Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
-- Al-Baqarah: 45

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 57
Ahli: 0
Jumlah: 57




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 3 hari yang lalu
wyd1014: 11 hari yang lalu
haykal77: 19 hari yang lalu
Kakngah: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Bagaimana Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Bagaimana Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah

Please Mendaftar To Post


Oleh Bagaimana Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah

Ibnu_Mohammad
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 335
Posting: 52
Dari: Down Under

Melaka  


posticon Posting pada: 23-07-03 09:50


Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai
dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina,
memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia
digunakan adalah garis pemisah antara keduannya. Saya harap tidak
keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan,
keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat intraktif yang
menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia
melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan
mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan
menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia
diseluruh pelusuk alam.

Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:” Supaya tidak
menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan
rasul-rasul”.(an Nisa' 165)

Dan firman maksudnya: “dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan
supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas
kamu”.(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi
dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan
manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih
dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak
diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan
laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan
akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki
300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion
kali???.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah
pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini
mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap
betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan
cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan
kesudahan yang sangat merbahaya".

Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang
internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

1. Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan
betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.

2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa
diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia
tidak menyedarinya.

3. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan
mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas
dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat. Inilah
kerugian yang nyata. Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya
tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.

Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut
yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan
kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.

Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau
direka-reka; kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu
keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merialisasikan kebersamaan ini sesaorang perlu mengekang nafsunya
daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya
dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan,
mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w
secara khusus mengenai zaman tersebut dimana orang yang siuman menjadi
bingung, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam
yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia
akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi
hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur
pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama
mereka dengan habuan dunia”.(hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan
dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon
dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini.
Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka
yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami,
perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami
sedang melakukan kebaikan dan amal soleh. Amin ya rabba al alamin.



Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_MohammadProfil   Hantar PM kepada Ibnu_Mohammad   Pergi ke Ibnu_Mohammad's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101685 saat. Lajunya....