Oleh |
mari La |
nurintannajihah
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12959
Posting: 83
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 29-11-05 10:20
apa perkara yang ber'manfaat' daripada ber'couple': 1) seronok (dapat fitnah) glamer tau.glamer nagn benda tak baik 2) seronok (dapat dosa)bincang masalah masing-masing macam orang dah kahwin la pulak.uhuk2 3) seronok (dapat geng dengan syaitan) 4) dapat meluahkan masalah..(Allah kan ada).. luah jangan tak luah 5) banyak habis duit (lebih baik guna untuk sedekah) , tak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung..masuk internet duk berjam2 6) banyak risau (takut awek kita orang lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..) yups kalau solat pun macam lipas kudung sebab takut awek majuk..ihik2 7)banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dengan awek.. kita sebagai muslim patutnya banyak mengingatkan MATI yang boleh datang bila2 masa..) kadang-kadang muram sebab bergaduh dengan awek..padan muka lebih mengutamakan awek daripada orang lain (hidup dalam dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)sanggup utamakan awek..serius gila bila kita terserempak dia duk dating. Kita macam nak telan saja.Renggang dengan kawan2 kerana couple 9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... ) fuyyo 10) lain2 lagi yang memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada PAHALA.. hasil daripada pengalaman/pemerhatian/analisa/skodeng/kajian saya terdapat beberapa sebab yang menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi; 1) banyak sek./ipt/pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha daripada pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dengan syarak. serta kurang bendungan dari mak ayah yang ingat anak dia baik sangat 2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu lah dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah.. pada pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak apa la.. dosa pun sikit saja.. nanti dah kahwin settle dan taubat lah.. saya bab ni yang payah nak jawab..Weeeii..pergi ke rumah orag tua dia dating depan mak ayah dia..sambey2 tackle mak dengan ayah dia pula kalau betul2 gentelman @ gentelwomen.. ada saja alasan dia orang untuk melepaskan diri. orang kata Kalau dah nak buat tu memang macam-macam helah. kita nasihat agaknya sini dia corner agaknya lain. banyak bersabar saja lah dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar lah..hangpa tak ada marka..mana tau.. 3) sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan macam cas +ve dan -ve. patutlah ada karan rupanya antara dua jenis ni. Hasil daripada didikan/pentarbiyahan islam yang tidak kukuh dari keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sebelum ada ikatan yang sah, dan ada setengah ibubapa dengan selamba kata "tak apa lah.. dia orang dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yang buruk .. bior lah" . betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu lah menilai yang mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan.. mak!! ayah!! nak couple jugak..boleh tak. 4) bertambahnya perempuan yang tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pada lelaki2 untuk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak macam Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan untuk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini macam-macam jenis orang boleh jumpa..) ada yang elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu..,merengek macam anak tak cukup susu..adiusss.. lelaki apa lagi.. ada chance ni..tumbuh tanduk la kawan tu 5) ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran untuk jadi setanding dengan lelaki maka mereka pun goda lah lelaki so dapat banyak boyfriend.. macam Mat Cintan dan Mat Bunga yang banyak dapat awek.. 6) ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka macam ada satu kekosongan dalam jiwa ... lebih2 lagi kalau tengok member2 lain dia ada awek. faktor sekeliling mempengaruhi suasana. 7) lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia tu pakar dalam bab tackle/meng'ayat' awek .. lelaki ni biasa lah EGO.. ego tak kena tempat... haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sangat PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yang awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye lah dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept lah mat tu. ada juga awek yang manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yang awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. maka dianjurkan pada kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yang tak kena. pantang dipuji pulak tu kaum hawa..mudah kembang hidup..boleh sumbat kerbau.. pada kaum adam pula, jangan lah dok perasan cepat sangat.. 9) ada kaitan dengan fakta ke-8... perempuan cepat sangat kasihan bila tengok lelaki bersusah-payah untuk dia. tolong ini tolong tu, tolong buat assingment ke sebagai contoh. bila lelaki yang dok tolong tu 'ayat' sikit saja dengan mudah perempuan tersebut termakan kata-kata manis lelaki tersebut.. yang lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yang jadi macam tu..ahak2 tolong ada boaya di sebalik batu. 10) fakta yang ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah untuk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji untuk hidup semati... alhamdulillah niat bagus... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yang haram akan tetap haram, Alghaayah la tubarrirul wasiilah,sebagaimana hadis Rasulullah yang bermaksud: daripada Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W "sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yang memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya... " (Mutfaq'alaih) 1-sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah melainkan ditemani mahramnya... . 2-cintailah pasangan anda kerana Allah dengan cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu... Dimanakah kedudukan anda-bercouple atau tidak, perlu atau tidak, berikan hujah anda Kenapa perlu bercouple dimanakah batasan2 bercouple??
|
qhal
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2004 Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))
|
Posting pada: 29-11-05 10:24
saya takkan bercouple selagi saya tidak mempunyai kerja tetap, dan harta sendiri !! insyaallah !! ------------------------------------------- lebih penting lagi ialah persediaan iman dan amal !
|
nurintannajihah
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12959
Posting: 83
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 29-11-05 10:55
  ...
|
nurman
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.04.2005 Ahli No: 15612
Posting: 278
Dari: Dimana bumi dipijak disitu Islam dijunjung!
|
Posting pada: 29-11-05 13:23
Aduss! Sadisnya tengok!!! hehehe...... p/s-good information!
|
norlie
Warga 2 Bintang Menyertai: 27.07.2005 Ahli No: 17607
Posting: 68
Dari: kota bharu, bandaraya islam
|
Posting pada: 29-11-05 13:38
thanks atas info tu.. betul tu..
|
nurintannajihah
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12959
Posting: 83
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 29-11-05 13:42
Pada 29-11-05 13:38 , norlie posting:!!! QUOTE !!! thanks atas info tu.. betul tu.. sama-sama... moga jadi peringatn buat kita semua.. insyaAllah..
|
dea_almuntaza
Warga Rasmi Menyertai: 24.03.2005 Ahli No: 15281
Posting: 5
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 29-11-05 14:27
syukran jazilan di atas peringatan & nasihat yang berkias tu... semua nya betul.... camtulah al-kisah budak zmn sekarang bercouple... faham islam tapi tak reti2 nak aplikasikannya... ok...
|
mslina
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.08.2005 Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang
|
Posting pada: 29-11-05 14:42
wauwi..bagusnya.. nasihat yang pedas tapi bernas..
|
cintamadinah_82
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.05.2005 Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang
|
Posting pada: 29-11-05 15:35
aduss..sungguh berbisa tapi..kena terima apa yang diinfokan oleh sahabat kita. memanglah zaman sekarang kalau buat salah/ dosa terasa bangga, tapi bila buat baik/ baru pasang niat nak buat baik rasa malu, takut apa orang akan kata...kita doakanlah semoga masih diberikan kekuatan iman dalam diri kita supaya dapat menghindarkan diri dari melakukan sedemikian. ----------------- 'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'
|
JuStIsLaM
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.02.2005 Ahli No: 14069
Posting: 102
Dari: kL
|
Posting pada: 29-11-05 20:07
assalamualaikum, memang peringatan yang sangat diperlukan di kalangan remaja zaman kini (termasuk yang tengah tulis ni..) banyak perkara yang disebut kat atas tu, memang kita dah tau, tapi baguslah kalau selalu diingat-ingatkan... bila berhadapan dengan perkara ni kat ipta/ipts kadang-kadang kita terlupa pula akan hukum sebenar berdating, mungkin sebab perkara ni terlalu berleluasan sampai kita pun "naik lali" dan lalai dalam usaha memelihara diri dan aurat.. secara jujur, memang godaan tu banyak sangat, terutamanyer bila seakan-akan semua orang disekeliling sedang berdating. apalagi bila dah masuk ipt, pressure untuk berdating / mula mencari pasangan hidup memang sangatlah hebat, bukan saja dari kawan sebaya, malah dari senior2 (bila dierorg ajak ke wedding dierorg dan mula buka cerita yang mereka ni dating sejak kolej lagi...) dan dari orang-orang tua, dan kita ni mula lah rasa gelisah sebab kita takberpunya, takut2 nanti kita jadi andartu/bujang lapok... jadi, memang baguslah kalau sekali-sekala kita jumpa nasihat seperti yang nurintannajihah tulis kat atas, sekurang2nya menyedarkan kita bahawa jodoh memang di tangan Allah.. betapa tidak wajar kalau kita melangkah kealam perkahwinan yang suci dan diibaratkan seperti membina masjid dengan tanggungan dosa yang bertahun2 lamanyer akibat zaman 'dating' dulu.... wallahualam
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 29-11-05 20:25
Pada 29-11-05 10:24 , qhal posting:!!! QUOTE !!! saya takkan bercouple selagi saya tidak mempunyai kerja tetap, dan harta sendiri !! insyaallah !!
------------------------------------------- lebih penting lagi ialah persediaan iman dan amal !  .... kalau dah ada semua tu....carilah couple secara sah dan halalan toyyiba....
|
lukluk_assyifa
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.09.2004 Ahli No: 11204
Posting: 190
Dari: perak kara johor he
|
Posting pada: 30-11-05 01:03
ermmm....ada cerita sikit...saya kagum dengan s'orang pgantin laki yang berkahwin baru-baru ni kat tempat saya..dieni melalui cerita makciknye yang kawan mak saya tengah belajar lagi..tapi dah kahwin..belanja kawin dengan usaha sendiri..masa cuti dia sggup buat kerja sebab nak kumpul duit nak kahwin tanpa susahkan parents...isterinye pula bukan dia cari melalui couple2 ni...tapi pilihan mak ayah..ehmm dapat isteri pun dari golongan baik2, cantik dan beriman...bertuahnye.. ini barulah cara yang diajar ISLAM..kalau rasa mampu terus kahwin...tapi pelik pandangan orang sekarang..yang kahwin awal dirasa pelik tapi yang bercouple2 berpegangan tangan disangka baik..aih...saya pandai saja cakap..peringatan ni untuk diri saya juga wassalam
|
islamicboy
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2003 Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning
|
Posting pada: 30-11-05 06:32
betul tu.... carilah couple yang halal... yang dinamakan PERKAHWINAN
|
sumaiyya_cleo
Warga 2 Bintang Menyertai: 16.03.2004 Ahli No: 8022
Posting: 43
Dari: bumi Allah yang dingin bersalju
|
Posting pada: 30-11-05 08:31
assalamualaikum.. seronok baca ni..terima kasih nurintannajihah..pedas yang amat ;p tapi sangat menyedarkan =) p/s:sebab dah jadi budaya,itu yang jadi malu bila nak keluar dari kebiasaan..tak kuat iman+lumrah manusia,cepat sangat bimbang,itu yang masuk 1st year sibuk masing2 nak cari pasangan,supaya masuk final year nanti masing2 sudah ada yang 'steady',nanti orang kata tak laku pula kalau masih single waktu tu.. ~matlamat tak menghalalkan cara~
|
permata_islam
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.10.2003 Ahli No: 4241
Posting: 132
Dari: gombak
|
Posting pada: 30-11-05 09:24
Alhamdulillah...setakat ni..memang tak pernah ada couple & doa agar terhalang daripada buat kerja2 maksiat tu semua...amin...
|
qardhawi_jr
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.07.2005 Ahli No: 17517
Posting: 365
|
Posting pada: 30-11-05 09:54
saya rasa kalau kita ber'couple' sebelum tapi tak kahwin pun......,itulah punca banyak berlaku penceraian....tiada nikmat perkahwinan...itulah pentingnya mencari pasangan yang beriman........berilmu.....dll kalau cantik rupa paras tapi bodoh..buatape.... kalau cun-melecun tapi bahalol..buatape... kalau wajah menarik tapi tak beriman......celaka....
|
jannahassyahid
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.12.2004 Ahli No: 13242
Posting: 108
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 30-11-05 10:48
thx 4 the info... apa-apa pun niat mesri betul
|
astina
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.08.2005 Ahli No: 18487
Posting: 96
Dari: malaysia
|
Posting pada: 20-12-05 11:46
assalamualaikum... biar la ikhlas bila kawan... & jujur yang penting...
|
NuR_HiKMaH
WARGA SETIA Menyertai: 16.07.2003 Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor
|
Posting pada: 20-12-05 15:09
 dari Allah, untuk Allah, kerana Allah
|
triptofana
WARGA SETIA Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR
|
Posting pada: 20-12-05 16:03
couple ni tak best, tak boleh pegang2 kahwin baru best, lebih dari pegang pun tak mengapa  betul tak? so kalau nakkan teman hidup, kahwin sajalah dapat pahala lagi.... ----------------- Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman.
|
cahaya_syafiah
Warga Rasmi Menyertai: 10.12.2005 Ahli No: 21035
Posting: 18
Dari: kelantan
|
Posting pada: 20-12-05 16:38
saya setuju apa yang triptofana cakap tu...
|
hazreenrashid
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15666
Posting: 115
Dari: Moscow
|
Posting pada: 20-12-05 19:00
baguslah...lagi bagus letak benda ini dekat web friendster ke...kalau kat ukhwah.com insya Allah la target dia sikit saja, kalau kat friendster nun melambak2 orang tayang pakwe makwe sambil peluk memeluk dengan penuh kembang hidungnya...apa pun, syabas..!!
|
fizah_862000
WARGA SETIA Menyertai: 07.08.2004 Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban
|
Posting pada: 20-12-05 22:47
jadi kesimpulannyer, bawak bersabaq, jangan couple2... tak ada dalam islam. nanti lepas kahwin, couple lah dengan suami/isteri...  ----------------- "Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 20-12-05 23:08
kesimpualanye..simpulĀ²kan lah..ye tak?hihihi  ----------------- SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH
|
astina
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.08.2005 Ahli No: 18487
Posting: 96
Dari: malaysia
|
Posting pada: 26-12-05 22:28
Pada 20-12-05 16:03 , triptofana posting:amboi....kemain lagi ye triptofana.
|
nikmudkb
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.12.2005 Ahli No: 20630
Posting: 81
Dari: kuala balah
|
Posting pada: 26-12-05 23:17
couple ni tak best, tak boleh pegang2 kahwin baru best, lebih dari pegang pun tak mengapa  betul tak? :-di so kalau nakkan teman hidup, kahwin sajalah dapat pahala lagi.... astina ni....tau pegang2 juga ek... umur berapa?
|
nabilpoyo
WARGA SETIA Menyertai: 13.12.2005 Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta
|
Posting pada: 27-12-05 01:23
adakah islam melarang kita ber'couple' jk kena pada tempat nya....tak kan...hihi
|
astina
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.08.2005 Ahli No: 18487
Posting: 96
Dari: malaysia
|
Posting pada: 27-12-05 01:35
Pada 26-12-05 23:17 , nikmudkb posting:opssss....jangan slh faham ek... triptofana yang cakap macam tu... bukan saya... ok!!!
|
Qayyum
WARGA SETIA Menyertai: 25.02.2005 Ahli No: 14725
Posting: 871
Dari: ~Serambi Makkah~
|
Posting pada: 27-12-05 09:42
couple tak salah dalam islam cuma berpada2 saja! tak begitu sahabat2 ku sekalian??
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 27-12-05 09:49
Pada 27-12-05 09:42 , Qayyum posting:!!! QUOTE !!! couple tak salah dalam islam cuma berpada2 saja! tak begitu sahabat2 ku sekalian?? hmm...insyaAllah....
|
Qayyum
WARGA SETIA Menyertai: 25.02.2005 Ahli No: 14725
Posting: 871
Dari: ~Serambi Makkah~
|
Posting pada: 27-12-05 10:51
terima kasih sahabat2 ku...anda merasai nikmat Allah yang serba indah ini...!!!
|
irashahirah
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2005 Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee
|
Posting pada: 27-12-05 13:00
assalamualaikum... terima kasih... banyak baik la ini artikel... isk2.... berkawan2 saja la... bercouple ini susah... banyak dose woo...
|
Norhaslina
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.11.2005 Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 28-12-05 03:43
assalamualaikum.. memang tak salah..ianya adalah satu fitrah ingin disayangi dan ingin menyayangi....tapi ianya haruslah berlandaskan syariat..Islam itu indah Kalau kita ikut dan amalkan INSYAALLAH pasti bahagia hidup... apapun kita perlu ingat! Teguhkanlah Iman dalam diri, Moga dikau akan merasai, Betapa indah nikmat Ilahi, Dan yakin kau akan dirahmati. Harus kau percaya dengan pasti, Dunia tidak kekal abadi, Hanya menguji cekalnya hati, Sebagai "khalifah yang sejati".. bait-bait kata lagu hijjaz ni...hehehe ----------------- SENYUMSOKMO (^_^) [ Telah diedit oleh: Norhaslina pada 28-12-05 03:52 ]
|
akwa
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2005 Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu
|
Posting pada: 29-12-05 02:36
tak payah fikir couple2...terus kawin saja.,habis cerita
|
jutawanmuslimah
WARGA SETIA Menyertai: 07.12.2005 Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM
|
Posting pada: 29-12-05 09:05
bagi saya couple ni leceh....buat pening kepala saja...so, tak payah la couple..hati pun senang
|
nisha
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.07.2005 Ahli No: 17502
Posting: 27
Dari: kelantan
|
Posting pada: 29-12-05 09:33
waa bagus la....harap2 ia menjadi pedoman buat saya.... ----------------- InDaH HiDuP bErSaMa ILAHI, ReDhAMu KuHaRaPKaN
|