Oleh |
Siapa pembaca Al-Quran (recitor) yang anda suka? |
iwan_sirdani_82
Warga 2 Bintang Menyertai: 13.07.2003 Ahli No: 2300
Posting: 49
Dari: Melbourne, Australia
|
Posting pada: 20-07-03 14:25
Haa! Inilah masanya untuk meluaskan lagi hiburan islam, iaitu dengan bertukar-tukar pendapat mengenai pembaca al-qur'an yang kebanyakannya datang dari makkah, madinah dan tak ketinggalan juga dari mesir. Setiap pembaca Al-Qur'an mempunyai skil yang unik dan tersendiri, membuatkan kita pendengar-pendengar ini lebih tertarik untuk membaca Al-Qur'an. Siapa tahu, suara salah seorang daripada kita di komuniti ukhwah ni akan dirakam dalam kaset nanti?
|
exShams
Warga Rasmi Menyertai: 21.07.2003 Ahli No: 2496
Posting: 9
Dari: terengganu
|
Posting pada: 21-07-03 14:21
ya...btul tu...tapi nak dibandingkan dengan bacaan imam kat nusantara ni hj muammar za lagi best...
|
khaulah_alazwar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 927
Posting: 638
Dari: ::The Garden of Knowledge and Virtue::
|
Posting pada: 21-07-03 15:45
Salam'alaik.. Ana suka dengar kalau Shikh Saad Said Al-Ghamidi baca Quran..sayu je rasa...Subhanallah..kelebihan yang Allah beri kepada beliau.. ----------------- "Tidak ada apa yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan apabila kita berjaya memperolehi kemanisan IMAN dan CINTA ILAHI"
|
iwan_sirdani_82
Warga 2 Bintang Menyertai: 13.07.2003 Ahli No: 2300
Posting: 49
Dari: Melbourne, Australia
|
Posting pada: 22-07-03 19:09
waalaikumsalam, Ana pada wal penglibatan dulu memang minat syeih saad said al-ghamidi macam[B]ukhti khaulah[/B tapi sekarang ana dah bertukar kepada syeikh muhammad jibreel. Beliau ialah seorang peguam (imam bukan pekerjaan tetap). Pernah ditawarkan jawatan imam di masjidilharam tetapi beliau menolak tawaran tersebut. Salah satu sebabnya ialah kerana prosedurnya yg mengongkong kebebasan beliau. Apabila diumumkan di board mana-mana masjid di mesir akan ketibaan beliau untuk menjadi imam di masjid tersebut. Jalan di dalam lingkungan sekitar 500 meter masjid tersebut akan jam teruk. Wallahu a'lam.
----------------- ingatlah! setiap amalan kita tergantung kepada niat.
|
mohm3
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 784
Posting: 216
Dari: malaysia
|
Posting pada: 22-07-03 19:57
menambah apa yang telah dibicarakan oleh iwan_sirdani_82 mengenai syeikh jibril. beliau sekarang sudah mempunyai bacaan atau teknik suara yang lain di dalam bacaan quran berbanding dahulu.kiranya beliau menukar cara bacaan.dan lebih menarik untuk didengarkan. kaset beliau banyak dijual di mesir ini, kerana beliau terkenal di sini dan merupakan imam yang dikenali di pelusuk mesir dan arab amnya. beliau juga terkenal dengan doa doa yang menyentuh hati perasaan makmun ketika beliau membacanya di dalam solat. kaset doa beliau juga ada dijual dan juga dimuatkan doa untuk mencegah terkena sihir dan benda yang seumpannya. mengenai pengumuman beliau menjadi masjid, sebenarnya beliau setiap ramadhan akan menjadi imam di Masjid Amru Al As di mesir. masjid ini merupakan masjid yang tertua di afrika dan juga menempatkan maqam anak Amru, yang memeluk islam terlebih dahulu dari Amru Al As, Abdullah. memang bila beliau menjadi imam, jalan jalan ditutup dan melimpah ahli jemaah dan untuk pengetahuan semua, doa qunut beliau ketika solat terawikh selama sejam!!sebab itu masjid amru al as sentiasa ditambah dari tahun kesetahun. menjadi kelaziman masjid tersebut bermula solat terawikh jam 8 malam dan berakhir 12 malam terutama di hari hari kelima belas ramadhan. Wallah A'lam. ----------------- akal yang hidup itu sentiasa berfikir, hati yang hidup sentiasa berzikir, nafsu yang hidup sentiasa merangsang ke arah kebaikan dan badan yang hi
|
haninuha
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 166
Posting: 148
Dari: UIA GoMBaK
|
Posting pada: 26-07-03 11:34
Assalamualaikum WBt.. Ana kalau baca Quran selalu ikut rentak bacaan as-syeikh Saad Said Al-Ghamidi..suka sangat..suara dia best.. hmm..tak tau pulak ana ttg syeikh muhammad jibreel ni..tapi kalau dapat dengar bacaan dia..mesti bestt.. dari cerita sahabat2 semua ana dapat bayangkan kehebatan beliau membaca al-quran.. That's all Wallahu taala A'lam :: PenCinTa HiBuRaN IsLaM ::----------------- Tuhan..Syukur kehadratMu Kerna masih mengurniakan Setitis semangat..Untuk menghadapi..
Kehidupan untuk esok hari..Demi perjuangan hakiki..Kan kugenggam keazaman ini..Takkan kubiarkan ..
Terlerai lagi..
|
sahabat_amin
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman
|
Posting pada: 26-07-03 11:37
ana nie bukanlah kenal sangat pembaca Al-Quran yg terkenal seperti yg disebutkan sahabat2 kita di atas.... bagi ana,pembaca Al-Quran yg paling ana suka dengar ialah Abdul Rahman Assudais..... kat Masjidilharam,beliau jadik Imam waktu solat Maghrib.....begitu syahdu beliau membaca Al-Quran..... ---bagus betul kalu dapat paham makna Al-Quran,bila baca sampai ayat2 tertentu,boleh menangis......Rasulullah S.A.W sendiri menangis bila dengar sahabt membaca Al-Quran...... Subhanallah,besarnya mukjizat yg Allah kurniakan kpd junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. ----------------- Jana pendapatan anda, hanya di hujung jari...!
|
farisHaq
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 07.06.2003 Ahli No: 1169
Posting: 212
Dari: s. alam
|
Posting pada: 12-08-03 18:43
Assalamualaikum wrt wbt... Antara yg ana minat Sheikh abd Rahman As-Sudais, Al-Husairi, Al-Ghamidi, Al-Barraq (kanak2 meningkat dewasa), Al-Huzaifi... dll. Tapi kalau yg ana tiru dulu Al-Husairi... tp x jd sgt skrg betukar kpd Abdullah Al-Matrud.. tu pun x jd betul2 lagi campur sket2 ngan al-Ghamidi ----------------- sudahkah anda melayari ?
|
izzatiaqilah
Warga Rasmi Menyertai: 15.08.2003 Ahli No: 2974
Posting: 5
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 15-08-03 11:42
Salam bagi ana, ana suka dengar bacaan Al-Quran oleh Imam Masyari Al Farisi bacaannya sungguh menyentuh perasaan.
|
Hafizah
Warga 1 Bintang Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 655
Posting: 24
Dari: Singapura,Hougang
|
Posting pada: 30-08-03 17:47
Salam, Ana suka dengar ustaz saad said al-ghamidi......dan ustaz abdul rahman al-sudais...baca.....kerana apabila mereka membaca boleh menyentuh persaan..kadang-kadang tu boleh menangis......!!! ----------------- Wanita Solehah Diibaratkan
Sekuntum bunga,harum mewangi
bak kasturi ......idaman
para Solihin!
|
nailofar87
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.09.2003 Ahli No: 3340
Posting: 47
Dari: Selangor
|
Posting pada: 07-09-03 11:10
bagi ana pulak,as-syeikh saad said al-ghamidi..memang cukup tersentuh bila dengar dia baca..apa2 hal pun,sesiapa yang baca tue sama aje..yang penting,kita hayatimya!!
|
aliflamra
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 245
Posting: 292
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 07-09-03 11:51
satu posting yg menarik ! ana mestilah minat ngan bacaan imam as-syeikh Saad Said Al-Ghamidi.. InsyaAllah suatu hari nnti ana akan ikut jejak langkah nya... -----------------
|
littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::
|
Posting pada: 07-09-03 22:01
Quote:
| On 2003-09-07 11:51, aliflamra wrote: satu posting yg menarik ! ana mestilah minat ngan bacaan imam as-syeikh Saad Said Al-Ghamidi..
|
| a'ah.... ana pon minat gak dengan bacaan Imam As-Syeikh Saad Said Al-Ghamidi. satu family ana minat bacaan beliau Quote:
| menambah apa yang telah dibicarakan oleh iwan_sirdani_82 mengenai syeikh jibril. beliau sekarang sudah mempunyai bacaan atau teknik suara yang lain di dalam bacaan quran berbanding dahulu.kiranya beliau menukar cara bacaan.dan lebih menarik untuk didengarkan. kaset beliau banyak dijual di mesir ini, kerana beliau terkenal di sini dan merupakan imam yang dikenali di pelusuk mesir dan arab amnya. |
| nanti abang ana balik dari Mesir, ana suruh dia beli lah kaset Imam Syeikh Jibril ni. nak dengar dan insya-Allah akan cuba pelajari cara bacaan beliau. ----------------- Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi
|
are_rule1981
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.09.2003 Ahli No: 3442
Posting: 293
Dari: Ampang
|
Posting pada: 22-10-03 16:16
kalau bab lagu ana suka Syeikh Saad Said Al-Ghamidi..mmg tersentuh jiwa & kdg kdg sampai menitik air mata..kalau tartil ana suka Syeikh Khalil Khusyairi..
|
Putra_Aiman
WARGA SETIA Menyertai: 13.11.2003 Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani
|
Posting pada: 20-11-03 11:47
kalo plg best misti laa saad al ghamidi...ana ada MP3 Sheikh Abdul M Abdul Samad...
|
Maryam
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 520
Posting: 552
Dari: KENMS, IIUG
|
Posting pada: 20-11-03 11:58
Saya pun suka Syeikh Saad Said Al-Ghamidi esp untuk menghafal... Tapi, yang ayah download kat rumah tu, tak taulah bacaan siapa... Anyway, tak kira siapa pembacanya, al-Qur'an memang indah didengar dan dibaca. AlQur'an kan diturunkan sebagi Huda, petunjuk... -----------------
|
nysa
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.12.2003 Ahli No: 5481
Posting: 91
Dari: BuMi
|
Posting pada: 27-12-03 11:10
saya suka dgr Shaikh Said Saad al-Ghamdi
|
saifullah_walmaslul
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.08.2004 Ahli No: 10571
Posting: 85
Dari: Gombak
|
Posting pada: 04-10-04 11:27
Ana suka semua..................... Tapi, yg paling best bg ana adalah UST. ASRI IBRAHIM.
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 14-05-05 11:45
bagi ana... ana suka bacaan sheikh saad said al ghamidi.. Allah kurniakan suara yang lunak kepada beliau, dan digunakan fisabilillah.. Alhamdulillah..ramai yang tertarik dengan bacaan kalamullah.... begitulah indahnya alQuran. kitab yang relevan sepanjang zaman.
|
Meow
Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 14-05-05 15:20
Suka bacaan Sheikh Dr. Abdurrahman as-Sudais, Sheikh Sa'ud as-Shuraim dan juga Sheikh Salleh at-Talib... sedap dengar esp. Imam Sudais baca sampai menitik air mata... Allahuakbar.... ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
wewr
Warga 1 Bintang Menyertai: 21.04.2004 Ahli No: 8559
Posting: 34
Dari: Jordan
|
Posting pada: 13-08-05 10:03
... Ana minat bacaan Syeikh Masyari Rasyid Al-Afaasy dari Kuwait...alhamdulillah, bacaannya sangat mengharukan...dan beliau memiliki kelebihan yang agak tersendiri berbanding imam2 lain..dia ada 10 qiraat dari jalan Syatibiyah dan bukan sekadar Qur'an yang dia baca...dia juga merakam 2 album Qasidah...kalau nak tahu lebih lanjut pasal dia boleh lawat www.alafaasy.com... kemudian, kalau untuk menghafal, saya suka dengar Huzaifi, atau Minsyawi, atau Husary...tapi suara dan cara baca lebih dekat dengan Husary... tapi kalau untuk koleksi, saya kumpul semua....setakat ni dah ada 47 bacaan syeikh/qari yang saya kumpul...tapi ada yang lengkap 30(kebanyakannya mp3) dan ada yang tak lengkap..kaset,realplayer dan lain2... p/s: lepas ni ingat nak buat torrent qur'an lah pula...
|
Subuhku
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.04.2004 Ahli No: 8613
Posting: 209
|
Posting pada: 13-08-05 20:52
... Ana suka dengar bacaan berlagu Sheikh Mohd Said AL-Ghamidhi, Kalau belajar makhraj ana dengan Sheikh Khalil Al Khusairi Kalau suara sedih Sheikh Rasyid Masyari Al-Afasi Kalau imam laki suara macam perempuan ana suka dengar Sheikh Mohd Hani lah-Rifaie kalau tak silap dia imam masjid Jeddah Kalau nak buat suara sengong campur sengau ana suka dengar Sheikh Syurim Kalau Sheikk Jibril ana suka dengar.Kalau bacaan berlagu ana suka dengar bacaan Qari dari Pakistan Mohd Sadaqat Ali dan Dato Mohd Fai'zul qari dari Pahang.tapi selalu ana bawak bacaan dalam solat ana suka bwk style Imam Sheikh Mohd Subhi al Jawahir iaitu ana sdri heheh Buat saudara wewr bnyak koleksi enta tentang bacaan quraan tu boleh lah ana kongsi dengan enta untuk ana buat koleksi juga ok
|
Subuhku
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.04.2004 Ahli No: 8613
Posting: 209
|
Posting pada: 02-09-05 23:03
|
zinnirah_balqis
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.07.2004 Ahli No: 9756
Posting: 75
Dari: kolej mara banting, selangor, malaysia
|
Posting pada: 02-09-05 23:37
syeikh saad said al-ghamidi.ana minat sangat.
|
sakeenah
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.03.2005 Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor
|
Posting pada: 03-09-05 01:42
sakeenah suka bacaan alQuran syeikh saad said al-ghamidi...
|
diny
Warga 5 Bintang Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur
|
Posting pada: 03-09-05 04:09
menarik topik ni dan boleh berkongsi alamat web yang berguna.. ana suka bacaan Abdul Rahman As-Sudais dengan Sa'd Said al-Ghamidi.. macam kawan kawan kata..bacaan mereka merdu dan menyentuh perasaan.. dan saya juga suka Syeikh Jibrill.. ana nak kongsi satu laman web..semua qari dan qariah ada..cuma ianya dalam bahasa arab-- >>> http://audio.islamweb.netbagi yang tak reti arab macam ana ni 1) klik dengan Al_Quran nur karim 2)klik تسجيلات القرآن الكريم - tasjilat al-quran nur karim 3)warna merah tu page nama nama pembaca Al-Quran..kalau al-ghamidi petak no 3 dan barisan no 5 dari bawah... web ni boleh download sekali..inipun laman web kawan ana kasi..saudara amal -syukran akhi amal...hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa akhi.. cuba lah kekawan yerr...
|
guest
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.07.2005 Ahli No: 17289
Posting: 72
|
Posting pada: 03-09-05 04:19
I like reciters who actually understands what they are freakin' reading. Yeah, the vocals and voices are all fine and dandy, but when it comes down to it, Qur'an is a book, and what good is reciting passages in a book when you don't even understand the language it is written on? [ Telah diedit oleh: guest pada 03-09-05 04:20 ]
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 03-09-05 09:00
saya suka syeikh al-afaasi dengan al-ghamidi, memang minat sangat dengan bacaan mereka... kalau boleh nak boleh baca al-Qur'an macam mereka juga
|
putrimuslimah
Warga 2 Bintang Menyertai: 27.04.2005 Ahli No: 16138
Posting: 43
|
Posting pada: 03-09-05 12:03
syeikh saad said al-ghamidy...macam nak nangis saja bila dengar dia baca..sedap sangat..
|
qardhawi_jr
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.07.2005 Ahli No: 17517
Posting: 365
|
Posting pada: 03-09-05 13:16
saya suka sangat bacaan sheikh mohamad jibril,qari dari mesir yang juga seorang peguam.....sering berkunjung ke malaysia pada bulan ramadhan....qunutnya masya allah...panjang tapi siapa yang menghayatinya pasti insaf....rentak lagu bacaannya mengikut maksud ayat contohnya...ayat sedih,tentang neraka dan ancaman allah dia akan bawa dengan rentak sedih.....ayat gembira,janji manis allah kepada hambanya yang bertaqwa padanya,ayat tentang syurga...sheikh jibril bawa dengan nada yang cukup menghiburkan dan meresap jiwa.....ok....bukan seperti setengah orang yang baca mendayu-dayu seolah-olah gembira pada ayat ancaman allah....begitu juga sebaliknya
|
Atif_Haziq
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13220
Posting: 203
Dari: اللذي بركنا حوله
|
Posting pada: 10-09-05 21:16
assalamualaikum.. bagi saya yang paling afdhal bacaannyer ialah syeh khalil al husairy...sebab beliau tidak terikut dengan lagu...tajwid mantap...ok
|
suntikan_srikandi
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.05.2005 Ahli No: 16483
Posting: 95
Dari: Selangor
|
Posting pada: 10-09-05 21:49
wbt.... saya suka Sheikh Saad Al-Ghaamidi...best saja...sejuk telinga.. sukalah... tapi saat paling saya tak lupa bila saya pertama kali mendengar seorang senior saya di sekolah dulu mengalunkan bacaan ayat2 suci semasa mengimamkan kami semua...demi Allah hati saya bagai disentap..sayu sangat...sampai saya teresak2 sepanjang solat tu... sampai sekarang saya tak jumpa dah imam yang mempunyai suara dan bacaan seperti senior tu... ----------------- Anjing Menyalak, Khalifah Tetap Lalu....>> Menunggu Putih Gagak Hitam, Buntar-buntar Daun Lalang, Luas-luas Daun Merunggai, Sampai Tumbuh Daun Cindapung...>
|
namirah
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.12.2003 Ahli No: 5920
Posting: 232
Dari: Ardhillah
|
Posting pada: 11-09-05 14:34
Syeikh Saad Al-Ghamidi juga lah
|
Firdaus15
WARGA SETIA Menyertai: 26.12.2003 Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 11-09-05 14:44
kalau yang berlagu (taranum bayati, hijjaz, nahwan, siqah) siapa ya. lepas itu mana nak cari
|
hanan2503
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.11.2005 Ahli No: 20558
Posting: 222
Dari: kajang,malaysia
|
Posting pada: 17-01-06 01:51
saya memang minat dengar bacaan dari Imam Said Saad Al-Ghamidi..kelunakan suaranya dengan bacaan al-quran menyentuh perasaan dan menambahkan minat saya untuk terus menghayati dan membaca AL-Quran..
|
wewr
Warga 1 Bintang Menyertai: 21.04.2004 Ahli No: 8559
Posting: 34
Dari: Jordan
|
Posting pada: 09-11-06 08:09
Ada lagi......... Yang ana baru jumpa, dan memang kagumi suaranya... Qari Al-Akh Yahya Hawwa...Beliau merupakan bekas Imam Masjid Al-Kaluti di Amman, dan merupakan anak saudara kepada Syeikh Said Hawwa yang terkenal dalam gerakan Ikhwan. Suaranya masya-Allah, memang sedap. Sekarang ni beliau di Canada, mungkin mempromosikan album nasyid beliau yang terbaru. Masa Ramadhan baru ni, beliau menjadi imam di masjid Aisyah, di Abdoun, Amman. Masjid tu adalah masjid syeikh Muhammad, anak sulung Said Hawwa. Baru-baru ini beliau telah menghasilkan tasjilat Quran kamil, iaitu album Al-Quran 30 juzuk yang lengkap. Dah lama tunggu. Alhamdulillah, dapat juga beli. Kalau ada yang nak dengar, boleh pergi ke laman saya buat ni http://alquran.multiply.com...Saya khususkan untuk apa sahaja mengenai Al-Quran. Dan kalau mampu, nak bubuh semua qari dan masyayikh punya bacaan dalam tu.... Saya sedang cuba menambahkan lagi koleksi yang ada tu....Kalau anda boleh turut menyumbang apa salahnya.... Kalau ada yang mahukan senarai mp3 quran yang saya ada, boleh emel saya...Terima kasih...
|
lebah
Warga 2 Bintang Menyertai: 05.12.2005 Ahli No: 20760
Posting: 64
Dari: Fac Sc, UMKL
|
Posting pada: 09-11-06 10:38
Saya suka Abdurrahman AsSudais. beliau pernah berkunjung ke malaysia. suaranya juga pernah diperdengarkan di corong-corong radio. lagu yang dibawa sederhana sahaja tidak terlalu laju dan perlahan. sesuai diguna untuk semua keadaan. ----------------- iCaM SeLaMat "kalau kita boleh tunaikan apa yang allah mahu, nescaya allah akan tunaikan pula apa yang kita mahu".(H.Riw At-Tabrani)
|
aku_eus85
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.01.2005 Ahli No: 13619
Posting: 86
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 09-11-06 12:39
salam... as-sheikh abdur rahman as-sudaisi... compem xngantuk... suara nya jelas, lantang, gemersik bagai buluh perindu, menghayati makna al-quran, tak ada lenggok gaya bacaan yang banyak, menyejukkan halwa telinga... yang keduanya al-masyari.. bacaan mendatar yang sedap didengar dan jelas... kedua2 imam ni bacaannye xslow dan xlaju dan xbnyk sangat lenggoknye... Al-Quran... bacalah...
|
ulfah_widad
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.07.2006 Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor
|
Posting pada: 09-11-06 13:26
... ana suka dengar Syeikh Imam Masyari Al Farisi. Sedap sangat...beruntungkan orang yang ada kelebihan membaca al-quran dengan alunan suara yang boleh membuatkan orang rasa insaf dan terpanggil untuk menghayati al-quran...
|
mas2ra
WARGA SETIA Menyertai: 21.10.2004 Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh
|
Posting pada: 09-11-06 14:35
alaikum salam / salam wr wb wm... ana ~> * Sheikh Muhammad Jebril... ALLAHualam bisawab. * p/s: klik link untuk muat turun. ----------------- [ Telah diedit oleh: mas2ra pada 09-11-06 14:36 ]
|
jundul
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.12.2005 Ahli No: 21365
Posting: 81
Dari: unima kl
|
Posting pada: 10-11-06 10:01
bagi saya semua qari yang memperdengarkan bacaannya mempunyai kelebihan masing-masing. namun saya lebih cenderung kepada abdurrahman assudais. melodi lagunya memang sesuai di bawa dalam tilawah dan shalat. sederhana laju dan sederhana perlahan. yang menariknya ada brek emergency tu bila nak berenti....michael schumacher pung tak boleh fight maa... ----------------- laaaa ilaaha illallaahu wahdahuu laasyariikalah. lahulmulku walahul hamdu yuhyii wayumiitu wahuwa 'alaa kulli syai ing qadir.
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 11-11-06 22:34
|
mas2ra
WARGA SETIA Menyertai: 21.10.2004 Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh
|
Posting pada: 12-11-06 00:02
!!! QUOTE !!! ustaz. ASRI IBRAHIM. na'am, ana juga gemar dengan bacaan beliau... ALLAHualam bisawab -----------------
|
Fadhilisme
Warga Rasmi Menyertai: 10.01.2007 Ahli No: 28096
Posting: 17
Dari: meru,klang.selangor d.e
|
Posting pada: 23-01-07 14:02
|
adam_muslimin
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2006 Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium
|
Posting pada: 23-01-07 14:03
imam said saas al-ghamidi r.......surah at-taubah dia paling best...
|