Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Usah merungut bila gelap; pasang lampu teranglah ia
-- Peribahasa Jawa

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 120
Ahli: 0
Jumlah: 120




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 16 jam, 41 minit yang lalu
Kang: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: GEMPAR KIAMAT


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» GEMPAR KIAMAT

Please Mendaftar To Post


Oleh GEMPAR KIAMAT

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-10-05 13:42


> > > > > KUALA LUMPUR: Ramalan berlaku kiamat ketika gerhana
> > > > > berpasangan Oktober ini yang diedarkan melalui e-mel dalam
> > > > > laman web forum tempatan hanyalah andaian semata-mata.
> > >
> > > > > Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata umat Islam
> > > > > perlu menolak ramalan itu yang bertujuan merosakkan akidah
> > > > > mereka. Katanya, mereka perlu berhati-hati apabila membaca
> > > > > e-mel berkenaan dan jangan mempercayainya.
> > >
> > > > > "Hari kiamat perkara ghaib yang sebenarnya berada di bawah
> > > > > ilmu Allah. Sesiapa pun tidak tahu sedangkan Nabi sendiri pun
> > > > > tidak tahu bila hari kiamat. "Sudah banyak ra malan sedemikian

> > > > > dibuat dari semasa ke semasa dan dilakukan sejak zaman Nabi,
> > > > > tetapi tidak pernah terjadi. Nabi pernah menyatakan tukang
> > > > > nujum itu bohong, walaupun ada kejadian yang betul tetapi ia
> > > > > hanya kebetulan," katanya.

> > > > > Menurutnya, penyebaran e-mel itu adalah perbuatan pihak yang
> > > > > ekstrem atau berniat memesongkan akidah umat Islam.
> > > > > "Manusia mempunyai akal yang terbatas jangkauannya. Jangkauan
> > > > > manusia ke angkasa lepas masih lagi terbatas. Kemampuan
         manusia
> > > > > mengetahui bila berlakunya gempa bumi juga terbatas. Hal
         seperti
> > > > > Tuhan, malaikat, qada dan qadar bagi akal manusia juga
         terbatas,"
> > > > > katanya.
> > >
> > > > > Harussani berkata, perbuatan mengedar e-mel itu mungkin dibuat

> > > > > pihak tertentu yang berniat memesongkan kepercayaan umat
> > > > > Islam. "Jika pengarangnya mendakwa ramalan itu berdasarkan
> > > > > sebuah kitab, apakah ia benar kerana kita tidak pernah
         ditunjukkan
> > > > > kitab itu.
> > >
> > > > > "Apa pun, saya nasihatkan penerima e-mel berkenaan supaya
> > > > > jangan percaya kandungannya, tetapi boleh mengambilnya sebagai

> > > > > iktibar untuk kita bersedia menghadapi hari itu. "Banyakkan
> > > > > amalan mulai sekarang, ikhlaskan hati ketika beribadah dan
> > > > > baiki perangai kerana semuanya tidak mustahil," katanya ketika

> > > > > mengulas pengedaran e-mel bertajuk 'Tahun Gempar 2005' itu
> > > > > yang meramalkan hari kiamat akan berlaku selepas fenomena
> > > > > gerhana berpasangan pada Oktober.
> > > > > Ia disebarkan sejak awal tahun lalu menerusi laman web forum
> > > > > tempatan.
> > >
> > > > > Antara kandungan e-mel itu, manusia akan menghadapi konflik
> > > > > besar selepas kematian pemerintah Arab Saudi sekarang. Sebaik
> > > > > saja kematiannya, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa
> > > > > langit yang menakjubkan pada Ramadan yang juga Oktober tahun
> > > > > ini.
> > >
> > > > > Peristiwa langit yang didakwa akan berlaku adalah fenomena
> > > > > gerhana berpasangan pada satu bulan, tahi bintang jatuh di
> > > > > Amerika Syarikat menyebabkan kemusnahan teruk.
> > >
> > > > > Sementara itu, Pensyarah Ilmu Falak Syarie di Institut Agama
> > > > > Islam Negeri Kedah (Insaniah), Abdul Ghani Salleh, berkata
> > > > > fenomena gerhana berpasangan sudah banyak berlaku dalam takwim

> > > > > Islam dan banyak pihak cuba mengambil kesempatan daripada
> > > > > kejadian itu.
> > >
> > > > > "Fenomena gerhana berpasangan iaitu gerhana matahari dan bulan

> > > > > yang berlaku pada satu bulan tiada kaitan dengan petanda akhir

> > > > > zaman. Ini kerana ia sesuatu kejadian semula jadi ditetapkan
> > > > > hukum Allah.
> > >
> > > > > "Kejadian gerhana tidak ada kena-mengena dengan petanda akhir
> > > > > zaman. Apa yang didakwa dalam e-mel itu hanya rekaan kerana
> > > > > ingin menipu umat Islam dengan mengambil kesempatan daripada
> > > > > fenomena gerhana berpasangan," katanya.
> > >
> > > > > Oleh itu, bagi mengelakkan diri ditipu, teraniaya atau
> > > > > dizalimi golongan yang cuba mengambil kesempatan, umat Islam
> > > > > wajar mengetahui ilmu falak syarie, terutama berkaitan fenomena gerhana
         berpasangan.

> > > > > Beliau berkata, pengarangnya mungkin berniat negatif untuk
> > > > > menakutkan umat Islam, misalnya, meramalkan peperangan
         berlaku
> > > > > pada bulan haji supaya mereka takut ke Makkah.
> > >
> > > > > Abdul Ghani berkata, memang ramai bertanya kepadanya mengenai
> > > > > hal berkenaan, namun mereka yang tidak mendalami ilmu falak
> > > > > syarie mudah salah faham dan terpedaya.
> > > > > Katanya, berdasarkan hitungan falak tahun ini, ada empat
> > > > > kejadian gerhana tetapi tiada yang berlaku berpasangan pada
> > > > > Ramadan.
> > >
> > > > > "Kejadian gerhana terbaru adalah pada April lalu iaitu gerhana

> > > > > matahari pada 8 haribulan dan gerhana bulan pada 24 haribulan.

> > > > > "Berikutnya, gerhana matahari pada jam 4 petang, 3 Oktober
> > > > > tetapi tidak kelihatan di Malaysia kerana ia akan melalui
> > > > > Utara Afrika dari Lautan Atlantik seterusnya ke Gibraltar dan
> > > > > Somalia sebelum ia mati di Lautan
India,
> > > > > manakala gerhana bulan pada 17 Oktober jam 8 malam tetapi
> > > > > hanya 28 peratus saja boleh dilihat," katanya.
> > >
> > > > > Beliau berkata, ilmu falak syarie penting kepada umat Islam
> > > > > kerana ia menerangkan mengenai hakikat alam dan kaitannya
> > > > > dengan perlakuan ibadat. Mendalaminya boleh dianggap satu
> > > > > ibadat kerana ia dapat menimbulkan rasa keinsafan dan
> > > > > mendekatkan diri kepada
Allah.
> > > > > "Namun, apa yang dikesalkan generasi muda sekarang seolah-olah
tidak
> > > > > berminat mempelajarinya dan jika ada pun hanya separuh jalan,
> > > > > sedangkan pengkajian dalam ilmu ini membolehkan ibadat solat,
puasa
> > > > > dan haji dijalankan dengan sempurna kerana masa yang menjadi
> > > > > syarat sah kepada ibadat berkenaan dapat ditentukan seperti
> > > > > yang dikehendaki," katanya.

...janganlah mudah percaya dengan ramalan2 yang mungkin datangnya dari perosak Islam sendiri...

Islam itu indah...;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

musafirsepi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2005
Ahli No: 17831
Posting: 110
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-10-05 15:04


Assalamualaikum w.b.t,

Allahuakbar!ana pun pernah dapat email macam tu,tapi,sebagai insan yang allah beri aqal,fikirlah betul betul,jangan nak terima bulat bulat,kaji dulu...
Actually,ana anggap itu semua sebagai pengajaran atau amaran pada umat manusia agar sentiasa sedar yang kiamat itu pasti berlaku.Bila?semua dalam kuasa Allah...
Ambillah ikhtibar..sampaikan pada yang tidak mengerti...mantapkan ilmu Allah,insyaAllah sentiasa dalam petunjukNYA...

salam ramadhan

Bookmark and Share

    


  Member Information For musafirsepiProfil   Hantar PM kepada musafirsepi   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 27-10-05 17:54


macam macam la...

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

mazrik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.10.2005
Ahli No: 20118
Posting: 98
Dari: Bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-10-05 18:33


Saya pun pernah terbaca E-mail ni....
Tapi suatu masa yang dulu la...
baru-baru ni ada pula terbaca satu article....

Dalam artikel tu ada keluarkan hadith yang mengatakan nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang umatnya hanya akan hidup 1500 tahun... So maknanya kita ada kira2 74 tahun lagi tempoh hayat rumah manusia ni...

Dalam artikel tu jugak ada menyentuh pasal sebiji plenet (dan komet) yang akan menghentam bumi ni.... Semua tu hanya ramalan....Kita sebagai seorang Islam yang beriman memang dah tau kiamat tu pasti berlaku... So sebagai seorang yang bijak... kita mesti bersedia dari segi amalan kita... itu yang paling penting...
Wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mazrikProfil   Hantar PM kepada mazrik   Quote dan BalasQuote

qhozi2000
Warga Rasmi
Menyertai: 04.11.2003
Ahli No: 4903
Posting: 8
Dari: 12.12.1999

brunei  


posticon Posting pada: 27-10-05 23:38


apapun kita sebagai hambaNYA ,yeng penting jalankan tenggungjawab kita sebaik-baiknyer.tak perlu tunggu dekat kiamat.kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For qhozi2000Profil   Hantar PM kepada qhozi2000   Pergi ke qhozi2000's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 28-10-05 09:33


rasanya dalam portal ni pun pernah ada posting tentang tanda-2 awal kemunculam Imam Mahdi tu ... cuba cari balik ..

Kalau tak silap saya salah satu tandanya ialah akan kedengaran suara yang menggerunkan di waktu pada malam Jumaat di pertengahan Ramadhan (yang dijangka pada 20 Oktober lepas) .. ada sesiapa terdengar suara menggerunkan tu ???

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

ana_lia
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2004
Ahli No: 9598
Posting: 338
Dari: gombak

Selangor  


posticon Posting pada: 28-10-05 10:33


assalamualaikum...
macam2 la zaman sekarang ni...yang penting kita jangan sesekali terpedaya..kiamat ni cuma Allah yang mengetahui...kita cuma perlu bersedia untuk itu semua...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_liaProfil   Hantar PM kepada ana_lia   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 29-10-05 03:11


dah banyak kali ah dapat emel pasal 2005 ini.
tak ada masa nak baca. delete saja.


-----------------
pengalaman itu ibarat guru
yang mengajar di sekolah hidupmu


Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-10-05 06:33


ana pun pernah dapat emel macam ni..
macam-macam sekarang ni...nauzubillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-05 08:51


kadang-kadang musuh Islam mereka-reka cerita ni untuk mengerunkan,menimbulkan kekalutan,huru-hara dalam masyarakat islam....kita kena berhati-hati...ramai yang percaya benda2 karut ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  


posticon Posting pada: 29-10-05 10:51


bagi saya ini adalah satu cara orang nak pesongkan akidah kita...apapun kiamat bila2 masa boleh berlaku...



Bookmark and Share

    


  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

khuwailid
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5241
Posting: 139
Dari: marakka, mareisha

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 29-10-05 11:56


ana dapat juga emel tu.. s'baiknya jangan percaya...
Ini semua rahsia Allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For khuwailidProfil   Hantar PM kepada khuwailid   Pergi ke khuwailid's Website   Quote dan BalasQuote

mslina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 29-10-05 12:49


ustaz selaku lecturer saya ada bincang juga isu ni..
katenya..ALLAH saja yang tau..
kita ni..bersedia saja lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mslinaProfil   Hantar PM kepada mslina   Quote dan BalasQuote

nurfara
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7219
Posting: 56
Dari: Kuala Lumpur/Muar

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-05 13:39


saya pun pernah terbaca article ni tapi just baca sajalah itu semua kuasa tuhan...memang kiamat tu telah di janjikan tuhan...tapi bila ALLAH saja mengetahui...waallahualam. ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfaraProfil   Hantar PM kepada nurfara   Quote dan BalasQuote

Ikhwan23
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.01.2005
Ahli No: 13474
Posting: 60
Dari: Dimana sahaja yang diizinkanNya

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-10-05 03:02


Alhamdulillah.....

akhirnya terjawab segala persoalan
puas ana mencari jawapan sahih untuk menjawab pertanyaan sahabat,baru kin bertemu

terima kasih pada penghantar

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ikhwan23Profil   Hantar PM kepada Ikhwan23   Quote dan BalasQuote

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 30-10-05 20:07


kat malaysia saja kecoh..
ka Sudan ok saja Relaxxxx....

Bookmark and Share

    


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-10-05 22:24


fuhh...isu ni still hangat ye..walaupun ana dapat email ni since 2003..
tak sangka pula 2005 ni,disebarkan lagi email ni,bukan email saja..malah budak budak sekolah ada yang siap fotostat,kat surau2 dll....
Makin di update pula tu email tu,siap tambah ramalan ramalan dia.

Wallahualam...

Bawah ni ada beberapa link yang Insya Allah boleh membantu dalam menyelesaikan masalah e-mail tersebut.(cedokan dari Al-Ahkam)

1.Berkaitan Imam Mahdi

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=17492&highlight=kiamat&sid=47ff9403eb98d39465822490d4ffc28b

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=17492&highlight=mahdi&sid=4f009f2877801cf06b87e0407ddadee7

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=7633&highlight=mahdi&sid=4f009f2877801cf06b87e0407ddadee7

2.Berkaitan Kiamat

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=8239&highlight=kiamat&sid=4f009f2877801cf06b87e0407ddadee7

3.Kaitan Kematian Raja Fahd dan kemunculan Imam Mahdi?

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=29104&highlight=Kiamat


-----------------
www.syafiquniten.blogspot.com

Soleh Wa Musleh...
[ Telah diedit oleh: Islamic_prince88 pada 30-10-05 22:26 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-10-05 22:31


Artikel/Email mengenai akhir zaman yang macam ni baru boleh percaya :)
Insya Allah...

Hadis-Hadis Akhir Zaman
http://ukhwah.com/viewtopic.php?topic=18400&forum=21

tafsir hadith akhir zaman
http://ukhwah.com/viewtopic.php?topic=18312&forum=21

Wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-10-05 22:45


Jawapan kepada Tahun 2005 yang Gempar
Assalamu'alaikum warahmatullah.. Bismillahirrahmanirrahim..

Pastinya ramai di antara kita yang pernah menerima email yang menceritakan tentang kegemparan tahun 2005, iaitu peristiwa gerhana 2 kali dalam bulan Ramadhan yang dikaitkan dengan kedatangan Imam Mahdi. Terdapat dua email yang agak popular, pertamanya menceritakan kaitan di antara peristiwa gerhana dengan kemunculan al-Mahdi. Kandungan email ini merupakan ringkasan daripada buku karangan Muhammad Amin Jamaluddin yang berjudul "Huru Hara Di Akhir Zaman." Manakala email yang kedua pula adalah kesinambungan daripada email yang pertama, yang kononnya mengesahkan lagi dakwaan kemunculan al-Mahdi dari email sebelumnya. Ia giat disebarkan setelah kematian Raja Fahd baru-baru ini.


1. Di antara kandungan email pertama adalah petikan hadith yang diriwayatkan dari Imam saja'afar Shadiq rahimahullah:

"Kehadiran Imam Mahdi di kalangan umat manusia dibuktikan dengan berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yang suci, yang tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad.." (Ikmal ad-Deen masa 361)

Ianya dikatakan sebagai petanda awal kemunculan Imam Mahdi. Tidak kurang juga yang menokok tambah dengan mengatakan bahawa dua gerhana ini merupakan petanda awal berlakunya Qiamat! Peristiwa dua gerhana ini dijangka dapat disaksikan pada Ramadhan yang bakal menjelang, menjadikan tahun 2005 sebagai tahun yang gempar.

Pertamanya, harus diingat peristiwa dua gerhana pada bulan Ramadhan ini sebenarnya telahpun berlaku pada tahun 2003 yang lalu, dan isu yang sama turut dimainkan pada tahun tersebut. Heboh di sana sini orang memperkatakan tentang kemunculan Imam Mahdi. Hakikatnya, sudah hampir 2 tahun ia berlalu dan bumi masih berputar seperti biasa, tanpa apa-apa berita tentang al-Mahdi.

Keduanya, hadith tersebut dikatakan adalah dari sumber kaum Syiah yang diragui keshahihannya (bahkan sesetengahnya menganggap ia adalah hadith rekaan kaum Syiah). Pernah satu ketika para Sahabat radhiallahu 'anhum mengaitkan peristiwa gerhana yang berlaku pada waktu itu dengan kewafatan putera Rasulullah yang bernama Ibrahim. Nabi lantas menyangkalnya dengan sabda Baginda yang diriwayatkan dari Abdullah ibn Umar:

"Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang, tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya, dirikanlah solat.." (Shahih Muslim)

Rasulullah menegaskan kepada para Sahabat bahawa kejadian gerhana tiada kaitan dengan kewafatan puteranya, bahkan sama sekali tidak harus dikaitkan dengan kematian atau kelahiran seseorang. Justeru kejadian gerhana yang dijangka berlaku Ramadhan ini tidak harus dikaitkan dengan kemunculan al-Mahdi. Desas desus yang mengaitkan kematian Raja Fahd dengan kemunculan Imam Mahdi juga adalah tertolak. Ia perlu dilihat sebagai satu daripada Sunnatullah yang pasti juga akan berlaku pada setiap makhluk yang bernyawa.


2. Turut dinyatakan dalam email yang kedua (sambungan daripada email yang pertama), tarikh-tarikh yang perlu diperhatikan adalah:

* Ogos 2005/Rejab 1426 - Kematian Raja Fadh
* September 2005/Syaaban 1426
* Oktober 2005/Ramadhan 1426
- Gerhana di awal bulan
- Bunyi yang menggerunkan di tengah bulan (malam)
- Gerhana di tengah bulan (siang)
- Ada tanda di langit seperti tiang bersinar
* November 2005/Syawal 1426 - Peperangan dan huru hara
* Disember 2005/Zulqaedah 1426 - Konflik antara negara Islam/suku kaum
* Januari 2006/Zulhijjah 1426 - Pertumpahan darah di Mina pada musim Haji
* Februari 2006/Muharam 1427 (Hari Asyura) - Imam Mahdi dibai'ah

Bahkan dalam email yang pertama, tarikh-tarikh kejadian tersebut dinyatakan dengan terperinci (exact dates)! Ramalan-ramalan ini disangkal melalui firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Qiamat.." (Luqman: 34)

Harus diingat bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam serta Jibril 'alaihissalam, sebagai makhluk yang paling hampir dengan Allah, juga tidak memiliki pengetahuan tentang bilakah terjadinya Qiamat. Baginda juga tidak memiliki pengetahuan tentang perkara-perkara ghaib, melainkan apa yang telah dikhabarkan oleh Allah kepadanya. Dalam satu hadith shahih yang panjang yang diriwayatkan dari Saidina Umar al-Khattab:

.. Lelaki itu (Jibril) bertanya lagi, "Terangkan kepadaku tentang Qiamat." Baginda bersabda, "Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.." (hari Imam Muslim, Tirmidzi, Nasa'ie, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad)

Sedangkan makhluk ciptaan Allah yang amat mulia dan amat hampir kepada-Nya pun tidak mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa akan datang, siapakah pula kita dan apa pula kedudukan kita di sisi Allah, untuk meramalkan apa yang tidak pernah disampaikan melalui lisan Rasulullah?

Di samping itu, Ibn Qayyim rahimahullah menjelaskan bahawa salah satu tanda hadith itu adalah hadith maudhu' - tanpa perlu melihat kepada sanadnya - adalah matan yang menceritakan secara terperinci perihal berlakunya sesuatu peristiwa: bila, di mana, bagaimana dsb. Justeru jika ada pihak yang membuat telahan berdasarkan hadith tentang tanda-tanda kedatangan al-Mahdi secara khusus dan terperinci, maka ia adalah tertolak!


3. Diceritakan lagi dalam email kedua, bahawa Imam Mahdi merupakan keturunan Rasulullah dari Bani Jawi:

Mengenai Imam Mahdi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel.

Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-tanya mengenai Bani Jawi. Pernah dengar ungkapan "masuk jawi" dan tulisan jawi? Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari keturunan Nabi Ibrahim 'alaihissalam. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Ismail yang masih kecil, Ibrahim sampai ke Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan Baginda berkembang biak di Nusantara dan bergelar Bani Jawi.

Tiada bukti kukuh yang menyatakan bahawa Nabi Ibrahim 'alaihissalam pernah sampai ke Kampuchea dan bernikah di sana, manakala keturunannya digelar Bani Jawi! Kenyataan ini amat mirip kepada ajaran al-Arqam, yang mendakwa bahawa al-Mahdi ialah Sheikh Muhammad Abdullah as-Suhaimi, seorang kiyai yang dilahirkan di Tanah Jawa, Indonesia. Tidak mustahil penulis email tersebut telah terpengaruh dengan ajaran Ashaari Muhammad.

Dakwaan ini juga tertolak berdasarkan beberapa hadith Nabi yang secara terang menyatakan bahawa al-Mahdi merupakan keturunan Baginda dari bangsa Quraisy. Di antaranya adalah hadith yang diriwayatkan dari Abu Sa'id al-Khudri radhiallahu 'anh:

"Terimalah berita gembira dengan kedatangan al-Mahdi. Ia adalah dari kaum Quraisy, dari keturunanku. Ia keluar ketika mana perselisihan di kalangan manusia berleluasa dan banyak gempa bumi berlaku.." (Musnad Ahmad; dengan catatan tepi Muntakhab Kanzul Ummal)


4. Pada bahagian akhir kedua-dua email tersebut, umat Islam disuruh agar menyediakan bekalan makanan selama setahun. Di dalam email pertama dinyatakan:

Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi'dan: "Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya - beras, gula, susu, garam, lada, gandum, bawang, gas memasak, minyak tanah, minyak masak, minyak petrol, benih-benih sayur, baja, mancis, sabun basuh, sabun mandi, basikal/motor + sparepart, ubat-ubatan dan lain-lain yang difikirkan perlu.."

This is the very obvious and funniest part of all & I still don't understand how come any people who send/forward this article really believe what they've read! Difikirkan dengan logik akal, bilakah agaknya ia diriwayatkan? Sejak kurun ke berapakah wujudnya gas memasak, minyak petrol, basikal, motor dan sparepart? Pastinya bukan pada zaman Rasulullah ataupun zaman Sahabat!

Maka seruan siapakah yang kita ikuti sebenarnya, dan mengapa pula dihadkan menyimpan bekalan hanya selama setahun? Tidak perlulah mendahului Allah dan Rasul dengan membuat ramalan tanpa sandaran nas yang shahih. Takutlah kepada Allah dan renungkanlah firman-firman Allah yang tercatat di dalam al-Quran, di antaranya yang bermaksud:

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia.." (al-An'aam: 59)

"Katakanlah lagi: Tiada sesiapa pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).." (an-Naml: 65)

Memadailah dengan hadith-hadith shahih yang begitu banyak jumlahnya, untuk menjelaskan tentang petanda-petanda akhir zaman sebagai panduan kita, di samping peringatan Allah yang berulang kali di dalam al-Quran perihal berlakunya Qiamat. Jauhilah sumber-sumber yang meragukan. Seandainya ada di antara ramalan-ramalan tersebut yang menjadi kenyataan, ia hanyalah sekadar kebetulan dan tidak berkaitan dengan apa yang telah diramalkan. Bahkan ia merupakan ketetapan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Sesungguhnya Dia berkuasa melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya. La hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azheem.

Sememangnya telah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan kita untuk mempercayai hal-hal yang nampak agak luar biasa dan kontroversi, tanpa menyelidiki terlebih dahulu dari manakah sumber tersebut diperolehi. Mulai hari ini ubahlah sikap dan mentaliti kita dengan menjadi lebih teliti dan cermat dalam menapis apa jua perkhabaran yang kita terima, sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Sesungguhnya Allah telah mengingatkan kita dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.." (al-Hujuurat: 6)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga telah memberikan amaran keras kepada golongan yang menyebarkan perkhabaran dusta di atas nama Baginda, dengan sabdanya yang bermaksud:

"Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.." (hari Imam Bukhari dan Muslim)

Akhirul kalam, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memberikan panduan kepada kita untuk menghadapi hidup dalam zaman yang penuh cabaran dan mehnah ini, melalui sabda Baginda yang diriwayatkan dari seorang Sahabat yang bernama Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah, yang membawa maksud:

Telah menasihati kami oleh Rasulullah akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah pesanan kepada kami." Lalu Baginda pun bersabda, "saya berwasiat akan kamu agar sentiasa bertaqwa kepada Allah, dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu, pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa lah-Rasyidin al-Mahdiyyin, dan gigitlah Sunnah-Sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat.." (hari Imam Abu Daud dan Tirmidzi)

Semoga diri kita dan seluruh ahli keluarga kita termasuk dalam golongan yang sentiasa berpegang teguh kepada al-Quran, Sunnah Rasulullah dan petunjuk para ulama', serta menjauhi segala bentuk bid'ah yang sesat dan menyesatkan di dalam menghadapi liku-liku fitnah di akhir zaman. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan hamba-Nya yang berjaya dan sentiasa diredhai. Ameen.

Allahu a'lam bisshawab..

p/s:maaf lupa..mana ana 'curi' artikel ni :di




-----------------
www.syafiquniten.blogspot.com

Soleh Wa Musleh...
[ Telah diedit oleh: Islamic_prince88 pada 30-10-05 22:49 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

fainis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.02.2004
Ahli No: 7590
Posting: 275
Dari: ardhil-lah

Selangor  


posticon Posting pada: 31-10-05 01:59


so?..tak boleh percaya sangat lah ye?
hmm...kita perlu sentiasa bersedia dengan amal ibadah menanti Hari Qiamat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fainisProfil   Hantar PM kepada fainis   Quote dan BalasQuote

mulimahsejati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17755
Posting: 277
Dari: bawah langit atas tanah

Kedah  


posticon Posting pada: 31-10-05 08:58


thnx..4 the info...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mulimahsejatiProfil   Hantar PM kepada mulimahsejati   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-10-05 21:59


yapz..kita memang kena SENTIASA bersedia untuk menghadapi hari Qiamat,
tanda-tanda kemunculannya cukup banyak dah sekarang......

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

naqiyyah_al-sarirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19666
Posting: 130
Dari: subang jaya

Selangor  


posticon Posting pada: 04-11-05 16:46


Kiamat dah nak dekat

Bookmark and Share

    


  Member Information For naqiyyah_al-sarirahProfil   Hantar PM kepada naqiyyah_al-sarirah   Quote dan BalasQuote

farhanin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2004
Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..

Johor  


posticon Posting pada: 05-11-05 09:29


wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhaninProfil   Hantar PM kepada farhanin   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-02-08 16:53


kita pun dapat juga email tu,yang tak tahannye,time tu kami exam spm tahun 2005,depa kata

besoknya akan berlaku bkegelapan pada waktu siang

jadi kami fikir,Kalau betul-betul jadi,maknanya,exam tak ada lah esoknya,jadi kawan ana ni pun katala,esok gelap tghr,jadi kita tidur lah malam ni,kan dah nak kiamt,tak payahlah baca buku lagi

adush

time semua gelak saja tapi tengok esok tu,tak gelap pun,semua gelakkn kawan ana,kelam kabut ada bangun pagi2 baca buku untuk jawab exam
hahahaha

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-08 08:05


:-?

pernah heboh satu kampung dulu masa tahun 1995 kata dunia dah nak kiamat..tapi yang percaya dan heboh ni mazhab kristian yang lain.. yang mazhab katolik tak percaya pun... sampai bergaduh dengan kawan yang mazhab non katolik tu dia marah sebab saya tak percaya..aduh kena perli, marah dan kena tolak dengan bbudakk tu...jadi perkara ni tidak timbul dalam Islam saja lah kan...


Pada 29-10-05 08:51 , qardhawi_jr posting:

!!! QUOTE !!!

kadang-kadang musuh Islam mereka-reka cerita ni untuk mengerunkan,menimbulkan kekalutan,huru-hara dalam masyarakat islam....kita kena berhati-hati...ramai yang percaya benda-benda karut ni...



ada sesuatu nak cakap dan tanya tapi takpalah...


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

khairani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.01.2008
Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-02-08 16:10


Assalamualaikum
apa yang penting kita banyakkan muhasabah diri kita...kita renungkan semula kekurangan..kita sebagai hambaNYA...........


-----------------
Vote For Hizbul Islam
PERTAHANKAN KELANTAN DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMAK




Bookmark and Share

    


  Member Information For khairaniProfil   Hantar PM kepada khairani   Pergi ke khairani's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-02-08 16:18


assalamualaikum
Apabila Nabi Isa AlaihisSalam Turun

Hadis sahih Muslim jilid 1 No. 127.

Dari Abu Hurairah .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya Isa Ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi Hakim yang ADIL, akan dihancurnya salib, dibunuhnya bab*/khinzir, dihapuskannya pajak, dan kekayaan akan melimpah ruah (ma’mur) sehingga tidak seorang pun lagi bersedia menerima pemberian”

Hadis 128

Jabir bin Abdullah .a mendengar Nabi saw. Bersabda”Akan senantiasa ada hingga hari Kiamat segolongan umatku yang berjuang menegakkan kebenaran dan mereka pasti menang” sementara itu nabi ‘Isa a.s akan turun ke tengah-tengah umat. Lalu pemimpin-pemimpin mereka berkata kepadanya: “Sudilah Anda solat dan menjadi Imam (pemimpin) kami.” Jawab Nabi ‘Isa a.s ,”Tidak, Masing-masing kamu boleh menjadi pemimpin bagi yang lain, selaku suatu kehormatan yang dilimpahkan Allah kepada ummat ini”.



Dari Ibnu Umar .a katanya Rasulullah saw. Berbicara mengenai dajjal di hadapan orang banyak. Sabda beliau “Sesungguhnya Allah Taala tidak picek (buta matanya sebelah). Ketahilah sesungguhnya Al masih Dajjal yang picek mata kanannya seperti buah anggur mengembung”

Dari Anas bin malik .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Tidak ada seorang Nabi melainkan dia mengingatkan ummatnya supaya waspada terhadap sipicek pembohong besar. Ketahuilah dia picek, sedang Tuhanmu tidak picek. Antara kedua matanya tertulis k-f- (kafir)

Dari Hudzaifah .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “ aku lebih tahu tentang dajjal daripada dajjal itu sendiri. Dia mempunyai dua sungai yang mengalir. Yang satu kelihatan oleh mata mengalirkan air putih bersih, sedang yang satu lagi kelihatan bagai api bergejolak yang sedang mengalir.Siapa yang menemukannya hendaklah didatangi sungai yang kelihatan seperti api menyala, lalu picingkan mata, tundukkan kepala dan minumlah airnya. Maka sesungguhnya itulah air. Sejuk. dajjal matanya tertutup oleh selapi daging tebal. Antara kedua matanya terdapat tulisan”kafir” yang dapat dibaca oleh setiap orang mukmin baik yang tahu tulis baca atau tidak”

Dari Hudzaifah .a dari Nabi saw. Sabdanya”dajjal selalu membawa air dan api. Api itu sebenarnya adalah air sejuk, sedang air sebenarnya adalah api. Kerana itu waspadalah kamu agar tidak celaka”

Dari Nawas bin Sam’an .a katanya “Pada suatu pagi Rasulullah saw. Berbicara mengenai dajjal. Tempo-tempo beliau merendahkan suara dan kadang-kadang meninggikannya, sehingga kami merasakan seolah-olah berada dalam kelompok lebah. Petang hari kami mendatangi beliau. Beliau sudah tahu persoalan kami. Tanya beliau “apakah kabar kalian?” jawab kami” Ya Rasulullah, tadi pagi anda berbicara mengenai dajjal. Kadang kadang anda merendahkan suara kadang-kadang meninggikan suara sehingga kami merasakan seolah-olah berada dalam kelompok lebah” Jawab Rasululah saw. “Bukan dajjal yang mengkhuatirkanku terhadap kamu sekelian. Jika dia muncul, sedang aku sudah tidak berada disampingmu, maka ummat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala penggantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim. dajjal pemuda berambut kerinting, mata picek. Aku lebih condong mengatakannya serupa dengan abdul uzza bin qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya bacakan kepadanya permulaan surat Kahfi. Dia muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia merusak ke kanan dan ke kiri. “Wahai hamba Allah! Kerana itu teguhkan pendirianmu!. “Tanya kami”Ya rasulullah, berapa lama dia tinggal di bumi” jawab Rasululah saw. ”empat puluh hari. Satu hari seperti setahun,satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan (minggu) dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang.” Tanya kami” ya Rasulullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat kami sekarang?” Jawab beliau”tidak, tetapi hitunglah bagaimana pantasnya” Tanya kami berapa kecepatannya berjalan dibumi?” Jawab beliau “Seperti hujan ditiup angin. Dia mendatangi suatu kaum, maka diajaknya kaum itu supaya iman kepadanya, lalu meraka iman dan mematuhi segala perintahnya. Diperintahkannya langit supaya hujan maka turunlah hujan. Diperintahkannya bumi supaya subur maka tumbuhlah tumbuh-tumbuhan. Bila hari telah petang, ternak mereka pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu lebih besar cukup makan. Kemudia didatanginya kaum yang lain dan diajaknya mereka supaya iman kepadanya Tetapi mereka menolak ajakannya. Maka ia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kerontang dan kekayaanan mereka habis ludes. Kemudian dia lewat di suatu negeri yang telah rusak binasa. Katanya ”keluarkan perbendaharaanmu. Maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya. Kemudian dipanggil seorang muda remaja lalu dipukulnya dengan pedang sehingga anak muda itu belah dua dan belahannya terlempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubuh yang terbelah itu kembali. Dia datang seutuhnya dan dengan wajah berseri-seri sambil tertawa. Sementra dajjal asyik dengan perbuatan-perbuatannya yang merusakkan, Allah Taala membangkitkan Isa Al Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan dekat menara putih sebelah timur Damsyiq, memakai dua pakai bewarna, berpegang pada sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan turun,dan apabila dia mengangkat kepala berjatuhan daripadanya biji-biji perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak diperkenankan bau nafasnya. Siapa yang menciumnya dia langsung mati. Bau nafasnya tercium sejauh mata memandang. Maka dicari dajjal dan bertemu olehnya di pintu gerbang kota Lud. (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya dajjal. Kemudian didatanginya kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikabarkan kepada mereka kedudukannya di Syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s ”Aku akan mengeluarkan hamba-hambaku yang tak terkalahkan oleh sesiapa pun Kerana itu selamatkanlah hamba-hambaKu yang Soleh ke bukit” lalu Allah Taala membangkitkan ya’juj dan Ma’juj Mereka turun melanda dari tempat yang tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis air telaga tersebut Kemudian lewat pula kumpulan yang lain. Kata mereka”Sesungguhnya dahulu di sini ada air. Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu hari ini (kerana kekurangan makanan) Nabiyallah Isa dan para sahabatnya mendoakan semoga AllahTaala menghancurkan ya’juj ma’juj maka dikirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti pada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya. Kemudian nabi Isa dan para sahabatnya turun ke Bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun didapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. Nabiyallah Isa dan para sahabatnya mendoakan semoga Allah sudi menyingkirkan bangkai-bangkai busuk itu. Maka dikirimkan Allah burung-burung sebesar unta lalu diangkatnya bangkai-bangkai tersebut. Dan dilemparkannya di tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian diturunkan Allah hujan, sehingga walaupun rumahnya tanah liat dan rumah-rumah bulu di bersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca Kemudian diperintahkan Allah kepada bumi “ Tumbuhkanlah tumbuh-tumbuhanmu dan kembalikanlah keberkatanmu. Ketika itu sekelompok keluarga kenyang makan sebuah delima. Dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya, Rezeki mereka sangat berkah sehingga susu seekor unta cukup untuk orang sekampung. Susu seekor sapi cukup untuk orang satu qabilah. Susu seekor biri-biri cukup untuk sekelompok keluarga dekat. Ketika mereka berada dalam keadaan keredhaan Tuhan yang demikian, tiba-tiba Allah mengirimkan angin baik melewati ketiak mereka, maka tercabut ruh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggal orang jahat belaka, bercampur-baur seperti keldai. Maka ketika itu terjadilah Kiamat.

Dari Abu Said Al Kudri .a katanya :”Rasulullah saw menceritakan yang panjang mengenai dajjal. Antara lain beliau menceritakan: dajjal itu datang. Dia terlarang masuk Madinah. Kerana itu dia berhenti di sebuah kebun di pinggir kota. Pada hari itu datang kepadanya seorang lelaki elok. Kata lelaki itu”Aku memastikan bahwa engkau adalah dajjal yang diceritakan Rasulullah saw kepada kami” kata dajjal kepada para pengikutnya “Bagaimana pendapat kalian, jika kubunuh orang ini. Aku bisa menghidupkannya kembali. Ragukah kalian akan hal itu.? Jawab mereka”Tidak maka dibunuhnya orang itu, kemudian dihidupkannya kembali. Setelah hidup kembali lelaki itu berkata kepada dajjal,”Demi Allah ,sekarang aku tambah yakin engkau sesungguhnya Dajjal”.Dajjal hendak membunuhnya kembali, tetapi dia tidak sanggup lagi melakukannya. Kata Abu Ishaq ”Lelaki itu ialah Nabi Khidhir ‘alaihissalam”


Dari Anas bin Malik ra.a katanya Rasulullah saw bersabda:”Tidak sebuah jua negeri, melainkan semua diinjak oleh dajjal.Kecuali makkah dan madinah. Semua jalan yang menuju ke sana dijaga malaikat dengan berbaris. Maka berhenti dajjal disebuah kebun (dipinggir kota Madinah). Madinah bergoyang (gempa) tiga kali. Orang-orang kafir dan orang munafik keluar semuanya dari kota Madinah menemui dajjal”

Dari Abu Hurairah .a katanya Rasulullah saw bersabda:”Segeralah kamu beramal sebelum terjadi enam perkara (1) Sebelum matahari terbit dari barat (2) keluar dajjal (3) keluar dabbatul ard (binatang melata) (5) peristiwa yang menimpa dirimu sendiri(maut) (6) peristiwa yang menimpa orang banyak (kiamat)

Dari Ma’qil bin Yasar .a katanya rasulullah saw bersabda:”Beribadat masa-masa sulit sama dengan hijrah kepadaku”

Dari Abdullah .a dari Nabi saw sabdanya:”Tidak terjadi kiamat melainkan kerana kejahatan manusia

Perang besar antara dua kekuatan besar (Sahih Muslim jilid 4)
Hadis 2461 dari Abu Hurairah .a katanya “Rasulullah saw. Bersabda “Belum akan terjadi kiamat sebelum dua golongan besar saling memerangi satu sama lain, sedangkan kurban di kedua pihak sangat besar pula.dan alasan kedua-duanya hanya satu”

Hadis sahih Muslim No 2463jilid 4.
Dari Tsauban .a katanya rasulullah saw, bersabda”sesungguhnya Allah taala telah memperlihatkan kapada ku peta bumi secara keseluruhannya, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan barat dan sesungguhnya kekuasaan ummatku akan sampai ke seluruh tempat yang telah diperlihatkan Allah Taala kepadaku. Kepadaku diberikan dua jenis perbendaharaan, iaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu ummatku agar mereka tidak binasa dengan musim susah yang panjang, dan agar mereka tidak dijajah oleh kuasa asing selain mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh. Tuhanku berfirman “Ya Muhammad, apabila Aku telah memutuskan suatu keputusan, maka keputusanKu tidak dapat diubah lagi Aku memperkenankan doamu untuk ummatmu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. Dan bahawa Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain diri mereka sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebagian mereka membinasakan yang sebagian dan mereka saling tawan menawan.

Hadis no 2464 jilid sahih Muslim
Dari Amir bin saad dari bapanya ra. Katanya “Pada suatu hari Rasulullah saw. Datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid bani Muawiyah baginda masuk ke masjid lalu solat dua rakaat.kami pun solat pula bersama-sama dengan baginda. Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah mendoa baginda menoleh kepada kami lalu bersabda “Aku memohon kepada tuhanku tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhanku supaya jangan membinasakan ummatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya ummatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda ummat Nabi Nuh, atau seperti tentera dan Firaun yang tenggelam di lautan), permohonanku itu diperkenankanNya juga. Aku memohon supaya ummatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonanku ini tidak diperkenankan”

Hadis no 2474 sahih Muslim jilid 4 dari Abu Hurairah .a dari nabi saw, sabdanya “Belum terjadi kiamat sebelum dibangkitkan dajjal, pembohong besar yang jumlahnya hampir 30 orang. Semuanya mengatakan bahawa mereka adalah rasulullah.

Hadis no 2486 jilid 4 sahih Muslim ,kiamat sudah dekat:
Dari Anas .a katanya rasulullah saw bersabda “(Jarak waktu. Aku diutuskan dan hari kiamat seperti ini “Baginda memberikan isyarat dengan merapatkan telunjuk dengan jari tengah”

Hadis no 127 jilid 1 sahih Muslim
Dari Abu Hurairah .a katanya rasulullah saw bersabda “Demi Allah yang jiwaku di TanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya Isa ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi hakim yang Adil, akan dihancurkannya salib, dibunuhnya bab*, dihapuskannya pajak dan kekayaan akan melimpah ruah sehingga tidak seorang pun lagi yang bersedia (layak ) menerima pemberian”

Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2294
Dari Anas bin Malik .a. katanya rasulullah saw bersabda “sebagian di antara tanda-tanda hari kiamat ialah hapusnya ilmu agama , berjangkitnya kejahilan, merajalelanya perzinaan (pelacuran), melimpahnya minuman keras, habis (extince) kaum lelaki, dan yang tinggal hanya wanita, dengan nisbah seorang lelaki berdiri di tengah-tengah lima puluh wanita”

Hadis sahih Muslim jlid 4 no 2014
Dari Mughirah bin Syu’bah .a katanya “Tidak ada sahabat yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal dajjal yang lebih banyak dari pertanyaanku” Kerana itu Rasulullah saw. Bersabda kepadaku, “Hai anakku, Engkau tak usah terlalu risau memikirkannya. Dia tidak akan mencelakakanmu” Kataku, “Orang ramai mengatakan dajjal mempunyai sungai yang mengalir dan bukit roti.” Sabda baginda, “Itu amat mudah bagi Allah Ta’ala menciptakannya.”



Robohnya Kaabah
Hadis 1512 Bukhari
Aisyah .anha berkata :”Nabi s.a.w. bersabda :”Kaabah itu akan diperangi oleh musuh , tetapi mereka itu lalu ditenggelamkan dalam bumi yakni di Baida’, suatu tempat antara Makkah dan Madinah”

Hadis 1513 dari Ubaidillah bin Akhnas , katanya :”Aku diberitahu oleh Ibnu Abi Mulaikah dari Ibnu Abbas .anhuma dari Nabi s.a.w. , sabdanya: ”Seolah-olah aku dapat melihat orang-orang yang merobohkan Kaabah itu berkulit hitam, merenggangkan kedua kakinya dan membongkar Kaabah itu batu-batunya satu demi satu”

Hadis 1514 dari Ibnu Syihab dari Sa’id bin Musayyab bahawasanya Abu Hurairah .a. berkata:” Rasulullah s.a.w bersabda :” Kaabah itu akan diruntuhkan oleh yang mempunyai dua betis yang kecil, berasal dari negeri Habasyah (Abesenia)”

Keterangan:
Ya’juj dan ma’juj keluar, Kaabah dirobohkan dan tidak ada yang berhaji di Baitullah adalah tanda-tanda dekat hari Kiamat tiba.

Hadis 94 jilid 1 Muslim
Dari Abu Hurairah .a, katanya Rasulullah saw. Bersabda “Sesungguhnya Allah akan meniupkan angin dari Yaman lebih lembut dari Sutera. Namun tidak seorang pun yang ada (iman) di hatinya” Abu Alamah mengatakan “Walaupun seberat biji bayam?” Kata Abdul Aziz “Iman yang seberat debu pun akan tercabut nyawa olehnya”


Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2293
Dari Anas bin malik .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “ Sebagian di antara tanda-tanda hari Kiamat ialah hapusnya Ilmu (Agama Islam), berjangkitnya kejahilan, melimpahnya minuman keras dan merajalelanya perzinaan (pelacuran)”


Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2294
Dari Anas bin malik .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Sebagian di antara tanda-tanda hari Kiamat ialah : hapusnya Ilmu (Agama Islam) , ber jangkitnya kejahilan, merajalelanya perzinaan (pelacuran), melimpahnya minuman keras, habis/extince kaum lelaki dan yang tinggal hanya wanita dengan perbandingan seorang lelaki berdiri ditangah-tengah lima puluh wanita.


Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2295
Dari Abdullah dan Abu Musa .a. keduanya berkata bahawa Rasulullah saw. Bersabda :”Sebelum terjadi hari kiamat terlebih dahulu hapus ilmu (Addin) dan berjangkit kejahilan (maksiat, kejahatan dan sebagainya) dan banyak terjadi pembunuhan.



Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2296
Dari Abu Hurairah .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Tanda hari Kiamat semakin dekat, dihapus (dicabut) Ilmu (Addin), lalu timbul fitnah (bala bencana/kekacauan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan”






Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2297
Dari Abdullah bin Amru bin Al‘Ash, katanya dia mendengar Rasulullah saw. Bersabda “ Allah tidak menghapuskan ilmu (Addin) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia tetapi dengan jalan mewafatkan para Ulama’. Apabila Ulama’ sudah habis, umat manusia mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak maka sesatlah mereka semuanya”


Bila wanita lebih banyak daripada pria/pemuda
Hadis 965 sahih Muslim jilid 2
Dari Abu Musa .a dari Nabi saw. Sabdanya “Kelak akan datang suatu masa di mana seorang lelaki berkeliling membawa emas/zahab untuk disedekahkannya, tetapi dia tidak mendapatkan orang yang bersedia menerima sedekahnya itu. Akan terjadi pula kelak, seorang laki-laki direbuti oleh empat puluh wanita yang kesemuanya menginginkan lelaki itu untuk menjadi suaminya. Hal itu terjadi kerana jumlah lelaki jauh lebih sedikit daripada perempuan”

Bila zaman makmur
Hadis 966 sahih muslim jilid 2
Dari Abu Hurairah .a katanya Rasulullah saw bersabda “Tidak akan terjadi Kiamat sebelum harta kekayaan telah bertumpuk tumpuk dan melimpah ruah; sehingga seorang lelaki pergi kemana-mana sambil membawa hartanya untuk dizakatkannya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang jua pun yang bersedia / layak menerima zakatnya itu; dan sehingga tanah Arab menjadi subur makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai”

Hadis 967 Sahih Muslim jilid 2

Dari Abu Hurairah .a., dari Nabi saw. Sabdanya “Tidak akan terjadi kiamat, sebelum harta kekayaan telah bertumpuk-tumpuk dan melimpah ruah (kemakmuran telah merata); sehingga si pemilik harta merasa sedih kerana tidak ada orang yang bersedia menerima sedekahnya. Dan orang yang dimintanya untuk menerima sedekahnya menjawab; “Aku tidak memerlukan sedekah anda”

Hadis 968 sahih Muslim jilid 2

Abu Hurairah .a. katanya Rasulullah saw. Bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:” Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”kerana inilah aku putuskan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata: Kerana inilah tanganku dipotong. Sesudah itu mereka tinggalkan saja harta kekayaan itu, tiada mereka ambil sedikitpun.


"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..."(hari.Bukhari dan Muslim)

Dajjal itu matanya buta sebelah, mata yang ada itu seperti anggur yang masak. lalu sahabat yang mendengar hadith itu berkata, kalau macam tu dajjal tu sama dengan Ibn Qathn, seorang lelaki bani Khuza'ah. "
* Ibn Qathn ialah Abdul 'Uzza bin Qathn bin Amar al-Khuza'iy, dia bukan sahabat Nabi dan meninggal pada zaman jahiliyah lagi. (alFath, 6/488)

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

khairani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.01.2008
Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-02-08 21:05


Assalamualaikum
TANDA-TANDA KIAMAT




Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-


Asap
Dajjal
Binatang melata di bumi
Terbitnya matahari sebelah barat
Turunnya Nabi Isa A.S
Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
Gerhana di timur
Gerhana di barat
Gerhana di jazirah Arab
Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq" Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairaniProfil   Hantar PM kepada khairani   Pergi ke khairani's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 05-02-08 21:20


kita patut lebih berhati-hati...dan sentiasa bersedia menghadapi kiamat nanti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Howling_wolf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.12.2003
Ahli No: 5759
Posting: 294
Dari: Irbid, Jordan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-02-08 22:30


Saya ada tulis tentang berita-berita palsu macam ni tapi dari sudut saintifik.

Boleh lawat link berikut....

Ustaz Harun Din kata Marikh sudah berubah paksi?

Gempa Bumi di Aceh telah mengubah paksi Bumi?

Kalau kawan-kawan ada emel-emel mengarut tentang hari kiamat, boleh forwardkan pada saya. Saya nak kaji secara saintifik sejauh mana kesahihannya.

Setakat ni saya tengah kaji bagaimana planet boleh melanggar Bumi seperti yang dicanang dalam satu emel forward. Kononannya pada tahun 2065 akan kiamat.


-----------------
logo msh


Bookmark and Share

    


  Member Information For Howling_wolfProfil   Hantar PM kepada Howling_wolf   Pergi ke Howling_wolf's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-02-08 14:39


kahirani, hadfis yang anda bawakan tu sahih atau apa statusnya sebab tiada perawi... bukan apa jika imam muslim kumpul 600,000 hadis hanya 6000-9000 saja yang ditahkik/disahkan sahih...
harap beri rujukan buku mana anda petik hadis tersebut...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.278274 saat. Lajunya....