Oleh |
usrah:betul ke usaha ini? |
paku
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.04.2004 Ahli No: 8497
Posting: 179
Dari: Bumi, Bima Sakti
|
Posting pada: 11-11-05 22:43
usrah.saya rasa ramai tahu tentang usaha agama ini.Saya ada terbaca tentang isu yang dibangkitkan tentang tabligh, jadi tak salah kalau kita berbincang pula tentang usrah.Jadi silalah beri komen, pendapat, atau sebagainya tentang usrah ini. -----------------
|
SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur
|
Posting pada: 11-11-05 22:56
Ringkasnya, usrah adalah satu wasilah yang bagus di dalam menyebarkan dakwah. Melalui usrah, pelbagai objektif yang dipupuk di dalam syarak dapat dicapai, antaranya perkongsian ilmu dan pendapat, perbincangan tentang isu semasa dan juga memupuk ukhuwwah Islamiyyah... Orang seringkali faham usrah sekadar suatu kumpulan yang berjumpa untuk membincangkan hal-hal agama. Padahal, peranan usrah jauh lebih penting daripada itu. Istilah sebenar untuk perjumpaan itu adalah liqa' yang merupakan salah satu aktiviti usrah. Usrah yang membawa maksud 'keluarga' di dalam Bahasa Arab bertujuan untuk mengikat ahli usrah demi pentarbiyahan... Berkenaan aktiviti-aktiviti usrah, terlalu banyak dan tiada hadnya. Sebagaimana aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sebuah keluarga, begitu juga dengan usrah. Usrah yang baik bukan sekadar liqa' tetapi ada follow up...Seperti usrah ana, antara aktiviti yang dijalankan selain liqa' adalah mukhayyam, riadah, saling menziarahi, sama-sama menghadiri program-program motivasi, ceramah-ceramah agama, menghadiri konsert nasyid, shopping, jogging dan macam-macam lagi. Selagi mana aktiviti-aktiviti tersebut selari dengan syarak dan dapat mengukuhkan ukhuwwah, jalankanlah... P/s: Esok usrah ana buat 'makan-makan'... Allahu Ta'ala a'lam...[ Telah diedit oleh: SaLaFiaN pada 11-11-05 22:56 ]
|
syahid_zul
WARGA SETIA Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu
|
Posting pada: 11-11-05 23:48
di popularkan dalam gerakan dakwah paling berpengaruh yang telah meledakkan satu gelombang perubahan sehingga gegarannya masih terasa sehingga kehari ini.hampir keseluruhan gerakan islam masa kini mengikut jejak langkah ikhwah muslimin yang diasaskan oleh assyahid imam hassan al-banna di mesir....tidak seperti tabligh yang hanya tertumpu kepada satu pendekatan,ikhwan muslimin bergerak dari seluruh arah dan ke seluruh arah dalam gerakan dakwah.Dari gerakan mata pena sehinggalah kepada gerakan mata pedang....dari ekonomi kepada pendidikan dari politik kepada pemerintahan dari sebuah gerakan dan akhirnya menjadi parti politik pembangkang di bumi mesir...imej islam yang dibawa memaparkan kesyumulan islam yang menyeluruh mencakupi segenap aspek dari hal2 duniawi kepada ukhrawi, dari peneguhan jamaah kepada kemaslahatan ummah....usrah contohnya mengalami satu evolusi baru apabila dipopularkan oleh ikhwan muslimin yang menuntut komitmen dari ahli2nya dan pada masa yang sama mengeratkan ikatan ukhwah itu sendiri...assyahid imam hassan al-banna pernah berkata "selemah2 ukhwah ialah kamu berlapang dada terhadap saudara kamu dan setinggi2 ukhwah ialah kamu mengutamakan kepentingan saudaramu dari dirimu sendiri" dalam usrah tidak hanya diisi dengan tazkirah dan membaca kitab2 tertentu tetapi mencakupi juga perbincangan tentang masalah ahli2 dan penyelesaian, termasuk juga segala perkara yang dianggap perlu dalam kehidupan.dibiasakan juga dalam usrah membaca al-mathurat iaitu himpunan doa2 yang selalu nabi baca dan juga ayat2 yang mendapat besar ganjaran bila membacanya seperti 10 ayat surah al-baqarah dan sebagai....usahlah disamakan usrah denga tabligh kerana banyak perbezaaan yang ketara....sepatutnya janganlah dilagakan antara dua pendekatan dan sepatutnya juga kita menerima konsep kesyumulan dalam tindakan... wassalam
|
sahabat_amin
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman
|
Posting pada: 11-11-05 23:54
usrah satu gerakan yang amat digalakkan hatta di peringkat sekolah sekali pun.. tak rugi join usrah, banyak manfaat boleh dapat.. dengan aktiviti, tazkirah, liqa'..boleh mantapkan ukhuwwah..
|
jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...
|
Posting pada: 12-11-05 00:58
 ... usrah memang tidak asing lagi buat golongan yang aktif berdakwah...biarlah usrah yang dilaksana sentiasa bebas dari unsur2 penyelewengan khasnya semoga mendapat keberkatan dan redhaNya insyaAllah... Wallahu A'lam... ----------------- .::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.
|
ukhwafillah
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.10.2003 Ahli No: 4368
Posting: 194
Dari: Umbai,Melaka
|
Posting pada: 14-11-05 23:58
Usrah bagi saya merupakan salah satu cabang dakwah.....banyak perkara boleh dbncangkan dalam usrah..bukan hal agama saja..memang seronok menghadiri usrah kalau niat kita betul2 ikhlas kerana ALLAH..dan dari usrah lah telah mmbentuk saya sbgaimana saya sekarang...
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 15-11-05 01:03
setiap usaha untuk memartabatkan syiar Islam dan jika pelaksanaannya adalah bertepatan dengan kehendak syarak, in sya'a'Llah usaha itu adalah betul... pernah juga ikut usrah walaupun tak layak bergelar naqib tapi pengalaman jadi anak usrah memang best... sedih bila ada orang Islam sendiri yang anti-usrah, terutama pihak pentadbiran, JTK/JKP kolej2 kediaman di universiti, dahlah mereka tu taknak ikut usrah, dikutuk2nya pula orang buat usrah & tazkirah selepas solat... orang Islam jua yang menjatuhkan agama Islam...  ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 15-11-05 01:05 ]
|
razman
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.05.2004 Ahli No: 9196
Posting: 81
Dari: Universiti Utara Malaysia, Sintok
|
Posting pada: 15-11-05 01:19
sekadar memberi pendapat. Ana pernah joint kedua2 cabang dakwah ini tabligh & usrah. Kedua2nya menyumbang kearah menegakkan syiar islam di muka bumi & menyambung usaha rasulullah. Allah taala wujudkan kaedah yang berbeza2 ini sebagai pilihan kepada umat islam untuk ikuti. Ada golongan yang cenderung & serasi dengan pendekatan tabigh & ada yang ikut pendekatan usrah. Yang tak betul adalah yang tak ikut haluan Islam. Maaf kalau pendapat ana ni tak tepat.
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 15-11-05 06:54
Wa'alaikumussalam wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah syabas kepada anak-anak yang memberi respons kepada tajuk ini. Usrah itu Sunnah. Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam telah memulakan usrah pertamanya di rumah Arqam abi Arqam di Mekah dengan beberapa orang sahabat awwaluun yang sering berkumpul untuk mendengar tarbiyyah darinya. Usrah yang bererti keluarga itu adalah berasaskan Iman dan Ukhwah (silaturrahim). Sekiranya ahli keluarga turut usrah bermakna ikatan pertalian darah (hubungan kekeluargaan) dan juga ikatan iman dapat dicantumkan sekali. Dan usrah juga menjadi teras kepada mereka yang tiada pertalian darah. Peranan usrah ini amatlah penting dalam Tarbiyyah (pendidikan) Madrasah Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam. Dan ini terbukti dengan lahirnya golongan yang dipanggil generasi al-Quran yang unik dimana mereka adalah insan-insan yang dididik untuk menjadi contoh kepada orang Islam di seluruh dunia sehingga ke hari kiamat. Mereka juga dipanggil dalam al-Quran sebagai khairun ummatun (sebaik-baik umat). Sekiranya anak-anak berminat untuk mengetahui tentang usrah dan ingin mengikutinya carilah ilmu terlebih dulu agar dapat mengenal usrah yang Rasululllah sollallahu 'alaihi wassalam telah mulakan lebih 1400 tahun yang lalu. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Do not fall into despair over a wrong action, when the door of turning to Him in repentance is always open.
|
qaulah_atrah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 79
Posting: 646
Dari: gombak
|
Posting pada: 20-11-05 00:19
salam'alaik.. ramai yang salah anggap sekarang tentang konsep 'usrah'itu.. seolah-olah usrah diwujudkan hanya untuk membincangkan topik-topik berkaitan agama.. oleh sebab itu, segelintir daripada pelajar2 sekolah.. yang pastinya sekarang,malas untuk melibatkan diri dengan usrah.. majoritinya, berpendapat usrah sesuatu yang membosankan.. namun, segalanya bergantung pada ahli2 usrah itu sendiri untuk melaksanakan sesuatu program dan menarik lebih ramai ahli.. wassalaM..
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 21-11-05 12:47
Wa'alaikumussalam wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah usahlah elak dari ikuti usrah. Ikutilah dulu dan rasai apa yang dilalui dan sekiranya ada masalah rujuk pada Ustaz atau Ustazah yang dikenali dapat membantu. Sesungguhnya usrah itu sunnah bila ia berasaskan Al Quran dan Al Hadis. Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - rugi kalau tak lalui usrah kerana ia kunci kita untuk mendalami bab ilmu Islam.
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 21-11-05 13:14
 bersabarlah,dalam menegakkan agama Allah ini pasti banyak cabarannya ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
SyAhEeDa
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate
|
Posting pada: 21-11-05 13:15
 usrah bagaikan 'stesen minyak'.. lama kelamaan input rohani kita akan habis.. sebab itulah usrah diwujudkan untuk memberi input kembali kepada rohani kita.. kalau tidak, tentu hanyut dalam sungai dunia yang sangat kuat pengaruhnya.. Yurp, setuju dengan qaulah_atrah.. nak tarik member usrah dan orang lain kenalah secara berhikmah.. buat program2 yang menarik together2.. di sebalik setiap program ada pengisiannya.. barulah orang tak jemu dan mengasingkan diri dari usrah.. tapi, jangan pula mengajak dengan cara paksa, sebab nanti mereka akan menjadi benci kepada aktiviti2 agama (dah banyak peristiwa macam ini).. Naqib amatlah penting.. macam akhi SaLaFiaN kata, kena ada follow up dengan anak buah..  baru melekat  mesra~ WaLLahua'LaM
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 25-11-05 17:45
usrah?... bagaimana ia dikendalikan... sesiapa yang ada pengalaman.. cubalah terangkan apakah antara pendekatan2 yang digunakan dalam berusrah ni...
|
maisarah_nur
Warga 4 Bintang Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8175
Posting: 157
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 25-11-05 17:55
assalamualaikum... usrah ni kalau betul kaedahnya memang seronok.. kita dapat rapatkan ukhwah antara ahli2 usrah.. bertukar-tukar fikiran dalam apa topik sekalipun.. bukan terikat dalam ilmu agama sahaja.. tidak dapat dinafikan sekarang tak ramai yang suka join aktiviti usrah ni.. alasannya.. sibuk.. buang masa.. nak rehat2.. padahal usrah ni amatlah berfaedah.. lebih2 lagi dalam mendalami ilmu agama.. bagi saya.. saya seronok bila join usrah.. walaupun ada percanggahan pendapat antara kami.. tapi bila dah lama-kelamaan jadi elok juga.. ukhwah makin mantap.. dan InsyALLAH berkekalan...  ----------------- ..~MeNjaNa PiMpInAn iRsHaDii~..
|
nano
Warga 5 Bintang Menyertai: 20.10.2005 Ahli No: 19971
Posting: 386
|
Posting pada: 25-11-05 22:23
Saya rasa usrah ialah satu cadbng tarbiyah .......elok la tu ......tapi tengok juga keberkesananya .....kalau tak berkesan ...buat perubahan sesuai, pastikan ada usrah umun dan usrah khusus.
|
great_teacher
WARGA SETIA Menyertai: 03.01.2004 Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...
|
Posting pada: 27-11-05 04:06
Pada 15-11-05 01:03 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! setiap usaha untuk memartabatkan syiar Islam dan jika pelaksanaannya adalah bertepatan dengan kehendak syarak, in sya'a'Llah usaha itu adalah betul...
pernah juga ikut usrah walaupun tak layak bergelar naqib tapi pengalaman jadi anak usrah memang best...
sedih bila ada orang Islam sendiri yang anti-usrah, terutama pihak pentadbiran, JTK/JKP kolej2 kediaman di universiti, dahlah mereka tu taknak ikut usrah, dikutuk2nya pula orang buat usrah & tazkirah selepas solat...
orang Islam jua yang menjatuhkan agama Islam... 
pengalaman yang sama... apa pun, banyak kebaikan yang diperolehi daripada usrah.....antaranya ilmu dan ukhwah sesama ahli usrah..( laki2...pompuan2...)
|
yanzu_ummi
Warga 5 Bintang Menyertai: 06.09.2004 Ahli No: 10950
Posting: 383
Dari: islamic city...
|
Posting pada: 16-12-05 03:01
terima kasih ummimq.. usrah memang bagus. bagi saya seharian menjadi pelajar di universiti menyebabkan kadang-kadang saya tak ada masa untuk join usrah pada setiap hari.pernah saya pergi satu seminar motivasi,penceramah tu kata,kalau nak berjaya,adakan usaha usrah setiap hari. jadi,setiap kali saya free,insya ALLAH,kami akan conduct usrah,satu pendekatan yang sangat bagus,bukan sahaja dapat bertukar pandangan,malah dapat mengeratkan ukhwah.. seharian menjadi pelajar yang sibuk,apa luaknya kalau kita meluangkan masa untuk perkara yang berfaedah seperti usrah  lapangkanlah hati kita dengan pengisian rohani..moga usaha kita diberkati ALLAH...
|
NuR_HiKMaH
WARGA SETIA Menyertai: 16.07.2003 Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor
|
Posting pada: 16-12-05 09:16
bagus berusrah...  amalan yang kecil boleh menjadi besar kerana niat amalan yang besar boleh menjadi kecil juga kerana niat sucikan niat dalam setiap amalan insyaAllah
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 16-12-05 10:09
Bagus ye berusrah ni. apapun niat yang paling penting. Ikhlas kerana Allah
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 16-12-05 10:13
bagi student, usrah adalah baik, tapi perlu belen dengan study. First in study, first in dah'wah....tak begitu , hehehe
|
yanzu_ummi
Warga 5 Bintang Menyertai: 06.09.2004 Ahli No: 10950
Posting: 383
Dari: islamic city...
|
Posting pada: 16-12-05 15:29
|
ahlam
Warga Rasmi Menyertai: 19.10.2005 Ahli No: 19963
Posting: 1
Dari: jb
|
Posting pada: 16-12-05 16:23
salam semua.. ana ahli baru.. just nak tambah sedikit berkenaan isu usrah.. memang agak susah kita nak jalankan usrah dengan kerap tapi mestilah usrah yang dijalankan tu konsisten dan dapat mengingatkan kita kepada Allah.. pada ahlam usrah adalah satu tanda sensitiviti kita terhadap aagama islam yang kita cintai ni..tanda sayang kita terhadap iman kita yang semakin menipis.. insyaAllah doakanlah moga usrah yang dijalankan dapat memberi kesan dan keterbukaan hati yang sebaiknya kepada kita.. wassalam..
|
aku_eus85
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.01.2005 Ahli No: 13619
Posting: 86
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 21-12-05 08:53
assalamualaikum... Usrah itu perlu tapi Usrah bukan lah satu wadah yang tepat untuk timba Ilmu agama 100%. Usrah hanya mampu untuk bngkitkan diri spy cintakan Ilmu Agama... so, kalau kita dah betul-betul faham apa itu tjuan usrah sama-sama lah kita prbnykkan hadir ke mjlis2 ilmu di masjid2 yang mmbuka kitab2 karangan muktabar dari A sampai Z. mlalui usrah kita tautkan Ukhwah, dari tautan ini kita sama-sama ajak sahabat2 tngkatkan ilmu agama... adalah silap bagi seseorang yang mengatakan ilmu dari Usrah sdh cukup sebagai bekalan, sekali dalam seminggu... Usrah hanyalah untuk bngkitkan rasa cinta kita pada agama iaitu TEORI, so... sebagai PRAKTIKnya... lakukanlah... " thalabul 'ilmi faridhatun 'ala kulli muslim " maksud " ilm" ialah ilmu agama iaitu wajib bagi setiap mslim... wallahua'lam
|
isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu
|
Posting pada: 21-12-05 09:34
usrah best...bnyak kebaikan yang boleh diambil
|
naini
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.02.2004 Ahli No: 7235
Posting: 74
Dari: kelantan
|
Posting pada: 04-02-06 16:49
usrah.....ana amat bersetuju dengan cara ini.bagi ana, seharusnya setiap umat ISLAM berusrah...ianya penting untuk kita mendalami ilmu agama dan berdiskusi tentang fenomena yang malanda umat ISLAM...tapi apa yang menghairankan ana ialah, ianya sering disalahtafsirkan....dikaitkan dengan politik.padahal ini adalah kewajipan umat ISLAM untuk berdakwah.ana pun masih kekurangan ilmu, tapi keyakinan dan semangat yang ada sedikit sebanyak melunturkan perasaan rendah diri.kewajipan untuk berdakwah itu adalah perlu....aktiviti vberusrah ini sememangnya sihat dan sebagai usaha untuk membangunkan ISLAM.moga2 usaha yang dilakukan mendapar keberkatan dan keredhaanNYA...
|
paku
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.04.2004 Ahli No: 8497
Posting: 179
Dari: Bumi, Bima Sakti
|
Posting pada: 11-04-06 01:41
|
jutawanmuslimah
WARGA SETIA Menyertai: 07.12.2005 Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM
|
Posting pada: 11-04-06 01:51
saya pun ikut usrah...usrah bagus... p/s: tempat perbincangan,,saling ingat-mengingati..
|
anaksolehah07
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.03.2006 Ahli No: 23171
Posting: 85
Dari: bumi Allah..
|
Posting pada: 11-04-06 02:43
buku apa yang anda guna dalam usrah?? (selain maza ya'ni)
|
IrSyA_IsYqI
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.05.2003 Ahli No: 437
Posting: 134
Dari: Batu Pahat & IIUM
|
Posting pada: 11-04-06 04:00
usrah>>> sesuatu yang relevan dalam islam dan seharusnya diteruskan... seboleh2nye pendekatan dalam usrah dipelbagaikan agar tidak timbul jemu dalam berusrah... dalam hal ni, semua ahli usrah harus main peranan termasuk naqib/ah.. kalau ada sebarang kelemahan dalam usrah, voice it dan try to overcome that problem... kalau boleh, kita jangan strictkan usrah hanya untuk satu2 organisasi saja, contohnya macam jemaah or society or else... tapi kalau boleh, biarlah ia dimulakan daripada rumah, or asrama atau sesama roommate yang berlainan fikrah.... wallahu'alam.....
|
zilzal
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2006 Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan
|
Posting pada: 11-04-06 05:06
tapi realitynye kalau orang yang ikut usrah ni akan dicop oleh mana-mana pertubuhan..sedikit sebyk menghalang usaha untuk join usrah... p/s:nak seribu daya...
|
Putra_Aiman
WARGA SETIA Menyertai: 13.11.2003 Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani
|
Posting pada: 11-04-06 09:15
usrah best kalau dapat komitmen dari semua jemaah...
|
nurirshad
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23047
Posting: 214
Dari: terengganu
|
Posting pada: 11-04-06 10:16
kita manusia... setiap masa perlu ada orang ingatkan tentang agama.. so, joinla usrah...insyaALLAH, kita akan selalu ingat mengingat antara satu sama lain...tak lari dari jalan dakwah..
|
ubaidillah
Warga 5 Bintang Menyertai: 22.11.2004 Ahli No: 12489
Posting: 361
Dari: kelantan
|
Posting pada: 11-04-06 12:38
salam alaykom.. komitmen terhadap usrah telah terbukti dapat membentuk syakhsiah kita.. ia juga bergantung kepada naqib/ah.. Usrah xsemestinya rasmi..informal pun tak ada masalah..
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 11-04-06 13:49
salam... usrah, salah satu lorong tuk kita memperbaiki diri dan memperkaya santapan rohani.. cuma yang sedihnya, di ipt2, usrah ni sering di salah erti... nak ajak sahabat2 menyertai pun satu cabaran juga.. wallahu'alam... salam..
|
jutawanmuslimah
WARGA SETIA Menyertai: 07.12.2005 Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM
|
Posting pada: 11-04-06 14:05
kalau buat usrah, akan dipandang serong p/s: perlukan kekuatan dalaman
|
Norhaslina
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.11.2005 Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 11-04-06 15:59
 ..  Usrah adalah 'keluarga'.. Dalam usrah bukan sahaja hal-hal agama yang kita bincangkan,tapi meluas dan pelbagai.. antaranya isu semasa..Di kolej ana kami naqib dan naqibah dibekalkan dengan silibus usrah yang dirangka oleh penyelaras Majlis Nuqaba'..Usrah dikolej ana wajib,tapi tu pun tak semua yang akan hadir,malah bersedia dengan pelbagai alasan..Jadi peranan naqib dan naqibah amat penting untuk memastikan setiap ahli usrahnya hadir...usrah tak perlulah terlalu formal hingga ada yang akan bosan, sebaliknya manfaatkan ia dengan pelbagai aktiviti yang ceria... selain usrah kita boleh buat rehlah, camping @ sebagainya bersama ahli usrah dengan pengisian yang baik.. sebelum memulakan usrah baik kita baca al-ma'thurat agar ada keterikatan antara naqib/naqibah dengan anak usrah..naqib/naqibah harus pandai mengawal situasi usrah dengan sebaiknya..usrah juga merupakan gelanggang untuk kita menampilkan diri dengan idea-idea yang di usulkan @ pendapat dan pandangan dari individu,dengan ini dapat melatih kita cara berkomunikasi dengan orang lain..banyak 'Ilmu yang boleh kita kongsikan bersama..masalah juga boleh kita kongsi bersama naqib/naqibah @ sesama ahli usrah..perbincangan pelajaran pun boleh kita kongsi bersama di dalam usrah..Namun majlis 'ilmu ni kurang diminati oleh sesetengah golongan yang menganggapnya membuang masa dan tidak berfaedah serta ditentang oleh umat Islam sendiri...usrah juga adalah medan untuk kita memperbaiki diri menjadi hambaNya agar berguna pada bangsa,agama dan negara... Biasalah usaha dah'wah apapun pasti ada cabarannya, yang penting istiqamah perlu ada dalam diri dengan niat segala apa yang dilakukan itu ikhlas kerana ALLAH.. sekadar pandangan.. WALLAHHUA'ALAM...  ........................... Sekali kaki melangkah di jalan Allah,Jangan undur.. Biarkan masa berganti, Aqidah jangan mati... Biar zaman berubah, Keyakinan pada Allah jangan goyah.. Teruska perjuangan... ALLAHUAKBAR  ----------------- SENYUMSOKMO (^_^) [ Telah diedit oleh: Norhaslina pada 11-04-06 21:59 ]
|
ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang Menyertai: 02.11.2005 Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt
|
Posting pada: 11-04-06 16:49
 .. janganlah menjumudkan kepala antum dalam permasalahan ini..sebenarnya usrah adalah satu titik tolak dalam melahirkan generasi yang berilmu dan memantapkan syahsiah diri.jangan ingat usrah itu mendatangkan pekara yang serong semata2...kekadang orang-orang ini tak nak join perkara2 kebaikan ini sebab mereka pandang sebelah mata juga...jika mereka dapat lihat kedua2 belah mata dan mendalami dan menghayatinya ..insyaAllah kita akan dapat menerima program seperti ini. Usrah terlebih dahulu dilakukan oleh para sahabat,tabi' tabiin,tabiin dan para ulama' terdahulu...kita sekarang yang bagaikan debu2 mereka dan entah-entah tak sampai nak jadi debu nak memperlekehkan Usrah..salah itu kawan. ana harap usrah dapat dikembangkan di arena dunia islam masa kini..banyak hikmah yang kan kita dapat di kemudian hari...Naqib/ah yang mengambil tugas ini kenalah memberi komitmen kepada ahli2 keluarganya agar penyampaian yang nak disampaikan diterima oleh anak buah dan perbincangan disimpulkan dengan sebaik2nya. sekadar itulah sahaja kata saya ...wassalam
|
mieIKIM
Warga 4 Bintang Menyertai: 02.04.2006 Ahli No: 23916
Posting: 318
Dari: Anyway UnAvailable
|
Posting pada: 11-04-06 16:53
ana selalu buat usrah.kadang-kadang qiam malam hari.elok apa,kita buat untuk muhasabah diri,tiada apa yang salah melainkan menyalahknnye.sambil2 tu makn mee bola.
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 11-04-06 17:09
Pada 11-04-06 05:06 , zilzal posting:!!! QUOTE !!! tapi realitynye kalau orang yang ikut usrah ni akan dicop oleh mana-mana pertubuhan..sedikit sebyk menghalang usaha untuk join usrah...
p/s:nak seribu daya... ana setuju saja benda-benada yang baik macam ni... cuma apa kena mengena wasilah dengan usrah ni.... lepas itu ana nak tanya pada sesiapa yang tahu la.... PERTUBUHAN yang mana yang sering anjurkan usrah ni... nak cari platform yang betul....
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 11-04-06 17:10
Pada 11-04-06 05:06 , zilzal posting:!!! QUOTE !!! tapi realitynye kalau orang yang ikut usrah ni akan dicop oleh mana-mana pertubuhan..sedikit sebyk menghalang usaha untuk join usrah...
p/s:nak seribu daya... ana setuju saja benda-benada yang baik macam ni... cuma apa kena mengena wasilah dengan usrah ni.... lepas itu ana nak tanya pada sesiapa yang tahu la.... PERTUBUHAN yang mana yang sering anjurkan usrah ni... -nak cari platform yang betul....
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 11-04-06 17:10
Pada 11-04-06 05:06 , zilzal posting:!!! QUOTE !!! tapi realitynye kalau orang yang ikut usrah ni akan dicop oleh mana-mana pertubuhan..sedikit sebyk menghalang usaha untuk join usrah...
p/s:nak seribu daya... ana setuju saja benda-benada yang baik macam ni... cuma apa kena mengena wasilah dengan usrah ni.... lepas itu ana nak tanya pada sesiapa yang tahu la.... PERTUBUHAN yang mana yang sering anjurkan usrah ni... -nak cari platform yang betul....
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 11-04-06 17:30
Pada 11-04-06 05:06 , zilzal posting:!!! QUOTE !!! tapi realitynye kalau orang yang ikut usrah ni akan dicop oleh mana-mana pertubuhan..sedikit sebyk menghalang usaha untuk join usrah...
p/s:nak seribu daya... ana setuju saja benda-benada yang baik macam ni... cuma apa kena mengena wasilah dengan usrah ni.... lepas itu ana nak tanya pada sesiapa yang tahu la.... PERTUBUHAN yang mana yang sering anjurkan usrah ni... -nak cari platform yang betul....
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 11-04-06 17:30
Pada 11-04-06 05:06 , zilzal posting:!!! QUOTE !!! tapi realitynye kalau orang yang ikut usrah ni akan dicop oleh mana-mana pertubuhan..sedikit sebyk menghalang usaha untuk join usrah...
p/s:nak seribu daya... ana setuju saja benda-benada yang baik macam ni... cuma apa kena mengena wasilah dengan usrah ni.... lepas itu ana nak tanya pada sesiapa yang tahu la.... PERTUBUHAN yang mana yang sering anjurkan usrah ni... -nak cari platform yang betul....
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 11-04-06 17:31
sorry ada kesilapan technical....
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 12-04-06 15:05
usrah - usaha terbaik untuk berdakwah dan mentarbiyyah.
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 12-04-06 15:13
Wassalamu'alaikum wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah sekiranya ada peluang untuk pergi usrah maka pergilah kerana ia adalah majlis ilmu dan Rasulullah saw pernah bersabda agar melawat taman syurga di dunia iaitu majlis ilmu (termasuk usrah). Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - with knowledge no soul will ever be lonely.
|