak beraja, tak ada sultan diberi Yang DiPertuan Negeri... Pelik juga kan? Bukankah 1 Yang Dipertuan Agung dah mencukupi?

Raja ni kerjanya apa ye?


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

tengku_anis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.11.2005
Ahli No: 20231
Posting: 204
Dari: ..:Bumi BaitulMaqdis :..

india   avatar


posticon Posting pada: 28-12-05 00:02


Hehehe... saya peliklah.. kenapa lah raja norjan tu tergilakan sangat dengan kedudukan tu. kalau betul pun keturunan raja, buat dek saja lah. kalau saya, lebih prefer jadi rakyat biasa.. hampess..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tengku_anisProfil   Hantar PM kepada tengku_anis   Pergi ke tengku_anis's Website   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-12-05 01:11


em...tak tau la...tapi saya belajar kat mlake...hehehe

:-di :-P :-di :-P :-di :-P :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

adelia
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.11.2005
Ahli No: 20462
Posting: 105
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 28-12-05 01:32


Pada 28-12-05 00:02 , tengku_anis posting:

!!! QUOTE !!!

Hehehe... saya peliklah.. Kenapa lah raja norjan tu tergilakan sangat dengan kedudukan tu. kalau betul pun keturunan raja, buat dek saja lah. kalau saya, lebih prefer jadi rakyat biasa.. hampess..


aah..betul2..setuju jugak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For adeliaProfil   Hantar PM kepada adelia   Quote dan BalasQuote

rawdhah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2004
Ahli No: 7485
Posting: 193
Dari: bp

Johor  


posticon Posting pada: 28-12-05 07:56


hmmmm adohai.....benda ni memang pening kepala...hehehhe tapikan ikot pendapat saya la...........hmm cuba kita tengok sejarah silam raje2 dulu-dulu.........raje pada zaman tu memang 100 percent pemerintah....pm cuma macam penasihat dan sebagainya....tapi cuba anda lihat sekarang .............apa komen anda.......

setahu saya raja2 ini dan kerabat2 di-raja ini dapat elaun kan...

ish saya pun tak tahu nak kata...



hmm apa-apa pun...DAULAT TUANKU!

Bookmark and Share

    


  Member Information For rawdhahProfil   Hantar PM kepada rawdhah   Pergi ke rawdhah's Website   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-12-05 10:37


Pada 28-12-05 00:02 , tengku_anis posting:

!!! QUOTE !!!

Hehehe... saya peliklah.. Kenapa lah raja norjan tu tergilakan sangat dengan kedudukan tu. kalau betul pun keturunan raja, buat dek saja lah. kalau saya, lebih prefer jadi rakyat biasa.. hampess..


Apa laa, mestila jadi raja best, tak payah kerja, dapat elaun, dapat projek, ke sana ke sini ada rakyat jelata menghambakan diri. Dapat kereta, rumah free. Tak payah fikir, lepas grad, nak kawin dulu ke, nak beli kereta dulu ke atau nak beli rumah dulu. Jadi raja, semua sekali gus boleh dapat. Hahahahaha :lol:
[ Telah diedit oleh: pukau pada 28-12-05 10:45 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-12-05 12:51


Kan best kalau kita jadi salah seorang ahli eksekutif dalam negara ini...takpun paling lekeh jadi ahli kabinet ke..at least kita boleh gubal kembali perlembagaan negara yang banyak fasa..kita boleh buang yang kita rasa tak patut contohnya part Yang Di pertuan Agung ni kan...

tapi..mungkin itu hanya omongan kosong kita sahaja..sebab bila kuasa sudah beralih tangan-dari pemerintahan Islam ke Kesultanan Melaka..sehingga era jajahan British..dan era kemerdekaan..segalanya termaktub begitu..dan pihak yang betul2 berhak bertindak hanya kerajaan yang dipilih!

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 29-12-05 10:51


kan banyak pulau di malaysia ni, bagi saja sebutir pulau kat laut cina selatan tu, bagi kat dia keris taming sari, bagi sepasang ayam itik untuk dibela buat lauk, secupak padi laut, sekayu kain kuning, seketul kemyan untuk perasap taming sari, suruh dia duduk elok elok jaga lanun dengan penberontak abu sayaf...perintah lah pulau itu sesuka hatimu...nanti kau jadi yang dipertuan agong jangan la pulak halau saya dari malaysia....

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

tengku_anis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.11.2005
Ahli No: 20231
Posting: 204
Dari: ..:Bumi BaitulMaqdis :..

india   avatar


posticon Posting pada: 29-12-05 20:32


Pada 28-12-05 10:37 , pukau posting:

!!! QUOTE !!!


Apa laa, mestila jadi raja best, tak payah kerja, dapat elaun, dapat projek, ke sana ke sini ada rakyat jelata menghambakan diri. Dapat kereta, rumah free. Tak payah fikir, lepas grad, nak kawin dulu ke, nak beli kereta dulu ke atau nak beli rumah dulu. Jadi raja, semua sekali gus boleh dapat. Hahahahaha :lol:



tak taula.. apa yang best sangat.... betul ke jadi macam pukau cakap? jadi raja ni 'noble' saja... nothing special and sometime is slurp.. percayalah, kita takkan suka kalau dapat. kecuali kalau kita memang gilakan pangkat. kita akan tak suka bila 'ter'lalu dihormati. sampai orang tua2 pun hormat kat kita sedangkan kita yang patut hormatkan mereka. nak tegur kan salah pula... susah la..


Bookmark and Share

    


  Member Information For tengku_anisProfil   Hantar PM kepada tengku_anis   Pergi ke tengku_anis's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122088 saat. Lajunya....