Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-12-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
If we don't succeed, we run the risk of failure
-- Dan Quayle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: shanejohnson
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43101

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 24
Ahli: 0
Jumlah: 24




  Yang Masuk Ke Sini
shanejohnson: 2 hari yang lalu
wadud: 7 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 24 hari yang lalu
muslimin23: 26 hari yang lalu
kasih_kekasih: 30 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Perempuan Tolong Jawab!!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Perempuan Tolong Jawab!!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh Perempuan Tolong Jawab!!!!

realukhwah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20541
Posting: 54

Pahang  


posticon Posting pada: 08-12-05 13:44


Assalamualaikum.... saya ni baru pergi dalam portal ini.... memang bagus portal ini tahniah!

apa saya nak perkakatakan kali ini satu persoalan yang semakin membimbangkan iman saya kebelakangan ini

Remaja melayu muslim perempuan (RMMP) tolong jawab ye.

kalau kita lihat dimana-mana saja kebanyakkan RMMP sekarang ini KEBANYAKKANnya berpakaian... bertudung tu bertudung, alhamdulillah....
TAPI tshirt ketat dan singkat(ngam2 dengan pinggang seluar) seluar jeans ketat...
kalau duduk saja tersingkaplah satu rahsia yang sepatutnya tidak didedahkan pada orang lain (underwear)..... :-o
erm...Kenapa lah RMMP tersebut pakai macam tu???
nak tayang kat lelaki ke???
ke selesa pakai macam tu??
Please pada RMMP yang berkenaan DONT DO THAT.... buruk betul perangai....tak malu ke? malu lah sikit kat orang lain... Buat apa buat pekara yang sia-sia. Dapat DOSA saja.

fikir-pikirkanlah :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For realukhwahProfil   Hantar PM kepada realukhwah   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 13:52


saya yakin..RMMP dalam portal ini..tiada yang berpakaian sebegitu..

tapi..mungkin hanya menggambarkan teruknya perlakuan RMMP di luar sana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

aisyanida
Warga Rasmi
Menyertai: 09.11.2005
Ahli No: 20277
Posting: 8
Dari: Sg Petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 14:30


Sekarang kalau kita lihat memang banyak RMMP berpakaian sebegitu. Malu toksah nak dikata. kadang-kadang kasihan melihat RMMP ni dari golongan kita.
Ini mungkin disebabkan kurang didikan agama..
Kalau ada sahabat2 macam tu eloklah tegur.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisyanidaProfil   Hantar PM kepada aisyanida   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 14:34


sama-samalah kita menegur RMMP yang berpakaian begitu..mudah mudahan Allah bukakan pintu hati mereka....


-----------------
"Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah SWT"
[ Telah diedit oleh: nurlynn pada 08-12-05 14:36 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

ummu_munirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.07.2005
Ahli No: 17716
Posting: 84
Dari: wp Kuala Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 14:47


salam...

moga dapat dijadikan iktibar.. buat RMMP yang lain.. khususan buat diri sendiri...

kiranya tak mampu menegur.. sama2lah kita mendoakan moga pintu hati mereka dilimpahi nur hidayah Ilahi.. moga doa itu juga diterima sebagai ibadah di sisiNya...

wallahu'alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_munirahProfil   Hantar PM kepada ummu_munirah   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 08-12-05 14:50


Assalamualaikum....

seksi yang menyeksakan pandangan mata orang(esp. ana lah)...

teringat kisah seorang sahabat Nabi s.a.w. yang terpandang perempuan cantik....lepas tu terus balik ke rumah dan 'bersama' dengan isterinya.

itu yang dah ada isteri.yang belum ada isteri macam mana?...kalau takat onani tahan lagi(walaupun jumhur kata hukumnya HARAM) tapi kalau dah sampai berzina,merogol....apa hal...

jadi pada muslimah, fikir2kanlah cara nak nasihat rakan2 supaya pakai lebih sopan.

boleh pakai shirt dan jeans....tapi biarlah labuh t shirt dan berlengan panjang dan pastikan NO BODY SUIT. tudung pulak pastikan tutup dada...(kekdg dah tutup dada pun nampak berbayang lagi payu dara tu.....aduhhhhhh...)

bab underwear ni sekarang ini kan macam-macam fesyen kan....agaknya nak menayang ke apa ke entah laaa.... :-? :-? :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 08-12-05 14:52


Assalamualaikum...

petikan dari tulisan dari yahoogroups SiberMelayu.

Assalamualaikum w.b.t
Pertamanya, saya ingin memohon maaf jk tulisan ini menyakitkn hati mana-mana pihak.
Sesungguhnya saya hanya berniat untuk menegur dan merasakan teguran seperti ini perlu supaya anda semua lebih jelas dan sedar akan kesilapan yang kita semua lakukan.
Untuk memilih tajuk bagi tulisan ini pun cukup sukar kerana jika tidak menarik, sudah tntu anda tak minat
nak baca dan segala tulisan ini hanyalah sia-sia sahaja.
APa yang ingin saya jelaskan di sini ialah soal aurat. Saya rasa mungkin salah lembaga buku teks pendidikan islam yang gagal menyertakan panduan menutup aurat yang sempurna. mungkin juga mereka dah tulis, tapi tulisan mereka terlalu lembut, berlapik dan tidak menarik. Alhamdulillah jk saya tak silap , JAIPk ada mengeluarkan pamplet menutup aurat muslimah yang sebenar.
Jadi, bagi anda yang belum pasti, aurat kita muslimah ialah seluruh tubuh, kecuali muka dan tapak tangan.(nokhtah, fullstop). Simple bukan? memang simple. tapi malang, ada di antara kita tidak tahu pun tentang penyataan ini.Saya tanya pada diri saya dan diri anda, apa lagi yang ingin saya pamerkan? apa ganjaran yang saya dan anda akan dapat jika kita sama-sama mendedahkan aurat? saya kira, anda akan mula terdetik, (haah, ye?) kalau itu yang terlintas, alhamdulillah. Tetapi, andainya anda mula terdetik, (hek eleh..poyo betul lah...) saya harap anda terus membaca tulisan saya ini demi kebaikan
kita bersama.
Ada juga di antara anda yang akan mula terfikir,( saya ni kira ok lah...saya pakai lengan panjang, tudung pun pakai )tapi, saya suka untuk ingatkan anda bahawa, baju t-shirt milik adik-adik anda yang anda pakai lalu menyebabkan ia melekat dengan sempurna pada susuk tubuh anda adalah tidak menepati syariat. APa salahnya, anda gunakan wang saku yang anda kumpul untuk beli baju yang lebih sempurna.baju-baju anda yang KETAT, PENDEK sehingga nampak bentuk punggung itu, hanya memberi keuntungan pada syaitan dan kaum adam. Turut menjadi kesalahan anda ialah memakai seluar jeans, seluar 3/4 yang KETAT jugak. APakah anda berasa selesa memakai pakaian yang ketat? Tidakkah terasa rimas?
Seterusnya ialah baju yang jarang. Buatlah 'lining' jika anda menggunakan kain yang jarang untuk membuat baju. Dan lining pula janganlah dibahagian badan sahaja...yang dekat tangan tu buatlah sekali sampai ke pergelangan tangan. Jangan pula anda memakai baju dua lapis, tetapi yang dalam tu ketat semacam. Jadi, bila anda pakai, tetap nampak bentuk badan meskipun dua lapis. KAlau anda rasa tak mampu nak buat lining, tak payahlah beli kain yang jarang. Kan lebih senang, jimat dan selamat.
Jika anda berasa bahawa rugilah pakaian ketat dan jarang anda yang dah sekodi dua kodi itu jk tidak dipakai, anda pakailah ketika di rumah sebaiknya dalam bilik anda sahaja. Bukan apa, bapa dan abang anda juga manusia biasa. Satu hari saya ke pasaraya dan terlihat sebuah keluarga yang baru masuk untuk membeli barang. ada ayah, emak, dan dua anak perempuan yang pakai baby-tee dan jeans
yang of course la ketat...maka tentu seronoklah bapa tersebut dapat melihat aset2 wanita yang tersembul begitu. lebih memburukkan keadaan, badan anaknya agak besar dan memang jelaslah kelihatan aset tersebut.
Kemudian saya juga ingin menegur cara pemakaian tudung anda kalian. Allah telah berfirman dalam surah an-nisaa' mafhumnya,"Wahai wanita yang beriman, labuhkanlah tudungmu hgga menutup dada kamu". Jadi, tudung yang anda selempang atau belitkan itu, jika tidak menutup dada anda juga adalah salah. Tudung yang jarang pun tak guna dipakai. APa gunanya anda bertudung tapi boleh dilihat panjang rambut anda dan leher yang jinjang itu...
Saya juga ingin mengambil contoh pakaian beberapa artis yang bertudung tetapi tidak menepati syariat. Sesunggunya style begini lebih bahaya. Kalau anda lihat Dayang atau Siti Nurhaliza, anda tahu mereka memang tak tutup aurat. (tak payahlah anda kata,siti tu, bajunya sopan... sopan kalau ketat dan tak tutup aurat tiada gunanya).Tetapi, bila anda tengok waheeda dan bienda serta ahli kumpulan solehah, anda rasa mereka boleh jadi ikutan. Saya ingin beritahu anda yang tak tahu, style bienda
tu tak la cantik pun.. lebih-lebih lagi tak tutup aurat. nampak saja apa yang tak patut kita nampak. Si waheeda pulak, bajunya selalu berpinggang, jadi nampaklah bentuk badannya.
Saya rasa ustaz-ustaz dan ustazah kita terlalu berlembut. Eloknya kita tegur straight sahaja. baju kamu tu tak tutup aurat!barulah mereka akan sedar kesilapan mereka. saya juga ingin ingatkan, bukan semua ustazah kita boleh kita jadikan contoh berpakaian.Saya pernah juga terjumpa ustazah yang memakai pakaian ketat, bertabaruj dan tudung yang sempurna. Jadi fikir dulu sebelum ikut! rujuklah pada yang lebih faqih
Seterusnya, dengan siapa aurat perlu dijaga? Yang boleh lihat aurat anda, ialah yang sama-sama perempuan muslim, suami,bapa, abang. Itupun, masih ada aurat pusat hingga ke lutut. Adapun bapa saudara yang sekadar ipar kepada ibu atau ayah anda juga tidak boleh melihat aurat anda. Orang yang MACAM KELUARGA SENDIRI juga tidak berhak atas aurat anda. jadi, bapa angkat atau adik angkat, abang angkat pun tak boleh.
Jadi, saya suka untuk menyebut tentang bersalaman. Walaupun, aidilfitri dah berlalu, kita masih ada aidil-adha, dan masih akan kunjung mengunjung sesama saudara. ataupun bila anda pulang ke kampung. Yang anda boleh salam, ialah atuk anda, pakcik yang adik beradik dengan ibu atau ayah anda sahaja. Sepupu anda sebenarnya boleh berkahwin dengan anda... Jadi, tak perlulah bersalam dengannya ataupun menayang aurat di hadapannya.
Jadi, apabila tak boleh salam, maknyanya...aurat pun kena jaga. Jadi, jika balik kampung, pakailah pakaian yang menutup aurat dan jagalah batas pergaulan.Ada kalanya orang dewasa yang tidak mendalami ilmu agama akan tak bersetuju dengan kita. Jadi, di sini anda perlu lakukan kerja dakwah dengan menjelaskan kepada mereka. BAk kata orang, orang tua ni pemikirannya telah terbajak dan sukar nak terima teguran orang muda macam kita.
Saya juga ingin menegur orang lelaki yang apabila ada perempuan yang tak sepatutnya bersalam dengan anda, tak perlulah menyambut tangannya itu. Mereka mungkin tak tahu, anda hanya perlu beritahu. Saya tak faham, apakah mereka sebenarnya tak hendak malukan
perempuan atau sengaja ambil kesempatan???
Saya tahu perkara ini nampak simple malah ada yang akan kata...Ini pun nak jadi isu ke. saya dah tahu lama dah! Kalau anda dah tahu, mungkin ada orang yang tak tahu. Kita sekadar berkongsi pengetahuan dan meluahkan perasaan.Dulu saya rasa, orang yang tak tutup aurat ni biasa saja.memang mereka tak nak barangkali. Lama kelamaan saya sedar, ada yang tak tahu langsung... Dulu saya tak kisah orang tak tutup aurat, asalkan sedap mata memandang. bukan nangka dibalut. Lama-lama saya muak dan geli melihat aurat2 wanita muslimah...



amar maaruf nahi munkar
berani kerana benar

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 08-12-05 14:54


hehehe... siapa la tu??? kat sepital ramai agaknya. Siap main rogol2 itu...
[ Telah diedit oleh: farhanna pada 08-12-05 14:56 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 08-12-05 14:54


Assalamualaikum...

!!! QUOTE !!!

apa saya nak perkakatakan kali ini satu persoalan yang semakin membimbangkan iman saya kebelakangan ini


saya rasa ramai lelaki yang tersentak bila terserempak dengan RMMP yang sebegitu kan?...

i bet it.

so all RMMP be cautioned!!! :-? :-? :-? :-o :-o :-o

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 15:08


Pada 08-12-05 14:50 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum....

seksi yang menyeksakan pandangan mata orang(esp. ana lah)...

teringat kisah seorang sahabat Nabi s.a.w. yang terpandang perempuan cantik....lepas tu terus balik ke rumah dan 'bersama' dengan isterinya.

itu yang dah ada isteri.yang belum ada isteri macam mana?...kalau takat onani tahan lagi(walaupun jumhur kata hukumnya HARAM) tapi kalau dah sampai berzina,merogol....apa hal...

jadi pada muslimah, fikir2kanlah cara nak nasihat rakan2 supaya pakai lebih sopan.

boleh pakai shirt dan jeans....tapi biarlah labuh t shirt dan berlengan panjang dan pastikan NO BODY SUIT. tudung pulak pastikan tutup dada...(kekdg dah tutup dada pun nampak berbayang lagi payu dara tu.....aduhhhhhh...)

bab underwear ni sekarang ini kan macam-macam fesyen kan....agaknya nak menayang ke apa ke entah laaa.... :-? :-? :-?




bahasa dari seorang imam.....:idea:

memang la tak dinafikan ada segelintir rmmp yang sebegini...tapi rasanya tak perlulah kita cakap secara terang2 apatah lagi kata-kata tu diucapkan oleh seorang imam....

p/s : kalau tak merenung masakan bayang tu nak nampak....tepuk dada tanya iman jangan tanya selera......

waLLahu'aLam.....


-----------------

[ Telah diedit oleh: kasih_kekasih pada 08-12-05 15:18 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 08-12-05 15:13


jangan salah faham wahai adikku kasih_kekasih....

kita bukan seronok tapi sedih pun ada....kesal pun ada....

tapi kok bahasa tu agak offensive....maafkan saya...

(kalau dalam Dewan Rakyat gini

Tuan Yang Dipertua....saya tarik balik perkataan saya)

macam mana kasih....ok?... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ummu_munirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.07.2005
Ahli No: 17716
Posting: 84
Dari: wp Kuala Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 15:19


syukran ABg_IMaM atas pandangan yang diberikan..

ummu nak tambah sikit.. kita perlu tegas dalam menyampaikan sesuatu yang haq.. tapi perlu diingat, Islam menganjurkan kita agar berhikmah dalam menyampaikan dakwah... cara kita menyampaikan juga perlu di ambil kira..

adakalanya.. kata-kata yang kurang sesuai penggunaannya boleh menyebabkan orang 'lari' dari Islam.. Islam itu indah... yang ummu maksudkan dengan lari.. akan lebih ramai yang menjauhi syariat Allah SWT... walaupun mengaku 'Islam'.. tetapi tak sudi mentaati syariat.. kerana?

konsepnya mudah.. kita sedia maklum.. "dari hati, jatuh ke hati".. teguran dan nasihat yang ikhlas dari hati "lillahita'ala" akan lebih mudah jatuh ke hati individu yang nak dinasihati...

kiranya kekerasan yang digunakan.. silap2 tarikh, akan menimbulkan rasa benci pada syariat pula dalam hati mereka.. timbul satu lagi kerosakan! jika itu berlaku disebabkan oleh kata-kata kita.. kita juga menyumbang kepada kerosakan itu.. na'uzubillahi min zalik...

apa yang ummu nak tegaskan di sini.. dalam berdakwah, kita perlu tahu di mana 'gelanggang' kita.. sesuaikan cara dan kaedah bagi membuktikan keindahan Islam...

wallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_munirahProfil   Hantar PM kepada ummu_munirah   Quote dan BalasQuote

uqu
WARGA SETIA
Menyertai: 05.07.2003
Ahli No: 2057
Posting: 640
Dari: KUCHING

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 18:16


Pada 08-12-05 13:52 , RuMaishaaa posting:

!!! QUOTE !!!

saya yakin..RMMP dalam portal ini..tiada yang berpakaian sebegitu..

tapi..mungkin hanya menggambarkan teruknya perlakuan RMMP di luar sana...


Insya Allah... ana pun yakin.. ;-) terlalu banyak perempuan seperti itu di dunia sekarang ini... dunia akhir zaman... Nauzubillah... Semoga kita sentiasa berpesan-pesanan sesama umat Islam...AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR

Bookmark and Share

    


  Member Information For uquProfil   Hantar PM kepada uqu   Quote dan BalasQuote

khazinatul_asrar47
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16936
Posting: 308
Dari: .::diMana ada keBerkatanNYA,disitu ana::.

Selangor  


posticon Posting pada: 08-12-05 19:10


ana sebagai muslimah di portal ini yakin bahawa tiada wanita yang join portal ni berpakaian seteruk itu..insyaAllah...
ana sendiri naik muak,geli dan rasa nak saja tgr mereka tapi ana xmampu lagi...."ya Allah,berikanlah kami kekuatan dalam menegakkan kebenaranMu...."ana hanya mampu berdoa supaya Allah gerakkan hati mereka...insyaAllah..sama-sama kita berdoa... :-)


"AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR"


-----------------



    


  Member Information For khazinatul_asrar47Profil   Hantar PM kepada khazinatul_asrar47   Pergi ke khazinatul_asrar47's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 19:19


:-) Assalamualaikum....


Saya sebagai RMMP pun malu bila perkara macam ni berlaku...bila ditanya Kenapa berpakaian macam tu dijawab ikut peredaran semasa,kita yang tak berpakaian macam mereka dikatakan kolot...kekampungan...
Tak dinafikan perkara sebegini mengundang kepada kes2 rogol..tapi yang menyedihkan jika orang yang tak bersalah menjadi mangsa...


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 19:35


RMMP........

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 20:33


Saya rasa kita perlu jadikan agama sebagai ikutan kita la....... dan kita perlu jujur dalam mengamalkan ajaran agama ni...... contoh .tutup aurat biarlah sebaik yang boleh.Kalau kita ikhlas mengamalkan agama ini sudah tentu kita akan dapat kekuatan spiritual yang tak ada dalam agama lain. orang barat cuba lakukan bemacam2 perkara .....dan secara bebas ....mereka kejar kepuasan ...mereka berpakaian ketat, singkat,dedah pusat ,punggung,ketiak,minum arak,main perempuan/laki dsb.nya ...tapi mereka tak juga merasa bahagia yang sepatutnya.Bila kita tanya mereka ...Are u happy in u life?...ramai yang saya temui, mereka jawab sick ..... Saya rasa mereka kurang bekalan spritual. Ha... kita ni yang punyai agama yang menekankan aspek spritual ni ...Kenapa pulak nak ikut cara orang barat...tentu tak bagus kan ??? tentu kita akan dijajah oleh mereka dari segi budaya ....
Tapi yang bagus pasal orang barat ni ...jika berlaku apa-apa masalah dalam masy. mereka ........mereka bergerak dalam persatuan ...dan cuba atasi masalah sosial tersebut dengan cara memberi bimbingan,kaunseling atau merujuk kepada. mereka yang mempunyai kepakaran .... so nampak la tindakan mereka tu seperti. berhemah,bertamadun ...dan tidak kasar.
Satu lagi yang bagus pasal orang barat ...mereka berfikir/bertindak secara realistic ......setiap perkara yang dibuat biasanya ada objektif yang boleh dicapai ......tak la terlalu banyak berteori dan asyik buat persepsi saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

nanalah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4591
Posting: 93
Dari: sungai besar

Selangor  


posticon Posting pada: 08-12-05 22:56


iya..kata-kata abang imam tu memang betul. saya pun bukan nya sempurna sangat. ada kekurangan. kekadang tu pakai juga pakaian macam tu, tapi kena la pandai juga aurat. tapi RMMP sekarang ini, terlalu mengikut aliran fesyen yang konon nya terbaru dan terkini. tengok saja la fesyen dalam majalah2 ada kat pasaran. fesyen konon nya menutup aurat..cara pemakaian tudung yang berbelit-belit...tapi masih menampakan leher. sama saja kan.
kalau pagi shopping...kita lihat harga baju yang kecik2, sendat2 begitu..harganya lebih murah berbanding harga baju yang menutup aurat. mahal tau. so sama juga la orang yang memakai nya... yang ketat2 tu murah la harga diri dia.
maaf la saya pinta kalau pendapat saya ini kurang betul. sorry!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanalahProfil   Hantar PM kepada nanalah   Quote dan BalasQuote

anakmak
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.10.2004
Ahli No: 11979
Posting: 27
Dari: iium

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-12-05 11:54


i think its all about didikan agama dan pengetahuan agama orang tu.asasnya tak kukuh, so kesannya jadi macam ni la.kasihan juga, tapi nasihat saja lah yang terdaya kita buat or at least kita terusla pakai pakaian yang menepati hukum syarak dan show them that we are proud to wear those "attire"!(*_*)

wallahua'lam..moga2 mereka terpanggil untuk berubah ke arah lebih baik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anakmakProfil   Hantar PM kepada anakmak   Quote dan BalasQuote

puteribongsu1306
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17648
Posting: 291
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-12-05 13:20


saya yakin..RMMP dalam portal ini..tiada yang berpakaian sebegitu..

tapi..mungkin hanya menggambarkan teruknya perlakuan RMMP di luar sana...

saya pun sependapat....
Ya Allah tunjukkan daku jalan yang Engkau redhai

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteribongsu1306Profil   Hantar PM kepada puteribongsu1306   Quote dan BalasQuote

Nury
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20779
Posting: 29
Dari: Kuala Lumpur

malaysia  


posticon Posting pada: 09-12-05 14:05


Apa yang di selitkan oleh Abg_Imam tu memang patut di hayati dan di praktiskan, dan saya yakin RMMP yang sedemikian pakaiannya tidak ada di dalam portal ni.
Pengalaman saya sendiri minggu lepas, ada juga kaitan dengan coretan abg_Imam, dan saya boleh simpulkan kekadang kita Melayu ni lebih utamakan adat ( antaranya adat Melayu seperti ala bisa tegal biasa.....) daripada apa yang digariskan oleh syariat Islam tu sendiri. Sepatutnya, apa yang menjadi kebiasaan dan kebanyakan orang lain buat, jika tidak betul dan tidak kena dengan 'Law' Islam, kita tak payah lah ikut. Lagi satu, RMMP ni terlau cepat sangat terpengaruh, dengan kekawan, dan kedai-2 yang menjual pakaian. Cuba kita pergi ke mana-2 shopping kompleks, pakaian yang di jual tu semuanya jenis yang tidak cukup kain (singkat, dan kalau labuh pulak mesti jarang ) dan juga tidak cukup benang (terbelah sana- sinun). So, pepandai lah pergi ke butik Muslimah.

Gitulah seadanya.....so betullah juga kata orang pakaian tu mencerminkan peribadikan.....? walaupun kita tidak boleh menilai peribadi seseorang tu based on pakaiannya, tapi kalau dah 'begitu gaya', pakainya...takkanlah kita nak nilai orang tu masih lagi dalam ketegori sopan, manis, lawa dan sewaktu dengannya seperti kebanyakan yang selalu digelarkan orang kepada penyanyi Top seorang tu yang kerana pakaiannya tidak macam artis lain yang suka dedah- dedah.....Tapi kerana mentaliti kita yang agak sempit tentang istilah 'Aurat' pada yang dedah-2 saja tak tutup aurat, so pakaian yang sendat, jarang, singkat dan macam balut nangka pun still boleh di terima oleh kebanyakan orang Melayu kita....

Maaflah, jika ada terasa, ini cuma sekadar luahan rasa terkilan.......terkilan Kenapa pakaian musliman sejati tidak mendominasikan butik-2 dan shopping kompleks di negara ni serta di jual dengan harga yang mampu di beli oleh RMMP...
kalau dah banyak di jual, mesti depa tak ada choice nak beli pakaian yang nak jenis di guna pakai oleh RMMP sekarang..... Yealah, kita mesti faham, tak semua mereka ni pandai nak pergi cari tailor yang nak jahit pakaian tutup aurat, kerana tailor sekarang ni pun jenis yang merekacipta pakaian mendedahkan badan perempuan ( just try sebut tailor/ pereka fesyen terkemuka negara...semuanya berjaya dengan rekaan fesyen mereka yang entah apa-2 tu)

Gitilah scenerio kita di Malaysia amnya dan di Kl secara khususnya.

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuryProfil   Hantar PM kepada Nury   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-12-05 16:23


Pada 08-12-05 19:10 , khazinatul_asrar47 posting:

!!! QUOTE !!!

ana sebagai muslimah di portal ini yakin bahawa tiada wanita yang join portal ni berpakaian seteruk itu..insyaAllah...
ana sendiri naik muak,geli dan rasa nak saja tgr mereka tapi ana xmampu lagi...."ya Allah,berikanlah kami kekuatan dalam menegakkan kebenaranMu...."ana hanya mampu berdoa supaya Allah gerakkan hati mereka...insyaAllah..sama-sama kita berdoa... :-)


"AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR"



memang ada khazinatul_asrar47.... sedih ana tengok ahli portal ukhwah sendiri. Semoga Allah memberi hidayah kepadanye...:-(


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

yina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2005
Ahli No: 17978
Posting: 152
Dari: bumi ALLAH

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-12-05 16:57


assalamualaikum...
Berpakaian lebih sopan menurut tuntutan ajaran Islam..
adalah mencerminkan keperibadian dan akhlak yang baik sebagai muslimahNYA...
Memang benar kata ummu_munirah...tentang cara penyampaian,saya juga berpendapat demikian..
Moga kita sentiasa mengingati akan larangan ALLAH S.W.T...Jangan melakukan sesuatu yang mendatangkan kmurkaanNYA.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For yinaProfil   Hantar PM kepada yina   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 09-12-05 19:12


tak pernah berpakaian macam tu...malu sendiri bila kaum sendiri pakai macam tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-12-05 20:42


tunggu si ridwan_daie bawa hadis.

ps: :-di
[ Telah diedit oleh: mukasyaf pada 09-12-05 20:43 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-12-05 21:37


Dari Abu Hurairah ra. dari Rasulullah s.a.w. baginda bersabda: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum saya lihat saat ini; pertama, satu kaum yang membawa cemeti (cambuk) seperti ekor sapi. Mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Kedua, wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang. Mereka berlengang-lenggok dan menggoyang-goyangkan kepala mereka seperti ponok unta yang condong. Wanita-wanita tersebut tidak akan masuk surga dan tidak dapat mencium baunya pun. Padahal bau surga itu dapat tercium dari jarak sekian dan sekian." (Hadis Riwayat Muslim).


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 09-12-05 21:38 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

nahrulhayat
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.06.2005
Ahli No: 16846
Posting: 24
Dari: Malaysia

Selangor  


posticon Posting pada: 10-12-05 22:06


assalamu'alaikum...

Bismillaheer Rahmaneer Raheem
“Berkasih sayanglah sesama saudara dan berpesan-pesanlah pada kebenaran dengan kesabaran.”

Assalamu'alaikum Warahmatullah.....

Allah menjadikan bumi ini sebagai tempat untuk umat manusia menjalankan urusan duniawinya tanpa melupakan urusan ukhrawi yang pasti.
Maha Suci Allah yang telah menjadi tempat pergantungan segala sesuatu kerana Dia-lah sebaik-baik tempat bergantung harap dan tiadalah sekutu bagi-Nya kerana sesungguhnya Allah, Dia-lah Tuhan yang Maha Esa.
Salam pertemuan untuk kalian saudara-saudaraku yang baik dan dimuliakan Allah.
Menjelang pertemuan kali ini, ana akan membawa bicara tentang gabungan tiga topik sekaligus. Shahdan, dalam masa beberapa hari yang lalu seorang saudara ana menyampaikan permintaan seseorang untuk menyentuh topik yang bakal dibicarakan nanti. Insya Allah, pada bicara ‘Nasiim Suhail’ yang terbaru ini, ana cuba untuk mengupas topik yang telah minta diulas tersebut.
Saudara-saudaraku;
Sesungguhnya hidup ini benar-benar tidak kekal. Yakinilah bahawa ada suatu hari lain yang akan menanti. Hari di mana siang dan malam menjadi satu, susah dan senang akan terpisah, dan kerahmatan dan kemurkaan Allah s.w.t. menjadi penentu nasib. Itulah Hari Kebangkitan. Hari yang telah dijanjikan Allah akan hadirnya. Semoga kita semua berada dalam lingkungan manusia yang menyediakan diri untuk menghadapinya. Bukan lingkungan manusia yang mengambil mudah serta melupakannya.
Ingatlah saudara-saudaraku, hidup hanya sekali. Selepas hidup, datang pula kematian. Lalu, dengan adanya kematian itu kita bakal menyaksikan tempat istirehat kita sama ada ia salah satu daripada taman-taman idaman, atau salah satu daripada lubang-lubang seksaan.
Dunia akan terus berubah. Dari satu zaman ke satu zaman yang lain. Zaman-zaman yang bergantian itu akhirnya akan ditamatkan dengan satu tiupan hamba Allah dari kalangan malaikat bernama Israfil. Menandakan berakhirnya dunia dan alam ini. Kemudian, malaikat peniup sangkakala itu akan membuat tiupan kedua, yang mana sekalian hamba-hamba Allah dari golongan jin dan manusia dan selainnya akan dibangkitkan di suatu padang yang seluas mata memandang. Peluh berlinangan, diri kepanasan, masing-masing sibuk dengan urusan diri. Lantas tidak sempat untuk menghiraukan orang lain. Ibu tidak mencari anak, suami tidak mencari isteri, raja tidak mencari menteri, dan hamba sahaya tidak mencari tuannya. Satu demi satu nama diseru. Dipanggil menghadap Hakim segala hakim. Dibicarakan di mahkamah yang adil. Tiada lagi penyelewengan, tiada lagi tempat sembunyi, tiada lagi penyesalan yang bermakna. Kerana ketika itu taubat adalah sesuatu yang sia-sia.
Saudara-saudaraku;
Sedang diketahui hidup ini sementara, ada jua yang memikirkan apa gunanya dunia. Alangkah malangnya mereka yang keliru. Ada manusia yang menyalahgunakan zuhud untuk melupakan langsung urusan duniawinya. Sungguh; bukan begitu anjuran Islam!
Islam itu sifatnya syumul. Syumul dalam akidah, syumul dalam syariah, syumul dalam kefahaman dan amalan. Islam itu juga bersifat tsabat wal murunah. Syumul itu ertinya sempurna dan menyeluruh. Namun, dalam kesyumulan itu, Islam mensifatinya dengan al-tsabat yang bererti dengan tetap, mantap, tegak dan tidak berganjak. Al-tsabat ini mencakupi kemantapan, ketetapan dan ketegasan pada tujuan dan matlamatnya. Dalam kesyumulan itu juga selain, al-tsabat, Islam disifati dengan sifat al-murunah yang bermaksud lembut, boleh dilentur, menerima perubahan, dan boleh disesuaikan.
Kedua-dua itu yakni al-tsabat wal-murunah digabungkan bersama untuk menggambarkan bahawa Islam itu keras tetapi lembut, tegap tetapi boleh dilentur, tidak berubah tetapi boleh disesuaikan.
Saudara-saudaraku yang beriman;
Lihatlah betapa cantiknya Islam. Jika ketegasan itu pada tujuan dan matlamat, maka kelenturan dan kelembutan itu adalah pada pendekatan. Begitu Islam ini tetap pada hukum-hukum yang Qat’ie tetapi tetap lembut dan mudah disesuaikan pada cabang-cabang hukum itu. Kukuh dan istiqamah dalam hal urusan-urusan dengan Allah tetapi lunak dan lembut pada urusan keduniaan seperti yang disebut Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang masyhur:
“Kamu lebih mengetahui urusan-urusan dunia kamu.”
Justeru saudara-saudaraku; dalam soal mengamalkan Islam sebagai ad-Din, bersikaplah yang sepatutnya. Jangan jadikan diri kita sebagai punca fitnah kepada agama yang suci ini.
Wahai saudara-saudaraku yang mulia;
Hari ini, fitnah terhadap Islam datang dari segenap arah. Apa sahaja yang ada kaitan akan disebut-sebut atau direka-reka keburukan dan kenaifannya. Sehinggakan, orang-orang yang sepatutnya menjadi pembela Islam juga gugur, punah dan rebah. Para pejuang yang keletihan mula tersungkur longlai menangkis mehnah. Apatah lagi para hipokrit yang bertopengkan Islam tetapi mempunyai agenda keduniaan semata-mata. Mereka lebih-lebih lagi meranapkan Islam seperti gunting dalam lipatan dan menjadi duri dalam daging kepada agama Islam nan suci ini.
Baiklah, kali ini ana akan menyentuh tiga topik yang diminta oleh salah seorang saudara kita iaitu soal wasotiah (kesederhanaan), hypocrite (kepura-puraan) dan pemakaian hijab.
Alhamdulillah, apabila diajukan kepada ana tiga topik ini sekaligus datang ilham di minda ana yang menyarankan untuk digabungkan ketiga-tiga topik tersebut dalam perbincangan kali ini. Insya Allah, mudah-mudahan, bicara kali ini dapat memberi kemudahan kepada setiap kepayahan yang dirasai, terutamanya bagi wanita yang memakai hijab (bertudung).
Saudara-saudaraku;
Jika kita melihat soal wasotiah dalam bertudung, tentu ada yang tertanya-tanya, adakah cukup sekadar menutup rambut dengan sehelai kain yang tipis dan kecil? Mungkin juga ada yang menganggap, menutup kepala itu sebagai suatu adat sahaja. Pada hari ini, kita dikelirukan dengan pelbagai jenis fesyen tudung yang dikategorikan sebagai ‘up to date’. Stail dan gaya bertudung di kalangan selebriti pula menjadi ikutan bagi sesetengah remaja yang bertudung. Walhal, tidaklah semua yang dibawa, ditunjuk, dan diaplikasi oleh para ‘public figure’ itu betul dan lurus landasannya.
Di sini mari kita susuri permasalahan hijab ini. Jika diperhatikan, seakan-akan ada perbezaan ketara antara golongan wanita yang memakai tudung biasa dengan wanita-wanita yang memakai hijab yang dilabuhkan melepasi bahagian dada. Andaian bahawa cukuplah menutup rambut, memang suatu yang sangat tidak betul. Hinggakan ada pihak-pihak tertentu menganggap apa gunanya bertudung kalau akhlak dan keperibadiannya hancur. Benarkah begitu?
Wahai engkau seorang wanita;
Antara bertudung dengan tidak bertudung, yang manakah menjadi pilihan hati? Jika kalian memilih bertudung, berbahagialah kerana kalian masih terpimpin di jalan syari’at Allah. Malang jika kalian memilih tidak bertudung, kerana orang yang janggal untuk menunaikan syari’at Allah sebenarnya masih belum pasti petunjuk untuknya.
Apabila sudah bertudung, kini ada pula yang menyoal, tidak cukupkah memakai kain yang menutup kepala? Mengapa perlu dilabuhkan sehingga menutupi bahagian dada? Bukankah cara pemakaian seperti itu kelihatan seakan-akan kuno dan ketinggalan zaman? Nah! Apabila diajukan dengan soalan-soalan sedemikian, ana teringat kepada pengajaran seorang ilmuwan yang menyentuh bab aurat wanita dan difokuskan kepada menutup kepala (bertudung).
Ilmuwan itu berkata; “Sesungguhnya tudung wanita itu ada tiga. Pertama, tudung Yahudi, kedua, tudung Nasara (nasrani) dan ketiga tudung muslimat.”
“Wahai guruku, jelaskanlah kepadaku kerana saya tidak pernah mendengar hal yang sedemikian,” soal salah seorang mustami’ di hadapannya.
“Pertama, tudung Yahudi. Wanita Yahudi memakai tudung juga, tetapi lebihan kain di depan semuanya dilempar ke belakang. Kedua, tudung Nasara. Wanita Nasara pun lebih dahulu memakai tudung juga, tetapi tudungnya terlalu singkat, sehinggakan ‘bonggol unta’ masih kelihatan. Dan yang terakhir tudung muslimat, wanita muslimat memakai tudung berpandukan firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31.” Kemudian ilmuwan itu membaca sebahagian ayat itu.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman; ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. DAN HENDAKLAH MEREKA MENUTUPI KAIN TUDUNG SEHINGGA KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya......” ila akhirul ayah (hingga ke akhir ayat).....
Subhanallah...!!!
Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Qur’an sebagai petunjuk dan penyuluh kehidupan hamba-hamba-Nya. Inilah dalil naqli yang utama yang menerangkan dengan sejelas-jelasnya stail, gaya, dan fesyen tudung yang perlu dipakai oleh muslimat.
Dengan prinsip wasotiah, tidaklah Islam itu memaksa para wanita dengan satu cara pemakaian tudung yang tertentu. Wanita sebenarnya bebas memilih tudung yang sesuai dengan dirinya. Tetapi wanita muslimat wajib memastikan bahawa tudung yang dipakainya memenuhi tuntutan syari’at dan tidak sesekali menyamai gaya tudung wanita Yahudi mahupun wanita Nasrani. Demikian sabda Nabi s.a.w. yang mafhumnya, janganlah kita menyamai kaum Yahudi dan kaum Nasrani. Sehinggakan Rasulullah s.a.w. ada menganjurkan para sahabatnya agar membela janggut dan memotong misai kerana menyalahi gaya orang Yahudi dan Nasrani yang membela misai dan memotong janggut.
Wahai saudara-saudaraku muslimat yang mulia;
Ada juga kedengaran suara-suara sinis yang mengata dan mencemuh orang-orang yang memakai hijab. Cemuhan itu datang akibat daripada tindakan segelintir wanita bertudung yang tidak menjaga akhlak dan perilaku mereka. Tidaklah sukar untuk mengakui bahawa memang ada segelintir kecil wanita muslimat yang memakai tudung tetapi tidak sempurna penutupan dan pemeliharaan aurat mereka.
Wanita harus mengerti bahawa, aurat yang perlu ditutup dan dipelihara bukan sekadar rambut yang menjadi mahkota wanita itu tetapi juga biarlah akhlak dan tingkah mereka juga dipelihara selaras dengan akhlaqul Islam.
Saudara-saudaraku;
Kalau ada wanita bertudung yang tidak bermoral, jangan gusar. Janganlah sesekali ada rasa aneh di hatimu. Yakinlah bahawa ada kebaikan itu kerana adanya keburukan. Sesungguhnya dinamakan suci itu kerana adanya najis. Demikian adanya pahala itu kerana wujud juga dosa. Sunnatullah sudah menentukan begitu adanya keadaan ciptaan-Nya.
Kemudian, akan kedengaran pula suara-suara sinis yang berkata, “Ala..., pakai saja tudung.... tapi perangai.... eee... teruk...!” Kemudian menyambung yang lain dengan hujah, “Pakai tudungpun perangai macam tu lebih baik tak payah pakai tudung....” Masya Allah..., sungguh yang berkata begitu pula memang yang tidak bertudung.
Lalu saudara-saudaraku wanita yang budiman; perlukah kita menerima sindiran dan hujah orang-orang yang tidak menjalankan syari’at Allah itu? Apakah perlu kita melayan kata-kata orang yang tidak mencintai syari’at Allah itu? Mengapa perlu tergugat pendirian kita kerana kata-kata orang yang jauh daripada petunjuk itu?
Sungguh janganlah kalian terpedaya dan terpesona dengan hujah mereka yang dangkal itu. Yang menganggap apa gunanya bertudung jika perangai tetap buruk. Tetapi hendaklah kalian berbangga kerana kalian menjalankan perintah Allah. Mengapa harus berasa malu dalam menjalankan syari’at Allah?
Saudara-saudaraku;
Orang yang mendedahkan aurat mereka tidak sedikit pun berasa malu menentang hukum Allah. Lalu mengapa kita yang sedang menjalankan syari’at Allah ini perlu berasa malu? Orang yang ke hulu ke hilir dengan aurat terbuka tidak merasa apa-apa. Mengapa kita yang sentiasa berusaha memelihara diri ini merasa janggal dan terasing di bumi Allah?
Berbahagialah dan tenteramkan hatimu wahai wanita-wanita yang beriman. Tidak ada yang perlu digusarkan dengan hujah, sindiran mahupun celaan wanita-wanita tidak bertudung sempurna kepada wanita yang bertudung sempurna.
Seandainya di kalangan wanita yang bertudung itu pun ada yang tidak menjaga kehormatan diri, sedarlah jua bahawa di kalangan wanita yang mendedahkan aurat lebih banyak lagi yang tidak menjaga kehormatan diri. Malahan, jika hendak disebut secara mudah, pendedahan aurat itu juga satu cara mencela kehormatan diri sendiri.
Rasul s.a.w. berpesan dalam khutbahnya yang terakhir, ittaqun-nisa’ yang bermaksud; lindungilah wanita.
Tetapi hari ini, kita boleh lihat ramai di kalangan wanita sendiri menyediakan diri mereka untuk dieksploitasikan oleh pihak-pihak yang jahil dan tersesat. Iklan-iklan di media massa contohnya, terang-terangan menjadikan wanita sebagai bahan pertunjukan untuk melariskan jualan produk-produk golongan kapitalis tersebut. Lalu, di manakah maruah wanita itu sebenarnya diletakkan? Adakah kerana ramai yang menganggap pendedahan aurat itu satu keperluan di zaman moden ini, maka kalangan wanita yang bertudung perlu merasa kecil diri dan rendah hati? Tidak!
Wahai wanita muslimat yang bertudung;
Dunia sentiasa molek di mata yang jahil. Tetapi kalian wanita yang beriman tidak perlu terpesona dengan kemolekan dunia. Sudah barang tentu kemolekan dunia terkandung bersamanya tipu daya yang menghancurkan akhirat kalian.
Orang yang paling bodoh bukanlah orang yang jahil, tetapi orang yang paling bodoh adalah orang yang mencintai dunia dan melupakan akhirat. Sedangkan dunia itu fana’ dan akhirat itu kekal abadi.
Mengapa perlu terpengaruh dengan tarikan yang menyeret kita kepada kebinasaan sedangkan kita ada bahtera terkukuh untuk belayar ke negeri syurga nan abadi. Bahtera itu dibawa oleh sekalian Rasul Allah. Itulah bahtera Islam, bahtera yang terkandung iman dan ketaatan kepada yang Satu, bahtera yang selamat dan sejahtera sepanjang masa.
Saudara-saudaraku;
Ada barangkali kita terdengar bahawa seorang ilmuwan kontemporari yang berhujah bahawa jika keadaan membahayakan bagi seorang wanita untuk bertudung, maka hukum bertudung itu boleh jatuh kepada haram. Subhanallah!!! Walhal, sehingga hari ini yang kerap berlaku bukan bahaya yang menimpa wanita bertudung tetapi ketakutan tanpa sebab untuk bertudung. Lihat, sekadar propaganda pun akhirnya berjaya mempengaruhi sesetengah wanita dan orang-orang tertentu untuk meremehkan hukum-hukum Allah yang jelas dan benar.
Wahai saudara-saudaraku yang diberi kemuliaan dengan iman dan Islam;
Ada wujud satu isu yang semakin menyerlah kini. Yakni antara tudung labuh yang biasa dipakai oleh pelajar-pelajar sekolah agama, ustazah-ustazah, dan wanita-wanita yang berpendidikan agama, dengan tudung kontemporari yang biasa dikenakan dengan pelbagai fesyen, bentuk dan gaya.
Mengungkap isu ini, cukuplah hujah yang dikemukakan sebelum ini tentang tiga jenis tudung wanita. Pada pendirian peribadi ana yang serba kekurangan ini, kita (kaum lelaki dan kaum wanita) sendiri boleh memilih gaya tudung yang bagaimana yang dapat memandu diri ke arah yang diredhai oleh Allah s.w.t. Adakah dengn menggayakan fesyen tudung biasa yang menyerupai tudung-tudung wanita Yahudi dan Nasrani atau ingin menuruti gaya tudung biasa yang memenuhi kehendak firman Allah dalam ayat 31, surah an-Nur. Pilihlah yang benar dan terbaik untuk diadaptasikan pada diri kalian.
Jika ditanya kepada ana, adakah tudung labuh seperti mini telekung itu lebih baik daripada tudung biasa? Maka, ana menganggap bahawa dengan prinsip wasotiah dalam Islam ini, tidak salah memakai tudung biasa asalkan, pakailah tudung yang benar-benar dilabuhkan untuk menutupi bahagian dada kalian para wanita mukminat. Dan dalam soal warna pula, terpulanglah. Yang penting warna yang dipilih itu bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk kemewahan diri, atau niat untuk menjadikan diri lebih dipandang baik daripada orang lain.
Sekali lagi, kita kembali kepada soal niat bertudung. Jika niat kerana Allah, maka, laksanakanlah ia sesuai dengan perintah Allah. Jangan sesekali dihapuskan pahala bertudung dengan niat untuk memikat, menampakkan baik, dan sebagainya.
Saudara-saudaraku yang baik;
Islam itu mudah. Jangan kita mempersusahkan Islam dengan karenah dan pelbagai keinginan nafsu kita. Hukum bertudung sudah jelas wajib. Cara bagaimana kita perlu bertudung sudah jelas dinyatakan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Tidak perlu ditimbulkan lagi persoalan mengapa perlu bertudung. Atau persoalan bagaimanakah gaya tudung yang dapat memenuhi syari’at Islam. Dan persoalan adakah tudung labuh itu lebih baik daripada tudung kontemporari.
Ana cuba bersikap sederhana di sini. Bagi yang bertudung labuh, teruskanlah dengan tudung yang sedemikian. Kerana sekali kalian berubah daripada tudung kontemporari ke tudung labuh, ramai orang yang akan menganggap itu satu perubahan yang besar dalam diri kalian. Tetapi jika yang bertudung labuh ingin kembali ke tudung kontemporari, dengan alasan kehendak semasa dan keadaan, maka jujur ana menganggap, itu satu kelemahan iman kalian kerana mudah terkesan dengan suasana dan tanggapan orang yang tidak sepenuhnya memahami.
Saudara-saudaraku;
Pada masa kini, ramai pihak yang mencela pihak lain bukan dengan sebab mereka faham tentang situasi pihak lain itu tetapi kerana mereka tidak ada ilmu tentang pihak yang dicela itu. Lantaran itu, mereka mengambil jalan mencela, sedangkan mereka sendiri tidak faham mengapa mereka mencela. Akhirnya celaan orang yang mencela akan kembali ke muka si pencela itu sendiri. Sedangkan orang yang dicela tetap tenang dan aman mengharungi celaan kerana dia sedar jika dia bersabar, dia akan ditambahi nikmat oleh yang Maha Pemberi nikmat, iaitu Allah al-Wahhab.
Allahu Akbar!!!
Wahai saudara-saudaraku;
Ada satu masalah yang timbul ke atas wanita yang bertudung. Masalah itu ialah masalah ‘hypocrite’. Masalah kepura-puraan ini sering dilihat melingkungi wanita-wanita yang bertudung bukan dengan niat kerana Allah tetapi kerana sesuatu tekanan atau hal-hal yang lain.
Tidak dapat dinafikan ada yang bertudung tetapi dalam masa yang sama menjadi ratu maksiat. Itu semua berlaku kerana tudung yang dipakai tidak mencerminkan keimanan dalam hati. Sebab itu bila kita melihatkan apa yang berlaku pada hari ini, pelbagai gaya dan fesyen yang ditampilkan oleh para wanita yang bertudung. Ada yang bertudung tetapi pakaiannya terdedah juga. Ada yang sudah cantik bertudung tetapi kainnya terbelah pula. Ada yang sudah sempurna menutup aurat atas dan bawah tetapi tiba-tiba pergaulannya masya Allah! Semua ini berlaku kerana iman yang masih tidak sempurna kepada Allah. Pemakaian tudung hanya sekadar ikut-ikutan, bukan kerana kesedaran. Maka, yang bakal terjadi, ada segelintir wanita yang bertudung tetapi dalam masa yang sama tidak bijak mengaplikasikan akhlak bertudung di mata masyarakat.
Apalah salahnya kalau sesudah bertudung itu, si wanita tampil dengan akhlak yang baik? Bukankah itu menyerlahkan lagi keindahan ciptaan Allah yang bernama wanita itu? Sedangkan Nabi s.a.w. ada bersabda dengan mafhumnya, sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.
Nah! Hayati dan ambil pengertian. Seorang wanita tidak cukup sekadar bertudung tetapi dalam masa yang sama tidak khuatir sedikitpun dengan akhlaknya yang terdedah. Maka, kalian wahai wanita dan lelaki hakikatnya bertanggungjawab dalam soal aurat yang wajib dipelihara ini.
Andai seorang wanita mendedahkan auratnya, maka bukan wanita itu sahaja yang akan berdosa, tetapi mata para lelaki yang memandang juga turut menanggung dosa. Maka, akan berganda-gandalah dosa si wanita menurut bilangan mata yang memandang auratnya. Lelaki perlulah memiliki ilmu yang didasari iman agar dengan itu dapat menyeru wanita-wanita mereka agar memakai hijab dan memelihara aurat. Sementara wanita yang berilmu pula tentunya akan sentiasa berusaha untuk menampilkan diri mereka dalam keadaan yang terpelihara dan terjaga tanpa mengganggu perasaan orang lelaki apabila melintas di hadapan mereka.
Alangkah sedihnya bila mengenangkan kisah pesanan Nabi s.a.w. kepada Fatima az-Zahra, puteri kesayangannya tentang ramainya wanita di neraka yang menggelegak otaknya diseksa berkali-kali. Apabila ditanya Fatimah, mengapakah sebegitu keadaan mereka. Maka jawab Rasulullah s.a.w., kerana ketika di dunia mereka tidak menutup aurat mereka dengan sempurna.
Tetapi sering terjadi, pesanan Rasulullah s.a.w. hanya tinggal sebagai pesanan. Terlalu jauh untuk diamalkan. Mengapa? Sudah terlalu hebatkah kita? Sudah mampukah kita membeli syurga Allah?
Jangan tertipu saudara-saudaraku. Usah kalian termasuk golongan yang di bawah ini:
“Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan seksaan dengan keampunan. Maka, alangkah beraninya mereka menentang api neraka!” (al-Baqarah, 2:175)
Maha Benar Allah yang Maha Agung!
Saudara-saudaraku yang dikasihi;
Kesimpulan daripada bicara kali ini ialah wasotiah dalam bertudung adalah melaksanakan perintah Allah dengan jalan yang diredhai oleh Allah. Bukan menurut keinginan manusia. Wasotiah dalam beramal bukanlah dengan mempermudahkan amalan itu tetapi melakukan amal dengan keupayaan kita tanpa meninggalkan yang telah qat’ie hukumnya. Pesan ulama’, jika tidak mampu melakukannya banyak maka lakukanlah sedikit tetapi jangan meninggalkan semuanya.
Dan sikap hipokrit itu datang daripada diri kita sendiri. Jika kita melakukan sesuatu dan menganggapnya sebagai hipokrit, maka memang kita seorang hipokrit. Tetapi kalau hanya orang lain yang mengatakan kita ini hipokrit dalam amalan kita, maka usah terkesan dengan kata-kata orang. Adakah yang mengatakan itu berkuasa membaca isi hati kita? Lantas, mengapa perlu berkecil hati jika dituduh hipokrit? Sedangkan orang yang menuduh itu belum tentu lagi benar. Malah, mungkin yang mengata lebih-lebih lagi daripada yang diperkata. Hipokrit tidak akan wujud dalam diri kita jika kita tidak mahu ia wujud dalam diri kita. Berpalinglah daripada perasaan hipokrit jika ia hadir dalam hati. Sentiasa mendidik hati dan mensucikan niat.
Siapakah yang lebih selamat? Orang yang membiarkan hatinya terbuai hawa nafsu dan kecintaan kepada dunia atau orang yang sentiasa mendidik dan mensucikan jiwa mereka?
Apa-apapun yang bersangkutan dengan hati, kita yang memilih! Pilihan di tangan kita, jika kita pilih jalan yang penuh dengan hipokrit maka, jadilah kita manusia yang hipokrit. Tetapi jika kita memilih jalan yang membawa kepada redha Allah. Maka, bersedialah untuk bermujahadah. Kerana syurga tidak pernah dikelilingi dengan kesenangan. Tembok-tembok syurga penuh dengan kesukaran, maka persiapkanlah diri jika ingin memasukinya.
Wahai saudara-saudaraku yang budiman;
Sebelum menutup bicara ini, marilah kita bermuhasabah diri. Tetapi tidaklah cukup sekadar bermuhasabah diri, di samping itu kita perlu sentiasa mentashih diri (memperbaiki diri).
Satu kesimpulan yang berguna untuk kita;
Manusia hipokrit mudah menjadikan wasotiah sebagai alasan untuk mereka mempermudahkan hijab mereka. Tetapi saat Allah menurunkan perintah hijab kepada kaum wanita; tiada sebarang tuntutan terhadap mereka kepada yang harfiahnya difardhukan dan dipertanggungjawab ke atas kaum lelaki. Ayat hijab yang turun bukan untuk membebani wanita dan menghalangi mereka dalam urusan yang sepatutnya untuk mereka. Saat Allah mewajibkan berhijab, tiada nas yang mewajibkan wanita mencari nafkah, keluar rumah sepanjang masa ataupun melaksanakan tugasan harfiah kaum lelaki. Tiada perintah jihad (perang) ke atas wanita sebagaimana kaum lelaki, tiada suruhan agar mereka melakukan kerja-kerja lasak yang lazimnya untuk lelaki. Tetapi apabila manusia mengenal ilmu, mereka merasa diri mereka lebih bijak daripada Tuhan Pencipta dan Pengatur alam. Wanita yang merasa hijab menghalang mereka atau menyukarkan mereka untuk melakukan kerja-kerja tertentu yang lazimnya untuk lelaki perlu sedar, apakah mereka diwajibkan melakukan kerja-kerja itu? Jika mereka melakukan juga, itu adalah pilihan mereka, tetapi Allah yang Maha Adil tidak pernah membebani mereka. Allah Maha Tahu apa yang sesuai untuk kaum wanita, maka diciptakan wanita dan dipadankan dengan tugas-tugas yang memenuhi fitrah kaum wanita. Masalah yang timbul hari ini ialah apabila wanita merasuki diri untuk menyaingi kaum lelaki. Apa yang dilakukan oleh kaum lelaki hendak dilakukan pula oleh kaum wanita, sedangkan perintah hijab sudah fardhu untuk mereka. Lantas atas keinginan nafsu untuk menyaingi dan mengatasi kelebihan kaum lelaki, wanita mula mempertikaikan perintah hijab ke atas mereka. Wajarkah keadaan ini berlaku? Tidak pernah ada anjuran Rasulullah s.a.w. agar wanita menyamai lelaki dalam segala hal. Wanita diciptakan atas dasar untuk melengkapi kehidupan seorang lelaki, begitu jua sebaliknya. Sesungguhnya yang Mencipta Maha Mengetahui dan Memahami kesifatan ciptaan-Nya.
Wallahu a’alam.....

Olahan;
‘Nasiim Suhail’
16 Jamadil Awal 1426H

“Wanita diciptakan Tuhan dengan fitrah suka kepada perhiasan dan kecantikan. Alangkah indahnya wanita berhias atas panduan syari’ah, dan memilih kecantikan iman. Justeru wanita yang memiliki kecantikan sejati adalah wanita yang molek iman dan taqwanya kepada Allah.”

Bookmark and Share

    


  Member Information For nahrulhayatProfil   Hantar PM kepada nahrulhayat   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-12-05 01:40


kalau RMMP yang berperangai baik tapi berpakaian begitu, saya kasihan.

kalau RMMP yang berperangai memang tak baik dan berpakaian begitu, menyampah!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

ummunazeh
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.06.2003
Ahli No: 1381
Posting: 21
Dari: Singapore

singapore  


posticon Posting pada: 12-12-05 03:21


Hmm..ia dikatakan tren..siapa yang ikut itu kira fashionable ah..tapi uat apa pakai tudung tapi baju ketat??..duduk nampak underwear...baik tak payah pakai tudung...memang ramai yang macam g2...mereka kata nak jaga aurat...tapi, sebenarnya tak tau lah niat sebenar mereka..ramai juga kenalan saya yang begini...bila ditegur...mereka tak suka..cakap kita ini sibukla...jaga tepi kain orglah...yp sebenarnya kita nak jaga imej islam yang lagi2 sekarang ni dah tercemar...the west is looking and laughing at us...


-----------------
It does not do to dweLL in dreams and forget to Live. =)


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummunazehProfil   Hantar PM kepada ummunazeh   Pergi ke ummunazeh's Website   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 12-12-05 10:01


saya NI LELAKI
nak tumpang sekaki boleh?

pada pandangan lelaki jahat dia suka perempuan yang jual murah tapi lebih suka kepada perempuan murahan yang buat buat jual mahal, dah nampak seksi tapi masih berbalut, pak lebai pun boleh tercabut iman,


ish ish ish besarr sungguh fitnah perempuan ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

nurfadhilah_salam
Warga Rasmi
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20394
Posting: 4

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-12-05 16:55


bila ana nak tengok pun tak sanggup apth lagi bagi kaum adam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfadhilah_salamProfil   Hantar PM kepada nurfadhilah_salam   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 12-12-05 18:23


Pada 08-12-05 13:52 , RuMaishaaa posting:

!!! QUOTE !!!

saya yakin..RMMP dalam portal ini..tiada yang berpakaian sebegitu..

tapi..mungkin hanya menggambarkan teruknya perlakuan RMMP di luar sana...
insyaAllah..ana setuju..



Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-12-05 19:19


memang tak suka pakai baju 'fit'.
tapi payah kan sekarang ni nak cari baju yang kira labuh, dan lengan panjang...kalau pergi kat kedai mesti yang banyaknya baju fit dan seluar atas ketat...

maaflah kalau apa yang saya nyatakan ni tak betul...
saya hanya manusia biasa..tak sempurna.

Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

aisyah_kasihmuslimah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.01.2005
Ahli No: 13450
Posting: 35
Dari: taiping,perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-12-05 21:31


Saya setuju dengan pendapat Abg_imam tu, ianya memang benar
tapi bukankah untuk berdakwah perlulah secara berhikmah...

Bukan ustaz atau ustazah terlalu berlembut tetapi kenalah berhikmah supaya semua orang dapat faham dan terbuka hati untuk berubah(bagi yang berkenaan)...

Semoga saya tidak tergolong dalam golongan yang dimaksudkan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisyah_kasihmuslimahProfil   Hantar PM kepada aisyah_kasihmuslimah   Pergi ke aisyah_kasihmuslimah's Website   Quote dan BalasQuote

Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-12-05 21:38


topik ini ibarat angin......

ia wujud sejak dulu lagi......

cuma pelakonnya sahaja yang berubah.....



cuba tengok filem2 melayu klasik dulu-dulu...
ada tak pelakonnya yang pakai tudung? tak ada bukan....
pakai baju pun baju kebaya yang memang fit jugak!

bukan satu persoalan tentang pemakaian ini.
dunia ini ibarat bubur asyura.... (ni ana saja letak)....
dicampur2 dengan macam-macam....

siapa yang rasa nak makan kacang, makanlah... (yang kat dalam bubur tu).
siapa taknak makan kacang, asingkan lah....
letak kat pinggan lain....
he he he.......


p.s: ana tak makan bawang

Bookmark and Share

    


  Member Information For Along_SafaProfil   Hantar PM kepada Along_Safa   Pergi ke Along_Safa's Website   Quote dan BalasQuote

realukhwah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20541
Posting: 54

Pahang  


posticon Posting pada: 21-12-05 17:07


!!! QUOTE !!!

bila ana nak tengok pun tak sanggup apth lagi bagi kaum adam..


kaum adam kebanyakkannya bukan tak sanggup tapi tersanggup itu la yang dibimbangkan. kalau kes2 seperti rogol, cabul dan sebagainya mesti kaum adam ini yang akan dipersalahkan dulu adilker? weh... kalau tak ada angin masekan "POKOK" bergoyang lainla kalau ada "BERUK" yang goyangnyer!!!

entahlah kadang-kadang malas nak fikir pasal masalah ni... tapi memikirkan hidup dalam berkomuniti ini kena juga ambil tahu.

Ibubapa adalah teras pada semua ini... baik terasnyer insyaalah baiklah pucuknyer.... jangan makbapak pun 2kali lima udah lah..

Yang penting nasihat untuk semua lelaki ke perempuan ke... weih jaga la diri bebaik...yang penting sebelum lakukan sesuatu tu mesti kerana ALLAH swt...jangan kerana tren or ikot zaman. kalau berpakaian pun macam tu jangan ikot rasa hati. fikir dulu sebelum bertindak....kita semua ada otak...

realThinker

Bookmark and Share

    


  Member Information For realukhwahProfil   Hantar PM kepada realukhwah   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 21-12-05 17:12


Pada 08-12-05 13:44 , realukhwah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum.... saya ni baru pergi dalam portal ini.... memang bagus portal ini tahniah!

apa saya nak perkakatakan kali ini satu persoalan yang semakin membimbangkan iman saya kebelakangan ini

Remaja melayu muslim perempuan (RMMP) tolong jawab ye.

kalau kita lihat dimana-mana saja kebanyakkan RMMP sekarang ini KEBANYAKKANnya berpakaian... bertudung tu bertudung, alhamdulillah....
TAPI tshirt ketat dan singkat(ngam2 dengan pinggang seluar) seluar jeans ketat...
kalau duduk saja tersingkaplah satu rahsia yang sepatutnya tidak didedahkan pada orang lain (underwear)..... :-o
erm...Kenapa lah RMMP tersebut pakai macam tu???
nak tayang kat lelaki ke???
ke selesa pakai macam tu??
Please pada RMMP yang berkenaan DONT DO THAT.... buruk betul perangai....tak malu ke? malu lah sikit kat orang lain... Buat apa buat pekara yang sia-sia. Dapat DOSA saja.

fikir-pikirkanlah :roll:


tengah dok piki juga...


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

sahlon
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-12-05 18:39


salam....

setiap orang adalah pendakwah

merka tak tahu agaknya

apa tidaknya, orang yang tahu pun buat2 tak tahu

tapi pokok pangkalnya iman

dengan iman manusia tutup aurat

tanpa iman....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahlonProfil   Hantar PM kepada sahlon   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-12-05 20:49


emm.........memang ramai RMMP sekarang yang hanya nama islam pada zahir sahaja bukan pada batinnya........kadang-kadang saya rasa seperti mempersendakan islam saja......tengok sajalah keadaan sekeliling......kadang-kadang nampak pakai tudung,kadang-kadang tidak.......kadang-kadang pakai bju cukup sifat, kadang-kadang tidak.....tak ke namanya mempersendakan islam?????????

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-12-05 20:51


so.......kalau ada golongan kawan-kawan kita yang macam tu,dekatilah mereka dan bglah nasihat kepada mereka perlahan2..........jangan kita terikut2 sama dahlah........

p/s: maaf jika ada yang terasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

MaWaR84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.04.2005
Ahli No: 15963
Posting: 321
Dari: ganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-12-05 10:53


yup....benar sebenar benarnyeee...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MaWaR84Profil   Hantar PM kepada MaWaR84   Quote dan BalasQuote

JeSsamIn
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 15751
Posting: 56
Dari: no man's land

Perlis  


posticon Posting pada: 23-12-05 21:26


itulah..
kat malaysia a.ok.a negara islam nak cari baju yang sempurna pun payah..

kalau cari blouse..yang dah cukup labuh lengannya pula 3/4

kalau lengannya labuh, pendek dan ketat la pulak bajunya.

selalu balik dengan kecewa..

p/s: rasa2nya kat uk ni lagi senang nak cari blouse yang labuh dan xketat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For JeSsamInProfil   Hantar PM kepada JeSsamIn   Quote dan BalasQuote

faithfuller
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20137
Posting: 270
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-12-05 21:32


insaflah wanita!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For faithfullerProfil   Hantar PM kepada faithfuller   Pergi ke faithfuller's Website   Quote dan BalasQuote

nabilla
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11595
Posting: 85
Dari: UiTM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-01-06 12:32


pakaian dan penampilan tidak dapat mencerminkan nilai pada seseorang.tak semestinya wanita yang pakai kurang sopan tu..semuanye tak bagus.tapi biasa la setiap manusia tak lari dari melakukan kesilapan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabillaProfil   Hantar PM kepada nabilla   Pergi ke nabilla's Website   Quote dan BalasQuote

AsFaRiNa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.02.2005
Ahli No: 14050
Posting: 208
Dari: Jelapang Padi

Kedah  


posticon Posting pada: 06-01-06 13:03


Pada 12-12-05 19:19 , chibi_maruko posting:

!!! QUOTE !!!

memang tak suka pakai baju 'fit'.
tapi payah kan sekarang ni nak cari baju yang kira labuh, dan lengan panjang...kalau pergi kat kedai mesti yang banyaknya baju fit dan seluar atas ketat...

maaflah kalau apa yang saya nyatakan ni tak betul...
saya hanya manusia biasa..tak sempurna.


..pakai saja baju kurung buat sendiri senang.
kalau tak reti buat tempah saja kat kedai....

senang.....nak labuh dan lebar mana pun boleh kan?


~..manis tengok kalau RMMP pakai baju kurung..
(bukan baju kurung xdak pesak/kebaya)....

kalau pakai jubah lagi nampak manis tapi mungkin susah nak istiqamah bagi sesetengah RMMP...

waalahua'lam


-----------------
ingin sentiasa dipuji itu tanda iman diuji
bila hati redha dikeji itu tanda iman yang suci


Bookmark and Share

    


  Member Information For AsFaRiNaProfil   Hantar PM kepada AsFaRiNa   Pergi ke AsFaRiNa's Website   Quote dan BalasQuote

AsFaRiNa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.02.2005
Ahli No: 14050
Posting: 208
Dari: Jelapang Padi

Kedah  


posticon Posting pada: 06-01-06 13:13


kasihan dekat golongan RMMP yang macam tu..
bagi saya lagi kasihan pada kaum adam zaman sekarang
(yang baik dan soleh,bukan yang jahat dan buaya darat).

kalau nak keluar pekan/ kemana2 terpaksa menundukkan pandangan
mereka...
kerana golongan RMMP yang macam ni AMAT BANYAK di merata-rata tempat hatta di sekolah2 dan kolej2 serta universiti2..
mungkin tak terkecuali
jugak di masjid2/kaw sekitarnya....

inikah negara Islam yang patut kita banggakan??

Bookmark and Share

    


  Member Information For AsFaRiNaProfil   Hantar PM kepada AsFaRiNa   Pergi ke AsFaRiNa's Website   Quote dan BalasQuote

AsFaRiNa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.02.2005
Ahli No: 14050
Posting: 208
Dari: Jelapang Padi

Kedah  


posticon Posting pada: 06-01-06 13:19


sebenarnya gol RMMP macam ini..
bukan tak tahu dan tak dapat pengetahuan...

tidak munasabah jika alasan ini yang diberikan..
kerana,zaman sekarang maklumat tersebar luas..
dalam tv,radio,surat khabar malah yang lebih canggih di
internet..
bukankan rakyat Malaysia sekarang bijak teknologi
takkanla surat khabar pun tak baca,
memang mustahil jika mengatakan tidak tahu/tidak mendapat info...

so kepada gol macam ini,selalulah jenguk2 maklumat ilmiah agama
yang banyak dipasaran..cuba2 lah beli buku2 yang berkaitan

takpun buka saja portal ukhwah..maybe yang tak terima hidayah
akan menerimanya di sini....INSYAALLAH...

waallahua'lam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AsFaRiNaProfil   Hantar PM kepada AsFaRiNa   Pergi ke AsFaRiNa's Website   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-01-06 13:23


Suka tengok adik-adik remaja kita pakai baju kurung dan bertudung, sejuk tengok, tambah-tambah kalau pakai jubah atau mini jubah. Bergantung pada keadaan tapi dengan syarat tidak merosakkan pandangan kaum lain dan elakkan dari memakai pakaian yang tidak menepati syariat ISLAM. Islam itu indah, lebih INDAH jika kita pandai mencorakkannya dengan pakaian muslimah sejati yang solehah.


-----------------
Sesejuk Mata Memandang, Seindah Akhlak terpampang
[ Telah diedit oleh: Iman_Hayati pada 06-01-06 13:23 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 06-01-06 15:33


Pada 08-12-05 13:52 , RuMaishaaa posting:

!!! QUOTE !!!

saya yakin..RMMP dalam portal ini..tiada yang berpakaian sebegitu..

tapi..mungkin hanya menggambarkan teruknya perlakuan RMMP di luar sana...


amin....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-01-06 16:07


daripada sesedap mengutuk orang tu tak betui orang ni tak btui lebih baik mulakan persahabatan dengannya dan tarik dia ke arah kebaikan....sekurangnya dapat menambahkan kawan dan dapat membantu daripada dia terus tersesat...

kutuk orang...bagus sangat ke...
kemudian salahkan orang lain sedangkan diri kita belum lagi menjalankan tanggungjawab berdakwah kepadanya...

semudah itu..??? :-?


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

anis_najihah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16459
Posting: 439
Dari: kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-01-06 16:11


saya tidak menolak tentang dakwaan terhadap RMMP zaman sekarang yang semakin luntur,pudar dan rapuh iman mereka. dimana ini semua jelas kelihatan melalui cara mereka brpakaian(terdedah),pergaulan dengan bukan mahram(tanpa ada batasan),cara percakapan,dan sebagainya...astaghfirullahalazim....dimana generasi pewaris nabi yang kita inginkan/harapkan?/
tepuk dada tanya iman....semuanya terletak pada diri kita sebenarnya...sama ada menjadi seorang 'solehah' ataupun 'perempuan yang rosak akhlaknya'....tapi, saya pasti dan saya yakin RMMP kat portal ukhwah ini, tidak tergolong dalam RMMP yang runtuh akhlak dan moralnya...sama2lah kita mendoakan agar dikurniakan kerahmatan,keredhaan,dan perlindungan dari RABBUL'IZZATI...ALLAH SWT...

'Ya ALLAH. saya berlindung kepada MU dari merubah kenikmatan kepada kekufuran atau mengkufurinya sesudah mengetahuinya atau lupa kemudiannya dan tidak bersyukur diatas nikmat kurniaan MU'... :-)

AMIN...

wallahua'lam


-----------------
'love for all_hatred for none'
..SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR..
[ Telah diedit oleh: anis_najihah pada 06-01-06 16:15 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_najihahProfil   Hantar PM kepada anis_najihah   Quote dan BalasQuote

rifhan_irfan
Warga Rasmi
Menyertai: 14.10.2005
Ahli No: 19826
Posting: 19
Dari: taiping

Perak  


posticon Posting pada: 06-01-06 17:34


assalamualaikum..
hmm,nak kata bagaimana ek?
saya memang agak setuju dengan apa yang dikatakan oleh realukhwah tu..kita boleh tengok RMPP sekarang pakai tudung sekadar nak tutup aurat (bagi mereka aurat hanyalah rambut)..ada pulak yang sekejap pakai tudung,baju kurung..manis sekali..
tup..tup..esoknya..
masyaAllah,tudung hilang entah ke mana..baju bagaikan sarung nangka..itulah realiti sekarang..cara mereka memahami hukum2 Islam amat rendah sekali..bila ditanya Kenapa sekejap pakai tudung sekejap tidak,dijawabnya..'kalau pakai tudung tapi masih berpegang tangan dengan lelaki yang bukan muhrim..bertudung tapi berpakaian ketat,buat apa?lebih baik tak pakai tudung langsung..'itulah jawapan yang sering membuatka saya terkedu..
apa nak buat,sudah ditegur tapi tiada reaksi..
wallahu'alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rifhan_irfanProfil   Hantar PM kepada rifhan_irfan   Pergi ke rifhan_irfan's Website   Quote dan BalasQuote

hanan2503
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2005
Ahli No: 20558
Posting: 222
Dari: kajang,malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-01-06 17:50


betul kata realukhwah tu,saya sebagai seorang RMMP pun rasa malu sangat bila tengok mereka pakai begitu..tak takut ke azab kat akhirat??ke jahil bab hukum2 syara' ni?..ishh2 wallua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanan2503Profil   Hantar PM kepada hanan2503   Pergi ke hanan2503's Website   Quote dan BalasQuote

virus_merebak
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.01.2006
Ahli No: 21754
Posting: 22
Dari: Selatan

ghana  


posticon Posting pada: 07-01-06 14:15


Salah satu virus yang tak boleh diubati...
Operation dah buat...
Injection bertubi-tubi....
Ubat dah macam makan nasik...
Kalau kempen tutup aurat oleh kerajaan Negeri Kelantan dah tak hendak sahut,kena tunggu mereka ni sahut panggilan Ilahi jugak gamaknya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For virus_merebakProfil   Hantar PM kepada virus_merebak   Quote dan BalasQuote

Jubah_Putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.01.2006
Ahli No: 21590
Posting: 85

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-01-06 15:46


Pada 06-01-06 16:07 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

daripada sesedap mengutuk orang tu tak betui orang ni tak btui lebih baik mulakan persahabatan dengannya dan tarik dia ke arah kebaikan....sekurangnya dapat menambahkan kawan dan dapat membantu daripada dia terus tersesat...

kutuk orang...bagus sangat ke...
kemudian salahkan orang lain sedangkan diri kita belum lagi menjalankan tanggungjawab berdakwah kepadanya...

semudah itu..??? :-?



setuju dengan anta/ti. itu yang sepatutnya :) imam ghazali pun melarang kita mengutuk mereka yang buat maksiat dikhuatiri kita melakukan perkara yang sama sebelum meninggal :)

wallahualam


-----------------
Sebaik-baik Insan Adalah Insan Yang Memberi Manfaat Pada Orang Lain...


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jubah_PutihProfil   Hantar PM kepada Jubah_Putih   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-01-06 20:37


> moga Allah memberi petunjuk dan hidayahNya kepada mereka...
> moga juga diberi kekuatan untuk mengamalkan segala suruhanNya..


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

annisa_asraar87
Warga Rasmi
Menyertai: 04.01.2006
Ahli No: 21679
Posting: 4
Dari: kelana jaya

Selangor  


posticon Posting pada: 17-01-06 18:28


asthagfirullah..
dewasa ini banyak sangat RMMP berpakaian begitu.
padahal mereka tau pakaian macam itu sungguh tak elok..
mendedahkan segala rahsia mereka tiu sendiri..
jadi marilah kita saling tegur-menegur sesama islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For annisa_asraar87Profil   Hantar PM kepada annisa_asraar87   Quote dan BalasQuote

zatie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17090
Posting: 209
Dari: sHaH aLaM

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-03-06 13:51


hurm.
salahsiape?
pendidikan agama bermuladari rumah.
melentur buluh biarla dari rebungnya.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For zatieProfil   Hantar PM kepada zatie   Quote dan BalasQuote

permata_keluarga
Warga Rasmi
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23601
Posting: 19
Dari: KUALA TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-03-06 14:06


ASSSALAMUALAIKUM....
bagi saya tak semua begitu...
terutama kat terengganu... :-)
kalau ada asas agama dari kecil...p`kara begini takkan t`jadinya...
jadi kenalah kita nasihat kawan2 kita selalu

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_keluargaProfil   Hantar PM kepada permata_keluarga   Quote dan BalasQuote

alin1605
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10792
Posting: 281
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-03-06 14:20


assalamualaikum wbt...

alin sebgai seorang muslimah, malu melihat RMMP di luar sana yang berpakaian sedemikian... alin tak tahu, apa yang mereka dapat dengan mempamerkan sesuatu yang sepatutnya hanya suami berhak melihatnya... maybe mereka fikir mereka up to date, tapi mereka patut tahu, up to date yang sebegini tiada nilainya di sisi agama... hanya menambahkan dosa... RMMP yang sebegini boleh dilihat merata2, baik di kampung atau di bandar... semuanya berpakaian mendedahkan aurat dan yang paling menyedihkan, mereka bertudung!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 21-03-06 14:49


Assalamualaikum,

tidak dinafikan memang itulah trend ( kalaulah boleh dikatakan begitu) masa kini. Bertudung tapi bertelanjang.....itu yang ber T-shirt dan berseluar jeans. Ada pula jenis yang bertudung....berbaju kebaya tapi berkain belah lah pulak.....berbaju kurung...tapi berfesyen lah pulak. Macam-macam....kalau nak dihuraikan isu berpakaian ini satu persatu memang tak sudah. Dipasaran sendiri...teramatlah susahnya mencari baju yang betul-betul boleh diketegorikan boleh dipakai oleh RMMP. Saya sendiri, nak beli seluar pun...susah...yang dijual hanya boleh masuk sekerat saja...Berfikir balik, jika tak ada permintaan..maka tak adalah penawaran. Apa pun yang boleh saya nasihatkan...ingatlah kita bukannya akan hidup didunia ini untuk selamanya....tempat yang kekal adalah di akhirat kelak. Dan ...lelaki2 diluar sana pun bila nak memilih calon isteri pun tak mahu yang "telah terdedah " banyak..(melainkan dia pun 2x5). Berubah lah dan sedarlah sebelum terlambat...masa dan waktu tak pernah menunggu kita...dan kita tidak juga ketahui masih adakah esok untuk kita berubah....

Sesuatu yang baik, eloklah disegerakan.....

Wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 21-03-06 14:57


.....menutup aurat menghindari maksiat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

hanggukkau
WARGA SETIA
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23501
Posting: 454
Dari: egypt

afghanistan  


posticon Posting pada: 21-03-06 18:34


itulah islam hadhari............................

remaja kita sedang mempraktikkan islam hadharinya...................

sama macam dr mashitah........................

bertudung tapi tak labuh.......................

bertentang dengan firman allah dalam alquran..............

itulah kesan dari islam hadhari....................

dah mak borek..anak mesti rintik

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanggukkauProfil   Hantar PM kepada hanggukkau   Pergi ke hanggukkau's Website   Quote dan BalasQuote

Ketotoi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23510
Posting: 90
Dari: Melaka

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-03-06 18:51


lagi satu saya syorkan muslimah kalau pakai tudung tu pastikan kain tudungkan cukup untuk tuutp bahagian dada. Mata orang laki paham2 saja la, eh malulah nak cakap lebih-lebih :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For KetotoiProfil   Hantar PM kepada Ketotoi   Quote dan BalasQuote

misz_efiey
Warga Rasmi
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23587
Posting: 19
Dari: ampang, selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-03-06 19:42


ana dulu sekolah agama...sewaktu form1-3....tapi, kemudiannya ana ikut famili ana berpindah ke srwk(miri)..
pastuh ingat nak pergi sekolah agama..bebrp knalan ayah ana kata...jangan pergi sekolah itu kerana bebudaknya amat truk disiplin...dan dalam SMKA pakai tudung..nampak macam ok..baik..lah..apalah..tapi..kat luar sekolah..perangai serupa macam orang kristian yang lain..ana terkejut jugak mula2...pastuh..parent ana letak ana kat sekolah harian..di sekolah itu..pelajar sangat sosiall..ada yang dah tak ada dara...lepas sekolah habis..buka tdung dan membuka butang baju kurung..kononnya panas..tapi..alhamdulillah..ana tidak terikut dengan mereka..mereka kata ana ini ustazah la apalah..ana cuma senyum dan tidak menjawab..
well..dekat miri ini..budak2 remaja sekarang amat sosial tersgt2... berpakaian seksi bagi perempuan..berpeluk2 sana sini...bahkan..mereka itu semua melayu!!..ana kesal dengan remaja zmn sekarang..yang menyedihkan pula..ada diantara kawan-kawan ana..yang dulunya bertudung...sekarang freehair..dalam 2 tahun ana di miri...sudah 3 orang kawan ana yang bertudung kepada freehair...
kepada sahabat2 sekalian...doakan ana agar sentiasa berpegang pada iman ana...amin...


-----------------
" Untuk dihargai, kita mesti menghargai...Untuk disayangi, kita mesti menyayangi "


Bookmark and Share

    


  Member Information For misz_efieyProfil   Hantar PM kepada misz_efiey   Quote dan BalasQuote

hanggukkau
WARGA SETIA
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23501
Posting: 454
Dari: egypt

afghanistan  


posticon Posting pada: 21-03-06 20:02


betul tu./.................teruskan dakwahhhhhhh

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanggukkauProfil   Hantar PM kepada hanggukkau   Pergi ke hanggukkau's Website   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-03-06 23:34


tu lah.. kengkadang kita ini tengok saja orang pakai tak ikut yang macam kita nak, kita terus hukum.. kita ini nak menghukum terus saja ke?? cuba try bagi nasihat.. bia sampai dia faham.. ini tiba-tiba terus hentam saja.. sian kakak itu mungkin taktau apa-apa, tapi kita tiba-tiba meng`shadid` kan keadaan.. apa tugas pendakwah?? bagi nasihat.. berdakwah.. bukan terus menghukum tanpa kaji selidik..
kalau yang pakai jubah, tudung labuh tapi bila dating pegang tangan, demi pakwe sanggup bukak baju, londeh kain apa cerita pula???


-----------------
http://www.stormreaders.net/putraborneo


Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

wanie85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2006
Ahli No: 23417
Posting: 190
Dari: uk

Selangor  


posticon Posting pada: 21-03-06 23:37


tepat sekali kata akasia tu...tugas kita bukan menghukum seseorang,tapi mengajak orang melakukan kebaikan...releven ke??

Bookmark and Share

    


  Member Information For wanie85Profil   Hantar PM kepada wanie85   Quote dan BalasQuote

Ketotoi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23510
Posting: 90
Dari: Melaka

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-03-06 23:39


Kalau orang tu langsung tak pakai tudung, tiba-tiba dia ubah cara dengan pakai tudung, walau pun tudung dia singkat, tapi tak mengapa itu dah satu kemajuan yang baik. Kemudian cuba kita tarbiyah dia sedikit2 agar dia pakai tudung yang sempurna, janganlah dok cerca dia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For KetotoiProfil   Hantar PM kepada Ketotoi   Quote dan BalasQuote

danial_muhd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2006
Ahli No: 23070
Posting: 212
Dari: Bukit Mertajam -> gambang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 21-03-06 23:54


Ana setuju... Janganlah kita paksa dia... Kita perlulah nasihatnya dengan cara yang paling budiman... Mana mungkin seorang yang freehair terus berubah sehingga pakai tudung yang labuh dengan tiba2... Berilah masa... Dan pada sesiapa yang ingin menjadi 'PEMBIMBING' kepada Wanita, cubalah untuk didik mereka mengikut Nas-Nas Islam.... InsyaAllah keluarga bahgia dengan didikan kita sebagai pembimbing...

Contohilah Akhlak Rasulullah dan Wanita-Wanita yang dijamin Syurga.. InsyaAllah, Hidup bahgia di SANA....


~Wallahua'lam~

Bookmark and Share

    


  Member Information For danial_muhdProfil   Hantar PM kepada danial_muhd   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-03-06 23:56


hanggukkau.... apa komen... ??? hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.213755 saat. Lajunya....