Oleh |
Berzina dengan ikhlas |
Amrizal
WARGA SETIA Menyertai: 20.04.2004 Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah
|
Posting pada: 30-09-05 17:35
Soalan Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada dari Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: dari. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan. Jawapan dari. Danial Zainal Abidin: Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara. Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali! Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya saya diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi) Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya. Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli. Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan! Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar ada Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia – Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia – Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics). Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden. Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani) Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran. Kaum Lut hancur kerananya. Kota Pompei hancur kerananya. Empayar Rom juga hancur keranannya. Justeru, kembalilah ke pangkal jalan. (Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain) Nukilan dari. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B. Universiti Alexandria) Doktor Perubatan, Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy, Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang), Penulis 8 buah buku, Kolumnis Majalah I terbitan Karangkraf, Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa, Imam Waris Beradat Pertubuhan Seni Silat Gayung Pendakwah Bebas dan Khatib Jemputan dan Bapa 8 Orang Anak (3 Belia 4 Remaja dan 1 Tadika) !!! QUOTE !!! Sama2lah kita fikirkan.. untuk renungan bersama.. -----------------  Koleksi Busana
|
farina_haikal
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.10.2004 Ahli No: 11708
Posting: 245
Dari: seoul,korea
|
Posting pada: 30-09-05 19:20
bila akal mula menguasai diri..... nauzubillah... moga allah memberikan petunjuk dan hidayah Nya..
|
AUS_85
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.06.2005 Ahli No: 16977
Posting: 172
Dari: KL
|
Posting pada: 30-09-05 19:28
ana pernah baca ni dalam web dari. Cinta . merepek saja mamat ni. masalah mental betul..........
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 30-09-05 19:30
kalau dah sampai ke tahap zina tu tak boleh nak cakap apa lah... sebab memang tak boleh, walaupun terdesak macam mana pun, memang tak dibenarkan... apatah lagi kalau tiada apa-apa ancaman... dengan keikhlasan hati lagi tu... otak dah terlalu moden agaknya.
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 30-09-05 19:52
Teringat kepada kisah Robin Hood, pencuri yang ikhlas. Erm, kalau darurat?
|
diana_ADA
Warga 1 Bintang Menyertai: 07.07.2005 Ahli No: 17121
Posting: 34
|
Posting pada: 30-09-05 20:42
apapun kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. hukum haram zina jelas dalam surah Al-Isra', ayat 32
|
diana_ADA
Warga 1 Bintang Menyertai: 07.07.2005 Ahli No: 17121
Posting: 34
|
Posting pada: 30-09-05 20:42
apapun kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. hukum haram zina jelas dalam surah Al-Isra', ayat 32
|
chibi_maruko
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan
|
Posting pada: 30-09-05 22:10
assalamualaikum kalau kat negara barat tu, berzina sebelum kahwin dah menjadi kebiasaan.. tapi kita sebagai orang melayu dan umat islam mana boleh ikut budaya yang macam tu. zina walau ikhlas sekali pun tetap haram.. dan haram tetap haram... ----------------- Hakikat Kejayaan Adalah Kebahagiaan Dalam Hidup....
|
bocah_anom
Warga 3 Bintang Menyertai: 20.08.2003 Ahli No: 3021
Posting: 112
Dari: uniten
|
Posting pada: 30-09-05 22:42
Allahuakbar... hindarkanlah perkara ni dari umat-umat islam dan juga kepada diriku yang hina ini ya Allah
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 30-09-05 22:46
assalamulaikum suka hati dia saja nak cakap macam tu.Agaknya tak belajar agama agaknya. NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!
|
czarcam
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.10.2004 Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.
|
Posting pada: 01-10-05 02:01
Pada 30-09-05 19:28 , AUS_85 posting:!!! QUOTE !!! ana pernah baca ni dalam web dari. Cinta . merepek saja mamat ni. masalah mental betul.......... Pada 30-09-05 22:46 , amilyn posting:!!! QUOTE !!! assalamulaikum suka hati dia saja nak cakap macam tu.Agaknya tak belajar agama agaknya. NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA! ..ini ujian Allah S.W.T. kepada saudare tersebut.... ujian Allah kepada kita tak tau macam na lagi.... mungkinkah lebih besar lagi daripada itu.... jadi kat sinie kita ambil iktibar supaya kita mampu manghadapi ujian seperti ini jika diuji kepada diri kita..... SUBHANALLAH....WALHAMDULILLAH....ALLAHUAKBAR....Firman Allah S.W.T. : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi?" (surah al'Ankabuut:2) Wallahua'lam......  [ Telah diedit oleh: czarcam pada 01-10-05 02:03 ]
|
namz
Warga Rasmi Menyertai: 22.09.2005 Ahli No: 19233
Posting: 7
Dari: shah alam
|
Posting pada: 01-10-05 08:51
Assalamu'alaikum.. sedih rasanya bila membaca pengakuan tersebut. di akhir zaman ni manusia akan fikir logik 'akal saja, agama dah tolak tepi...entahlah...
|
ismi_safiza
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya
|
Posting pada: 01-10-05 10:37
jahiliyyah menguasai zaman kah?
|
Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.07.2005 Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 01-10-05 11:06
emmm inilah yang dikatakn matlamat tidak menghalalkan cara, emm matlamat memang elok, baik, ikhlas, suci, murni, ehsan, niat menolong dsb tetapi.... ia perlulah mengikut cara yang digariskan agama....
|
sue_84
Warga 1 Bintang Menyertai: 27.11.2004 Ahli No: 12628
Posting: 35
Dari: k.nerang
|
Posting pada: 01-10-05 11:18
memang lah niat dia tu baik nak jadikan perempuan tu sebagai isteri......tapi semua orang tau kan zina tu haram......walau sebaik mana pun niat dia.......benda yang haram tetap haram........tak boleh sesuka hati menghalalkannya...
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 01-10-05 22:00
astaghfirullahal a'zim... ni lah yang terjadi bila nafsu memandu akal. yang haram dihalalkan, yang halal diharamkan. apa nilai sebuah perkahwinan? zina bukan perkara enteng. menyedihkan kerana pemuda terbabit adalah umat islam. amat2 memalukan. apa lah yang dah melanda umat islam hari ni..? nampaknya globalisasi dah berjaya menyebarkan dakyah kafir lah'natullah yang berpegang bahawa zina tak salah. ibubapa dan guru2 harus bertindak dan memainkan peranan penting untuk prevent perkara ni dari terus menular.
|
bulan_bintang
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 396
Posting: 144
Dari: cyberjaya-the intelligent city
|
Posting pada: 01-10-05 22:21
ini lah yang dinamakan "trend mengurangkan rasa dosa".. macam klaka lah bila guna perkataan "ikhlas".faham ke maksud perkataan tu ek? hehe..mari mentafsir..
|
Pdaus
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2003 Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan
|
Posting pada: 02-10-05 05:03
lepas ni main banyak lagilah emungkaran yang disandarkan kepada KEIKHLASAN yang suci... nauzubillah...
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 02-10-05 09:09
semua orang tahu... dalam islam.. sesuci mana pun niat kita.. MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA.... semoga kita terpelihara daripada perkara2 yang dimurkainya... amin...
|
azzahrah
WARGA SETIA Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 02-10-05 12:29
assalamualaikum wbt matlamat tak pernah nak menghalalkan cara..ni cara berfikir zaman jahiliyyah. dah terang2 islam mengharamkan persetubuhan sebelum kahwin. even Allah dah nyatakan JANGAN HAMPIRI ZINA. hampir pun tak boleh, ni kan pulak nak terang2 berzina dan mengaku melakukan zina. Allah bagi jalan penyelesaian yang paling nyata iaitu melalui perkahwinan untuk melampiaskan nafsu..kalau betul cinta, jangan sentuh, terus saja kahwin. cinta sebelum kahwin ni memang melalaikan dan mengasyikkan sampai kita terlupa inilah cara baru iblis nak sesatkan umat islam. kadang-kadang bila baca paper..kita asyik dengar remaja bawah umur kena perkosa. tapi cuba kita ambil iktibar dan fikir secara mendalam..perlakuan rogol salah satu sebabnya kerana cinta..cinta yang menyebabkan remaja perempuan menyerah secara rela dan ikhlas kepada teman lelaki yang tak berhak dan perlakuan zina secara 'ikhlas' inilah yang disabitkan sebagai rogol sebab remaja perempuan itu masih di bawah umur..
|
Shahida09
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.06.2005 Ahli No: 16869
Posting: 343
Dari: Atas Bumi, Bawah Langit
|
Posting pada: 02-10-05 17:23
ish2......akhir zaman....bersedialah....jangan enjoy pula!
|
SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.12.2004 Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue
|
Posting pada: 02-10-05 17:36
macam2 sekarang ni... benda buruk pun...ikhlas??? tak faham betul...
|
amyra_myra
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari
|
Posting pada: 02-10-05 17:45
ermm..pebenda lah...mengarut saja...
|
mukasyaf
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 03-10-05 10:18
ni semua hasil daripada agenda jahat yahudi. ikhlas kepala jin!!! ps: sama macam kes "KONSERT AMAL". amal kepala jin!!!
|
ina_irdyna85
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.09.2005 Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak
|
Posting pada: 03-10-05 11:03
!!! QUOTE !!! walau sebaik mana pun niat dia.......benda yang haram tetap haram........tak boleh sesuka hati menghalalkannya... setuju..... :-|
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 04-10-05 13:32
hehehe... matlamat tak menghalalkan cara... betul tu... cuma teringin pulak nak dengar maklum balas daripada dari MASHITAH.... hehe p/s...diam saja..sekarang ni..mana pergi ustazah ni..
|
srikandisutera
WARGA SETIA Menyertai: 11.04.2005 Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu
|
Posting pada: 04-10-05 15:32
KITA MESTI TEGUH BERPEGANG PADA SYARIAT AGAMA!!!
|
sarjan_hassan
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.09.2005 Ahli No: 19007
Posting: 26
|
Posting pada: 04-10-05 17:21
Pada masa dulu, fahaman, gaya hidup dan dakyah yahudi yang hendak disebarkan amat payah. kena berperang.. takluk baru dapat. sekarang ni dapat buat dihujung jari. dalam tv pun ada dalam internet pun berlambak. Hanya tekan button ENTER.
|
mukasyaf
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 04-10-05 17:59
Pada 04-10-05 13:32 , Firdaus_Azimi posting:!!! QUOTE !!! hehehe... matlamat tak menghalalkan cara... betul tu... cuma teringin pulak nak dengar maklum balas daripada dari MASHITAH.... hehe
p/s...diam saja..sekarang ni..mana pergi ustazah ni.. nak jolok sarang tebuan ke Firdaus?  ps: senyap pun kena juga ye.
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 06-10-05 13:55
diam itu seribu kebaikan.. diam menandakan setuju.. hehhee... nak yang mana satu daripada ayat diatas.. semoga ALLAH terima taubat hamba-MU yang jahil dan lemah ini. kepada-MU saya berserah dan sesungguh-NYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN. p/s..diam2 berisi... harap puasa ni boleh kurangkan lah pulak..hehhe..
|
emma83
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.06.2004 Ahli No: 9733
Posting: 36
Dari: selangor
|
Posting pada: 06-10-05 14:50
ya allah..kuatkan lah keimanan kami dan janganlah kau uji kami dengan ujian sebegitu...
|
emma83
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.06.2004 Ahli No: 9733
Posting: 36
Dari: selangor
|
Posting pada: 06-10-05 14:51
ya allah..kuatkan lah keimanan kami dan janganlah kau uji kami dengan ujian sebegitu...
|
emma83
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.06.2004 Ahli No: 9733
Posting: 36
Dari: selangor
|
Posting pada: 06-10-05 14:51
ya allah..kuatkan lah keimanan kami dan janganlah kau uji kami dengan ujian sebegitu...
|
hajmaz
Warga Rasmi Menyertai: 07.09.2005 Ahli No: 18786
Posting: 14
|
Posting pada: 06-10-05 16:52
tak ada topik lain kerr..ishhh susah lah topik niii nak jawab..yang penting berzina tu hukumnyer haram...
|
muslim_boy
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.03.2006 Ahli No: 23728
Posting: 142
Dari: Kota Bharu Bandaraya Islam
|
Posting pada: 13-06-06 17:51
Pada 01-10-05 11:18 , sue_84 posting:!!! QUOTE !!! memang lah niat dia tu baik nak jadikan perempuan tu sebagai isteri......tapi semua orang tau kan zina tu haram......walau sebaik mana pun niat dia.......benda yang haram tetap haram........tak boleh sesuka hati menghalalkannya... setuju.....
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 13-06-06 18:11
 .... Dunia semakin menuju ke akhirnya.....dan bila tiba saatnya..pembalasan dari YAng Maha Esa itu pasti datang..disaat itu..sama ada yang berdosa,yang tidak...sama sahaja..bala tidak mengenal sesiapa...ulama',orang biasa,atau sesiapa sahaja... Sangat menyedihkan bila mana mereka berbangga2 dengan dosa yang mereka lakukan....Ya ALLAH...hilang sudah perasaan malu..hilang sudah perasaan takut..kita hanya melihat..sudah tiada dalam hati-hati kita perasaan untuk mencegah dan sebagainya..... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
akwa
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2005 Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu
|
Posting pada: 13-06-06 21:21
penzina pun ada yang ikhlas...bagusnya...
|
syauqahaziqah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.08.2005 Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman
|
Posting pada: 13-06-06 22:57
matlamat tidak menghalalkan cara
|
nazran7
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.12.2003 Ahli No: 5731
Posting: 83
Dari: B B Bestari
|
Posting pada: 15-06-06 19:09
Kita dah kembali ke zaman jahiliah... mlah lebih teruk lagi ----------------- Salam Ikhlas Penuh ukhwah.. Man Jadda Wajada
|
nur_namia
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.12.2005 Ahli No: 21203
Posting: 193
Dari: n9
|
Posting pada: 15-06-06 21:10
emm akai tak ada ka...nauzubillah minta dijauhkan...emm itulah bila nafsu menguasai segala2nyer..
|
mariana
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.11.2004 Ahli No: 12405
Posting: 148
|
Posting pada: 15-06-06 21:31
astaghfiruLLAHal'azim... moga ALLAH memberi hidayah kepada manusia tersebut..
|
ahlifikir
Warga 2 Bintang Menyertai: 01.07.2005 Ahli No: 17015
Posting: 45
Dari: kl
|
Posting pada: 15-06-06 21:56
hang memang terra......laa nak lawan ALLAH. qul atuhad ju nana fillah ----------------- Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah [ Telah diedit oleh: ahlifikir pada 15-06-06 21:57 ]
|
fizah_862000
WARGA SETIA Menyertai: 07.08.2004 Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban
|
Posting pada: 15-06-06 22:00
Pada 15-06-06 19:09 , nazran7 posting:!!! QUOTE !!! Kita dah kembali ke zaman jahiliah... mlah lebih teruk lagi
rasa nak sambung lah.. man jadda wa jadda, wa man zaroa hasoda..=) ----------------- "Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129
|
machok
Warga 1 Bintang Menyertai: 01.06.2006 Ahli No: 24645
Posting: 31
Dari: Batu pahat
|
Posting pada: 20-06-06 21:29
assalamualaikum...tahu tak hukum zina itu..?hukumnye haram lahh...dalam al-quran pun dah sebut...tak boleh zina gan ikhlas...nak kawin terus..kalau benda itu haram tetap haram...tak boleh nak menghalalkan...jangan suka ht nak zina gan ikhlas...jaga diri dan maruah anda...dari terlibat perzinaan yang boleh menghancurkan diri anda...
|
bintul_farhanah
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.03.2005 Ahli No: 15217
Posting: 177
Dari: mana ek?
|
Posting pada: 20-06-06 21:47
|
nabilpoyo
WARGA SETIA Menyertai: 13.12.2005 Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta
|
Posting pada: 20-06-06 22:23
|
muslim_boy
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.03.2006 Ahli No: 23728
Posting: 142
Dari: Kota Bharu Bandaraya Islam
|
Posting pada: 09-07-06 16:05
astagfirullah.. semoga Allah s.w.t membuka pintu hatinya.. tunjukkan kepada dia jalan yang lurus..
|
telekung
Warga 5 Bintang Menyertai: 28.07.2003 Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya
|
Posting pada: 09-07-06 16:39
lebih memeningkan bila keikhlasan disalah gunakan... ----------------- TELEKUNG PUTIH BELUM CUKUP UNTUK MENJAMIN SESEORANG KE SYURGA ALLAH.....
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 09-07-06 19:25
Wassalamu'alaikum wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Astaghfirullahal azeem! Inilah kesan dari pendidikan / tarbiyyah Islam yang tidak mementingkan bab aqidah (Tauhid). Walaupun ada pelajaran tauhid tetapi tidak menyerap ke dalam hati kerana pemahaman tentang erti ikhlas itu sendiri. Dalam Islam untuk sesuatu amalan itu diterima oleh Allah SWT hendaklah memenuhi 2 syarat:- 1. Hendaklah ikhlas dalam amalan. 2. Dan amalan yang dilakukan hendaklah mengikut kefahaman salafussoleh (era selepas Rasulullah saw sehinggalah lebihkurang 300 tahun awal) Tetapi hari ini asal ikhlas saja mengharap amalan diterima sedangkan amalan tersebut belum tentu menurut As Sunnah sebenar-benarnya. Maka kini sehinggakan ada yang sanggup melakukan maksiat dengan ikhlas! Waliyyazubillahi minzalik. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - sebab itu dalam Al Quran ada satu surah yang dipanggil Suratul Ikhlas. Bacalah dan fahami tafsirannya.
|
chiku
Warga Rasmi Menyertai: 06.04.2005 Ahli No: 15606
Posting: 15
Dari: UTM Skudai
|
Posting pada: 10-07-06 09:34
zina tetap haram walau apa pun niat nya..moga dijauhkan
|
Yob
Warga 2 Bintang Menyertai: 04.10.2004 Ahli No: 11600
Posting: 57
Dari: KL
|
Posting pada: 10-07-06 09:41
Assalamualaikum... Lucu rasanya bila ikhlas dalam membuat maksiat....mudahnya mereka itu menghalalkan yang haram...harap-harap nanti tak ada lah mana-mana ustaz atau ustazah yang bagi pandangan kata tak apa..darurat macam kes dulu tu...bila seorang yang berilmu boleh kata tak apa zina kalau darurat/terpaksa....kerana kata-kata dari orang sebegini sangat-sangat di tagih di nanti oleh penzina...
|
qhal
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2004 Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))
|
Posting pada: 10-07-06 12:53
|
RnieZah
Warga 2 Bintang Menyertai: 04.07.2005 Ahli No: 17048
Posting: 70
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 10-07-06 13:18
telah menjadi kebiasaan manusia zaman sekarang... lebih2 lagi mereka yang datang daripada keluarga yang meletakkan math sns dan bi tempat pertama dan didikan agama kedua... kenal alif ba ta.. cukup lah... malahan bila ada majlis perhimpunan kg @ sekolah @ kenduri-kendara kecil-kecilan.. cari ustaz baca doa @ orang bekas sekolah agama.. sedangkan doa perkara asas semua orang islam kena tahu dan amalkan... poligami zaman ini... ramai yang tak mampu @ tak adil yang melakukannya.. pada fhmn mrka mampu duit blhlah berpoligami... ramai juga yang padang ringan.. ala balik2 'benda' ini yang digembar gemburkan... tak da hal lain ka??? tak kisah dengan apa yang berlaku... ala perkara biasa zaman ni... sofistikated katakan.. kita tengok sistem pnddkan di negara kita sendiri... yang berpnddkan agama dipdg rendah walaupun berbagai usaha dilakukan o kerajan sekarang untuk menonjolkan mrka... di mana silapnya????? jika kita berterusan begini.... apa akan jadi pada penganut agama islam kelak..... wallahualam..
|
fadzlyz
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2006 Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras
|
Posting pada: 10-07-06 15:38
mamat tu sakit jiwa.......
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 10-07-06 16:03
zina tu dosa besar ikhlas tu ibadat hati. mana boleh buat maksiat dengan ikhlas. pening mamat ni, jahil agaknya. kalau taubat dari dosa zina, atau hindari zina ikhlas lillahi taala, baru betul tajuk tu.
|
Qibas
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.07.2006 Ahli No: 25060
Posting: 81
Dari: Pahang
|
Posting pada: 10-07-06 16:10
Pada 10-07-06 15:38 , fadzlyz posting:!!! QUOTE !!! mamat tu sakit jiwa....... Jiwa kacau. Mintak2 insaf lah sebelum terlambat. Besar dugaan dia tu.
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 10-07-06 17:00
astaghfirullahal azim... benda lah mamat ni...
|
mahyuddin
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.08.2005 Ahli No: 18382
Posting: 126
Dari: UIAM, Gombak
|
Posting pada: 10-07-06 17:56
Astaghfirullah...zina tu tetap dosa besar...kan dah jelas dalam al-quran.
|
acok_86
WARGA SETIA Menyertai: 29.06.2006 Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH
|
Posting pada: 10-07-06 18:02
Ya Allah jauhkan lah kami dari dosa yang besar ini..
|
nurcinta
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.08.2006 Ahli No: 25829
Posting: 84
Dari: australia
|
Posting pada: 17-08-06 18:13
ya allah berila hidayahMu kepada hamba2 Mu ...kepada diriku,dirinya dan diri kami semua... minta maaf Kalau off topic sedikit tapi saya minta kawan-kawan yang lain menjawab kepada kemushkilan saya... masih bolehkah orang yang berzina bertaubat? dan seandainya dia bertaubat masih layakkah dia mendapat pasangan yang baik ...atau apa masih perlu dia bernikah dengan orang yang pernah berzina juga atau orang yang musyrik?... wasalam...
|
simpLe_sHida
 Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 17-08-06 19:52
matlamat mengHALALkan cara..huhu.. itu pendekatan...ideologi.. yang dah tak boleh pakai... yang HARAm tetap HARAm..
|