Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 111
Ahli: 0
Jumlah: 111




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 19 hari yang lalu
Kang: 38 hari yang lalu
lidah-penghunus: 40 hari yang lalu
muslimin23: 48 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Pengetahuan Am
Topik: Masa Depan Palestin Dari Kaca Mata Al-Israa’ wa Al-Mi’raaj


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Masa Depan Palestin Dari Kaca Mata Al-Israa’ wa Al-Mi’raaj

Please Mendaftar To Post


Oleh Masa Depan Palestin Dari Kaca Mata Al-Israa’ wa Al-Mi’raaj

czarcam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-11-05 00:17


Assalamua'laikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh...

Ketibaan bulan Rejab selalunya dikaitkan dengan peristiwa al-Israa’ wa al-Mi’raaj. Walaupun saya pernah bertemu dengan sekurang-kurangnya lima pendapat yang diperselisihkan ulama tentang tarikh sebenar peristiwa itu, namun umumnya umat Islam secara masyhur menerima 27 Rejab sebagai tarikh yang terpakai.

Jika kita mengimbas kembali ke beberapa tahun yang lalu, masjid-masjid sering mengadakan keramaian memperingati peristiwa ini sehingga ada di antaranya mencapai tiga malam berturut-turut. Banyak sungguh kisah yang dipaparkan sehingga kita terngaga mendengar Israa’ dan Mi’raaj ini, yang pengisahannya terbang ke udara seperti mitos dan buah mulut ‘Tukang Karut’ al-Qassaseen. Tidak hairanlah golongan yang sememangnya berpenyakit di hati, dengan mudah melemparkan racun dakyah dengan mengatakan kisah al-Isra’ wa al-Mi’raj lebih merupakan dongengan daripada fakta yang tsabit dan realiti. Golongan ini hidup di dalam masyarakat yang gemarkan kisah al-Israa' wa al-Mi'raaj versi mitos yang tidak berdisiplin mengikut nas-nas al-Quran serta hadith dan riwayat sejarah yang diterima pakai. Pada manusia yang mengagungkan logik akal ini mereka akan menempelak kisah al-Quran yang 'tidak masuk akal', sedangkan yang tidak masuk akal itu adalah versi kisah yang salah. Versi yang telah ditokok tambah dengan kesedapan riwayat palsu sehingga memadam kemurnian dan ketinggian nilai yang asal.

Namun bagi kita, kisah al-Israa’ wa al-Mi’raaj adalah kisah yang tsabit dengan nas al-Quran. Allah SWT menyebut di dalam surah Al-Israa’ ayat 1:

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.†(Al-Israa’ 17: 1)

Begitu juga di dalam Sahih al-Bukhari dan syarahnya Fathul Bari memang banyak terdapat riwayat yang membuktikan kebenaran dan perincian kisah ini.

Oleh kerana kisah ini merupakan salah satu kisah al-Quran, maka ia perlu dipelajari dan diperbentangkan dengan menggunakan manhaj al-Quran. Sebagaimana kisah-kisah para Nabi mesti dibersihkan dari riwayat Israiliyyat, maka kisah al-Israa’ wa al-Mi’raaj ini juga mestilah didisiplinkan dengan hanya menyandarkan pengisahan dan pembelajaran menerusi nas al-Quran dan riwayat-riwayat yang sahih. Kitab as-Seerah an-Nabawiyyah as-Sahihah: Muhaawalah lee Tathbeeq Qawaa’ed al-Muhadditheen fee Naqd riwaayaat as-Seerah an-Nabawiyyah (Sirah Nabawiyyah Sahihah: Suatu Usaha ke Arah Mempraktikkan Kaedah Para Ahli Hadeeth di dalam Penilaian Riwayat Sirah Nabawiyyah) oleh Doktor Akram Dhiya’ al-‘Umari boleh dijadikan sebagai panduan di dalam menganalisa riwayat yang sahih serta menyaringnya dari yang tidak sahih. Tidak mungkin cerita al-Israa' wa al-Mi'raaj yang merupakan nas al-Quran serta kalam Nabi SAW yang sahih, dihuraikan dengan menggunakan riwayat yang tiada asal usul dengan sesuka hati.

Tumpuan juga harus dibuat kepada usaha mengeluarkan teladan atau ‘ibrah kisah tersebut dan bukan hanya membaca atau menceritakannya sebagai halwa telinga. Fungsi kisah di dalam al-Quran adalah untuk membentangkan 'ibrah bagi orang-orang yang sempurna akal fikirannya.

"Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat 'ibrah (teladan) bagi mereka yang sempurna akal fikirannya. Ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. " (Surah Yusuf 12: 111)

Proses kita mendapatkan teladan menerusi kisah al-Israa’ wa al-Mi’raaj sememangnya boleh dibuat dari pelbagai sudut. Amat banyak pengajaran yang boleh kita perolehi dan suatu penulisan atau penyampaian terpeinci boleh dibuat untuk mengumpulkan ‘ibrah dari kisah tersebut. Walaupun saban tahun kita mengadakan kuliah atau ceramah bersempena dengan peristiwa ini, kita tidak akan habis mengulas dan mengeluarkan segala teladan daripadanya. Sememangnya al-Quran itu menzahirkan ketinggian lautan mukjizatnya dengan cara ini.

Akan tetapi jika kita meninjau surah al-Israa’, mahu tidak mahu kita mesti menyentuh topik utamanya iaitu berkenaan dengan Palestin, Yahudi, sejarah dan masa depannya. Kerana itu jugalah surah ini dikenali sebagai surah Bani Israel. Bahkan diskusi mengenai hal ehwal Yahudi melalui surah al-Israa’ ini memenuhi hampir seluruh surah berkenaan hingga ke ayat 104 daripada 111 ayat surah berkenaan. Dalam ertikata yang lain, perbincangan mengenai al-Israa' wa al-Mi'raaj tidak boleh sama sekali mengenepikan topik Palestin dan Yahudi kerana ia menjadi isi terpenting surah al-Israa' itu sendiri.

Surah ini juga telah diturunkan di Mekah sebelum Hijrah, iaitu sebelum pertemuan dan konfrontasi rasmi Nabi SAW dengan Yahudi di Madinah. Ia menjadi taklimat rabbani dari Allah SWT agar Nabi SAW dan umat Islam bersedia, matang dan mengenali selok belok tabiat, perancangan dan kesudahan Yahudi yang menjadi musuh utama umat Islam.

Di dalam ayat 4 dan 5, Allah SWT menyebut:

“Dan Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab (Taurat) itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan sebanyak dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.â€

Para ahli tafsir yang silam berselisih pendapat di dalam menentukan apakah yang dimaksudkan dengan dua kerosakan yang dilakukan oleh orang Yahudi itu. Misalnya Imam at-Tabari menyatakan bahawa kerosakan yang pertama adalah pembunuhan yang dilakukan oleh kaum tersebut terhadap Nabi Zakaria A.S. dan kerosakan yang kedua pula adalah bilamana Yahudi membunuh anak baginda iaitu Nabi Yahya A.S. Namun apabila kita merenung konteks ayat itu secara keseluruhannya, ia sukar untuk ditsabitkan menerusi tafsiran yang cuba dibuat oleh Imam at-Tabari Rahimahullah. Penafsiran itu yang bersandarkan kepada Israiliyyat, terbuka kepada semakan semula apatah lagi ia sukar hendak disesuaikan dengan konteks ayat itu sendiri. Jika dua kerosakan itu adalah di zaman Nabi Zakaria dan Yahya Alayhima as-Salaam, maka siapa pula "hamba-hamba Kami yang kuat gagah" yang diutuskan Allah untuk menundukkan Yahudi pada masa tersebut? Raja Babylon manakah yang dimaksudkan sebagai hamba-hamba Allah itu? Dan Allah SWT menyifatkan pemerintahan Yahudi di era dua kerosakan itu sebagai pemerintahan yang sombong dan angkuh dengan melampau. Maka pemerintahan manakah yang sombong dan angkuh itu, jika kita menerima tafsiran berkenaan?

Maka persoalan-persoalan ini menjadikan kita tidak dapat menerima riwayat yang dibentangkan oleh Imam at-Tabari Rahimahullah itu. Namun, tidaklah pula hal ini menjadi suatu keaiban kepada Imam at-Tabari. Jauh sekali! Mungkin pada masa para ulama Tafsir kita mengarang tafsir mereka, bangsa Yahudi ini hidup merempat dan terhina sehingga tidak terlihat di pandangan para Ulama’ kita bagaimana mereka ini boleh bangkit semula sebagai bangsa yang bongkak ke arah merealisasikan kerosakan kedua mereka.

Firman Allah SWT:

“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.†(Al-Israa’ 17.5)

Sesungguhnya kerosakan yang pertama yang dimaksudkan oleh ayat ini adalah -Wallaahu a’laam- kerosakan yang dilakukan oleh Yahudi di Yathrib sebelum tiba Nabi SAW di dalam peristiwa Hijrah, juga selepasnya. Mereka mencetuskan peperangan berlanjutan di antara Aus dan Khazraj. Mereka membuli bangsa Arab di Yathrib dengan propaganda mereka bahawa Nabi akhir zaman akan muncul dari kalangan Yahudi dan akan memenangkan sepenuhnya kaum Yahudi mengatasi Arab. Bahkan Aus dan Khazraj dihina kerana Yahudi membanggakan kedudukan mereka sebagai 'Ahli Kitab'. Dalam masa yang sama mereka menekan ekonomi Yathrib menerusi amalan riba dan monopoli perniagaan. Yahudi berniaga secara sihat sesama mereka tetapi mengenakan riba yang tinggi apabila berurusan dengan orang lain. Sesungguhnya penguasaan mereka adalah penguasaan yang sombong bongkak dan kufur. Ini adalah kerana Yahudi pada masa itu telah pun menolak keimanan kepada Nabi Isa Alayhi as-Salaam. Mereka adalah entiti kufur dan kecelaan mereka adalah kecelaan yang tumbuh dari kekufuran terhadap Allah SWT. Mereka mengkhianati perjanjian dan sentiasa bekerjasama dengan kaum Munafiq untuk menyebarkan fitnah dan huru hara di segenap penjuru bumi.

Maka Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat ke Madinah dan ketibaan ‘hamba-hamba Allah†yang kuat gagah dan perkasa ini telah mengusir jauh Yahudi bersama fasad mereka bukan sahaja dari Madinah bahkan dari seluruh Semenanjung Tanah Arab.

“Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.†(Al-Israa’ 17.6)

Nas di atas memahamkan kepada kita bahawa terusir dan terhinanya bangsa jahat ini tidak berterusan. Setelah merempat dari Semenanjung Tanah Arab, setelah terusir dari bumi Andalus, bangsa Yahudi ini kembali bangun berkuasa dan mengalahkan “mereka†iaitulah umat Islam yang suatu ketika dulu telah menunduk dan menamatkan fasad pertama mereka. Ia adalah pertembungan gelombang kedua. Namun kali ini mereka berkuasa bukanlah dengan kekuatan asli dari sumber mereka sendiri. Sebaliknya melalui sokongan pihak ‘luar’ berupa harta kekayaan dan anak pinak serta pasukan penyokong yang ramai. Kerana itulah Allah SWT menggunakan lafaz ( ﻢﻛﺎﻧﺪﺪﻣﺃﻮ )iaitu “Kami perpanjangkan sokongan†sebagai mengisyaratkan kekuatan sumber ekonomi dan tenaga manusia kepada Yahudi di era kerosakan kedua mereka itu adalah dari sumber luar.

Sesungguhnya kita hari ini sedang berhadapan dengan fasad kedua Yahudi. Mereka sedang menghancur binasakan bumi Palestin, umat Islam dan dunia secara keseluruhannya. Sifat takbur dan bongkak mereka berulang kembali. Dan kini, Amerika Syarikat serta kuasa Barat menghulurkan segala macam bantuan kepada Yahudi untuk mengekalkan kewujudkan mereka di bumi Palestin. Yahudi hari ini menjadi kuasa besar dunia dan Amerika Syarikat serta beberapa negara Eropah menjadi sumber kekuatannya.

Namun, apakah semua ini kekal? Apakah Yahudi akan menang? Kita sebagai umat Islam percaya bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam. Kita bersikap optimis bukanlah dengan menyandarkan harapan kepada statistik kekuatan kita semata-mata. Namun kita meyakininya dengan jiwa dan raga ini, kerana ia adalah janji Allah SWT dan Rasulullah SAW. Sesungguhnya Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW tidak menyalahi janji.

"Dan itulah hari-hari (kemenangan dan kekalahan) yang Kami gilirkan ia sesama manusia" (Surah Ali Imran 3: 140)

Seterusnya Allah SWT berfirman:

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.†(Al-Israa’ 17: 7)

Sesungguhnya fasad kedua Yahudi ini akan dihapuskan semula oleh umat Islam. Berkumpulnya Yahudi di bumi Palestin adalah untuk dibinasakan oleh umat Islam. Namun, kemenangan kali ini hanya akan diperolehi apabila umat Islam masuk semula ke bumi Palestin sebagaimana mereka memasukinya buat kali pertama iaitulah di zaman Umar al-Khattab Radhiyallahu ‘anhu. Umar dan tentera Muslimin masuk ke bumi Palestin dengan kemegahan Islam yang digantung di pedang Jihad fi Sabilillah. Mereka masuk dengan iman serta akhlak yang tinggi lagi terhormat. Kepelbagaian masalah umat Islam boleh diselesaikan dengan pelbagai cara. Namun permasalah Palestin hanya dapat diselesaikan dengan Jihad. Jihad yang mencontohi Umar al-Khattab RA dan tenteranya. Pada masa itulah bumi Palestin akan merdeka. Dan kemerdekaan bumi Palestin adalah kemenangan bagi seluruh umat Islam!

“Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah kamu memerangi Yahudi. Dan kamu memerangi mereka sehingga pokok dan batu berkata-kata. Lantas ia menyebut, wahai Muslim, wahai hamba Allah, dibelakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini dan bunuhlah ia! Kecuali pokok Gharqad kerana ia adalah dari pokok Yahudi†- (Hadeeth riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidhi)

null
Nitraria Retusa atau lebih dikenali di kalangan umat Islam sebagai pokok Gharqad
(sumber: http://sisu.typepad.com/sisu/2004/week7/)

Hayatilah peristiwa al-Israa’ wa al-Mi’raaj ini dengan semangat membebaskan umat Islam dari penjajahan Yahudi. Penjajahan fizikal di Palestin serta penjajahan budaya, undang-undang dan cara hidup di seluruh pelusuk tanah air umat Islam yang tercinta. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Wa lillahil Hamd.

Rujukan:

1.     Haqaa’iq Qur’aaniyyah hawla al-Qadhiyyah al-Filastiniyyah (Hakikat-hakikat al-Quran di sekitar Permasalahan Palestin) oleh Sheikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi, penerbitan Filastin al-Muslimah London NW2 4JQ, UK.

2.     As-Seerah an-Nabawiyyah as-Sahihah: Muhaawalah lee Tathbeeq Qawaa’ed al-Muhadditheen fee Naqd riwaayaat as-Seerah an-Nabawiyyah (Sirah Nabawiyyah Sahihah: Suatu Usaha ke Arah Mempraktikkan Kaedah Para Ahli Hadeeth di dalam Penilaian Riwayat Sirah Nabawiyyah) oleh Doktor Akram Dhiya’ al-‘Umari, Maktabah al-Obekan, Riyadh.


Penulis : Ust. Hasrizal Abdul Jamil (ABU SAIF)


---------------
null
[ Telah diedit oleh: czarcam pada 19-11-05 05:30 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For czarcamProfil   Hantar PM kepada czarcam   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.097958 saat. Lajunya....