Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita tidak belajar dari kejayaan-kejayaan kita. Kita belajar dari kegagalan-kegagalan kita.
-- John Naisbitt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 211
Ahli: 0
Jumlah: 211




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 52 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Remaja
Topik: ingin tahu


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Remaja
    »» ingin tahu

Please Mendaftar To Post


Oleh ingin tahu

nur_2110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2005
Ahli No: 18853
Posting: 187
Dari: infront of my 2313NLCi

Melaka  


posticon Posting pada: 07-10-05 22:13


saya ingin bertanya dan harap dapat tunjuk ajar dari semua...minta maaf jika persoalan ini menyebabkan apa jua ketidakselesaan dsbnya...

"apa pandangan anda tentang perempuan A yang menutup aurat(bertudung biasa,berbaju kurung atau seluar) dengan perempuan B yang juga menutup aurat tetapi memakai tudung bulat(labuh) dan berjubah?"

saya menimbulkan persoalan ni sebab terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang menganggap perempuan A tidak setanding nilai keislamannya dengan perempuan B walaupun pada pandangan saya mereka hanya berbeza dari segi penampilan sahaja..

terima kasih atas pandangan semua...semoga Allah membalas jasa baik anda memberi nasihat/pandangan..assalammualaikum..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_2110Profil   Hantar PM kepada nur_2110   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-10-05 22:53


pakaian itu menceminkan peribadi muslim...

memang iman tak dapat diukur melalui pakaian, tetapi sedikit sebanyak pakaian itu turut mencerminkan iman kita...

kalau kita sedar pakaian kita kurang elok, perelokkanlah ia... kalau kita rasa dah elok, tapi tak berapa elok sangat, pecukupkanlah keelokan itu...

apa yang penting kita mestilah sentiasa muhasabah diri kita, dan sentiasa mengukur apa yang kita lakukan dengan melihat apakah pandangan Islam mengenainya...

wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-10-05 22:58


saya bagi satu contoh: kalau kita diberikan dua calon isteri untuk dipilih salah seorang daripada mereka, yang satunya berseluar jeans, berbaju t-shirt dan bertudung singkat, manakala seorang lagi memakai baju kurung, kain dan bertudung labuh, yang mana satu pilihan di hati...? tepuk dada tanyalah iman...

sememangnya penampilan itu mencerminkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t... walaupun tak semuanya begitu... tapi in sya'a'Llah Allah akan tunjukkan siapa yang baik dan siapa yang tidak baik kepada kita melalui cara-cara yang dikehendakiNya...

wa'Llahu A`lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

mslina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 07-10-05 23:41


setuju..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mslinaProfil   Hantar PM kepada mslina   Quote dan BalasQuote

ibnuhajar
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18777
Posting: 47
Dari: senai

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-10-05 00:15


setuju ibnu_musa

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuhajarProfil   Hantar PM kepada ibnuhajar   Quote dan BalasQuote

nur_2110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2005
Ahli No: 18853
Posting: 187
Dari: infront of my 2313NLCi

Melaka  


posticon Posting pada: 08-10-05 13:27


terima kasih...sebenarnya persoalan ini timbul sebab niat baik perempuan A untuk menyertai jemaah dakwah ditolak secara halus hanya kerana penampilannya tidak setanding perempuan B.niat perempuan A ini untuk mendalami ilmu agama dan memperbaiki diri terbantut lantaran peristiwa tersebut...

terdapat juga kawan saya yang pernah menyertai jemaah dakwah ini yang dahulunya memakai tudung labuh tetapi kini memakai tudung biasa kerana mereka berpendapat perempuan bertudung labuh tidak semestinya lebih baik dari perempuan yang tidak bertudung labuh.malah kini terdapat pendakwah wanita yang tidak memakai tudung labuh.

saya sekadar mencari pelbagai sudut pandangan dari semua
sekali lagi terima kasih...
assalammualaikum..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_2110Profil   Hantar PM kepada nur_2110   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-10-05 14:11


inna akramakum 'indallahi atqakum....
sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa....
pakaian juga memainkan peranan...tapi
kebersihan hati dan iman juga matlah penting....
wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 08-10-05 14:19


....dan kerana gaya pakaian perempuan B juga segala kejahatan terlindung dari pandangan manusia walaupun hanya segelintir sahaja yang menyalahgunaknnya......namun begitu Allah maha mengetahui.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

rizal_man
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.10.2005
Ahli No: 19775
Posting: 50
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 28-10-05 16:48


"saya menimbulkan persoalan ni sebab terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang menganggap perempuan A tidak setanding nilai keislamannya dengan perempuan B walaupun pada pandangan saya mereka hanya berbeza dari segi penampilan sahaja"

setuju pakaian juga memainkan perana yang penting dalam menilai tahap atau nilai keislamannya tetapi, pada masa kini ada juga wanita seperti B melanggar hukum ALLAH S.W.T.
contohnya baru-baru ini seorang tahfiz melakukan perbuatan zina dengan lelaki yang baru dikenalinya selama lebih kurang 10 minit

jadi renungkanlah

Bookmark and Share

    


  Member Information For rizal_manProfil   Hantar PM kepada rizal_man   Quote dan BalasQuote

Nur_sya
Warga Rasmi
Menyertai: 14.08.2005
Ahli No: 18122
Posting: 16
Dari: johore

Johor  


posticon Posting pada: 28-10-05 17:45


saya setuju dengan rizal_man...tak semua orang yang tudung labuh tu baik.....pengalaman saya,kawan saya sendiri pakai tudung labuh sebab latar belakang family...ada juga yang pakai macam tu sebab latar belakang sekolah..budak sekolah agama kena lah pakai macam tu...entahlah...walaupun bilangan yang melanggar hukum Allah tu sikit tapi still nampak...nilah manusia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_syaProfil   Hantar PM kepada Nur_sya   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-10-05 23:18


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah satu tajuk yang menarik sekali. " Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab lah.a katanya : " saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari di awal Sahihnya, dan dalam Kitab al-Iman dan di tempat lain dalam sahihnya; dan Muslim dalam Kitab Imarah nombor hadis 1907)

Maksudnya ialah pakaian adalah buah daripada iman dan ketaqwaan seseorang. Jadi bila pakaian itu tidak mencukupi syarat sebenar syariat maka boleh dipersoalkan akan kefahaman pemakainya. Sebab itu dipilih yang pada zahirnya aurat ditutup menurut syariat.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Our religion (Islam) is complete and must be practised in its TOTALITY

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

luvsalsabila
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16168
Posting: 34
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 28-10-05 23:23


nilah namanya manusia itu tidak sempurna...ada saja cacat celanya........ buat sesuatu biarlah lahir dari diri...tahu mengapa..kenapa...kena buat...moga istiqamah....bertudung kerana allah...ikut syariat dan apa salahnya dapat yang sunat dan sgalanya lillahi taala

ISTIQAMAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For luvsalsabilaProfil   Hantar PM kepada luvsalsabila   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 28-10-05 23:32


bagi saya, tak elok macam tu......sedih si A...........sebenarnya saya adalah salah satu pelakon di pentas dunia yang pernah melakonkan watak A..dan masih lagi , cuma ditekan saya tak pakai tudung bawal cuma cotton ..agak tergugat juga awalnya untuk mendekati orang baik2.....tapi ketahuilahh pandangan Allah yang kita kena dulukannn..........tapi bohonglah hati saya tak tercalar, mata saya tak kuarkan airmata, tak dah pergolakan dalam diri...lebih2 lagi pergaulan lelaki perempuan tak ada hadnya di tempat saya belajar......

pandangan manusia kan bermula dari mata...... tapi tak selalunya tepat jika hati tak bersih.........

dan saya masih katakan hanya 1% sahaja yang pakai tudung laboh tak jaga pergaulannya, yang lain baik..........mereka juga manusia macam kita cuma Allah bagi 'hidayah' kat mereka lebih awal dari kita. untuk menutup aurat yang sebegitu.......cuma yang golngan 1% tak lagi ada 'TAUFIK' untuk mengamalkan apa yang telah dia pelajari........

Allahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

ok-roll
Warga Rasmi
Menyertai: 24.08.2005
Ahli No: 18412
Posting: 9

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-11-05 20:54


hmmm......kroll bukan tak setuju dengan koorg semua....tapi bagi penggalaman kroll semua kaum hawa yang bertudung walau macam mana sekali pun tapi melakukan perbuatan maksit juga nak kata apa......kroll selalu berseorgan di town pada waktu malam(suka merayap...cari inspirasi agaknya) dah bermcm perbuatan dah kroll tengok so bagi kroll itu semua sama saja.....tapi tak semua wanita macam tu kan????
....adeh

Bookmark and Share

    


  Member Information For ok-rollProfil   Hantar PM kepada ok-roll   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 01-11-05 21:24


Assalamualaikum

!!! QUOTE !!!

kalau kita diberikan dua calon isteri untuk dipilih salah seorang daripada mereka, yang satunya berseluar jeans, berbaju t-shirt dan bertudung singkat, manakala seorang lagi memakai baju kurung, kain dan bertudung labuh, yang mana satu pilihan di hati...?


maaf, tapi ana tak setuju dengan contoh ni. lagi pun tak sama dengan apa yang dimaksudkan oleh pembuka topik ni

jika tak berjubah & bertudung bulat, tak semestinya berpakaian seperti contoh yang ibnu_musa berikan. ada juga yang tak bertudung bulat & berjubah, tapi masih menutup aurat dengan sempurna & tudung yang melepasi paras dada. ana turut tumpang sedih, sebab apa yang ibnu_musa kata tu adalah persepsi stereotype majoriti ahli dalam portal ni, serta golongan yang rasa diri mereka 'lebih baik' daripada segelintir yang lain, kerana penampilan mereka atau jamaah yang mereka sertai (majoriti, tak semua)

ana juga pernah mendengar luahan yang sama seperti yang nur_2110 sebutkan, daripada sahabat rapat yang menuntut di IPT. sikap segelintir golongan yang bertudung bulat & berjubah membuatkan rakan ana berkecil hati & akhirnya bertindak menjauhi mereka. jika begini sikap kita, janganlah kita marah bila masyarakat awam gemar sekali mencari dan memperbesarkan setiap kesalahan yang dilakukan oleh golongan 'islamik' ni

wAllahu a'lam :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-11-05 22:27


jangan menilai seseorang melalui cara pemakaiannya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

sinar_islami
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13852
Posting: 22
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-11-05 23:19


assalamualaikum....
sama-sama la kita kembali kepada Al-Quran....
"Hai nabi,katakanlah kepada isteri2mu,anak2 perempuanmu,dan isteri orang-orang mukmin,"Hendaklah mereka menhulurkan 'jilbab'nya keseluruh tubuh mereka".Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal,kerana itu mereka tidak diganggu..Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
(Al-Ahzab,59)
*jilbab*sejenis pakaian yang lapang dan menutup seluruh aurat wanita-

nak lebih jelas sila rujuk tafsir fi zilallulquran tentang ayat ini...
yang penting kita kena jelas Kenapa kita berpakaian begini dan begitu....
islam itu cantik....tak layak kita mengeluarkan fatwa sendiri tanpa ilmu...
kerana itu islam di abad ini senang diancam musuh kerana ramai yang tak kembali kepada AL-QURAN & AS-SUNNAH.....
hanya dengan taufik dan inayah-Nya kita mampu melakukan yang terbaik...
letakkan syarak dalam melakukan setiap amalan..
sama-sama kita saling lengkap melengkapi...
menjadi muslim &muslimah yang islam pada zahir & batinnya...
wallahu'alam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinar_islamiProfil   Hantar PM kepada sinar_islami   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 02-11-05 01:37


assalamualaikum wrwb...

masalahnya ialah persepsi dan pandangan masing2...

kalau perempuan tu bertudung bulat dan berjubah tapi hati masih 'berkarat' pun tak baik jugak...

kalau perempuan tu bertudung singkat,pakai body suit dan hampir pusat-pusat pun tak baik jugak....

sebenarnya tindakan muslimah 'islamik' ni merugikan dakwah kerana dakwah tak tersebar....jadi muslimah 'islamik' mesti terjun ke masyarakat walau apa penampilannya...

saya harap nur boleh jadi seoeang muslimah yang komited dengan Islam insya-Allah :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 02-11-05 12:20


Assalamualaikum

Menutup aurat menurut pandangan Islam adalah berdasarkan syarat berikut:

1. Menutup seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua belah tangan

Islam menentukan batas yang harus (boleh) dibuka iaitu muka dan dua tapak tangan, manakala bahagian lainnya pula wajib ditutup.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad saw) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak mereka atau anak tiri mereka atau saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara mereka yang perempuan atau perempuan Islam atau hamba mereka atau orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi mengenai aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah. Wahai orang yang beriman supaya kamu berjaya." (Surah an-Nur, ayat 30 - 31)


2. Berpakaian yang tidak membayangkan kulit dan bentuk tubuh

Antara tujuan berpakaian menurut Islam untuk menutup atau melindungi bahagian tertentu pada badan. Tetapi, sekiranya wanita itu memakai pakaian nipis atau jarang hingga boleh dilihat warna kulitnya dan aurat yang sepatutnya ditutup, maka ini bererti pakaian yang dipakainya tidak berfungsi lagi.

Wanita yang berpakaian sebegini disifatkan oleh Rasulullah sebagai wanita berpakaian tetapi berbogel. Mereka bukan saja dilaknat oleh Allah, malah tidak berpeluang untuk mencium bau syurga. Sabda Rasulullah bermaksud: "Akan ada pada akhir umatku (kaum wanita) yang berpakaian menutup badan dan telanjang (yang berpakaian nipis atau membayangkan kulit badan/bentuknya), atas kepala mereka, laknatilah mereka sesungguhnya mereka golongan yang terlaknat."


3. Tidak memakai pakaian yang ketat

Antara tujuan menutup aurat untuk mengelak daripada berlakunya fitnah. Sekiranya wanita itu berpakaian ketat hingga jelas kelihatan potongan badan dan bahagian anggota tubuh badannya, maka keadaan ini boleh menimbulkan fitnah yang berakhir dengan pelbagai bentuk jenayah yang dikutuk oleh agama.

Usamah Bin Zaid menceritakan bahawa Rasulullah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Kalbi. Rasulullah menghadiahkan pula kain itu kepada beliau (Usamah) untuk dibuat pakaian, tetapi Usamah pula memberikan kain itu kepada isterinya.

Suatu hari Rasulullah bertanya Usamah: "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab: "saya telah berikannya kepada isteriku." Lalu Rasulullah berkata kepada Usamah: "Suruhlah isterimu mengalaskan kain itu dengan kain yang lain di bawahnya kerana saya bimbang sekiranya kain itu tidak dialas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)."


4. Tidak memakai bauan yang boleh menarik perhatian lelaki

Abu Musa al-Asy'hari meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa juga wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan supaya dihidu bau wangi yang dipakainya, maka dia dikira berzina."

Zainab al-Thaqafiah pula menceritakan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Jika salah seorang daripada kamu (kaum wanita) keluar untuk beribadat di masjid, janganlah memakai bau-bauan."

Jika difahami maksud hadis itu, wanita yang hendak ke masjid pun dilarang memakai bau-bauan, apatah lagi bagi mereka yang keluar bersia, ke tempat kerja dan sebagainya. Sudah tentu kesalahannya di sisi agama lebih besar.


5. Pakaian yang tidak menyerupai pakaian lelaki

Menurut hadis sahih daripada Rasulullah, dapat difahami bahawa Allah melaknat wanita yang meniru pakaian lelaki. Begitu juga lelaki yang meniru pakaian wanita.

Abu Hurairah meriwayatkan: "Rasulullah melaknat orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang perempuan yang berpakaian lelaki."

Hal ini bersesuaian dengan sifat seorang wanita yang mana Islam menyarankan agar kaum wanita memakai pakaian yang sesuai dengan sifat dan kejadian mereka, lemah-lembut dan bersopan-santun.

Kesimpulannya, Islam mewajibkan ke atas setiap wanita supaya memakai pakaian yang menutup aurat iaitu menutup seluruh badannya, kecuali muka dan dua belah tangan.

Mereka juga hendaklah memilih jenis kain yang tidak membayangkan warna kulit dan tidak juga memperlihatkan bentuk tubuh badan. Begitu juga dilarang ke atas mereka untuk menghiasi pakaiannya dengan hiasan dan bau-bauan yang boleh mempesona atau menarik perhatian ramai dan menimbulkan fitnah.

Sesungguhnya, Islam tidak menentukan fesyen dan bentuk pakaian yang mesti dipakai oleh seseorang wanita itu sama ada pada masa bekerja atau tidak. Apa yang penting ia tidak berlawanan dengan batas yang ditentukan syarak.

wAllahu a'lam bisshawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

sinar_islami
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13852
Posting: 22
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-11-05 20:47


Subhanallah...indah sungguh Islam itu kerna sungguh teliti dalam segenap hal....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinar_islamiProfil   Hantar PM kepada sinar_islami   Quote dan BalasQuote

Irshadianz_Boyz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13291
Posting: 139
Dari: Bumi Al-Irshad

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 04-11-05 01:47


Ana nak pilih isteri yang bertudung labuh dan sopan...sejuk mata memandang!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Irshadianz_BoyzProfil   Hantar PM kepada Irshadianz_Boyz   Quote dan BalasQuote

rawdhah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2004
Ahli No: 7485
Posting: 193
Dari: bp

Johor  


posticon Posting pada: 04-11-05 09:51


Assalamualaikum...
hmm Subhanallah......Islam itu indah.....tiada selainnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rawdhahProfil   Hantar PM kepada rawdhah   Pergi ke rawdhah's Website   Quote dan BalasQuote

cairel_harriz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.10.2005
Ahli No: 19970
Posting: 110
Dari: Bandar Perda

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-11-05 23:47


Assalammualaikum wbt. Sebenarnya Islam satu agama yang mudah tetapi kita sahaja yang menyukarkannya. Dalam adab pemakaian terutama sekali bagi kaum Hawa, aurat memainkan peranan yang penting. Jika sekadar memakai t-shirt yang bertangan panjang tiada salahnya. Begitu juga dengan jeans. Jika memakai jeans yang tidak terlalu ketat dan boleh menaikkan hawa nafsu..tak apelah. Tetapi lebih afdal sekiranya jika memilih pakaian yang boleh menampak peribadi kita sebagai seorang Muslim. Jadi fikir-fikirkanlah. Saya ini pun bukanlah bijak pandai sangat cuma menyampaikan ilmu-ilmu yang telah saya perolehi. Wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cairel_harrizProfil   Hantar PM kepada cairel_harriz   Pergi ke cairel_harriz's Website   Quote dan BalasQuote

nur_2110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2005
Ahli No: 18853
Posting: 187
Dari: infront of my 2313NLCi

Melaka  


posticon Posting pada: 05-11-05 00:43


terima kasih kepada semua yang memberikan pandangan/nasihat/hadis masing2...
kepada budak_melaka dan n_farhanah,terima kasih kerana memahami 'apa' yang saya cuba ketengahkan...
dan kepada aBg_IMam juga terima kasih kerana mendoakan agar saya komited dengan Islam...itulah doa saya setiap hari selepas solat agar terus berada dalam islam(iman) sehingga akhir hayat,semoga Allah memperkenankan doa saya...amin...
saya harap topik saya ini tidak menimbulkan perasaan kurang senang(lantaran berbeza pendapat dan sebagainya) diantara ahli ukhwah.com
sekali lagi terima kasih kepada semua...
rasanya masih tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua dan maaf zahir batin...
assalammualaikum...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_2110Profil   Hantar PM kepada nur_2110   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 28-11-05 02:25


erm...boleh tanya satu soalan tak?apa definasi tudung labuh dan tudung pendek?

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

kalimahsuci
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.11.2005
Ahli No: 20495
Posting: 38
Dari: bumi Allah

malaysia  


posticon Posting pada: 28-11-05 04:29


Pada 07-10-05 22:58 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

saya bagi satu contoh: kalau kita diberikan dua calon isteri untuk dipilih salah seorang daripada mereka, yang satunya berseluar jeans, berbaju t-shirt dan bertudung singkat, manakala seorang lagi memakai baju kurung, kain dan bertudung labuh, yang mana satu pilihan di hati...? tepuk dada tanyalah iman...

sememangnya penampilan itu mencerminkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t... walaupun tak semuanya begitu... tapi in sya'a'Llah Allah akan tunjukkan siapa yang baik dan siapa yang tidak baik kepada kita melalui cara-cara yang dikehendakiNya...

wa'Llahu A`lam...


saya setuju sangat.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kalimahsuciProfil   Hantar PM kepada kalimahsuci   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.629938 saat. Lajunya....