Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-01-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Jika anda berada dalam jamuan di rumah orang hendaklah menjaga perangai dan menjaga mata; dalam solat menjaga hati; dan dalam pergaulan menjaga lidah."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Mohr
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43145

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
Mohr: 23 jam 18 saat yang lalu
BobbyLaforge: 11 hari yang lalu
sadiqah: 11 hari yang lalu
muslimin23: 24 hari yang lalu
PhoebeGordon: 25 hari yang lalu


Cerpen
Topik: kisah sedih


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» kisah sedih

Please Mendaftar To Post


Oleh kisah sedih

cahaya82
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.07.2005
Ahli No: 17051
Posting: 125
Dari: kuala terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 16-10-05 16:29


Dia berlari sekuat tenaganya. Dia tahu dia lewat. Dia tahu dia akan
dimarahi Cikgu Suria sebaik sahaja dia melangkah kaki ke bilik darjah. tetapi dia tidak peduli. Dia lebih rela dimarahi dan didenda oleh Cikgu Suria dari berada dalam rumah neraka itu.

Dia tercunggap-cunggap mencari nafas sambil mengetuk pintu.
"Ah...Sham. Baru sampai? Awak dah ketinggalan keretapi lagi!",
tengking Cikgu Suria diikuti dengan derai tawa kawan sedarjahnya.
Malu. Memang malu bila ditertawakan begitu oleh kawan-kawannya
Tanya sahaja sesiapa pun murid darjah tiga sepertinya, pasti mereka mengatakan yang sama. Namun kulitnya sudah tebal. Bukan baru ini dia ditertawakan. Sudah lali rasanya dia dengan ejekan kawan-kawannya.
Dia tidak peduli. Berada di sekolah lebih baik daripada berada di rumah jahanam itu.

"Shamsuri Johari! Awak tak dengar ke saya panggil?", herdik Cikgu
Suria lagi. Dia sudah bosan dengan perangai Sham yang boleh dianggap nakal ini.

Sham bukan setakat selalu datang ke sekolah lambat, kerja rumah pun sering tidak terbuat. Sudah tiga kali dalam masa dua bulan Sham di tangkap kerana mencuri bekalan makanan kawan-kawannya. Cikgu Suria merenung anak
muridnya yang mendapat gelaran "budak busuk" ni dari kawan-kawannya.Pakaian Sham bukan sahaja tidak bergosok, malah kelabu, tidak putih seperti pakaian
seragam anak muridnya yang lain.Yang hairannya abang dan kakak Sham sentiasa kemas bila ke sekolah. Bila ditanya Kenapa, Sham tidak pernah menjawab.
Abang dan kakaknya pula mengatakan yang Sham memang macam tu...pengotor.
Sham hanya menunduk. Matanya hanya tertumpu kepada kasut yang sudah berlobang.

"Sham tengok muka saya bila saya bercakap dengan awak!"
Perlahan Sham mengangkat mukanya, memandang tepat kearah Cikgu Suria.

"Kasihanilah saya...", pinta Sham dalam hati.
"Ya Allah Sham!", jerit Cikgu Suria sebaik sahaja terpandang wajah
Sham."Apa dah jadi dengan awak?", tanya Cikgu Suria sebaik sahaja terlihat luka yang melintang dari dahi hingga ketepi mata kiri Sham.

Patutkah saya berterus-terang? Patutkah saya menceritakan yang
sebenar?Tidak, tidak, ini semua salahku. saya yang nakal. saya yang jahat, jerit Sham dalam hati.

"Saya...saya jatuh tangga Cikgu..!Sebab tu saya lambat", bohong
Sham."Jatuh tangga? Mustahil, takkan jatuh tangga boleh luka memanjang macam ni?", rasa kasihan pada anak muridnya timbul serta-merta.

"Betul Cikgu, saya ....saya jatuh tangga.....", Sham tergagap.
"Tak apalah mari ikut saya. Murid-murid buat kerja yang saya bagi
tadi. Aina kamu tolong jaga kelas. Sebentar lagi kelas Cikgu Hashim akan bermula. Saya nak bersihkan luka Sham ni?", perintah Cikgu Suria.

Dia lalu membawa Sham ke bilik guru dan membersihkan luka anak
muridnya itu. Dalam juga lukanya.

Cikgu Suria merenung anak muridnya. Walau pun Sham nakal tetapi dia tidak pernah membantah cakap guru-guru di situ. Walaupun Sham seringtidak membuat kerja sekolah tetapi setiap kali peperiksaan, Sham akan lulus.
Malah lebih baik dari setengah murid-muridnya. Apa sebenarnya masalah Sham?
Kenapa dia begitu berbeza dari kakak dan abangnya?

"Sham...Cikgu nak tanya sikit boleh?"
"Tanya apa Cikgu?"
"Sham ada masalah ke di rumah?"
"Tak tak ada Cikgu...semua okay.."
Cikgu Suria merenung muridnya lagi. Perlahan-lahan dia membelek
tangan dan kaki Sham. Ternyata banyak kesan luka dan lebam.

"Sham jangan takut...Cikgu nak tolong Sham. Walaupun Cikgu selalu marah pada Sham, Cikgu sebenarnya sayang pada Sham."
Sham memandang wajah bersih Cikgu Suria. Sayang! Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu. Air jernih mula tergenang di anak matanya.
Perkataan itu terngiang-ngiang di telinganya.

"Kenapa Sham? Ceritalah, Cikgu sedia mendengar. Cikgu nak tolong Sham, Cikgu nak jadi kawan Sham..", pukuk Cikgu Suria.
Cair perasaan Sham bila dipujuk demikian rupa. Kalaulah keluarganya boleh berbuat demikian sepertimana dulu, tentu Sham akan menjadi manusia paling gembira.

"Cikgu janji cikgu tak ceritakan pada orang lainkan.? Cikgu janji
cuma kita sahaja yang tahu!", desak Sham. Tidak sanggup dia bayangkan akanhukuman yang akan diterima kalau rahasia ini terbongkar.

Cikgu Suria mengganguk dan memberikan senyuman.
"Sebenarnya saya tak jatuh. Mama...mama baling tin minuman pada saya. Tapi itu bukan salah mama. Saya yang jahat, saya yang nakal"

"Apa yang Sham buat?"
"Sham tak habiskan kerja rumah dalam masa 20 minit seperti mama suruh."
"Kerja rumah? Maksud Sham kerja sekolah?"
"Bukan...bukan !Kerja rumahlah. Cuci piring, sapu, mop, cuci bilik
air....."
Cikgu Suria terpempan. Mana mungkin anak sekecil ini di suruh
membuat kerja-kerja sebegitu?

"Selalu Mama suruh Sham buat macam tu?"
"Hari-hari. Sebab tulah Sham selalu datang lambat"
Cikgu Suria mendengar tekun. Rupanya anak ini sering tidak di beri
makan kalau mamanya tidak puas hati dengan kerja yang dibuat. Sebab itulah
Sham mencuri makanan kawan-kawannya. Dia terpaksa rupanya. Patutlah pun tubuh Sham lebih kecil dari kawan-kawan yang sebaya dengannya, rupanya dia
tidak dapat makan yang sepatutnya. Tapi apa salah anak ini? Mengapa mamanya
sanggup mendera anaknya sendiri? Sedangkan abang dan kakak Sham tidak mengalami nasib sepertinya. Itulah yang ingin Cikgu Suria tahu.

Sham pula bagai orang mengantuk disurungkan bantal. Habis diceritakan
pada Cikgu Suria tentang deritanya selama ini. Kata Sham tempat
tidurnya hanyalah sehelai tikar tipis di bilik stor. Sham hanya
dibenarkan
makan kalau mamanya berpuas hati dengan kerjanya ataupun Sham boleh
menghabiskan kerjanya tepat pada jangka waktu yang diberi. Itupun
sekadar
sisa
makanan abang dan kakaknya dan cuma sehari sekali. Kucing belaan mamanya
rasanya lebih beruntung dari dirinya. Kelmarin, setelah mamanya
diberitahu oleh guru disiplin tentang perangainya yang suka mencuri makanan disekolah, Sham dipaksa memuntahkan isi perutnya. Bila Sham gagal, ibunya
memaksadia menelan "Klorox". Konon katanya supaya hati dan lidah Sham bersihdari bercakapbohong.

Semenjak itu Sham serik. Lebih baik berlapar dari disuruh menelan
benda tu. Sakitnya bukan kepalang. Semalaman Sham meringkuk menahan kesihatan
diperutnya. Dan malam itu, Sham tidur dengan airmata. Pernah Sham cuba lari dari rumah neraka itu tetapi entah Kenapa, belum jauh dia berlari,Sham sudah berpatah balik. Takut! Mungkin itulah sebab utamanya. Dia
takut
dibelasah lagi kalau tertangkap. Airmata mula tergenang di anak mata
Cikgu Suria. Tidak pernah terlintas dihatinya akan penderitaaan Sham.

"Tapi Kenapa Sham? Kenapa ibu Sham buat macam tu"
"Sebab kata mama, pasal Shamlah papa cari perempuan lain. Pasal Shamlah
papa
pergi tinggalkan rumah. Sham nakal, Sham selalu susahkan mama. Abang dan
kakak
tak macam Sham".

"Mama Sham kata macam tu pada Sham?"

Sham hanya mengangguk bila disoal begitu.
kasihan, anak ini menjadi mangsa kekalutan fikiran mamanya kerana benci akan perbuatan suaminya. Budak ini harus di selamatkan, fikir Cikgu Suria.

"Sham tunggu di sini ya! Ni makan coklat ni, nanti cikgu datang
balik ok,". Sham tidak menjawab. Dia lebih tertarik kepada sebungkus coklat
yang dihulur Cikgu Suria. Sudah lama dia tidak merasa makanan sesedap itu.

Sebentar kemudian Cikgu Suria kembali bersama Cikgu Baharom, gurubesar sekolah itu. Sham cemas. Kenapa Cikgu Suria bawa Cikgu Baharom? Cikgu
Suria kan dah janji tak akan beritahu sesiapa pun!

"Sham Cikgu nak tengok luka Sham. Jangan takut, Cikgu pun nak tolong Sham". Sham kaku. Habislah saya kali ini, matilah saya kali ini. Lepas ini pasti satu panggillan telefon akan singgah ketelinga mama. Mama mestipukul saya setengah mati, jerit Sham dalam hati.

Setelah membelek luka Sham dan kesan-kesan luka dan lebam di badan Sham, Cikgu Baharom hanya mengeleng kepala.

"Biar saya yang uruskan......awak temankan dia di sini..", bisik cikgu Baharom pada Cikgu Suria.

"Cikgu... Cikgu janji tidak beritahu orang lain tadikan. Ini
rahsia kita....," ujar Sham dalam tangis. Airmatanya sudah tidak bisa
bertahan. Melihat Sham menangis, airmata Cikgu Suria mengalir juga.

"Sham....Cikgu nak tolong Sham...Cikgu nak lepaskan Sham dari siksaini...", pujuk Cikgu Suria.
"Tidak...Cikgu tak faham...cikgu tak faham! Nanti kalau mama tahu saya akan di denda...saya tak mahu cikgu...saya tak mahu..Lagi pun saya
yang nakal, saya yang jahat. Kalau tak kerana saya papa tak pergi",esakan
Sham makin menjadi. Wajahnya yang ceria mengunyah coklat sebentar tadi, bertukar menjadi pucat. Ketakutan jelas terserlah di wajahnya.
"Tidak Sham....Sham tak nakal. Bukan sebab Sham papa pergi. Cikgu janji, Sham tak akan pulang ke rumah itu lagi. Cikgu akan pastikan Sham dibawa jauh dari rumah itu."

Badan Sham yang kecil di rangkul Cikgu Suria dengan penuh kasih sayang.
Hiba benar hatinya mendengar tangisan Sham. Walau apa pun terjadi, dia akan mempertahankan hak anak ini. Setengah jam kemudian, Cikgu Baharom muncul bersama seorang wanita berbadan gempal.

"Cikgu Suria....ini Cik Maria dari Jabatan Kebajikan.",
Perlahan Cikgu Suria melepaskan pelukannya. Wajah Sham di renung
penuh simpati. Airmata Sham, dikeringkan dengan tangannya sendiri.

"Sham...ini Cik Maria. Dia akan jaga Sham. Dia akan pastikan Shamselamat.Sham jangan takut ya?"

"Tak mahu, Sham tak mahu. Sham takut!"
"Sham jangan takut. Cikgu sendiri yang akan pastikan Sham
selamat..",Cikgu Suria mengusap rambut Sham yang memang sudah sedia kusut.
Menyesal dia kerana tidak dari dulu membantu muridnya ini.

"Ini....Sham bawalah bersama.", Cikgu Suria menghulurkan bungkusan coklat tadi.
"Nanti Cikgu datang tengok Sham OK? Cikgu jajani Cikgu akan tolong
Sham", pujuknya.

Inilah jalan yang terbaik buat Sham, fikir Cikgu Suria. Tangan halus Sham dipimpinnya hingga ke sebuah van yang sudah menunggu. Cikgu Suria kaku
disitu sehinggalah van itu sudah tidak kelihatan lagi. Cikgu Suria
menyeka airmatanya.
Dia baru teringat akan sesuatu yang harus dia lakukan. Bingkas dia
menuju
ke
mejanya, mencapai daftar nama murid dan mendial nombor rumah Sham.

"Hello....", terdengar suara wanita yang agak garau di hujung
telefon.

"Ini, Puan Rohana ke, ibu Sham?", tanya Cikgu Suria.

"Ya...siapa ni?"
"Tak perlu puan tanya. Saya telefon ini untuk memberitahu Puan yang Sham tidak akan pulang ke rumah puan buat selamanya....!", pantas tanganCikgu Suria meletakkan ganggang telefon. Puas hatinya.

Rohana mendengus. Siapa pulak yang berani menemplaknya sebentar tadi?Tak
sayang
mulut betul! Kalaulah orang itu berada di depan matanya memang
diganyangnya
cukup-cukup. Sham...budak celaka tu lagi. Tak habis-habis dia buat hal.
Memang
nak kena budak tu. Nantilah kalau dia balik nanti, siap dia saya
kerjakan,
fikir
Rohana. Tapi kalau benar kata si pemanggil yang Sham tak balik, macam
mana?
Tak ada orang pulak yang boleh di suruh buat itu ini...Ah persetan
dengan
budak tu. Memang pun dia benci memandang wajah Sham yang hampir seratus
peratus menyerupai
wajah suaminya. Rohana termenung. Kenapa Sham yang jadi mangsanya selama
ini, bukan
Syukur anak sulungnya atau Shimah anak perempuannya?

Seingatnya ini semua bermula 4 tahun lalu ketika Sham berumur 5 tahun.
Masih jelas diingatannya malam penuh trajedi itu. Malam itu, Johari,
lelaki
yang menjadi
sanjungan hatinya meminta izin untuk bernikah satu lagi. Bayangkanlah
betapa
kecewanya dia bila diberitahu yang hubungan Johari dan Misliah,
perempuan
jalang
yang ingin dia dinikahi itu sudah berjalan hampir enam tahun malah
semenjak
Sham
masih dalam kandungannya lagi. Perempuan itu sedang hamilkan anak
Johari,
sebab
itulah Johari perlu menikahinya. Hanya Tuhan yang tahu perasaannya
ketika
itu.
Sungguh tidak terduga, pergorbanannya selama ini sia-sia belaka. Rohana
sanggup meninggalkan keluarganya yang kaya-raya kerana cintakan Johari.
Dia
sanggup melukakan hati orang-tuanya kerana Johari. Tapi inikah balasan
Johari padanya? Johari
menduakannya dalam diam.

Balik sekolah ditanya kedua abang dan kakaknya Sham. Ternyata benar
mereka
cuba
mengelak dan memberi berbagai alasan.

Bukan mereka tidak kasihan pada Sham, tetapi murid darjah enam dan lima
ini
takut
dimarahi oleh mama mereka. Walaupun Rohana belum melibatkan mereka dalam
"permainan"nya dengan Sham, mereka bimbang apa yang Sham alami akan
terpaksa mereka lalui juga. Mereka sudah masak dengan perangai mama
mereka.

"Hei saya tanya....kau nampak budak tu tak?", herdik Rohana.
"Tadi....Sham...Syukur nampak...Sham....", tergagap-gagap Syukur cuba
menghabiskan kata-katanya.

"Apa hal ni? Apa kena dengan kau Syukur...cuba cakap betul-betul!", tengking Rohana lagi.Syukur memandang Shimah.

"Sham kena bawak dalam van jabatan kebajikan....", tergopoh Syukur menghabiskan ayat itu.

"Apa? Kenapa kau orang tak cakap dengan mama?", pantas tangan Rohana
mencapai telinga Syukur. Dipiatnya telinga syukur.

"Kau pun sama..Kenapa tak beritahu mama!", marahnya pada Shimah pulak.
Tangannya singgah ke pipi Shimah.
"Kamu berdua memang nak susahkan mamakan!"
Rohana naik radang. Di tampar keras badan Syukur dan Shimah
bergantian.Syukur dan Shimah hanya mampu bungkam di tempat mereka
berdiri.
Air mata mula membasahi pipi mereka. Menjawab bermakna mencari nahas.
Lebih
baik berdiam dan membiarkankan Rohana melepaskan geramnya. Mereka sudah
banyak belajar dari penderitaan Sham. Mereka tahu taktik Sham mendiamkan
diri
selalu berjaya meredakan kemarahan Rohana. Tanpa Sham di rumah, apakah
mereka pula yang jadi mangsanya?

Dalam kekalutan dan keriuhan mulut Rohana, tiba-tiba terdengar ketukan
pintu
yang amat kuat. Rohana terpegun. Syukur dan Shimah masih kaku di tempat
mereka
berdiri. Mereka hanya boleh menangis menahan kesakitan. Ketukan pintu
bertambah
lantang.
"Polis...tolong buka pintu...", kedengaran suara dari luar.

Rohana terduduk. Apa dah jadi?, bisiknya sendiri. Melihat mamanya
diam terduduk, Syukur berlari membuka pintu. Sungguh dia tidak mahu
tersiksa seperti Sham.

Dua orang pegawai polis, seorang lelaki dan seorang wanita melangkah
masuk ke ruang tamu.
"Awak Puan Rohana Sulaiman?", tanya pegawai polis lelaki itu.
Rohana hanya mampu mengangguk.
"Puan, kami ada waran untuk menangkap puan kerana disyaki mendera
anak puan, Shamsuri Johari. Tolong ikut kami ke balai..!"
Rohana kejung, meraut wajahnya berkali-kali. Bagai tidak percaya ini semuaakan
berlaku kepadanya. Tidak! Ini semua salah faham. Dia sayang semua anak-anaknya
termasuk Sham. Dia yang melahirkan mereka. Mana mungkin dia tidak sayangkan
mereka? Dalam kebingungan, Rohana hanya menuruti pengawai polis wanita itu
ke kereta polis.
Dan dari dalam kereta itu, dia hanya mampu melihat Syukur dan Shimah diiring masuk
ke sebuah van jabatan kebajikan. Air jernih mula mengalir di pipinya.Inikah kesudahannya?

Sham hanya menunduk bila Rohana dibawa ke kandang orang bersalah. Demi Tuhan, rasa
takut terhadap Rohana masih menebal di hatinya. Dia pasti ketika ini Rohana
memandang tajam terhadapnya dengan senyuman penuh sinis. Dia pasti akan
kalah dengan tenungan begitu. Sham terasa tangannya diramas perlahan oleh Puan Maria, pengawai sosial yang
bertangung-jawab ke atas kesnya. Dia menoleh dan membalas senyuman Puan Maria dengan
senyuman yang dibuat-buat. Di saat itu, berdepan dengan Rohana, tidak mungkindia dapat tersenyum dengan sempurna.
"Masa keputusan dah tiba..", bisik Puan Maria.
Mata Sham beralih kepada tuan hakim yang sibuk membelek kertas-kertas di
hadapannya. Lelaki tua itu mengerut-ngerutkan dahinya.

"Baiklah....setelah saya timbangkan semua hujah-hujah dan mengamatibukti-bukti yang ada...mahkamah mengambil keputusan....",
tuan hakim berhenti sebentar membetulkan tempat duduknya.
Sham hanya mampu menelan air ludah. Gengaman tangan Puan Maria semakin kuat."Shamsuri Johari...awak akan dikembalikan kepada penjagaan ibu awak,Rohana Sulaiman...", bergema suara tuan hakim mememecah kesunyian.
Sham memandang tuan hakim, memandang Puan Maria yang sudah mula
menangis.Mata Sham beralih kepada Rohana. Wanita itu merenung tepat ke arahnya dan
ketawaberdekah-dekah.

"Kau kalah Sham, kau kalah budak busuk....!", kedengaran suara Rohana mengejeknya.

"TIDAK!!!!!!!!!!!!!!", pekik Sham.
Peluh membasahi dahi dan badan Sham. Dia merenung sekeliling.Bukan, dia
bukan berada
di bilik mahkamah saat ini. Dia sedang duduk di atas sofa di Doctor's Lounge di tempat dia bertugas.

"Astaghfirullah al azim...", Sham beristighfar. Dia tertidur
rupanya.Sham
mengeluh. Mimpi sebegini sudah tidak asing pada Sham. Walaupun dia tidak
pernah bertemu Rohana lagi selepas mahkamah memutuskan untuk menjatuh
hukuman penjara tiga tahun ke atas Rohana, namun ketakutan yang terpahat
dihati dan jiwa nurani sering juga terbawa ke alam mimpi. Begitulah kuatnya
pengaruh Rohana terhadap dirinya. Sham termenung. Fikirannya melayang ke Rumah Bakti Darul Istiqamah. Di situlah anak-anak yang terbuang dan
senasibdengannya di besarkan. Kalau abang dan kakaknya memilih untuk tinggal
bersama papa mereka, Sham lebih rela di tempatkan di Darul Istiqamah. Sham
tidak fikir dia boleh tinggal dengan papanya yang telah meninggalkannya untuk disiksa oleh mamanya.
Bukannya Sham pendendam, tetapi hatinya yang terluka teruk tidak mungkindapat terubat jikalau melihat papanya di depan mata saban hari.

Di Darul Istiqamah, Sham belajar segala-galanya. Dia mula mengutip harga
dirinya yang telah lama dirobek oleh Rohana. Cikgu Suria, wanita itulah yang memberinya semangat untuk dia meneruskan hidup. Dia tidak jemu-jemu melawat Sham di Darul Istiqamah, walaupun dalam keadaan sarat
mengandungkan
anaknya yang pertama. Beruntunglah anak-anaknya mendapat seorang ibu yang
penyayang. Sedangkan Sham yang bukan darah dagingnya begitu
bersungguh-sungguh dia memberi dorongan, apatah lagi zuriatnya
sendiri, fikir Sham.

Tetapi sayang, sedang Sham menjangkau umur tiga belas tahun dan baru
mahu menjenguk
ke alam remaja, Cikgu Suria terpaksa ke Jepun mengikuti suaminya yang di tugaskan
di sana. Hancur hati Sham saat itu. Kepada siapalah Sham mengendeng kasih?
Kepada siapakah Sham dapat mangadu suka-dukanya? Hatinya yang merajuk mulanya terpujuk
juga dengan kedatangan warkah-warkah indah dari Cikgu Suria. Namun lama kelamaan surat-surat itu berkurangan. Walau berpucuk surat Sham kirim,
hanya sesekali sahaja
suratnya berbalas. Terasa kehilangan benar Sham saat itu. Kekosongan yang
dia rasa bercampur dengan rasa marah dan takut.

Bingung! Itu perkataan lebih tepat untuk mentafsirkan jiwa Sham ketika itu.
Perlahan Sham mula mencari keseronokkan untuk mengisi kekosonganhatinya.
Dia belajar merokok. Dia belajar ponteng sekolah. Pendek kata, Sham sanggup lakukan apa
sahaja untuk diterima oleh kawan-kawan sekolahnya. Pernah satu ketikaSham
ikut
serta membocorkan tayar kereta guru disiplinnya setelah dicabar oleh
Manaf,samseng sekolah yang memang terkenal nakalnya. Bangga tidak
terkira
Sham disaat Manaf
memujinya di depan dua-tiga orang kroni Manaf. Berkawan dengan Manaf
bermakna tiada siapa pun yang boleh mengertaknya walaupun pengawas
sekolah
sekalipun. Mungkin itulah yang sebenarnya dia cari - >
perlindungan,walau
dalam bentuk apa dan bagaimana!

Melihat perubahan dalam diri Sham, Puan Maria mengesyorkan agar Sham
berjumpa dengan
dari Shahril, pakar sakit jiwa yang datang ke Darul Istiqamah dua kali sebulan.
Pertemuan pertamanya dengan dari Shahril lebih banyak diamnya daribercakap.
Bukandoktor ini yang dia perlukan. Dia perlukan belaian kasih-sayang, dia perlukan kepercayaan, dia perlukan Cikgu Surianya. Bukan doktor ini, bukan, bukan. Menyebut
nama Sham sahaja susah, macam mana nak menyakinkan Sham, hendak menolong
Sham.

Pertemuan kedua Sham dengan dari Shahril lebih tragis. Dia bosan dengan lelaki yang asyik memanggilnya Sam dengan slanga mat salehnya dan bukan
Sham seperti mana sepatutnya. Soalan dari Shahril juga menyakitkan hati -
soalan-soalan yang terjerus kepada kebencian Sham terhadap Rohana,sedangkan Sham sama-sekali tidak membenci Rohana. Hanya takut...itu
sahaja. Tidak tahukah doktor bodoh itu membezakan perkataan benci dan
takut. Bila Sham membantah dengan suara yang keras, dari Shahril
mencatitkan
yang berikut dalam "case sheet"nya ,Inclination towards aggressiveness Anger Management - very low

Sham bukan bodoh. Mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah subjek
"forte"nya.Dia tahu
apa makna yang tercatat di sekeping kertas itu. Dia sama sekali bukan agresif. Terus sahaja Sham mengangkat kaki mahu berlalu dari situ. Pantas
pula tangannya disambar dari Shahril. Detik itulah berlaku kejadian tolak menolak antara Sham dan dari Shahril
sehingga doktor itu jatuh terperuk di tepi meja.

"Saya tak mahu jumpa awak lagi!", pekik Sham.
"Dan untuk sekelian kalinya, nama saya Sham bukan Sam!", sambung Sham sebelum meninggalkan dari Shahril yang terpinga.

Semalaman Sham tidak tidur selepas itu. Dia menangis semahu
hatinya. Dunianya sudah gelap. Selepas insiden itu tentu tiada siapa yang akan
percayakan dia lagi. Sham pasti! Keimanannya terhadap Tuhan yang sememangnya tipis semakin menipis. Mengapa dia yang harus melalui ini semua? Apa salahnya? Itulah yang menjadi pertanyaannya saban hari. Sham
tahu dia berdosa kerana mempersoalkan qada dan qadar Tuhan. Tetapi itu,
hatinya sudah hancur lebur. Disaat dia sudah hampir benar dengan
kecundangan, Cikgu Suria kembali semula menyinari hidupnya. Rupanya Cikgu Suria bukan sengaja melupakannya.

Sebaik sahaja disahkan hamil dengan anak keduanya, Cikgu Suria didapati mengidap penyakit pangkal rahim. Anak dalam kandungannya terpaksa
digugurkan demi menyelamatkan nyawanya sendiri. Cikgu Suria terpaksa dibedah dan menjalani perawatan "chemo-therapy" yang menyakitkan.

Cikgu Suria berjuang nyawa rupanya. Kini Cikgu Suria sudah sembuh dari penyakitnya dan pulang mencari Sham. Sungguh Cikgu Suria terkejut bila
diberitahu yang Sham sudah jauh berubah. Pertemuannya dengan Sham diiringi
tangisan yang memilukan. Walaupun sudah menjangkau umur lima belas tahun
ketika itu, Sham tidak segan di peluk Cikgu Suria. Kekosongan jiwanya
hampir tiga tahun itu, terubat juga. Sejak dari hari itu Sham
menjadi anak angkat Cikgu Suria sehingga dia berjaya dalam pelajaran
nya...

"Terasa benar badan dia pulak dah semakin lemah", ngomel Jasmine.

"Dah lama ke penyakitnya ni?"
"Dah dekat 15 tahun Sham. Asalnya dia ni dulu di penjara. Entah apa jadi dekat
penjara tu dia ni semakin lama semakin suka cakap sendiri. Menyanyilah,menangislah.
Tu yang dia orang hantar sini. Tiga tahun dia di sini. Bila dia dah ok
sikit, dia di hantar ke rumah kebajikan sebab dalam failnya tercatit
tiada waris. Tapi itulah, empat lima bulan sekali, mesti jumpa dia kat sini.
Orang-orang kat rumah kebajikan kadang-kadang tak tahan dengan
kerenahnya.
Kalau dah datang angin dia, habis di pukul semua orang di depannya.",
cerita Jasmine tanpa disuruh.

"Masuk penjara?" Kenapa?", tanya Sham.

"Classic case....dera anak!", jawab Jasmine pendek, hampir berbisik.
Sham mengerutkan dahi.

"Habis anak dia tak cari dia ke?"

"Pihak hospital dah cuba hubungi anak-anaknya dan suaminya. Mereka tak
mahu
terima
dia balik. Lepas tu mereka pindah, tak mahu pergi mana. Tak silap, ada
satu
lagi
anaknya yang dipelihara orang. Tapi kami dah malas nak cari. Sedangkan
anak
yang tak
di pelihara orang tidak mahu terima dia balik, inikan anak yang dia tak pelihara."

Berdegup jantung Sham.
"Boleh I tengok fail ni?", pinta Sham.
Jasmine hanya mengangguk. "Be my guest..", katanya

Perlahan Sham membuka fail di depannya. Sham menelan air ludah sebaik sahaja melihat nama pesakit yang tertera diatas.

"Rohana Sulaiman...", bisiknya sendiri.Mengeletar tangan Sham menyelak
satu-persatu catatan di dalam fail itu.

Hampir tidak percaya Sham setelah sekian lama, nama itu masih menggugat
keberaniannya.
"Tidak...saya tidak boleh membiarkan dia menhantui hidupku buat
selamanya",
jerit Sham dalam hati.
"Jasmine, boleh you bawa I jumpa dia?"
"Nantilah...besok bila I go on my rounds, you can tag along..."
"No Jasmine. I would like to see her as in NOW, please", pinta Sham separuhmerayu.

Jasmine membesarkan mata memandang Sham. Wajah kacak Sham direnungnya.
Bersungguh benarkah Sham mahu menolongnya? Doktor muda yang menjadi perbualan jururawat-jururawat di sini kerana kekacakannya, ternyata
berperangai pelik. Sudah dua tiga kali dia perhatikan Sham yang suka
termenung dan berkhayal ini.

"OKlah!", akhirnya itu yang keluar dari mulut Jasmine. Dia malas mahu bertanya lebih lanjut.

Jasmine menunjukkan katil di mana Rohana ditempatkan. Rohana kelihatan sedang nyenyak tidur. Sham melangkah perlahan menuju ke arah itu.
Degupan jantungnya semakin kencang. Tidak, dia tidak akan benarkan Rohana
menguasai emosinya lagi. Sudah cukup dia dihantui cerita lama. Perempuan tua dengan
rambut yang tidak terurus di depannya ini dipandang
dari hujung rambut ke hujung kaki. Bajunya berbutang senget dan terpecak dengan tumpahan cecair bewarna coklat. Bau hapak menangkap hidung Sham.Memang benar sebagaimana catatan dalam fail yang dibaca tadi, Rohana sudah
3 hari tidak mandi. Dia tidak mahu disentuh langsung. Makanan pun tidak
terjamah. Ubat pun tidak mahu ditelan walaupun dipaksa. Akhirnya Rohana
dibiarkan sendiri.

Perempuan inikah yang harus saya takuti? Tanya Sham dalam hati.
Tidak sama sekali. Tuhan maha adil. Sebagaimana dia tersiksa, begitulah
yang
dirasa Rohana sekarang ini. Tapi walau apapun Rohana tetap ibu yang
melahirkannya. Tergamakkah dia membiarkan Rohana begini?

"Puan....", perlahan Sham mengerakkan Rohana. Jasmine hanya duduk
memerhati
dari jauh.
Rohana membuka mata. Demi melihat wajah Sham, Rohana cuba bangkit tetapi
ternyata badan yang tidak menjamah makanan selama tiga hari itu, lemah
tidak bertenaga.

"Johari...kau datang nak bunuh saya kan...", bebel Rohana perlahan tetapi
tegas.

Wajah Sham yang mirip Johari ketika waktu mudanya, mengundang emosi
Rohana.
Sham hanya mengelengkan kepala.

"saya tahu saya dah lemah, sebab itu kau datang nak bunuh kan Jo...",bebel
Rohana lagi.

"Saya bukan Johari.......", bisik Sham.
"Kau jangan bohong...saya tahu kau datang nak bunuh saya sebab saya siksaSham....
Dia anak kesayangan kau kan. saya tahu saya salah. saya siksa Sham....dan kau
kemari sebab nak balas dendamkan!", Rohana mula meraung.

Jasmine yang jadi permerhati bingkas bangun mendekati Sham. Bimbang dia
kalau Sham diapa-apakan. Sham menunjuk isyarat tangan agar Jasmine tidak
masuk campur dahulu.
Dia mahu tahu apa sebenarnya pergolakan dalam jiwa Rohana.

"saya sayang Sham....saya sayang Sham. saya cuma mahu siksa dia agar kau balik
bila lihat Sham kena siksa. Tapi kau tak balik juga. Kenapa kau tak balik?",
tangisanRohana semakin menjadi.
Hampir Sham menitis airmata mendengar perkataan sayang dari perempuan
yang bergelar mamanya ini.
"Mana Sham. saya nak minta maaf dengan dia...mana Sham?"
Perasaan kasihan meruntun di hati Sham. Rohana diamuk rasa berdosa terhadap
Sham selama ini. Haruskah Sham terus mendiamkan?

"Mama....ini Sham mama. Ini Sham bukan Johari...", ujar Sham perlahan.

Tangan Rohana di ciumnya. Jasmine yang berada disebelahnya membeliakkan
mata. Sungguh dia tidak menduga yang Sham adalah anak ketiga Rohana yang
menjadi misteri selama ini.
Rohana melihat Sham mencium tangannya.

"Kau Sham...kau Sham...?", tanya Rohana bagai tidak percaya. Tangan Sham
dijadikan pautan dan dia duduk menghadap Sham.

"Betul ke kau Sham?", tanya Rohana lagi. Rohana mengusap wajah Sham.

"Ya mama, saya Sham, anak mama..."

"Sham....!", jerit Rohana dan memeluk tubuh Sham.

"Sham maafkan mama Sham...", tangisan Rohana memenuhi wad yang sunyi
sepi.

Air jernih yang Sham tahan-tahan tadi, gugur juga di pipinya. Jasmine
juga
menitiskan airmata meliahat drama di depannya. Rohana masih meraung
memanggil nama Sham. Sungguh tidak terduga, setelah sekian lama dia cuba
merisik kabar, akhirnya Sham di temui juga. Begegar badan Sham dengan
tangisan Rohana. Rasanya perasaan takut kepada wanita ini sudah hilang
serta-merta. Yang tinggal cuba perasaan kasihan yang amat sangat.Gegaran
badan Rohana semakin menghilang. Suara tangisannya pun sudah reda.

Kenapa pula? Perlahan Sham meleraikan pelukan mereka. Mata Rohana sudah
tertutup rapat. Badannya lemah tidak bermaya. Rohana pengsankah?

"Mama...mama..", perlahan Sham mengerakkan tubuh Rohana. Tiada respon.

"Mama..mama?", panggil Sham sekali lagi.

Jasmine mendekati meletakkan jari ke leher Rohana. Kemudian tangannya
beralih ke pergelangan tangan Rohana.Perlahan dia menoleh pada Sham.

"Sham...dia dah tak ada...", tersekat-sekat suara yang keluar dari mulut
Jasmine.
Sham melepaskan tubuh Rohana perlahan. Wajah pucat yang tidak bernyawa direnungnya penuh syahdu. Pergi sudah mamanya bersama ketakutan yang tersemat dihati sanubarinya selama ini. Kiranya inilah suratan Tuhan, dia akan menerimadengan tenang.
Tuhan maha adil. Tuhan maha mengetahui. Patutlah kata Jasmine Rohana
tidak sebecuk selalu, rupanya dia sudah merasakan kematian yang semakin menghampir. Moga-moga roh mamanya di tempatkan bersama orang-orang yang
Dia redhai, itu sahaja doanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya82Profil   Hantar PM kepada cahaya82   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.07631 saat. Lajunya....