Oleh |
perlu ke teman pakwe/makwe ni?? |
pearl_light86
Warga Rasmi Menyertai: 02.12.2005 Ahli No: 20647
Posting: 15
Dari: penang
|
Posting pada: 07-12-05 00:57
assalamualaikum...nak dijadikan cerita...satu hari tu...roomate saya tnyer... 'tak takut ke tak ada pakwe ni?' saya diam..selamer ni.tak pernah terpikir pun saya pasal ni...lagipun saya rasa saya belum jumpa yang terbaik untuk saya... dengan selamber saya jawab.. tak takut... perlu ke pakwe?tak boleh ke bercinta lepas kahwin??
|
al-faateh
Warga 2 Bintang Menyertai: 08.11.2005 Ahli No: 20250
Posting: 58
Dari: kl
|
Posting pada: 07-12-05 01:11
assalamualaikum, saya tergerak hati nak jawab soalan awak.. sebenarnya ada atau tak ada pakwe/makwe ni bgantung pada individu, tepuk dada tanya hati.. tak salah cari pakwe/makwe, tapi biarlah cari yang bketepatan dengan islam anjurkan..agar dapat mbantu kita mbina kejayaan dunia & akhirat..Kalau pakwe/makwe pun mmbuatkan kita leka, baik tak payah carik lgsung.. jangan tengok muka handsome/cantik, terus nak ambil..tu buta cinta namanya.. sekian, wsslam..
|
nano
Warga 5 Bintang Menyertai: 20.10.2005 Ahli No: 19971
Posting: 386
|
Posting pada: 07-12-05 02:01
Saya selalu nak tanya seperti berikut : Tak takut berlaku apa-apa ke bila berdua-duaan dengan pakwe/makwe di tempat sunyi???"
|
hazreenrashid
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15666
Posting: 115
Dari: Moscow
|
Posting pada: 07-12-05 05:18
sebenarnya bergantung dengan niat la..kalau niat ikhlas nak cari pasangan hidup dan mengenali supaya serasi untuk hidup bersama ok la..asalkan tak buat maksiat, tapi kalau niat tu sebab tengok orang len kapel dia pun nak kapel juga atau sekadar nak puaskan nafsu, baik tak payah..
|
onelove
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.11.2003 Ahli No: 5349
Posting: 38
Dari: kl
|
Posting pada: 07-12-05 12:58
hmmm...topic yang menarik...tapi dah banyak dibincangkan lah...hmm perlu ke???rasa macam tak perlu saja....kekawan sudah lah....kalau betul2x serius jalinankan hubungan...suruh antor rombongan meninang....tunang2x dulu ke...... yelah....manusia zaman sekarang ini bukan boleh percaya sangat.....khusus nya lelaki....lelaki mesti nak mengintai 2-4@ lebih calon isteri.....yelah....perpuan dah banyak dipasaran....so pilih yang terbaik lah....lelaki tak rugi pun...yang kasihan nya perpuan lah....so bila dah layan perasaan....ter'feeling2x'...tiba2x tak terpilih...hmmm hampeh...nanti frustlah...tak boleh tumpukan kapada pelajaran lah...macam2x hal yang akan berlaku...tapi kan perpuan pun 2 tak 5 saja....nak kata kan...abang berjubah siap berkopiah raihan.....dan gadis berbaju kurung;bertudung labuh tak buat begitu...hmmmm same saja....kan kita satu sepies...manusia juga.... so kesimpulan nya....kekawan saja....kalau nak juga...buat solat hajat ke....doalah kepada Allah supaya 'dia' tu dijodohkan dengan kita....lepas itu kasi 'signal' ckit2x cukuplah....hmm kita kena yakin lah kepada janji2x Allah......kalau tak dapat kat dunia...rilax saja....kat syurga lagi best...permuda2x segak plus hensem2x gila...bidadari cun-melecun...bermata jelik...muda2x pulak tu...fuyoooo mesti best!!!!! satu lagi....pergaulan kita mesti dijagalah....baik lelaki @ perpuan....hmm kalau sms pun ke jaga juga....yelah ini soal hati dan perasaan seseorang....tak payah nak lebih2x....
|
nurbalqis83
Warga 2 Bintang Menyertai: 07.12.2004 Ahli No: 12893
Posting: 52
Dari: sabah
|
Posting pada: 07-12-05 13:08
ermmm....kalau Allah dah takdirkan nya,kita kena terima.tapi kalau tak ada,pun ada hikmah nya.tak salah kalau tak ada pakwe.dan perempuan tak perlu takut bila tak ada pakwe.sebab kita kena yakin janji Allah tentang ajal maut,jodoh pertemuan di tangan Nya.selain itu..kita boleh belajar berdikari.bila tak ada pakwe,tak delah kita jadi insan yang terlalu mgharap pada lelaki
|
alamfana01
Warga Rasmi Menyertai: 16.05.2004 Ahli No: 9002
Posting: 5
Dari: perak
|
Posting pada: 07-12-05 15:21
macam2 jawapan pada soalan tu kan. setiap orang mempunyai pandangan tersendiri,mempunyai kehendak mengikut hati masing2. walau apapun pandangan atau kehendak manusia, kita tidak akan dapat lari daripada ketentuan bahawa lelaki memerlukan wanita dan begitu juga sebaliknya, sebab itu sudah menjadi ketentuan Ilahi, persoalan bercinta sebelum kawin, terserah pada individu, samaada dia sudah bersedia untuk memberi komitmen atau tidak, bagaimana kita hendak membentuk cinta itu, terpulang pada sekuat mana iman kita, so persoalan tu takkan timbul kan. yang penting biar kita pegang cinta jangan cinta yang pegang kita.apapun semoga anda semua mempunyai perasaan ingin menyintai dan ingin dicintai..... assalamualaikum
|
faizal_29
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.12.2005 Ahli No: 20854
Posting: 34
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 07-12-05 16:54
terpulang pada diri sendiri...yang penting..persahabatan @ berkawan dan pergaulan ada batas2 nya....
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 07-12-05 17:09
rasanya....yang diperlukan hanyalah.....suami & isteri.... pakwe & makwe memang tak diperlukan. harap maklum.
|
faizal_29
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.12.2005 Ahli No: 20854
Posting: 34
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 07-12-05 18:06
betul kata naruto san tu..tapi berkawan tak salah kan? p/s: paip BM power ada??
|
adelia
Warga 3 Bintang Menyertai: 24.11.2005 Ahli No: 20462
Posting: 105
Dari: pahang
|
Posting pada: 07-12-05 18:46
assalamualaikum... hm..pada pendapat saya la kan...pakwe makwe ke..kawan2 ke...mana-mana la kan...tak kisah..tapi paling penting, akhlak dan batasan2 yang ditentukan dalam syarak MESTI dipelihara... pandai2 la bawak diri dalam berkawan ni...
|
newli
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.09.2005 Ahli No: 19001
Posting: 22
Dari: kota
|
Posting pada: 07-12-05 19:05
sebagai seorang lelaki yang tak ada makwe, saya sokong pendirian saudari. pakwe makwe yang berkepit ke hulu ke hilir itu bukanlah dari ajaran islam. Kata ustaz yang saya pernah dengar berbunyi: Kalau bertunang lelaki dengan perempuan, baru dapat lesen L, tak boleh bawak bonceng motor lagi. Dah kawin baru boleh, sah lesennya. Tapi remaja islam sekarang ramai bercouple di usia muda tanpa batas agama. Sedih..  [ Telah diedit oleh: newli pada 07-12-05 19:07 ]
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 07-12-05 20:32
tak ada pun tak mengapa, bukannya mati. kalau ada pun, dapat duit ke .. ----------------- pengalaman itu ibarat guru yang mengajar di sekolah hidupmu
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 07-12-05 20:40
jawapannya pada ana ialah perlu kalau benar-benar ikut syariat dan tidak perlu kalau setakat nak geli-geli...
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 07-12-05 22:46
 .... Tak takut ke tak ada pakwe? soalan macam ni pun boleh ada kan?  Saya tak hairan kalau tak ada pakwe ni.....sebab tak ada ikatan yang sah...silap-silap diri yang merana.... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
lukluk_assyifa
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.09.2004 Ahli No: 11204
Posting: 190
Dari: perak kara johor he
|
Posting pada: 08-12-05 01:49
|
pu3sakinah
Warga Rasmi Menyertai: 08.12.2005 Ahli No: 20938
Posting: 2
Dari: sabah
|
Posting pada: 08-12-05 02:16
assalamualaikum.... saya baru lagi di sini. bagi sayalah, kalau niat memang betul2 mahu mngenali hati dengan lebih mdalam, kan tdak salah.... tapi kalau mahu mbuat yang lbih2 2 yang salah... lagipun itu langkah un2k mengenali hati budinya supaya senang sikit buat pilihan..... tapi kalau yang bkepit ke hulu ke hilir tu memanglah salah.... kalau betul niat tu baik ndakkan buat yang bukan2.
|
chibi_maruko
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan
|
Posting pada: 08-12-05 02:47
kawan...tunang...kahwin, habis cerita.
|
anmahar
WARGA SETIA Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman
|
Posting pada: 08-12-05 09:06
|
emi
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.10.2003 Ahli No: 4053
Posting: 139
Dari: Alor Setar, Kedah
|
Posting pada: 08-12-05 10:07
tah... tak perlu agaknya.. lagi pun buat habis tenaga, masa, wang duk melayan perasaan kalau sekadar kawan saja tak apa la...sebab tu kan fitrah semula jadi remaja.
|
nur4balqis
Warga Rasmi Menyertai: 06.05.2005 Ahli No: 16334
Posting: 8
|
Posting pada: 08-12-05 11:06
Assalammualaikum...ana rasa tak salah..tapi perlu ada batasannya dan matlamat akhirnya iaitu suatu ikatan yang sah disisi Agama..masing2 saling ingat-memperingati dan tegur-menegur.......
|
faizal_29
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.12.2005 Ahli No: 20854
Posting: 34
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 08-12-05 11:11
 ..nawaitu yang penting...
|
ije
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.10.2004 Ahli No: 11883
Posting: 39
Dari: malaysia
|
Posting pada: 08-12-05 11:41
 ehe.. xperlu agaknya.. buat tambah dose saja..
|
triptofana
WARGA SETIA Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR
|
Posting pada: 08-12-05 12:19
pakwe ni xperlu....perempuan baik untuk lelaki yang baik..itu janji Allah, so tak perlu risau kalau tak ada pakwe. suatu hari nanti jodoh tu akan datang sendiri bila tiba waktunya.
|
realukhwah
Warga 2 Bintang Menyertai: 28.11.2005 Ahli No: 20541
Posting: 54
|
Posting pada: 08-12-05 13:21
!!! QUOTE !!! tah... tak perlu agaknya.. lagi pun buat habis tenaga, masa, wang duk melayan perasaan kalau sekadar kawan saja tak apa la...sebab tu kan fitrah semula jadi remaja. Satu persoalan mudah saya....pakwe/makwe itu bukan kawan ke? Bagi saya yang dah lalui banyak pengalaman (dah berusia 20an) pasangan pakwe/makwe ini masih dalam perhubungan sebagai seorang KAWAN. dah namerpun kawan bukan lakibini kenalah jager adap sebagai remaja muslim. Tetapi yang menyedihkan saya IPTA di salah sebuah universiti yang popular di negara kita ini....saya lihat (segelintir)dah macam laki bini(melayu)....naik motor ke kuliah dengan pakwe/makwe...kalau pergi keluar bandar tu tak payah cerita lah berkepit saja... itu bagi saya dah melampau dah..... banyak sangat kes macam ini saya dah nampak.... nak tegur ke???? hehe...tegur dalam hati jerla...kang tak pasal2 bergaduh. Pada anda patut ke makwe menumpang moto pakwe dalam kes2 ke kuliah macam ini?
|
khazinatul_asrar47
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16936
Posting: 308
Dari: .::diMana ada keBerkatanNYA,disitu ana::.
|
Posting pada: 08-12-05 14:46
ada makwe/pakwe "SAH" ke hubungan tu dalam ISLAM???? sedangkan yang dah tunang pun masih ada batasan.. so,pk2 kan la... buat apa nak ada makwe/pakwe? hati mudah kotor sahabatu sekalian.... jiwa mudah alpha... lupa kepada yang ESA.... lupa pada kewajipanNYA... hanya ingat kepada si dia... alangkah ruginya hidup kita.... astaghfirullahal'azim.... renung3kan la... just doa bila dah jumpa yang terbaik.. Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu insyaAllah.... Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita..  ----------------- 
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 08-12-05 15:49
wahhhhhhh.... jom berentap dalam sajak.....jom berentap buat puisi dan sajak....
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 08-12-05 15:54
MAKWE PAKWE teringat kembali kisah lalu zaman ber'makwe' semua indah semua cantik semua molek yang busuk jadi wangi yang hodoh jadi lawa yang buruk jadi indah masa tu.... syariat letak ke mana yang penting hati mesti bahagia berkepit no hal punya janji berkasih mesra tapi... tak ada berkat bila bernikah rumhtangga porak peranda seorang ke hulu seorang ke hilir seorang ke utara seorang ke selatan seorang ke tepi seorang ke tengah segala kenangan bercinta pergi ke mana entah ingatlah bercinta tak salah tapi biarlah ikut panduan bukan tinggalkan pesan Allah dan Rasul biarlah bercinta kerana keduanya jangan bercinta kerana yang lain nescaya bahagia selama dunia akhirat [ Telah diedit oleh: ABg_IMaM pada 08-12-05 15:55 ]
|
faizal_29
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.12.2005 Ahli No: 20854
Posting: 34
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 08-12-05 17:35
terpulang pada individu..
|
puteribongsu1306
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.07.2005 Ahli No: 17648
Posting: 291
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 09-12-05 12:46
|
Nury
Warga 1 Bintang Menyertai: 05.12.2005 Ahli No: 20779
Posting: 29
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 09-12-05 13:30
Entahlah....seringkali juga terfikir....perlu ke pakwe/ makwe ni...? tapi scenerio sekarang yang terlalu menyimpang dari adat Melayu dan Islam, terasa tidak rugilah jika tak ada pakwe/ makwe kalau sekadar untuk menambahkan dosa, ......(macam scenerio pakwe/ makwe nak bonceng-2 motor/ berkepit and everything must together), kerana secara simple jebial seseorang tu dah declare pakwe/ makwe, mesti komitmen untuk jaga hati mesej-2 dah melebihi komitmen untuk jaga adat dan haq Islam tu sendiri. Actually, semua ni atas hati dan niat masing-2, tapi setakat manalah sangat iman di dada ...kalau dah selalu sangat ke hulu- hilir dengan bukan muhrim kita, ianya pasti dah terkeluar dari landasan Islam So, kalau benar dah bersedia, sanggup ada komitmen, terus tunang dan kahwin saja lah, lagi di redhai Allah, walaupun masih lagi di IPT. Itulah yang membuktikan mereka ni sanggup terima segala cabaran bersama, susah dan senang. Tapi peliknya, masa pakwe/ makwe ni lah sanggup tabur janji macam-2, ini kerana mereka tau mereka tidak terikat dengan sebarang komitmen. Kiranya mereka bukan di takdirkan untuk berjodoh, sekuat manapun kasih masa pakwe/ makwe, pasti tidak ke mana.....tetapi kiranya mereka dah di tentukan oleh Ilahi, itu memang jodoh mereka, walaupun selama ini tidak pernah berjumpa, dan berjumpa sekali terus kahwin.....so, antara dua keadaan tersebut, saya percaya dan yakin, jodoh dengan cara yang kedua itu lebih manis dan ikhlas. Wassalam
|
jihanku
Warga Rasmi Menyertai: 07.09.2005 Ahli No: 18782
Posting: 11
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 09-12-05 15:07
memang best bila single ni,tapi yang malangnye bila ada birthday party dimana semua roommate kita ada partner tapi kita tak ada....so kita akan disisihkn.nak pula masa tu mereka hanya layan partner masing2.ini akan buat kat sedih....
|
destinasi_abadi
WARGA SETIA Menyertai: 31.12.2004 Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 09-12-05 15:53
salam... pakwe?makwe?wujud ke istilah tu dalam islam?erm...rasanya tak kan... bagi saya la personally rasanya tak rugi pun...dan tak pernah terniat nak ada pakwe ke...better tanamkan niat nak ada pasangan hdp..suami ke isteri ke... moga2 dilindungi daripada benda2 macam ini...ameen!
|
emma83
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.06.2004 Ahli No: 9733
Posting: 36
Dari: selangor
|
Posting pada: 09-12-05 16:32
tepuk dada tanya iman..yang penting jaga mauah diri, agama, dan ibubapa. fikir dahulu dalam setiap keputusan yang nak kita buat..
|
afizam
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.02.2005 Ahli No: 14810
Posting: 82
Dari: negeri indera kayangan
|
Posting pada: 09-12-05 17:07
tak ada istilah bercouple dalam Islam.....kl nak couple juga...kawin saja terus...habis cerita..at least jauh dari maksiat
|
ilham_thahurah
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.05.2005 Ahli No: 16605
Posting: 207
Dari: sumatera-malaysia-London
|
Posting pada: 09-12-05 17:46
tak payah lah couple2 ni...buat masa dan segala2 nya...last2 tak jadi pula bagaimana...tu..??.. wasting...!!!
|
jutawanmuslimah
WARGA SETIA Menyertai: 07.12.2005 Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM
|
Posting pada: 09-12-05 18:59
|
Riz32
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.10.2003 Ahli No: 4624
Posting: 25
Dari: Serdang
|
Posting pada: 09-12-05 20:25
tak perlu ada pakwe/makwe ni....jalan kepada maksiat.....
|
manda
Warga Rasmi Menyertai: 06.12.2005 Ahli No: 20889
Posting: 8
Dari: Johor
|
Posting pada: 09-12-05 20:59
bismillah....bagi manda la kan...tak perlu ada pakwe/makwe ni tapi 2 tak bmaksud kat tak ambil kesah langsung siapa bakal suami/isteri kat..kena kenal juga tapi tak payah la sampai berkepit 24jam..hehehe..
|
Hafs
Warga Rasmi Menyertai: 28.05.2004 Ahli No: 9203
Posting: 17
Dari: pahang
|
Posting pada: 09-12-05 21:19
bagi anala..tak perlulah..couple2 ni..tak molek..ada jodoh adelahkan..?bila dah ada pakwe..mak we ni..selalulah berlaku perkara2 tak syarie..cnth nya ikhtilat..bertelefon..bermasing-masing..mulala..keluar ucpn sayang..semua 2 mengundang perkara2 tak elok..la taqrabuz zina..fikirkanlah..hidup kita kat dunia ni hanya sementara..
|
aisyatul_mardhiyyah
Warga Rasmi Menyertai: 28.09.2005 Ahli No: 19398
Posting: 19
|
Posting pada: 09-12-05 22:48
Assalamualaikum...bagi ana pun..xpayah la couple2 ini...buang masa saja..lepas itu tambah dosa.....lagipun..tak ada faedah....bagi ana,kalau bercouple ni makin menambahkan bebanan...nak study pun susah..kalau yang masih study la....kalau rasa nak jugak bercouple..ana rasa,kawin lagi elok...erm....
|
fizah_862000
WARGA SETIA Menyertai: 07.08.2004 Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban
|
Posting pada: 10-12-05 15:01
tak payah....! ----------------- "Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129
|
samudra
WARGA SETIA Menyertai: 06.12.2005 Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu
|
Posting pada: 13-12-05 14:21
saya takut kalau tak boleh kencingg...besarnya nikmat tuhan
|
nabilpoyo
WARGA SETIA Menyertai: 13.12.2005 Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta
|
Posting pada: 17-12-05 02:03
its depend on you kan.... jadi kan your special sahabat tu pembangkit semangat yang bermakna...kalau ia bawa ke arah menjatuhkan...tinggalkan lah....kalau dapat bawa kita ke arah yang lebih baik dan di redhai...alhamdulillah apa... niat baik ok....jangan pandang negatif saja.... okies "skaters is not a crime"
|
hanan2503
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.11.2005 Ahli No: 20558
Posting: 222
Dari: kajang,malaysia
|
Posting pada: 17-12-05 02:25
kepada saudara/saudari "jihanku"..tak payah rasa sedih..insya allah,mungkin awak akan jumpa partner yang lagi bagus(beriman,taat,hormat,rajin dll) suatu masa nanti..kalau allah izinkan..lagi satu,kalau nak bercinta tu..binalah sebuah percintaan dengan berlandaskan hukum syara'.
|
Nurilislami
Warga 2 Bintang Menyertai: 28.01.2005 Ahli No: 13939
Posting: 53
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 17-12-05 07:54
 wbt Nur tak tahu nak cakap macam mana.... tapi nur ada satu kata-kata >>>Biar Susah Asal Bahagia, Jangan Senang Tapi Malang, Biar Rindu Tapi Tak Jemu, Jangan Cinta Tapi Terseksa,Biar Berjauhan Tiada Perbalahan, Jangan Disisi Tapi Tak Serasi ...
|
swordofdeen
WARGA SETIA Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth
|
Posting pada: 17-12-05 07:57
jawpan untuk soalan topik: ---->tak perlu
|
chimon_tik
Warga Rasmi Menyertai: 26.10.2005 Ahli No: 20099
Posting: 5
|
Posting pada: 22-12-05 13:17
Laki boleh percaya ke? Hati laki ni macam lautan..sukar diduga..perempuan pula kaya dengan emosi... so,kalau rasa diri tu kuat dan yakin dengan pilihan hati..cepat2lah bagitau mak abah.. kahwin terus kan senang? Boleh buat apa-apa jekan?
|
anjang
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3610
Posting: 342
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 22-12-05 13:23
|
Aezza
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.09.2005 Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang
|
Posting pada: 02-01-06 13:19
Mengada 2 siapa yang pergi temankan pakwe @ makwe dia!! MACAM lah mereka tu.. BABY yang perlu dijaga!nanti bila dah kahwin tak pula nak BERKEPIT! GEDIK BETUL!!!
|
Qayyum
WARGA SETIA Menyertai: 25.02.2005 Ahli No: 14725
Posting: 871
Dari: ~Serambi Makkah~
|
Posting pada: 02-01-06 14:29
heheh sabar Aezza! erm ana rasa tak terlalu penting untuk difikirkan dan ianya satu keperluan yang tak diseriuskan oleh dua pelaku ini! hmmm tak semudah itu untuk tgglkan makwe dan pakwe ni!
|
ain_wardah
Warga Rasmi Menyertai: 24.12.2005 Ahli No: 21405
Posting: 12
|
Posting pada: 02-01-06 15:00
jodoh pertemuan ditangan Allah...cintailah Allah sepenuh hati...semoga dengan mencintai Allah kita akan mencintai seseorang kerana Allah juga...cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa
|
sharkuitm
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.02.2006 Ahli No: 22667
Posting: 109
Dari: UITM SHAH ALAM
|
Posting pada: 15-02-06 13:52
huhuuu...pakwe? ada dalam gris panduan islam ke... up to humanla... its not important... yang penting niat mahu baik.. hati mahu tulus... pakwe lebih kepada kemaksiatan...so better elak dari buat.. tak mati tak ada pakwer... jodoh akan datang jua... insyaallah
|
hafiz_along_83
 Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras
|
Posting pada: 15-02-06 14:31
pakwe tu apa?? makwe tu apa pulak?? kuih ek...
|
aqil
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.08.2005 Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG
|
Posting pada: 16-02-06 11:54
takut apa? lagi takut yang ada pakwe, takut dosa, takut masuk neraka, takut dimurkai Allah. takut hanyut, takut tinggal pelajaran, takut diri lalai, takut membazir masa dan wang ringgit... kalau difikirkan.. lebih baik tak bercouple (cinta monyet) lebih banyak keburukan dari kebaikan, betul tak?
|
ctMarz
Warga 2 Bintang Menyertai: 20.02.2006 Ahli No: 22837
Posting: 62
Dari: jb
|
Posting pada: 21-02-06 14:45
Assalamualaikum... Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman.
|
lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2006 Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar
|
Posting pada: 24-02-06 16:23
Pada 07-12-05 22:46 , alexander posting:yup..saya pun pernah terpikir macam tu...  :- ----------------- dulu, kini, dan selamanya......
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 24-02-06 16:27
 hhmmm...tak tau lah macam mana.... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
Aezza
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.09.2005 Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang
|
Posting pada: 16-06-06 11:33
hMMM,.....tak perlulah kita ada pakwe @makwe. Tak berguna pun tu semua... hanya membazir waktu,masa dan banyak lagi...
|
fadzlyz
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2006 Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras
|
Posting pada: 16-06-06 12:40
kawin terus saja!lagi sonang cerita
|
imtihan_insyirah
WARGA SETIA Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan
|
Posting pada: 16-06-06 12:48
Pada 07-12-05 00:57 , pearl_light86 posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum...nak dijadikan cerita...satu hari tu...roomate saya tnyer... 'tak takut ke tak ada pakwe ni?' saya diam..selamer ni.tak pernah terpikir pun saya pasal ni...lagipun saya rasa saya belum jumpa yang terbaik untuk saya... dengan selamber saya jawab.. tak takut... perlu ke pakwe?tak boleh ke bercinta lepas kahwin?? assalamualaikum istilah pakwe/ makwe tak sepatutnya dijadikan frasa wajib dalam hidup. yang sepatutnya ada ialah bakal suami/ isteri atau teman hidup. mengapa? istilah pakwe makwe ni selalunya digunakan untuk mereka yang suka berseronok atau buat maksiat. pakwe makwe ni digunakan untuk mereka yang suka keluar berdating bersama, berdua-duaan, bermadu asmara pendek kata hubungan yang penuh dengan maksiat. dengar saja word pakwe makwe tu dah terbayang di fikiran.. mesti cakap manis2, berjanji setia, memujuk rayu, mesti berdating, mesti telefon sehari 10 kali, mesti sms 100 kali sehari.. kalau tak buat benda-benada tu, bukan pakwe makwe namanya. dan hubungan pakwe makwe ni selalunya untuk jangka masa pendek, tak kekal lama dan sementara saja untuk mengisi hati yang kesepian. berlainan jika istilah bakal suami/isteri atau teman hidup. di sini kita akan lebih berhati-hati dalam perhubungan, lebiih serius dan memandang jauh ke hadapan dan selalunya kita tak simply buat maksiat dengan mudah sebab kita sedar tanggungjawab yang perlu dipikul. ikatan tersebut adalah satu amanah.. dulu ana pernah bertanya pendapat seorang kawan lelaki. apa pandangan dia tentang istilah pakwe/makwe. kawan ana ni selalu saja bertukar-tukar pasangan.. tak sampai beberapa bulan dah cari orang lain. dan selalunya galfren dia kebanyakkannya jenis sosial dan mudah diajak keluar berdating. bila ana nasihat dia.. "tak boleh macamtu, kena serius dan sungguh2".. kawan ana tu jawab.. " alaa, galfren saja, nak suka-suka saja.. nanti nak cari teman hidup aku seriuslah. teman hidup ni kan kita nak hidup dengan dia seumur hidup. Aku nak cari jenis yang baik2 untuk jadi bakal isteri aku, yang tak sosial dan sopan" amboi.. sedapnya dia cakap macamtu bagi ana, bila ada istilah "takut tak ada jodoh" ni lah orang zaman sekarang ni main redah saja bila nak mencari pasangan hidup. kadang-kadang tu entah2 siapa2 yang diambil jadi pasangan.. latar belakangnya tak jelas, fikrah islamnya tak pasti, sikapnya, akhlaknya.. main ikut sedap saja pilih.. lepas itu yang perempuan, sanggup menggadaikan maruah diri semata-mata takut nanti tak kahwin. prinsip ini seolah-olah tak percaya pada kuasa Allah yang Maha Menolong dan Maha Memakbulkan. bukankah Islam dah menetapkan agama menjadi faktor utama dalam memilih pasangan hidup. biarlah lambat sekalipun, biarlah tak punya pakwe/makwe, asalkan maruah diri terjaga. yang penting untuk dapatkan teman hidup yang baik dan beragama, kena usaha.. usaha macam-macam cara boleh. melalui orang tua, kita minta mereka carikan ke, melalui orang2 yang dipercayai (ustaz atau ustazah) sebagai orang tengah ke.. then, doa mesti sungguh2 dan kerap. tak boleh jemu berdoa. minta pada Allah, yakin padaNya.. kerana sesungguhnya Dia sangat arif dan memahami keperluan hamba2Nya. peringatan bersama, buat diri ana juga wallahua'lam ----------------- ALLAH IS ENOUGH FOR ME [ Telah diedit oleh: imtihan_insyirah pada 16-06-06 12:51 ]
|
Hamas_Ayasy
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.03.2006 Ahli No: 23542
Posting: 128
Dari: Al-Ardhu
|
Posting pada: 16-06-06 12:56
saya tak pernah bsua muka pun dengan "teman"saya tu. ha,mesti anda tak percaya
|
Bi-klate
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.06.2006 Ahli No: 24818
Posting: 156
Dari: Kota Serambi Mekah
|
Posting pada: 16-06-06 12:58
Terpulg pada indv. itu msing2. Tapi kbnykn yang ana liht bila ada pakwe dan makwe ni, peljran dan klrga telah diabaikan.. Kalau nak juga biarlah yang boleh bawa kepada kepada keredhaan Allah,ibu bapa tak malu, pointer dalam pelajarn naik tak apa..tapi Kalau cukup makan baik tak payah la..mengabiskn borah saja. Ana nak bagi seloka rakyat buat renungan pkwe dan makwe : Mula2 berkrim surat, lepas tu brdating satu tempat, tangan mula berjabt, Nafas naik tersekat2.. Kmdian peluk erat2... Usah pduli hukum dan adat... Apa yang kita nak buat kita buat.. Perut kmpis dah jadi bulat... Sapa yang susah,keluarga dan masykt... Apataknya, anak2 dibuang merata tempat.. Fikir2 kan lah ye...ambillah sebagai pedoman...
|
ika_3004
Warga Rasmi Menyertai: 24.03.2006 Ahli No: 23696
Posting: 19
Dari: selangor
|
Posting pada: 16-06-06 13:38
salam.. bagi ana,xperlula pakwe/makwe..tapi kadang-kadang ada juga yang xdeclare cpl tapi fhm2 sdr..sama gk macam cpl..so,yang penting,juga btsn pergaulan hantar yang berlwnn jntina..lagi 1,jangan prejudis sangat..mana tau 1 hari nt p'kr yang same akan menguji kita..igtla,hdup ni ibarat roda..jadi,yang penting,doala banyak-banyak dijauhkn dr semua tu dan dtguhkan iman..sekarang berlaku fenomena 'islamic coupling'..sp yang baca majalah i mesti pna baca artikel sl ni..kadang-kadang ana sedih tengok,orang tu da elok2 pakai kopiah,pakai tdung labuh,muka sopan sangat,nampak baik saja tapi dating.. :'( sygny..ana harap kita semua tabah dan kuat dalam hrungi cbrn dunia moden sekarang..terlalu banyak anasir negatif yang datang menggugat prnsip kita..lagi 1,ana ni orang biasa saja..masih mencr diri sdr..ana kurang ilmu,cetek saja..jadi ana hrpkan orang-orang yang warak,alim dan ikt jemaah untuk guide ana..tapi bila ana tengok pergaulan antara muslimin dan muslimat jemaah tu,ana jadi konfius..ana tak tahu nak p'cy+bergntg pada sp untuk guide ana..xpsl2 ana salah pilih orang,lain pulak jdny..Apa pun,ana cme cte sl pngalaman ana untuk berkongsi dan dijadikan iktibar..tiade niat untuk singgung sp2  wallahu a'lam [ Telah diedit oleh: ika_3004 pada 16-06-06 13:41 ]
|
nabilpoyo
WARGA SETIA Menyertai: 13.12.2005 Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta
|
Posting pada: 16-06-06 16:01
kadang-kadang perlu,,,,,,,,bagi sesetengah manusia....itu yang kurang kisah sayang punya orang la...........hahahahaha
|
nazran7
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.12.2003 Ahli No: 5731
Posting: 83
Dari: B B Bestari
|
Posting pada: 16-06-06 16:04
Jangan hampiri Zina... Berminat.. masuk minang dan kawin.. Alhamdulillah.
|
ayesha1511
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.06.2006 Ahli No: 24823
Posting: 34
|
Posting pada: 17-06-06 00:45
bagi ana.. kita tak salah untuk cintai dia.. dia pun tak salah untuk cintai kita.. tak perlu la "i gf u" atau "u bf i".. memang tak ada pun istilah tu dalam islam tapi yang penting masing-masing kena pandai jaga batas-batas.. bila dah yakin..dah bersedia dia masuk meminang kita.. kita terime.. alhamdulillah
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 17-06-06 00:47
kalau tanya saya "perlu" ke tak... rasanya tak payah lah... kahwin terus then boleh introduce.."ni husband/wife I"... haa...kan bagus! wallahua'lam...  ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya… [ Telah diedit oleh: hudahasnan pada 17-06-06 00:49 ]
|
bintul_farhanah
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.03.2005 Ahli No: 15217
Posting: 177
Dari: mana ek?
|
Posting pada: 20-06-06 22:45
ana rasa.. tak payah ar... tak penting pun.. tak rugi pun rasanya...
|
mujahidah_islam85
Warga 1 Bintang Menyertai: 30.05.2006 Ahli No: 24606
Posting: 24
Dari: malaysia
|
Posting pada: 21-06-06 03:26
ermm...saya setuju nga imtihan_insyirah tuu....
|
sis_athera
Warga Rasmi Menyertai: 21.06.2006 Ahli No: 24919
Posting: 18
|
Posting pada: 22-06-06 14:46
dari pengamatan saya la....pakwe or makwe ini dah jadi satu trend zaman sekarang...kalau tak ada pakwe or makwe tu orang kata macam tak lengkap hidup seseorang tu.. erm..saya rasa berkawan lebih baik dari mempunyai pakwe or makwe tu...nanti bila dah 'clash'....mahu frust tak ingat...so fikir la mana yang baik untuk diri kita sendiri...waallahualam
|
Putri_Cahaya
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.06.2006 Ahli No: 24825
Posting: 335
|
Posting pada: 22-06-06 14:54
ada seorang sahabat ana ni... dia sangat pentingkan kekasih dia tu.. bila dah clash,, dia teruk sangat, tak jadi macam orang, mula2 tu.. ambil dadah.. studi lingkup ... hutang ptptn lagi sebab tak habis belajar... emmmm... pengajarannya.. bagi ana,jangan lah kita terlalu dambakan kasih manusia hingga lupa pada sang pencipta kita.. lupa pada diri hingga sanggup musnahkan masa depan hanya kerna cinta palsu... sedih betul ana tengok sahabat ana ni.. dulu puas di nasihat, tapi tak makan saman jugak... sekarang dah teruk,baru nak menyesal.....
|
siswa
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.06.2006 Ahli No: 24900
Posting: 203
Dari: UTM skudai
|
Posting pada: 22-06-06 23:54
Pada 07-12-05 00:57 , pearl_light86 posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum...nak dijadikan cerita...satu hari tu...roomate saya tnyer... 'tak takut ke tak ada pakwe ni?' saya diam..selamer ni.tak pernah terpikir pun saya pasal ni...lagipun saya rasa saya belum jumpa yang terbaik untuk saya... dengan selamber saya jawab.. tak takut... perlu ke pakwe?tak boleh ke bercinta lepas kahwin?? Selama saya belajar agama tak pernah lagi saya dengar boleh brcinta sebelum kahwin, boleh dating2, @ jumpa duduk tanya khabar, borak bnda2 tak penting senang cerita tak ada keperluan penting untuk berjumpa ke (walaupun brjmpa bawa teman). kalau ada mmber kat UTM skudai cuba minta dia MP3 ceramah tentang cara cari jodoh dalam islam dari lcture ustaz Mohd Ismail Mustari di cmpus UTM jb skudai. Kandungannya bagus trdapat juga dalil2. Cuba rujuk sirah nabi@ hayatus sahabat, tak pernah lagi dengar mereka brcinta, walaupun mereka boleh tulis surat cinta, walaupun tak ada SMS. ----------------- Usahalh sepahit hempedu, insyaallah kejayaan datang semanis madu.... Muhammad s.a.w sudah tiada, tnggjawab kita smbng dkwah Islam.
|
raudhah84
WARGA SETIA Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 23-06-06 09:46
Pada 22-06-06 23:54 , siswa posting:!!! QUOTE !!! Pada 07-12-05 00:57 , pearl_light86 posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum...nak dijadikan cerita...satu hari tu...roomate saya tnyer... 'tak takut ke tak ada pakwe ni?' saya diam..selamer ni.tak pernah terpikir pun saya pasal ni...lagipun saya rasa saya belum jumpa yang terbaik untuk saya... dengan selamber saya jawab.. tak takut... perlu ke pakwe?tak boleh ke bercinta lepas kahwin??
Selama saya belajar agama tak pernah lagi saya dengar boleh brcinta sebelum kahwin, boleh dating2, @ jumpa duduk tanya khabar, borak bnda2 tak penting senang cerita tak ada keperluan penting untuk berjumpa ke (walaupun brjmpa bawa teman). kalau ada mmber kat UTM skudai cuba minta dia MP3 ceramah tentang cara cari jodoh dalam islam dari lcture ustaz Mohd Ismail Mustari di cmpus UTM jb skudai. Kandungannya bagus trdapat juga dalil2. Cuba rujuk sirah nabi@ hayatus sahabat, tak pernah lagi dengar mereka brcinta, walaupun mereka boleh tulis surat cinta, walaupun tak ada SMS.
mungkin akhi boleh selitkan sedikit kandungan ceramah beserta dalil..ana nak tahu juga ----------------- sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..
|
husna_nasiha
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.01.2006 Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM
|
Posting pada: 23-06-06 11:21
Hmm..masalah ana,abang saudara ana ada kenalkan ana pada seorang sahabatnnya..dan kami tak pernah berjumpa..hanya bertanya khabar seminggu sekali..dia seorang yang baik dan agamanya juga bagus..saya pernah bertanyakan soal kahwin, tetapi dia mahu saya habiskan pelajaran dulu.. macamana ni?? ----------------- Pernikahan menginsafkan kita.. Perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha.. Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan.. Susah mendatang tempuh
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 23-06-06 11:46
Pada 09-12-05 15:07 , jihanku posting:!!! QUOTE !!! memang best bila single ni,tapi yang malangnye bila ada birthday party dimana semua roommate kita ada partner tapi kita tak ada....so kita akan disisihkn.nak pula masa tu mereka hanya layan partner masing-masing.ini akan buat kat sedih.... Betul tu..saya punya kawan kebanyakkan nya dah ada makwe/pakwe..Kalau pergi makan tu seorang-seorang saja..rasa macam orang bodoh saja..Kalau waktu malam tu saya la yang jadi pak guard kat rumah seorang-seorang..huhuhu..
|
imtihan_insyirah
WARGA SETIA Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan
|
Posting pada: 23-06-06 11:58
Pada 23-06-06 11:46 , sailormoon posting:!!! QUOTE !!! Pada 09-12-05 15:07 , jihanku posting:!!! QUOTE !!! memang best bila single ni,tapi yang malangnye bila ada birthday party dimana semua roommate kita ada partner tapi kita tak ada....so kita akan disisihkn.nak pula masa tu mereka hanya layan partner masing-masing.ini akan buat kat sedih....
Betul tu..saya punya kawan kebanyakkan nya dah ada makwe/pakwe..Kalau pergi makan tu seorang-seorang saja..rasa macam orang bodoh saja..Kalau waktu malam tu saya la yang jadi pak guard kat rumah seorang-seorang..huhuhu.. tak ada apa yang bodohnya.. lagipandai, lagi bagus. selamat dr maksiat  ----------------- ALLAH IS ENOUGH FOR ME
|
imtihan_insyirah
WARGA SETIA Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan
|
Posting pada: 23-06-06 12:07
u may have someone in your mind, someone in your heart, someone in your dreams, someone in your life but Allah is always someone when u have no onebila kita keseorangan, bukan kita tak berteman, bukan jua kita bersendirian, tapi akal yang sejengkal itu teman, ilmu di dada itu kawan, dan Al Quran itulah panduan..Sahabat..seorang wanita solehah, perasaan hatinya terlalau mahal untuk menyintai lelaki kerana hatinya tak ingin dicemari lelaki lain selain lelaki yang dijanjikan Allah bernama suami... kerana wanitalah pelemah iman lelaki dan kerana wanitalah ramai lelaki tersungkur dari prinsip perjuangan sendiri. Jangan jadikan diri kita wanita akhir zaman yang sering dibimbangi Rasulullah. Ayuhlah kita dambakan cinta Allah kerana ia memberi kebahagiaan...bukan kelalaian dan angan2. Cinta manusia hanya sementara dan melalaikan kita dari cinta Pencipta...----------------- ALLAH IS ENOUGH FOR ME [ Telah diedit oleh: imtihan_insyirah pada 23-06-06 12:09 ]
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 23-06-06 12:14
Memang la...Tapi penat jugak saya paksa diri sendiri supaya tak fikir kan pasal couple ni..Lebih2 lagi roommate semua nya dah ada awek...Kuat betul dia punya cubaan...
|
imtihan_insyirah
WARGA SETIA Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan
|
Posting pada: 23-06-06 12:26
camnilah... saya rasa awak mesti nakkan seorang muslimah solehah sebagai isteri.. bukan setakat awek kan? jauh tarafnya antara seorang awek (yang mudah untuk apa saja) dan seorang bakal zaujah. banyak2lah berdoa.... Allah pasti akan memakbulkan. kita memang berusaha..tapi biarlah dengan cara yang betul bukannya ambil jalan singkat mencari awek. kalau dah namanya awek mesti nak ajak dating selalu, nak telefon selalu, nak sms kata-kata manis...pendek kata penuh dnegan maksiat. biarpun kita kata tak ada apa-apa... namun sesungguhnya tipu daya syaitan tu sangat halus. fitnah wanita sangat besar. biarlah lambat sekalipun asalkan betul-betul layak untuk jadi isteri dan betul-betul yang Allah pilih untuk kita sebagai teman hidup. insya Allah saudara akan menemui juga idaman hati satu hari nanti dan mendapat isteri solehah sebagai ganjaran kesabaran saudara itu. yakinlah dengan janji2 Allah yang tidak pernah gagal. biarlah kita serahkan nasib hidup kita ni pada Allah.. bukan serah pada diri sendiri. pilihan dan keputusan Allah memang tepat dan benar kerana Dialah yang Maha Bijaksana dalam mengurus kesudahan yang paling baik dan Dia juga Pentadbir dan Perancang yang Maha Hebat. Allah takkan sia2kan doa dan pengharapan hamba2NYa pada Dia wallahua'lam ----------------- ALLAH IS ENOUGH FOR ME [ Telah diedit oleh: imtihan_insyirah pada 23-06-06 12:32 ]
|
imtihan_insyirah
WARGA SETIA Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan
|
Posting pada: 23-06-06 12:34
saya cukup suka lagu ni.. sandaran cinta by Saff One. penuh makna yang tersirat Menelusuri denai kerinduan ini Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi Perjalanannya tak seindah bicara Penuh onak berduri harus ku tempuhi Di tengah rimba kehidupan Menjalar akar perasaan Malar kecintaan atau kebencian Segar cinta bertunjang keimanan Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa Bila cinta diracun alpa dan prasangka Pasti ia takkan kekal lama Kebencian pun mula melata di jiwa Ku mengimpikan kuntum cinta Harum mewangi penuh warna Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya Kan ku sunting ia jadi hiasan Serikan kesuraman taman hatiku selamanya Namun cinta sejati, suci dan abadi Hanyalah cinta pada Ilahi Raih cintaNya syarat menuju firdausi Sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara Tak ketemu kecewa hanyalah bahagia ----------------- ALLAH IS ENOUGH FOR ME [ Telah diedit oleh: imtihan_insyirah pada 23-06-06 12:35 ]
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 23-06-06 16:15
Ha'a, betul tu...Saya memang impikan seorang muslimah solehah sebagai isteri...Terima kasih sebab bagi nasihat yang berguna ni...InsyaALLAH saya akan pegang nasihat saudari ni sampai bila-bila...Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada saya...
|
comel21
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.02.2006 Ahli No: 22777
Posting: 90
|
Posting pada: 23-06-06 17:56
ya salam... perlu ke tak erk? erm..yang pastinya bukan satu keperluan cuma sesuatu yang bersifat kehendak..untuk memenuhi fitrah seorang insan..
|
hafiz86
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.06.2006 Ahli No: 24920
Posting: 253
Dari: Bumi Hang Tuah
|
Posting pada: 23-06-06 19:57
tak perlu pun tak apalah bukannya penting sangat pun
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 25-06-06 13:42
saya dah ada...  mudah2an kekalla sampai jinjang pelamin...InsyaALLAH..
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 26-06-06 11:08
Pada 23-06-06 19:57 , hafiz86 posting:!!! QUOTE !!! tak perlu pun tak apalah bukannya penting sangat pun Kalau kita dah ready nak berumahtangga dan kita minat kat seseorang, adakah patut kita straight to the point yang kita nak dia jadi pasangan kita??
|
ieda
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.10.2003 Ahli No: 4797
Posting: 226
Dari: pontian
|
Posting pada: 26-06-06 11:11
emm..terpulanglah pada setiap individu...mungkin ada yang kata perlu..dan mungkin ada yang fikir tak perlu.
|
imtihan_insyirah
WARGA SETIA Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan
|
Posting pada: 26-06-06 13:25
Pada 26-06-06 11:08 , sailormoon posting:!!! QUOTE !!! Pada 23-06-06 19:57 , hafiz86 posting:!!! QUOTE !!! tak perlu pun tak apalah bukannya penting sangat pun
Kalau kita dah ready nak berumahtangga dan kita minat kat seseorang, adakah patut kita straight to the point yang kita nak dia jadi pasangan kita??  boleh straight to the point... tapi kalau nak guna orang tengah pun boleh juga. yang penting bila sama-sama dah janji, letakkan syariat di depan. biar syariat islam yang memandu apa jua tindakan, bukan kata hati dan nafsu. mardhatiLLah itu yang utama p/s: rasa macam perunding jodoh pulak  ----------------- ALLAH IS ENOUGH FOR ME
|
hafiz86
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.06.2006 Ahli No: 24920
Posting: 253
Dari: Bumi Hang Tuah
|
Posting pada: 26-06-06 14:45
Perlu agaknya kalau seseorang itu memerlukan dalam hidup nya
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 27-06-06 08:51
Pada 26-06-06 13:25 , imtihan_insyirah posting:!!! QUOTE !!! boleh straight to the point... tapi kalau nak guna orang tengah pun boleh juga. yang penting bila sama-sama dah janji, letakkan syariat di depan. biar syariat islam yang memandu apa jua tindakan, bukan kata hati dan nafsu. mardhatiLLah itu yang utama
p/s: rasa macam perunding jodoh pulak 
Betul tu..kalau ikutkan nafsu semua benda kita nak buat.. p/s: saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan..
|
islamicboy
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2003 Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning
|
Posting pada: 27-06-06 10:24
bercinta boleh asalkan kita pandai bawak haluan hidup kita berteraskan hukum syarak....
|
imthiyaz
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2004 Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam
|
Posting pada: 27-06-06 10:47
pada pendapat ana, tak perlu pakwe/makwe ni... tapi perlu kepada suami/isteri.
|
zilzal
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2006 Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan
|
Posting pada: 28-06-06 06:07
Pada 27-06-06 10:24 , islamicboy posting:!!! QUOTE !!! bercinta boleh asalkan kita pandai bawak haluan hidup kita berteraskan hukum syarak.... bercinta yang berteraskan syara' tu bagaimana??
|
fi_shattir
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.06.2006 Ahli No: 24949
Posting: 163
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 28-06-06 06:38
Pada 27-06-06 10:47 , imthiyaz posting:!!! QUOTE !!! pada pendapat ana, tak perlu pakwe/makwe ni... tapi perlu kepada suami/isteri. ya betul... itulah hakikatnya.. ----------------- Impianku menjadi lelaki acuan Al-Quran.. Doa-doakanlah ek.. Hidup dan matiku kerana ilahi..
|
hajat
Warga Rasmi Menyertai: 28.06.2006 Ahli No: 24995
Posting: 13
Dari: joHor yang BesT
|
Posting pada: 29-06-06 01:26
pastikan apa yang kita buat itu membantu menambah iman atau tidak... pakwe/makwe? tak ada maknenyer
|
hajat
Warga Rasmi Menyertai: 28.06.2006 Ahli No: 24995
Posting: 13
Dari: joHor yang BesT
|
Posting pada: 29-06-06 01:29
Pada 27-06-06 10:24 , islamicboy posting:!!! QUOTE !!! bercinta boleh asalkan kita pandai bawak haluan hidup kita berteraskan hukum syarak.... tak paham jelaskan akhi ----------------- jANGaN kEcIl hAtI,kItAkAn hAmBa
|
nuriman21
Warga 1 Bintang Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15380
Posting: 24
Dari: pulau pinang
|
Posting pada: 29-06-06 17:44
sedangakan ALLAH SWT sendiri dah gariskan yang pertalian antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim hanya sah dengan ikatan perkahwinan yang sah. jadi kesimpulannya kalau dah berkenan tu kahwin sajala tapi pastikan anda berkemampuan dari segi fizikal , rohani dan kewangan. yang baik itu pastinya dari ALLAH dan yang tidak baik itu dari kelemahan saya sendiri. wallahu`alam.
|