Oleh |
janggut... |
qhal
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2004 Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))
|
Posting pada: 21-11-05 14:40
ada orang mengatakan bahawa, membela janggut ini harus, ada juga yang mengatakan ianya sunat, dan ada yang kata wajib, so mana satu yang betull???...... -------------------------------- ----------------- ....%iMaN & aMal%....
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 21-11-05 15:28
Pada 21-11-05 14:40 , qhal posting:Hadis Ibnu Umar lah.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Potonglah Misai dan panjangkanlah janggut iaitu jagalah janggut Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 380
|
an-najaah
Warga 2 Bintang Menyertai: 03.10.2005 Ahli No: 19538
Posting: 63
Dari: markaz..
|
Posting pada: 28-11-05 08:27
assalamualaikum.. sekadar tambahan.. 1) Dari zaid ibn Arqam lah.a. berkata: " Nabi s.a.w. barsabda: Barangsiapa tiada memangkas misainya, bukanlah dia dari golongan kami". Rawahu Ahmad, An-Nasa'iy dan At-Tarmizi: Al-Muntaqa 1:70 Menurut pemeriksaan At-Tarmizi hadits ini sahih. -Harus kita memotong misai, yaitu jangan dibiar panjang-panjang, hingga menjulang atau merunduk. 2) Dari Abu Hurairah lah.a. berkata: " Nabi s.a.w. bersabda: guntinglah misai dan turunkan janggut. Tegasnya hendaklah kamu menyalahi orang-orang majusi". Rawahu Ahmad dan Muslim :Al-Muntaqa 1:70 3) Dari Ibnu 'Umar lah.a berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: Hendaklah kamu membezakan diri dari orang-orang yang musyrik; peliharalah janggut dan guntinglah misai". Rawahu Ahmad, Al-Bukhari dan Muslim :Al-Muntaqa 1:70 Al-Bukhari meriwayatkan hadith ini dengan tambahan; adalah Ibnu 'Umar apabila hendak mengerjakan haji atau 'umrah, menggengam janggutnya. Maka yang lebih dari kadar segenggam, beliau potong atau pangkas. Hadits ini menyatakan bahawa kita disuruh memelihara janggut. Kadar janggut yang dipelihara itu telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Ibnu 'Umar lah.a. yaitu kadar segenggam sahaja. Kebanyakan ulama salaf berpendapat, bahawa misai tak boleh sekali-kali dicabuti atau dicukur. Di antara yang berpendapat begini ialah ulama-ulama Kufah. Berkata An-Nawawi: pendapat yang terpilih ialah misai itu harus digunting hingga kelihatan tepi bibir. Jangan dicukur sama sekali. kata Ibnul Qaiyim: Abu Hanifah, Zafar, Abu Yusof dan Muhammmad berpendapat, bahawa memelihara rambut dan misai, lebih utama dari menggungtingnya. Setengah ulama' Syafi'iyah berpendapat, bahawa mazhab Asy-Syafi'iy dalam urusan ini sama juga dengan mazhab Abu Hanifah. Dengan memperlihatkan keterangan-keterangan yang disebut di atas, nyatalah bahawa para ulama' dari golongan Salaf menyukai kita memelihara janggut. Akan tetapi, perlu ditegaskan bahawa Salaf membenci ummat memelihara janggut untuk menunjuk-nunjuk atau untuk memperlihatkan diri sebagai 'alim. Sebahagian sarjana feqh berpegang pada zahir hadith. Kerana itu merekapun mengharamkan kita mencukur misai dan janggut. Sebahagian mereka menyelami motif ('illat) suruhan dan larangan, dalam memahami hadith-hadith itu. Bila kita menilik hadith-hadith itu dengan pandangan yang jauh dan mendalam, nyatalah bahawa sebab Nabi s.a.w. menyuruh sahabat-sahabatnya memangkas misai dan memelihara janggut ialah supaya membezakan diri dari orang-orang majusi dan musyrikin kerana orang-orang majusi dan musyrikin dizaman Nabi, tidak memangkas misai dan tidak memelihara janggut. Wallahu 'alam.. Ruj: Prof.T.M.Hasbi Ash-Shiddieqy, Koleksi Hadits Hukum, Al-Ahkamun Nabawiyah, J.1.
|
i_indi025
Warga Rasmi Menyertai: 23.10.2005 Ahli No: 20007
Posting: 9
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 28-11-05 11:03
alhamdulillah dapat juga sikit info pasal janggut ini.... syukran..
|
faithfuller
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.10.2005 Ahli No: 20137
Posting: 270
Dari: perak
|
Posting pada: 21-12-05 12:03
sunnah rasulullah s.a.w...
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 21-12-05 21:41
macam mana dengan jambang? adakah termasuk dalam janggut, atau misai............. hemm, trend sekarang ramai kawan2 yang cukur misai dan simpan janggut, dan ada juga yang cukur janggut dan simpan misai, yang mana lebih elok ye... sekolah saya dulu pun tak benarkan student simpan janggut dan misai panjang2, kalau dah lebat pelajar2 dikehendaki mencukurnya............ ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 21-12-05 21:42 ]
|
hosni_mubarak
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.11.2005 Ahli No: 20411
Posting: 104
Dari: kelana jaya
|
Posting pada: 21-12-05 22:50
kalau itu yang junjungan kita galakkan.. tak salah kalau kita ikut sunnah tersebut..... ada fadhilat dan kebaikan di sebaliknya........... bukankah nabi sudah berkata........... 'alaikum bisunnati.............. hendaklah kamu beramal dengan sunnah2ku.........wallahu a'lam
|
mazrik
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.10.2005 Ahli No: 20118
Posting: 98
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 21-12-05 23:38
nak tanya sikit ni... boleh bagi tips bagaimana nak bagi janggut panjang dan lebat???
|
faithfuller
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.10.2005 Ahli No: 20137
Posting: 270
Dari: perak
|
Posting pada: 21-12-05 23:44
rasanya semua sekolah berperaturan macam 2, tapi tak apa keluar sekolah nanti boleh belakan..mestila cukur misai dan then bela janggut yang lebih elok..nak lebatkan rasanya pakailah minyak zaitun selalu..insya Allah..
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 21-12-05 23:52
!!! QUOTE !!! Kebanyakan ulama salaf berpendapat, bahawa misai tak boleh sekali-kali dicabuti atau dicukur. Di antara yang berpendapat begini ialah ulama-ulama Kufah.
Berkata An-Nawawi: pendapat yang terpilih ialah misai itu harus digunting hingga kelihatan tepi bibir. Jangan dicukur sama sekali. misai tak boleh dicukurkan...  ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 22-12-05 00:53
misai tak boleh dicukur? ada dalil daripada rasulullah ke?
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 22-12-05 00:55
tu pendapat ulama', tapi mereka istinbatkan dengan guna hadith2 tu juga........... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu
|
Posting pada: 22-12-05 08:59
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 29-12-05 22:46
nak bela janggut, tapi tak ada janggut bagaimana? nak bela ? ----------------- pengalaman itu ibarat guru yang mengajar di sekolah hidupmu
|
an-najaah
Warga 2 Bintang Menyertai: 03.10.2005 Ahli No: 19538
Posting: 63
Dari: markaz..
|
Posting pada: 21-02-06 18:06
Assalamu'alaikum... !!! QUOTE !!! macam mana dengan jambang? adakah termasuk dalam janggut, atau misai............. Maaf..ana tak berani menjawab..tetapi; Ada 1 buku yang membicarakan khas tentang janggut dan misai. Ada dijual di kedai buku Al-Hidayah. No 27, Jalan Ipoh kecil. Dekat PWTC.Tel: 03-4042 0733/03- 4043 3786. Tajuk buku : "Ulasan ulama' tentang janggut dan misai". ISBN: 983-099-110-5. m/s: 139 dan harga RM10.00. Pengarang: Maaf... ana tak tau.. ibnu_musa mungkin boleh dapatkan buku ni, mana tau kalau-kalau ada ulasan tentang jambang juga? Wallahu a'lam.
|