
....
(Semoga mendapat manfaat...

)
Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah...
Beringat sebelum kena... ingatlah orang tersayang.... please take note of this
for our on good.... orang tua-tua used to say.... bila balik from melawat orang
meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2
dirumah.
Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan
saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur,
tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu
mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering
lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan
kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di
datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan
dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha.
Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula
berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai
solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).
Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang.
Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Bel! iau kata
di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang
hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi,
terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk
mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari
Allah...katanya). Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah
(air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah
seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan
tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi
bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.
Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pada hari
itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari
rumah orang yang ada kematian. dengan izin Allah saya terjumpa petang itu,
alhamdulilah.
Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang
sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang
diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang
disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya
(dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap
kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi
hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam. Keesokkannya pagi-pagi
lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang
meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan
kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya
untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya.
Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama
bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus ! saja
saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik
Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana
kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man
berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua
bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka
seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar
seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya
mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa
bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti
ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu.
Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara
orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing
dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang
ulat-ulat itu ke longkang. Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man
memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang
daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan,
kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu
badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah
untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man
maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara
itu terjadi kepada bayi saya. Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk
merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya
dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia di! an isterinya.
Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Setelah
segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil
membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat
rumah seperti yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu
saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun
berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya
membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man.
Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada
waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah
terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima
kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih
hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar
sudah meninggal. Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran
dan ikhtibar.