Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 25 hari yang lalu
nur_takwa88: 31 hari yang lalu
kismis: 31 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 46 hari yang lalu
Rashdin: 52 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Kisah Sedih Saidina Umar


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Kisah Sedih Saidina Umar

Please Mendaftar To Post


Oleh Kisah Sedih Saidina Umar

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 05-12-05 15:53


"Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan
ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah.
Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan
dan hormat kepadanya.

Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak
laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar.


Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah.

Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu
penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun.
Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit
tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan
tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu
Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu
menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah
perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang
juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan
kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan
Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.

Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi
pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang
perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu
mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila
perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk
melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan
mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak
berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah
dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.

Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah
sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu
pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi
mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya.
Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu
itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.

"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana
engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk
memeliharanya daripada saya."

Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa
terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak
damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang
bernama Abu Syahamah."

Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau
haram?"

Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul
Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya,
daripada pihak saya anak ini halal dan daripada pihak
Abu Syahamah, anak ini haram."

Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham
maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh
perempuan ini berterus terang.

Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar
peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan
anak itu.

Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu
sehingga menitiskan air mata.

Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai perempuan
jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi
orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya
supaya saya dapat menghukum perkara kamu ini dengan
sebenar-benarnya dan seadil-adilnya."

Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin,
penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi
Allah!, Sesungguhnya saya tidak berdusta dan saya
sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an."

Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan
perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah
al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas
lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini
adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah."

Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi
Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau
berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian
sahabat Rasulullah. saya berharap kamu semua tetap di
sini sehingga saya kembali."

Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil
membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan
malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak
tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan
halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini
dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu
berhadapan dengan Allah nanti." Perempuan itu pun
mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina
Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.


Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata
kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat
Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga saya
kembali."

Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu
Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan
makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata:
"Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita
makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir
bekalanmu untuk kehidupan dunia."

Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut
seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang
memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku
untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus
setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam."

Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah
sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat
dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas
Penglihatannya." Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih
ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu
majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah
memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk?
Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi
perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan
seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah
anakku, kalau tidak engkau akan binasa."

Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan
perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan
beliau membuat pengakuan: "Memang benar saya lakukan
hal itu, tapi saya telah menyesal di atas perbuatanku
itu."

Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal
setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau
adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang
berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi
engkau telah memalukan saya di hadapan sahabat
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah
lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian
lama menunggu.

"Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah.

"Kerana saya mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia
supaya saya dapat lepas daripada dituntut di akhirat
kelak," jawab Sayyidina Umar dengan tegas.

Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku,
saya mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu
di tempat ini, jangan malukan saya di hadapan sahabat
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu
dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik
ayahmu."

Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun
bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul
Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku,
sesungguhnya di belakang saya ini adalah anakku sendiri
dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah
perempuan yang menyampaikan khabar tadi."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya
(hambanya): "Wahai Muflih, pukullah anakku Abu
Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit,
jangan kasihani dia, setelah itu kamu saya merdekakan
kerana Allah."

Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana
khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada
Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila
diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul
Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu
Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya
seperti api yang menyala pada jasadku."

Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini
terasa lebih panas dari jasadmu."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul
sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah:
"Wahai ayahandaku, tinggalkanlah saya supaya saya dapat
mengambil sedikit kesenangan."

Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat
menuntut kesenangan, maka saya pasti akan berikan
kepadamu kesenangan."

Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu
Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah
merayu: "Wahai ayahandaku saya mohon kepadamu dengan
nama Allah, tinggalkanlah saya supaya saya dapat
bertaubat."

Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku,
apabila selesai saya menjalankan hak Allah, jika engkau
hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau
hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan
engkau akan dipukul seumpama ini lagi."

Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu
Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi.

Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan
nama Allah saya mohon kepadamu berilah saya minum
seteguk air."

Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai
anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air
untuk diminum, maka saya akan berikan padamu air
minum."

Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta
Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu
Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai ayahandaku,
dengan nama Allah saya mohon kepadamu kasihanilah saya."


Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai
anakandaku, kalau saya kasihankan kamu di dunia, maka
engkau tidak akan dikasihani di akhirat."

Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih
memukul lagi sebanyak sepuluh kali sebatan. Abu
Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai
ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan
saya begini sebelum saya mati?"

Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku. saya akan
hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika
engkau mati kita akan berjumpa di akhirat nanti."

Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi
sebanyak sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu
Syahamah berkata; "Wahai ayahandaku, rasanya seperti
sudah sampai ajalku....."

Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai
anakandaku, jika engkau bertemu Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku kepadanya, katakan
bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati."

Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus
menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali
rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang
semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para
hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa
kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan
saya saja?"

Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri
Sayyidina Umar dan berkatas: "Wahai Amirul Mukminin,
hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah
dia."

Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian
sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat
Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 yang tafsirnya:
"Jangan kamu dipengaruhi kasihan belas pada keduanya
dalam menjalankan hukum Allah."

Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat
Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu
Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh
sebatan lagi.

Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala dan
mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat
sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi
sehingga hari kiamat.

Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih,
pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih
pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya.

"Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah
Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak bergerak
lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan:
"Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu
Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar
pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke masjid
sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka
sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat
peristiwa tersebut.

Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin
al-Khattab al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat
berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disebabkan
oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar
Radhiallah 'Anhu.

Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada
malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi
bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam
yang wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian
putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda
dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa
saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu
kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap
kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah
dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah
menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa
bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu
Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang
benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 05-12-05 17:50


Assalamualaikum

Fatwa Al-Azhar Online

FATWA 1: SAYIDINA UMAR PUKUL ANAK SAMPAI MATI?

SOALAN: Adakah benar Sayidina Umar memukul anaknya kerana meminum arak sehingga meninggal dunia?
Keliru,
Batu Pahat, Johor.


JAWAPAN:

Peristiwa ini adalah antara kisah-kisah yang menjadi sebutan ahli-ahli hadis apabila membicarakan tentang keadilan Sayidina Umar bin Al-Khattab serta kecenderungan dan ketegasannya dalam melaksanakan hukum syariah.

Sayidina Umar sememangnya terkenal dengan sikap adil, tetapi kadang-kadang beliau dikaitkan dengan perkara atau kisah yang tidak benar bagi menguatkan riwayat tentang keadilannya.

Berhubung kisah ini, sebuah majalah Islam telah mengeluarkan kenyataan mengenainya, berbunyi: "Abul Farj Abdul Rahman bin Al-Juzi menyebut di dalam kitabnya Sirah Umar Al-Khattab bahawa Abdul Rahman bin Umar dan Abu Saru'ah Uqbah bin Harith mabuk tanpa sengaja setelah meminum 'nabiz' (air rendam atau jeruk buah-buahan yang belum menjadi arak atau arak selain anggur) semasa berada di Mesir dengan sangkaan ianya tidak memabukkan.

"Walaupun cukup dengan hanya menginsafi kesalahan itu dan bertaubat kepada Allah s.w.t bagi menebus dosa tersebut, tetapi kerana rasa bersalah kepada Allah s.w.t, kedua-duanya telah melaporkan perbuatan itu kepada pemerintah Mesir, Amru bin Al-'Ash dan meminta supaya dilaksanakan hukum hudud ke atas mereka.

Kejadian itu diketahui oleh saudara Abdul Rahman, Abdullah bin Umar yang kemudiannya pergi ke Mesir dan menyaksikan pelaksanaan hukum tersebut di rumah Amru.

Apabila Umar Al-Khattab mengetahui kejadian itu, beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Amru dengan menggunakan bahasa yang keras.

Dalam surat tersebut, Umar mempersoalkan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Amru kepada Abdul Rahman apabila tidak melaksanakan hukuman tersebut di tempat terbuka seperti yang perlu dilakukan kepada orang awam.

Umar kemudiannya meminta Amru supaya menghantar balik Abdul Rahman ke Madinah dalam keadaan berpakaian dan berkenderaan buruk.

Umar bertindak memukul anaknya apabila mengetahui apa yang berlaku di Mesir. Abdul Rahman yang kemudian itu dikurung akhirnya jatuh sakit dan membawa kepada kematiannya."

Dalam pada itu, Ad-Dailami dalam kitabnya (Al-Muntafa) sebagaimana yang diceritakan oleh tuan kitab (lah-Riyadhu Nadhrah) berkata bahawa hukum yang dilaksanakan oleh Umar pada ketika itu adalah berkaitan jenayah zina, bukannya kesalahan meminum arak.

Hakikatnya, tidak ada kitab-kitab sahih yang menceritakan tentang kejadian berkenaan. Ibnu Jauzi di dalam karangannya berkata:

"Sesungguhnya Umar tidak pernah melaksanakan hukum hudud ke atas anaknya. Pukulan beliau pada waktu itu bukannya hudud, tetapi kerana marah dan sebagai didikan kepada anaknya."

Ibnu Jauzi kemudiannya menambah:

"Hadis berhubung peristiwa itu telah diberikan keutamaan oleh penulis-penulis cerita, yang kemudiannya menambah dan mengulang-ulanginya. Inilah yang menyebabkan sesekali kisah itu dikaitkan dengan hukuman minum arak dan pada masa yang lain, ia dikaitkan dengan hukuman berzina.

Selain itu, mereka juga turut mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak sepatutnya dikaitkan dengan Sayidina Umar."

Kami berpendapat, setiap kejadian yang menyentuh peribadi seseorang yang mulia harus dikaji dengan teliti biar apapun tujuan di sebalik penyampaian cerita tersebut, terutamanya peristiwa yang menyentuh keperibadian para Khulafa' lah-Rasyidin.


SUMBER: Bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar,
Syeikh 'Atiyya Saqr.

- Utusan Online, 8 Jun 2001


p/s: berhati-hati nak forward cerita ye :-)
[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 05-12-05 17:52 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 05-12-05 17:58


terima kasih pasal memperbetulkan apa yang salah.... alhamdulillah.... :-)
moga cik n_farhanah dapatlah postingkan benda2 yang benar.... insyaAllah... supaya kita dapat memperbetulkan apa yang salah....... moga tak tunggu sampai ia keluar..... :-)
kepada semua warga ukhwah.... saya mohon maaf atas segala yang kelemahan yang terjadi.... moga Allah mengampuni dosa saya..... insyaAllah.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

airbiru
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13948
Posting: 52
Dari: Japan

japan  


posticon Posting pada: 05-12-05 18:33


Saya cadangkan anmahar atau admin delete cerita di atas

kerana saya bimbang orang hanya baca kisah itu tanpa baca pernyataan farhanah

Benda ini sangat penting, kita tak boleh ambil ringan!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For airbiruProfil   Hantar PM kepada airbiru   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-01-06 17:07


Moral....sebagai ketua, kita kenalah jaga anak bini dulu tapi kalau anak bini pun tak terjaga... haru biru jadinya! Anak2 pula selalunya ikut perangai mak bapak dia sebelum ni, so... sendiri mahu ingatlah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-01-06 17:56


sebenarnya tidak perlu dipadam pada mana-mana posting (di bawah tajuk ini), supaya diketahui apa yang betul dan sebaliknya.

sekurang-kurangnya kita telah belajar sesuatu yang berharga daripada artikel-artikel terdahulu daripada anmahar dan n_farhanah.

terima kasih.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

ajefikrah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20170
Posting: 264
Dari: Bukit Mahkota

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-01-06 19:34


Pada 07-01-06 17:56 , MohdHanafi posting:

!!! QUOTE !!!

sebenarnya tidak perlu dipadam pada mana-mana posting (di bawah tajuk ini), supaya diketahui apa yang betul dan sebaliknya.

sekurang-kurangnya kita telah belajar sesuatu yang berharga daripada artikel-artikel terdahulu daripada anmahar dan n_farhanah.

terima kasih.


ya betul tu.ana setuju.. :-o :-o :-o

Bookmark and Share

    


  Member Information For ajefikrahProfil   Hantar PM kepada ajefikrah   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-01-06 11:14


!!! QUOTE !!!

"Sesungguhnya Umar tidak pernah melaksanakan hukum hudud ke atas anaknya. Pukulan beliau pada waktu itu bukannya hudud, tetapi kerana marah dan sebagai didikan kepada anaknya."

Kalau betullah ini dari AlAzhar Online... tak tau nak cakap apa dah. Antara dua, sama ada AlAzhar memutar belitkan cerita ataupun satu lagi Saidina Umar sendiri tak mengikut 'hukum' yang sepatutnya dalam kapasiti sebagai Khulafa Al Rasyidin!

!!! QUOTE !!!

"Hadis berhubung peristiwa itu telah diberikan keutamaan oleh penulis-penulis cerita, yang kemudiannya menambah dan mengulang-ulanginya. Inilah yang menyebabkan sesekali kisah itu dikaitkan dengan hukuman minum arak dan pada masa yang lain, ia dikaitkan dengan hukuman berzina.


Suka-suka saja......

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

wasatiah3
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 15741
Posting: 117
Dari: Bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-01-06 17:39


Assalamualaikum,
Bagi Ana memang sedihlah seorang bapa yang berpisah dengan anaknya. Namun, hukum Allah adalah lebih utama..wallahua'allam.

!!! QUOTE !!!

Kalau betullah ini dari AlAzhar Online... tak tau nak cakap apa dah. Antara dua, sama ada AlAzhar memutar belitkan cerita ataupun satu lagi Saidina Umar sendiri tak mengikut 'hukum' yang sepatutnya dalam kapasiti sebagai Khulafa Al Rasyidin!


Sahabat yang di hormati,Hati-hatilah kita berbicara nanti tak sanggup nak tanggung untuk dijawab di Sana.

Ana yang cetek ilmu ni pun lain macam saja bila baca quote di atas.
Maaf... inginkan kebaikan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wasatiah3Profil   Hantar PM kepada wasatiah3   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 15-01-06 15:55


Dalam bab ini...kita kena kaji kesahihan hadis yang berkaitan dengan saidina umar...kekadang tanpa kita sedar banyak hadis-hadis maudhu dan dhaif yang dikeluarkan oleh setengah pihak yang berkepentingan,malah dari pihak yang memusuhi islam sendiri..

kita tak boleh percaya seratus peratus.....sebab sahabat adalah qudwah dan wadah selepas kewafatan rasulullah s.a.w....kita kena berhati-hati kalau hal berkaitan sahabat,....apatah lagi mengenai umar...sahabat yang dijamin masuk syurga..

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 05:24


assalamualaikum..

dapat kita ketahui ilmu daripadanyer..semoga kita diberi nur keimanan dan taqwa...ilmu perlulah dicari...tidak payahlah didelete artikel ini...

semoga kita ketahui perkara yang sebenar dan tidak.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuriz_faridzProfil   Hantar PM kepada ibnuriz_faridz   Pergi ke ibnuriz_faridz's Website   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 18-01-06 09:17


hmmmm... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

VHoutenJr
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.02.2004
Ahli No: 7454
Posting: 53
Dari: Pasir Puteh

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-01-06 12:12


Kalau betullah ini dari AlAzhar Online... tak tau nak cakap apa dah. Antara dua, sama ada AlAzhar memutar belitkan cerita ataupun satu lagi Saidina Umar sendiri tak mengikut 'hukum' yang sepatutnya dalam kapasiti sebagai Khulafa Al Rasyidin!

Kamu janganla nak buat lawak antarabangsa seterusnya pulak kat sini..

Baca biar abes artikel kat atas tu..

Isunya sekarang, CERITA TU KARUT. Maka di mana pula isunya timbul untuk mengatakan bahawa Umar tak laksanakan hukum HUDUD ?

WA

Bookmark and Share

    


  Member Information For VHoutenJrProfil   Hantar PM kepada VHoutenJr   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 18-01-06 13:53


pastikan bila berbincang maklumat tu sahih....apapun info ni bagus...thank you

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 23:10


!!! QUOTE !!!

"Sesungguhnya Umar tidak pernah melaksanakan hukum hudud ke atas anaknya. Pukulan beliau pada waktu itu bukannya hudud, tetapi kerana marah dan sebagai didikan kepada anaknya."


Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

stitch
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16190
Posting: 24
Dari: singapore

singapore  


posticon Posting pada: 13-02-06 19:50


Pada pandangan stitch ....

Terima kasih kepada yang memulakan topik ni

dan seterusnya teman2 yang menegur dan sebagainya...

sesungguhnya kita belajar dan semoga kita semua ...

sama-sama belajar ... kita kongsi ilmu yang baik moga beroleh

manfaat insya'Allah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For stitchProfil   Hantar PM kepada stitch   Quote dan BalasQuote

diyan_huwaina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.12.2005
Ahli No: 21127
Posting: 102
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-02-06 20:10


pandai nilai antara buruk dan baik.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For diyan_huwainaProfil   Hantar PM kepada diyan_huwaina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101642 saat. Lajunya....