Oleh |
Kes pendaki gunung everest beragama hindu yang memeluk islam |
An-Naqib
Warga 2 Bintang Menyertai: 27.12.2003 Ahli No: 6025
Posting: 57
Dari: Selangor
|
Posting pada: 21-12-05 20:42
 Ana baru lepas baca surat khabar dan ana agak terkejut bila ana baca berita tentang seorang pendaki gunung everest kita yang dulunya agama hindu kini memeluk islam. Yang menjadi masalahnya, bila dia mati keluarga dia yang agama hindu nak kebumikan dia cara hindu tapi JAWI nak kan dia dikebumikan cara Islam. Kes ni sampai dirujuk ke mahkamah. jadi ana nak minta pendapat dari semua warga ukhwah tentang isu ini atau pun sesiapa yang tahu hakikat sebenar di sebalik isu ini..... thank you dan wassalam ISLAM IS THE WAY OF LIFE
|
Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com
|
Posting pada: 21-12-05 21:17
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 21-12-05 21:23
Jawi tangguh kebumi pendaki Gunung Everest KUALA LUMPUR: Pengurusan mayat M Moorthy, seorang daripada 10 pendaki Projek Malaysia Everest 1997 yang meninggal dunia pagi semalam ditangguhkan sehingga mendapat perintah Mahkamah Syariah berikutan dakwaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bahawa beliau memeluk agama Islam pada 8 Mac lalu. Pengarah Jawi, Che Mat Che Ali, berkata pihaknya menerima permohonan Moorthy pada 28 Mac tahun lalu dan meluluskannya tahun ini menggunakan nama Muhamad bin Abdullah. “Bagi menyelesaikan isu cara pengurusan mayat, kita akan memfailkan permohonan kepada Mahkamah Syariah esok (hari ini) untuk menjalani pengebumian mengikut cara Islam. “Sementara menunggu keputusan, mayat Moorthy disimpan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan tidak diserahkan kepada mana-mana pihak,†katanya semalam. Beliau berkata, Moorthy mendaftar memeluk Islam melalui Kor Agama Kementerian Pertahanan ketika berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tetapi Jawi menerima permohonan selepas sah dia mengucap kalimah shahadah. “Berdasarkan rekod, kita ada bukti kukuh dan akan kemukakan dokumen asal permohonan Moorthy,†katanya. Moorthy meninggal dunia di depan isterinya, abang ipar dan seorang lagi saudara pada jam 11.10 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL selepas dimasukkan ke wad berkenaan kerana sesak nafas akibat koma pada 11 November lalu. Anak keenam daripada 10 beradik itu meninggalkan seorang balu, S Kalimmal, 30, dan seorang anak perempuan, Theneswary yang berusia sembilan tahun. Sementara itu, di HKL semalam, keluarga Kalimmal enggan mayat suaminya dikebumikan mengikut cara Islam kerana mendakwa tidak mengetahui Moorthy menukar agama. Kalimmal berkata, mereka sekeluarga terperanjat mengetahui perkara itu pada 1 Disember lalu. “Beberapa orang dari Jawi datang ke rumah di Kuarters Tentera di Jelatek ketika Moorthy lumpuh. Mereka datang semula ketika Moorthy koma untuk memaklumkan bahawa dia sudah memeluk Islam,†katanya ketika ditemui di bilik mayat HKL. “Kami sudah membuat keputusan memfailkan permohonan kepada mahkamah secepat mungkin bagi mengenal pasti status agama Moorthy supaya pengebumian dapat dijalankan dengan lancar,†katanya ketika ditemui di bilik mayat HKL. Moorthy dimasukkan ke ICU selepas terjatuh dari kerusi rodanya ketika dalam perjalanan ke rumah kakaknya di Rawang. Beliau menyertai Angkatan Tentera pada 1988 sebelum diserapkan dalam Unit Gerak Khas setahun kemudian. Beliau lumpuh sejak tujuh tahun lalu akibat penyakit ‘cervical sick’ selepas terjatuh ketika latihan ‘somersault’ di Kem Sungai Udang, Melaka pada 14 Ogos 1998. Ketika Projek Malaysia Everest 1997, beliau turut membantu dua rakannya, M Magendran dan dan Mohanadas menawan puncak Everest pada 23 Mei 1997. Dipetik dari Laman Web Berita Harian----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 21-12-05 21:24
sama-sama doakan kemenangan berpihak pada kita, Ameen........... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
nurazyyati_83
Warga 3 Bintang Menyertai: 21.07.2005 Ahli No: 17466
Posting: 125
Dari: dunia yang fana
|
Posting pada: 21-12-05 21:41
ana pun baru baca berita ni petang tadi. tapi Kenapa dia tak tukar nama dia kepada muslim atau 'declare'kan ke?walau apa pun....ana doakan semoga jenazahnya berjaya diuruskan oleh JAWI
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 21-12-05 22:47
kita tengok siapa yang akan menang...Islam atau Hindu....sebab kat malaysia ini unpredictable soal2 Islam... sejajar and bersesuaian dengan moto kerajaan ISlam Hadhari iaitu...CAKAP PANDAI TAPI BUATNYE IDAK. kalau saudara baru kita ini tak dikebumikan mengikut Islam...jangan terperanjat sebab sebelum ini pun dah ada kes seorang ayah bersama anaknya yang convert ISlam tapi dikebumikan ikut hindu sebab majlis agama Islam dinasihatkan supaya beralah untuk menjaga keselamatan awam
|
mohd
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl
|
Posting pada: 22-12-05 00:04
assalamualaikum...saya pun tadi ada tengok berita tv3,berat juga kes ni kan,peguam bagi keluarga allahyarham dah mempersoal kan keislaman muhammad bin abdullah.nama nabi tuuu.dia tak pernah ke masjid,tak pernah solat,ermm kalau nak ikut logik memang lah kan saudara kita ni kalau dia solat pun takkan dia nak tunjuk2 kat family dia kan. ptg tadi siap kecoh juga lah,emak dia kata "saya yang bagi nama tuu".bagi sayalah kan time2 begini semua umat islam kat malaysia ni kena betul tawadok sungguh2 .pihak india muslim diharap memainkan peranan.pihak mahkamah mesti bersikap seadil2nya kerana matinya dalam agama islam walaupun lahirnya hindu,lihat lah betapa hebat perancangan ALLAH,betapa DIA nak tengok sejauh sensativiti umat hari ni..so marilah kita sesama memanjat kan doa semoga saudara kita,digolongkan bersama golongan yang beriman..ameen.....
|
Akhi_Arab
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.07.2005 Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL
|
Posting pada: 22-12-05 08:17
Moga roh nya tenteram di alam lain kelak... bersamalah Kita doakan agar dia tergolong dikalangan yang di Kasihi Allah...
|
transmissionline
WARGA SETIA Menyertai: 05.08.2005 Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 22-12-05 08:18
Jika dia telah masuk Islam bagaimana dengan isterinya yang masih Hindu ... adakah dia kena mufarakah dengan isterinya itu ??? Jika dia tetap terus bersama dengan isterinya itu bagaimana pula ???
|
isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu
|
Posting pada: 22-12-05 09:47
dalam hal ini pihak berkuasa kena memainkan peranannya..jangan biarkan benda ini makin rumit
|
Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com
|
Posting pada: 22-12-05 10:22
walaupun apa yang dilakukan sebelum islamnya....... selepas dia mengucap kalimah syahadah, dia umpama bayi yang baru lahir! fuh... untungnye..... pergi lantak lah dia makan bab* ke, minum arak ke........ tu sebab nabi bersungguh2 suruh abu talib mengucap sebalum dia mati.... harap2 Jawi bersedia!
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 22-12-05 10:33
Balu mohon larang Jawi tuntut mayat Moorthy KUALA LUMPUR: Balu M Moorthy, seorang daripada 10 pendaki Projek Malaysia Everest 1997, memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi, memohon perintah supaya Hospital Kuala Lumpur (HKL) menyerahkan mayat suaminya serta-merta untuk diuruskan mengikut upacara Hindu. S Kaliammal, 56, juga memohon perintah injunksi sementara untuk melarang Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) daripada mengambil atau menuntut mayat si mati daripada HKL dengan apa cara sekalipun sehingga kes itu diputuskan mahkamah. Beliau memfailkan saman pemula itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini, semalam melalui peguam bela, A Sivanesan daripada firma guaman A Sivanesan & Co. Kaliammal yang bertindak sebagai pemohon, menamakan Pengarah Jawi, Pengarah HKL dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan. Akhbar semalam melaporkan pengurusan mayat Moorthy yang meninggal dunia pagi kelmarin, ditangguhkan sehingga mendapat perintah Mahkamah Syariah. Mengikut afidavit sokongan, Kaliammal mendakwa suaminya terbabit dalam kemalangan di Kem Tentera Sungai Udang, Melaka, menyebabkannya lumpuh dan hilang ingatan serta terpaksa menggunakan kerusi roda. Beliau mendakwa pada 11 November lalu, Moorthy dimasukkan ke Hospital Selayang kerana koma dan sejak itu rakan sekerja sentiasa melawatnya termasuk Mejar Shukri Yahya. “Pada 1 Disember lalu, Shukri memberitahu bahawa suami saya sudah memeluk Islam dan jika ada apa-apa berlaku, pihak jabatan agama Islam akan menguruskan mayatnya. “Saya terkejut mendengar berita itu kerana selama ini tiada sesiapa memberitahu hal ini dan sepanjang pengetahuan saya kem tentera juga tidak pernah mengumumkan suami saya memeluk Islam. “Sepanjang perkahwinan dengan si mati, saya tidak pernah melihat atau mendengar dia sembahyang, berpuasa atau ke masjid, malah dia selalu makan daging bab* dan minum minuman keras, menunjukkan dia bukan penganut Islam,†katanya. Kaliammal juga mendakwa jika benar suaminya sudah memeluk Islam, ia bukannya dilakukan secara sukarela kerana dia adalah seorang kurang upaya. Beliau mendakwa Jawi melalui ejennya dan pekerja HKL menghalang dan enggan menyerahkan jenazah suaminya di HKL pada 20 Disember lalu. Laman Web Berita Harian Online----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 22-12-05 10:33
nampaknya kes dah jadi makin rumit.................  ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan
|
Posting pada: 22-12-05 10:34
semoga kemenangan di pihak yang Benar.....
|
emma83
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.06.2004 Ahli No: 9733
Posting: 36
Dari: selangor
|
Posting pada: 22-12-05 12:09
 alhamdulillah...hati dia terbuka juga untuk islam....semoga jenazahnya dapat dikebumikan dengan sempurna..
|
nur_amal04
Warga 1 Bintang Menyertai: 01.12.2004 Ahli No: 12712
Posting: 30
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 23-12-05 01:52
sama-sama lah kita berdoa agar kemenangan berpihak pada kita....ameen
|
nabilpoyo
WARGA SETIA Menyertai: 13.12.2005 Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta
|
Posting pada: 23-12-05 03:41
|
Akhi_Arab
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.07.2005 Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL
|
Posting pada: 23-12-05 08:24
Sila ke link ini : Alhamdulillah.. Akhirnya Jenazah di perintahkan untuk di kebumikan oleh JAWI dengan cara Islam... Moga ianya menjadi kekuatan buat semua umat Islam khususnya...
|
songkok_aji02
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB
|
Posting pada: 23-12-05 08:29
memang dah confirm,Allahyarham tu Islam....
|
Nury
Warga 1 Bintang Menyertai: 05.12.2005 Ahli No: 20779
Posting: 29
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 23-12-05 13:30
Rasanya ini bukan kes yang pertama di malaysia dan pertelingkahan juga pernah wujud dengan Hinddhu ni.Depa tu memang laku tu....? Kesimpulannya dari kisah ini...cara hidup kita masa hidup tu penting sesangat( Islam is the way of life, must be practice) . Saya pun confuse juga, macam mana masa hidup dia, dengan wife dia yang masih Hinddu tu...dari dasarnya, perkahwinan mereka kan dah kira terbatal...Eh, banyak pulak yang confuse.... Apapun memang ada saksi dia dah peluk Islam...
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 23-12-05 14:07
alhamdulilah jika itu yang dikhabarkan oleh JAWI, dikebumikan cara islam..
|
Iman_Hayati
WARGA SETIA Menyertai: 24.10.2003 Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 23-12-05 14:22
Alhamdulillah, akhirnya kes itu berpihak kepada Islam..semoga rohnya dijauhkan dari seksaan kubur.
|
uwaisalqarni
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.04.2005 Ahli No: 15513
Posting: 147
Dari: Ardhul Kinanah
|
Posting pada: 23-12-05 15:55
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG  warahmatulllah Sebenarnya sahabat2, kes ini belum habis lagi..ini yang sahih ana ketahui lah..pada pukul 8.00 pagi tadi ana dan sahabat2 ana pergi ke rumah mayat hospital Kuala Lumpur! masa tu dah ramai orang dah berkumpul di sana...ramai group pekida lah ana rasa dan sb pun banyak juga..semuanya menunggu untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengkebumian saudara baru kita ini.. Pada malam tadi, pihak JAWI telah pergi ke HKL untuk mengambil terus mayat Mohammad bin Abdullah ini (moorty), tapi malangnya tidak dibenarkan oleh pihak mahkamah dan peguamnya lagi..diminta tunggu sehingga keesokan harinya!(hari ini lah) Tunggu punya tunggu, ramai lah yang datang, tentera majoritinya(sebab moorty dulu tentera, dari unit Komando), so, nampak semangat sikit...penyatuan orang2 Islam dalam hal2 yang perlu diambil berat! dalam pukul 10.00, peguam kepada isteri moorty, datang untuk menangguhkan pengeluaran mayat saudara kita ni..bincamng punya bincang...kes ini akan di bawa ke mahkamah Rayuan pada 29 Dis ini...bermakna lambat lagi lah nak di kebumikan..MasyaAllah!so, kami pun balik lah..frust juga..ramai yang datang, unit gerak khas dari mersing dan sungai udang. sembang dengan kawan kampung ana dari unit komando sungai udang, mahu ikut hati nak 'bedal dengan steyr' india2 di sini(banyak juga ahli keluarga Abdullah sebelum islam ada di sana).. kepada sahabat2 di luar sana...berdoalah kepada Allah semoga dipermudahkan urusannya dengan Allah, dia Islam umpama seorang bayi yang lahir, tiada dosa2 yang terpaut padanya, bagi kita pula dah bergelumang dengan dosa2 berpuluh2 tahun ni, adakah dijamin kita dengan syurga!pintu taubat masih terbuka...Pohonlah keAmpunan dari-NYa...insyaAllah Dia akan memberinya..!! jadi sahabat2,hargailah nikmat islam yang kita anuti ini, bandingkan dengan orang-orang kafir, mereka selepas mati kelak...tiada lagi nikmat untuk mereka!! bagi kita..sebarkan agama Islam selagi termampu... pada malam tahun baru ini, sesiapa yang mencintai islam dan saudaranya dalam amal maaruf nahi mungkar, sama-sama lah kita turun di area bukit bintang, bangsar, hartamas..Pemuda Pas wilayah dan Pusat mengadakan Maksiat : watch & forbid.. pada malam tahun baru..bermula pukul 12.00 malam.(berkumpul di taman melewar)..insyaAllah! ----------------- PeRjuAnGaN iTu GeRuN dAn MeNgEriKaN HeBaT dAn DaHsYaT mEnGgErUnKaN hAtI BaGi MuKmIn Di SiNi HaRgA dAn NilaInYa
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 23-12-05 17:02
tunggu dan lihat saja
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 27-12-05 00:46
tak selesai lagi ke?  ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 27-12-05 00:55
ni berita hari Sabtu lepas: Bagi semua puas hati Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin [email protected]KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunggu keputusan Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) yang akan bersidang pada 29 Disember depan berhubung pihak yang layak menuntut jenazah wira Everest, Koperal M Moorthy. Pengarah HKL, Datuk dari Azmi Shapie, berkata meskipun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jaw) mendapat perintah Mahkamah Tinggi Syariah yang mengisytiharkan Moorthy, 36, meninggal dunia Selasa lalu memeluk Islam dan akan dikebumikan mengikut hukum Syarak, HKL akan menyimpan jenazahnya sehingga Mahkamah Tinggi membuat keputusan berhubung soal itu. “Perkara ini di luar bidang kuasa HKL dan memandangkan tidak ada kata sepakat antara pihak yang menuntut jenazah itu, adalah lebih baik kita tunggu sehingga keputusan Mahkamah Tinggi, Khamis depan. “Berdasarkan beberapa dokumen iaitu keputusan Mahkamah Syariah dan juga permohonan kepada mahkamah sivil (oleh keluarga Moorthy), serta rayuan keluarga, adalah lebih baik mayat tidak diserahkan sehingga kes dibicarakan,†katanya di bilik mayat HKL, semalam. Pada mulanya, pihak hospital bercadang menyerahkan jenazah itu kepada Jawi tetapi selepas mendapat bantahan keluarga Moorthy, satu perbincangan diadakan antara dari Azmi, Pengarah Jawi, Che Mat Che Ali, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Ismail Jamaludin dan peguam keluarga Moorthy, A Sivanesan. Sementara itu, Muhammad Ismail berkata, pertikaian itu perlu diselesaikan secara aman bagi memastikan semua pihak berpuas hati. Kelmarin, Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan jenazah Moorthy diserahkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk dikebumikan mengikut hukum syarak dan agama Islam. Hakim Syarie Mahyuddin Ibrahim mengisytiharkan Moorthy seorang penganut Islam dengan nama Mohammad Abdullah dan memerintahkan mana-mana pihak yang menjaga mayatnya supaya menyerahkannya kepada MAIWP untuk dikebumikan dengan segera. Laman Web Harian Metro Onlinep/s: entahlah apa nak jadi, tak kasihan ke kat jenazah tu...  ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 27-12-05 00:55 ]
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 28-12-05 23:38
Allahyarham L/kapal Mohammad bin Abdullah selamat dikebumikan Pagi tadi jam 8.00 saya telah berada di perkarangan Mahkamah Rayuan Sivil, KL. Kira-kira jam 9.00 pagi kamar mahkamah telah hampir penuh sungguhpun mahkamah dijangka bersidang hanya pada jam 10. Kira-kira jam 10.15 pagi barulah Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan Khas Dato Raus Shariff masuk dan memulakan persidangan Mahkamah sunyi sepi apabila Dato Raus merumuskan hujah-hujah kedua-dua belah pihak dan akhirnya membuat keputusan beliau. Keputusannya hanya satu dari permohonan pihak plaintif yang dibenarkan iaitu bahawa plaintiff S. Kaliammal, iaitu isteri Allahyarham yang masih beragama Hindu itu adalah isteri Allahyarham yang sah. Manakala permohonan-permohonan lain termasuklah mengisytiharkan Allahyarham sebagai seorang Hindu dan bukannya Muslim telah ditolak. Menurut Dato Raus yang pentingnya adalah bahawa Mahkamah (Sivil) tidak mempunyai bidangkuasa menyemak atau membatalkan mana-mana keputusan Mahkamah Syariah. Ini menurut beliau adalah selaras dengan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan Perkara 121 (a) yang menggariskan bidangkuasa mahkamah-mahkamah persekutuan yang padanya tidak termasuk mahkamah syariah. Oleh itu berdasarkan keputusan Hakim Raus ini bermakna mahkamah rayuan tidak memiliki bidangkuasa menyemak atau membatalkan keputusan mahkamah syariah dan dengan itu keputusan Mahkamah Tinggi Syariah KL tempoh hari yang telah berpuas hati bahawa Allahyarham Mohammad adalah seorang Muslim dan perlu dikebumikan secara Islam perlu dipatuhi. http://n32.blogspot.com/ps: syukur alhamdulillah [ Telah diedit oleh: naruto-san pada 28-12-05 23:39 ]
|
NuR_HiKMaH
WARGA SETIA Menyertai: 16.07.2003 Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor
|
Posting pada: 29-12-05 00:00
|
nurfara
Warga 2 Bintang Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7219
Posting: 56
Dari: Kuala Lumpur/Muar
|
Posting pada: 29-12-05 02:37
|
majidah
WARGA SETIA Menyertai: 24.08.2004 Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village
|
Posting pada: 29-12-05 08:05
Harap2 jangan ada la pulak puak2 yang teringin buat rusuhan lepas ni.
|
samudra
WARGA SETIA Menyertai: 06.12.2005 Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu
|
Posting pada: 29-12-05 08:23
|
sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan
|
Posting pada: 29-12-05 10:03
**berita terbaru** Pendaki Everest, selamat dikebumikan Oleh: SOPI SAMAILE dan RAHMAN DAUD KUALA LUMPUR 28 Dis. - Jenazah pendaki Everest, M. Moorthy atau nama Islamnya, Mohamad Abdullah selamat dikebumikan mengikut hukum syarak di Tanah Perkuburan Taman Ibukota di Gombak dekat sini petang ini. Ia sekali gus mengakhiri episod tuntutan mayatnya yang disimpan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 20 Disember lalu. Pengebumian disempurnakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menuntut jenazah tersebut di bilik mayat HKL sebaik Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa menentukan sama ada pendaki itu seorang Islam atau tidak sebelum kematiannya. Abang kandung Moorthy, Mohd. Hussin, 46, yang memeluk Islam bersyukur isu tuntutan mayat adiknya selesai secara baik. Beliau meminta keluarga isteri Moorthy supaya tidak membuat tuntutan lagi kerana jenazah adiknya telah selamat dikebumikan. ``Perkara ini sudah selesai. Tidak perlu buat tuntutan lagi kerana jenazah adik saya sudah selamat dikebumikan. ``Saya harap semua pihak akur kerana mahkamah sudah buat keputusan. Jika ada lagi tuntutan, ia sia-sia sahaja,'' kata Mohd. Hussin yang tinggal di Sabah, ketika ditemui selepas pengebumian adiknya di sini. Mohd. Hussin yang nama sebelum Islam M. Sugumaran adalah satu-satunya keluarga terdekat Moorthy yang hadir dan sama-sama menyempurnakan jenazah berkenaan. Sejurus perintah Mahkamah Tinggi hari ini, jenazah Moorthy dimandi dan disembahyangkan di HKL kira-kira pukul 2 petang. Jenazah itu kemudian diiringi ke Taman Ibukota dengan kawalan polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta selamat dikebumikan pada pukul 2.55 petang. Urusan pengebumian dilakukan oleh JAWI dengan bantuan Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) manakala majlis talkin dan tahlil diketuai oleh Imam Surau Al-Muhajirin Taman Selasih II, Bakri Abdul Rahman. Kira-kira 200 penduduk sekitar turut menghadiri pengkebumian itu. Pada 22 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memerintahkan pihak yang menjaga jenazah Moorthy supaya menyerahkannya kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk dikebumikan segera mengikut agama Islam dan hukum syarak. Isteri Moorthy, Kaliammal pula memfailkan saman pemula yang dibuat secara sebelah pihak (ex-parte) di Mahkamah Tinggi pada 21 Disember lalu untuk mendapatkan deklarasi bahawa suaminya bukan beragama Islam dan perlu dikebumikan mengikut agama Hindu.
|
sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan
|
Posting pada: 29-12-05 10:06
Alhamdulillah...telah selamat dikebumikan... Tapi,ada lagi hal tak selesai.... (bahagian duniawi)
|