Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Aku bersama sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah baginya, dan jika sangkaannya buruk maka buruklah baginya.
-- Hadis Qudsi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 62
Ahli: 0
Jumlah: 62




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 25 hari yang lalu
ronniefinancehome: 36 hari yang lalu
MTMKi: 46 hari yang lalu
usop79: 47 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: nasyid yang melalaikan....


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» nasyid yang melalaikan....

Please Mendaftar To Post


Oleh nasyid yang melalaikan....

sakura_shinguji
Warga Rasmi
Menyertai: 06.01.2005
Ahli No: 13569
Posting: 16
Dari: BuMi ALLAH

japan  


posticon Posting pada: 11-10-05 10:08


sekadar ingin berkongsi dengan sahabat semua....

semasa kuliah baru-baru ni ustaz saya menyentuh mengenai nasyid yang melalaikan.....iaitu nasyid yang mengajak kita mengingati perkara lain selain Allah swt...
nasyid matlamatnya adalah untuk mengajak manusia mengingati Allah dan mengerjakan kebaikan dan menjauhi kemungkaran...tetapi nampaknya kebanyakan nasyid sekarang lebih menjurus pada perkara yang melalaikan mengalakkan pada perkara yang tak ada dalam islam....contohnya bercinta dan berkasih sebelum berkahwin...

mungkin sahabat semua boleh berkongsi pandangan dan pendapat mengenai perkara ini... kerana tajuk ini merupakan tajuk untuk assigment saya :-) :-?


-----------------
Be ThE BeSt As YoU


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakura_shingujiProfil   Hantar PM kepada sakura_shinguji   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-10-05 10:15


:roll: :roll: sekarang saya tengok banyak nasyid2 yang didendangkan adalah berunsur kan cinta,bukan cinta kepada Allah ke,Nabi Muhammad ke,family ke...,suami isteri kee..tapi cinta terhadap wanita....macam mana ini....tak kan nasyid dah terpesong. :-o

nasyid sbenarnya untuk menyebarkan dakwah.... :-|

:-| :-| :-| anti nasyid berunsur cinta kepada wanita


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

haiza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6626
Posting: 79
Dari: malaysia

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-10-05 10:42


assalamualikum.
memang ada sstgh nasyid tu nampak seolah-olah melalaikan.
tapi ana tak kata la semua nasyid, hanya sstgh....

pada pendapat ana, kalau nak kata kebanyakan nasyid sekarang yang mellaikan sebab pengisisan nasyid tu tak berunsurkan atau bercerita mengenai Allah, iaitu lebih kepada berkaitan keluarga, cinta dengan manusia...dll... rasa tak salah..

sebab orang sekarang ni tak nampak kalau kita cita pasal nak besarkan tuhan, jauhi yang dilarang dan ajak buat kebaikan....

yang saya nampak, alternatif yang diambil oleh kumpulan nasyid sekarang ialah dengan becita berkaitan kasih sayang di dunia dll ni sebab ia adalah juga untuk mengajak manusia ke arah kebaikan, cuma orang tak nampak yang ia adalah sebahagian tuntutan dalam islam iaitu ingat-mengingati ke jalan kebaikan.

saya tak berani la nak kata ingat-mengingati ke jalan kebenaran sb saya pun bukan pandai sgat. tapi lebih baik sya kata nasyid sekarang ni masih bertujuan untuk mengajak orang berbuat kebaikan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For haizaProfil   Hantar PM kepada haiza   Quote dan BalasQuote

farabi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya

Pahang  


posticon Posting pada: 11-10-05 11:38


assalamualaikum.... a'ah... kalau nak ikut sekarang ni....macam2 versi nasyid ada.... bak kata pakcik astro.... macam macam ada...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farabiProfil   Hantar PM kepada farabi   Pergi ke farabi's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 12-10-05 10:10


Pada 11-10-05 10:42 , haiza posting:

!!! QUOTE !!!


saya tak berani la nak kata ingat-mengingati ke jalan kebenaran sb saya pun bukan pandai sgat. tapi lebih baik sya kata nasyid sekarang ni masih bertujuan untuk mengajak orang berbuat kebaikan.


Saya rasa orang yang hantar post ni nak bertanyakan tentang nasyid yang mempunyai unsur-2 cinta pada wanita ... bukan lagu nasyid secara umumnya .. memang la masih ada nasyid yang mengajak ke arah kebaikan ... rasanya mungkin saudari haiza ni cuba nak backing nasyid-2 cinta agaknya ... kalau rasa tak salah bagi saja pendapat ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 12-10-05 10:14


Cuba dengar lagu "Hanya Tuhan Yang Tahu - UNIC" dengan lagu cinta biasa macam "saya Cinta Padamu - Siti Nurhaliza" ke ... feel dia sama tak ??? kalau sama maka apa bezanya ??? Kalau orang perempuan mungkin la tak feel agaknya pasal lagu UNIC tu lelaki yang nyanyi ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 12-10-05 10:20


Pada 12-10-05 10:14 , transmissionline posting:

!!! QUOTE !!!

Cuba dengar lagu "Hanya Tuhan Yang Tahu - UNIC" dengan lagu cinta biasa macam "saya Cinta Padamu - Siti Nurhaliza" ke ... feel dia sama tak ???


Sekali lagi saya jadi mangsa sistem tukar perkataan secara automatik ..

Maaf kalau saya kata lagu-2 nasyid jiwang ni lah sebenarnya perosak kepada nasyid .. dulu orang kecoh kata Brothers perosak nasyid pasal guna gitar ... tapi bagi saya nasyid jiwang is a disaster ...

Beberapa hari lepas saya berkesempatan tengok Dari Studio 1 In-Team di siaran Astro ... yang layan kat studio tu semua perempuan ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  


posticon Posting pada: 12-10-05 11:33


saya rasa tak kisahklu kita dengarlah lagu apapun, nasyid atau rock.. asalkan kita tidak lalai dalam setiap perbuatan seharian kita...saya rasa lagu tak salah..diri kita yang perlu kawal agar jangan lalai...selamat mendengar lagu.... :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-10-05 13:40


Pada 11-10-05 10:08 , sakura_shinguji posting:

!!! QUOTE !!!

semasa kuliah baru-baru ni ustaz saya menyentuh mengenai nasyid yang melalaikan.....iaitu nasyid yang mengajak kita mengingati perkara lain selain Allah swt...

mungkin sahabat semua boleh berkongsi pandangan dan pendapat mengenai perkara ini... kerana tajuk ini merupakan tajuk untuk assigment saya :-) :-?

tajuk assignment awak pasal nasyid ye, kebetulan pula kertas projek saya dulu pun pasal nasyid juga...

sebenarnya bukan setakat nasyid aje, lagu2 biasa pun kalau tidak membawa unsur2 negatif maka ia harus didengar... ini berasaskan kaedah ibahah al-asliyyah... ini adalah pendapat al-Qaradawi, al-Ghazzali, al-Mawardi, Syaykh Mahmud Syaltut dll...

Imam al-Ghazali ada mengkategorikan lagu2 (al-Ghina') kepada 7 kategori, salah satu daripadanya ialah lagu "Ghazal", iaitu lagu yang mengisahkan tentang cinta dan rindu yang tidak keterlaluan...

tak salah nak sebut cinta dalam lagu, lebih2 lagi kalau cinta kepada Allah s.w.t. contohnya lagu Demi Cinta Suci, Kalimah Cinta dan sebagainya... kalau cinta sesama manusia pula, pastikan ia tidak melampau2 dan tidak keterlaluan...

satu lagi, bidang dakwah itu luas, kalau mereka memperlagukan lagu2 sebegitu dengan alasan untuk berdakwah kepada muda-mudi, kita biarkanlah mereka dengan cara mereka, dan sebaik2nya doakan supaya mereka mendapat petunjuk dariNya...

lagu nasyid sekarang pun ada banyak kategori dan pilihan, kita boleh memilih lagu nasyid yang jenis mana yang kita suka dengar... jangan sebab beberapa buah lagu yang menyebut tentang cinta, seluruh lagu nasyid disalahkan... buanglah yang keruh, ambillah yang jernih...

sekadar pandangan dari saya, wassalam...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

gsrturbo
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17654
Posting: 251
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-10-05 14:35


perlu dilihat dari dua sudut:

1. konsep
- nasyid konsepnya bertujuan kepada mengingati Allah

2. content/kandungan
-kandungan atau lirik/mesej juga perlulah tidak terpesong dari objektifnya untuk mengajak Umat Islam mengingati Allah..


wsslam

Bookmark and Share

    


  Member Information For gsrturboProfil   Hantar PM kepada gsrturbo   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 12-10-05 14:41


setahu ana nasyid ialah lagu yang memuji-muji Allah dan Rasul dan menyeru ke arah kebaikan

lagu yang lirik tak ke arah tu, walau penyanyi dia berserban ke, berkopiah ke, kalau lagu dia tak termasuk dalam memuji-muji Allah dan Rasul, tak dikira nasyid..

contohnya lagu UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu,Mahligah Kasih,See U di IPT, firdaus-cinta dan harapan .. ni semua contoh lagu pop jiwang..bukan nasyid..sebab nak kata lagu ni bawa ke arah kebaikan pun ana tak sure.. macam jiwang saja lebih..

lagu macam inteam-kasih kekasih tu, walau lagu dia jiwang,tapi lirik lagu tu (pada pendapat ana la) macam membawa ke arah kebaikan...


wallahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

mellisaleez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.05.2005
Ahli No: 16270
Posting: 210

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-10-05 15:38


Dipetik dari Saifulislam Online




Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Alhamdulillah dengan izin Allah, Saifulislam Online telah selamat saya pindahkan ke server baru. Asal tujuan, semata-mata untuk membolehkan saya menempatkan koleksi mp3 nasyid alternatif kepada nasyid lain yang sedia ada di halaman-halaman yang lain. Sebagaimana yang telah saya jelaskan di halaman , banjiran dendangan nasyid-nasyid yang ada di pasaran hari ini seasalnya patut menjadi alternatif kepada gejala hiburan melampau yang wujud di dalam masyarakat. Tetapi entahlah, semenjak kemunculan kumpulan nasyid komersil menjelang tahun 2000, hari demi hari menyaksikan nasyid terpaksa mengikut kehendak arus yang sedia ada, dan bukan lagi cuba membentuk arus baru yang dikehendaki oleh Islam.

Di zaman nasyid berkompang pada akhir 80an hingga pertengahan 90an, kaset-kaset RM4 yang dijual di kawasan ceramah, di sekolah-sekolah agama dan kedai-kedai buku sambil menunggu bas ekspres pulang ke kampung itu, mengandungi himpunan lagu yang menguatkan semangat untuk berjuang. Malah daripada nasyid itu kita boleh mempelajari tentang perkembangan perjuangan gerakan yang didokongi oleh kumpulan berkenaan. Lihat sahaja Nadamurni, nasyid seperti Musafir Kelana, Kawan, dan kaset Selamat Tinggal Duniaku yang agak kontroversi kerana didendangkan oleh Muslimat mereka, mencerminkan era pembinaan jemaah al-Arqam. Kemudian terbit pula kaset Rindu, Munajat dan sehinggalah kepada Pulang Abuya Pulang, memahamkan kepada kita tentang apa yang berlaku kepada perjuangan mereka. Saya tidaklah berhasrat untuk memberikan komen tentang isi kandungan nasyid-nasyid itu. Album Cahaya di Ufuk Timur yang memuatkan muqaddimah fikrah Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu telah difatwakan haram oleh beberapa tokoh di tempat saya belajar di Jordan, bilamana ia dipertimbangkan daripada kaca mata Al-Quran dan penjelasan sebenar Hadith-hadith yang sahih. Namun yang ingin saya pertekankan adalah nasyid di zaman berkenaan adalah nasyid fikrah, nasyid dakwah, nasyid bermesej dan nasyid yang membangkitkan semangat berjuang.

KEMUNCULAN AL-WADI DI MESIR

Begitu juga kita semua terhibur dengan kemunculan kumpulan Usrah al-Wadi oleh pemuda-pemuda yang menuntut di Universiti al-Azhar. Kaset pertama mereka, saya pun tidak pasti sangat apa tajuknya, dirakamkan di dalam bilik sahaja. Kalau tidak silap saya tajuknya ialah "Di Manakah Silapnya". Ketika itu saya masih di Tingkatan Empat 1991. Nasyid-nasyid yang mereka dendangkan dengan penuh makna itu banyak menyumbang kepada pembinaan fikrah dan diri. Sehingga ia seakan-akan menjadikan saya lebih tua dari usia sebenar. Lagu Wasiat Sayyid Qutb yang asal sebelum dirakamkan semula di dalam album keempat mereka "Islam Penyelesaian" sangat menyentuh hati. Begitu juga dengan lagu Di Manakah Silapnya yang menceritakan tentang perpecahan menjadi punca kejatuhan Ummah sangat berkesan kepada diri. Selepas album pertama itu, muncul pula album kedua edisi terhad yang diterbitkan sebanyak 500 unit sahaja jika saya tidak tersilap. Iaitu kaset sempena Hari Raya Aidilfitri. Di antara lagu yang sangat saya kenangkan adalah "Anak Kecil di Palestin" yang turut saya dan penyanyi utamanya persembahkan di hadapan Sultan Perak di Dewan DBI, Ipoh sempena pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Perak pada tahun 1992. Semua orang terpegun dengan mesej tajam yang disampaikan bilamana nasyid kami anti klimaks. Orang lain sibuk mendendangkan nasyid goyang kepala dengan baju-baju yang menyilaukan mata, tiba-tiba kami dendangkan nasyid rintihan seorang anak kecil di Palestin yang meratapi kematian ibunya di pagi Aidilfitri oleh kekejaman regim Yahudi.

Begitulah seterusnya terbit album Kepimpinan Ulama, Islam Penyelesaian, Fajar Lebaran dan Belenggu Fatamorgana yang bila mendengar isi kandungannya, seakan-akan mendengar berita al-Jazirah! Ada nasyid tentang Bosnia, Tragedi Natrah, Masjid Babri, Kashmir, Afghanistan dan segala krisis umat Islam disentuh. Akhirnya nasyid Membangun Bersama Islam dan Islam Penyelesaian menjadi konklusi kepada semua tragedi tersebut. Begitu juga dengan nasyid Ideologi dendangan dari Jamnul Azhar yang menyebabkan ramai ternganga. Nasyid itu dengan penuh sarcastic menyindir golongan sekular yang sangsi dengan Islam, dan lebih selesa dengan teori Niccolo Machiavelli.

UNITED KINGDOM TIDAK KETINGGALAN

Usrah al-Wadi di Mesir juga menghasilkan anak buahnya iaitu Usrah as-Soff yang pada album pertama dan keduanya banyak menyumbang kepada kategori nasyid pejuang. Pada masa yang sama juga, Sinaran Azhar oleh sahabat-sahabat Alami sempat menghasilkan beberapa buah album. Manakala di United Kingdom pula, rakan seperjuangan tidak ketinggalan menghasilkan beberapa album dan kumpulan yang kemudiannya dikenali sebagai Suara Tajdid itu telah mementaskan pentomin Salehuddin al-Ayyubi yang tidak akan saya lupakan. Album dengan cover Hitam Putih mereka, turut memuatkan sajak tentang insiden di Masjid lah-Rahman semasa kedatangan kumpulan kriket Yahudi ke Malaysia suatu ketika dahulu. Nama-nama seperti Razi, Ziad, Zamri, Najmi dan Azri adalah penghibur kita pada masa itu dari UK. Zaman itu kita kaya dengan nasyid yang memberi tenaga kepada pejuang agama, dan menjadi peluru tajam kepada yang menentang arus kebangkitan Islam. Alhamdulillah selepas saya lancarkan Saifulislam Online di server baru ini, rakan-rakan telah berhubung dan menyumbangkan koleksi mp3 Suara Tajdid. Halaman Suara Tajdid juga boleh diziarah di link ini.

DIRIKU BERSAMA USRAH AL-FIRDAUS

Angin nasyid di Mesir yang begitu kuat, bersemangat dan bertenaga menjadi aspirasi kepada rakan-rakan seperjuangan di Jordan dengan kemunculan kumpulan usrah al-Firdaus. Album pertama Usrah al-Firdaus diterbitkan sebelum saya tiba di Jordan lagi. Album Sang Suria menampilkan Majdan Alias, Erfino Johari dan ramai lagi munsyid pada masa itu. Mereka adalah juara di kuliah, mereka juga juara di medan amar ma'ruf dan nahi munkar, tetapi tidak menghalang daripada bernasyid lantas dendangan mereka adalah refleks kepada jiwa pejuang dan penuntut ilmu di jalan Allah.

Saya dilamar untuk menyertai kumpulan Usrah al-Firdaus semasa di Mekah. Ketika kami menyertai rombongan umrah pertama untuk pelajar-pelajar baru, saya dijemput untuk bersama-sama membuat persembahan di majlis ramah mesra bersama pelajar Malaysia di Madinah. Oleh kerana saya memang gemar bernasyid, maka lamaran itu diterima dengan sepenuh hati dan on the spot saya karangkan nasyid "Nostalgia Tanah Suci" untuk dipersembahkan. Orang lain sibuk membaca al-Quran, saya pula termenung mencipta nasyid tersebut di tingkat dua Masjidil Haram. Tetapi hanya untuk beberapa jam sahaja. Alhamdulillah, jiwa semasa itu masih puitis dan idea mencurah-curah. Nasyid itu adalah luahan hati saya yang kesal dengan sikap sesetengah kawan yang setibanya sahaja kami di Madinah (kami menaiki bas dari Jordan di utara Saudi, maka sampai di Madinah sebelum Makkah), yang mereka kagumkan adalah keindahan binaan Masjid Nabawi dan bukannya geledak iman dan perasaan diri sampai ke kampung halaman junjungan Nabi Muhammad SAW. Begitu juga apabila tiba di Makkah, yang dibualkan adalah kehebatan infrastruktur Masjidil Haram serta ramainya manusia di sana, dan bukannya 1001 hal yang tersirat tentang realiti umat Islam di sebalik penampilan zahir yang tersurat itu.

Kemudian, semenjak itu saya sentiasa meluahkan isi hati melalui nasyid yang saya cipta. Nasyid Tetamu Dataran Syam adalah di antara nasyid paling segera yang sempat saya siapkan. Ia ditimbulkan daripada sajak Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin tentang Bumi Syam. Saya bawa sajak itu ke dalam bilik kawan yang saya tumpang di Irbid, Jordan, dan saya ubah ia menjadi nasyid. Alhamdulillah sejam selepas itu siaplah nasyid Tetamu Dataran Syam yang kami dendangkan sempena menyambut pelajar baru tahun 1994 di dalam program Sambutan Pelajar Baru oleh Persatuan Pelajar Malaysia Jordan (PPMJ).

Nasyid-nasyid lain dikumpul bersama berkat derma yang dihulurkan oleh rakan-rakan seperjuangan. Alhamdulillah kami berjaya mengumpul wang untuk menghasilkan album kedua Usrah al-Firdaus bertajuk Gemilang pada tahun 1995. Album kedua ini, dirakam buat kali pertama di studio yang lebih 'profesional' berbanding rakaman di bilik yang generasi pertama Usrah al-Firdaus sental pintunya dengan kain pelekat agar soundproof. Di dalam album tersebut saya sumbangkan nasyid hampir 80% daripada keseluruhan album. Walaupun kualiti bunyi tidak memuaskan hati kami, namun ia tidaklah menjadi isu sangat. Apa yang penting adalah mesej yang hendak disampaikan. Kami cuba tingkatkan lagi kualiti audio dengan kemunculan album ketiga iaitu Dunia Ini pada tahun berikutnya. Di dalam album tersebut saya sumbangkan nasyid dengan jumlah yang hampir sama tetapi kali ini sebahagiannya didendangkan oleh sahabat yang lain termasuklah Bambang Erman dan Erwan Johari. Ia, Erwan yang kini menjadi DJ di IKIM FM . Tajuk album tersebut iaitu Dunia Ini, mengambil sempena nasyid yang beliau cipta dan dendangkan dengan lirik yang saya tulis. Selepas itu muncul lagi album seterusnya iaitu Bingkisan Aidilfitri yang digelar oleh sahabat-sahabat di Jordan sebagai "Bungkusan Aidilfitri" kerana cover kaset tersebut yang terlalu hodoh, seperti kotak geometri. Kedai yang mencetaknya telah menipu kami, membuang semua design yang asal dan digantikan dengan warna hijau pudar yang amat mendukacitakan. Saya masih menyumbangkan banyak nasyid di dalam album berkenaan tetapi saya sudah tidak menjadi munsyidnya lagi.

Pada masa itu saya rasa sudah terlalu 'tua' dan tiada kemampuan untuk berulang daripada Mu'tah ke Amman (200km) setiap hujung minggu, menggendong kitab-kitab untuk diulangkaji sambil rakaman di studio yang ada kalanya bermula pada jam 11 malam hingga subuh. Tetapi sebenarnya saya sudah mula patah semangat kerana di zaman itulah nasyid kontemporari semakin popular dan demand semakin tinggi untuk nasyid kompang ditinggalkan dan digantikan dengan yang lebih moden serta kontemporari. Moden bukan sahaja pada alat muziknya, bahkan moden pada lirik. Nasyid tentang nasib ummah, nasyid tentang jihad dan perjuangan saudara-saudara Islam sedunia dan segala macam nasyid yang membawa 'mesej berat' semakin tersisih.

NASYID BUKAN MELAYU LEBIH KONSISTEN

Maka pada masa itu saya mula mengalihkan diri kepada nasyid bukan Melayu yang lebih konsisten. Nasyid Abu Ratib, Abu al-Joud, Abu Mazin dan 'Abu-abu' yang lain dari Syria dan Jordan menjadi bahan hiburan pada masa tersebut. Konsert nasyid berkenaan , bila dihadiri, terasa seperti mahu meloncat ke atas pentas disebabkan oleh tiupan semangat intifadhah melalui persembahan mereka. Di antaranya adalah kumpulan Firqah lah-Rawabi dengan lagu 'Marwan'nya. Nasyid tersebut menceritakan tentang Marwan, seorang pelajar University of Jordan yang semasa cuti semester, telah pergi berjihad ke Palestin dan dikurniakan syahid! Saya juga mengumpulkan nasyid-nasyid dari Turki dendangan para huffaz seperti Prof Mehmet Emin Ay dan Mustafa Demirci , serta Ahmed Ozhan yang begitu menusuk jiwa dan menjadi unggun api terhadap semangat saya mengkaji sejarah Daulah Othmaniyyah. Lebih menggembirakan pada masa itu, selepas Solat Tarawih di Uskudar, saya dan jemaah masjid terus ke seberang jalan masuk ke khemah besar yang disediakan untuk orang ramai mendengar persembahan live nasyid-nasyid itu tadi. Bulan Ramadhan di Istanbul pada masa itu membawa kita semua terbang bypassing era Ataturk untuk tembus pulang ke hari-hari Khilafah Othmaniyyah yang gilang gemilang. Saya rindukan suasana itu.

Nasyid-nasyid di Turki mempunyai disiplin seni yang unggul bahkan dendangan yang sama pernah digunakan di zaman pemerintahan Khilafah Othmaniyyah untuk mengubat pesakit jiwa di hospital. Artikel Prof. dari. Ayhan Songar bertajuk "Socio-Psychiatric Institutions in Old Turks Under Islamic Tradition " menjelaskan secara terpeinci tentang hal ini. Tidak malu pada diri saya untuk menyebut inilah dia apa yang dinamakan sebagai kesenian Islam. Berbanding dengan nasyid-nasyid kontemporari Malaysia yang ada hari ini, konsertnya dinamakan sebagai Malam Kesenian Islam tetapi bagi yang tidak memahami Bahasa Melayu akan kehairanan melihat pemuda-pemuda berketayap mendendangkan lagu pop! Janganlah dikaitkan Islam dengan seni yang pathetic seperti ini!

DAN KINI...

Hinggalah ke hari ini, saya masih meminati nasyid walaupun usia sudah menjangkau 30an. Kisah-kisah itu tadi sudah menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah hidup saya. Tetapi saya gagal untuk terhibur dengan nasyid yang membanjiri pasaran hari ini. Bahkan jangan tersinggung jika saya katakan yang saya geli geleman dengan kebanyakan nasyid yang ada. Anak saya, Muhammad Saiful Islam tidak akan saya lembikkan dengan nasyid-nasyid itu. Saya tidak mahu anak saya menganut Islam yang lembut gemalai ketika ummah sedang tenat. Selepas saya namakan ia Saiful Islam, alangkah pincangnya 'Pedang Islam'ku menyanyikan nasyid yang tidak ubah seperti Westlife.

Kerana itulah saya berazam untuk menghidupkan koleksi nasyid pejuang melalui halaman web ini. Mungkin telinga sahabat-sahabat sekalian akan merasa sakit dengan bunyi kompang tajam dan rendahnya kualiti rakaman studio 24 trek di dalam mp3 berkenaan. Maafkan kami kerana semasa itu kami tiada duit. Nasyid tidak komersil. Ia hanyalah bahan hiburan pejuang. Pejuang yang berjuang...

ABU SAIF
10 Jumaada al-awal 1425
28 Jun 2004

Bookmark and Share

    


  Member Information For mellisaleezProfil   Hantar PM kepada mellisaleez   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-10-05 17:25


Sebenarnya benda ni tak payah kecoh2. Kalau dalam hati ada taqwa dan cintakan Allah dengan cinta yang haq, pasti saban masa akan dihabiskan dengan membaca, mempelajari dan mendengar kalamullah...Sebab apa, semasa mendengar nasyid feeling pada Allah tu dah lari...

Kalau tak percaya, cubalah anda try dengar lagu nasyid contohnya....emmm, entahlah saya pun tak tau lagu nasyid apa yang jiwang sebab tak dengar nasyid, hehe.

Saya pernah try, masa tengah feeling dengar nasyid tu memang tak ada langsung feeling mengingati Allah....Kalau hati dah lalai daripada mengingati Allah, bukan ke perkara yang melalaikan bila dengar nasyid tu...

Tu saya lah, bila dengar nasyid sekarang ni. Mungkin sahabat semua tak macam saya agaknya....sambil dengar nasyid hati sahabat semua boleh terpaut pada zat dan kebesaran Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 12-10-05 18:44


saya kurang menekankan konsep menghukum dalam perkara tetapi tidak juga melupakan konsep menegur...pada saya kumpulan. nasyid yang ada sememangnya pada asalnya berniat ikhlas untuk berdakwah..tetapi umpama kapal di tengah lautan, tampa sauh yang besar dan teguh hanyut jua di pukul ombak...akibat desakan untuk memuaskan halwa telinga peminat terutama remaja yang lebih suka dengan lirik kearah cinta sesama manusia,maka kumpulan. nasyid saya lihat berlumba2 untuk memenangi persaingan menambat hati peminat...sehinggakan mengabaikan dan teralpa sedikit kearah maksud sebenar....alasan yang digunakan tetap sama, lagu jiwang yang di hasilkan untuk menarik minat orang mendengar dan membeli album nasyid..
suka saya mengutarakan satu soalan, mengapa dalam masa yang sama meninggalkan terus lagu yang menuntut muslimin supaya bangkit berjuang dijalan Allah?? memang tak dapat dinafikan ramai remaja yang tak minat untuk mendokong perjuangan agama,tapi apakah ia sekadar dibiarkan begitu...? apakah kumpulan. nasyid dengan lagu dan lirik yang menyentuh hati sudah tiada nilai dan mandat untuk mengetuk pintu hati remaja yang lupa kepada semangat memperjuangkan agama?
saya tertarik dengan kumpulan. mestica dengan lagu salahuddin al-ayyubi yang membawa sinar kepada konsep nasyid walaupun rentak muzik dan alat muziknya berubah...saya tak menyalahkannya kerana zaman itu beredar.....walaupun kita tak dapat cari seorang pun yang mengatakan minat kepada lagu panglima besar islam itu ,at least sesiapa yang membeli album mestica untuk mendengar lagu kerana cinta akan juga secara tidak sengaja mendengar lagu salahuddin al-ayyubi....inilah yang kita inginkan.....inilah yang dipanggil serampang dua mata....dalam kes ini saya setuju lagu kerana cinta itu dihasilkan....tapi tidak bersetuju jika keseluruhan album itu dimuatkan dengan lagu jiwang.....ini merupakan satu kerugian kepada dakwah.....dan saya paling xstuju jika ada persaingan dalam industri nasyid... seakan-akan adanya perlawanan menunjukkan siapa yang lebih hebat berdakwah..
adakah boleh meletakkan dakwah serendah itu...tampa toleransi dan kerendahan diri jangan cuba memanggil diri sendiri sebagai dai'...
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

sakura_shinguji
Warga Rasmi
Menyertai: 06.01.2005
Ahli No: 13569
Posting: 16
Dari: BuMi ALLAH

japan  


posticon Posting pada: 13-10-05 08:54


apapun....pendapat saya tetap sama...lagu nasyid kalau mengajak mengingati kepada benda lain selain Allah...memang melalaikan....tak percaya cuba test try dengar lagu Insan Bernama Kekasih-UNIC...feel tu untuk Allah ke atau untuk seorang wanita?

baru-baru ni semasa buat kajian saya juga terbaca....yang lagu memuji perempuan adalah contoh lagu yang diharamkan....err...betul ke ni???

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakura_shingujiProfil   Hantar PM kepada sakura_shinguji   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-10-05 10:44


Pada 13-10-05 08:54 , sakura_shinguji posting:

!!! QUOTE !!!

tak percaya cuba test try dengar lagu Insan Bernama Kekasih-UNIC...feel tu untuk Allah ke atau untuk seorang wanita?

baru-baru ni semasa buat kajian saya juga terbaca....yang lagu memuji perempuan adalah contoh lagu yang diharamkan....err...betul ke ni???
al-hamdu li'Llah... banyak dan pelbagai pandangan yang dapat kita dengar kat sini...

sememangnya antara lagu yang diharamkan ialah lagu yang menyebut wanita, menyebut arak, lagu yang diiringi penari wanita dan lagu yang dinyanyikan dalam majlis minum arak sebagaimana di pusat2 hiburan...

cuma tentang lagu yang menyebut wanita itu, apa yang dimaksudkan ialah sebagaimana lagu isabella, nabila, tiara dan yang sama waktu dan tempat dengannya... harap sakura_shinguji tak salah faham... menyebut wanita yang tertentu sebenarnya...

jadi lagu yang disebutkan di atas itu tidak termasuk dalam kategori ini... saya bukannya nak menyokong lagu2 nasyid sebegini, sebab bagi saya pun hiburan yang terbaik adalah Al-Quran, tak kiralah nasyid yang sebaik mana pun, jangan sampai ia merampas tempat Al-Quran al-Karim...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-10-05 10:54


tapi kalau kita nak berdakwah pada masyarakat sekarang, nak laung2kan kepada mereka yang dah sebati dalam diri mereka dengan lagu2 rock, pop, rap dan sebagainya... nak laungkan pada mereka yang lagu2 nasyid ni tak berapa elok, jangan dengar, bolehkah mereka terima?

sedangkan mereka dengar lagu2 yang jauh lebih teruk dari itu... sebab itulah sebagaimana yang banyak disebut sebelum ni, ruang dakwah itu luas... tak semestinya tabligh baru boleh dakwah... wali songo dulu pun berdakwah melalui seni juga, sedangkan mereka itu wali...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-10-05 11:04


ada betulnya juga apa yang ridwan_daie cakapkan, "dengar nasyid tu memang tak ada langsung feeling mengingati Allah....Kalau hati dah lalai daripada mengingati Allah, bukan ke perkara yang melalaikan bila dengar nasyid tu..."

cuba fikir balik, adakah Islam menghalalkan hiburan yang tidak melanggari batasnya, bertujuan untuk melalaikan umatnya? sejak zaman Nabi lagi dah ada nyanyian2, ada hadis sahih lagi yag menunjukkan Nabi tidak menegah nyanyian2 tertentu yang tidak melanggari syarak...sebab tu imam al-Ghazzali dan al-Qaradawi pun kata nyanyian dan muzik itu harus pada hukum asalnya...

memang elok kalau kita dapat tinggal terus hiburan ni, hanya mengungkapkan kalam Allah semata2 sebagaimana saudara ridwan_daie katakan, tapi berapa kerat yang mampu buat begitu...? berapa orang dalam dunia ni yang mampu sampai ke taraf Rabi`atul-Adawiyyah, Hasan al-Basri dan sebagainya...? mungkin ridwan_daie boleh, tapi macam mana dengan masyarakat...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

srikandi_syahadah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2005
Ahli No: 14660
Posting: 202
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-10-05 14:44


bila bercakap tentang isu nasyid yang melalaikan ni,kita harus pndng dari segenap sudut..iaitu untuk apa lagu itu dmainkan dan apa matlamat sebenar lagu tu..dewasa ni memang banyak kita dengar nasyid2 yang tak ada feel sangat ke arah ketuhanan atau mengajak manusia ke arah yang sebenar,tapi tu semua terpulang pada kebijaksanaan kita itk memilih..em suka sangat lagu Raihan Kasih sayang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_syahadahProfil   Hantar PM kepada srikandi_syahadah   Quote dan BalasQuote

nurulhidayahmokhtar
Warga Rasmi
Menyertai: 07.10.2005
Ahli No: 19636
Posting: 7
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 13-10-05 16:45


baru-baru ni ustaz saya senaraikan jenis2 lagu yang kita tak boleh dengar
antarany lagu yang memuji wanita
tapi saya konfius...
kan tak apa kalau kita tak dilalaikan oleh lagu
bukan ke maksudny kita boleh dengar apa-apa lagu asalkan tak lalai
lepas itu kalau yang dipujiny macam sumaiyah, rabiatul adawiyah pun tak boleh juga ke?
so tolong beri komen

pasal nasyid lalai ni...
memang betullah sekarang ni banyak nasyid pelik2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurulhidayahmokhtarProfil   Hantar PM kepada nurulhidayahmokhtar   Pergi ke nurulhidayahmokhtar's Website   Quote dan BalasQuote

baby_soleh
Warga Rasmi
Menyertai: 13.10.2005
Ahli No: 19796
Posting: 16
Dari: depan pc

egypt   avatar


posticon Posting pada: 13-10-05 17:24


assalamualaikum...

bagaimana lau kita sedar, i mean insaf atau bertaubat lepas dengar nasyid..
kan ada banyak nasyid yang boleh menyedarkan kita pls kelalaian kita..e.pergi-mirwana-
saya tanpa cintaMu...

so,what do u all think..

Bookmark and Share

    


  Member Information For baby_solehProfil   Hantar PM kepada baby_soleh   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 13-10-05 18:31


sebab itu saya tidak suka menghukum dalam perkara ini....tapi jangan lupa untuk menegur....lagu seperti memuja wanita(lain dari memuji wanita) menyebut arak , diiringi dengan tarian oleh wanita dan mendedahkan aurat , dan meminum arak adalah jelas haramnya.....berkenaan dengan nyayian pula tiada hadis yang sahih untuk mengharamkannya beerti ia dibenarkan selagi syara' diikuti...
tapi apa yang saya nak utarakan ialah konsep dakwah yang mengunakan nyanyian....
saya bersetuju dengan dakwah jenis ini kerana ia boleh menghalang remaja dari terus terpengaruh dengan lagu dari barat yang banyak meracuni muda-mudi....kita mestilah do something untuk mengatasi masalah ini dan bukan mengambil sikap tumpang sekaki atas nama nak improve english....oleh sebab itu orang-orang islam memerlukan kepada hiburan tersendiri supaya dapat mengelakkan perkara diatas dari berlaku...sebagaimana yang kita ketahui musuh islam telah menggunakan "song" untuk melekakan ummat islam dari agamanya dan dari kitabnya....saya pernah menulis sebelum ini dalam ruangan isu semasa bertajuk "mengatasi serangan pemikiran" dan tak perlulah saya terang banyak....dan saya amat mengalu-alukan merekas2 yang berbakat dalam seni suara supaya menampilkan satu bentukhiburan altenatif bercorak islamic yang mampu menjadi role model kepada muda-mudi....tetapi bila ianya terus dibiarkan begitu kadang-kadang manusia akan hanyut sebab itu perlunya tazkirah dan peringatan....manusia mana yang tiada kesilapan .....yang salah ialah dia yang lalai dan yang salah ialah kita yang tak menegur kesalahan mereka....
harap ada orang akan faham....
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

zulaika_85
Warga Rasmi
Menyertai: 06.10.2005
Ahli No: 19630
Posting: 20
Dari: usm-penang

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-10-05 19:09


nasyid sebenarnya merupakan salah satu daripada cara untuk kita brdakwah.namun,jika kita lihat sekarang ia sedikit melalaikan.maksud saya,melalaikan dari segi pengisian jiwa.jika kita lihat nasyid yang di bawa raihan.bagi saya yang mengikuti nasyid dari dl, raihan lah yang tidak berubah dari erti kata untuk berdakwah.mereka membawakan lagu2 yang dapat memantapkan lagi jiwa kita di samping ilmu2 agama yang mungkin ibu bapa kita tak dapat ajar.contohnya,lagu mereka yang terbaru ni..mereka mengajar kanak2 yang baru nak berpuasa untuk mengingati niat berpuasa.kalaulah anak2 ini lahir dalam keluarga yang ibu bapanya sentiasa sibuk,tidak kah ini secara tak langsungmenjimatkan masa parent tersebut.itu mengenai raihan yang membawa mesej dakwah.bagaimana pula dengan kmpln2 sekarang?mesej cinta.cinta pada siapa?jika dilihat,kbnyakan daripadaNya mengenai cinta sesama manusia..memang stp orang memerlukan cinta,ianya tidak dinafikan..namun,jika dengan cinta sesama manusia kita menjadi lalai dan melakukan banyak kerja2 mungkar,how?
nasyid itu betul,tapi ketahuilah apa sebenarnya yang ingin dibawa melalui nasyid?apakah perbezaan antara nasyid dan irama2 lain jk bukan mesej kan?jadi lalai atau tidak nasyid tu..tepuk dada,tanya hati...
wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulaika_85Profil   Hantar PM kepada zulaika_85   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-10-05 22:04


Pada 13-10-05 11:04 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

ada betulnya juga apa yang ridwan_daie cakapkan, "dengar nasyid tu memang tak ada langsung feeling mengingati Allah....Kalau hati dah lalai daripada mengingati Allah, bukan ke perkara yang melalaikan bila dengar nasyid tu..."

cuba fikir balik, adakah Islam menghalalkan hiburan yang tidak melanggari batasnya, bertujuan untuk melalaikan umatnya? sejak zaman Nabi lagi dah ada nyanyian2, ada hadis sahih lagi yag menunjukkan Nabi tidak menegah nyanyian2 tertentu yang tidak melanggari syarak...sebab tu imam al-Ghazzali dan al-Qaradawi pun kata nyanyian dan muzik itu harus pada hukum asalnya...

memang elok kalau kita dapat tinggal terus hiburan ni, hanya mengungkapkan kalam Allah semata2 sebagaimana saudara ridwan_daie katakan, tapi berapa kerat yang mampu buat begitu...? berapa orang dalam dunia ni yang mampu sampai ke taraf Rabi`atul-Adawiyyah, Hasan al-Basri dan sebagainya...? mungkin ridwan_daie boleh, tapi macam mana dengan masyarakat...



;-) :-di

Sabar ye ibnu_musa, hari baik, bulan baik ni kena banyakan bersabar....banyakkan baca, dengar, belajar dan mengajar al-Quran

Jangan banyakkan dengar nasyid udah lah :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-10-05 22:24


Pada 13-10-05 11:04 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

ada betulnya juga apa yang ridwan_daie cakapkan, "dengar nasyid tu memang tak ada langsung feeling mengingati Allah....Kalau hati dah lalai daripada mengingati Allah, bukan ke perkara yang melalaikan bila dengar nasyid tu..."

cuba fikir balik, adakah Islam menghalalkan hiburan yang tidak melanggari batasnya, bertujuan untuk melalaikan umatnya? sejak zaman Nabi lagi dah ada nyanyian2, ada hadis sahih lagi yag menunjukkan Nabi tidak menegah nyanyian2 tertentu yang tidak melanggari syarak...sebab tu imam al-Ghazzali dan al-Qaradawi pun kata nyanyian dan muzik itu harus pada hukum asalnya...


Saudara ibnu_musa, cuba rujuk semula tajuk forum ni.....

"nasyid yang melalaikan...."

Saya tidak pernah mengatakan sebarang hukum dalam mendengar nasyid ni, sama ada haram, berdosa atau sebagainya.
Saya cuma bagi pendapat saya saja, apa yang saya rasa berlaku pada diri saya.
Kebolehan yang Allah bagi pada saya belum cukup untuk menilai dan mentafsir hal keadaan orang lain apabila mendengar nasyid, sama ada mereka terlalai atau tidak.
Tak perlu rasanya kita nak bertekak untuk 'mempertahan' bahawa nasyid ni satu perkara yang melalaikan atau tak.
Yang lebih penting ialah kita sama-sama berusaha bagaimana nak buat Allah swt suka pada kita.

Saya pernah dengar ustaz kata, "kita perlu tahu bagaimana nak gunakan mata kita pada tempat yang Allah suka, bagaimana nak gunakan telinga kita pada tempat yang Allah suka, bagaimana nak gunakan lidah kita pada tempat yang Allah suka dan anggota2 kita yang lain pada tempat yang Allah suka"

Tak berniat untuk mengajar sesiapa, peringatan buat diri saya sendiri yang sering alpa dan lalai daripada mengingati Allah dan lemah dalam mengecap keredhaanNya....

Wallahua'lam :roll:
[ Telah diedit oleh: ridwan_daie pada 13-10-05 22:29 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-10-05 22:36


Antara nasyid yang saya suka dengar ialah

'Iman - Brothers'
'Khabar Iman - Raihan'
'KeredhaanMu - IN TEAM'

Saya dengarla juga nasyid ni sikit-sikit....tapi tak lah terlalu extreme/josh (semangat gila...)
Kenapa? Encik ibnu_musa tak percaya? :-P :lol:
[ Telah diedit oleh: ridwan_daie pada 13-10-05 22:37 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 13-10-05 23:37


Assalamualaikum

tajuk seperti ni kan dah banyak dibincangkan. guna saja fungsi 'carian' kat bawah tu ;-)

scra umumnya, batasan yang perlu diperhatikan:

1. temanya atau isinya harus sesuai dengan adab dan ajaran Islam

2. cara mengalunkan lagu itu; tidak dibenarkan contohnya mendesahkan suaranya untuk membangkitkan rangsangan bagi orang-orang yang hatinya sakit

3. tidak boleh disertai dengan perbuatan yang diharamkan; seperti minum khamr, tabarruj atau ikhtilath antara lelaki dan perempuan, tanpa batas dan persyaratan

4. tidak berlebihan; terutamanya bagi nyanyian yang menyentuh perasaan, berbicara tentang cinta dan kerinduan

5. hendaknya setiap orang yang mendengarkan lagu mengenal dengan baik dirinya sendiri; jika lagu itu membangkitkan syahwatnya, menimbulkan fitnah dan membuat ia banyak berkhayal serta menjerumuskan ke sisi haiwani lebih banyak daripada sisi rohani, maka dia harus menjauhinya

wAllahu a'lam :-)


*ringkasan dari buku Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur'an & Sunnah, oleh Syeikh Yusuf al-Qaradhawi

Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-10-05 23:37


dengar nasyid adalah lebih bagus daripada mendengar lagu jiwang2 yang tak ada faedah langsung. tapi pilihlah nasyid yang mempunyai maksud dan mesej yang baik....


-----------------
Hakikat Kejayaan Adalah Kebahagiaan Dalam Hidup....


Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

hyerul
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19681
Posting: 22
Dari: Perak Darul Ridzuan

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 03:38


assalamualaikum..
ana jugak minat nasyid dan sll ikut perkembangan nasyid tanah air..untuk bagi pandangan kat sini,,ana rasa ana belum layak dengan ilmu yang masih serba kekurangan..tapi ana cadangkan..untuk penjelasan lanjut..antum register @ masuk sahabathijjaz.net.my. kat ctu antum semua boleh tanya direct kat orang yang berkaitan. lagipun ana lama dah tak boleh masuk sebab prob bandwidth..still got prob..semoga dapat menjawab sebarang kesulitan. Amin...

"Hiburan itu indah, tapi pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah"-Raihan

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyerulProfil   Hantar PM kepada hyerul   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 09:30


Pada 13-10-05 23:37 , chibi_maruko posting:

!!! QUOTE !!!

dengar nasyid adalah lebih bagus daripada mendengar lagu jiwang2 yang tak ada faedah langsung. tapi pilihlah nasyid yang mempunyai maksud dan mesej yang baik....



dengar bacaan al-quran adalah lebih bagus daripada mendengar nasyid atau pun lagu jiwang2 yang tak ada faedah langsung. tapi pilihlah.....eh, tak ada tapi2, boleh dengar semua surah. semuanya mempunyai maksud dan mesej yang baik secara total....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 09:41


irama yang pelbagai dalam dunia nasyid kadang-kadang buat saya konfius..
adakah ini nasyid....:-?

disamping dengan lagu2 nasyid yang menjadi pilihan ramai di kalangan kita dewasa ini....kebanyakannya nasyid2 yang mempunyai lirik yang berunsurkan cinta....
tak dinafikan ianya adalah salah satu cara..atau guide line untuk kita
agar tak terpesong dari jalan islam...
tapi sejauh mana mesej nya sampai kepada kita..
pendengar nasyid itu sendiri.... :-? :-? :-?

ps: sejauh mana nasyid dapat menghiburkan kita.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  


posticon Posting pada: 14-10-05 10:13


saya dengar lagu apapun tak kisah..
macam-macam rentak saya dengar.. nasyid, rock, balada, irama malaysia... lagu melayu, inggeris, jepun dan sebagainya... tapi saya beringat kepada diri agar jangan lalai...apapun irama lagu.. anggaplah ia hiburan saja... :-)

[ Telah diedit oleh: FIRDAUSNUR pada 14-10-05 10:14 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.132492 saat. Lajunya....