Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bahkan orang yang ada penawar racun tak berani hendak minum racun
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 69
Ahli: 0
Jumlah: 69




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 19 hari yang lalu
ronniefinancehome: 30 hari yang lalu
MTMKi: 40 hari yang lalu
usop79: 41 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: makanan haram ada di sekeliling kita???


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» makanan haram ada di sekeliling kita???

Please Mendaftar To Post


Oleh makanan haram ada di sekeliling kita???

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-11-05 23:47


{ IT-Kelantan } HALAL FOOD

Sun, 03 Apr 2005 19:45:30 -0700

Reply from JAKIM

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
    1)McDonald                 2) A&W                     3) Secret Recipe

    Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
    1) Victoria Station        2)Kam Lun Tai            3) Lotus Family Restoran

    Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
    1) San Francisco Steakhouse    2)Chicken Rice shop             3)Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&dan seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat kampung Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya, Mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada:

    1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hannya harus bagi yang berpenyakit sahaja
    2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda
    3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua
    4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan
    5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yang ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENTDYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja.
Wassalam

4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.

Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5. untuk makluman coffee bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM maka Coffee Bean tidak berkaitan dengan email yang disebarkan ini tetapi Starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan.

6. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

7. Soalan:
Saya ingin tahu sama ada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu sama ada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak): Madam Kwan's, Spring Garden,Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chinoz On the Park, Dome Cafe, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan:
Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

8. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

9. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

10. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

11. Pernyataan mencampurkan minyak bab* untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

12. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

sumber: IT Kelantan

sila rujuk juga: Halal Jakim

Selamatkah kita walau berada di sebuah negara Islam??? jom kita bincang...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 29-11-05 22:48 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

norlie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17607
Posting: 68
Dari: kota bharu, bandaraya islam

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-11-05 00:14


ye ke? thanks for the info

Bookmark and Share

    


  Member Information For norlieProfil   Hantar PM kepada norlie   Quote dan BalasQuote

afiqawe
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.06.2004
Ahli No: 9508
Posting: 30
Dari: Moscow, Russia.

russia  


posticon Posting pada: 30-11-05 01:09


thanks... harap lagi banyak info tentang status makanan ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For afiqaweProfil   Hantar PM kepada afiqawe   Pergi ke afiqawe's Website   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-11-05 10:03


memang ini menjadi masalah besar di negara kita.....
sebab itu tak peliklah,gejala sosial makin merebak....
prestasi akademik muda-mudi Islam makin menjunam
akhlak makin merosot....
salah satu puncanya.......soal permakanan....
Ungku Aziz dah banyak kali memperkatakan soal ni...
ulama2 dulu begitu menitikberatkan soal makanan....

ini soal hati.....hati yang kotor busuk,semakin jauh dengan tuhan....
hati kotor..mungkin kerana kita makan makanan syubhat @ haram.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

id4h
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.11.2003
Ahli No: 5378
Posting: 60
Dari: parit buntar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-11-05 10:29


risau jugak nak makan kat luar....terutama kat foodcourt, sebab kebanyakan foodcourt tak ada pun tanda halal...hmm...kita dikelilingi dengan banyak perkara syubhah! macam mana nak buat ni????

Bookmark and Share

    


  Member Information For id4hProfil   Hantar PM kepada id4h   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-11-05 23:27


Sabda Nabi: "al-Halal bayyin wa al-haram bayyin, wa baynahuma umur musytabihat..." al-Hadith al-Syarif...

Maksudnya: "Perkara yang halal sudah jelas, dan perkara yang haram pun sudah jelas, dan di antara kedua-duanya adalah perkara-perkara yang syubhat..."

kalau kita perhatikan terlalu banyak perkara2 yang syubhah di sekeliling kita, terutamanya yang melibatkan makanan/minuman, sedangkan ialah yang akan menjadi darah daging kita hingga ke akhir hayat...

Kenapa perkara ini boleh berlaku sedangkan kita berada dalam sebuah negara yang diiktiraf sebagai sebuah negara Islam oleh sesetengah pihak... di manakah Islamnya...?

sedih sekali apa yang berlaku, saya pun setiap kali hendak pergi kerja terpaksa lalu melalui sebuah kedai cina yang menjadikan makanan/minuman tidak halal sebagai menu utama, siap jadi papan tanda kedai lagi... hari2 kena tahan hidung sebab dekat Kelantan dulu tak pernah jumpa dengan keadaan seperti ini...

sedih2......................... :-(


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 30-11-05 23:54 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 30-11-05 23:47


patutlah ramai orang islam makin liat nak buat ibadah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

2manis
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1909
Posting: 139
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-12-05 00:16


BERHATI2....... Ulang: BERHATI2 makan di kedai MAMAK. Ulang: Kedai MAMAK. Islam mereka diragui. Halal haram makanan mereka pun diragui. Kebersihan AMAT diragui.

Prof Ungku Aziz pernah beritahu kesan buruk makanan yang diperangat balik.Makanan MAMAK memang diperangat sebab tak habis (takkan nak dibuang??)

Bookmark and Share

    


  Member Information For 2manisProfil   Hantar PM kepada 2manis   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 01-12-05 00:23


hmm...kalau dah negara islam macam ni...apa tah lagi lah negara yang dah terang2 kafir...erm....walau apa pun....adalah tangung jawab kita untuk mengetahui sendri adakah mknn yang kita makan tu adalah halal atau pun tidak...bukan tanggung jawab jakim or bdn2 islam saja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 01-12-05 02:27


Pada 01-12-05 00:16 , 2manis posting:

!!! QUOTE !!!

BERHATI2....... Ulang: BERHATI2 makan di kedai MAMAK. Ulang: Kedai MAMAK. Islam mereka diragui.


ini statement yang terlalu umum. segelintir buat silap, tak bermakna semuanya begitu (atau mungkin individu yang bernama MAMAK yang dimaksudkan?)

apa yang ada dalam hati seseorang kita tak boleh andaikan, selagi dia tak buat perkara yang jelas membatalkan aqidahnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-12-05 03:13


saya selalu juga makan di kedai Mamak, tapi saya hanya makan makanan panas seperti roti canai, mee goreng dan sebagainya...

memang makanan yang dipanaskan tidak elok untuk kesihatan, tapi itu terpulang kepada pilihan pelanggan...

lebih2 lagi mereka itu adalah juga orang Islam seperti kita, in sya'a'Llah makanan orang Islam adalah halal untuk dimakan, jika ada penyelewengan bagi saya itu adalah antara mereka dengan Allah s.w.t...

melainkan jika terdapat bukti yang jelas tentang perkara2 yang tidak elok, kalau tiada maka masakan mereka adalah halal bagi kita umat Islam...

sekadar pandangan dari saya, wassalam...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-12-05 08:27


di malaysia ni memang kita kena hati2 dalam memilih kedai Mamak....saya pun masih lagi peminat kedai mamak ni....tapi pernah terbongkar di Bangi,,,kedai mamak itu rupa2 nya bukan Islam......selalu kedai mamak yang islam dia akan letak hiasan ayat quran.......tapi sekarang ni mungkin mamak bukan islam tukar strategi,,,,itu yang kita perlu hati-hati dan ingat...jangan WAS-WAS....kalau WAS-WAS,elok ditinggalkan...ok

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-12-05 22:50


setakat ni bagi saya, kalau saya lalu kedai Mamak yang ada tulisan ayat2 suci Al-Quran, gambar ka'abah dan seumpamanya itu mestilah milik orang Islam, sebaliknya kalau jumpa kedai Mamak yang tiada apa-apa tanda keislamannya, atau tergantung gambar berhala sembahan mereka, maka saya takkan masuk...

kalau ada penyelewengan di sebalik itu saya tak pernah tahu, Wa'Llahu A`lam...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 01-12-05 23:23


ermm..kalau ada kedai mamak dia letak gambar dua-dua macam mana?kat depan rumah saya ada satu kedai mamak ni...dia letak prhiasan nama Allah dan muhd dan at the same tyme dia letak gambar gajah yang macam orang...gambar apa pun tu saya tak tau...ermm

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-12-05 23:37


lor, ada pulak macam tu.................... :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 02-12-05 01:49


Assalamualaikum...

selalunya kedai MAMAK yang diragui ni beroperasi 24 jam.

ana pernah makan di satu kedai MAMAK 24 jam yang ada roti naan. mula2 ok lah lepas tu ramai staf dia bukan Islam. akhirnya ana tak datang lagi. tau2 saja dah tutup dah kedai tu sekarang ini.

apa-apa bab makanan ni kita kena cerewet sikit.

wa allahu a'lam bis sawab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-12-05 09:01


roti canai memang masak kejap tu jugak, habis kari dia, masam lain saja, macam dah berapa kali recycle

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 02-12-05 09:05


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 02-12-05 09:07


tak ada, benda lain nak cerita... boleh belah la ??? tau lah rumah u all full of that things... tak, sah kalau orang lain tak tau... :lol: :lol: :lol:
[ Telah diedit oleh: farhanna pada 02-12-05 10:10 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-12-05 21:40


Pada 02-12-05 09:07 , farhanna posting:

!!! QUOTE !!!

tak ada, benda lain nak cerita... boleh belah la ??? tau lah rumah u all full of that things... tak, sah kalau orang lain tak tau... :lol: :lol: :lol:
bercerita tentang halal dan haram makanan lebih baik daripada mengata2 kat orang lain, bukan dapat faedah pun, hanya menambah bebanan dosa...

ingatlah bahawa Allah sentiasa melihat kita, dan di kiri kanan kita ada malaikat yang sedang mencatit apa yang sedang kita lakukan...

peringatan buat sahabat2 dan juga diri sendiri yang sering alpa, wassalam...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 02-12-05 21:41 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

farhanin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2004
Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..

Johor  


posticon Posting pada: 02-12-05 23:03


thanks.. dengar IKIM pun dapat info ni

mencari makanan yang halal tu fardhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhaninProfil   Hantar PM kepada farhanin   Quote dan BalasQuote

farhanin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2004
Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..

Johor  


posticon Posting pada: 02-12-05 23:03


thanks.. dengar IKIM pun dapat info ni

mencari makanan yang halal tu fardhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhaninProfil   Hantar PM kepada farhanin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.137543 saat. Lajunya....