Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 191
Ahli: 0
Jumlah: 191




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: semua suaminya mati syahid


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» semua suaminya mati syahid

Please Mendaftar To Post


Oleh semua suaminya mati syahid

Ustaz_Jaki
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.11.2005
Ahli No: 20298
Posting: 51
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 15-11-05 14:17


`Atikah buat Zaid adalah seorang wanita yang jelita, bijak, serta pandai bersyair. Beliau adalah isteri kepada Abdullah b Abu Bakar. Kecantikan dan kebolehannya bersyi-ir telah melalaikan suaminya untuk keluar berniaga dan juga beribadah.

Pada suatu hari Jumaat, Abu Bakar telah melintasi rumah mereka dan mendapati Abdullah masih bersama isterinya di bilik. Semasa pulang pun Abu Bakar mendapati mereka masih bergurau senda di bilik, lalu Abu Bakar menegur anaknya, "Wahai Abdullah! Apakah kamu mahu menjamakkan kesemua solatmu?"

"Apakah Solat Jumaat telah selesai?", tanya Abdullah.

Jawab Abu Bakar, "Apa kena dengan kamu? Perniagaan telah kamu lumpuhkan dan sekarang kamu tinggalkan pula agamamu. Kau ceraikan sahaja perempuan ini."

Abdullah pun menceraikan isterinya, `Atikah.

Selang beberapa waktu, Abdullah pun merintih kerana terlalu merindui bekas isterinya. Kerana perasaan simpati, Abu Bakar mengizinkan anaknya merujuk kembali. Abdullah telah menghadiahkan `Atikah sebidang kebun dengan syarat `Atikah tidak boleh berkahwin lagi selepasnya. Namun setelah Abdullah meninggal, datanglah Umar b. Al Khattab meminangnya.

Hal ini amat membingungkan `Atikah lalu ditolaknya lamaran itu selagi belum ada fatwa yang jelas mengenainya. Berkata Ali b. Abi Talib, "Kembalikan kebun itu kepada keluarganya dan kau boleh berkahwin lagi." Berdasarkan fatwa Ali maka `Atikah pun berkahwin dengan Umar. Setelah Umar meninggal, `Atikah berkahwin pula dengan Zubair b. Awwan. Selepas Zubair, datang pula Ali.

Kali ini `Atikah menolaknya seraya berkata, "Semua suamiku sebelum ini mati terbunuh. saya khuatir ia juga akan berlaku ke atas dirimu."

Lalu Ali pun berseru, "Sesiapa yang ingin mati syahid maka berkahwinlah dengan `Atikah."

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ustaz_JakiProfil   Hantar PM kepada Ustaz_Jaki   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 15-11-05 15:32


wah bagusnya..... kalau i laki dah i kahwin denganyer, mujur la i perempuan... :di :di :di :di :di MELEPAS NAK MATI SYAHID FREE !!! RUGI TAK MASUK SYURGA DENGAN KAHWIN DENGAN AKAK NI...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

khairuzzaman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14729
Posting: 252
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-02-06 12:13


apa kalau2 ni...
satu lagi, macam mati syahid tu mudah... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairuzzamanProfil   Hantar PM kepada khairuzzaman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.088936 saat. Lajunya....