Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-12-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Keep your friends close, and your enemies closer
-- Sun-Tzu

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: studiosmilesnyc
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43104

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 49
Ahli: 0
Jumlah: 49




  Yang Masuk Ke Sini
studiosmilesnyc: 1 hari, 9 jam, 1 minit yang lalu
dentistinhouston: 1 hari, 10 jam, 57 minit yang lalu
ezequielvince: 1 hari, 12 jam, 19 minit yang lalu
shanejohnson: 5 hari yang lalu
wadud: 10 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 27 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Jemaah centric???


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Jemaah centric???

Please Mendaftar To Post


Oleh Jemaah centric???

czarcam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-12-05 03:24


oleh: Ustaz Maszlee.

Ketika saya pernah ditanyakan oleh salah seorang siswa, "Ustaz ni jemaah JIM ke?". Saya segera membalas, "Tidak, saya ahli jemaah Muslimin". Dia bertanya, "Jemaah baru ke tu?". Saya katakan kepadanya, "Tidak, ia telah wujud semenjak zaman Rasulullah S.A.W lagi". Beliau tidak berpuas hati, "Itu saya tahu, tapi kan ustaz ahli JIM". Saya membalas sambil tersenyum, "Ya, saya ahli JIM, ahli Darul Fitrah, ahli Persatuan Ulama Malaysia, ahli Muslim Profesional Forum, ahli Pertubuhan al-Nidaa, rakan kepada ABIM, Ricoi, Hunafa, Accin, US, PAS, keADILan, UMNO dan macam-macam lagi "jemaah".

Siswa tersebut menggaru kepalanya kebingungan, terus dia bertanya lagi, "Jadi ustaz tidak berpendirianlah...atas pagar lah ye?". Soalannya kali ini benar-benar membuatkan saya tergelak besar. Saya sekali lagi mengatakan kepadanya, "Anda masih lagi hidup di zaman 70'an, 80'an dan 90'an...masih lagi di takuk pemikiran Jemaah Centrid"


Jemaah Centric

Ya, sememangnya pemikiran jemaah centric yang mendominasi pemikiran pencinta dakwah dan juga pejuang gerakan Islam di Malaysia selama lebih tiga dekad lalu. Impaknya amat ketara, selain daripada kesan positif yang mendorong kepada banyak perubahan di Malaysia, pemikiran jemaah centric juga menimbulkan banyak kesan negatif. Perbalahan, perpecahan, pergeseran hati, malah di sesetengah tempat membawa kepada pergaduhan.

'Jemaah ana lebih tua!', 'jemaah ana lebih tarbiah', 'jemaah ana lebih memperjuangkan sunnah', 'jemaah saya lebih agresif', 'jemaah saya lebih memperjuangkan khilafah', 'jemaah saya ada Imam Mahdi!'. Itulah di antara slogan² yang sering berkumandang selama lebih tiga dekad di Malaysia di kalangan ahli pelbagai pertubuhan Islam. Akhirnya masing-masing tenggelam di dalam menegakkan jemaah masing² yang dianggap lebih utama, lebih awla, lebih "asalah" (tulen), lebih hebat dan lebih segala-galanya daripada jemaah-jemaah yang lain.

Kesimpulannya, jemaah centric adalah satu pola pemikiran yang lebih banyak membawa kepada perpecahan daripada penyatuan!
Lebih menyayat hati lagi ialah apabila para pendukung jemaah-jemaah yang berjuang demi nama jemaah masing-masing ini menggunakan dalil-dalil yang dipengaruhi oleh tafsiran nafsu mereka untuk menegakkan kebenaran "yang mereka dakwa".

Contohnya dalil-dalil yang menyeru supaya umat Islam bersatu ditafsirkan agar bersatu di bawah satu jemaah, iaitu jemaah yang mereka perjuangkan sahaja. Begitu juga hadis-hadis yang menyeru agar umat Islam melazimi jemaah (iaitu kaum Muslimin) sering ditafsirkan sebagai bersatu di bawah "jemaahnya" sahaja dan bukannya jemaah lain. Hadis yang menghalalkan darah golongan yang meninggalkan jemaah Muslimin (meninggalkan agama Islam) juga ditafsirkan oleh sesetengah golongan yang taasub jemaah sebagai dalil untuk menghalalkan darah mereka yang bukan dari jemaah mereka.

Tidak hairanlah di zaman 90'an, antara buku-buku "Haraki" yang timbul adalah berkaitan usaha menonjolkan "kebenaran" jemaah masing-masing. 'Haram ta'adud jamaah' (haram wujudnya lebih dari satu jemaah) dan 'wajib hanya ada satu jemaah di bumi Malaysia' menjadi slogan yang suci bagi sesetengah golongan seolah-olah menafikan kebaikan jemaah lain. Gejala takfir, menyesatkan, memulaukan dan juga memperkecil-kecilkan kumpulan lain juga menjadi satu "sunnah" sesetengah golongan pelampau pendukung pemikiran jemaah centric. Keadaan yang lebih parah dapat disaksikan di IPT yang menjadi gelanggang tarik menarik pelajar-pelajar baru oleh jemaah-jemaah ini. Di luar Timur Tengah keadaan semakin serius sehingga ada insiden tumbuk menumbuk dan juga pergaduhan demi mempertahankan jemaah masing-masing. Begitulah impak buruk pemikiran jemaah centric ini yang telah menjadi satu fitnah yang melanda umat Islam.


Kebangkitan Tahun 1998

Jika tidak kerana reformasi 1998, nescaya pemikiran jemaah centric akan terus kekal. Di sebalik kepahitan ada rahmat, itulah hikmah yang boleh diambil daripada peristiwa reformasi 1998. Kebanyakan pendukung jemaah centric telah mula bersatu dan boleh menerima kewujudan jemaah yang berbeza. Mereka mula sedar bahawa jemaah mereka sahaja tidak akan dapat membawa perubahan kepada masyarakat Malaysia. Antara impak yang paling ketara terhadap perubahan ini ialah terbentuknya "Barisan Alternatif" yang digagaskan oleh unsur-unsur jemaah centric. Sayangnya, selepas perubahan tersebut tidak kekal. Bukan hanya sekadar perpecahan berlaku dalaman "Barisan Alternatif", malah kejayaan menawan negeri Terengganu menggelap mata sesetengah golongan untuk memonopoli kejayaan walaupun hakikatnya usaha itu hasil kolektif pelbagai pihak. Terbukti pemikiran jemaah centric masih mempengaruhi sesetengah pihak sehingga membawa kepada perpecahan.

Maka, apakah penyelesaiannya? Apakah jemaah-jemaah yang wujud perlu dileburkan menjadi satu jemaah yang unggul sahaja? Dengan itu umat Islam semua akan bersatu di bawah satu panji "ummah" sahaja tanpa khilaf dan perpecahan!

Bunyinya begitu indah, hakikatnya slogan-slogan tersebutlah yang akhirnya membawa kepada perpecahan yang lebih teruk. Slogan "kembali kepada satu jemaahlah yang telah menyebabkan krisis di antara jemaah berterusan, dari dulu, kini dan selamanya. Mengapa? Ini kerana tabiat manusia itu berbeza, gaya pemikirannya berlainan, tahap pemikiran tidak sama, dan manusia itu sendiri secara fizikalnya berbeza-beza. Perkara inilah yang telah disentuh oleh dari. Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya "al-Sahwah al-lslamiyyah baina al-Ikhtilaf al-Masyru' wa tafarruq al-mazmum"


Pemikiran "Ummah Centric"

Tiada salahnya kewujudan jemaah-jemaah selagi mereka berpaksikan pemikiran "Ummah Centric" dan bukannya "Jemaah Centric". Tidak salah wujudnya jemaah-jemaah selagi ia wujud sebagai organisasi untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah dan perubahan secara kolektif, dan tidak lebih daripada organisasi yang menghimpunkan ahli-ahli yang mempunyai persamaan dan keserasian untuk mencapai objektif yang sama. Tiada salah juga berjemaah selagi ia membawa kepada penyatuan tenaga untuk melakukan kerja-kerja Islam di bawah satu organisasi yang tersusun kemas selaras dengan seruan Allah SWT:

"Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang berperang di jalan-Nya di dalam satu barisan, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang kukuh" (al-Saff: ayat 3)

Jangan lebih daripada itu hendaknya. Jika adanya unsur 'jemaah saya yang utama', 'Jemaah saya yang paling hebat', 'jemaah saya yang paling hebat tarbiah', 'jemaah saya yang paling sunnah", 'jemaah saya yang paling ulama' dan lain-lain kredibiliti yang mengatasi kesatuan ummah, maka perpecahan akan segera timbul.

Pemikiran 'Ummah Centric' perlu dihayati oleh semua umat Islam seperti mana ia dihayati oleh umat terdahulu. Bukankah Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya umat ini adalah umat yang satu, dan saya adalah Tuhanmu, maka sembahlah saya." (al-Anbiya: ayat 92)

dan juga firman Allah SWT:

"Sesungguhnya mukmin tu bersaudara, maka damaikanlah dua saudaramu (yang bertelagah)." (al-Hujuraat: ayat 10)

Begitu juga dengan hadis-hadis yang menekankan kepentingan ukhuwah dan kesatuan umat. Pemikiran ummatik inilah yang semestinya mencorakkan cara berfikir, cara berukhuwah, cara bertindak dan juga cara menilai sesuatu. Janganlah ada pilih bulu dalam berukhuwah, jika seseorang itu satu jemaah, maka itulah "sahabat", "ikhwah", "puak" atau golongan kita. Orang dari jemaah lain pula diberikan layanan kelas kedua, hanya kerana mereka bukan "ahli jemaah" kita.

Dalam menuntut ilmu juga begitu juga hendaknya, dan bukannya sikap mengikuti atau mendengar atau menghadiri hanya kuliah-kuliah dan kelas-kelas pengajian "oghe-oghe kito" sahaja dan menutup telinga dan pintu hati pada orang-orang dari jemaah lain. Dalam membaca begitu juga, Janganlah hanya membaca literasi "harakah" yang versi "fikrah kita" sahaja dan memandang sepi literasi hasil tulisan orang-orang dari kumpulan lain, walhal kemungkinan apa yang ada pada orang lain itu lebih bermanfaat dan lebih baik.

Pemikiran ummatik ini perlu disemadikan di dalam hati para pencinta Islam dan pejuang-pejuang syariat Islam agar segala usaha dirasakan sebagai tanggungjawab bersama.

Jika beroleh kemenangan, ia tidak akan dimonopoli oleh golongan-golongan tertentu sahaja, tetapi dirasakan sebagai milik semua. Jika ada kelemahan terhadap usaha orang lain, pihak yang nampak kelemahan tersebut, walaupun dari jemaah lain, akan segera membantu untuk memperbaikinya dan bukan menghentam atau menjadikannya sebagai hujah untuk menjatuhkannya. Pemikiran ummatik juga akan membuatkan semua jemaah melihat jemaah-jemaah lain sebagai rakan setugas, rakan sepasukan dan juga rakan seperjuangan, yang walaupun lain gaya bekerja, tetapi tetap di bawah satu majikan yang sama.

Pemikiran ummatik juga akan menguatkan lagi usaha-usaha untuk tajdid, islah dan dakwah. Sinergi di antara jemaah di atas usaha-usaha bersama akan lebih banyak dan lebih memberikan impak. Tanpa prejudis, tanpa kebencian, tanpa hasad,tanpa fitnah memfitnah, tanpa jatuh menjatuhkan, tanpa hentam menghentam, dan yang penting lagi tanpa merasakan orang di luar jemaah kita adalah "orang lain". Jika semua pendukung jemaah-jemaah yang wujud dapat merasakan bahawa semua jemaah-jemaah dan juga orang-orang lain yang mungkin tidak berjemaah sebagai saudara seummah mereka, di waktu itu, insya-Allah keberkatan dan bantuan Allah akan turun. Hal ini perlu dimulakan segera, bermula dengan pemikiran dan juga hati!


Fiqh Ikhtilaf

Selain daripada berfikiran ummah centric, para pencinta Islam juga wajib menghayati flqh dan juga adab berikhtilaf. Kata-kata Imam al-Syafi'i yang berbunyi : "Pandanganku adalah benar menurut pendapatku, tetapi berkemungkinan silap, dan pendapat lawanku adalah silap pada pandanganku, tetapi berkemungkinan mengandungi kebenaran". Kata² al-Marhum Rashid Redha yang kemudiannya dipopularkan oleh Hassan al-Banna juga merupakan satu kaedah emas yang boleh dijadikan penawar di dalam menangani masalah perpecahan disebabkan pemikiran jemaah centric.

Beliau berkata: "Kita bekerjasama di dalam perkara yang kita sepakati dan kita berlapang dada di dalam apa yang kita perselisihkan"

Di dalam berikhtilaf semua pihak perlulah ikhlas dan benar-benar meletakkan Islam sebagai matlamat mereka dan bukannya jemaah atau fikrah. Bunyinya seperti mudah, namun pelaksanaannya tidak semudah diucapkan. Sekali lagi ia perlu bermula dari hati, dari pemikiran dan juga dari roh" ummah centric".    


* Centric membawa maksud : paksi, jemaah centric membawa maksud pemikiran berpaksikan jemaah, manakala ummah centric pula membawa maksud, pemikiran berpaksikan konsep satu ummah.

-----------------
/

Bookmark and Share

    


  Member Information For czarcamProfil   Hantar PM kepada czarcam   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-12-05 07:55


so joinlah PAS nya? kalau tak berapa nak boleh join JIM, @ ABIM...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

mellisaleez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.05.2005
Ahli No: 16270
Posting: 210

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-12-05 10:38


Tak kisahlah join apa pun...yang penting kita nakkan kesucian Islam sentiasa terpelihara dan tertegak di muka bumi ini. Jangan biarkan ia dicemari apatah lagi yang mengaku menganuti Islam. Lahirkan sifat daie sejati dan hikmah agar Islam mudah diikuti dan difahami. Hindari sifat2 asabiah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mellisaleezProfil   Hantar PM kepada mellisaleez   Quote dan BalasQuote

airbiru
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13948
Posting: 52
Dari: Japan

japan  


posticon Posting pada: 22-12-05 11:08


Bagus artikel ini..

Terima kasih czarcam

Bookmark and Share

    


  Member Information For airbiruProfil   Hantar PM kepada airbiru   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-12-05 08:34


Kita mengalu-alukan penulisan kritis ustaz. Maszlee Malik ini....

kupasannya sangat signifikan bagi merungkai permasalahan ta'addud jamaah lewat alaf baru ni.

Artikel tentang 'Jemaah Centric' tersiar dalam Majalah I, Dis 2005 muka surat 59.

terima kasih.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-05 08:58


orang banyak yang pakai topeng.....

hujah yang bagus......
tapi boleh dikategori ustad pening...

satu team dengan ustaz yang menyatakan peluk kafir harbi (padahal harfi) adalah haram!
bodoh punya ustad.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Along_SafaProfil   Hantar PM kepada Along_Safa   Pergi ke Along_Safa's Website   Quote dan BalasQuote

rul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.07.2005
Ahli No: 17312
Posting: 55
Dari: malaysia

Perak  


posticon Posting pada: 24-12-05 09:14


Pada 24-12-05 08:58 , safa_indah posting:

!!! QUOTE !!!

orang banyak yang pakai topeng.....

hujah yang bagus......
tapi boleh dikategori ustad pening...

satu team dengan ustaz yang menyatakan peluk kafir harbi (padahal harfi) adalah haram!
bodoh punya ustad.....


boleh tolong jelas kan Kenapa awak buat keterangan di atas....

->klik sini.....
null

Bookmark and Share

    


  Member Information For rulProfil   Hantar PM kepada rul   Quote dan BalasQuote

nikmudkb
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.12.2005
Ahli No: 20630
Posting: 81
Dari: kuala balah

malaysia  


posticon Posting pada: 24-12-05 09:42


hmmmmm.....ummat islam hanya ada 1 jemaah sahaja..
wahai saudaraku........
iaitu ahlul sunnah waljamaah...
yang mana dalam hati hanya Ada Allah dan
kehidupan dari bangun tidur hingga tidur semula semuanya mengikut sunnah....(taukn apa itu sunnah)
sunnah ada 3:-
1.surah = amalan nabi s.a.w
2.sirah = perjalanan hidup nabi s.a.w
3.sarirah = pemikiran nabi s.a.w

untuk jadi ord yang benar-benar beriman & bertakwa...dia mesti penuhi dan istiqomah dengan perintah Allah...(Al quran) dan beramal dengan Cara Nabi s.a.w serta cara sahabat lah.anhum beramal...

diHaramkan sunnah bagi mereka yang tidak beradab
(maksud adab ni ialah adab makan minum,adab tidur dan bangun,adab masjid,adab keluar masuk tandas & lain2 pergi amalan dalam seharian mesti mengikut Cara Nabi s.a.w & sahabat lah.anhum)

contoh..bila semua adab makan dibuat dengan sempurna ikut cara Nabi s.a.w baru lah dikira sunnah...

dan diharamkan fardhu bagi yang tidak ada sunnah
dan diharamkan ma'rifat bagi yang tidak ada fardhu...

soooooo nilai lah diri kita sajauh mana kita berada....dan Kenapa kehidupan kita tidak mencapai seperti kehidupan Nabi s.a.w & para sahabat baginda s.a.w

Bookmark and Share

    


  Member Information For nikmudkbProfil   Hantar PM kepada nikmudkb   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1097
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 24-12-05 09:43


Pada 24-12-05 08:58 , safa_indah posting:

!!! QUOTE !!!

orang banyak yang pakai topeng.....

hujah yang bagus......
tapi boleh dikategori ustad pening...

satu team dengan ustaz yang menyatakan peluk kafir harbi (padahal harfi) adalah haram!
bodoh punya ustad.....


sapa yang bodoh sebenarnya? cuba bagi bagi definisi kafir harfi tu macam mana?

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-12-05 10:26


Pada 24-12-05 08:58 , safa_indah posting:

!!! QUOTE !!!


tapi boleh dikategori ustad pening...

bodoh punya ustad.....


entah mengapa terlalu emosional dan pedas bidasan safa_indah ni.......

kut-kut cik safa_indah ni ada kes dengan ustaz. Maszlee ni?


kasihan kat ustaz. ni.....tak pasal-pasal kena kutuk....

ana harap janganlah perkara seperti ni berlaku dalam persekitaran ukhwah.com yang harmonis ni.

bincang cara elok.....kan baik?


-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/


Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

aku_eus85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.01.2005
Ahli No: 13619
Posting: 86
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-12-05 12:06


daripada kita duk kata..."..msuk jmaah ni, kami bawa Islam, kami lebih neutral, kami...bla2..bla2..."...

baiklh kita ucap ..."...alhamdulillah, masih ada orang yang snggup untuk abdikan diri untuk Islam, wlpun sekelumit dalam jmaah yang ku pgg ni..."

dan..."...astaghfirullah, ramai sngguh yang ikut jmaah yang ku ikuti ni..."

sebab...xsmstinya jmaah yang mmpunyai ramai pngikut adalah BENAR mnkala Jmaah yang sedikit pngkut adalah salah...

kalau UMNO rasa jemaah hadhari mmpunyai pngkut, ramai mana yang ucapkan Istighfar??? tapi apa yang kita tengok, mereka bertambah EGO mndabik dada...astaghfirullah...

bagi Jmaah2 lain, ramai mana antara kita yang ucap ALHAMDULILLAH dengan apa yang ALLAH aturkan ini...melainkan banyak suara2 sngsang yang tak faham erti pngrbann dalam Islam kata... "... ini sebab dia, ini silap... itu silap..."... knyataan ini semua xmnyandarkan apa-apa yang trjadi kepada ALLAH sdgkan ALLAH lah yang brkuasa mntpkan sesuatu... kalau pun ada yang ucap dmkian, hnyalah sglintir bagi mereka yang faham apa itu khalifah...

tertarik dengan Tn Guru Nik Abd Aziz bila ditanya seorng wartawan. "... apakah Tn Guru bersdh dengan kekalahn PAS di pngkalan pasir?."

dengan rendah diri Tn Guru mnjwb..."...saya lebih sedih mlihat ramai remaja melayu terpengaruh dengan BLACK METAL.."

terharu dengan knytaan Tn Guru yang bgitu Ikhlas dengan tutur kata yang sec xlngsung sebenarnya Tn Guru mngucapkan ALHAMDULILLAH wlpun kalah...

ALLAHUAKBAR!hayya 'alaikum biljamaah... yang pling ptg untuk kita persoalkan...

RAMAI MANA yang betul-betul IKHLAS (tanya dan hisab diri)dalam HATINYA AMBIL BERAT pasal SOAL SEMBAHYANG SECARA BERJEMAAH???

kalau prsoalan ini sdh fail, usahlah nak mngk kesatuan UMMAH dalam satu jmaah!!!

untuk mncari yang perfect memang tiada, tapi kita mstilah sokong-mnyokong antara JMAAH di bawah payung AHLI AS-SUNNAH WAL JAMAAH dan bukannya bermanis muka didepan tapi dibelakang saling nak mnjatuhkan...

"...berlapang dada..."

semoga ALLAH mngmpuni jika kalam yang ku coretkan ini mnybbkan orang mkin kurang faham tentang ISLAM... ASTAGHFIRULLAH...

WALLAHUA'LAM...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aku_eus85Profil   Hantar PM kepada aku_eus85   Quote dan BalasQuote

Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-05 13:28


Pada 24-12-05 08:58 , safa_indah posting:

!!! QUOTE !!!

orang banyak yang pakai topeng.....

hujah yang bagus......
tapi boleh dikategori ustad pening...

satu team dengan ustaz yang menyatakan peluk kafir harbi (padahal harfi) adalah haram!
bodoh punya ustad.....


zimmi.....

tadi tengah ngantuk....
balik kerja

bukan nak betuikn..
lagi nak dikutuk...


-----------------
Mountain View


Bookmark and Share

    


  Member Information For Along_SafaProfil   Hantar PM kepada Along_Safa   Pergi ke Along_Safa's Website   Quote dan BalasQuote

Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-05 13:32


bila pedas, akan ada tindakan refleksi dari kita untuk mengatasi masalah pedas...
contohnya carik air.. cari air batu dsb...

kita tau sambal tu pedas....
tapi, popularnya nasi lemak adalah dari sambalnya!
makin pedas sambal, makin power nasi lemak....

p.s:/aritu pergi makan nasi lemak kat warung nasiklemak antarabangsa...
kat mana tah tempat tu... lupa ah.. sesekali datang KL

Bookmark and Share

    


  Member Information For Along_SafaProfil   Hantar PM kepada Along_Safa   Pergi ke Along_Safa's Website   Quote dan BalasQuote

Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-05 13:34


baru 1st time dengar 'jemaah centric'...

sebelum ni ada melayu glokal......
sebelumnya lagi islam hadari...

macam2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Along_SafaProfil   Hantar PM kepada Along_Safa   Pergi ke Along_Safa's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-12-05 14:40


join la jemaah yang membawa kita ke jalan menuju redha Allah...fikirkanlah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-05 16:06


dari Qardhawi mengemukakan 10 Formula cemerlang bagaimana berhijrah
dari sikap jama'ah centric kepada ummah centric.

1/10: meninggalkan kulit dan simbol kepada hakikat dan inti (substant)

ada jama'ah yang hanya fokus kepada kayu siwak, panjang janggut,
isbal, kepada gasy dan jaulah, peti2 undi dan pilihanraya, khilafah
ala minhaj, 12 khilafah dan bye'ah tapi belum lagi sampai kepada
hakikat dan substant agama. Bila jama'ah2 ini terlalu syok dengan
kulit dan simbol agama, maka mereka tidak dapat bersatu untuk
kepentingan ummah semasa. hakikat dan inti agama ialah tawhid, iman,
taqwa, ihsan, dan menghidupkan AQ dan sunnah.


#2/10: Dari Retorika dan perdebatan menuju kepada penerapan dan aksi

Ada jama'ah yang suka berdebat dalam diskusi yang rumit dan panjang.
Ada yang tertumpu pada satu-satu cabang seperti politik, sosial, dakwah,
operasi militeri dan ada yang hanya menanti negara Islam. maksud
penerapan dan aksi ialah mengorak langkah2 positif yang membuahkan
hasil dengan membina individu, keluarga, komuniti, masyarakat,
memantapkan pemerintahan, pengukuhan ekonomi dan menyibarkan dakwah.

#3/10: dari sikap sentimental dan emosional kepada sikap yang rasional dan
ilmiah.

sentimental dan emosional itu antaranya 'hero-worship', ghuluw dalam
benci dan cinta, banyak khayalan, terlalu ghairah kepada hasil
(antaranya khilafah dan bye'ah)

maksud rasional dan ilmiah ialah membangun tradisi keilmuan dan
merancang masa depan ummah.

# 4/10: Berpindah dari menumpukan kepada isu2 rantingan dan sekunder
menuju isu2 usyul (pokok) dan prima (utama)

- meninggalkan isu2 rantingan atau khilafiah dan menumpukan kepada
yang wajib, bersikap keras dalam perkara2 sunnah.
- meninggalkan polemik dan menuju agenda yang ada kepentingan yang
besar

# 5/10: Hijrah dari sikap mempersulit dan menimbulkan ketakutan
menuju pemudahan dan khabar gembira

- pemudahan bermaksud memilih metod yang memperluas, anjal, toleran
dan keringanan
- kesulitan ialah memilih metod yang sempit, sulit, berat dan sukar.
- menghilangkan ketakutan dan memberi khabar gembira ialah memilih
jalan bertahap dan beransur dalam proses dakwah, tarbiyah dan
penerapan hukum.

#6/10: Dari Kejumudan dan Taqlid kepada lapangan Ijtihad dan tajdid

Taqlid disebabkan fanatisme madzhab dan pendapat yang mengatakan
tertutupnya pintu ijtihad
Jumud berlaku dikalangan gerakan2 Islam seputar manhaj, pemimpin dan
tradisi pemikiran mereka

#7/10: Dari Fanatisme dan Eksklusif menuju Toleran dan Inklusif

fanatisme ialah sifat taksub secara membabibuta kepada gerakan,
manhaj dan pemikiran kumpulan mereka
Eksklusif pula ialah sejenis dengan fanatisme, yakni tidak dapat
menerima kebaikan dari orang lain hatta non-muslim

Toleran adalah lawan kepada fanatik, manakala inklusif adalah sikap
pemikiran terbuka, menerima kelemahan diri dan sanggup belajar dan
berkongsi idea dan ilmu dengan orang lain.

Tip#08: Dari sikap Ghuluw (Melampau) dan meremehkan
> kepada sikap
> Kesederhanaan (pertengahan)
>
> maksud Qardhawi, Islam adalah agama sederhana, yang
> dimaksudkan
> melampaui ialah tidak mengakui pendapat orang lain,
> memaksa umat
> secara keras, keras bukan pada tempatnya, suka
> mentakfirkan orang
> lain, dan keras kepada Pemerintah.
>
> Sederhana pula bukanlah liberalis. maksud sederhana
> ialah berasaskan
> kemudahan dan khabar gembira dan paduan antara nas
> dan fiqih.
>
> Tip #09: Dari kekerasan dan kebencian menuju
> lemahlembut dan rahmat.
>
> Islam adalah lemahlembut dan rahmatan lil 'alamin.
> Manakala dunia
> Islam menyaksikan kebangkitan aliran keganasan,
> terorisme dan
> kekerasan di atas nama jihadi.
>
> Tip #10: Dari Perselisihan dan perpecahan menuju
> persatuan dan
> perpaduan
>
> Keharusan mempelajari fiqh Ikhtilaf bagi semua pekerja
> dakwah dan
> kebangkitan Islam, maka lahirlah sikap menghormati
> pendapat yang
> berbeda dalam isu khilafiah, tidak mengingkari adat
> isti'adat yang
> sebati bagi sesuatu tempat dan kepentingan perpaduan
> bagi umat Islam
> bila saat memerlukan.

oleh thtl ([email protected])

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-12-05 18:05


Jemaah Ummah sangat penting ....jemaah centric pun penting juga.Biasanya aktivis/kader islam lahir dari jemaah centric.Saya harapkan jemaah centric ni agar lebih terbuka la..... saya ada sahabat yang menyatakan jemaahnya sukar nak tarik ahli baru ...so saya rasa perlu beri juga penekanan kepada Tariq Dakwah .....termasuk sekali la perlu kuasai aspek psikologi orang ramai ....jangan dok shok sendiri saja ..... Juga yang lebih penting ialah beri sumbangan kepada masy......kalau asyik sibuk dalam jemaah sendiri saja .....maka jemaah tak akan berkembang dengan baik......tambahan pula sikap yang terlalu syadid dalam banyak perkara.
Saya rasa soal beri sumbangan kepada masyarakat ni penting.....agar boleh jemaah tu boleh bersaing secara sihat. Tangani gejala sosial ,ekonomi masyaarakat,masalah pendidikan dll.Pun penting juga mempunyai media massa yang baik.dengan beri sumbangan kepada masy.... sesuatu jemaaah akan jadi lebih berwibawa dan berpengaruh

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

aku_eus85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.01.2005
Ahli No: 13619
Posting: 86
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-12-05 18:38


nano said :Saya rasa soal beri sumbangan kepada masyarakat ni penting.....agar boleh jemaah tu boleh bersaing secara sihat.


Jemaah perlu bersaing macam peniaga nak dapatkan pelanggan ke???

Bookmark and Share

    


  Member Information For aku_eus85Profil   Hantar PM kepada aku_eus85   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-12-05 20:04


assalamualaikum wbt
masalah sekarang bukan jemaah centric atau ummah centric.. masalah sekarang umat semakin jauh daripada agama..umat semakin tenggelam sesak nafas dalam lautan kemaksiatan..masalah sekarang umat semakin jauh daripada jemaah2 islam yang ada sekarang yang mengikut al-quran dan sunnah.. masalah sekarang adalah bagaimana untuk libatkan seluruh umat islam dengan jihad.. bagaimana untuk libatkan seluruh umat dengan amr bil ma'ruf sekaligus untuk layak bergelar khairu ummah..

Selagi mana umat jauh daripada jemaah2 islam.. selagi mana umat islam hanya pandai berdebat yang jemaah dia yang lebih sempurna...selagi mana umat hanya menunjukkan sokongan kepada islam dengan hanya mengundi pada peti undi kemudian berpeluk tubuh di rumah tanpa diri sendiri berjihad dalam amruma'ruf nahi mungkar... selagi itu umat ini tidak akan dapat diislahkan.. selagi itu pintu hidayah ILAHI tidak akan terbuka dan tersinar kepada hamba2nya yang tidak berjihad dalam amrubilma'ruf nahi mungkar.. malah dijanjikan azab seksaan oleh Allah SWT...

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Wallahua'lam bissowab

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-12-05 20:09


....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-12-05 15:46


Pada 24-12-05 18:38 , aku_eus85 posting:

!!! QUOTE !!!

nano said :Saya rasa soal beri sumbangan kepada masyarakat ni penting.....agar boleh jemaah tu boleh bersaing secara sihat.


Jemaah perlu bersaing macam peniaga nak dapatkan pelanggan ke???



...........maksud saya berlumba2 memberi sumbangan kepada masyarakat dan membantu mereka mengatasi masalah ......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

aku_eus85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.01.2005
Ahli No: 13619
Posting: 86
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-12-05 16:14


oooo... ingat ke apa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aku_eus85Profil   Hantar PM kepada aku_eus85   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-12-05 21:23


Pada 24-12-05 20:04 , Ibnu_muaz posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum wbt
masalah sekarang bukan jemaah centric atau ummah centric.. masalah sekarang umat semakin jauh daripada agama..umat semakin tenggelam sesak nafas dalam lautan kemaksiatan..masalah sekarang umat semakin jauh daripada jemaah2 islam yang ada sekarang yang mengikut al-quran dan sunnah.. masalah sekarang adalah bagaimana untuk libatkan seluruh umat islam dengan jihad.. bagaimana untuk libatkan seluruh umat dengan amr bil ma'ruf sekaligus untuk layak bergelar khairu ummah..



........Ya la idealnya begitu la ......tapi reality nya tak begitu......
Ada sahabat saya mengeluh ....seorang dai' dah ditarbiyah bertahun2 tapi tak mampu nak tarik mad'u seorang dua dalam masa setahun.Jemaah juga macam tak berapa dikenali sangat .....saya rasa antara perkara penting dalam situasi ini ialah perbaiki tariq Dakwah ......


Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

itsme
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11624
Posting: 69
Dari: bumi tuhan

iraq  


posticon Posting pada: 25-12-05 21:24


yang penting sekarang sama2la kita berusaha untuk kembalikan maruah umat ISLAM yang kian dihina ni. kan bagus kalau semua jemaah di malaysia dan seluruh dunia bersatu padu untuk satu tujuan yang sama..saling membantu..bukannya berpecah belah dan saling nak tunjuk jemaah mereka paling teror. bila semua umat ISLAM bersatu padu dan saling membantu, INSYAALLAH kegemilangan umat ISLAM akan datang kembali... AMIN..AMIN..AMIN..

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsmeProfil   Hantar PM kepada itsme   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-12-05 21:31


!!! QUOTE !!!

masalah sekarang bukan jemaah centric atau ummah centric.. masalah sekarang umat semakin jauh daripada agama..umat semakin tenggelam sesak nafas dalam lautan kemaksiatan..masalah sekarang umat semakin jauh daripada jemaah2 islam yang ada sekarang yang mengikut al-quran dan sunnah.. masalah sekarang adalah bagaimana untuk libatkan seluruh umat islam dengan jihad.. bagaimana untuk libatkan seluruh umat dengan amr bil ma'ruf sekaligus untuk layak bergelar khairu ummah..

setuju dengan Ibnu_muaz, masalahnya adalah banyak di kalangan kita yang taknak ikut agama Islam, mereka ni memisahkan agama dari bidang kehidupan, secara ringkasnya adalah fahaman sekularisme...

nak kata di Malaysia ni banyak jemaah yang berbeza2, mungkin ada juga berlaku, tetapi sesama jemaah2 Islam biasanya tidak berpecah, sebab Islam itu satu, bukan dua...

masalah timbul bila ada pihak yang mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan dasar2 Islam... contohnya Islam Hadhari, tapi membelakangkan Islam...

satu persoalan di sini, relevan ke kalau kita katakan Jemaah PAS berlawan dengan Jemaah UMNO? :-?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 25-12-05 21:33 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-12-05 12:35


!!! QUOTE !!!

........Ya la idealnya begitu la ......tapi reality nya tak begitu......
Ada sahabat saya mengeluh ....seorang dai' dah ditarbiyah bertahun2 tapi tak mampu nak tarik mad'u seorang dua dalam masa setahun.Jemaah juga macam tak berapa dikenali sangat .....saya rasa antara perkara penting dalam situasi ini ialah perbaiki tariq Dakwah ......


Tariq dah'wah sebenarnya telah ada... cuma manusia yang bersikap suka mencari-cari landasan yang berbengkang-bengkok daripada terus melalui landasan yang lurus akibat terhijab oleh Allah SWT dengan ilmu logik yang mengatasi ilmu al-quran dan hadis. Tidak perlu dinyatakan landasan yang lurus, kerana landasan yang lurus ialah landasan yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW dan sahabat lah.anhum lah jawapannya, dan tak perlu memperdebatkan jemaah mana yang lebih baik, jika jemaah yang diikuti ada dalil al-quran hadis maka teruskan setelah membuat penilaian yang teliti dari segi siapa pemimpinnya, apakah gerak kerjanya berlandaskan ketaqwaan atau sebaliknya.

Persoalan jemaah umno? manusia yang mempunyai mata hati yang suci sahaja yang secara jelas dan total dapat menolak jemaah yang berada dalam landasan kemurkaan Allah.

persoalan seorang daie yang ditarbiyah bertahun2? bayangkan Nabi Nuh AS, laila wan nahar berda'wah kepada kaumnya selama 93tahun, tetapi 83 orang sahaja pengikutnya sehingga, Nabi Nuh mengadu pada tuhan supaya diturunkan bala kepada mereka yang engkar. berhasil atau tidak, berjaya atau tidak bukan kerja kita sebagai hamba. Bahkan jika kita telah meyakini bahwa diri kita yang berjaya mengubah seseorang menjadi baik maka kita telah syirik kepada Allah SWT. Itulah sebab, bagi seorang daie perlu memperkukuhkan tauhid yakni akidah yang mantap melalui proses berjemaah atau berjihad yang dilaluinya kerana keimanan yang utuh tidak hanya datang bergolek, ia akan hadir apabila mujahadah dalam berjihad serta diikuti dengan ilmu yang sahih.

Wallahua'lam bissowab
[ Telah diedit oleh: Ibnu_muaz pada 28-12-05 09:31 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-12-05 12:36


!!! QUOTE !!!

........Ya la idealnya begitu la ......tapi reality nya tak begitu......
Ada sahabat saya mengeluh ....seorang dai' dah ditarbiyah bertahun2 tapi tak mampu nak tarik mad'u seorang dua dalam masa setahun.Jemaah juga macam tak berapa dikenali sangat .....saya rasa antara perkara penting dalam situasi ini ialah perbaiki tariq Dakwah ......


Tariq dah'wah sebenarnya telah ada... cuma manusia yang bersikap suka mencari-cari landasan yang berbengkang-bengkok daripada terus melalui landasan yang lurus akibat terhijab oleh Allah SWT dengan ilmu logik yang mengatasi ilmu al-quran dan hadis. Tidak perlu dinyatakan landasan yang lurus, kerana landasan yang lurus ialah landasan yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW dan sahabat lah.anhum lah jawapannya, dan tak perlu memperdebatkan jemaah mana yang lebih baik, jika jemaah yang diikuti ada dalil al-quran hadis maka teruskan setelah membuat penilaian yang teliti dari segi siapa pemimpinnya, apakah gerak kerjanya berlandaskan ketaqwaan atau sebaliknya.

Persoalan jemaah umno? manusia yang mempunyai mata hati yang suci sahaja yang secara jelas dan total dapat menolak jemaah yang berada dalam landasan kemurkaan Allah.

persoalan seorang daie yang ditarbiyah bertahun2? bayangkan Nabi Nuh AS, laila wan nahar berda'wah kepada kaumnya selama 93tahun, tetapi 83 tahun sahaja pengikutnya sehingga, Nabi Nuh mengadu pada tuhan supaya diturunkan bala kepada mereka yang engkar. berhasil atau tidak, berjaya atau tidak bukan kerja kita sebagai hamba. Bahkan jika kita telah meyakini bahwa diri kita yang berjaya mengubah seseorang menjadi baik maka kita telah syirik kepada Allah SWT. Itulah sebab, bagi seorang daie perlu memperkukuhkan tauhid yakni akidah yang mantap melalui proses berjemaah atau berjihad yang dilaluinya kerana keimanan yang utuh tidak hanya datang bergolek, ia akan hadir apabila mujahadah dalam berjihad serta diikuti dengan ilmu yang sahih.

Wallahua'lam bissowab

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-12-05 12:40


!!! QUOTE !!!

........Ya la idealnya begitu la ......tapi reality nya tak begitu......
Ada sahabat saya mengeluh ....seorang dai' dah ditarbiyah bertahun2 tapi tak mampu nak tarik mad'u seorang dua dalam masa setahun.Jemaah juga macam tak berapa dikenali sangat .....saya rasa antara perkara penting dalam situasi ini ialah perbaiki tariq Dakwah ......


Tariq dah'wah sebenarnya telah ada... cuma manusia yang bersikap suka mencari-cari landasan yang berbengkang-bengkok daripada terus melalui landasan yang lurus akibat terhijab oleh Allah SWT dengan ilmu logik yang mengatasi ilmu al-quran dan hadis. Tidak perlu dinyatakan landasan yang lurus, kerana landasan yang lurus ialah landasan yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW dan sahabat lah.anhum lah jawapannya, dan tak perlu memperdebatkan jemaah mana yang lebih baik, jika jemaah yang diikuti ada dalil al-quran hadis maka teruskan setelah membuat penilaian yang teliti dari segi siapa pemimpinnya, apakah gerak kerjanya berlandaskan ketaqwaan atau sebaliknya.

Persoalan jemaah umno? manusia yang mempunyai mata hati yang suci sahaja yang secara jelas dan total dapat menolak jemaah yang berada dalam landasan kemurkaan Allah.

persoalan seorang daie yang ditarbiyah bertahun2? bayangkan Nabi Nuh AS, laila wan nahar berda'wah kepada kaumnya selama 93tahun, tetapi 83 tahun sahaja pengikutnya sehingga, Nabi Nuh mengadu pada tuhan supaya diturunkan bala kepada mereka yang engkar. berhasil atau tidak, berjaya atau tidak bukan kerja kita sebagai hamba. Bahkan jika kita telah meyakini bahwa diri kita yang berjaya mengubah seseorang menjadi baik maka kita telah syirik kepada Allah SWT. Itulah sebab, bagi seorang daie perlu memperkukuhkan tauhid yakni akidah yang mantap melalui proses berjemaah atau berjihad yang dilaluinya kerana keimanan yang utuh tidak hanya datang bergolek, ia akan hadir apabila mujahadah dalam berjihad serta diikuti dengan ilmu yang sahih.

Wallahua'lam bissowab

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 27-12-05 13:41


menarik......

apa yang sya lihat kesan dari jemaah centric ialah satu kelemahan dalam menyampaikan mesej dahwah.Apabila seseorang dari jemaah itu bercakap atau berhujjah,seluruh kata-katanya dilihat orang sebagai hujjah2 dan alasan2 untuk kepentingan jemaah sendiri dan bukan kepada umum walaupun niatnya tidak begitu....tafsiran masyarakat kepada ajakan dakwah itu tadi telah tersasar dari landasan semata2 menyangka bahawa orang yang berkata2 itu bercakap atas kepentingan jemaahnya ini....kalau begini lah ragamnya maka kebenaran itu sukar untuk mendapat tempat di hati mad'u.....apalagi mengharap keberkesanannya.....oleh sebab itu setiap anggota gerakan islam tidak harus menyandarkan kata2nya atas kepentingan jemaah sahaja tetapi hendaklah kepada Islam supaya ucapannya itu tidak disalahfaham oleh mad'u....contohnya dalam jemaah Pas sendiri....saya cukup tetarik dengan pendekatan TG Nik Aziz yang lebih menekankan kepada perlunya menyebut Islam itu lebih banyak dari menyebut Pas....dan bila diperhatikan banyak kenyataan yang benar dan rasional sama ada dalam bentuk teguran atau cadangan oleh pemimpin Pas telah diabaikan kerana hanya menyangka segala yang Pas lakukan adalah untuk kepentingan parti dan melabelkannya sebagai gimik politik dan sebagainya...ini merupakan satu suasana yang cukup merugikan dakwah itu sendiri.....Disinilah perlunya kita berfikir dan bertindak secara bijak dan berstrategi dalam mengatur gerakan dakwah.....natijah akhirnya,dakwah itu akan mampu mengetuk pintu hati mad'u untuk menerima islam....
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-05 15:22


assalmualaikum!!

jemaah centrik dan fikiran ummatik adalah dua pemikiran atau idea yang berbeza.
orang yang masih berada dalam takuk jemaah centrik hanyalah mereka yang tidak suka untuk banyak memikir.

sesungguhnya orang yahudi dan nasrani telah lama mengamalkan idea ummatik ini mereka tidak bertumpu kepada satu-satu kumpulan sahaja,mereka akan sentiasa mencari persamaan-persamaan diantara mereka(dalam salah satu hadis sohih ada menyatakan bahawa yahudi dan nasrani berpecah kepada 72 kumpulan),manakala perbezaan-perbezaan yang ada di antara mereka, mereka akan meninggalkan hanya kerana satu tujuan,MEMUSNAHKAN ISLAM!!

pemikiran ummatik perlu ada kepada umat Islam zaman kini dan mestilah kita ini mencari-cari persamaan dalam hal menyumbang kepada agama selagi jemaah-jemaah islam ini berada dalam soal-soal furuk dan maslahah ummah, tetapi apabila menyentuh soal usul jemaah yang terang-terang berada dalam kesesatan dan kesalahan perlu dibetulkan oleh jemaah yang lain, kita mesti berdakwah dengan cara yang paling berhikmah,ini yang dituntut Islam, cuma hikmah disini adalah sangat subjektif kerana setiap orang mempunyai sudut pandanagn berbeza dalam berhikmah,
umar al-khattab hikmahnya lain,abu bakr assiddiq hikmahnya lain,begitu juga lain-lain khalifah dan sahabat-sahabat Rasulullah yang lain.

konklusi, dalam membicara hal-hal berkaitan Islam dan sesuatu pendapat di dalamnya seseorang mestilah membuka hatinya dan sentiasa bersabar serta berbicara dengan keadilan dan kritis sambil sentiasa berpegang dan kembali kepada kitabullah dan hadis yang sorih lagi sohih..

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&p=41090&sid=c1fd97a927f9685f1626b1dbf31b2e9c#41090

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-12-05 00:43


Assalamu'alaikum wrt wbt

Jangan kita tersilap dalam menyangka dengan bertambahnya ilmu didada, kita akan dapat membebaskan diri dari belenggu jamaah centric. Kadangkala dengan ilmu itu juga kita boleh terperangkap tanpa kita sendiri sedari. Sebagai contoh, jika kita sebelum ini neutral dalam sesuatu isu, dan kemudian dengan penambahan maklumat kita tertarik untuk mengikut pemikiran mereka, jaga-jaga kerana kita mungkin akan terperangkap dan mula berfikir dengan pemikiran jamaah.

Adalah lebih baik pada fikiran saya, walaupun kita amat yakin bahawa pemikiran baru yang kita terima itu adalah benar, kita masih membuka sedikit ruang untuk mengatakan yang ia adalah salah. Ini melatih kita untuk mempunyai bentuk pemikiran yang lebih terbuka. Berada dipihak yang betul dan benar dan mempunyai minda yang terbuka adalah dua perkara yang berlainan.

Seringkali kita sendiri tidak menyedari bahawa kita sebenarnya tergolong dalam jamaah centric. Sebagai contoh, kita seringkali berfikiran bahawa kita tidak mengamalkan diskriminikasi terhadap kaum tua atau golongan wanita sedangkan kita sebenarnya melakukannya. Kita tidak menyedarinya kerana ahli psikologi mengatakan bahawa ia berada dibawah pengaruh "unconsious mind", yang sukar didefinasi oleh diri kita sendiri. Ahli psikologi dari universiti harvard telah mengadakan kajian dan anda boleh mencuba ujian itu secara online di www.impicit.harvard.edu untuk mengetahui apakah tanggapan kita sebenarnya terhadap sesuatu isu.

Saya sering mengingatkan diri sendiri ketika membaca artikel atau buku-buku tulisan penulis yang saya tidak suka atau berlainan pendapat, retain my judgment hingga ke akhir perenggan. Jangan sekali-kali membuat penghakiman sebelum habis membaca walaupun yang dibaca itu saya tidak suka. Saya akan mendapati pandangan saya terhadap pembacaan itu akan hadir dari perspektif yang berlainan. Saya kira latihan seperti ini akan melatih pemikiran kita untuk lebih terbuka dalam berfikir dan akan menuju ke pemikiran ummah centric.

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&p=41110&sid=29a5cca95104251151e8c77d71c9319a#41110

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

hazreenrashid
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15666
Posting: 115
Dari: Moscow

malaysia  


posticon Posting pada: 28-12-05 07:10


assalamualaikum, sekadar nam membetulkan, ada kesalahan ejaan yang membawa kepada proxy report. sebenarnya www.implicit.harvard.edu

Bookmark and Share

    


  Member Information For hazreenrashidProfil   Hantar PM kepada hazreenrashid   Pergi ke hazreenrashid's Website   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-12-05 09:42


saya sokong ummimq! :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

idie04
WARGA SETIA
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 28-12-05 09:50


sokong!

Bookmark and Share

    


  Member Information For idie04Profil   Hantar PM kepada idie04   Pergi ke idie04's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-12-05 06:31


--- In [email protected], siti hajar mohsin
wrote:
> ps - oh ya syeikh dari mana ya syeikh dapat 10 tips
> oleh al Qardhawi berkaitan dengan ummah centric tu?
> umi ditanya ni sebenarnya. JKK again.


~~~~~~~~~~~~~~~~reply

oh, itu adalah kertas kerja dari Qardhawi pada Multaqa lFikr alIslami
(muktamar Pemikiran Islam) ke 18 di Algeria pada tahun 1984, ia
kemudian dijadikan buku berjodol, aina alkhalal.

s2s

>>>>>>>>>

Umi pun bisa baca selengkapnya di buku "Kebangkitan Gerakan Islam:
Dari Masa Transisi Menuju Kematangan". Di Indonesia diterbitkan oleh
Pustaka Al-Kautsar, harga 48 ribu rupiah.

Pada Al-Multaqa Al-Fikr Al-Islami itu sebetulnya ada 20-an point
menuju kematangan kebangkitan Islam. Tapi oleh dari. al-Qaradhawi
dikristalkannya pada buku di atas menjadi 10 sahaja.

Ana selalu recomend kan buku di atas kepada siapa sahaja.

Salam kenal Umi, dari anakda.

-Abu Aufa-


http://us.f369.mail.yahoo.com/ym/ShowLetter?MsgId=4506_28320906_833811_2835_1519_0_128227_4157_430821030&Idx=28&YY=4554&inc=25&order=down&sort=date&pos=1&view=a&head=b&box=Inbox

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.148504 saat. Lajunya....