Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bulan tak jatuh ke riba, sebaliknya manusia menjatuhkan diri ke atas bulan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 25 hari yang lalu
ronniefinancehome: 36 hari yang lalu
MTMKi: 46 hari yang lalu
usop79: 47 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Apa yang berlaku di KELANTAN


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Apa yang berlaku di KELANTAN

Please Mendaftar To Post


Oleh Apa yang berlaku di KELANTAN

Tolhah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.10.2005
Ahli No: 19532
Posting: 104

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 15:51


Tahniah Tok Guru dan rakyat Kelantan

Saya berkesempatan melihat siaran langsung konsert tautan kasih di KB melalui web tv semalam. Walaupun dalam keadaan kualiti siaran yang tersangkut-sangkut lantaran ratusan ribu rakyat Malaysia dari seluruh dunia yang menyesakkan laluan, dengan penuh terharu saya menanggap diri saya sebagai salah seorang saksi terhadap pembentukan suatu sejarah besar dalam gerakan dakwah Islamiyah dalam negara.

Tanpa memperdulikan para skeptik di sepanjang simpang-siur perjalanan, Tok Guru dan rakan-rakan pimpinan di Kelantan dengan dokongan taat setia rakyat jelatanya telah dengan yakin dan berani meneruskan program eksperimen ini, dengan hasrat murni mahu menjelmakan model konsert hiburan berteraskan Islam. Matlamatnya untuk menambat hati golongan muda khususnya agar dapat bertaut kepada satu konsep yang bakal mendekatkan diri mereka dengan Tuhan, berlainan dengan konsert konvensional yang menolak sama-sekali batas-batas hukum.


Dari apa yang saya saksikan bermula dengan solat berjemaah di padang perdana dan dikuti dengan ucapan para pimpinan termasuk Tok Guru sendiri, konsert ini memang berbeza dari konsert-konsert lain.

Lagu dan nyanyian pada konsert ini tidak sunyi dari membesar dan mengagungkan Allah swt, siapa sekali pun penyanyinya.

Suasana konsert anjuran kerajaan negeri itu sahaja telah cukup menampakkan perbezaan ketara. Para pengunjung dipisahkan antara lelaki, wanita dan mereka yang berkeluarga. Pemisahan ini diterima sebagai satu tuntutan agama tanpa banyak rungutan dan protes dari mereka yang hadir.

Saya tambah terharu apabila Tok Guru dalam ucapannya menyatakan bahawa, banyak perkara-perkara baru yang kerajaan negerinya lakukan tidak terfikir semasa beliau dan rakan-rakan belajar di madrasah. Pajak gadai katanya, ketika belajar dikatakan haram kerana adanya unsur riba, lalu setelah berkuasa tambah beliau prosesnya diubah dan lahirlah lah Rahn iaitu sistem pajak gadai Islam yang semakin popular di Kelantan hari ini.

Demikianlah juga dengan konsert ini, saya kira yang pentingnya adalah kesungguhan dan keihklasan semua pihak.

Sebagaimana kata Hj Husam Musa dalam ucapannya, berhibur-berhibur juga namun nama baik Kelantan kena dijaga. Saya turut tertarik dengan serangkap pantun (antara yang banyak rangkap) yang Husam sampaikan:

Kelapa pandan halia muda
Tata sopan kita, malam ini kena betul-betul jaga.

Ternyata meleset segala tohmahan dan serangan terhadap Tok Guru dan rakyat Kelantan berhubung dengan penganjuran konsert alternatif ini. Mudah-mudahan konsert pada malam ini pula sempena pengisytiharan Kota Bharu Bandaraya Islam akan turut berjaya menepati matlamat kerajaan negeri.

Tahniah Tok Guru dan tahniah rakyat Kelantan, mudah-mudahan Allah swt sentiasa memberkati usaha kalian semua. Berjayalah Islam di Bumi Serambi Mekah insyallah.

ww.n32.blogspot.com

Roslan SMS
[ Telah diedit oleh: Tolhah pada 03-10-05 15:59 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For TolhahProfil   Hantar PM kepada Tolhah   Pergi ke Tolhah's Website   Quote dan BalasQuote

Tolhah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.10.2005
Ahli No: 19532
Posting: 104

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 15:52


Kota Bharu jadi Bandar Raya Islam pertama di negara ini
Sunday, October 02 @ 13:30:34 MYT


KOTA BHARU, 2 Okt (Hrkh) – “Sukacita bahawa pada hari ini 27 Syaaban 1426 Hijrah bersamaan 1 Oktober 2005, beta mengisytiharkan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kini dikenali sebagai MPKB Bandar Raya Islam (BRI).

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sulan Yahya Petra bertitah demikian ketika memasyhurkan pengisytiharan Kota Bharu sebagai BRI pada majlis penuh istiadat di Stadium Sultan Mohammad Ke IV di sini, malam tadi.
Sebelum itu baginda menerima watikah yang diserah Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Watikah tersebut dibawa menggunakan kereta kuda daripada Kota Darulnaim dengan perarakan bermula jam 8 malam.

Perarakan itu disertai 15 ekor kuda, 15 beca berhias dan kanak-kanak dan remaja daripada pelbagai kaum di Kelantan, antaranya Melayu, Cina, India dan Siam. Perarakan itu diiringi pasukan pancaragam dari Sekolah Menengah Sains Machang.

Angka 15 dipilih mengambil kira usia kerajaan PAS Kelantan sekarang sudah memasuki tahun ke-15 pemerintahannya. Sebaik tiba di depan pentas Diraja, rombongan membawa watikah yang diketuai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Dato’ Abdul Rahim Hassan menyerahkan watikah tersebut kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias.

Kemudian diserah pula kepada Menteri Besar. Majlis itu disaksi puluhan ribu rakyat Kelantan dan pelancong luar serta tetamu kehormat.

Hadir sama Raja Perempuan Kelantan, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Ampuan Mahkota, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakub, Speaker DUN, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, anggota-anggota Exco, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Lima wakil rakyat Barisan Nasional juga turut hadir. Lebih 40,000 penonton memenuhi setiap ruang di dalam stadium, manakala di luar stadium ramai tidak dapat masuk dan mereka boleh menyaksikan acara penuh gemilang itu melalui skrin besar.

Selepas Sultan membaca watikah baginda merasmikan dengan gimik memanah. Setelah anak panah dilepaskan bunga api melambung ke udara dan mengeluarkan cahaya beraneka warna.

Sebelum itu, Menteri Besar ketika berucap berkata, pelaksanaan bandar raya Islam perlu diberi perhatian yang lebih serius terhadap elemen-elemen agama dalam aspek pentadbiran.

Katanya, pengasingan kaunter bayaran di pasar raya, kempen menutup aurat, pengawalan pergaulan bebas, menitik berat soal halal haram dalam penyediaan makanan dan menjaga kebersihan hendaklah menjadi keutamaan kepada pihak MPKB BRI.

“Selain meningkatkan dari aspek fizikal, pembentukan rohani dan dalaman hendaklah diperluaskan. Kita kena seimbangkan pembangunan fizikal dan rohani. Ini kerana masalah moral yang berlaku sekarang hanya dapat diatasi apabila kita kembali kepada Allah,” kata beliau.

Katanya juga, dari aspek seni bina, kerajaan negeri tidak menghadkan kepada ciri-ciri Islam sahaja, malah elemen kaum lain termasuk Cina dan India tidak dihalang.

Contohnya masjid pelbagai budaya di Rantau Panjang yang bakal dibina menggunakan reka bentuk senibina tamadun Cina dan India.

“Adalah perlu dijelaskan biar pun Kota Bharu dijadikan bandar raya Islam, kebudayaan kaum dan agama penganut lain boleh diamal tanpa sekatan,” ujarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Takiyuddin Hassan berkata, MPKB BRI akan mencapai status bandar raya dalam tempoh sekurang-kurang 10 tahun lagi, apabila menepati syarat digariskan pihak kementerian.

Program bersejarah tersebut bermula dengan azan Isya’ oleh Asri dari kumpulan nasyid Rabbani dan bacaan ayat-ayat suci al Quran. Penonton juga disajikan dengan persembahan nyanyian dan kebudayaan oleh Ustaz Akil Hayy, Rabbani, M Nasir, dikir barat, dan Mawi. Program berakhir jam 11.58 malam.

Pengasingan tempat duduk di antara jantina sekali lagi dilakukan di stadium, seperti konsert Tautan Kasih di Padang Perdana malam semalam.
- MJ

Bookmark and Share

    


  Member Information For TolhahProfil   Hantar PM kepada Tolhah   Pergi ke Tolhah's Website   Quote dan BalasQuote

Tolhah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.10.2005
Ahli No: 19532
Posting: 104

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 15:56


Kota Bharu bergelar bandar raya Islam

Oleh: ZULKIFLEE BAKAR (Wartawan Utusan)

Esok merupakan hari bersejarah bagi penduduk Kota Bharu, Kelantan
apabila bandar tersebut akan diisytiharkan sebagai bandar raya Islam -
satu impian yang dicita-citakan oleh kerajaan negeri pimpinan Pas
sejak tahun 2003 lagi.

Majlis pengisytiharan berkenaan akan disempurnakan oleh Sultan
Kelantan dalam satu majlis penuh bersejarah di Stadium Sultan Mohamed
Ke-IV, Kota Bharu.

Sebenarnya, biarpun Kota Bharu akan diisytiharkan sebagai bandar raya
tetapi ia bukanlah setaraf Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh atau Kuala
Lumpur. Pengisytiharan ini hanya melibatkan perubahan nama sahaja
seperti mana Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah dan
Langkawi Bandaraya Pelancongan.

Ini bermakna Kota Bharu tidak terikat dengan syarat yang ditetapkan
oleh kerajaan pusat bagi melayakkan sebuah bandar diiktiraf sebagai
bandar raya.

Justeru tidak perlu mana-mana pihak membangkitkan lagi soal layak
atau tidak Kota Bharu diisytiharkan bandar raya kerana ternyata ia
tidaklah melanggar apa-apa peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan
Pusat.

Apa yang lebih penting kini, apabila pengisytiharan itu dilakukan
secara rasmi esok, maka bermula tanggungjawab berat kerajaan negeri
pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memastikan
situasi di Kota Bharu setaraf dengan imej sebagai bandar raya Islam.

Setakat ini tidak dapat dinafikan bahawa banyak perkara telah
dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memastikan kemungkaran tidak
menghiasi bandar berkenaan.


Ia termasuklah menutup pusat-pusat hiburan dan melarang penjualan
arak kepada umat Islam serta mewajibkan wanita yang hendak bekerja
memakai tudung.


Namun begitu, ukuran bandar raya Islam bukan sekadar itu sahaja,
masih terdapat perkara-perkara yang perlu diberi perhatian serius
oleh kerajaan negeri terutamanya dari segi kebersihan dan
menghapuskan gejala sosial yang didakwa masih berleluasa.

Tetapi pada masa yang sama, kita juga harus memahami bahawa kerajaan
negeri mungkin hanya berkuasa menyeru dan menguatkuasakan peraturan
sahaja. Jadi apa yang lebih penting ialah meningkatkan kesedaran
individu itu sendiri terutamanya penduduk Kota Bharu.

Para penduduk berkenaan perlu bersedia untuk memberi kerjasama bagi
memastikan matlamat bandar raya Islam ini benar-benar tercapai dan
bukan sekadar menjadi slogan sahaja.

Kerajaan negeri dikatakan sudah membuat perancangan yang rapi
sehingga tahun 2015 untuk memastikan Kota Bharu wujud sebagai sebuah
bandar raya Islam. Niat yang baik ini perlu disokong dengan
pelaksanaan yang betul kerana apa pun perancangan tidak akan berjaya
selagi ia diselitkan dengan unsur-unsur politik.//UM 30 Sept

Bookmark and Share

    


  Member Information For TolhahProfil   Hantar PM kepada Tolhah   Pergi ke Tolhah's Website   Quote dan BalasQuote

Kaisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9907
Posting: 233
Dari: KB - The Islamic City

japan   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 16:00


saya pun nak ucap tahniah juga pada tuan guru...saya pergi ke pdg perdana tu dan stadim pun pergi juga..suasana yang cukup islamic tapi dalam ramai2 gitu adala juga yang tak islamicnya..para penonton...entah bagaimana masih ada lagi yang xbrp nak menutup aurat..alah..sikit-sikit lagi tak adalah yang gtu2 kan....tapi hal2 lain memang ok...berjalan dengan lancar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For KaisiProfil   Hantar PM kepada Kaisi   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-10-05 17:03


tahniah untuk tok guru Nik Aziz..satu usaha yang positif untuk menarik minat belia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 17:13


al-salamu `alaykum...

syukur... sebab mula2 tu risau juga takut apa-apa yang tidak diingini berlaku... yela takut isu ini dipolitikkan lebih2 pula... tapi syukur al-hamdu li'Llah... segalanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang...

ini membuktikan kebijaksanaan MB Kelantan dalam memperkenalkan budaya Islam yang sebenar di mata masyarakat... TAHNIAH SEKALI LAGI!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 20:46


:-di :-di hmmm...macam ni laa,apa-apa pun,tahniah buat Tok Guru kerana berjaya memartabat kan pengaruh Islam di negeri klate kito..... :-P
:lol: alhamdulillah....mujur lah rakyat klate kito masih tahu untuk membeza kan antara yang mana peminpin yang sebenar dan pemimpin yang hanya melaung2 kan cerita2 yang hanya berteras kan islam,tapi tak tau buat. :-) :-)


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 21:59


macam ni baru boleh kekalkan syariat islam yang semakin berkurangan di kalangan rakyat malaysia sekarang ni.


-----------------
Hakikat Kejayaan Adalah Kebahagiaan Dalam Hidup....


Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 23:05


Alhamdulillah. Bangganya jadi anak jati Kelantan.. :-di


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

hismail
Warga Rasmi
Menyertai: 03.10.2005
Ahli No: 19550
Posting: 3
Dari: Bumi Tuhan

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 23:22


assalamualaikum,

saya tidak berpeluang melihat siaran webtv tersebut. Boleh sesiapa ceritakan apakah lagu-lagu yang dibawa oleh Mawi dan M. Nasir dalam konsert tersebut?

Terima kasih saya dulukan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hismailProfil   Hantar PM kepada hismail   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 09:07


Alhamdulillah.....tapi kita semua kena ingat, bukan kita nakkan nama bandar rayanya saja "bandar raya Islam", tapi sikap, akhlak, tingkah laku dan cara hidup setiap anggota masyarakat perlulah Islam dan mengikut sunnah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

Tolhah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.10.2005
Ahli No: 19532
Posting: 104

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 10:01


CD Konsert Tautan Kasih & Konsert Bandaraya Islam boleh didapati di Perkarangan Bangunan PAS, dekat Jaafar Rawas.

Mengenai lagu-lagu yang dinyanyikan malam berkenaan, akan datang kita harap pihak penganjur dapat membuat sedikit lagi tapisan kerana ada jugak lagu-lagu yang rasanya kurang sesuai. Tidak semua, cuma satu dua lagu sahaja, ini mungkin juga kerana nak memenuhi selera Sultan dan Sultanah Kelantan yang turut hadir.

Bookmark and Share

    


  Member Information For TolhahProfil   Hantar PM kepada Tolhah   Pergi ke Tolhah's Website   Quote dan BalasQuote

Usmad
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2004
Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar

libya   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 11:42


Allah selamatkan lah kami

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsmadProfil   Hantar PM kepada Usmad   Pergi ke Usmad's Website   Quote dan BalasQuote

ina_irdyna85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.09.2005
Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 12:28


bersatu menegakkan islam...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ina_irdyna85Profil   Hantar PM kepada ina_irdyna85   Pergi ke ina_irdyna85's Website   Quote dan BalasQuote

alqibtiaz
WARGA SETIA
Menyertai: 31.07.2004
Ahli No: 10409
Posting: 542
Dari: kuala terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 04-10-05 13:12


lain benar info yang di ketengahkan berbanding pada akhabar biasa...terbaru dalam kosmo...terpampang besar tertulis..nik aziz tunduk pada mawi....

setiap amalan bergantung pada niat dan perbuatan...

wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alqibtiazProfil   Hantar PM kepada alqibtiaz   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 14:16


Pada 04-10-05 13:12 , alqibtiaz posting:

!!! QUOTE !!!

lain benar info yang di ketengahkan berbanding pada akhabar biasa...terbaru dalam kosmo...terpampang besar tertulis..nik aziz tunduk pada mawi....

setiap amalan bergantung pada niat dan perbuatan...

wallahualam...
dah dasar sekular. mana boleh senang tengok islam maju.

ps: hidup hahahahadhari poyo.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

srikandisutera
WARGA SETIA
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 04-10-05 15:24


sebagai tambahan,saya ada baca harian metro ahad baru-baru ini mengatakan bahawa..beberapa ahli mawi FC yang tidak memakai tudung..di halau dari konsert..bagus sangat...biar lah mereka sedar diri...bandaraya islam..mengikut syariat ISLAM lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandisuteraProfil   Hantar PM kepada srikandisutera   Quote dan BalasQuote

srikandi_syahadah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2005
Ahli No: 14660
Posting: 202
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 15:31


Alhamdulillah..tahniah buat Tok Guru..semoga Kelantan terus menjadi negeri yang aman..

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_syahadahProfil   Hantar PM kepada srikandi_syahadah   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 14:36


Pada 04-10-05 15:24 , srikandisutera posting:

!!! QUOTE !!!

sebagai tambahan,saya ada baca harian metro ahad baru-baru ini mengatakan bahawa..beberapa ahli mawi FC yang tidak memakai tudung..di halau dari konsert..bagus sangat...biar lah mereka sedar diri...bandaraya islam..mengikut syariat ISLAM lah...


Mungkin berita ni tak berape betul, sekadar nak keruhkan suasana.. Islam bukan macam tu.. :O

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 18:05


kenyataan daripada mawi sendiri..

konsert di kelantan ini berbeza.
ini kerana ianya mengikut garis panduan islam.
yang pentingnya tiada gesel gesel.

tentang isu dia menyokong PAS..
saya taknak fikir soal politik.seni itu periuk nasi saya.tapi saya kagumi tgna.saya kepingin bertemu dengan tgna sejak dari umur saya 17 lagi.

p/s..semua bandar bila dinaik tarafkan dibuat siaran langsung.
     hatta KK dibawah PBS.tapi Kenapa ada double standart dengan kelantan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

af_zubaiti
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.09.2005
Ahli No: 18828
Posting: 107
Dari: Gombak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 09:09


Assalamualaikum...

Berhibur tiada slhnya...
kerana hiburan itu indah....
namun cara kita mencari hiburan biarlah mengikut lunas2 islam....


---------------------------------------
* Seikhlas nasihat diberi...Mencari Redha Ilahi *

Bookmark and Share

    


  Member Information For af_zubaitiProfil   Hantar PM kepada af_zubaiti   Quote dan BalasQuote

nurazyyati_83
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.07.2005
Ahli No: 17466
Posting: 125
Dari: dunia yang fana

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 09:18


alhamdulillah......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurazyyati_83Profil   Hantar PM kepada nurazyyati_83   Quote dan BalasQuote

angelcute
Warga Rasmi
Menyertai: 27.08.2005
Ahli No: 18498
Posting: 5
Dari: Kelantan Darul Naim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 10:52


tahniah tok guru nik abdul aziz...moga mencapai matlamat nak jadikan negeri klate ni bandaraya islam.. MAMBANGUN BERSAMA ISLAM...

Bookmark and Share

    


  Member Information For angelcuteProfil   Hantar PM kepada angelcute   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 12:46


semoga terus btahan hgga akhirnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 12:58


Sebahagian besar masyarakat malaysia dan sekitar 80 % remaja mahupun re tua 'gila'kan hiburan.

Tok Guru hanya memainkan tanggungjawab dan peranannya sebagai Ulama Penyelamat Ummah. Tanggungjawabnya bukan sahaja rakyat kelantan bahkan sekalian rakyat malaysia umumnya. Dia melihat ratusan ribu meminati mawi dan 12.6 juta dibelanjakan untuk mawi, lalu adakah dia ingin berdiam diri sebagai Tok Guru, sebagai Ulama......tentu sekali beliau tak mampu nak menjawab di hadapan Allah kelak, apa tindakannya dalam nak menyelamatkan ratusan ribu manusia yang lemas dalam hiburan yang dipelopori yahudi........

Lantas, beliau kemukakan suatu bentuk hiburan dengan menjemput artis gilaan ramai mawi dan sifu m.nasir. Sesungguhnya setiap suatu itu ada alternatifnya, Allah SWT mengharamkan penzinaan dan membuka pintu perkahwinan. Begitu juga dalam hiburan, ada juga ruangnya yang dibenarkan.

Dalam kegilaan, lemas dan hanyutnya sebahagian besar masyarakat pada hiburan, adakah tok guru nak mengharamkan secara total dan menafikan tuntutan fitrah berhibur yang Allah SWT kurniakan dalam diri manusia. Lalu beliau kemukakan suatu alternatif hiburan dan enakmen hiburan ini telah dirangka sudah agak lama cuma ia tidak dipraktikkan.

Ramai yang mempersoalkan tindakan tok guru, jawapannya senang saja. Apa yang mereka ini buat untuk menyelamatkan sekalian manusia yang mabuk dan lemas dalam hiburan ini. Tok Guru dan kerajaan kelantan dah menunaikan tanggungjawab mereka dalam memberi suatu alternatif bentuk hiburan...................

Ikuti jawapan yang lengkap dalam Harakah, Siasah dan buku terbitan nufair street : Fenomena mawi dan tok guru

Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 13:11


satu lagi hiburan alternatif daripada kerajaan alternatif...

tapi pernahkah kita gunakan alternatif itu?

p/s..yang baik orang payah nak ikut...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 13:12


yeah.....hidup Islam!!!

ps: hahahahadhari poyo.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

nurman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.04.2005
Ahli No: 15612
Posting: 278
Dari: Dimana bumi dipijak disitu Islam dijunjung!

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 13:28


HIDUP TOK GURU!!!!!
TAKBIRRRR!!!!!!!!!!!!!
ALLAHUAKBAR!!!!!!!!
TERUSKAN PERJUANGAN!!!!!!!!
SEMOGA DIRAHMATINYA!
AMIN!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurmanProfil   Hantar PM kepada nurman   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 13:33


harap semua orang dah faham tindakan TGNA.

ps: ada yang tak paham lagi ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 14:20


Tahniah buat Tok guru Nik Abdul Aziz....
Semua yang baik daripada Allah.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

anis_najihah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16459
Posting: 439
Dari: kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-10-05 15:03


tahniah...semoga apa yang diwar2kan itu terlaksana dan tercapai objectivesnya...insyaALLAH..dengan sokongan semua pihak especially rakyat kelantan sendiri...kelantan akan menjadi sebuah bandaraya islam yang terunggul... :-)


...saya ada terbaca dalam sebuah akhbar baru-baru ini..yang mengatakan bahawa ada sesetengah pihak tidak bersetuju dengan pengisytiharan tersebut @ dalam erti kata lain-kelantan tidak layak diberi gelaran bandaraya islam....reasonnya...kelantan tidak mengamalkan kehidupan @ aspek2 sebagai sebuah bandaraya islam...contohnya...dipenuhi sampah - sarap...berlakuny maksiat and gejala2 yang tidak sihat etc..

so...apa komen sahabat2 semua tentang article tersebut?? :roll: :-o


-----------------
'love for all_hatred for none'
..SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR..
[ Telah diedit oleh: anis_najihah pada 06-10-05 15:07 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_najihahProfil   Hantar PM kepada anis_najihah   Quote dan BalasQuote

ifti_hanan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10965
Posting: 166
Dari: di sinilah 'ana'

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-10-05 15:17


bangganya jadi anak Qlate...

____________________________

Membangun Bersama ISlam..TAKBIR!!!!!!!!
[ Telah diedit oleh: ifti_hanan pada 06-10-05 15:20 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ifti_hananProfil   Hantar PM kepada ifti_hanan   Quote dan BalasQuote

uwaisalqarni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2005
Ahli No: 15513
Posting: 147
Dari: Ardhul Kinanah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 18:06


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, selamat dari fitnah konsert tu...cuma sebelum itu aje yang ada seorang sahabat dari ukhwah ini yang tak setuju sesangat....ana sangkakan dianya sangat syadid bertaraf ualamak besar..tapi..Walahua'lam..Allah nilai apa dia disisi-NYa membantah keras penganjuran konsert itu oleh tok Guru Nik Abdul Aziz..

Moga dia di kurniakan hidayah dan kefahaman konsep dalam berdakwah ini, ianya tidak terhad di masjid sahaja. uslub banyak telah digunakan..dan Alhamdulillah ianya berkesan

Dalam uslub Tok Guru gunakan tu, ana rasa bersesuaian dengan waqi' sekarang!seperti contoh yang boleh diberikan, Nabi Allah Musa a.s di zamannya sihir dipandang tinggi dan hebat pada masanya, lalu Allah memberikan suatu mukjizat yang dipandang oleh umatnya seperti sihir, tongkatnya bertukar menjadi ular..ramai ahli sihir beriman dengan mukjizat ini...

Juga zaman Rasulullah s.a.w, dikala zaman Baginda s.a.w , sastera arab dipandang tinggi dan di agungkan jika siapa yang mahu menciptanya..lalu Allah turunkan Al-Quran sebagai mukjizat yang lebih hebat dari sastera atau syair arab itu..dan sesiapa yang mendengarnya pasti tertarik..inilah uslub dan biah yang sesuai dengan kehendak mengajak manusia ke arah redha ALLAH...

Lalu tok guru pun buat macam itu, di kala zaman ini hiburan dan penyanyi mendapat tempat di hati manusia, lalu kita jadikan hiburan itu sesuai dengan kehendak syariat dan tanpa melalaikan hati2 manusia kepada Allah...

p/s:semoga saudara yang menentang dahulu..terbuka selepas mendapat cd atau telah tengok konsert tu..insyaAllah.


-----------------
PeRjuAnGaN iTu GeRuN dAn MeNgEriKaN
HeBaT dAn DaHsYaT mEnGgErUnKaN hAtI
BaGi MuKmIn Di SiNi HaRgA dAn NilaInYa


Bookmark and Share

    


  Member Information For uwaisalqarniProfil   Hantar PM kepada uwaisalqarni   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-10-05 18:33


assalamualaikum.

    memang tak dapat di nafikan pada malam itu ada juga segelintir rakyat yang tidak menutup aurat malahan ada juga yang tidak solat sedangkan ruang yang luas disediakan untuk bersolat pada malam itu. tetapi sebenarnya yang penting tok guru sebagai pemimpin negeri telah berusaha untuk mewujudkan suasana taqwa walaupun untuk berhibur, namun jika ada lagi yang enggan itu bukan lagi daya tok guru.


-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar


Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

mslina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 08-10-05 18:40


SETUJU..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mslinaProfil   Hantar PM kepada mslina   Quote dan BalasQuote

perantau
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2003
Ahli No: 2938
Posting: 164

blank  


posticon Posting pada: 08-10-05 18:55


!!! QUOTE !!!

saya ada terbaca dalam sebuah akhbar baru-baru ini..yang mengatakan bahawa ada sesetengah pihak tidak bersetuju dengan pengisytiharan tersebut @ dalam erti kata lain-kelantan tidak layak diberi gelaran bandaraya islam....reasonnya...kelantan tidak mengamalkan kehidupan @ aspek2 sebagai sebuah bandaraya islam...contohnya...dipenuhi sampah - sarap...berlakuny maksiat and gejala2 yang tidak sihat etc..

so...apa komen sahabat2 semua tentang article tersebut??


ada orang dah isytihar Malaysia NEGARA Islam.. setuju pulak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For perantauProfil   Hantar PM kepada perantau   Quote dan BalasQuote

ilham_thahurah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16605
Posting: 207
Dari: sumatera-malaysia-London

indonesia  


posticon Posting pada: 08-10-05 21:35


alhamdulillah semoga perkara2 yang baik seperti ini dapat dilaksanakan di tempat yang lain dan untuk perkara lain... dan tentang apa yang anis_najihah katakan tu...terpulanglah pada individu itu sendiri mentafsirkannya..biasalah adat manusia, ada saja perkara yang mereka tak suka,lebih2 lagi kalau perkara2 kebaikan ni berapa ramai saja umat manusia yang suka....


-----------------
...sTars aRe sEen tOgeTher,yet tHe aRe sO fAr aParT...tRue RelaTion maY nOt mEet eveRyDay, bUt rEmeMber wE aRe alWays liNkEd hEart tO HeArt...�


Bookmark and Share

    


  Member Information For ilham_thahurahProfil   Hantar PM kepada ilham_thahurah   Quote dan BalasQuote

Nadiahsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.05.2005
Ahli No: 16314
Posting: 283
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-10-05 22:17


alhamdulillah...
smge kelantan terus dilimpahi rahmat dan dipelihara keamanan..
smge rakyat2 klntan terus berdaye maju untuk bersaing dengan rakyat2 dari negeri lain...
Islam terus dimartabatkan dan dijage keseuciannye...
tahniah kepada semua rakyat kelantan atas pengisytiharan tersebut..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NadiahsolehahProfil   Hantar PM kepada Nadiahsolehah   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 09-10-05 04:37


assalamualaikum...

sebelum berbicara lebih lanjut,ingin bertanya kepada forumner terlebih dahulu agar tidak terjadi sebarang salah faham.

boleh kah sesiapa menjelaskan,mengapa dahulu PAS yang mengutuk Mawi kini memanggilnya untuk menyanyi di Kelantan.di website tranungkite.net tertulih Mawi dajjal alaf baru suatu ketika dahulu.kononnya produk dari pentas realiti yang melalaikan.dan selepas mengutuk mawi habis-habisan kemudian mengapa masih lagi memanggil dia untuk melakukan persembahan..?

apakah PAS telah menjadi parti lalang dengan sekejap
menyatakan bangkangan dan di masa lain pula menyatakan sokongan..??apakah pendirian PAS yang sebenarnya..??

apabila parti DAP menyatakan bahawa chin peng juga pejuang kemerdekaan,mengapakah PAS menyokong kenyataan ini..??
dimanakah pendirian PAS...??

boleh sesiapa terangkan.......


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

kpiah_hitam
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 15764
Posting: 54
Dari: Padang Pasir

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 09-10-05 04:47


>>>> HIDUP ISLAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For kpiah_hitamProfil   Hantar PM kepada kpiah_hitam   Pergi ke kpiah_hitam's Website   Quote dan BalasQuote

Tolhah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.10.2005
Ahli No: 19532
Posting: 104

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-10-05 09:31


Trouver tak ikuti perkembagan semasa ke....tok guru dah jawab lama dah isu ni....semua orang dah jelas.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For TolhahProfil   Hantar PM kepada Tolhah   Pergi ke Tolhah's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 09-10-05 11:10


ikut perkembangan semasa.tetapi konfius dengan prinsip PAS.kejap kata lain kejap kata lain.secara tak langsung ia menunjukkan kelemahan PAS.dan perkara seperti inilah yang menjadi bahan mainan pihak umno.

dan sesiapa boleh beritahu mengapa PAS menyokong kenyataan DAP mengenai chin peng..??

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

jannah_12
Warga 2 Bintang
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18098
Posting: 52
Dari: Shah Alam

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-10-05 12:09


Kan best kalau negeri2 lain pun begitu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jannah_12Profil   Hantar PM kepada jannah_12   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-10-05 12:20


saya sebenarnya hingga kini masih tidak minat dengan mawi. cuma kita mahu beri ruang kepada anak2 remaja tahu bahawa ini lah dia hiburan cara islam dan mawi sebagai modelnya.

isu mawi dikatakan dajal alaf baru dalam tranungkita bukan dinyatakan oleh tok guru nik aziz. tak dinafikan saya sendiri awal2 dahulu menolak mentah2 mawi, sebabnya kita tiada panduan. sekarang alhamdulillah tok guru telah beri kita panduan dan penjelasan, walaubagaimana pun yang haram tetap kita tolak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-10-05 12:20


saya sebenarnya hingga kini masih tidak minat dengan mawi. cuma kita mahu beri ruang kepada anak2 remaja tahu bahawa ini lah dia hiburan cara islam dan mawi sebagai modelnya.

isu mawi dikatakan dajal alaf baru dalam tranungkita bukan dinyatakan oleh tok guru nik aziz. tak dinafikan saya sendiri awal2 dahulu menolak mentah2 mawi, sebabnya kita tiada panduan. sekarang alhamdulillah tok guru telah beri kita panduan dan penjelasan, walaubagaimana pun yang haram tetap kita tolak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

Ibn_Nukman83
Warga Rasmi
Menyertai: 16.09.2004
Ahli No: 11164
Posting: 6
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-10-05 13:28


assalamualaikum...

jangan sengaja nak cari pasal. kita tak tau jangan la memandai2 pula. kita ni saja saja nak cari isi nak bagi orang tak puas hati dan nak buat orang marah.

isu mawi pun dah sedikit reda sekarang.
nak tau tok guru jawab apa kali pertama dia jawab isu mawi ni

tok guru kata begini...
nyanyi, nasyid, pantun, sajak, berzanji, marhaban, tilawah, tadarus, tarannum dan apa lagi yang sewaktu dengan haluan telinga adalah perkara yang sama. islam mengharuskan semua tu. yang jadi masalahnya cara kita menggunakan semua tu.
duk nyanyi lagu lagha, membangkitkan nafsu, lalai dan sebagainya tu la yang haram.
konsert pula campur, penonton duk menjerit melakok macam orang hilang akal dan macam-macam benda negatif yang lain la. itu yang haram.
lepas itu lepas konsert pula remaja berkeliaran, bebas nak kemana. jantan meliar dapat gadis... itu yang kita tak nak
campur pula dengan solat entah kemana.

jadi kerajaan negeri dah buat yang terbaik
bayangkan konsert kul 9. kul 3 orang dah penuh kat padang. saya ada kat tapak konsert. jadi urusetia. sebab tu kat sediakan air untuk solat. solat jemaah ramai2 kat padang. petugas perbandaran ada kat mana-mana. malam tu jumlah polis seramai 450 orang tak termasuk FRU. semua dijemput. jadi terkawal la. sukarelawan seramai 500 orang bertugas malam tu.
lepas konsert pula semua petugas meronda seluruh bandar. siapa yang mencurigakan, remaja lepak dan sebagainya akan dihalau pulang atau akan dibawa ke pihak berwajib.

begitu la keadaannya.
suka tak suka kat mawi soalan lain.
tapi lumrah manusia perlukan hiburan
nabi tak marah pun sahabat dia duk nyanyi
bahkan masa sambut nabi kat madinah pun ada nyanyi kan...
cuma baik atau tidak saja jadi soalan hukum selama ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibn_Nukman83Profil   Hantar PM kepada Ibn_Nukman83   Quote dan BalasQuote

Tolhah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.10.2005
Ahli No: 19532
Posting: 104

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 10-10-05 12:48


Alhamdulillah, wa syukrulillah...

Pada sesiapa yang ada membeli majalah HAI keluaran oktober, terbaru ( rasanya warga ukhwah tak beli majalah seumpama ini ), tapi yang menariknya quotation kata-kata Ulama, Tok Guru Nik Aziz ada dalam Majalah HAI kali ini. Mengulas kedatangan mawi ke kelantan, ada penjelasannya mengenai berhibur dalam islam dan pandangan² pengunjung mengenai konsert yang kerajaan kelantan anjurkan.

Inilah dakwah islam......sebagaimana As-Syahid Hassan Al-Banna masuk ke disko untuk berdakwah, tok guru dah masuk ke dalam suatu majalah hiburan kegilaan remaja.

Sebelum ini YB Haji Husam Musa ditemuramah dalam majalah Mangga, menjelaskan isu mawi dan menyampaikan mesej-mesej islam di dalamnya.

Saya akan cuba dapatkan majalah ni untuk diambik khusus ruangan yang memaparkan isu mawi di kelantan ini. tak payah belilah cuma pinjamlah dengan sahabat-sahabat yang beli dan tengok ruangan tu...

TAKBIR!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For TolhahProfil   Hantar PM kepada Tolhah   Pergi ke Tolhah's Website   Quote dan BalasQuote

Nazri
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 4023
Posting: 427
Dari: Arau, Perlis

Perlis  


posticon Posting pada: 10-10-05 12:54


Takbir...!!!! Allahu Akbar....!!!!!!!!!
:hammer::hammer::hammer::hammer::hammer::hammer:


-----------------
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata...


Bookmark and Share

    


  Member Information For NazriProfil   Hantar PM kepada Nazri   Pergi ke Nazri's Website   Quote dan BalasQuote

bye
Warga Rasmi
Menyertai: 07.10.2005
Ahli No: 19658
Posting: 7
Dari: dalam palimen

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-10-05 14:09


saya respek kat tok guru sb dia yk buat prubhn spnjg pmrnthnnye. w/pun pad mula mulanye ramaia yang rasa idea tok guru 2 pelik2.

Bookmark and Share

    


  Member Information For byeProfil   Hantar PM kepada bye   Quote dan BalasQuote

khairol_leo
Warga 2 Bintang
Menyertai: 13.09.2005
Ahli No: 18946
Posting: 67
Dari: Pahang Darul Makmur

Pahang  


posticon Posting pada: 10-10-05 14:29


Moga Allah mencucuri rahmat ke atas negeri Kelantan. dan semoga negeri2 lain di Malaysia mencontohinya. Amin.... Kuantan bila lagi?
ws.

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_leoProfil   Hantar PM kepada khairol_leo   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-10-05 12:16


Pada 10-10-05 14:29 , khairol_leo posting:

!!! QUOTE !!!

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas negeri Kelantan. dan semoga negeri2 lain di Malaysia mencontohinya. Amin.... Kuantan bila lagi?
ws.


alhamdulillah...
bijak khairol leo ni...
hehe..kuantan bila lagi ye....
hatyai malaysia itu..hehhe
marah pula tok denan kang...

p/s..khairol_khalid senyap saja...
     sibuk ke..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

jaa
Warga Rasmi
Menyertai: 14.05.2005
Ahli No: 16517
Posting: 3
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-10-05 13:49


isu mawi datang ke kelantan tetp mnejadi pilihan ramai ...Kenapa ye?????apa-apa pun, usah;lah dipersoalkan lagi isu ini, yang pastinya apa yang TOK GURU lakukan ini pasti ada tujuan disebaliknya..saya ebagai anak kelantan tetap percaya di atas setiap tindak tanduk yang TOK GURU lakukan SELAGI ianya betul dan tidak bercanggah dengan ajaran dan syariat ISLAM.

Bookmark and Share

    


  Member Information For jaaProfil   Hantar PM kepada jaa   Quote dan BalasQuote

wanina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.01.2005
Ahli No: 13762
Posting: 99
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-10-05 14:01


Pada 03-10-05 17:13 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

al-salamu `alaykum...

syukur... sebab mula2 tu risau juga takut apa-apa yang tidak diingini berlaku... yela takut isu ini dipolitikkan lebih2 pula... tapi syukur al-hamdu li'Llah... segalanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang...

ini membuktikan kebijaksanaan MB Kelantan dalam memperkenalkan budaya Islam yang sebenar di mata masyarakat... TAHNIAH SEKALI LAGI!!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For waninaProfil   Hantar PM kepada wanina   Quote dan BalasQuote

wanina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.01.2005
Ahli No: 13762
Posting: 99
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-10-05 14:02


Pada 06-10-05 13:28 , nurman posting:

!!! QUOTE !!!

HIDUP TOK GURU!!!!!
TAKBIRRRR!!!!!!!!!!!!!
ALLAHUAKBAR!!!!!!!!
TERUSKAN PERJUANGAN!!!!!!!!
SEMOGA DIRAHMATINYA!
AMIN!!!!!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For waninaProfil   Hantar PM kepada wanina   Quote dan BalasQuote

great_teacher
WARGA SETIA
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 11-10-05 15:36


lama dah tak balik klate...hehe, semoga klate terus dinaungi limpah rahmat illahi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For great_teacherProfil   Hantar PM kepada great_teacher   Pergi ke great_teacher's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-10-05 13:06


Absolutely kelate

Banyak gambar-gambar peristiwa kelantan yang dirakamkan di fotopages ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-10-05 14:28


Perisytiharan

BandarayaIslam

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.170429 saat. Lajunya....