Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 74
Ahli: 0
Jumlah: 74




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Jejak Ukhwah
Topik: pentingnya erti persahabatan


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» pentingnya erti persahabatan

Please Mendaftar To Post


Oleh pentingnya erti persahabatan

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-11-05 08:24


Belajar daripada orang bijak"

"HIDUP bukan sekadar menunggu mati meskipun ajal dan maut tetap
menanti". Hidup jangan terlalu memikirkan masa hadapan kerana ia akan menjadi racun kepada pemikiran. Rebutlah seberapa banyak peluang yang ada pada hari ini. Pastikan setiap saat yang berlalu tidak sia-sia. Kalau kita pelajar, belajar bersungguh-sungguh dan andainya kita pekerja, jadilah pekerja yang berdaya maju. Belajar, berusaha, berdoa dan bertawakal untuk mencapai kejayaan.

Belajar daripada orang yang bijak. Seseorang itu jahil sekiranya dia berpuas hati dengan hujah orang jahil. Siapakah orang bijak?
Sesungguhnya dia adalah orang yang di dalam hatinya sentiasa mengingati saat-saat kematian, mereka sentiasa takut untuk melakukan perkara-perkara sumbang. Siapakah orang yang jahil? Dia ialah orang yang sentiasa memikirkan yang dia akan hidup selama-lamanya.

Justeru, janganlah kita lagukan lagi irama sendu. Nyanyikan lagu-lagu kejayaan. Lemparkan gerhana bulan ke lautan dan berikan SENYUMANMU yang paling manis sepanjang zaman.

JANGANLAH kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

DUA sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

TERLALU sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

TEMAN ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan TAPI sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

PERSAHABATAN yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

afizam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14810
Posting: 82
Dari: negeri indera kayangan

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 02-11-05 12:42


Assalamualaikum,

ana setuju dengan ummi.....tapi bagaimana nak cari sahabat yang betul2 menghargai kita....not just when we are happy but also when we are sad....sahabat ana sekarang ni majoriti kawan masa senang saja.....sedh juga bila pikir2 balik....

wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For afizamProfil   Hantar PM kepada afizam   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-11-05 08:06


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan atas respons. Sebenarnya asas pendidikan Islam yang disampaikan oleh Rasulullah saw adalah jelas mementingkan kehadiran sahabat dalam kehidupan kita yang sementara ini. Asasnya ialah Iman dan Ukhwah (silaturrahim iaitu bersahabat). Namun merujuk kepada soalan anakanda bagaimana untuk mendapat sahabat yang sebenar-benarnya maka kita perlu memahami akan konsep habluminallah (hubungan dengan Allah) dan habluminannas (hubungan sesama manusia).

Bersahabat itu adalah ketentuan Allah juga jadi mohonlah pada Nya untuk mendapatkan sahabat yang beriman dan soleh. Sebab itu Al Quran dan Al Hadis banyak memberi nasihat dan ajaran agar bersahabat dengan yang beriman dan beramal soleh (rujuk surah Al Asr). Mafhum ayat tersebut - Demi masa, sesungguhnya semua manusia dalam kerugian kecuali yang beriman dan beramal soleh, ingat mengingati pada yang hak dan ingat mengingati pada kesabaran.

InsyaAllah sekiranya hati kita ini ada iman maka kita akan dapat menilai siapa yang kita pilih untuk menjadi sahabat kita.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - We live not by the breath that flows in and flows out, but by Him who causes the breathto flow in and flow out.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

atulasca
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17781
Posting: 28
Dari: terengganu

Pahang  


posticon Posting pada: 15-11-05 10:29


Assalamualaikum.. em, saja saja nak cerita pengalaman ..alhamdulillah ummimq, saya dah jumpa sahabat sejati dunia akhirat yang bukan sahaja dapat bimbing saya di dunia tapi juga di akhirat... saya ada satu cara untuk dapat sahabt yang baik.. caranya mudah saja..selalulah pergi ke surau atau masjid2...sebab dekat situ, kita dapat jumpa dengan mereka2 yang cintakan Allah... insyaAllah, bila kita bersahabat dengan orang-orang yang sebegini, diri kita akan lebih dihargai kerana tujuan persahabatan yang ikhlas fi sabilillah...wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For atulascaProfil   Hantar PM kepada atulasca   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 15-11-05 10:54


Pada 02-11-05 08:24 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Belajar daripada orang bijak"

"HIDUP bukan sekadar menunggu mati meskipun ajal dan maut tetap
menanti". Hidup jangan terlalu memikirkan masa hadapan kerana ia akan menjadi racun kepada pemikiran. Rebutlah seberapa banyak peluang yang ada pada hari ini. Pastikan setiap saat yang berlalu tidak sia-sia. Kalau kita pelajar, belajar bersungguh-sungguh dan andainya kita pekerja, jadilah pekerja yang berdaya maju. Belajar, berusaha, berdoa dan bertawakal untuk mencapai kejayaan.

Belajar daripada orang yang bijak. Seseorang itu jahil sekiranya dia berpuas hati dengan hujah orang jahil. Siapakah orang bijak?
Sesungguhnya dia adalah orang yang di dalam hatinya sentiasa mengingati saat-saat kematian, mereka sentiasa takut untuk melakukan perkara-perkara sumbang. Siapakah orang yang jahil? Dia ialah orang yang sentiasa memikirkan yang dia akan hidup selama-lamanya.

Justeru, janganlah kita lagukan lagi irama sendu. Nyanyikan lagu-lagu kejayaan. Lemparkan gerhana bulan ke lautan dan berikan SENYUMANMU yang paling manis sepanjang zaman.

JANGANLAH kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

DUA sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

TERLALU sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

TEMAN ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan TAPI sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

PERSAHABATAN yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.



PERSAHABATAN???? Maaf saja la, ye kalau dressing tak masuk akal, toleh pun tak sudi...Maaf ye, memalukan kat ore saja....
[ Telah diedit oleh: farhanna pada 15-11-05 10:59 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-11-05 15:47


:-) Assalamualaikum....


Persahabatan...kadang-kadang orang bersahabat dengan kita ada satu makna yang tersirat disebaliknya....ialah nak berkawan atas dasar2 yang tertentu....
Kehilangan seorang kawan amat memeritkan...dulu dialah pemberi semangat...sekarang dia dah makin jauh....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-11-05 21:08


sahabat? erti sahabat ni terlalu abstrak bagi saya.....entah lah, tak dapat nak di tafsirkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-11-05 11:58


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah copy paste sesuatu agar anak-anak memahami erti persahabatan.

Salam iman dan ukhuwah,

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain.

10. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. jangan dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."


Wallahuta'ala a'lam bissawa
Wasssalamu'alaikum wrt wtb
ummimq
ps - semoga persahabatan dapat memperkukuhkan lagi silatuurraim.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ilham_thahurah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16605
Posting: 207
Dari: sumatera-malaysia-London

indonesia  


posticon Posting pada: 21-11-05 12:25


alhamdulillah...ummiq saya bersyukur kerana terbaca posting yang ummiq buat ni...mmm...persahabtan memang penting dalam hidup saya..dan isu persahabatan memang sensitif dalam hidup saya dan mempunyai kesan yang mendalam terhadap saya semenjak saya kematian sahabat yang amat-amat saya sayang setahun lalu..

dan saya dapati sekarang ni saya lebih menyayangi sahabat-sahabat saya lebih dari diri saya sendiri...alhamdulillah...betul kata orang adakalanya konflik yang berlaku antara kita dan sahabat akan mengeratkan lagi ukhwah antara dua hati...maka dengan itu kita lebih memahami dan mengerti sahabat kita macam mana..betul tak ummiq...??? :-)

walau apa pun yang berlaku saya tahu setiap yang berlaku itu ada hikmahnya....dan ini adalah lumrah kehidupan...that's life

wallahualam


-----------------
...sTars aRe sEen tOgeTher,yet tHe aRe sO fAr aParT...tRue RelaTion maY nOt mEet eveRyDay, bUt rEmeMber wE aRe alWays liNkEd hEart tO HeArt...�
[ Telah diedit oleh: ilham_thahurah pada 21-11-05 12:27 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ilham_thahurahProfil   Hantar PM kepada ilham_thahurah   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-11-05 12:36


Syukran ummi.. panduan untuk bersahabat.. :) lebih-lebih lagi untuk remaja (usia pengaruh rakan paling kuat)..

Pepatah Arab untuk renungan.." Musuh yang bijak lebih baik daripada kawan yang jahil.. "

Bersahabat biarlah kena pada cara dan tempat..

WaLLahua'LaM

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-11-05 13:07


betul tu ummimq...saya setuju sangat..thanks ye ummimq..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

arinie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.07.2005
Ahli No: 17125
Posting: 56
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-11-05 14:17


memang sukar untuk mencari sahabat kerana kebanyakannya inginkan duit...dan ada sesetengah tu bila kita sennag saja dan bila kita susah semuanya pergi.betul tak cakap saya ni.
sahabat sejati adalah sahabat yang ikhlas dengan kita bukannya kekayaan atau pangkat semata2.

Bookmark and Share

    


  Member Information For arinieProfil   Hantar PM kepada arinie   Quote dan BalasQuote

puteribongsu1306
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17648
Posting: 291
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 21-11-05 14:33


saya pun setuju jugak dengan pendapat arinie...
saya nak tany pendapat ahli ukhwah... apa perasan anda sekalian kalau orang yang anda angkat sahabat baik tiba2 menikam kita dari belakang???

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteribongsu1306Profil   Hantar PM kepada puteribongsu1306   Quote dan BalasQuote

ilham_thahurah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16605
Posting: 207
Dari: sumatera-malaysia-London

indonesia  


posticon Posting pada: 21-11-05 15:02


ya Allah minta lah di jauhkan...kalau ada sahabat yang macam tu...
sahabat yang menikam dari belakang...


-----------------
...sTars aRe sEen tOgeTher,yet tHe aRe sO fAr aParT...tRue RelaTion maY nOt mEet eveRyDay, bUt rEmeMber wE aRe alWays liNkEd hEart tO HeArt...�


Bookmark and Share

    


  Member Information For ilham_thahurahProfil   Hantar PM kepada ilham_thahurah   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  


posticon Posting pada: 21-11-05 18:12


persahabatan memang penting...yang penting ikhlas...insyaAllah... :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-11-05 08:45


Pada 21-11-05 12:25 , ilham_thahurah posting:

!!! QUOTE !!!

alhamdulillah...ummiq saya bersyukur kerana terbaca posting yang ummiq buat ni...mmm...persahabtan memang penting dalam hidup saya..dan isu persahabatan memang sensitif dalam hidup saya dan mempunyai kesan yang mendalam terhadap saya semenjak saya kematian sahabat yang amat-amat saya sayang setahun lalu..

dan saya dapati sekarang ni saya lebih menyayangi sahabat-sahabat saya lebih dari diri saya sendiri...alhamdulillah...betul kata orang adakalanya konflik yang berlaku antara kita dan sahabat akan mengeratkan lagi ukhwah antara dua hati...maka dengan itu kita lebih memahami dan mengerti sahabat kita macam mana..betul tak ummiq...??? :-)

walau apa pun yang berlaku saya tahu setiap yang berlaku itu ada hikmahnya....dan ini adalah lumrah kehidupan...that's life

wallahualam



bila timbul konflik...
kadang-kadang kita sukar untuk mencari penyelesaiannya...
akhirnya...ukhwah yang terjalin itu...
berkubur begitu sahaja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

pinky_sakura
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16577
Posting: 21
Dari: kuala langat

Selangor  


posticon Posting pada: 28-11-05 09:43


salah ke seorang pelajar macam saya ni berkawan dengan pelajar lelaki yang merupakan seorang penghafaz al quran?? mengapa ini dikatekan sebagai satu kesalahan?? niat saya hanya satu untuk mengeratkan ukhuwah..jadi adakah ini salah disisi agama??mohon jasa baik umming dan juga sahabat yang lain berikan sedikit pandangan dan juga nasihat serta penyelesaian bagi soalan yang saya utarakan ini...kerjasama anda semua amat saya hargai..syukran jazilan

Bookmark and Share

    


  Member Information For pinky_sakuraProfil   Hantar PM kepada pinky_sakura   Pergi ke pinky_sakura's Website   Quote dan BalasQuote

cahaya_nur_iman
Warga Rasmi
Menyertai: 14.05.2005
Ahli No: 16528
Posting: 13
Dari: tanah adriyana

north_korea   avatar


posticon Posting pada: 28-11-05 10:43


Pada 21-11-05 14:33 , puteribongsu1306 posting:

!!! QUOTE !!!

saya pun setuju jugak dengan pendapat arinie...
saya nak tany pendapat ahli ukhwah... apa perasan anda sekalian kalau orang yang anda angkat sahabat baik tiba2 menikam kita dari belakang???


assalamualaikum..saya dah kena macam tu..rasa sedih sangat. masa senang dia langsung tak pandang sebelah mata pun saya. masa susah baru nak jumpa saya. yang paling saya rasa sedih dia tipu saya. dia dengki dengan saya. mula2 saya sabar.. tapi sekarang tak dapat sabar dah. saya dah tak percaya dengan perkataan sahabat. betul ke ada sahabat yang baik dunia akhirat sekarang ni?


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_nur_imanProfil   Hantar PM kepada cahaya_nur_iman   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-11-05 15:11


Pada 28-11-05 10:43 , cahaya_nur_iman posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-11-05 14:33 , puteribongsu1306 posting:

!!! QUOTE !!!

saya pun setuju jugak dengan pendapat arinie...
saya nak tany pendapat ahli ukhwah... apa perasan anda sekalian kalau orang yang anda angkat sahabat baik tiba2 menikam kita dari belakang???


assalamualaikum..saya dah kena macam tu..rasa sedih sangat. masa senang dia langsung tak pandang sebelah mata pun saya. masa susah baru nak jumpa saya. yang paling saya rasa sedih dia tipu saya. dia dengki dengan saya. mula2 saya sabar.. tapi sekarang tak dapat sabar dah. saya dah tak percaya dengan perkataan sahabat. betul ke ada sahabat yang baik dunia akhirat sekarang ni?



insyaAllah..ada...
jadilah yang terbaik sebelum mengharapkan didekati oleh yang baik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12202 saat. Lajunya....